Wednesday 11 April 2012

Bab 12 : Ingin Kulafazkan Cinta

12.
                “Terima kasih.” Ucap Ayu. Tangannya lincah membuka ikatan tali pinggang keledar. Wajah Idraki yang merenungnya tidak dipedulikan. Matanya sibuk memerhati sekitar banglo yang pagarnya sudah terbuka. Bimbang penghuni rumah besar itu Nampak dia balik dihantar oleh seorang lelaki. Sudahlah ini kali pertama dia balik malam malam begini. Tentu Mak Long akan banyak Tanya nantinya.
                “Ayu”. Lembut panggilan itu ketika Ayu sudah bersedia ingin membuka pintu kereta. Terhenti gerakannya dan dia berpaling pada Idraki disisi. Matanya menghantar isyarat pertanyaan. Apa lagi yang Idraki mahukan. Sudah letih bertekak di dalam restoran mewah itu tadi, mereka sama – sama diam sejak keluar dari masjid untuk menunaikan solat Maghrib. Hanya sesekali Idraki bertanya arah ke rumahnya itu.
                “Ini rumah you?” Tanya Idraki. Pandangannya memusat pada rumah mewah itu. Tidak sangka, Ayu dari kalangan orang berada juga. Sedangkan perwatakan Ayu hanya seperti gadis biasa – biasa. Asyik memandang sekitar rumah yang terang benderang dengan limpahan cahaya lampu itu, dia tidak sedar Ayu yang sedang mengukir senyum. Matanya turut dialih ke arah banglo mewah itu.
                “Saya Cuma menumpang di sini.” Balasnya ringkas. Tidak mahu memanjangkan cerita. Cukuplah Idraki tahu yang dia dan Luqman adalah sepupu. Tak perlu hingga Idraki tahu yang dia juga menumpang di rumah keluarga Luqman ini.
                “Then, rumah parents you?” soal Idraki lagi, masih tidak berpuas hati. Dari memerhati rumah itu, matanya beralih pula pada Ayu. Gadis itu tersenyum kecil. Pantas tangannya membuka pintu kereta.
                “Saya balik dulu, dah lewat ni. Anyway, terima kasih kerana hantar saya balik. Assalamualaikum.”
                Ayu menutup pintu kereta tanpa menjawab soalan Idraki. Tak perlu Idraki tahu terlalu banyak tentang dirinya. Tambahan pula, tiada apa yang menarik tentang dirinya untuk diceritakan. Idraki tidak memberi sebarang respon. Matanya ralit memerhati langkah Ayu. Dia terpanar sejenak bila melihat senyuman di bibir mungil itu sebentar tadi. Benar – benar menyentuh nalurinya. Itulah senyuman yang paling ikhlas dia rasakan sepanjang mengenali gadis itu. Sehingga Ayu hilang di balik pintu pagar, Idraki masih merenung tiap langkah gadis itu. Beberapa minit juga dia termenung di tepi jalan itu sebelum akhirnya dia menukar gear dan kembali memandu untuk pulang ke rumah pula.
                Ayu yang bersembunyi di balik tiang besar di tepi pintu pagar itu melepas nafas lega sebaik ternampak BMW 5 Series milik Idraki meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Sesak nafasnya menghadapi pertanyaan dari Idraki. Lelaki itu kelihatan seperti sangat ingin tahu tentang seluruh kehidupannya. Betulkah lelaki itu benar – benar serius untuk mengahwininya? Tetapi untuk apa mereka berkahwin jika Idraki hanya ingin bertanggungjawab atas kekhilafan mereka sedikit masa dulu? Akan bahagiakah mereka jika tiada cinta dalam rumahtangga mereka?
                “Lambat kau balik?” Soalan itu mematikan lamunan Ayu. Dia terpinga – pinga sebentar. Punyalah asyik dia mengalamun hingga tidak sedar dia sudah hampir dengan pintu masuk rumah. Berkerut dahinya memandang Luth yang berdiri tidak jauh darinya. Cuba mencerna soalan Luth yang tadi bagaikan angin lalu sahaja di telinganya.
                “Sorry. Abang Tanya apa?”
                “Jauhnya mengelamun sampai aku Tanya pun kau tak sedar. Kau dari mana? Dah lewat macam ni baru balik?” tegas Luth. Ada nada marah dalam setiap tutur katanya. Ayu mengerling jam di tangan. 9.30 malam. Bukanlah lewat sangat. Tadi mereka keluar dari restoran lagi lima minit jam 8. Menyusuri jalan yang agak sesak untuk ke masjid saja sudah ambil masa berapa lama. Pengakhirannya, dia solat di akhir waktu. Ini semua Idraki punya pasal! Kemudian, ambil masa pula nak sampai ke rumah ini. Mujur juga Idraki faham jalan ke rumah ini, tidaklah ambil masa terlalu lama untuk sampai.
                “Aku Tanya ni, Ayu. Kau kemana?”
                “Ayu keluar makan dengan kawan.” Jawab Ayu pendek. Dia cuba melangkah masuk ke dalam rumah tapi lengannya dipagut oleh Luth. Pantas dia menoleh pada Luth, tidak suka Luth memegangnya begitu. Memang mereka agak rapat, tetapi itu tidak bermakna Luth boleh memegangnya sesuka hati.
                “Dengan siapa? Siapa yang hantar kau balik tadi?” Marah Luth. Tidak dapat digambarkan betapa sakit hatinya bila melihat Ayu keluar dari kereta mewah itu tadi. Walaupun kawasan sekeliling gelap, namun matanya masih boleh menangkap siapa yang menghantar Ayu. Dan dia pasti, kawan yang dimaksudkan Ayu itu adalah lelaki.
                “Abang boleh lepaskan Ayu tak? Sakitlah.” Ayu cuba menarik tangannya. Kenapalah lelaki suka pegang tangan perempuan kalau kemahuannya tidak dipenuhi?
                “Aku Tanya kau keluar dengan siapa? Tadi tu, lelaki yang hantar kau balik kan?”
                Pandangan Ayu tajam menikam mata Luth. Untuk apa Luth menaikkan suara sehingga begitu sekali? Tak perlu Luth marah – marah begini hanya kerana dia balik agak lewat mala mini dan dihantar oleh Idraki pula. Walaupun dia tidak selesa berduaan dengan Idraki, namun lelaki itu tidak mengambil kesempatan. Walaupun peristiwa beberapa bulan lalu masih segar diingatannya tetapi Idraki kali ini bijak mengawal diri. Sentiasa ada jarak antara mereka walaupun keluar berdua.
                “I’m asking you, Ayu. Siapa yang hantar kau?” Luth semakin marah bila tiada jawapan dari Ayu. Hanya renungan mata penuh tajam tetapi dia tidak gentar dengan renungan itu.
                “Kawan. Salah ke Ayu nak keluar dengan kawan lelaki?” Ayu juga menjawab marah. Sesak otaknya dengan perangai Luth. Sudahlah tadi Idraki meminta yang bukan – bukan dengannya, kini Luth pula menyoal bagai dia pesalah jenayah.
                “Kawan kau tak ada nama?” Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Ayu, Luth bertanya lagi. Cuma kali ini, nada suaranya tidak segarang tadi. Ayu mengeluh perlahan. Sakit kepala dengan kerenah dua orang lelaki yang terpaksa dia hadapi.
                “Do I need to report to you everything?”
                Tergamam Luth sebentar. Perlahan dia melepaskan tangan Ayu. Luth sedar, dia tidak punya hak untuk menghalang Ayu keluar dengan sesiapa sahaja. Ayu bukan miliknya, Ayu hanya sekadar adik sepupu. Tidak lebih dari itu walau hatinya meronta ingin punya hubungan yang lebih dari itu.
                “Sorry. Aku bimbangkan kau. Tak pernah kau balik lewat macam ni. Kau tak tahu macam mana aku risau bila tahu kau tak ada kat rumah bila aku sampai tadi.” Luah Luth. Luahan rasa yang tidak disedari. Betapa dia sebenarnya berharap setiap kali dia menjejak kaki ke rumah, Ayu ada di rumah agar dia boleh menatap wajah putih mulus dengan mata bulat yang bersinar indah itu. namun, luahannya itu hanya mengundang kerut di dahi Ayu. Semakin tidak faham dengan kata – kata Luth. Tadi bukan main marahnya. Sekarang, meluah rasa pula.
                “Maksud abang?”
                “Tak ada apa – apa. Jom masuk. Dah lewat ni. Risau pula ibu nanti.” Luth pamer senyum manis. Cuba membuang curiga di hati Ayu, juga membuang rasa sakit di hati yang masih terasa. Dia ingin dengan siapa sebenarnya Ayu keluar petang tadi tapi dia tahu dia tidak punya hak dalam kehidupan Ayu.
                “Okay. Jom. Abang dah lama sampai ke?” Ramah Ayu bertanya. Mereka sama – sama melangkah masuk sambil berbual mesra pula. Luth pula seperti biasa, sudah puas memarahi Ayu, akan dilayan Ayu seperti puteri pula. Buat Ayu semakin keliru dengan kerenah Luth yang berubah – ubah.
                “We’ll meet at balkoni after this?” Tanya Luth ketika mereka sampai di muka pintu bilik Ayu. Ayu yang sudah memegang tombol pintu jadi keliru. Jumpa di balkoni? Memang itu lokasi kegemaran mereka berdua untuk berbual kosong. Ah, lebih kepada bertikam lidah sebenarnya. Tetapi, untuk malam ini, Ayu rasa terlalu letih. Letih keluar sehingga malam dan mindanya lebih letih dengan permintaan Idraki tadinya.
                “Lepas ni?” Tanya Ayu semula. Memikirkan perlu atau tidak dia menolak permintaan Luth. Sudah hampir seminggu mereka tidak bertemu di balkoni rumah itu gara – gara Luth yang sentiasa balik lewat. Ayu juga rindu untuk bertengkar dengan Luth namun tubuh dan mindanya terlalu letih sekarang.
                “Ya. Ke, Ayu dah penat sangat? Kalau penat, maybe next time aje.” Luth cuba berkompromi walaupun hatinya terlalu teringin untuk berbual lagi dengan Ayu. Rindu ingin menatap wajah yang punya pelbagai eksperesi itu. Lebih rindu untuk menatap mata bulat milik gadis idamannya ini.
                “Luth! Apa yang kamu buat depan bilik Ayu ni?” Soalan dari Puan Rashidah melegakan Ayu. Tidak tahu bagaimana ingin menolak permintaan Luth, kedatangan Puan Rashidah sekurang – kurangnya mematikan sementara tentang perkara itu.
                “Err… bual kosong je, bu.” Luth garu kepala. Kantoi dengan ibu sendiri dia sedang mengayat Ayu. Sedangkan ibunya itu paling pantang kalau anak teruna berduaan dengan anak dara. Apalagi di dalam keadan suram begini.
                “Kamu ni dah tak ada tempat lain nak berbual. Dari pintu masuk tadi ibu Nampak kamu berdua berbual, tak habis – habis lagi? Ayu, kamu baru balik?” Leter Puan Rashidah. Kedua anaknya itu didekati. Mata tuanya sudah lama memerhatikan mereka berdua. Rapat semacam walau setiap kali berjumpa pasti bertikam lidah. Hatinya jadi risau memikirkan yang mereka berdua punya hubungan istimewa. Kalau betul firasatnya, dia tak pernah menghalang tetapi harus dengan cara yang betul. Bukan dengan cara berjumpa dalam cahaya suram begini. Di depan bilik Ayu pula. Walaupun di rumah sendiri, dia tetap risau.
                “Ya… Ya, Mak Long. Ayu keluar makan dengan kawan tadi. Er… Ayu masuk bilik dulu ye. Assalamualaikum.” Ayu segera membuka pintu dan ingin melangkah masuk. Tetapi panggilan Luth menghentikan langkahnya. Mata saling bertatapan dan dari sinar mata Luth, Ayu tahu Luth mengharap jawapan untuk pertanyaannya sebentar tadi. Seketika dia mengalihkan pandangan pada Mak Long yang memandang pelik, kemudian dia bibirnya menguntum senyum.
                “Assalamualaikum.” Ucapnya lalu melangkah masuk. Tidak berupaya untuk mengiyakan keinginan Luth. Dia juga terlalu letih malam ini. Mungkin esok sahaja untuk mereka berdua berbual di balkoni.
                                ***************************************
                Menyertai ibu bapa dan adik adiknya di ruang menonton selepas membersihkan diri diharap dapat melupakan ingatannya sebentar tentang gadis ayu bernama Ayu itu. Sejak menghantar Ayu balik ke rumahnya hingga kini, ingatannya tidak pernah lekang dari memikirkan perihal gadis itu. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sedangkan keinginannya sudah dinyatakan pada gadis itu tadi. Mungkin juga kerana Ayu menolak mentah – mentah cadangannya membuat otaknya bekerja keras memikirkan jalan terbaik agar Ayu akhirnya bersetuju dengan cadangannya.
                “Tengok cerita apa?” Idraki berbahasa setelah selesa melabuh duduk di sebelah Intan Shahima, adik bongsunya. Melihat masing – masing khusyuk menonton, teringin juga hendak tahu cerita apa yang begitu menarik perhatian semua.
                “Cerita Korea ni. Jangan kacaulah, Along.” Intan Shahima menolak tangan Idraki yang dilayangkan di hadapan matanya. Tahu, Idraki ingin mengusik dia dan Intan Shahila yang turut terkena demam drama Korea sekarang ini.
                “Korang berdua ni tak penat ke layan drama Korea ni? Jalan cerita sama je. Itu yang korang minat sangat?” Idraki meluahkan rasa. Sejak kedua adiknya itu terkena demam Korea, dia sudah tidak boleh menikmati saluran sukan. Ada – ada saja yang digaduhkan mereka semua jika semua perempuan dalam rumah ini sedang layan drama Korea, dia pula dengan muka tidak bersalah akan tekan remote control ke saluran lain. Lebih parah, mama mereka semua turut sama terkenan dengan drama Korea yang hari – hari ditayangkan di Astro.
                “Mana ada jalan cerita sama. Drama Korea ni lagi best tau dari drama Melayu yang asyik pakai jalan cerita sama je. At least, hero Korea sangat handsome dari hero Malaysia ni. Kan, adik?” Intan Shahila pula menyampuk. Intan Shahima terangguk – angguk mengiyakan. Mata masing – masing masih lekat di peti televisyen. Puan Sri Aisyah yang turut sama menonton tidak memberi sebarang respon. Khusyuk benar dengan cerita yang sedang ditayangkan.
                “Handsome? Muka jambu macam tu Ila kata handsome? Euww…. Handsome lagi kami bertiga ni.” Idzhar yang tadinya leka dengan Samsung Galaxy Tab di tangan, mencelah. Dia juga seperti Idraki, meluat bila terpaksa menjamu mata dengan drama Korea yang padanya entah apa – apa. Asyik asyik cerita cinta. Drama melayu pun dah melambak dengan cerita begitu. Intan Shahila dan Intan Shahima serentak mencebik bibir. Bila mereka berlima beradik berkumpul, dia dan adik kembarnya itu akan selalu sahaja kalah. Benci! Gelagat mereka berdua disambut dengan gelak tawa dari ketiga – tiga abangnya. Spontan Intan Shahila dan Intan Shahima melontar kusyen kecil yang dipeluk erat sejak tadi ke arah Idraki dan Idzhar. Hanya Idzham yang tidak jadi mangsa kerana dia hanya diam dari tadi.
                “Ya Allah! Kamu semua ni, kalau sehari tak bergaduh, tak boleh ke? Dah besar panjang macam ni pun, bergaduh macam anjing dengan kucing. Mama nak tengok cerita ni tak senanglah.” Marah Puan Sri Aisyah tiba – tiba bila semua anaknya seronok main baling baling kusyen dihadapannya. Terencat konsentrasinya menonton drama yang meruntun hati itu. serentak itu kelima anaknya berhenti bergurau. Semua pamer muka takut bila Puan Sri Aisyah pandang seorang demi seorang anaknya dengan muka serius. Buat saja muka takut, walhal mereka semua tahu yang mama mereka bukan garang pun. Suara tak pernah naik untuk memarahi anak – anak. Paling kuat pun, macam tadi tu sahaja. Tapi, kalau bab meleter, memang semua tak boleh tahan termasuk Tan Sri Khalid sendiri.
                “Diaorang ni, ma…. Sedap – sedap je cakap drama ni tak best. Kita kan dah tengok drama ni dari awal. Tu pakatan nak tukar channellah tu.” Intan Shahima yang terlebih manja dengan Puan Sri Aisyah mengadu. Manja dan merengek, budget mamanya akan menyebelahi mereka berdua. Biar ketiga – tiga abangnya itu pergi dari ruang menonton ini dan dia, kakaknya dan mama mereka boleh menonton dengan aman.
                “Weh! Drama ni berapa kali ulang dalam sehari. Kan kau boleh tengok waktu lain. Kita orang nak tengok bola lah.” Marah Idzham pula. kalau dah namanya lelaki, memang tak lari dari minat dengan bola sepak.
                “Alah…. Bola pun ada ulangan lah. Alang yang lambat tadi. Kita orang dah chop chanell ni dulu.” Intan Shahila juga tidak mahu mengalah. Idraki hanya tergeleng – geleng sambil bibirnya tersenyum. Bila berkumpul begini, mereka bagai anjing dengan kucing. Tapi bila sehari dua tidak berkumpul, rasa rindu pula pada adik – adiknya yang seramai empat orang ni. Idzhar dan Idzhar yang kembar. Juga, Intan Shahila dan Intan Shahima juga kembar. Hanya dia yang seorang tapi hubungan mereka sangat rapat.
                “Sudah! Sudah! Pening mama dengan kamu semua ni. Kamu, Idraki. Yang sulong, dah cecah umur 30 tahun tapi buat perangai budak – budak ni kenapa? Patutnya kamu yang damaikan adik – adik, ni, kamu pulak yang terlebih menyakat.” Leteran Puan Sri Aisyah dah bermula. Idraki pandang mamanya tidak percaya. Dia hanya bagi komen sikit sahaja sebelum mereka main baling – baling kusyen tadi, kenapa pula dia yang pertama disalahkan? Matanya meliar pada dua adik kembar perempuannya yang sudah tersengih panjang sambil tunjuk ibu jari kedua belah tangan isyarat “bagus”. Buntang matanya tanda marah pada mereka berdua. Kemudian, matanya beralih pula pada Idzhar dan Idzham yang juga sudah senyap. Idzhar pura – pura tekun menghadap Galaxy Tabnya manakala Idzham pula membelek iPhone 4 warna putihnya. Tanpa sedar, dia menunjal kepala Idzhar yang paling dekat. Angahnya itulah yang terlebih mengusik tadi. Dia pula yang kena sembur dengan mama.
                “Ha… mama bercakap dengan kamu, kamu boleh tunjal kepada Angah. Dengar taka pa mama cakap ni?”
                “Err… Dengar, ma. Tapi Angah yang lebih – lebih mengusik tadi. Id Cuma Tanya je tadi, kan?” balasnya teragak – agak. Makin buntang matanya bila kedua adik perempuannya sedang menahan tawa. Panas hati bila dia seorang disalahkan. Siap korang, lepas ni korang pulak aku leterkan. Idraki menyumpah dalam hati.
                “Iye, tapi kamu yang sulong patutnya damaikan diaorang. Yang kamu ikut main baling kusyen tu kenapa? Haish… macam budak kecik. Kamu, Angah, Alang, Ateh dan Adik. Buat perangai macam budak terencat tu, kenapa? Ayah dah sediakan TV dalam bilik masing – masing. Kalau tak suka dengan rancangan yang mama tengok ni, kan kamu semua boleh tengok dalam bilik masing – masing?” Puan Sri Aisyah menambah sesi ceramahnya. Satu demi satu wajah anak – anaknya dipandang. Tidak puas hati namun dia gembira dengan kemesraan lima orang anaknya itu.
                “Nanti kalau kami semua berkurung dalam bilik, mama bising pulak kata kami tak nak berkumpul ramai – ramai.” Idzhar membalas berani. Idzhar memang seorang yang kuat melawan. Sejak kecil tetapi bila umur semakin meningkat, cara melawan Idzhar juga berubah. Kalau dulu, Idzhar suka membentak tapi kini, Idzhar orang pertama yang akan bersuara kalau ada sesuatu yang tidak dia sukai atau disetujuinya.
                “Iye, tapi kalau kamu dah asyik nak bertekak aje bila berkumpul macam ni, baik kamu masuk bilik masing – masing.”
                “Apa yang bising – bising ni? Sampai atas terdengar suara kamu semua.” Teguran dari Tan Sri Khalid mematikan leteran Puan Sri Aisyah. Masing – masing melepaskan nafas lega. Penyelamat mereka semua sudah tiba. Hanya dengan adanya Tan Sri Khalid, mama mereka akan berhenti membebel.
                “Anak – anak abang ni. Dah besar panjang masih lagi nak bertekak. Pasal rancangan TV pun diaorang nak main baling – baling kusyen. Pening Aisyah, bang.” Puan Sri Aisyah mengadu pada suaminya. Dibiarkan sahaja Tan Sri Khalid duduk disebelahnya dan kemudian meletakkan tangannya di  paha isterinya itu.
                Apa lagi yang kamu semua gaduhkan ni?” Tan Sri Khalid bertanya lembut. Cara teguran ayah mereka memang lebih diplomasi. Lembut dan akan bertanya dari semua pihak. Tidak seperti mama mereka yang terus membebel bila ada sesuatu yang tidak disukainya.
                “Along ni, ayah. Kita orang tengah tengok drama Korea ni, dia boleh kacau. Nak tengok bola la tu.” Intan Shahima menjawab pantas. Idraki yang tersentak bila dia dipersalahkan menunjukkan wajah garang kepada adik bongsunya itu namun Intan Shahima mencebik bibir. Tak takut.. matanya berbicara dengan mata Idraki.
                “Dah start ke bola ni, Id? Kan ke live selalunya awal pagi?” Tan Sri Khalid alih soalan pada Idraki pula. Terkulat – kulat Idraki. Mana dia nak tahu, niatnya Cuma nak mengusik adik – adiknya. Waktu kepala tengah sesak dengan masalah tentang Ayu, manalah dia berminat nak menonton bola. Pandangan diarahkan pada Idzhar dan Idzham yang senyap tak bersuara, cuba minta pertolongan dari dua orang adiknya itu. Tetapi, adik – adiknya yang bertuah itu boleh buat tidak tahu dengan pandangan minta tolongnya itu.
                “Err… Agaknya, ayah. Id nak check dulu. Belum sempat pegang remote tu, Ila dan Ima dah baling kusyen.” Bagai anak kecil, Idraki menjelaskan. Tan Sri Khalid menggeleng kepala beberapa kali. Anak – anaknya memang tidak pernah sunyi dari bergaduh. Ada anak ramai, pening juga kepala. Tambahan pula, ada dua kembar yang punya fiil dan perangai yang lebih kurang sama. Hanya Idraki yang lebih terserlah sikap matang dan karismanya sebagai ketua.
                “Sudahlah tu. Kamu semua ni, dari kecik sampai besar kalau berkumpul, ada aje yang kamu nak gaduhkan. Pasal chanell TV ni pun boleh jadi gaduh. Sekarang ni, ayah nak tengok Discovery Chanell.” Ujar Tan Sri Khalid sambil jarinya selamba menekan butang di remote control. Intan Shahila dan kembarnya mengeluh lemah. Idzhar dan Idzham menepuk dahi dan Idraki hanya tersenyum kecil. Sudahnya, seorang pun tak dapat tengok rancangan kegemaran masing – masing.
                “Ayah…. Kami nak tengok drama tu.” Intan Shahila merengek. Cuba nasib, moga – moga ayahnya terpujuk dengan rengekannya itu.
                “Pasal drama pun kamu semua nak bergaduh. Sekarang, semua pun tak boleh tengok cerita masing – masing. Tengok apa yang ayah nak tengok ni. Siapa tak suka boleh naik bilik.” Tegas suara Tan Sri Khalid. Semua anak – anaknya tersandar hampa. Tapi, tak seorang pun angkat kaki untuk naik ke bilik. Semua pun sedar, kalau mereka menghilang ke bilik waktu ini, Puan Sri Aisyah pula yang akan berleter agar mereka tunggu di situ. Quality time with family, bak kata mama mereka. Jadi, hendak tak hendak, semuanya melayan dokumentari yang sedang ditayangkan di Discovery Chanell itu.
                “Lambat kamu balik hari ni, Id? Kemana?” Puan Sri Aisyah bertanya tiba – tiba. Memecah kesunyian dari tadi. Bimbang juga hati tuanya kerana Idraki jarang pulang lewat melainkan ada kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.
                “Id keluar makan dengan kawan, ma.” Pendek jawapan Idraki. Dalam hati berdoa agar mamanya tidak bertanya dengan siapa dia keluar. Dia belum bersedia untuk bercerita hal Ayu kepada ahli keluarganya.
                “Along keluar dengan Kak Ayra ye?” Intan Shahila menyampuk tiba – tiba. Pantas Idraki berpaling pada adiknya. Sudah agak lama dia tidak menemui Ayra walau gadis itu tidak pernah jemu untuk menelefon dan mengajaknya berjumpa. Sedar akan sinar marah dari pandangan Idraki, Intan Shahila menyepi semula.
                “Betul ke kamu keluar dengan Ayra?” Tanya Puan Sri Aisyah teruja. Dia masih mengharapkan agar hubungan antara kedua mereka boleh dibaiki walau Idraki selalu mengelak bila mereka berbicara hal ini. Dia sudah terlalu teringin untuk bermenantu dan punya cucu. Kawan – kawannya sudah ramai yang punya cucu. Hanya dia yang masih menanti Idraki melahirkan hasrat untuk berkahwin. Hendak dipaksa, rasanya tidak elok pula. dia mahu Idraki dan semua anak yang lain memilih sendiri pasangan hidup.
                “Tidaklah, ma. Id keluar dengan kawan lain.”
                “Eh, bukan Kak Ayra ke? Kak Ayra kata, dia nak jumpa Along. Bukan ye?” Intan Shahima pula menyampuk. Idraki menggaru kepala. Mula rasa terganggu dengan sikap adik kembar itu yang suka sangat menyampuk kata – kata orang.
                “Korang berdua ni boleh diam tak? Suka sangat menyampuk bila orang bercakap?” Marah Idraki. Terdiam keduanya. Pandangan Idraki kembali dihalakan pada mamanya. Cuba mencari ayat paliing sesuai untuk bercerita kepada kedua orang tuanya.
                “Kawan perempuan? Teman wanita baru?” Puan Sri Aisyah serkap jarang, buat Idraki terkedu. Iye, kawan perempuan tapi adakah layak digelar teman wanita baru? Sedangkan hubungan dia dan Ayu sangat rumit ketika ini.
                “Iye, perempuan. But, not my girlfriend.” Balas Idraki. Dia bakal isteri Id, sambungnya dalam hati. Nak beritahu terang – terang? Silap haribulan, esok juga mamanya itu masuk meminang si Ayu.
                “Not your girlfriend? Then, tengah mengenali hati budi masing – masing?” Tanya Puan Sri Aisyah lagi. Mula berminat dengan cerita Idraki. Sejak putus hubungan dengan Ayra, tak pernah lagi dia dengar Idraki keluar dengan perempuan lain. Ada tak ada pun dengan Marissa, teman baik anaknya itu sejak di university. Tapi, Idraki terang – terangan mengaku yang Marissa hanya teman baik, bukan teman wanita dan sudah tentunya bukan bakal isteri anaknya.
                “Ma…. Kawan aje, ok. Yang mama excited sangat ni, kenapa?”
                “Mama kamu dah tak sabar nak dapat menantu, nak timang cucu. Takkan kamu tak tahu?” Tan Sri Khalid menyampuk. Konsentrasinya terhadap dokumentari terganggu bila mendengar bicara dua beranak itu. Tidak pernah pula dia tahu yang Idraki sudah berteman semula. Idraki tersenyum tawar. Keinginan itu sudah sering kali diluahkan oleh Puan Sri Aisyah. Dia pula, ingin mengahwini Ayu hanya untuk menebus dosa, walaupun dia tiada masalah untuk menghadiahkan mamanya cucu dari rahim Ayu.
                “InsyaAllah, ma. Kalau ada jodoh, nanti Id kahwinlah. Mama dan ayah selalu selalulah doakan Id ye.” Idraki mengambil jawapan selamat. Tidak mahu mama dan ayahnya bertanya banyak.
                “Along nak kahwin dengan sapa? Kak Ayra?” sampuk Intan Shahila. Idraki melurut rambut lalu sebiji kusyen kecil dibaling kearah Intan Shahila. Geram dengan sikap suka meyampuk adiknya itu. terjerit Intan Shahila dan disambut dengan ketawa Idzhar dan Idzham yang diam mendengar sejak tadi.
                “Padan muka kau, Ateh. Suka sangat menyampuk.” Idzham menambah perisa. Intan Shahima turut mengekek ketawa.
                “Eh, orang excited tau. Asyik kena buli je dengan korang. Lepas Along kahwin, mesti best. Ada akak yang boleh backing kitaorang.” Intan Shahila membela diri. Intan Shahima terangguk – angguk setuju. Sejak 20 tahun hidup, mereka sering jadi mangsa buli dan usikan dengan abang – abangnya.
                “Betul, betul. Lepas ni Kak Long boleh backing kitaorang. Kalau Along buli kita, biar Kak Long piat telinga Along.” Riuh kedua beradik kembar itu ketawa dengan kata – kata Intan Shahima. Terbeliak mata Idraki mendengarnya. Belum apa – apa dah panggil Kak Long?
                “Yang korang berdua ni lebih – lebih ni, kenapa? Along tak cakap pun dah nak kahwin. Siap dah panggil Kak Long pulak?” Marah Idraki. Panas hati dengan gurauan kedua adiknya. Kata putus dari Ayu belum diperolehi, mereka semua sudah terlebih teruja.
                “Eloklah diaorang start panggil Kak Long tu. Practice dari sekarang. Tak adalah kekok nanti.” Puan Sri Aisyah turut sama mengusik. Idraki menggaru kepala bila semua orang pakat ketawa dengan usikan Puan Sri Aisyah. Selalunya, Idrakilah juara mengusik orang. Kini, dia pula yang teruk diusik.
                “Masalahnya ma, calonnya pun belum tentu ada, macam mana nak panggil Kak Long semua ni?”
                “Err… Bukan Kak Ayra ke?” Bodoh Intan Shahima bertanya. Soal hati dan perasaan, Idraki memang tidak bercerita kepada sesiapa. Hanya kepada Puan Sri Aisyah dia banyak bercerita. Itupun jika mamanya itu bertanya.
                Bukk!! Sebiji lagi kusyen dibaling kearah Intan Shahima. Menyibuk sahaja adik – adiknya. Intan Shahima menggosok kepala dengan wajah blur. Terfikir – fikir dimana kesalahannya. Setahunya, Alongnya Cuma ada Kak Ayra sebagai teman istimewa. Sudah putuskah hubungan mereka?
                “Aku salah Tanya ke?” Bisiknya pada kembarnya. Intan Shahila hanya jungkit bahu namun melihat pada wajah tegang Idraki, masing – masing sudah faham.
                “Mama selalu doakan Id. Memang mama dah teringin sangat nak dapat menantu, nak merasa ada cucu. Siapa pun pilihan Id, mama Cuma harap dia gadis yang baik – baik dan boleh bahagiakan anak mama ni.” Puan Sri Aisyah membalas lembut. Tangan Idraki dielus lembut. Entah apa yang dicari Idraki dalam seorang isteri hingga susah benar hendak bernikah. Dulu, sudah ada Ayra, tapi putus pula ditengah jalan. Kini, Idraki langsung ridak memberi sebarang petunjuk yang dia sudah punya teman istimewa pengganti Ayra.
                “Thanks, ma.” Idraki mencium tangan mamanya. Ketika itu, Blackberry di dalam kocek seluarnya menjerit nyaring. Segera dia menyeluk kocek dan menarik keluar telefonnya. Bibirnya menguntum senyum melihat nama pemanggil yang terpapar. Sebelum menjawab panggilan, dia bergegas pergi dari ruang menonton itu. Membuatkan semua yang ada disitu tertanya – Tanya.

No comments:

Post a Comment