Thursday 26 April 2012

Bab 14 : Ingin Kulafazkan Cinta



14.
                Senyuman terukir indah di bibir ketika matanya asyik memerhati pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin indah. Terasa segala penat lelah bersama – sama menguruskan majlis persandingan ini berbayar hanya dengan melihat senyuman manis yang dipamer kedua mempelai. Akhirnya, hari ini akan tamatlah segala jerih perih Encik Saiful sekeluarga dalam menguruskan majlis perkahwinan anak sulongnya.
                “Apa yang kau senyum sorang sorang?” Soalan berbaur sinis itu menerjah telinga. Segera dia menoleh pada arah datangnya suara. Bibir yang tadi menguntum senyum gembira kini bertukar tawar. Tak habis – habis lagi, marah hatinya.
                “Seronok tengok Abang Luq dan Kak Anna bersanding.” Balasnya perlahan. Mata kembali diarahkan ke pasangan yang sedang bersanding. Kalau tadi Encik Saiful dan Puan Rashidah sedang menepung tawar, kini kedua ibu bapa Rianna pula yang mengambil alih. Betapa cepatnya masa berlalu, minggu lepas baru sahaja Luqman diijab kabulkan, sekarang sedang bersanding di pelamin indah.
                “Kesian kau…” Sindir Sharina, anak gadis kepada Puan Sufiah. Sekali gus merupakan sepupunya. Pandangannya dialih lagi ke wajah Sharina yang disolek tebal. Penuh dengan segala bedak, gincu dan entah apa – apa lagi yang dicalit di wajahnya. Rimas mata Ayu melihatnya.
                “Kenapa?” Tanya Ayu perlahan. Tidak faham dengan maksud kata – kata Sharina. Anak dan mak sama sahaja, sentiasa cari peluang untuk menyakitkan hatinya.
                “Abang Luqman dah kahwin. Semua sepupu – sepupu dah ada teman. Kau aje yang masih single. Tak rasa kesian ke?” Sharina masih menyindir. Dia menjeling Ayu sebelum matanya diarahkan pada pasangan pengantin. Sejak tadi, dia berkepit dengan Adam, teman lelakinya. Bukannya ingin sama – sama menolong sebarang kekurangan dalam majlis gilang gemilang ini. Hanya ketika ini, Ayu tidak tahu ke mana perginya Adam. Terukir senyuman di bibir Ayu. Kalau hal itu yang ingin diungkit Sharina, tiada apa yang perlu dikasihankan.
                “Tak perlu nak kasihan pada Ayu. Seronok apa single. Tak ada yang nak control apa yang kita buat dan tak perlu nak rasa cemburu bila teman lelaki berbual dengan perempuan lain.” Ayu turut menyindir. Dia tahu, Sharina marahkan dia sepanjang majlis ini kerana Adam sentiasa cari peluang untuk menegur dan berbual dengannya. Cuma dia yang asyik mengelak. Selain tidak mahu Sharina menyerangnya, dia juga terlalu sibuk menguruskan segalanya.
                Sharina mencebik. Bila diingatkan balik perbuatan Adam, memang dia sakit hati. Adam memang tidak boleh Nampak perempuan cantik, mesti nak cuba masuk jarum. Dan yang lebih buat dia sakit hati, dengan Ayu pun Adam nak try! Macamlah Ayu tu cantik sangat.
                “Kalau kau tu tak gatal sangat, takdenya Adam tu mengendeng dengan kau. Kau sukalah kan, bila ada jantan dok mengurat kau. Maklumlah, orang tak laku.” Marah Sharina. Ton suaranya cuba dikawal. Mereka berada di khalayak ramai, tingkah lakunya harus dijaga agar dia Nampak sebagai gadis yang penuh sopan.
                “Kak Sherry tu yang patut buka mata. Sapa yang gatal dan sapa yang suka ambil peluang? Kalau Ayu tak laku pun, Ayu tak terdesak nak ada boyfriend.” Balas Ayu tenang. Semakin memerah muka Sharina menahan marah. Ayu semakin pandai menjawab sekarang ini. Dia menghentak kaki, melepas geram. Ayu pula tersenyum nipis lalu kembali memandang pengantin yang sedang bersanding. Namun, senyuman mati sebaik ternampak susuk tubuh yang sedang menepung tawar mempelai. Tiba – tiba dia merasa kepalanya sakit. Apa yang lelaki itu buat disini? Jarinya mengurut dahi, benar – benar tidak selesa dengan apa yang dilihatnya kini.
                “Boyfriend Sherry takkan menggatal kalau tak ada yang menggoda. Kau jangan nak salahkan orang lain pulak, Ayu. Dah tak ada orang nak kat kau, kau menggatal dengan mana mana jantan, kan. Sampai boyfriend orang pun kau nak rampas.” Suara sindiran dari Puan Sufiah itu makin buat kepala Ayu sakit. Bila pula Mak Langnya itu muncul disini. Kali terakhir dia Nampak Puan Sufiah, wanita itu seronok dikelilingi oleh kawan – kawan Mak Long yang kebanyakkannya berpangkat Datin.
                “Betul tu, mama. Bukan boleh Nampak sherry ada boyfriend, semua dia nak kebas. Dah tak laku, buat cara tak laku.” Sharina menambah perisa. Dia memaut mesra lengan Puan Sufiah. Gembira bukan kepalang bila mamanya datang untuk menyelamat. Sama – sama menambah sakit di hati Ayu.
                “Ayu tak perlukan lelaki sekarang ni, Mak Lang. Apa lagi lelaki macam Adam. Kalau Ayu nak ada boyfriend, Ayu akan pastikan dia bukan lelaki macam Adam dan definitely not him.” Bidas Ayu. Kedua beranak itu dipandang tanpa gentar. Tidak perlu lagi bersopan pada orang yang sedang merendahkan dia. Setelah apa yang terjadi dalam hidupnya, dia mengajar hati menjadi cekal. Bukan lagi terlalu lembut hati seperti ketika ibu dan abahnya masih hidup.
                “Assalamualaikum…” Suara garau seorang lelaki di belakang Ayu membantutkan niat Puan Sufiah yang ingin membalas kata – kata Ayu. Serentak tiga pasang mata terarah pada suara itu. Terkejut bukan kepalang Ayu bila seraut wajah itu memenuhi ruang matanya. Hilang ritma asal jantungnya dan dadanya rasa mahu pecah dek debaran yang menggila.
                “Maaf… Boleh saya pinjam Ayu sekejap?” Idraki bersuara penuh sopan. Seperti kebiasaan, senyuman menggodanya diukir agar semua orang boleh cair dan akur dengan permintaannya. Hanya Ayu yang tak lut dengan senyuman cari makan dia tu. Terkelip – kelip mata gadis yang seusia Ayu dan wanita yang berumur 40-an itu memandangnya. Dia pandang pada Ayu pula, gadis itu sudah buat muka masam. Lagi lebar senyumannya ketika ini. Tak pernah Ayu hadiahkan dia dengan senyuman ikhlas sepertimana yang Ayu buat pada tetamu lain. Sejak tiba di majlis ini tadi, dia asyik mencari kelibat Ayu. Dan, pertama kali matanya menangkap susuk tubuh Ayu yang anggun dibaluti baju kurung moden bernada perak dengan tudung bercorak abstrak dari warna senada, hatinya bergelora. Tambah terpegun bila Nampak senyuman manis yang diukir gadis itu pada para tetamu yang datang. Cuma, ketika ini tiada senyuman di bibir mungil itu dan pandangan penuh protes yang dilemparkan Ayu.
                “Encik ni siapa?” Kedengaran wanita separuh abad itu bertanya. Kembali dia memusatkan pandangan pada dua orang perempuan itu. Dari wajha terkejut, kini gadis dihadapannya sudah tersenyum manis. Liuk lentoknya kelihatan manja sekali.
                “Saya, Idraki.”
                Oh… Auntie Sufiah. Ini, anak auntie, Sharina.” Puan Sufiah memperkenalkan diri. Tanpa disuruh, Sharina pantas menghulur tangan untuk bersalaman. Teragak – agak Idraki untuk menyambutnya. Senyuman terhias dibibir sebelum huluran tangan itu di sambut juga akhirnya.
                “Nice meeting you.” Sapa Idraki berbasa basi. Dia sudah tidak sabar ingin membawa Ayu pergi agak jauh. Dia ingin Ayu kenalkan dia pada seluruh ahli keluarganya. Agar senang nanti untuk dia mengatur langkah seterusnya dalam misinya untuk menjadikan Ayu isterinya.
                “Kawan Ayu?”
                “Let’s just say that for time being.
                “Oh…. I, sepupu Ayu.” Sharina ukir senyum paling manis. Handsome nya lelaki yang berdiri rapat dengan Ayu. Kalah Adam. Berjuta kali Idraki lebih tampan dari Adam. Dan, dari gaya Idraki, dia tahu lelaki itu berharta.
                “So… boleh saya kidnap Ayu sekejap?” Idraki bergurau. Sharina dan Puan Sufiah ketawa kecil. Manakala Ayu mula ligat memikir jalan untuk melarikan diri.
                “Sorry, encik… Saya kena pergi, ada kerja.”
                “Oh… Please, dear. Dari tadi I cari you. Janji you nak temankan I kat majlis ni.” Idraki sengaja guna ayat memikat. Dari kejauhan tadi, dia dapat menjangka yang tiga perempuan di depannya ini sedang bertengkar. Dari raut wajah tegang Puan Sufiah dan Sharina, dia tahu mereka bertiga bukan berbual mesra.
                “Janji? Bila masa saya janji – “
                “Now, you buat buat lupa? Takkan malu dengan auntie and cousin you kot, dear?” Semakin lembut Idraki berbicara. Bulat mata Ayu. Tidak percaya Idraki berkata begitu. Memanggilnya ‘dear’ pula di depan Puan Sufiah dan Sharina. Lepas ini, tentu teruk dia disindir lagi oleh dua perempuan ini.
                “Jom.. I belum makan lagi ni. Lapar…” Idraki pegang perut yang kempis sambil tersenyum manja. Semakin bulat mata Ayu. Dah kenapa pula Idraki buat aksi manja depan dia, Mak Lang dan Sharina? Aduh… masak dia kali ini. Lebih masak kalau Puan Sufiah dan Sharina mengadu pada Encik Saiful dan Puan Rashidah. Pak Longnya itu bukan tak kenal dengan Idraki. Pelanggan syarikatnya kot.
                “Err…” Ayu masih ragu – ragu. Memang dia ingin pergi jauh dari Puan Sufiah dan Sharina. Sudah sakit telinga mendengar kata – kata bisa dua beranak ini. Tetapi dia lebih ingin pergi jauh dari lelaki yang berwajah mengharap ini.
                “Jomlah… Malu pulak depan saudara you ni. Sorry you two. I ambil Ayu sekejap ye.” Spontan Idraki memegang tangan Ayu. Dia mengukir senyum pada kedua wanita dihadapannya lalu tanpa sempat keduanya berkata apa, dia menarik Ayu jauh dari mereka. Terkejut bukan kepalang Ayu dengan tindakan berani Idraki. Masuk kali ini, sudah dua kali Idraki selamba memegang tangannya. Terkial – kial dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman kemas Idraki. Sedikit terkejar – kejar dia mengikut langkah Idraki yang besar. Maklumlah, lelaki itu tinggi sementara dia yang bertubuh genit ini tentu tidak seluas langkah kaki Idraki.
                “Encik, lepaskan saya lah! Apa main tarik – tarik orang ni?” Ayu sedikit menjerit. Tidak dipeduli pada tetamu tetamu yang sedang menjamu selera. Nasib baik juga tiada yang memandang mereka yang sedang buat adegan tarik menarik ni.
                “Syyhh…. Ikut aje I.” Idraki tidak memberhentikan langkah dan genggaman tangannya semakin erat. Dia ingin membawa Ayu ke tempat yang sedikit tersorok. Biar dia senang berbicara dengan gadis itu.
                “Nak pergi mana? Semua orang pandang kita ni!” Ayu membentak walau kakina terkejar – kejar langkah Idraki. Kalau iye pun, tak perlulah tarik tangan dia macam ni. Nanti orang berprasangka pula. lebih teruk, bagaimana Pak Long dan Mak Long Nampak dia sedang ditarik oleh seorang lelaki?. Terkejut Ayu bila Idraki tiba – tiba berhenti melangkah. Terdorong dia ke hadapan. Mujur tidak terlanggar lelaki bertubuh tegap ni. Ayu mengangkat muka, mencari wajah Idraki. Dan, seketika dia terkesima bila redup renungan Idraki menusuk hingga ke jantungnya. Ah, sudah kenapa pula dengan jantungnya kali ini?
                “If I let you go, would you follow me?” Ujar Idraki perlahan. Hampir berbisik. Seolah tersedar yang dia memegang tangan gadis yang boleh dikatakan tuan rumah majlis ini. Kalau ibu dan bapa Ayu ternampak, bagaimana? Sudah tentu jatuh sahamnya sebagai calon menantu pilihan.
                Ayu mengorak senyuman manis. Peluang sudah datang, hatinya berbisik jahat. Tanpa suara, dia mengangguk laju sebagai jawapan. Lama Idraki merenungnya sebelum lelaki itu turut pamer senyum. Menggoda, dan Ayu sekali lagi terkesima. Jantung kembali memainkan irama black metal. Berdegup kencang dan umpama mahu tercabut dari tempatnya. Cepat Ayu melarikan mata. Takut makin lama dia menatap senyum Idraki, dia boleh jatuh tergolek disini.
                “I thought so. And, I don’t trust you, dear.” Balas Idraki dan dia kembali menyambung langkah. Ayu juga kembali terkejar – kejar. Hatinya sudah menyumpah entah apa – apa. Tak boleh pakai punya lelaki!
                “Encik nak apa sebenarnya? Tak malu ke tarik – tarik orang depan orang ramai?” Marah Ayu sebaik Idraki melepaskan tangannya di satu ruang. Itupun, mereka sudah jauh dari para jemputan dan berada di luar dewan. Dia mengusap tangan yang terasa sakit. Geram sungguh dengan lelaki ini.
                “Sakit? I’m sorry.” Idraki hanya memerhati Ayu yang sedang mengusap tangannya itu. Nak ditolong, dia tak berani. Tentu sahaja Ayu makin berapi nanti. Tadi tu, dia tak sengaja. Ayu menjeling geram. Masa pegang tangan dia, tak pula fikir sakit ke tidak. Ini, tentu merah tak lama lagi. Kulitnya bukan boleh sakit sikit, mulalah naik lebam dan ambil masa untuk sembuh. Sensitive sungguh!
                “Encik nak apa?” Marah Ayu. Namun tone suaranya masih begitu. Dia memang jenis yang susah nak marah. Jadi, bila marah pun, suaranya begitu juga. Tak reti nak tinggi – tinggikan suara macam sesetengah orang.
                “I Cuma nak jumpa you. Dari tadi I cari you. Tadi Nampak busy sangat, baru sekarang dapat berbual dengan you.” Kata – kata Idraki menjemput kerut di dahi Ayu. Kenapa pula cari dia? Bukankah Idraki datang ke majlis ini untuk meraikan pengantin?
                “Kenapa cari saya? Bukan cari abang…. Err… Encik Luqman?” Ayu ketap bibir bila dia tersasul menyebut Luqman. Lebih geram bila senyuman terukir di bibir Idraki.
                “Luqman tengah bersanding, buat apa I nak cari dia. Today is his big day, takkan nak kacau dia pulak.”
                “So, ada apa cari saya?”
                Tiada jawapan dari Idraki namun matanya tidak putus – putus merenung Ayu. Cantik sungguh dengan sepersalinan ini. Walau hari sudah menginjak ke jam 2 petang namun wajah itu masih Nampak berseri – seri. Lebih berseri bila tadi Ayu mengukir senyum untuknya.
                “Encik! Saya Tanya ni. Yang tenung saya macam tu, kenapa?” Ayu sedikit terjerit. Geram sungguhlah bila berada dekat dengan Idraki. Ada sahaja perkara yang buat dia sakit hati. Boleh pula lelaki itu merenung dia macam nak telan. Janganlah fikiran lelaki ini melencong ke arah lain.
                “Ehem..!!” Idraki berdehem kecil. Cuba sembunyikan kekalutan akibat terleka dengan keasyikannya merenung Ayu. Memuji kecantikan Ayu dalam diam.
                “So…. Which one is your parents?” Soal Idraki kemudiannya. Ayu membuntangkan mata, terkejut. Kenapa itu pula yang ditanya Idraki?
                “Kenapa pulak cari mak bapak saya ni?” Soal Ayu kembali. Dia menjeling bila Idraki tersenyum sambil menggelengkan kepala. Apa sahajalah Idraki ni.
                “I nak kenallah. Supaya senang I nak pergi meminang you nanti. Tak adalah parents you terkejut bila I hantar rombongan meminang, kan.” Balas Idraki bersahaja. Nampak seperti bergurau gayanya tetapi dia benar – benar maksudkan apa yang dikatakannya.
                “Encik ni dah gila ke? Bila masa pulak saya setuju nak kahwin dengan encik?”
                “You setuju atau tidak, I tetap akan jadikan you isteri I.” Tegas Idraki. Dia nekad, bagaimana sekalipun Ayu menolak, dia akan pastikan Ayu tetap jadi isterinya.
                “Eee…. Gila! Tak faham orang cakap!?” Marah Ayu. Jemarinya digenggam geram dan dia menghentak kaki. Kenapalah dia kena berhadapan dengan lelaki ini dan melayan kerenah gilanya? Macam dah tak ada perempuan lain yang dia boleh buat isteri.
                “Ayu, I’ve told you. I akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. I tak boleh biarkan you. I rasa berdosa kalau tak peristerikan you. Please understand. Kita sama – sama perbaiki semuanya?” Lirih jawapan Idraki. Minta perngertian dari Ayu. Moga Ayu mengerti yang dia benar – benar serius dengan keinginannya untuk menjadikan Ayu isterinya.
                “Kan saya dah cakap, saya tak perlukan encik bertanggungjawab. Saya dah bahagia macam ni. Kalau encik masih rasa bersalah pada saya. Okay, fine. Saya maafkan encik. So, can we drop the subject?
                “You tak faham or you tak mahu faham?” Kata – kata Idraki terhenti bila telefon Blackberrynya menjerit nyaring minta dijawab. Dia buat isyarat tunggu pada Ayu lalu dia menjawab panggilan itu. Berbual seketika dengan pemanggil dengan matanya masih melekat pada Ayu. Mujur jugalah Ayu tidak lari darinya saat ini. Kalau tidak, susah pula dia nak menarik Ayu lagi.
                “Come, someone wants to meet you.” Ujar Idraki sebaik dia mematikan talian. Idraki memegang tangan Ayu kembali tetapi cepat ditepis oleh Ayu.
                “Jangan nak pegang – peganglah!”
                “Okay, okay! So, boleh you ikut I? Someone is dying to meet you.” Sedikit geram Idraki dengan kedegilan Ayu. Nampak lemah lembut tapi boleh tahan juga degilnya.
                “Siapa?”
                “Hai, Id.” Suara garau itu mematikan terus pertengkaran mereka berdua yang belum ada tanda – tanda nak reda. Ayu segera berpaling ke arah suara itu. Berkerut dahinya memandang lelaki yang tidak kurang tampannya. Inikah orangnya yang nak berjumpa dia?
                “Ha, elok pun kau dah datang sini. Degil sangat minah ni… Ayu, meet my best friend, Daniel. Niel, ni Ayu. The one that I told you.” Idraki memperkenalkan mereka berdua. Pelik Ayu mendengar kata – kata Idraki. Kawan Idraki ni kenal diakah? The one that I told you? Idraki ada bercerita apa – apakah pada kawan baiknya ini?
                “Hai, Daniel.” Daniel memperkenalkan diri lalu menghulur tangan, ingin bersalaman. Ayu mengukir senyum paksa tetapi huluran tidak disambut. Bukan mahram kot. Dia menundukkan sedikit kepala tanda perkenalan.
                “Ayu. Err… Encik tahu saya?” Ayu berbasa basi. Dengan orang yang baru dia kenal, takkan nak tunjuk sombong pula. Tersenyum Daniel dengan soalan itu. Tangan yang tidak bersambut ditarik semula lalu diseluk ke dalam kocek seluar jeans. Matanya masih ralit memerhati seraut wajah Ayu. Memang Ayu. Lembut dan mempesona. Dengan senyuman dan lirikan mata begitu sahaja sudah boleh memikat hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah Idraki boleh tewas pada kehendak nafsu malam itu.
                “Id banyak cerita pasal you. And, I guest, he is right?” Daniel menjawab dengan senyum penuh makna. Terpikat sungguh dia dengan gadis di depannya ini. Walau baju kurung moden yang tersarung di tubuh menutup segala lekuk tubuh Ayu, namun dia boleh menjangka, tubuh genit itu memang menawan. Tubuh yang pernah diulit Idraki dan dia bertambah tidak hairan dengan kesungguhan Idraki untuk memiliki gadis ini.
                “Right? Pasal apa?” Ayu semakin blur. Pandangan silih berganti dari wajah Daniel ke wajah Idraki. Doanya, janganlah Idraki ceritakan tentang ketelanjuran mereka. Cukuplah dengan maruahnya yang telah hilang akibat kebodohan dia. Janganlah Idraki tambahkan lagi dengan buka cerita tentang mereka pada kawan baiknya ini.
                “He is right when he is very serious to marry you.” Balas Daniel. Tak perlu dipanjangkan cerita tentang apa yang telah Idraki ceritakan pada dia tentang Ayu. Maruah keduanya harus dijaga. Lagipun, tentu Ayu akan mengamuk jika dia bercerita panjang. Tengok pada wajah masam Ayu ketika dia baru sampai tadi pun, dia tahu proses memujuk Idraki tak berjalan lancar.
                “Encik cerita pasal kahwin dengan Encik Daniel? I thought I’ve made it clear that day?” Pandangan tajam Ayu tujukan pada Idraki. Geram sungguh bila Idraki senang – senang bercerita perihal kahwin dengan kawan baik. Padahal, dia tak pernah bersetuju pun. Rasa nak cepuk saja kepala Idraki sekarang ini. Marah dan geram sangat.
                “And I guess I’ve also made you clear. I datang majlis ni pun untuk kenal – kenal dengan parents you, your family members.” Idraki memancing lagi kemarahan Ayu. Seronok pula melihat wajah Ayu yang kemerah – merahan menahan marah. Nampak cute dan comel sangat. Tapi, dia memang serius untuk berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Ayu. Dia tidak mahu nanti keluarga Ayu terperanjat pula jika dia datang meminang gadis ini.
                “Encik Daniel, saya rasa there is something wrong with your BFF. Ada wayar yang putus, maybe? I never agreed to marry him.” Ayu mengalihkan pandangan pada Daniel pula. meminta pertolongan. Dan, gelak tawa Daniel buat dia semakin keliru.
                “Nope…. He is damn serious. Every time I see him, dia asyik cakap nak kahwin dengan you. Dah jatuh cinta dengan you, maybe?” Daniel berlucu setelah ketawanya reda. Reaksi ayu yang membeliakkan biji mata buat dia semakin geli hati.
                Bukk!!
                Satu ketukan di kepalanya buat Daniel mengaduh kesakitan. Dia mengurut kepala yang sakit.
                “Sakitlah. Yang kau ketuk kepala aku, apsal?” Daniel sedikit marah. Niatnya Cuma ingin menolong Idraki menjayakan misinya. Sekarang, ini pula yang dia dapat.
                “Mind your words, Niel.” Idraki memberi amaran. Baru nak menyambung marah pada Daniel, matanya menyorot sepasang suami isteri yang sedang melangkah menghampiri tempat dia, Ayu dan Daniel sedang bertikam lidah.
                “Encik Idraki. Kenapa berdiri di sini? Kat dalam tak selesa?” Encik Saiful bertanya sebaik dia sampai di hadapan mereka bertiga. Hairan juga dia melihat dari tadi Ayu dan Idraki berbual di sini. Kini, teman yang datang bersama Idraki turut sama menyertai pasangan itu. Kenapa pula Ayu melayan tetamu di luar dewan sedangkan di dalam dewan ruang luas. Walau pun agak sesak dengan para jemputan, namun masih ada meja dan kerusi kosong untuk mereka duduk.
                “Bukan tak selesa. Saja ambil angin disini. Lebih santai berbual disini.” Balas Idraki. Wajah Ayu yang sudah berubah – ubah dikerling sekilas. Tentu Ayu tidak senang bila Encik Saiful dan isterinya sudah menyertai mereka.
                “Berbual tentang apa? Seronok sangat nampaknya tadi. Anything Ayu nak share dengan Pak Long?” Encik Saiful alih pandangan pada Ayu. Gadis itu mengetap bibir sambil mata memandang setiap orang silih berganti. Wajah Puan Rashidah yang bagai teruja nak tahu buat dia semakin gelisah. Masaklah dia kena soal jawab dengan Pak Long dan Mak Long lepas ni.
                “I’m about to get to know her better. I’m very insist to know all of her family, but she seems quite secretive.” Tanpa malu, Idraki terus menjawab bagi pihak Ayu.
                “Encik Idraki!” Jerit Ayu. Malu sungguh dia pada Encik Saiful dan Puan Rashidah. Tentu Pak Long dan Mak Long berfikir yang bukan – bukan sekarang ini. Senyuman di wajah keduanya buat Ayu semakin lemah lutut.
                “Encik ni nampaknya sangat berminat dengan anak saudara saya. Ada apa – apa ke ni?” Puan Rashidah pula menyampuk. Melihat gerak gelisah Ayu, hatinya tertanya – Tanya. Bukan dia tak kenal Ayu. Bila masuk saja bab pasangan, mulalah Ayu gelabah tak tentu arah.
                “Saya sangat berminat nak kenal dengan Ayu. Itupun kalau Puan dan Encik Saiful benarkan. And of course, her parents too.” Yakin benar Idraki bersuara. Encik Saiful dan Puan Rashidah saling berpandangan. Tergamam sebentar bila orang tua Ayu dibangkitkan. Tapi, tentu sahaja lelaki ini tidak tahu. Mereka kan baru sahaja kenal.
                “Apa yang encik merepek ni? Can’t you mind your words? Ini my uncle and my auntie kot.” Ayu mengecilkan mata. Isyarat memberi amaran, namun itu semua hanya dibalas dengan senyuman mahal Idraki. Pandangannya kembali tertumpu pada Encik Saiful dan Puan Rashidah.
                “Susahlah kalau macam ni. Encik ni customer saya, kalau dah berminat dengan PA Luqman, susah pula kita nak berurusan nanti.” Kata – kata Encik Saiful disambut dengan gelak tawa mereka semua yang ada disitu. Hanya Ayu yang pamer wajah geram. Dah kenapa pula Pak Longnya ikut sama mengusik dia ni?
                “Don’t worry, Encik Saiful. My friend ni very professional when it comes to work.” Daniel memuji sambil menepuk bahu Idraki beberapa kali. Cuba memberi nilai tambah Idraki pada pandangan kedua suami isteri itu.
                “Ya.. I know that. Eh, encik berdua ni dah makan? Jemputlah ye. Saya dan isteri kena layan tetamu lain lagi.” Encik Saiful segera meminta diri. Kalau boleh, memang dia ingin berbual lebih lama dengan Idraki. Mengenali lelaki ini, memang Idraki senang dibawa berbual. Tapi, bila bekerja, memang serius habis.
                “Never mind. We’ll manage. Kami pun dah nak beredar. Lagipun, Ayu ada untuk layan kami.” Idraki menjawab yakin. Dia bersalaman dengan Encik Saiful dan mengangguk hormat pada Puan Rashidah sebelum keduanya beredar. Sebelum itu, sempat lagi Puan Rashidah berpesan pada Ayu agar Ayu melayan Idraki dan Daniel dengan baik. Hendak tak hendak, Ayu mengangguk malas. Dia nak layan Idraki? Memang taklah!
                “So, your uncle and auntie dah beri kebenaran. Can I meet your parents, now?” Idraki merenung Ayu yang mencerlung mata memandangnya. Tak habis – habis dengan marah. Tapi, lagi Ayu marah, lagi dia suka. Suka pada pipi yang merona merah itu. Cute sangat!

Saturday 21 April 2012

Bab 13 : Ingin Kulafazkan Cinta

13.
                Terik cahaya matahari petang tidak mengganggu tumpuan dua sahabat yang sedang bermain tennis. Sejak tiba, sudah beberapa game mereka main tetapi masih tidak mahu berhenti. Letih menghadap kerja sepanjang minggu, kesempatan di hujung minggu dihabiskan dengan bermain sukan kegemaran mereka sejak di bangku sekolah.
                Stop dulu, Id!” Jerit teman yang sudah termengah – mengah mencuri nafas. Kehandalan Idraki bermain tennis memang tidak boleh dipertikaikan. Selalu menjadi juara pertandingan tennis dari sekolah menengah hingga ke peringkat university. Hanya di tahun akhir, Idraki menghentikan sebarang kegiatan luar untuk memberi tumpuan pada pelajarannya.
                Idraki melempar bola yang sudah sedia untuk di pukul ke tepi gelanggang, kemudian dia mendekati sahabatnya yang sudah melabuh duduk di kerusi rehat di tepi gelanggang. Jelas peluh yang menitik di dahi dan bajunya juga sudah lencun dengan air peluh.
                “Baru berapa game ni? Takkan kau dah pancit?” Idraki tidak puas hati. Belum puas rasanya hendak memukul bola. Tuala yang tersidai di kerusi rehat dicapai lalu dia mengelap wajah yang sudah basah dek peluh. Dia turut sama duduk di sebelah temannya itu.
                “Penat aku main dengan kau ni. Asyik kau aje yang menang.” Komen temannya. Idraki ketawa kecil. Penutup botol air mineral dibuka lalu isinya di teguk rakus.
                “Dah lama tak main, bro. Lepas gian.”
                Idraki dan Daniel sama – sama diam selepas itu. Masing – masing melayan perasaan sendiri. Tangan mengelap peluh yang masih berjejeran turun. Sesekali meluang masa dengan aktiviti bersukan mampu melupakan seketika masalah buat Idraki. Dia memandang Daniel yang kini sibuk pula membelek iPhone 4 di tangan. Sms dengan teman wanita agaknya. Sejak tiba di gelanggang ini tadi, Daniel tidak berenggang dari telefon bimbitnya itu.
                “Bro!” Panggil Idraki setelah agak lama dia memerhati Daniel leka dengan iPhone. Sekilas Daniel angkat muka memandangnya dengan kening terjungkit ke atas. Idraki menarik nafas, geram bila Daniel kembali tunduk membelek telefon.
                “Apa? Cuba kau cakap aje terus terang. Macam anak dara nak kena pinanglah kau ni.” Keras suara Daniel bila Idraki masih diam. iPhone yang dari tadi dibelek, diletak disisi, cuba memberi tumpuan pada Idraki pula. Tahu sangat yang Idraki ada masalah. Bukan kosong Idraki mengajak dia bermain tennis petang ini. Terpaksa dia batalkan temujanjinya dengan Dayana.
                “Kau rasa…. Aku patut kahwin ke dengan dia?” Soal Idraki teragak – agak. Muka kacak Daniel dipandang, minta jawapan. Berkerut dahi Daniel sebelum dia rambut yang sudah kusut ke belakang. Kemudian menggosoknya pula bagai orang ada masalah yang maha berat.
                “Siapa? Ayra ke Ayu?” Tanya Daniel kembali. Kadang – kala, dia juga keliru dengan cerita Idraki. Sekejap cerita tentang Ayra, sekejap pula tentang Ayu. Kini, tanpa salam dan mukadimah, Idraki Tanya dia dengan soalan cepumas begitu. hampir terjatuh dia bila Idraki menolak keras bahunya.
                “Kau ni mamai ke apa? Aku kan dah lama break dengan Ayra. Of course lah aku maksudkan Ayu. Kau rasa patut tak?” Tegas Idraki. Geram dengan Daniel yang suka keliru. Tapi, dengan Daniel jugalah dia boleh rapat selain dari Marissa. Daniel tersengih menelan marah Idraki.
                “Saja aku nak test kau…. Sebelum aku jawab, aku nak Tanya, kenapa kau nak kahwin dengan dia?” Daniel bertanya kembali. Idraki menggaru kepala yang tidak gatal dengan soalan itu. Kenapa ye dia ingin berkahwin dengan Ayu?
                “Aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat pada dia. Aku nak tebus dosa. And aku rasa itu je jalan terbaik buat masa ni.” Jawab Idraki. Pandangan dilempar ke sekitar kawasan gelanggang tennis. Mengingati dan berbicara soal Ayu, jiwanya boleh jadi tidak tenteram. Selagi rasa berdosa tidak mampu diusir dari hati, selagi itu dia rasa terseksa dan hati menggelisah.
                “Kau dah khatam belajar ilmu rumahtangga belum? Itu aje alasan kau nak kahwin dengan dia? Boleh kau pastikan, dia bahagia dengan kau nanti? Boleh kau pastikan, rumahtangga kau boleh bertahan lama?” Daniel main psikologi. Bukan dia tidak bersetuju dengan keinginan Idraki untuk mengambil Ayu sebagai isteri. Dia bangga bila Idraki mahu bertanggungjawab atas kesalahannya. Walau pun ketika Idraki menceritakan perihal itu kepadanya, dia menjadi marah. Sungguh dia tidak sangka yang teman baiknya sanggup mencemarkan maruah seorang gadis walhal Idraki yang dia kenal terdidik dengan didikan agama yang cukup. Tetapi, bila Idraki menyatakan kesungguhan untuk bertanggungjawab, hatinya jadi sejuk sendiri. Dan, dia meyokong penuh setiap tindakan Idraki yang mahu menebus dosa.
                “Nak pastikan itu, aku tak berani jamin. Tapi, aku akan berusaha. Aku dah rosakkan hidup dia sebelum ni, takkan lepas kahwin, aku nak tambah rosakkan dia.” Yakin Idraki berbicara. Walau dia masih sangsi dengan bentuk rumahtangga yang mahu dibinanya namun dia tidak pernah terniat untuk merosakkan lagi masa depan Ayu. Padanya, sekali dia mengambil tanggungjawab terhadap Ayu, sehingga akhir hayatlah dia akan cuba mempertahankan tanggungjawab yang digalasnya.
                “Bro… Aku kagum bila kau sanggup bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat. Tak ramai lelaki yang sanggup kahwin dengan perempuan yang dia tak kenal. Lebih – lebih lagi bila perempuan tu sendiri dah tolak tawaran kau. Cuma yang aku bimbangkan, macam mana rumahtangga kau nanti? Sekadar nak bertanggungjawab dan tebus dosa je, macam mana kau nak bahagia? Rumahtangga ni perlukan cinta, kasih dan sayang, bro.” Panjang lebar Daniel memberi nasihat. Dia takut sekiranya langkah yang Idraki ingin ambil ini hanya akan menambah dosa, bukan menebus dosa. Bagaimana kalau Idraki tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami pula selepas mereka bernikah? Bukankah akan ada lebih banyak dosa antara mereka?
                Idraki melepas keluh. Dia sendiri sudah memikirkan semua itu, namun setiap kali fikirannya terarah ke hal itu, cepat – cepat dia menafikan akal yang terfikir hal itu. Padanya, itu semua boleh difikirkan kemudian. Yang penting, Ayu mesti dinikahi segera.
                “Kalau dah kahwin, tentu perasaan tu akan datang sendiri, kan? Orang dulu kahwin pun tak pernah kenal pasangan masing – masing. Okay je, bahagia sampai tua.”
                “Itu orang dulu. Social network tak macam sekarang. Dalam rumah pun orang boleh mengurat bini kau. Maybe perasaan tu akan datang sendiri. Tapi, what if its too late? Baru kau nak cintakan dia, dia dah ada orang lain. Masa tu, sanggup kau ceraikan dia?” Daniel menyangkal lagi. Kalau Idraki mahu berkahwin, biarlah perkahwinan itu kekal dan bahagia. Bukannya seperti kebanyakkan artis sekarang. Berkahwin sekejap, lepas itu bercerai berai. Eh? Kenapa tiba – tiba dia kaitkan soal nikah kahwin Idraki dengan penceraian artis?
                Kali ini, Idraki terdiam. Benar juga. Tidak mustahil kalau tiada cinta dalam rumahtangga mereka, Ayu mudah dipikat oleh orang lain. Walaupun dia tidak cintakan Ayu. Tetapi sanggupkah dia sebagai suami membiarkan isterinya dipikat oleh lelaki lain? Lebih teruk, jika itu benar – benar berlaku, sanggupkah dia melepaskan Ayu ketika itu? Tapi, jika dia tidak berkahwin dengan Ayu, bagaimana dengan kehidupan gadis itu kelak? Akan ada lagikah lelaki yang mahu memperisterikan Ayu jika mereka tahu keadaan Ayu yang sebenarnya? Sedangkan, dialah lelaki yang bertanggungjawab merosakkan hidup gadis itu.
                “Tapi…. Aku tak boleh biarkan dia macam tu, Niel. Aku mesti bertanggungjawab.” Idraki masih mahu mempertahankan hujahnya. Padanya, dengan mengahwini Ayu, segala rasa bersalah yang bergayut di hatinya akan hilang. Apa yang bakal terjadi pada rumahtangga itu nantinya, akan difikirkan kemudian. Bila waktu itu tiba.
                “Sukahati kau lah, bro. Aku dah bagi pendapat. Memang baik kalau kau ambil dia jadi isteri, tapi kau kena pastikan yang kau tak sia – siakan dia. Yang lain tu, kau serahkan aje pada Allah.” Daniel menepuk bahu Idraki beberapa kali. Temannya itu terangguk – angguk.
                Next week kau ikut aku.”
                “Pergi mana?”
                “Makan kenduri.” Pendek jawapan Idraki. Dia bangun dan meregangkan otot – otot yang terasa sedikit kejang. Sudah lama tidak bersenam, beginilah jadinya. Daniel yang mengerut dahi tidak dipeduli. Tentu sahaja temannya itu hairan kerana berada dalam majlis dan ramai orang begitu , memang bukan kesukaan Idraki setahunya.
                Are you serious? Makan kenduri? You?” Tanya Daniel, hairan.
                “Yup. Kalau kau nak kenal this girl. Better ikut aku that day.” Pancing Idraki. Dia tahu, Daniel sangat teringin untuk kenal dengan Ayu walau Daniel tidak menyatakan dengan perkataan.
                Really?” Bagai ada sinar dalam mata Daniel ketika mendengar kata – kata Idraki. Memang dia teringin untuk kenal dengan Ayu yang selalu disebut Idraki. Gadis yang Berjaya buat Idraki tewas. Tewas dalam segala – galanya.
                But how? Dia nak kahwin dah?”
                “Kau ni memang blur lah. Kalau dia dah nak kahwin, tak adanya aku nak fikirkan pasal dia. Her cousin’s wedding. So, she must be there. Kalau kau nak kenal, jom ikut aku.” Idraki masih cuba memancing. Terasa janggal pula kalau dia ke majlis kahwin Luqman sendirian. Nak bawa ayah dan mama? Rasa tak sesuai pula. Nak bawa si kembar Ila dan Ima? Lebih tak sesuai. Nanti macam murai tercabut ekor dua orang adiknya itu bertanya. Dia sendiri sebenarnya tidak berapa suka berada dalam majlis seperti itu. Bersesak – sesak walau dalam dewan yang dingin dengan penghawa dingin memang bukan pilihannya. Namun, bila difikirkan itulah kesempatan dia untuk berkenalan dengan ibu bapa dan keluarga Ayu, dia gagahkan juga dirinya untuk menghadiri majlis tersebut.
                “Okay, set. Aku memang dah lama nak kenal bakal isteri kau ni.” Daniel mengusik. Dia bangun dari duduknya dan mengikut Idraki yang sudah mula mengorak langkah ke bilik persalinan. Hari sudah petang benar, dia pula belum lagi menunaikan solat Asar. Rasanya cukuplah mereka bermain tennis untuk hari ini.
                “Bakal isteri?” Idraki menoleh pada Daniel disebelahnya. Senyuman sumbang terukir dibibir lalu kepala digelengkan. Entah jadi atau tidak, dia belum tahu. Yang dia tahu, dia akan cuba sehabis baik untuk pujuk Ayu agar setuju jadi isterinya.
*************************************
                Dulang yang sudah berhias cantik dengan sepersalinan baju kurung diatasnya Ayu susun di sudut ruang bilik pengantin. Bibirnya menguntum senyum melihat susunan dulang hantaran yang baru siap dikerjakannya. Hampir dua minggu juga dia ambil masa untuk siapkan gubahan hantaran seperti yang diminta oleh Luqman. Hasil kerjanya memang cukup menjadi. Setiap sentuhannya pasti akan membuahkan hasil yang menarik. Sebab itulah agaknya Luqman beriya – iya menyuruh dia menggubah hantaran untuk perkahwinannya walau dia berkeras mengelak. Sampaikan Luqman sanggup memberi upah untuk setiap gubahannya. Bukan upah yang dia tagih, bukan juga kerana dia tidak mahu membantu abang sepupunya itu tetapi kerana dia sudah lama tidak buat kerja seni seperti ini. Dia takut hasilnya tidak secantik seperti yang diinginkan oleh Luqman. Setelah puas dipujuk oleh Puan Rashidah barulah dia bersetuju dengan permintaan Luqman.
                Nice. Hasil kerja kau memang tak pernah mengecewakan.” Terdengar suara Luth ketika dia masih sibuk membelek apa yang kurang dengan hasil kerjanya. Ayu berpaling ke arah suara itu. Matanya tertangkap susuk tubuh tegap Luth yang bersandar di pintu bilik pengantin. Itu dia, Luth memang suka buat posing begitu. Gaya lelaki macho dan penuh karisma. Terbit senyuman di bibir Ayu ketika lelaki yang Berjaya mengocak jiwanya mengatur langkah menghampiri dia di sudut bilik itu.
                “Macam mana kau dapat idea nak gubah jadi macam ni?” Luth bertanya lagi. Mata bulat Ayu direnung dalam. Rindu pada sepasang mata bulat itu. Rindu pada suara membentak Ayu setiap kali dia mengenakan gadis itu. Lebih – lebih rindu pada gelak tawa dan senyuman manis di bibir Ayu setiap kali mereka bergurau. Apatah lagi, dia baru sahaja pulang dari berkursus di Pulau Langkawi semalam.
                “Tengok buku.” Usik Ayu. Berderai ketawanya saat Luth membuntang mata tanda geram dengan jawapan itu. Namun kemudian, ketawanya mati saat matanya melihat senyuman menggoda yang diukir Luth. Cepat – cepat dia mengalih pandangan, pura – pura membetulkan susunan dulang. Takut pada debaran yang menggila di dadanya. Dia sedar, walau macam mana berkocaknya jiwanya setiap kali berhadapan dengan Luth, dia tidak boleh memberi sebarang perasaan pada Luth. Dia tidak sesuai untuk Luth. Dia sudah tidak layak untuk Luth malah untuk semua lelaki pun.
                “Bila abang balik?” Tanya Ayu buat memecah kesunyian. Bertambah berdebar dadanya bila Luth sengaja mendekat bila dia cuba menjauh.
                “Semalam. Late night. Abang ingat Ayu ada kat balkoni masa abang balik. Tapi….” Luth tidak menghabiskan bicara. Dia terpegun dengan harumnya tubuh Ayu yang didekatinya. Luruh rindunya bila dapat melihat wajah bersih Ayu dan dia benar – benar sedang cuba menahan diri dari memeluk gadis dihadapannya.
                “Err… Ayu busy nak siapkan hantaran Abang Luq ni. Tak ada masa nak lepak – lepak kat balkoni. Lagipun…” Ayu melarikan diri dari Luth yang semakin menghampiri. Lain benar Luth malam ini. Selalunya Luth sentiasa menjaga jarak antara mereka tetapi malam ini, Luth kelihatan sangat berbeza.
                “Lagipun?” Luth ukir senyum. Sedar dengan ketelanjuran dia cuba mendekati Ayu. Terhibur dengan gelagat Ayu yang asyik melarikan diri. Dia harus mengawal diri. Sampai masa, dia akan pastikan, Ayu akan menjadi miliknya.
                “Err… Tak ada apalah. Ayu keluar dulu. Tak elok kita berduaan macam ni.” Ayu cuba melarikan diri. Ketika kakinya ingin menghala ke pintu, lengannya ditarik Luth.
                Don’t you miss me?” Luth hampir berbisik. Tersentap jantung Ayu mendengar soalan itu. Lebih tersentap bila Luth berani memegang lengannya. Walaupun berlapik, namun dengan keadaan mereka yang berduaan di dalam bilik begini, rasanya sangat tidak sopan perbuatan Luth. Walaupun pintu bilik terbuka luas, namun jika ada yang Nampak, tentu jadi buah mulut orang.
                “Kalau abang nak berborak dengan Ayu, kita keluar dulu. Tak manis macam ni.”
                Sorry. I didn’t mean it.” Luth melepaskan pegangannya. Sedar dia terlanjur lagi. Ah, kenapa dia terlalu rindukan Ayu?
                “Ha! Apa yang kau berdua buat dalam bilik ni? Nak beromen?” Suara bak petir yang tiba – tiba muncul di muka pintu membuat jantung Ayu luruh. Tersentak, sekaligus merobek hatinya. Dia memejam mata, cuba mencerna kata – kata pedih itu dan bersedia untuk lebih banyak kata – kata nista yang akan diterima.
                “Kami berbual kosong aje, Mak Lang.” Luth terlebih dahulu menjawab. Dia segera melangkah menghampiri wanita yang dipanggil Mak Lang. Demi Ayu, dia harus menangkis serangan dari mulut bisa wanita itu.
                “Berbual dalam bilik? Rumah besar macam ni, kau boleh berbual dalam bilik? Apa nak jadi dengan kau ni, Ayu? Dah gatal sangat ke?” Mak Lang memandang Ayu dan Luth silih berganti. Sakit hati dan meluat melihat Ayu baik dengan Luth. Sakit hati melihat layanan baik yang diterima Ayu dirumah mewah ini. Lebih sakit hati bila Ayu pasti akan mendapat sokongan abangnya setiap kali dia cuba merendahkan anak buahnya itu.
                “Kebetulan masa Luth lalu sini tadi Ayu ada kat dalam bilik. Luth Cuma tegur. Tak salahkan Mak Lang. Lagipun, pintu bilik ni terbuka luas.” Luth masih cuba mempertahankan dirinya dan Ayu. Demi Allah, tiada sedikit pun niatnya ingin mengapa – apakan Ayu. Dia sayang Ayu lebih dari seorang adik. Dan kerana sayang, sudah tentu dia ingin melindungi Ayu dari sebarang perkara tidak elok.
                “Huh! Sebab terbuka tu lah yang aku sempat nak tengok kau orang. Kalau aku tak lalu sini tadi, entah apa – apa aje yang Ayu cuba buat. Kau bukan tak tahu perangai dia ni.”
                “Mak Lang! Kami berbual aje. Tak buat apa – apa pun.” Ayu mencelah. Tidak sanggup lagi mendengar Mak Lang merendah – rendahkan dia sejak wanita itu tiba di rumah ini dua hari lalu.
                “Apa yang bising – bising ni? Sampai ke bawah dengar suara kamu, Piah. Apa halnya ni?” Encik Saiful muncul entah dari mana. Ketika itu, Ayu tidak tahu sama ada nafas yang dihelanya terasa lega atau semakin sempit. Encik Saiful selalu menjadi penyelamatnya. Tapi, sekarang ini dia dituduh berdua – duaan dengan Luth, anak Pak Long. Masih lagikah Pak Long akan membelanya?
                “Ni, Along tengok anak buah Along ni. Tak sudah – sudah nak cari pasal. Along biarkan sangat. Sampai dalam rumah Along dia dah berani nak menggatal.” Adu Sufiah, Mak Lang Ayu dan Luth. Berkerut dahi Encik Saiful. Ayu dan Luth dipandang silih berganti, cuba mencari jawapan.
                “Tak, ayah. Luth lalu sini tadi, Luth Nampak Ayu tengah susun dulang tu. Luth Cuma tegur Ayu dan borak – borak. Tak buat apa – apa yang tak elok pun. Pintu bilik pun terbuka luas, ayah.” Luth terlebih dahulu membuka mulut. Bimbang perasaan Ayu terluka. Sudah banyak benar Puan Sufiah menyakiti hati Ayu sejak kedua ibu bapa Ayu meninggal dunia.
                Pandangan mata Encik Saiful dialihkan pula pada Ayu. Meminta penjelasan dari pihak Ayu, walau dia sedar kata – kata sama akan keluar dari bibir Ayu.
                “Betul, Pak Long. Kami Cuma borak kosong je. Baru sekejap aje abang Luth masuk bilik dan kami dah nak keluar dah pun.” Ayu mengiyakan. Memang mereka tidak berniat serong berada dalam satu bilik. Hanya ingin berbual – bual setelah agak lama tidak berkesempatan berbuat begitu. Cuma mungkin mereka salah memilih tempat.
                Encik Saiful menggeleng kepala perlahan. Dia kenal Ayu dan lebih kenal pada anaknya. Hampir setahun Ayu tinggal di rumah ini, tiada perkara buruk yang dilakukan Ayu. Malah, dia bangga bila melihat perubahan positif Ayu. Sejak bertudung, gadis itu semakin menjaga adabnya sebagai seorang gadis.
                “Nasib baik Alang  cepat sampai sini, Long. Kalau tidak tadi, tak tahulah apa pulak yang dibuatnya. Itupun tadi Alang Nampak dah berdiri dekat sangat.” Puan Sufiah menambah perisa. Buntang mata Luth mendengarnya. Memang jarak mereka agak dekat tapi tidaklah terlalu dekat. Masih ada jarak jurang yang tidak memungkinkan dia mengapa – apakan Ayu.
                “Mak Lang jangan nak buat cerita. Luth masih tahu jaga diri.” Bentak Luth. Tak perlu difikirkan dengan siapa dia bercakapa kini. Wanita ini juga cukup lancang mulutnya. Dia merenung Ayu. Simpatinya tumpah ketika melihat Ayu sudah terdiam seribu bahasa.
                “Kau tu mungkinlah tahu nak jaga diri. Tapi budak ni? Suka ambil kesempatan.” Marah Puan Sufiah lagi. Matanya mencerlung marah pada Ayu.
                “Sudah – sudahlah tu, Alang. Aku tahu Ayu ni macam mana. Sejak dia duduk sini, tak pernah dia buat benda tak elok. Kebetulan aje Luth masuk bilik ni tadi. Ayu ni pun tengah sibuk nak siapkan hantaran Luqman. Apa yang kamu marahkan sangat ni?” Encik Saiful cuba meredakan keadaan yang semakin tegang. Puan Rashidah yang baru tiba, tercengang – cengang dengan pergaduhan itu. tidak faham pokok pangkal cerita. Dia hanya diam dan memerhati.
                “Itulah Along. Bila Alang cakap, semua tak percaya. Besok – besok, budak ni mengandung anak luar nikah, padan muka Along. Time tu, mana Along nak sorok muka?”
                Beristighfar panjang Encik Saiful mendengar bicara itu. Adiknya itu memang sudah melampau. Sejak ibu bapa Ayu meninggal, Sufiah dan Aisyah, adik bongsunya bagai bermusuh pula dengan Ayu. Entah apalah yang buat dia adiknya itu tidak puas hati dengan Ayu.
                “Cuba bawak mengucap, Piah. Kau bercakap macam mendoakan pulak. Kan elok kalau kau cakap benda yang elok – elok. Ini sampai mengandung anak luar nikah, apa kena dengan kau ni?” Encik Saiful sudah marah. Tak habis – habis adiknya ini. Lancang sungguh mulutnya hingga sanggup memperkatakan sesuatu yang buruk.
                “Huh! Kalau aku memang semuanya yang tak betul, kan? Kau tengoklah nanti, Long. Budak ni, depan orang aje tunjuk baik. Kat belakang, entah apa – apa yang dibuatnya. Pakai tudung konon, berlakon baiklah tu!” Puan Sufiah berlalu dari ruangan itu dengan mulut yang masih menceceh entah apa – apa. Terkedu sungguh Ayu mendengar setiap kata nista Mak Langnya. Sungguh, tidak pernah terniat dihatinya untuk melakukan perkara terkutuk. Dia ingin menjadi muslimah sejati. Walau maruahnya sudah tercemar namun dari kekhilafan dululah, dia menjadi insan yang sentiasa muhasabah diri. Tidak mahu lagi tersilap langkah seperti masa dahulu.
                “Pak Long, Mak Long. Ayu minta maaf. Tak ada niat nak buat benda tak elok. Lebih – lebih lagi dalam rumah Pak Long. Ayu salah tadi, tak patut berdua dalam bilik Abang Luqman.” Ayu segera meminta maaf. Walau Encik Saiful membelanya tadi tetapi dia tahu sedikit sebanyak, tentu Encik Saiful juga sangsi dengan perbuatan dengan Luth.
                “Kenapa ni, Ayu? Luth?” Puan Rashidah mendapatkan Ayu. Bahu anak saudaranya itu dipeluk. Cuba mententeramkan Ayu yang sudah berwajah sedih. Air mata juga sudah bertakung di mata. Menunggu masa untuk mengalir ke pipi.
                “Salah Luth, ayah, ibu. Luth yang masuk bilik tu walaupun Luth tau Ayu seorang dalam bilik.” Luth mempertahankan Ayu. Semua ini salahnya. Dia yang terlupa tentang di mana mereka berada. Dia yang alpa tentang keadaan sekeliling. Dia juga yang terlalu ingin menemui Ayu tanpa menghiraukan jika keadaan mereka boleh menimbulkan fitnah.
                “Apa yang Luth buat, memang salah. Walaupun dalam rumah sendiri, tapi tadi tu dah mengundang fitnah pada kamu berdua. Ayah percaya pada kamu, pada Ayu, tapi bukan semua percaya. Lain kali berjaga – jaga. Think, before you take action.” Pesan Encik Saiful sambil menepuk – nepuk bahu Luth. Melihat pada cara dan gaya Luth, dia boleh menduga. Dia juga pernah muda. Dapat di rasa yang Luth menyayangi Ayu lebih dari seorang sepupu. Tapi, dia tidak mahu menuduh sebarangan. Jika benar telahannya, biarlah Luth sendiri yang membuka mulut. Selepas itu, akan diuruskan sebaiknya. Selagi Luth tidak membuka mulut, dia hanya akan mengawal setiap gerak geri anak dan anak saudaranya itu.
                “Ibu kan dah banyak kali pesan. Jangan tingkah laku kamu. Kamu dengan Ayu bukan mahram, boleh kahwin. Sekarang, apa dah jadi. Jangan sampai Mak Lang dengan Mak Su kamu boleh buat cerita bukan – bukan macam ni lagi. Ingat tu, Luth? Ayu?”
                Luth dan Ayu serentak mengangguk. Ceramah percuma di luar bilik pengantin itu mengundang insaf di hati Ayu. Kenapa dia boleh alpa? Kenapa dia tidak peka dengan keadaan sekeliling? Setitik air matanya jatuh mengenai pipi. Luth yang melihat, rawan jadi hatinya.
                “Maafkan Ayu, Mak Long, Pak Long. insyaAllah, Ayu lebih berjaga – jaga lepas ni.” Ujar Ayu perlahan. Malu pada Pak Long dan Mak Long dengan perbuatannya. Malah, dia lebih malu pada Allah kerana walau telah berkali – kali memohon taubat, dia masih mengulang berbuat dosa.
                “Sudahlah. Jangan menangis. Mak Long hanya mengingatkan. Ayu tu anak dara, memang tak elok kalau orang tahu cerita – cerita begini. Lain kali, jangan ulang lagi.” Puan Rashidah mengusap perlahan bahu Ayu yang masih dipeluknya. Terangguk – angguk anak saudaranya itu. perlahan juga dia mengesat air mata yang masih mengalir turun di pipi mulus Ayu. Cuba memujuk dalam senyap.
                “Dah lewat ni. Ayu pergilah tidur. Tadi dah penat nak siapkan hantaran Abang Luq. Esok masih ada kerja lagi. Shida, pergilah tidur sekali.” Encik Saiful mengarah setelah Ayu berhenti menangis. Puan Rashidah mengangguk. Dengan lembut, dia mengajak Ayu masuk tidur. Memang benar, gadis itu sudah terlalu penat. Bukan sahaja bertungkus lumus menyiapkan hantaran Luqman, malah turut sama membantu segala kerja lain. Maklum sahaja, esok mereka akan berangkat ke Kuala Selangor untuk urusan pernikahan Luqman dan Rianna. Setelah itu, pada minggu hadapan, mereka akan sibuk pula dengan majlis resepsi di Hotel Pullman, Putrajaya.
                “Ayu masuk tidur dulu, Pak Long, Abang Luth. Assalamualaikum.”
                “Luth pun nak masuk tidur dulu, ayah.” Luth segera meminta diri. Tidak mahu Encik Saiful menyambung ceramah kepada dia pula.
                “Luth. Ayah nak cakap sikit dengan kamu. Jom, kita ke balkoni.” Encik Saiful menepuk bahu Luth. Anaknya mengangguk perlahan dan mengikut langkah Encik Saiful. Dia sudah dapat meneka apakah yang ingin dibicarakan oleh ayahnya.
                “Ada apa, ayah?” Tanya Luth sebaik mereka melabuh punggung di kerusi rotan di balkoni. Teringat pula dengan kegemarannya mengusik dan mengenakan Ayu di lokasi ini.
                “Lain kali jangan buat macam itu, tak baik. Kamu kena jaga nama baik ayah dan ibu. Nama baik kamu dan lebih penting, jaga nama baik dan maruah Ayu. Dia perempuan, senang difitnah dan senang orang lain nak pandang serong.” Encik Saiful memulakan ceramah. Walau dia tahu Luth berupaya menjaga diri tetapi sebagai orang tua, dia tetap harus sentiasa memberi nasihat.
                “Luth tahu, ayah. Luth tersilap tadi. Lupa kat mana kita orang masa tu dan lupa yang Mak Lang dan Mak Su ada kat sini.”
                “Jangan difikirkan orang lain. Yang penting kamu mesti sentiasa ingatkan diri kamu. Hrmm… ayah nak tahu dan ayah harap kamu jujur.” Tunak mata Encik Saiful memandang anak terunanya. Tersentak Luth. Soalan apa yang ingin ditanyakan oleh ayahnya? Nampak begitu serius dan tiada segaris senyuman pun di bibir ayahnya itu.
                “Apa yang ayah nak tahu?” Soal Luth dengan debar di dada. Hatinya berdoa agar janganlah ayahnya bertanya tentang Ayu. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu pada sesiapa pun tentang rasa hatinya terhadapa Ayu.
                “Kamu dengan Ayu tu, ayah tengok rapat semacam. Ada apa – apa ke?” Soalan itu membuat Luth menggaru kepala. Bagaimana ingin dijawab? Dia sudah tentu sahaja punya perasaan terhadap Ayu. Tapi dia tak tahu di pihak Ayu bagaimana. Kadang – kala Ayu kelihatan sangat sayangkan dia namun kebanyakkan masa, Ayu lebih banyak menjarakkan hubungan mereka.
                “Tentulah rapat, ayah. Dia kan sepupu Luth, tinggal serumah pulak. Dengan Along dan Qays pun Ayu rapat jugak kan.” Luth berdalih.
                “Tapi cara kamu berdua ni tak macam sepupu. Kadang – kadang bertengkar macam musuh, kadang – kadang baiknya macam laki bini. Ayah ni dah tua, dah lalu semua benda tu. Please be honest, Luth. You like her, don’t you?” Tebak Encik Saiful. Dan Luth melepas nafas berat. Pandangan dilarikan dari wajah ayahnya. Dia leka memerhati bintang di langit. Hatinya galak ingin menjawab iye, tapi akal melarang. Risau dengan penerimaan ahli keluarganya dan tidak pasti dengan hati Ayu sendiri.
                Of course, ayah. Dia adik sepupu Luth. Takkan Luth tak suka dia..” Luth ketawa kecil. Cuba menutup resah di hati. Parah dia kalau Encik Saiful bertanya lebih dalam. Tangannya melurut rambut ke belakang. Resah dan gelisah bersatu.
                “Bukan suka yang itu yang ayah maksudkan. Kamu suka dan sayangkan dia lebih dari sepupu, kan? You’re falling with her, don’t you?
                Luth bangkit dari kerusi. Dia berdiri di penghadang balkoni dan melepaskan pandangan jauh ke gelap malam. Soalan yang paling dia takut telah diutarakan oleh Encik Saiful. Sekarang, bagaimana dia ingin menjawab? Berterus terang atau terus berdalih. Kusutnya fikiran untuk menjawab.
                From the way you treated her, from the way you look at her, ayah dah tahu, Luth. Ayah hanya ingin kepastian. Apa betul yang ayah Tanya ni?” Encik Saiful menghampiri Luth. Berdiri di sebelahnya dan sama – sama merenung kepekatan malam. Lama baru terdengar Luth mengeluh. Mungkin ada baiknya jika dia mengakui sahaja rasa hati.
                I’m sorry, ayah. I can’t help it. Ia datang…. Naturally. Luth sendiri tak sedar bila semuanya bermula.” Akui Luth. Tak guna jika dia terus berdalih. Encik Saiful sudah boleh Nampak semuanya. Dan, rasanya ini masa terbaik untuk dia mengambil langkah seterusnya dalam hubungan dia dengan Ayu. Terasa bahunya ditepuk perlahan, dia mengalih pandang. Wajah Encik Saiful dipandang dengan pandangan keliru. Senyuman Encik Saiful Nampak lain benar ketika ini.
                Don’t apologise. Tak salah kalau kita jatuh cinta. Kamu dan Ayu dibolehkan berkahwin. Tak salah walau Islam tak menggalakkan.”
                Then, ayah setuju kalau Luth….” Mati kata – kata Luth. Kalau dia apa? Meminang Ayu? Sedangkan Ayu belum tahu tentang perasaannya pada gadis itu. Anggukan Encik Saiful buat Luth bernafas lega.
                “Kalau kamu serius, ayah boleh uruskan. Jangan buat macam tadi. Dah timbul fitnah pada kamu berdua. Ayah lebih suka kalau kamu ambil jalan yang betul. Jaga maruah kamu, keluarga dan juga Ayu sendiri. Ayah dan ibu boleh pinangkan kalau kamu dah bersedia nak jadi suami. Ayu bagaimana?“
                “Eh, nanti dulu ayah. Cepat sangat ni. Luth… Luth… Err… Ayu belum tahu pasal hal ini.” Luth menggaru kepala. Tiba – tiba keyakinannya hilang bila terkenangkan Ayu. Dari pemerhatiannya, Ayu sangat beku pada perasaan seorang lelaki. Terlalu menjaga jarak hubungan mereka dan dingin bak ais bila dia cuba memberi petunjuk tentang perasaannya.
                “Belum tahu?”
                “Err… Ya. Luth tak pernah beritahu dia and dia pun layan Luth macam biasa je. Nothing special. At least, tunggu hingga Luth beritahu dia tentang perasaan Luth.” Pinta Luth sungguh – sungguh. Dia tidak mahu terburu – buru. Masih banyak masa kerana Ayu masih tidak punya siapa siapa. Tidak pernah dia tahu Ayu ada teman lelaki. Ada tak ada pun, hanya kawan lelaki yang menghantar Ayu balik lewat malam sedikit waktu dulu.
                Encik Saiful mengangguk kepala. Cuba memahami kehendak Luth. Tapi hatinya masih risau. Ayu seorang gadis yang cantik. Bertambah cantik dengan perilakunya yang sopan santun. Sejak bertudung, memang dia sedar perubahan Ayu. Sentiasa menjaga adab dan batas pergaulannya. Di pejabatnya itu, ramai yang meminati Ayu. Malah, ada juga pelanggan yang cuba masuk jarum untuk mengurat Ayu. Bukan dia tidak Nampak semua itu, Cuma dia buat tidak kisah kerana percaya Ayu pandai menjaga diri. Apa yang dia bimbangkan adalah tentang pelanggan terbesarnya ketika ini. Idraki. Dia tahu, Ayu keluar dengan Idraki sedikit masa dulu. Dia juga tahu, Idraki menarik Ayu keluar dari pejabatnya petang itu. Cuma, dia tidak mahu bertanya Ayu lebih – lebih. Asalkan Ayu pandai menjaga diri, dia tidak akan menghalang.