Friday 24 March 2017

Kerana Kamu 15

15.

Laptop dipandang kosong. Sungguh, dikerah bagaimanapun, otaknya masih belum dapat menghasilkan buah fikirn untuk terus menulis laporan perkembangan projek terbaharunya di Johor Bahru ini. Beberapa kali dia cuba mengarang ayat namun kemudian dia akan memadamnya semula. Terasa setiap ayatnya tidak sempurna.

Haris mengeluh panjang. Sebotol air mineral dicapai lalu dibuka penutupnya dan diteguk rakus. Selepas meletak kembali botol mineral di atas meja berdekatan, dia kembali cuba menaip. Tetapi, ideanya masih juga tidak timbul. Jam di tangan dikerling. 10.30 malam, bermakna sudah lebih dua jam dia duduk berteleku tetapi tidak dapat menghasilkan apa-apa.Iphone 6S  Plus dicapai dan dia memasukkan kata laluan. Skrin bercahaya dan tertera wajah Dhamirah dalam persalinan nikah mereka dahulu. Senyum yang terhias di bibir merah itu masih tidak Berjaya menyembunyikan sedih dimatanya. Tanpa sedar, Haris mengukir senyum. Namun kemudian, dia menyumpah sendirian. Ini semua salah Remy! Pandai pandai tukar wallpapernya kepada gambar Dhamirah. Ketika dia marah, alasan Remy cukup senang, biar cepat cinta dihatinya berbunga untuk Dhamirah.

Dan sekarang, marahnya beralih kepada Dhamirah. Sejak tadi, dia cuba menghubungi isterinya itu namun tidak berjawab. SMS dan WhatsApp juga tidak berbalas. Dia mengeluh sekali lagi, entah sejak bila dia jadi berkeinginan untuk menghubungi Dhamirah. Dia ingin mendengar suara isterinya itu setiap hari. Paling tidak pun, berbalas mesej dengan Dhamirah jika kebetulan dia dan Dhamirah sama-sama sibuk. Sejak berkahwin, sudah beberapa kali juga dia berjauhan dengan Dhamirah kerana kerja luar, tetapi inilah kali pertama yang dia rasa seperti perlu untuk sentiasa berhubung dengan isterinya itu setiap hari.

Anganannya terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Segera dia melihat skrin, tertera nama Dhamirah disitu. Dalam marah kerana baru kini Dhamirah menghubunginya semula, bibirnya terukir senyum juga. Dia pantas bangun menuju ke balkoni bilik hotelnya sebelum menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, abang…” suara manja itu menjengah telinganya sebaik telefon didekatkan ke telinga. Senyumnya semakin lebar sebelum menjawab salam dan berkata garang.

“Pergi mana? Aku call banyak kali tak jawab?” garang suaranya bertanya.

“Sorry… Mira charge handphone dalam bilik. Lepas tu pergi tolong Mak Mah and mummy masak. Hari ni, mummy ajar Mira resepi baru. Terus Mira lupa nak check handphone.” Cukup girang Dhamirah bercerita. Satu yang dia perasan, Dhamirah tidak lagi takut dalam menjawab setiap pertanyaannya. Malah dia sedar, Dhamirah mula menjadi manja seperti mana manjanya dia dengan setiap ahli keluarganya.

“Mummy? Kau dekat rumah Mummy?” Cuba untuk tidak mengendahkan cerita Dhamirah, dia menukar cerita. Kali terakhir berbual di telefon dan berbalas mesej, tidak pula Dhamirah memberitahu akan ke rumah orang tuanya itu.

“Yup… petang tadi lepas habis kelas, Mira terus ke rumah Mummy. Mummy tunjuk bunga ros yang dia tanam dengan Mira tu dah mula berbunga. Cantik sangat, abang. Warna kuning.” Dhamirah ketawa di akhir ceritanya. Jelas kegembiraan itu di telinga Haris. Dia turut tersenyum. Hubungan Dhamirah dengan ibunya sudah semakin baik, namun dia tidak mahu tunjuk yang dia turut suka dengan keadaan dan cerita-cerita isterinya itu.

“Tak mintak izin aku?” Haris menukar cerita. Walau dia suka mendengar suara manja dan ceria itu, tetapi ego dan marahnya masih ada.

“Eh?”

Lama Dhamirah terdiam sebelum lambat-lambat menyambung ayatnya.

“Kan masa abang hantar Mira ke rumah mama hari tu, Mira dah minta izin abang nak ke rumah Mummy dua atau tiga hari… Abang kata boleh.”

Haris menepuk dahi. Baru dia teringat. Memang Dhamirah ada meminta izin dan memang mulutnya yang ringan memberi izin.

“Tak boleh minta izin lagi sekali ke? Selalu WhatsApp, call… tapi tak boleh ingatkan aku? Aku buzy kat sini dengan kerja, manalah nak ingat semua tu.” Haris menegakkan benang yang basah. Salah dia yang tidak ingat tapi tetap ditujukan kepada Dhamirah. Lebar senyumannya bila tiada jawapan dari Dhamirah. Tentu Dhamirah tengah kebingungan dan segera wajah blur dengan bibir sedikit terbuka itu terbayang di depan matanya.

“Sorry… Mira ingat dah minta izin masa tu dah cukup.”

“Lain kali jangan buat lagi. So, belajar masak apa tadi?” lagi sekali Haris menukar topik. Tidak mahu Dhamirah terus rasa bersalah. Lagipun, dia suka dengan suara Dhamirah yang ceria dan manja.

Agak lama berbual di telefon, Haris akhirnya menamatkan perbualan. Senyumnya masih tidak lekang di bibir sejak mematikan talian dan berjalan menuju ke laptopnya semula. Terngiang-ngiang lagi suara manja Dhamirah bercerita itu dan ini. Petah mulutnya berceloteh, tidak seperti mula-mula berkawin dahulu, ketika Dhamirah begitu takutkan dirinya.

Laptopnya dihidupkan semula. Laporan yang diperolehi dari kakitangannya di Johor ini dibaca semula sebelum jemarinya lincah menaip laporan yang akan dibentangkan di pejabatnya di Shah Alam pula.

*************************************************************

Dhamirah merenung telefon bimbit yang sepi. Sesekali, bibirnya terukir senyum bila teringatkan lelaki yang baru sahaja mematikan talian itu. Dalam garangnya, Haris masih mahu melayannya. Dalam begitu banyak bentak dan bantahan dalam setiap ceritanya, lelaki itu tidak jemu mendengar. Dan, bibirnya semakin tersenyum lebar bila meningatkan yang pemergian lelaki itu ke Johor kali ini mampu membuatkan lelaki itu menghubungi dan mengirimkan dia mesej. Sebelum ini, Haris tidak pernah menghubunginya ketika outstation. Bagaimana dia pergi, begitulah dia balik. Dia tidak pernah tahu apa aktiviti Haris di sana, dia tidak pernah tahu di hotel mana Haris menginap setiap kali bekerja luar. Dia tidak pernah tahu, dengan siapa Haris pergi dan dengan siapa Haris berurusan. Cuma yang dia tahu, Haris akan menghantar dia ke rumah orang tuanya ketika ingin outstation dan mngambilnya semula ketika dia balik. itu memang rutiin Haris setiap kali. Haris memang tidak akan pernah membenarkan dia tinggal keseorangan di rumah besar itu. Jadi, suka atau tidak, dia akur sahaja. Tambahan pula, dia memang suka kerana boleh berjumpa dan bermanja dengan mama dan papa ketika ketiadaan Haris.

Seperti sekarang, Haris menghantar dia ke rumah orang tuanya tiga hari lepas. Dapatlah dia bermanja dengan mama dan papa. Walaupun mama sering bertanyakan soalan tentang hubungan dia dengan Haris, namun dia tetap gembira.

“Jadi ke nak pergi rumah mummy?” Mama bertanya ketika mereka berehat santai di laman rumah. Dhamirah mengangguk laju. Walaupun inilah pertama kali dia akan ke rumah orang tua Haris sendirian, namun dia beranikan diri. Hubungan dia dengan mummy Haris sudah beransur baik tetapi untuk lebih mengambil hati mummy, dia harus lakukan ini.

“Mira dah okey dengan mummy?” Soalan wajib mama setiap kali mereka berbual. Sekali lagi mengangguk laju.

“Alhamdulillah, ma… mummy dah okey. Tapi, untuk Mira jadi menantu kesayangan, Mira kenalah pergi sana walaupun seorang, kan? Nak ambil hati..” Dhamirah ketawa dengan kata-katanya. Melihat itu, mamanya turut ketawa. Senang melihat Dhamirah sudah kembali ceria seperti dahulu. Dan dia percaya, mungkin Haris belum mampu untuk menyayangi Dhamirah tetapi menantunya itu tetap akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami dengan cara terbaik.

“Betul.. nak mama ajar cara paling berkesan macam mana nak jadi menantu kesayangan?” Puan Haryani mengangkat kening. Dan ketawanya lepas bila Dhamirah mengangguk laju dengan mata bersinar.

Malam ini, dia di sini. Dirumah mertuanya. Cuba mempraktikkan apa yang diajar oleh mamanya petang semalam. Syukur, Datuk Hamdi dan Datin Marina menerima kedatangannya dengan gembira. Dia sudah boleh berbual dengan Datin Marina seperti dahulu. Dan, mummynya itu juga tidak lokek dalam mengajar dia resepi baharu. Lauk-lauk kegemaran Haris juga sudah diajar oleh mummy. Sesungguhnya, dia sangat bersyukur dengan keadaan sekarang.

“Haris ada bagitahu bila dia nak balik dri JB?” Tanya Datin Marina ketika dia kembali ke ruang tamu usai berbual telefon dengan Haris.

“Dia kata balik lusa, mummy. Tapi kalau kerjanya habis awal, dia akan balik awal.”

“Dah tak sabar- sabar nak balik pulak.” Datuk Hamdi menyampuk dan Datin Marina senyum meleret mendengar kata-kata itu.

“Dia tahu Mira dah balik sini, jadi dia pun nak balik. Nak jumpa mummy dan ayah, katanya.”

“Nak jumpa mummy dan ayah ke, tak sabar nak jumpa Mira?” Datuk Hamdi mengusik. Dhamirah tercengang? Haris tak sabar nak jumpa dia? Kenapa pula?

“Mira pun mesti tak sabar nak jumpa Haris, kan?” Kali ini, Datin Marina pula yang mengusik. Dhamirah tersenyum segan. Dia memang tak sabar nak jumpa Haris, tapi adakah Haris juga begitu.

“Eloklah tu, bang. Jasmine pun nak balik sabtu ni. Semua dah ada, bolehlah kita berkumpul. Boleh masak-masak.”Datin Marina menyuarakan idea. Datuk Hamdi pantas bersetuju dan mereka kemudian memandang Dhamirah. Meminta persetujuan.

“Err…. Mira okey aje. Kalau abang Haris kata boleh, Mira lagi suka.” Dhamirah menyatakan persetujuan. Haris tentu gembira. Sudah agak lama mereka tidak berkumpul sekeluarga. Jasmine, walaupun Cuma di Pulau Pinang, tetapi jarang balik. Di samping jadual waktunya yang padat, Datuk Hamdi dan Datin Marina tidak mahu Jasmine keletihan kerana selalu balik sehingga menjejaskan pelajarannya.

“Jasmine dah mula cuti semester ke, mummy?” Dhamirah bertanya. Kalau diikutkan jadual dia yang juga pelajar universiti, semester masih berbaki lebih kurang sebulan. Cuma, waktu begini memang kebanyakkan kuliah sudah habis dan pelajar diberikan waktu untuk menelaah pelajaran sebelum peperiksaan akhir semester.


“Belum… katanya study week. Housemate dia ramai yang balik, jadi dia pun balik jugaklah. Kalau Mira lama kat sini, bolehlah temankan dia kat rumah ni. Kalau tidak nanti, asyik nak keluar aje.” Datin Marina membebel membuatkan Dhamirah tersengih. Berlamaan di rumah ini? Entah kenapa, dia mula rindukan rumah mereka di Gita Bayu dan kehadiran lelaki bernama Haris di rumah itu.

Tuesday 14 February 2017

Kerana Kamu 14

Greetingsssssssss..................

Selepas berbulan saya tak sambung cerita. Baru hari ni lah saya dapat update. Sorry, my bad. Tak ada ruang and waktu nak mengupdate padahal free sokmo....

Okey, asyik asyik cerita Mira and Haris saja... kali ni kita bertukar arah pulak ye... Abaikan sebarang typo ye... hehe...

Presenting to you guys.... Bab 14.... Enjoys.....

*****************************


14.
                Pintu utama kondominium di buka kasar dan kemudian di tolak dengan kaki. Timbunan beg kertas pelbagai jenama di letak ke atas sofa kulit berwarna putih, lantas dia menghempas tubuh ke sofa. Dia menghela nafas panjang. Segera tangannya mencari telefon bimbit di dalam tas tangan berjenama mahal. Dapat sahaja telefon bimbit, dia lantas memeriksa. Tiada sebarang panggilan tidak berjawab dan tiada sebarang pesanan di skrin telefon. Sekali lagi dia menghela nafas dan telefon bimbit di campak ke sebelahnya.
                Tangan mencapai pula alat kawalan jauh TV untuk menghidupkan TV. Skrin TV segera menyala dan dia menekan butang untuk mencari siaran, namun tiada satu pun yang menarik minatnya. Dia mengeluh lagi. Aktiviti membeli belah yang sentiasa jadi kegemarannya tiba-tiba menjadi tidak seronok apabila dia secara tidak sengaja terpandang seseorang yang cuba dielakkannya sejak berbulan lamanya. Lantas segalanya moodnya terbang melayang dan dia ambil keputusan untuk pulang sahaja.
                Haris…. Nama itu kembali bermain di fikiran. Setelah hampir lima bulan nama itu hhilang lenyap dari ingatannya. Wajah tampan itu kelihatan semakin tampan sejak kali terakhir dia melihat wajah itu. Di sebalik wajah letih dan serius Haris, namun ketampanannya begitu terserlah. Mujurlah Haris tidak nampak dirinya, kalau tidak, entah apa yang ingin dia katakan pada lelaki itu. Hatinya tiba-tiba bertanya, apa yang terjadi pada lelaki itu dan keluarganya sejak dia ambil keputusan untuk lari di hari pernikahannya?
                Adakah Haris masih bersedih dan marah dengan tindakan drastik yang diambilnya? Atau, sudahkah Haris bertemu dengan penggantinya dan sedang berbahagia. Melihat dari jauh, dia sendiri tidak pasti dengan raut wajah Haris sebentar tadi. Lagipun, sejak mengenali lelaki itu, dia memang susah benar ingin menebak emosi Haris melalui wajahnya. Hari sentiasa pandai menyembunyikan setiap emosi dirinya dari pandangan semua orang.
Dan dia? Sejak lari dari rumah dan meninggalkan majlis perkahwinan dan Haris, dia memilih untuk hidup bersama lelaki kedua yang Berjaya mencuri hatinya. Pernikahan yang dilangsungkan di Thailand tidak pernah menghalang dia mengecap bahagia. Walaupun dia harus akur dengan kenyataan yang dia kini bergelar isteri kedua. Mujur madunya boleh menerima yang mereka berdua berkongsi kasih lelaki yang sama. Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah berhubungan dan hanya sekali sahaja dia bertemu madunya setelah hampir sebulan dia menikah.
“Ini akan jadi kali pertama dan terakhir kita bertemu. Aku hanya ingin kenal dengan siapa aku berkongsi suami. Selebihnya, aku harap kau pandai-pandailah bawa diri. Urusan kau dengan Emran, aku tak hendak ambil tahu, dan aku harap, kau juga tak ambil tahu hubungan aku dengan Emran.” Itu kata-kata tegas yang diluahkan oleh madunya ketika mereka bertemu. Hanya mereka berdua. Tiada sebarang kemesraan dan tiada sebarang kemarahan pada riak wajah dan nada suara isteri pertama suaminya. Wajah wanita yang tua lima tahun darinya itu begitu beku, memandangnya juga bagai tidak sudi. Namun dia terima. Demi cintanya pada Emran, dia terima apa sahaja asalkan mendapat restu dari wanita itu.
“Terima kasih, kak... In sha Allah, saya akan jaga abang Emran macam mana akak jaga dia.” Kata-kata dia itu mendapat ketawa sinis dari madunya. Dania kerutkan kening. Dia salah dalam menutur katakah?
“Kalau aku pandai jaga laki, dia tak kahwin lain. Dan kita tak jadi madu. Cuma ingatlah, yang Emran ada dua rumah. Hormat giliran masing-masing.”
Dan sekarang, siapa yang tidak hormat dengan giliran mereka? Emran sudah terlewat satu hari dari gilirannya di rumah ini. Sepatutnya sejak semalam Emran sudah berada di sini untuk tiga hari, tetapi masih belum muncul sehingga sekarang.
Lamunan panjangnya terhenti ketika telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia mencapai telefon dan satu pesanan whatsapp muncul di skrin telefonnya.
I minta maaf… I lambat ke sana, Dhia muntah teruk sejak semalam. Masih tak boleh bangun.
Membaca pesanan itu, hampir membuat dia menjerit. Itu juga alasan yang diguna oleh Emran sejak semalam. Madunya mabuk teruk. Madunya hamil kali ketiga dengan morning sickness yang sangat teruk. Mengikut kata Emran, setiap kali madunya itu hamil, memang akan alahan teruk, tetapi tidak seteruk kali ini. Spontan Dania memegang perut sendiri. Empat bulan mendirikan rumahtangga, perutnya masih kempis sehingga kini. Rahimnya masih belum terisi dengan nyawa kecil. Kini, madunya pula yang hamil dengan anak ketiga.
Tidak mahu membalas pesanan yang ditinggalkan Emran, telefon kembali di baling ke sofa. Dania bingkas bangun dan menuju ke dapur. Peti ais dibuka dan dia mengambil air untuk menyejukkan hati yang panas dengan keadaan sekarang. Kenapa keadaan sekarang tidak memihak kepadanya? Kenapa bukan dia yang hamil dan mendapat perhatian lebih daripada Emran seperti Dhia sekarang? Kenapa? Leka bertanya di dalam hati, dia dikejutkan dengan deringan telefon. Dengan malas, dia mencapai telefon. Siapa lagi yang akan menelefonnya saat ini?
Hey, baby…” suara yang pernah menyejukkan hatinya suatu ketika dahulu seperti sudah tidak semerdu dulu ditelinganya kini.
“Hey…” balasnya pendek.
“Buat apa hari ini?” suara itu masih selembut dulu dalam melayannya tetapi kenapa hatinya panas mendengar soalan itu?
“Biasa… shopping, balik rumah and do nothing.” Dania menjawab acuh tidak acuh dan kedengaran jelas di telinganya keluhan Emran.
“I’m sorry… okay, baby? I betul- betul nak balik sana tapi Dhia lemah sangat. I tak sampai hati nak tinggalkan dia sendiri.”
“Maid you?”
“Dia cuti dua bulan, balik Indon. I’ve told you, aren’t I?”
“Ya….”
“Look.. I cuba balik sana malam ni, okay? I’m really really sorry, baby. I miss you so much tapi…”
“I miss you too. You jagalah Kak Dhia dulu. Don’t worry about me.”
“But.. babe…”

“No, jagalah Kak Dhia. I tak nak apa- apa jadi pada dia pulak nanti.” Dania terus mematikan talian. Ikhlaskah dia ketika mengucapkan itu? Dia tahu dia tidak ikhlas namun, dia sedar diri. Dia hanya orang ketiga. Lagipun, jika apa-apa terjadi pada Dhia ketika Emran di rumah ini, dia tiak mahu dipersalahkan pula.
Deringan telefon yang bertalu-talu selepas itu tidak lagi diendahkannya. Segera dia mengambil beg kertas yang dicampak sejak tadi dan melangkah kebiliknya. Masanya untuk dia manjakan diri sendiri.