Thursday, 12 January 2012

Kerana Kamu 8

8.
                Sunyi bilik besar di tiingkat tiga rumah agam itu walaupun penghuni bilik itu berdua. Seorang baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan seorang lagi sedang duduk bersandar di kepala katil dengan majalah Niaga di tangan. Namun matanya kerap melirik kearah gadis yang kini sedang menyisir rambut di meja solek. Rambut ikal mayang yang panjng mengurai hingga ke pinggang itu benar – benar membuai perasaannya. Terjentik hatinya setiap kali si gadis bergerak. Di tambah dengan rambut yang beralun lembut setiap kali dia bergerak. Dan ketika gadis itu mengikat rambutnya tinggi dan menyisir dengan tangan, dadanya berdebar tiba – tiba. Ada rasa ghairah yang menggentarkan tangkai hati. Dia melarikan pandangan dan kembali menatap majalah di tangan.
                “Abang..” Panggilan itu lembut seperti biasa. Seperti setiap kali bibir merah merekah itu memanggil panggilan keramat itu. Menerbitkan kembali rasa getar yang baru di usir pergi.
                “Hrmm…” Haris cuba untuk tidak memperdulikan Dhamirah yang berdiri di sisi katil. Dekat dan haruman gadis itu sesekali menerpa deria baunya. Buat dia tidak senang duduk.
                “Jom, turun makan. Ayah dan mummy mesti dah tunggu tu.” Ajak Dhamirah. Lebih sebulan menjadi isteri Haris, dia cuba untuk menjadi isteri terbaik. Termakan dengan kata – kata nasihat Mak Ton. Biarpun Haris tidak pernah akan pandang dirinya, sekurang – kurangnya dia sudah menjalankan tanggungjwabnya sebagai isteri.
                “Turunlah dulu. Aku belum lapar.” Malas Haris menjawab. Pura – pura memberikan perhatian terhadap majalah di tangan. Yang sebenarnya, cuba mengusir perasaan ghairah yang menbuak – buak saat ini. Dhamirah benar – benar menguji imannya ketika ini. Dan jika Dhamirah seinci lagi dekat dengannya, tentu gadis itu akan ditariknya ke katil. Melempias rasa yang menggebu di hati kala ini.
                “Tapi… Ayah kan nak kita ada kat meja makan…”
                “Aku tau. Aku belum lapar. Kau pergilah dulu.” Sedikit tinggi suara Haris. Hanya dengan cara itu resah hatinya dapat diredakan.
                “Tapi…”
                “Apa yang kau tak faham ni? Aku cakap bahasa melayu, kan? Aku belum lapar. Kau turun dulu.” Haris menutup majalah dan merenung Dhamirah garang. Sesaat, dua saat mata mereka bertentang namun kemudian, Dhamirah menundukkan wajah. Tajam renungan Haris tidak dapat ditentang. Dia tidak betah menatap mata seksi itu berlama – lamaan. Haris turut melarikan pandangan. Kenapa Dhamirah Nampak begitu menggoda malam ini? Sedangkan pakaian Dhamirah sama sahaja seperti malam malam sebelumnya. Dress maxi ringkas hingga ke buku lali dengan corak bunga – bunga. Tiada yang seksi, tiada yang mendedahkan hingga menampakkan bahagian yang boleh buat dia tergoda. Tetapi, itulah yang membuat ghairahnya melonjak tiba – tiba.
                “Err… Kalau macam tu, Mira turun dulu. Mira tunggu abang dekat bawah.” Dhamirah mengundur. Saat dia ingin membuka pintu bilik, Haris memanggilnya. Dia berpaling menatap lelaki itu.
                “Sekejap. Tutup pintu tu.” Arah Haris dan Dhamirah menurut. Dia kembali mendekati Haris di atas katil.
                “Kelas kau banyak lagi?” Tanya Haris setelah agak lama berdiam. Dia sendiri tidak tahu untuk apa dia menahan Dhamirah sebentar tadi. Sedangkan dia ingin gadis itu pergi jauh darinya. Cuma bila Dhamirah menjauh, dia pula yang ingin gadis itu dekat dengannya. Pelik permainan hatinya saat ini.
                “Err… Sem ni tak banyak. Hanya ada lima subjek. Kenapa?”
                “Jadi banyak masa terluanglah setiap hari? Satu hari ada berapa kelas? Kelas habis pukul berapa?” Dhamirah mengerut dahi. Banyak pula soalan Haris malam ini. Selalunya, Haris tidak ingin pun membuka mulut. Malah soalannya sering dijawab dengan tengkingan.
                “Satu hari dalam dua ke tiga kelas je. Memang tak banyak kelas, tapi Mira selalu kena pergi library. Report final year project belum finalized lagi.” Lancar Dhamirah menerangkan. Tanpa suara petir Haris, dia bisa sahaja menjawab dengan yakin. Dengan suara neutral Haris, keyakinan dirinya bertambah dalam menghadapi suaminya itu.
                “Hrm… Esok kelas habis pukul berapa?” Melarat pula soalan Haris. Entahlah, tiada arah tujuan sebenarnya untuk setiap soalannya. Dia Cuma ingin Dhamirah berada dekat dengannya agar dia boleh menikmati haruman dari tubuh gadis itu.
                “Pukul 3, tapi petang ada group discussion untuk assignment baru. Kenapa, bang?” Dhamirah semakin pelik. Tidak pernah lelaki ini ambil tahu tentang pengajiannya, tiba – tiba malam ini suaminya terlebih ramah pula.
                “Dah, aku nak turun makan.” Haris menutup majalah. Dia melompat turun dari katil dan bergerak ke pintu. Dia terhenti di pintu bila menyedari Dhamirah masih kaku di tempat dia berdiri tadi.
                “Are you coming?” Tanya Haris. Dhamirah yang merenungnya dari tadi, terkejut namun lidahnya kelu untuk menjawab. Masih terkejut dengan sikap ramah dan lemah lembut Haris.
                “I’m hungry, Dhamirah. And kalau kau tak turun sekarang, ayah akan membebel panjang. So, shall we?” Haris membuka pintu bilik dan bergerak sedikit dari pintu. Memberi ruang agar Dhamirah kelluar dahulu dari bilik itu.
                “Err…. Ya. Sorry.” Dhamirah segera menuju pintu. Sempat dihadiahkan senyuman pada Haris sebelum dia keluar dari bilik. Tanpa menunggu Haris menutup pintu, dia bergegas menuruni anak tangga. Sikap lembut Haris buat dia canggung. Tanpa suara marah Haris, dia rasa semacam. Oleh itu, dia cuba untuk menjauhkan diri dari Haris. Lebih jauh, lebih baik.
                Haris mengukir senyum melihat sikap kalut Dhamirah. Baru dia bersikap lembut, sudah begini penerimaan Dhamirah. Kalau dia tunjukkan sisi romantisnya, bagaimana kalut Dhamirah ingin mengelakkannya agaknya. Tanpa sedar, Haris ketwa kecil. Terhibur dengan sikap keanak – anakkan isterinya itu. Dia menggeleng sambil kakinya diatur cermat menuruni anak tangga.
                “Ha.. Apa yang kamu buat kat atas tu? Tadi Mira kata, kamu kat belakang dia, tapi lambat benar munculnya.” Tegur Datuk Hamdi sebaik Haris melabuh punggung di kerusi makan di sebelah Dhamirah. Pinggan makannya sudah berisi naasi, tahu Dhamirah sudah menyediakan semuanya untuk dia.
                “Ada call. Remy call. Tu yang lambat sikit.” Bohong Haris, walhal dia leka meneliti sikap kalut Dhamirah di tepi pintu bilik. Dia menghulur tangan bila Dhamirah sedia menghulurkan air untuk membasuh tangan. Sejak akhir – akhir ini, rajin benar Dhamirah melayan segala keperluannya.
                “Remy? Is anything alright?” Tanya Datuk Hamdi. Remy adalah orang kepercayaan Datuk Hamdi di pejabatnya. Sebagai seorang Pengarah Pemasaran muda di Muda Holdings, memang Remy banyak tanggungjawab dan kerja – kerjanya memang sangat memuaskan hati Datuk Hamdi.
                “Ha? Oh, everything’s fine, ayah. Cuma Remy ajak lepak malam ni.” Bohong Haris. Nasi di suap ke mulut. Pandangan mata Datuk Hamdi tidak berani di tentang. Reaksi biasa bila dia menipu. Remy juga merupakan teman baik Haris yang bertugas sebagai Pengarah Projek di syarikat bapanya itu. Factor usia mungkin menjadikan hubungan mereka terjalin erat.
                “Hrmm…” Datuk Hamdi mengumam. Reaksi si anak diperhati. Dia tahu ada sesuatu yang cuba Haris sembunyikan. Tetapi jika ia tidak melibatkan perihal kerja, dia tidak kisah. Asalkan anaknya tahu membahagi masa antara keluarga dan kawan – kawan.
                “So, you’re going out?” Datuk Hamdi masih mahu membicarakan tentang Remy yang di reka oleh Haris. Hal itu, buat Haris tidak senang duduk. Asalnya, dia Cuma ingin menutup kesalahan kerana turun lambat untuk makan. Kini melarat pula dengan pembohongan lain.
                “Err… Tak kot. Penat. Haris nak rehat aje malam ni.” Terang Haris. Memang dia tiada perancangan untuk keluar malam ini. Remy juga tentu sedang dating dengan tunang tersayangnya saat ini.
                “Baguslah.. Setiap hari balik lambat. Sekarang dah ada kat rumah, temankan isteri pula. Asyik kena tinggal aje je Mira ni. Kasihan pula ayah.” Bicara Datuk Hamdi buat Dhamirah tersedak tiba – tiba. Pantas tangannya mencapai gelas air dihadapannya dan diteguk sedikit rakus. Setelah itu, dia mengurut dada. Otaknya ligat berfikir kenapa perlu dia dikaitkan dengan perbualan dua beranak itu.
                “Haish… Kenapa pulak ni? Tak senonoh! Makan baik – baik tak boleh ke?” Datin Marina menempelak. Sakit mata melihat Dhamirah tersedak. Nasib baik juga tiada nasi di dalam mulut yang tersembur keluar. Wajah serba salah Dhamirah di jelling. Meluat.
                “Maaf, mummy, ayah. Sorry, abang. Tak sengaja.” Segera Dhamirah meminta maaf. Merah matanya kerana menahan pedih di kerongkong. Haris melepas nafas panjang dan menggeleng perlahan. Baru sedikit sudah tersedak bagai nak rak. Belum lagi ayahnya bertanya perkara yang lebih personal. Haris mencapai gelas air Dhamirah yang sudah kosong dan menuang air oren ke dalamnya. Gelas itu kemudian di letak semula di hadapan gadis itu.
                “Bila lagi kamu nak bawa Mira ni honeymoon?” Datuk Hamdi menukar topic. Kali ini, serentak Haris dan Dhamirah tersedak. Kedua – dua mereka berpandangan sebelum Dhamirah melarikan mata ke pinggan nasi yang masih banyak berbaki. Membiarkan Haris menjawab soalan yang langsung terfikir oleh mereka.
                “Honeymoon apanya, yah? Ayah pun tahukan.” Haris tidak boleh terus berbohong. Semua mereka yang ada di situ sudah sedia maklum akan hubungan mereka. Tidak perlu mereka pura – pura bahagia di hadapan orang lain. Semua cukup jelas bila Haris dengan senang hati memarahi Dhamirah di depan semua orang bila dirasa isterinya itu melakukan kesalahan.
                “Sebab itulah ayah rasa kamu berdua ni kena pergi honeymoon. Cuba rapatkan hubungan kamu berdua. Sampai bila nak macam ni? Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Tak macam suami isteri langsung.” Datuk Hamdi sudah memulakan sessi ceramah. Haris mengeluh. Nasi yang tadi membuka selera, kini tidak lagi menarik minatnya. Dia menjeling Dhamirah di sebelahnya. Gadis itu masih tunduk, leka memainkan nasi di dalam pinggan. Sangkanya Datuk Hamdi tidak akan bercerita lagi tentang hubungan mereka kerana hubungan dia dengan Dhamirah memang tiada tanda – tanda akan berubah.
                “Tak ada maknanya nak pergi honeymoon, bang. Elok aje diaorang berdua ni Rina tengok. Menghabiskan duit aje nak honeymoon segala. Kan elok kalau Haris pergi kerja, kumpul duit banyak – banyak.” Datin Marina menyampuk pula. Tidak setuju dengan cadangan suaminya. Tidak suka bila memikirkan hubungan Haris dan Dhamirah menjadi mesra. Marahnya pada keluarga menantunya itu masih bersisa.
                “Rina dah kenapa? Kumpul duit banyak – banyak buat apa? Boleh bawa ke kubur semua tu? Fikir hubungan diaorang berdua ni. Dah jadi suami isteri, kenalah berbaik. Sampai bila nak macam ni. Berdosa, kamu tau tak? Kamu tu Haris, marah isteri tak kira tempat, menjatuhkan air muka dia. Elok sangat buat macam tu? Bila malam kamu cari dia pula. Mira, memang ayah tengok kamu dah mula layan Haris, tapi hati kamu macam mana? Ihklas ke bila Haris asyik marah marah kamu?” panjang leteran Datuk Hamdi buat Haris dan Dhamirah saling berbalas pandang. Cuba berbicara melalui mata. Yang paling tidak disangka Dhamirah, Datuk Hamdi menyangka mereka sudah berhubungan intim sedangkan mereka tidur berasingan di dalam bilik.
                “Err… Ris busy sekarang ni, ayah. Nanti bila Ris free sikit, Ris bawa Mira honeymoon.” Haris mereka cerita. Tidak mahu ayahnya memanjangkan perkara ini. Datin Marina sudah muncung mulutnya. Sakit hati ditegur begitu oleh suaminya di hadapan anak dan menantu.
                “Kalau nak ikutkan busy kamu, sampai bila pun tak habis. Cuti kahwin kamu hari tu, kamu pendekkan. Holiday kamu ke Paris pun, kamu cancelled. Kan elok kalau kamu bawa je Mira ke Paris tu. Dia isteri kamu, kan.”
                Haris merengus lagi. Pinggan didepannya di tolak perlahan. Dia menyandar diri ke kerusi. Paris, kota idaman Dania untuk mereka berbulan madu. Bersusah payah dia mencari hotel, tiket penerbangan. Menempah tempat eksklusif untuk mereka menghabiskan masa sepanjang tempoh bulan madu. Tetapi bila Dania lari meinggalkannya di hari pernikahan, dia telah batalkan semuanya sehari selepas majlis resepsi mereka. Biar dia menanggung kerugian, asalkan dia tidak sakit hati. Cutinya kahwinnya juga dipendekkan kerana tidak sanggup menatap Dhamirah berlama – lamaan di rumah ini.
                “It’s not the same, yah.” Pendek jawapan Haris. Dia tahu Datuk Hamdi faham. Dia juga tahu Dhamirah mengerti. Kedengaran pula Datuk Hamdi mengeluh. Payahnya meyakinkan Haris supaya melupakan segala – galanya. Supaya Haris menerima dengan redha ketentuan takdir untuk dia dan Dhamirah. Perlakuan Haris dan Dhamirah hanya akan melukakan perasaan sendiri.
                “Memanglah tak sama. Tapi cuba terima kenyataan di depan kamu ni. Terima dengan redha siapa yang jadi isteri kamu sekarang ni. Jangan nak menyoal takdir, Haris, Mira. Kamu sibukkan diri dengan kerja sampai abaikan isteri, apa yang kamu dapat? Bila balik ke rumah, kamu tetap kena bersua satu sama lain, kan?” Datuk Hamdi masih cuba meyakinkan. Cuba memujuk Haris dan Dhamirah. Rumah agam ini rasanya sudah tiada serinya sejak Haris berkahwin. Mereka yang sengaja menimbulkan segala kemurungan ini sedangkan semuanya boleh seperti sediakala andai mereka semua redha dengan apa yang telah terjadi.
                Dhamirah menoleh ke arah Haris bila terasa kaki Haris menendang kakinya di bawah meja. Mungkin Haris mahu dia pula yang bersuara. Dan pandangan tajam mata Haris bagai mengiyakan telahan Dhamirah.
                “Nanti – nantilah, ayah. Abang Haris busy, Mira pun busy sekarang ni. Banyak assignment dan project final year belum finalized lagi. Nanti bila Abang dengan Mira ada masa free, kami pergi.” Dhamirah membuka mulut. Memang wajar rasanya dia membuka mulut pula. Hubungan mereka entah bagaimana ragamnya, kenapa pula disogokkan dengan cadangan tidak masuk akal itu?
                “Jangan nak memihak Haris pulak, Mira. Ayah bukan bagi cadangan, tapi ini arahan. Kamu busy ke tidak, cuba cari masa pergi honeymoon. Tentang duit, tak usah bimbang, ayah akan sponsor semua.”
                “Abang! Dah budak berdua ni tak nak pergi, biarkan ajelah. Yang sampai nak sponsor ni, kenapa?” Datin Marina kembali menyampuk. Cukup tidak suka bila suaminya sanggup pula mengeluarkan duit semata – mata untuk Haris dan Dhamirah pergi berbulan madu.
                “Rina…” Nada suara Datuk Hamdi bertukar. Dan itu dimengerti oleh Datin Marina. Dia kembali senyap. Benci.
                “Tak payah susah – susah, ayah. Lambat lagi kalau kami nak pergi honeymoon pun. Paling tidak pun, tunggu Mira habis kuliah dulu. Kalau pergi sekarang, Mira bukan boleh ambil cuti lama, nanti kuliah dia tuang pulak.” Haris kembali bersuara. Masih cuba mengelak dari di paksa berbulan madu dengan Dhamirah.
                “Betul tu, ayah. Tahun ni tahun akhir Mira. Kena pay attention lebih sikit untuk naikkan grade.” Dhamirah menyampuk. Jelingan Haris, dia buat tidak Nampak. Kali ini, mereka berdua sependapat. Tidak mahu menghabiskan masa berdua di tempat terasing. Lemas.
                “Hrmm…. Kalau dah itu kata kamu. Kena tunggu lagi 4 bulanlah ye. Sementara itu, kamu fikirlah nak kemana, ayah belanja. Jangan kamu tu bawak perut time tu, sudahlah Mira.”
                Dhamirah tersedak lagi. Sekali ini, dadanya benar – benar perit. Laju dia menggosok dadanya. Wajahnya merona merah. Bawak perut? Pregnant? Oh, tidak!, Dhamirah menjerit dalam hati. Haris pula hanya menelan liur. Dhamirah pregnant? Mungkin tidak. Tanpa sedar, tangannya mengurut perlahan belakang Dhamirah. Kasihan melihat gadis itu terbatuk – batuk akibat tersedak sebentar tadi.

1 comment:

  1. Yaaa~~ bestnyeee cerita niii.. Haii dari tahun 2012 bary laaa ni saya jumpa this blog la cik writer... tp serius cerita nii mmg best gile2 punyee.. sekali jumpe teros baca satu malam smpai ke pagi dari bab 1 sampai bab 8 nii hahahah!! Nak samnong bace lgg! Good job :)

    ReplyDelete