9.
Langkah yang diatur Dhamirah ke taman mini hasil usaha Datin Marina terhenti sebaik sahaja dia terpandang tubuh ibu mertuanya itu. Leka wanita itu dengan bunga – bunga pelbagai jenis di dalam pasu yang di tanam sendiri. Sesekali, tangan Datin Marina naik ke kepala, menahan topi kebunnya dari di terbangkan angin yang agak kuat pagi itu. Dhamirah menggigit bibir, timbul keinginan untuk pergi menyapa Datin Marina. Namun dia takut. Takut kerana sehingga ke hari ini, Datin Marina masih dingin dan masih marah – marah ketika dia cuba untuk berbual dengan wanita itu.
Dhamirah menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan. Kalau bukan sekarang, bila lagi?, hatinya bolak balik. Sedar, itu peluang keemasan yang dia ada. Haris masih enak berlingkar di atas katil. Datuk Hamdi pula entah kemana menghilang sejak selesai sarapan pagi tadi. Mak Ton, seperti biasa, sibuk dengan tugasan hariannya di rumah itu. Segera Dhamirah melangkah ke meja simen di hadapan kolam yang sentiasa mengalirkan air dari batuan itu. Dia meletakkan laptop dan beberapa buah buku rujukan yang ingin ditelaahnya tadi sebelum dia berhati – hati mengatur langkah kea rah Datin Marina.
“Boleh Mira tolong mummy?” Tanya Dhamirah setelah agak lama dia berdiri di belakang Datin Marina. Jelas ibu mertuanya itu terkejut sebelum dia berpaling melihat Dhamirah. Sebuah jelingan tajam di hadiahkan buat Dhamirah lalu dia menyambung kerjanya.
“Tak boleh bagi salam? Tiba – tiba menyergah orang. Kau nak aku mati cepat ke?” Sinis dan pedas bahasa Datin Marina. Dhamirah mengukir senyum walau sindiran itu menghiris tangkai hatinya. Dia perlu kuat untuk mengambil hati Datin Marina. Sudah lama benar rajuk Datin Marina.
“Maaf, mummy. Mira tak niat nak buat mummy terkejut. Mummy buat apa ni? Nak Mira tolong?” Dhamirah memaniskan muka. Dia segera mencangkung di sebelah Datin Marina. Di lihatnya lincah tangan Datin Marina menggembur tanah di dalam pasu. Sepokok bunga mawar tegak berdiri di dalam pasu itu. Indah sungguh pandangan dengan sekuntum bunga mawar yang sedang mekar.
“Kau dah buta? Tak Nampak apa aku yang tengah buat ni? Belajar tinggi tinggi, tapi benda ni pun tak tahu?”
Terdiam Dhamirah mendengar jawapan Datin Marina. Dia senyap memujuk hati. Sampai bila dia harus menadah telinga menerima sahaja kata – kata kesat itu. Dia harus bangkit demi dirinya sendiri. Dia membetulkan duduk. Dari mencangkung, dia bersimpuh. Buruk benar rupanya bila gadis seperti dia mencangkung begitu.
“Mummy, Mira minta maaf kalau apa yang Mira cakap ni menyakitkan hati mummy. Tapi percayalah mummy, apa yang Mira buat ni, kenapa Mira buat semua ni, niat Mira Cuma nak tutup malu keluarga mummy dan keluarga Mira je. Mira bukan nak rampas abang Haris dari Kak Nia, bukan jugak nak tambah malu abang Haris dan keluarga mummy, tapi semuanya sebab tak nak keluarga kita jadi lebih malu. Kalau mummy rasa malu, mama dan papa Mira lebih malu. Mira tak sanggup tengok mama menangis, tak sanggup tengok papa makan hati, tu sebab Mira setuju nak gantikan Kak Nia.” Dhamirah mula membuka mulut. Dia harus terangkan tujuannya berkahwin dengan Haris. Dia tak punya niat lain selain ingin menutup malu kedua – dua keluarga.
Tiada jawapan dari Datin Marina. Wanita Itu masih asyik menggembur tanah. Sesekali, tangannya menyentuh bunga mawar yang mekar. Kata – kata Dhamirah dibiarkan sepi di bawa angin. Belum ada mood nak menjawap. Lagipun, dia nak tengok sejauh mana Dhamirah berusaha mengambil hatinya.
“Mira betul betul minta maaf, mummy. Mira tak ada niat tak baik langsung. Mira buat semua ni sebab tak nak semua orang malu je. Maaf kalau perbuatan Mira menyinggung mummy dan semua orang dalam rumah ni.” Dhamirah masih belum berputus asa. Walau apapun yang terjadi, dia akan pastikan yang Datin Marina mendengar luahan hatinya. Kalau sekiranya Datin Marina masih ingin marahkan dia, barulah dia akan fikirkan cara lain pula untuk memujuk ibu mertuanya itu.
“Habis, kau ingat aku ni tak menangis? Kau ingat ayah tak makan hati? Kau tak tengok muka Haris masa ayah kau datang beritahu yang Nia dah lari. Kenapa Dania sanggup kecewakan anak aku sampai macam tu sekali? Kalau dah tak suka anak aku, kenapa tak diputuskan pertunangan tu sebelum majlis kahwin? Kenapa hari nikah jugak yang dia nak lari?” Garang Datin Marina membalas tetapi tidak setinggi tadi suaranya. Wajahnya yang sendu juga dapat ditangkap Dhamirah ketika Datin Marina menjeling dia tadi. Dhamirah telan liur. Marah ke sedih ni? Dia tak arif sangat bab nak memujuk pakai ayat jiwang. Setakat berterus terang bolehlah, itu pun sebab terpaksa.
“Maaf, mummy. Mira tahu mummy, ayah dengan abang Haris terluka. Sakit hati dengan perbuatan Kak Nia. Tapi Mira betul – betul tak tahu kenapa Kak Nia buat semua tu. Kalau Kak Nia salah, Mira harap semua orang boleh maafkan dia. Mira sanggup tanggung apa saja asalkan boleh tebus kesalahan Kak Nia tu.” Dhamirah tunduk. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Kerana Dania, dia terpaksa melalui semua ini. Dia terasa kehilangan seorang ibu yang dulu sangat baik terhadapnya. Namun, dia sedar dia tidak harus menyalahkan Dania. Mungkin kakaknya ada alasan tersendiri kenapa dia melarikan diri di hari pernikahan.
“Mira minta maaf, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang salah Mira setuju kahwin dengan abang Haris. Memang salah mama dan papa sebab paksa abang Haris terima Mira gantikan Kak Nia. Mira faham kalau mummy bencikan Mira, tapi tolong jangan benci mama, papa dan Kak Nia lagi.” Ada sendu dalam bicara Dhamirah. Biarlah dia yang terseksa menanggung semua ini, tetapi janganlah dilukai lagi hati ibu dan bapanya. Juga hati Dania. Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku.
Bagaikan sedar yang Datin Marina memang tidak akan berlembut hati pagi itu, Dhamirah bangun. Ingin menyambung membuat kertas kerja yang tertangguh tadi. Tertangguh dek sebab dia tidak betah berada dalam satu bilik dengan Haris. Dia yang tengah leka mencari fakta untuk kertas kerjanya, terkejut ketika Haris membuka pintu bilik dan melangkah laju ke katil. Tanpa memperdulikan dirinya, Haris enak sahaja berbaring. Itu membuatkan Dhamirah rasa tidak kena. Suaminya itu sejak kebelakangan ini sering sahaja merenung dirinya dengan renungan jantan, ini meningatkan dia pada perbuatan lelaki itu di malam pertama mereka. Teringat semua itu, Dhamirah menjadi kecut perut.
“Tolong ambilkan pasu kat tepi longkang tu.” Suara berbaur arahan itu terdengar ketika Dhamirah baru nak mengatur langkah. Dia memandang Datin Marina tetapi wanita itu masih asyik dengan pokok bunga rosnya. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling pula. Tiada sesiapa. Maksudnya, Datin Marina memang bercakap dengan dia.
“Mummy suruh Mira ke?” Tanya Dhamirah bodoh. Ingin kepastian. Kalau dia memandai nanti, makin marahlah ibu mertuanya itu.
“Kau ada Nampak orang lain ke kat sini. Kata tadi nak menolong, sekarang ni nak buat buat bodoh pulak?” Lancang suara itu kedengaran tetapi mampu menjemput senyum di bibir Dhamirah. Ada perubahan positif. Walaupun nada Datin Marina masih marah – marah tetapi wanita itu sudah mahu berbicara dengannnya.
“Kejap, mummy.” Dhamirah pantas menjalankan tugasnya. Apa sahaja yang di suruh Datin Marina, dia dengan senang hati menurut. Lebih menggembirakan, apa sahaja soalan dari Dhamirah akan di jawab oleh Datin Marina walaupun dalam nada marah. Dhamirah tidak kisah itu, sekurang – kurangnya, Datin Marina tidak lagi dingin dan marah – marahkan dia.
“Dahlah tu. Dah nak tengahari ni. Aku pun dah penat. Kau pergilah rehat.” Arah Datin Marina setelah agak lama mereka mengusahakan tanaman baru Datin Marina itu. Datin Marina memerhati sekeliling taman baru yang ingin dibinanya sambil tangan mencabut sarung tangan yang di pakai sejak tadi. Matahari sudah membahang, berpeluh – peluh kedua – duanya. Dhamirah Cuma mengangguk. Penat juga bercucuk tanam ini. Selama ini, dia tidak pernah ambil kisah akan kesukaan mama dan ibu mertuanya ini. Sekarang baru dia merasa seronok. Walaupun penat, tetapi bila melihat bunga – bunga mekar yang tersusun cantik, hati terasa cukup seronok.
“Mummy nak minum? Mira boleh ambilkan.” Dhamirah membuka mulut. Dia mengekor sahaja langkah Datin Marina yang berlalu ke kerusi besi yang disediakan di tepi kolam renang.
“Tak apa. Nanti Mak Ton ambilkan. Kau tadi nak buat kerja kau kan? Pergilah.” Datin Marina membalas tanpa rasa. Badannya yang hangat dikipas – kipas dengan topi besar itu. Dhamirah menggigit jari, baru teringat yang dia tadinya ingin menyiapkan tugasan yang diberi pensyarahnya. Bila sudah menolong Datin Marina, dia langsung terlupa dengan tujuan dia turun ke taman mini itu tadi.
“Yelah, mummy. Mira terlupa langsung. Seronok tanam bunga dengan mummy. Mira pergi buat kerja dulu ye.” Dhamirah atur langkah. Bimbang tiba – tiba menerjah hati. Tugasan itu masih belum banyak fakta yang dia perolehi sedangkan Isnin ini, ada perbincangan dengan kumpulannya mengenai tugasan itu.
Dhamirah melabuh duduk di kerusi simen yang direka bentuk seakan kerusi kayu itu. laptop yang terbiar sejak tadi di’on’kan. Buku – buku rujukan yang tebal dipilih lalu dia menyelak ke helaian yang ingin dicarinya. Namun, baru sahaja dia ingin menyambung kerja, telefon bimbitnya menjerit nyaring menyanyikan lagu “Pretty Woman”. Pantas dia mencapai telefon. Tahu benar siapa yang menghubungi dia ketika ini.
“Assalamualaikum, mama.” Ceria suara Dhamirah menjawab panggilan. Rindu pada Puan Haryani sudah tidak tertahan. Lebih sebulan dia berkahwin, sepanjang itu jugalah dia tidak bertemu dengan wanita pujaan hatinya itu.
“Waalakummussalam. Anak mama apa khabar?” Suara Puan Haryani juga ceria di hujung sana.
“Baik, mama. Alhamdulillah. Mama apa khabar? Papa?”
“Baik juga. Cuma rindukan Mira. Mira buat apa tu? Dari tadi mama call, tak jawab pun.” Dhamirah ketap bibir bila dengar kata – kata Puan Haryani itu. Dia juga turut rindukan wanita itu tetapi kini dia terikat dengan Haris.
“Mira tolong mummy tanam bunga tadi. Leka sangat sampai tertinggal handphone. Banyak kali ke mama call Mira?”
“Mira tolong mummy? Mummy dah tak marahkan Mira ye. Alhamdulillah.” Puan Haryani kedengaran sedikit sebak. Dia tahu anak bongsunya itu menanggung derita di rumah sana demi dia dan suaminya walaupun anaknya itu tidak pernah membuka cerita tentang keadaannya di rumah agam itu.
“Apa mama cakap ni? Mummy baik baik aje. Hrmmmm…. Mama…” Dhamirah buat suara manja. Sebetulnya, dia tidak mahu Puan Haryani bertanya lebih lanjut tentang hubungannya dengan Datin Marina.
“Ye, sayang. Ada apa ni, manja terlebih sangat pulak ni.” Puan Haryani menggiat. Sudah faham benar dengan sikap anaknya itu. Kalau suara sudah terlebih manja dari rengekan kucing, tentu ada sahaja yang diinginkan. Dhamirah ketawa kecil. Tahu – tahu sahaja mamanya itu.
“I miss you, so much.” Rengek Dhamirah lagi sambil membetulkan selendang yang membalut kepalanya. Selendang dari jenis kain licin itu memang mudah benar melorot dari kepalanya. Sesekali, dia rasa rimas, tetapi hanya selendang itu yang sempat di capainya sebelum keluar dari bilik tadi.
“I miss you too. Mira tu lah. Selalu call mama setiap hari. Ni dah dua hari senyap je. Dah lupa mama kat sini ke?” Lepas ketawa Dhamirah bila mamanya buat drama sentap. Puan Haryani memang mudah sensitive bila Dhamirah tidak menghubunginya walau sehari.
“Sorry, mama. Mira tengah banyak assignment ni. Semua lectrurer pun nak bagi assignment. Tak menang tangan Mira. Tapi, Mira tetap ingat dan rindu mama.” Dhamirah cuba memujuk. Walaupun dia tahu sangat yang rajuk Puan Haryani tidak kemana sebenarnya.
“Kata nak jadi architect Berjaya, kenalah usaha lebih. Ni baru banyak assignment, dah mengeluh pulak?” Sanggah Puan Haryani pula. Berderai ketawa Dhamirah. Tadinya sibuk merajuk, sekarang sudah membebel tentang pelajarannya pula.
“Mama ni… Sekejap merajuk, sekejap bebelkan Mira. Mana satu ni, ma?” Usik Dhamirah. Terdengar Puan Haryani merengus di hujung talian. Anak bongsunya itu memang sentiasa ceria tak kira apa juga masalah di hadapannya. Puan Haryani sedar anaknya itu masih menanggung masalah yang dicipta Dania, tetapi sebaik mungkin cuba diselindungkan dari pandangan semua orang. Dia tahu Dhamirah ingin semua orang fikir dia gembira di samping Haris.
“Mira macam mana?” Nada suara Puan Haryani sudah berubah. Lembut dan sendu. Buat Dhamirah menarik nafas panjang. Hilang sekejap keceriaan yang cuba dia tonjolkan untuk mamanya.
“Mira baik – baik aje, mama. Kenapa mama Tanya?”
“Mama minta maaf kalau..”
“Ma… Jangan cerita pasal tu lagi, okey? Mira okey. Mama tak salah pun, kenapa pulak mama nak minta maaf dengan Mira ni?” Dhamirah masih ceria walau Puan Haryani dapat mengesan suara sendu anaknya dalam setiap bicaranya.
“Okey. Be good there, okey? Mama nak pergi masak ni. Bibik tu kalau mama tak tengokkan abis makanan jawa yang dimasaknya. Naik mual tekak mama.” Puan Haryani mengubah topic lagi. Kali ini disambut dengan tawa lepas Dhamirah. Tak sudah – sudah Puan Haryani marahkan bibiknya itu. sedangkan bila bibik tak ada, mama bising pula kata tak ada orang nak tolong dia di dapur.
“Okey, ma. Kirim salam papa, ye. I love you and papa.”
“InsyaAllah. Be good. Nanti mama call lagi. Assalamualaikum.”
Dhamirah mematikan talian sebaik menjawab salam. Telefon yang sudah terputus talian dipandang sepi. Rindu menggigit tangkai hati. Terasa sudah begitu lama tidak menemui mama dan papa. Namun apakan daya. Dirinya kini diikat Haris. Kalau Haris tidak memberi kebenaran, dia tidak boleh balik ke rumah mama dan papa. Untuk meminta keizinan Haris pula, lidahnya terasa kelu benar untuk berkata – kata. Letih dan sedih bila setiap pertanyaan dan cubaannya untuk berbual dengan Haris Cuma dibalas dengan herdikan dan tengkingan.
Dhamirah mematikan lamunan. Tumpuannya kembali kepada tugasan yang semakin banyak dari hari ke hari. Dia larut dalam kerjanya namun tumpuannya kembali terganggu dengan nyanyian dari telefon bimbitnya. Pantas dia mencapai telefon dan melihat nama yang terpapar di skrin telefon. Dia melenguh perlahan sebelum lambat – lambat menekan punat hijau untuk menjawab.
************************************************************************************
Haris bangkit dari duduknya di kerusi rotan di balkoni tingkat dua rumah agam itu. Buku yang dibacanya tadi di letak di meja rotan beralasan kaca tempered. Suara ketawa yang datang dari taman mini rumah itu menarik minatnya. Lantas dia berdiri di balkoni, ingin melihat siapa yang sedang ketawa senang itu. matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang duduk menghadap kolam ikan mummynya itu. Pergerakan Dhamirah yang membetul selendang dan sesekali ketawa riang membuat dia terkedu. Amat tertarik dengan pandangan itu. Entah kenapa, hatinya terasa sakit bila melihat bibir merah merekah itu melepas tawa. Pipi yang memerah disimbah cahaya matahari itu kelihatan menarik bila Dhamirah ketawa. Butir bicara Dhamirah dengan pemanggil buatkan dia tidak pasti dengan siapa Dhamirah berbicara dan bergelak ketawa.
Apabila terlihat Dhamirah mematikan talian, Haris melepas nafas lega tanpa sedar. Rasa sakit yang hinggap di hati, cuba dibuang jauh. Tapi matanya masih leka memerhati isteri yang kononnya dibenci. Entah benci atau apa, semakin lama Dhamirah disampingnya, hatinya semakin ingin untuk menatap wajah itu setiap hari. Dia paling suka menatap wajah Dhamirah bila pipi gebu isterinya itu bertukar merah. Tampak bertambah comel dan dia terasa ingin mencubit – cubit pipi itu. Jauh Haris berangan sebelum terdengar jeritan lagu Boulevard dari Dan Byrd. Kembali matanya focus pada Dhamirah yang kelihatan keberatan untuk menjawab panggilan itu. Dan bila dia melihat Dhamirah berbual dengan si pemanggil dengan seribu kerutan di dahi, kakinya pantas mengatur langkah turun ke taman tanpa sempat akalnya melarang.
Laju langkah Haris menuju Dhamirah yang masih berbual di telefon. Dari gaya Dhamirah, dia boleh menjangka yang Dhamirah tidak senang dengan si pemanggil. Sebaik dia sampai di belakang Dhamirah, dia Cuma tercegat menanti Dhamirah selesai berbual. Dan, ada antara perbualan itu yang membuat hatinya kembali sakit.
“Siapa tu?” Tanya Haris sebaik Dhamirah mematikan talian. Terkejut Dhamirah dengan sergahan itu. dia menoleh ke belakang sambil tangannya mengurut dada. Berkerut dahinya bila melihat wajah bengis Haris. Bila pula suaminya itu tercegat di belakangnya?
“Kawan U.” Jawab Dhamirah ringkas. Dia kembali membuka buku rujukan, namun hatinya tidak tenang bila Haris sudah melabuh punggung di hadapannya. Sungguh dia tidak mahu Haris mengganggunya saat ini.
“Yang tadi pun?” Haris bertanya lagi. Masih tegas dan garang suaranya. Dhamirah mengerut dahi lagi. Yang tadi? Siapa?, hatinya berteka teki. Takkan pula Haris mendengar dia berbual dengan Puan Haryani tadi. Sudah berapa lama Haris tercegat di belakangnya?
“Bila?” Jawab Dhamirah acuh tak acuh. Kadang – kala dia naik bosan menghadapi kerenah Haris. tapi terpaksa digagahkan juga sebab lelaki dihadapannya itu adalah suaminya.
“Tadi. Yang sebelum kawan U kau ni.” Sinis Haris. Sakit benar hatinya bila Dhamirah sudah tidak takut – takut untuk menjawab setiap soalannya. Sikap tenang Dhamirah membuat darahnya semakin panas.
“Oh… Yang tadi mama.” Dhamirah mengukir senyum. Mengingati mama, hatinya sering rasa tenang.
“Really?”
“Iyelah. Abang ingat siapa?” Tinggi sedikit suara Dhamirah namun tatkala terpandang wajah tegang Haris, dia menunduk. Takut.
“Okey. I accept that. Kawan tadi tu nak apa? Serius benar nampaknya?” Haris tidak jemu mengungkit. Dia tidak puas hati bila terdengar Dhamirah menyebut nama lelaki dalam perbualan itu. Dan juga dari apa yang didengarinya tadi, pemanggil itu dengan Dhamirah macam punya kaitan rapat.
Dhamirah terkedu mendengar kata – kata Haris. lebih bingung bila Haris mula menyelidik siapa kawan – kawannya. Sesuatu yang Haris tidak pernah buat selama mereka bergelar suami isteri. Dhamirah menarik nafas panjang, berfikir harus atau tidak dia menjawap soalan itu.
“I’m asking you, Dhamirah. And still waiting for the answer.” Haris semakin garang. Wajah Dhamirah ditenung tajam. Meminta jawapan. Dhamirah turut membalas tenungan itu namun seperti sebelumnya, Dhamirah akhirnya melarikan pandangan.
“Tak ada apa. Pasal assignment Mira ni.” Balas Dhamirah perlahan. Terasa begitu berdosa kerana menipu seorang lelaki bergelar suami. Tetapi semuanya bersebab. Takkan nak diceritakan Mikail yang tidak jemu mengganggu. Tidak manis walau Haris mungkin tidak pernah peduli. Lagipun, ini masalah dia, jadi biar dia selesaikan sendiri.
“Really? From what I’ve heard, macam tak ada kena mengena langsung dengan assignment kau.” Dhamirah angkat muka. Mata seksi Haris ditatap. Marah dan tidak percaya. Haris mencuri dengar perbualannya? Tetapi akhirnya, dia melarikan pandangan kea rah kolam bila mata Haris tajam menikam matanya.
“Abang curi dengar perbualan Mira ye?”
“That’s not my question, Dhamirah.” Haris terus terusan menatap anak mata Dhamirah. Agak seronok bila melihat Dhamirah kalut melarikan pandangan setiap kali mata mereka beradu. Dan selebihnya, dia ingin mencari kebenaran dalam kata – kata Dhamirah.
“Kawan Mira. Saja Tanya khabar. Dah lama tak jumpa.” Dhamirah mengalah akhirnya. Tidak suka dipaksa – paksa begitu oleh Haris. lebih tidak suka untuk membohongi suami sendiri.
“Kata kawan U, takkan dah lama tak jumpa?” Masih belum puas, Haris terus terusan bertanya. Dia ingin jawapan pasti. Dia ingin tahu siapa lelaki yang berani menghubungi Dhamirah ketika gadis itu berada di rumah dengan dia.
“Tak sama course, memanglah susah nak jumpa. Dulu, rajin juga jumpa, sekarang…” Mati kata – kata Dhamirah. Akalnya cuba memproses perlu atau tidak dia meneruskan ayat. Bimbang jika dia menghabiskan bicara, marah Haris tambah meledak.
“Dulu selalu jumpa? Sekarang kenapa tak jumpa? Sampai kena telefon waktu macam ni?”
“Abang ni dah kenapa? Salah ke kawan Mira call Mira. Nak Tanya khabar aje pun.” Dhamirah mula bosan. Curiga Haris melebih – lebih pula. Sedangkan lelaki itu tidak pernah ambil tahu tentang dirinya. Kenapa hari ini beriya – iya benar nak mengcungkil segalanya.
“Aku nak kau tahu, yang aku tak suka ada lelaki call kau. Kalau lepas ni aku dapat tahu, lelaki tu kacau kau lagi, kau jaga. Evenmore aku tak suka kalau kau pergi menggatal dengan jantan kat luar sana tu. Aku bagi izin kau habiskan study, so jangan nak menggatal pulak.” Keras ugutan Haris buat Dhamirah tercengang. Haris menuduh dia menggatal? Tak boleh ada lelaki yang menghubunginya? Sudah kenapa dengan Haris?
“Takkan tak boleh kawan lelaki call Mira. Kawan satu group buat assignment kan. Nak kena berbincang juga.”
“Are you questiniong me, now?” Bentak Haris. Berdegup laju jantung Dhamirah ketakutan namun dia cuba berlagak selamba. Ini ada kaitan dengan pelajarannya, jadi dia harus berani mempertahankan dirinya.
“Yes. Mira boleh terima kalau abang halang Mira menggatal dengan jantan lain, which something that I never do. Mira tahu setakat mana had Mira dalam bergaul dengan lelaki. Tapi kalau abang halang Mira dari call atau terima call dari kawan lelaki, itu ridiculous. I’m doing my assignment, attach with many people, so jangan nak anggap Mira bukan bukan. Itu semua hanya untuk kerja – kerja Mira.” Tegas Dhamirah. Pening kepalanya melayan kerenah Haris. Sekejap marah – marah, sekejap membisu seribu bahasa. Jarinya memicit dahi yang terasa sakit. Macam – macam masalah yang perlu dia hadapi sekarang. Dan sikap Haris langsung tidak membantu.
Tereksima Haris mendengar jawapan Dhamirah. Gadis itu tidak pernah menjawab sebegitu tegas sebelum ini. Dalam diam, dia kagum. Sangkanya Dhamirah gadis yang lemah, yang hanya menurut sahaja kata – kata orang sekeliling. Hari ini, dia Nampak sisi lain isterinya itu. Namun, rasa kagum itu disembunyikan dengan rasa ego yang membalut tebal dihatinya.
“Dah pandai menjawab sekarang.” Sindir Haris. Dia menyandar tubuh ke kerusi simen. Pandangannya masih tidak lepas dari wajah Dhamirah. Wajah tegas itu beransur – ansur kendur dan akhirnya tunduk membelek buku rujukan di atas meja. Reaksi itu menjemput senyum di bibir Haris. Hailah, Mira, kalau malu pun tak payahlah nak tunjuk sangat, giat hatinya.
“Maaf, bukan tu niat Mira. Cuma harap abang faham yang Mira nak habiskan study dengan flying colours, kalau boleh. Tak ada nait pun nak menggatal dengan mana – mana lelaki.” Lembut suara Dhamirah menyejukkan hati Haris. Ah, Dhamirah memang pandai menyenangkan hati orang lain.
“Okey, I trust you on this. Tapi, this guy, yang call kau tadi ni, aku tak nak dengar langsung kau berborak dengan dia. Even on phone. Apa lagi berjumpa. What was you call him just now? Mika, right? Kalau aku dengar lagi nama dia lepas ni, kau tahulah nasib kau.” Tegas Haris lalu dia bangkit dari duduknya. Panas hati bila terkenangkan Dhamirah berbual dengan lelaki yang dipanggilnya Mika itu. Dhamirah hanya memandang Haris meninggalkannya. Serabut fikiran dengan Haris. Tadi kata percaya tetapi mengugut pula bila menyentuh soal Mikail. Eh, sekejap, nama Haris tahu nama Mika itu? Dhamirah bersoal jawab sendiri.