Thursday 4 August 2016

Tidakkah Kau Tahu? 4

Hi guys!!!

Sorry for the late update again...

Ini adalah tajuk untuk e-novel yang terbaharu... TIDAKKAH KAU TAHU?

Hope you guys enjoy reading it....

**************

4.

Karl Zafril memandang sekitar dewan luas yang sudah dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Dia menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan. Mata diarah pula ke pintu masuk, masiih menanti kelibat Zaim Rafael, adik bongsunya. Dada yang berdebar, diurut perlahan.
“Karl Zafril..!” Mendengar namanya dipanggil, Karl lantas menoleh. Bibirnya menguntum senyum lebar ketika mata bertemu dengan seorang wanita hampir seusia mamanya. Anggun dengan persalinan indah membalut tubuh. Dan, tawanya hampir meletus melihat fesyen rambut yang dirasanya tidak sesuai dengan usia wanita itu.
“Aunty Sherry… Apa khabar?” Karl menegur sopan. Tangan yang dihulur oleh wanita itu disalam lalu dicium hormat.
“Aunty sihat. Alhamdulillah. Karl seorang saja? Papa, mama tak datang?”
“Papa dan mama tak datang. Honeymoon. Tapi mereka berdua kirim salam.” Karl masih menjawab dengan sopan. Sesuatu yang ditegaskan oleh Puan Zaharah sejak mereka adik beradik msih kecil. Ditambah lagi dengan hubungan baik keluarga mereka dengan keluarga Aunty Sherry di hadapannya ini.
“Oh.. Walaikumsalam. Zaidan dan Raf pun tak datang?”
“Raf ada… tadi dia parking kereta. Along pun tak dapat datang. Baby tak sihat, warded. Jadi, Karl dan Raf yang wakilkan.”
Aunty Sherry terangguk-angguk. Dan bicaranya lebih panjang bila Rafael datang menyertai mereka. Karl dan Rafael dibawa ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka. Majlis minum petang sempena ulangtahun syarikat gergasi milik Datuk Wahdan, suami Datin Sherry. Dan syarikat milik bapa Karl yang sentiasa bekerjasama dengan syarikat Datuk Wahdan, keluarganya diundang sebagai antara tetamu VIP. Memandangkan abang sulong Karl, Khiryl Zaidan tidak dapat datang, dia dan Rafael terpaksa mengambil alih tugas tersebut.
“Boring, kan angah?” Rafael berbisik ketika Datuk Wahdan sedang berucap di atas pentas. Karl mengerling adik bongsunya itu lalu tersengih panjang.
“Boring ke tak, kita kena hadap jugak.” Balas Karl selamba. Rafael mendengus perlahan. Sebab itulah dia dan Karl tidak mahu bekerja di syarikat milik bapa mereka. Majlis-majlis seperti ini bagikan jadi keutamaan pula untuk mereka. Selain untuk menjaga hubungan baik, majlis seperti ini juga dianggap boleh meluaskan jaringan perniagaan mereka. Dan dia dan Karl? Mereka Cuma masuk campur urusan syarikat apabila Along mereka tidak dapat menghadirkan diri seperti sekarang.
“At least, aku boleh cuba carik girlfriend kat sini.” Rafael menyambung lagi. Matanya sudah menjelajah ke sekitar dewan. Cuba memerhati andai ada gadis yang boleh dibuat teman berbual di majlis ini.
“Behave, Raf. Kita datang bukan nak carik girlfriend.” Karl mengingatkan. Muda 5 tahun dari dia, membuatkan Karl rasa adiknya itu masih main-main dengan kehidupan. Walaupun selalunya Rafael tidak memaksudkan apa yang dikatakannya, namun dia masih bimbang jika perangai Rafael bisa memberi kesan kepada nama baik orang tuanya dan juga syarikat mereka.
“Alah… Aku Cuma nak jadi peramah.” Rafael terus bangun. Ketika itu, Datuk Wahdan telah selesai berucap dan kini dewan dipenuhi dengan alunan lagu dari penyanyi yang diundang khas. Karl menggelengkan kepala. Dia tidak berniat untuk menghalang, Cuma ingin mengingatkan agar Rafael menjaga tingkah lakunya. Perlahan dia meneguk fresh orange sambil matanya melayan lenggok penyanyi yang masih asyik dengan lagunya.
“Karl… what a small world!” Karl kerutkan kening ketika terpandang Emma yang berada dihadapannya. Tanpa dipelawa, Emma mengambil tempat disebelahnya. Karl tersenyum manis, sekurang-kurangnya, ada yang dia kenal di majlis ini.
“Hei… macam mana kau boleh ada dekat sini. Kau kerja di company ni ke?” Soalan Karl buat Emma ketawa lepas. Kadang-kala, Karl boleh jadi begitu lurus. Tentulah, dia tidak akan bekerja di syarikat yang mempunyai waktu kerja yang terikat seperti ini.
“Tak. Aku temankan orang kat majlis ini. Kau datang seorang?” Jawapan Emma buat kening Karl terangkat tinggi. sekilas matanya liar memerhati segenap dewan, mencari seseorang yang mungkin menjadi teman Emma.
"Tak. Tu.... Rafael." Karl muncungkan bibir ke arah Rafael yang sedang seronok bercerita dengan seorang gadis. Senang benar Rafael berbual mesra dengan gadis, sedangkan dia... Nak rapat dengan Emma dan Dian ambil masa beberapa bulan.
"So... No girlfriend?" Soalan Emma mematikan lamunan Karl. Dia ukir senyuman maut, senyuman yang bisa buat mana-mana gadis melutut untuk menagih cintanya.
"You know me better than this."
Emma ketawa kecil. Iye, dia kenal dengan Karl. Dia tahu perangai Karl. Dan kerana itulah, mereka masih kekal sebagai kawan sehingga hari ini.
"Tak nak kenalkan teman kau?" Karl membuka bicara. Nyanyian di pentas sudah berakhir. kini, pengacara sedang mengumumkan acara seterusnya.
"Later... Aku pun tak sure dia kat mana."
Karl mengangguk perlahan. Air oren kembali diteguk. Janggal tiba-tiba bila dia bersendirian dengan Emma. Sejak Emma mula menunjukkan minatnya terhadap dirinya, Karl cuba untuk menjauhkan diri dari Emma. Namun, semakin dia cuba jauh, Emma pula semakin galak cuba mendekati dia sehingga dia rasa tidak selesa.
"Hei, handsome.." Seseorang menyapa membuatkan Karl dan Emma berpaling. Dahi Karl berkerut seribu bila gadis yang menyapa selamba menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
"Excuse me... But by any chance, do I know you?" Karl bertanya hairan. Gadis disebelahnya tersenyum manis.
"Karl Zafril... You ni memang tak pernah perasan I kan? Marsha..." Gadis itu menghulurkan tangan. Teragak-agak Karl menyambut huluran tersebut. Marsha? Nama itu seperti pernah dia dengar tapi di mana?
"By the way, I'm Emma..." Emma mencelah setelah rasanya dirinya tidak dipedulikan. Apa lagi, dia cukup masak dengan gaya Marsha yang jelas ingin menggoda Karl.
"Hai... So, Karl. Dah ingat I?" Marsha kembali menumpukan perhatian kepada Karl. Dahi yang berkerut seribu itu menjemput senyum di bibir Marsha yang merah menyala. Wajah putih bersih itu nampak semakin tampan bila begitu. Tiba-tiba, Karl mengukir senyum dan menepuk tangan.
"Anak Auntie Sherry and Datuk Wahdan?"
"Pandai pun..." Marsha ketawa kecil. Dia mengenyit mata, menggoda. Karl turut ketawa. Begitu lama tidak berjumpa, sudah banyak Marsha berubah.
"Hei, how are you? Bila you balik dari UK?"
"Almost six months. Sekarang I dah kerja dengan papa. Ingatkan boleh jumpa you, turns out Zaidan yang kerja dengan papa you."
Karl menggeleng perlahan. Belum habis dengan Emma, kini Marsha pula. Someone please saves me!! Hati Karl menjerit. Untuk dia bangun dan meninggalkan kedua mereka, sangatlah tidak sopan. Tetapi, dia jga sangat tidak suka untuk terus berada bersama kedua gadis ini. Dan tiba-tiba, telefon bimbit di dalam kocek seluarnya bergetar kuat. Dia segera menarik keluar demi melihat nama yang tertera di skrin telefonnya, dia tersenyum lebar.
"Excuse me. Need to answer this." Karl bingkas bangun dari duduknya dan melangkah laju keluar dari dewan yang sibuk.
"Yes, Kauthar?"
******************************************************************************

Kauthar mematikan talian. Dia mencebik bibir. Bercerita dengan Karl bukan membuat hatinya senang, malah semakin sakit. Karl bukan ingin cuba menenangkan hatinya, sebaliknya Karl turut sama gelakkan dia.
"Yah!!You pabo! Kau mengadu dekat Karl ye?" Jeritan nyaring itu menambah sakit hati Kauthar. Dia menggigit bibir. Geram, namun dia tidak boleh buat apa-apa.
"Apalah Kak Dian ni. Aku cakap sikit je, kau nak temper je!" Kauthar turut menjerit. 7 tahun berkenalan dan berkawan baik dengan Dian, mereka telah gugurkan segala formaliti dan gurauan kasar sebegini telah menjadi kebiasaan mereka.
Geram dengan jawapan Kauthar, Dian bertindak menarik topi di kepala Kauthar. oleh kerana Kauthar yang sangat tinggi daripadanya, Dian melompat. Dan, menjadi seorang atlet di zaman universiti, ketinggian Kauthar tidak menjadi masalah kepadanya.
"Sakitlah, kak!" Kauthar menjerit lagi. Tetapi, mujur juga Dian tidak menarik rambutnya. Satu kebiasaan Dian di zaman uniersiti dulu setiap kali dia marah. Siapa sahaja yang tidak pernah kena tarik rambut dengan Dian? Oh, cuma mungkin Nazman. Yang sejak dari dulu berlagak sebagai abang sulong di dalam kumpulan mereka. Yang selalu menjadi mangsa adalah dia dan Karl.
"Buat perangai lagi. Pergi mengadu dengan harimau tu, kenapa?" Dian menepuk topi Kauthar sebelum kembali meletakkan topi itu di kepala Kauthar. Dia melangkah mendekati pagar di tepi tasik. Keindahan Masjid Besi Putrajaya itu dinikmati sebelum dia berpusing dan menghadap Kauthar disebelahnya.
"Kau tak rindukan aku ke, kak?" Tanya Kauthar yang mengambil tempat disebelahnya. Sebenarnya, dia agak berkecil hati dengan Dian. 3 tahun Dian di  Korea, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja kawan yang dianggap kakaknya itu menghubunginya. Hubungan mereka kekal rapat beberapa bulan Dian menjejakkan kaki di Korea. Menjangkau setahun, Dian semakin mendiamkan diri dan akhirnya mereka terputus hubungan terus sehinggalah kini.
"Mianhe, Kauthar. Aku jadi sibuk kat sana and tak sedar, aku makin jauh dari korang semua. And yes, I do miss you."
"And first time kau jumpa aku, kau dah carik gaduh dengan aku." Kauthar mendesis. Dia dan Dian memang rapat tetapi sering bergaduh. Mungkin silapnya juga yang suka carik pasal, sedangkan di tahu sangat yang Dian memang cepat marah. Dian ketawa lepas. Memang seronok bergaduh dengan Kauthar. Lelaki itu cuma buat buat berani, hakikatnya dia selalu menjadi mangsa buli dia dan Karl.
"Aku rindu nak gaduh dengan kau."Mendengar itu, Kauthar mencebik bibir. Dia dan Dian, selalu ada pergaduhan di antara mereka.
"Kau cakap nak kenalkan aku dengan seseorang. Siapa?"
"Dia lambat sikit. Sabar ye. And, where the hell is Syammil?" Kauthar turut bertanya. Dia sedia maklum yang Syammil akan temankan Dian petang ini tetapi sejak dia sampai tadi, hanya Dian yang sedang menunggu dia.
Dian mengangkat bahu. Dia sudah maklumkan mereka akan berjumpa jam 4 petang namun sehingga kini, bayang Syammil masih belum kelihatan.
"You should know him better."
Kauthar tersengih panjang. Syammil, memang tidak pernah tepat pada masa. Dia mengerling jam tangan, hampir 5 petang. Maknanya, sudah hampir 1 jam juga Syammil lewat.
"Kau masih dengan dia ke, kak?"
"Maksudnya?" Dian kerutkan dahi.
"Kau... dengan Syammil. Masih couple ke?" Mendengar soalan itu, Dian tersedak. Sejak bila dia dan Syammil berpacaran? Selamba Dian menepuk topi Kauthar.
"Soalan apa kau ni? Sejak bila aku dengan dia couple?"
"Err... bukan ke? Dulu, kau dengan dia rapat semacam je. Apa-apa aktiviti kita, mesti kau dengan dia je...." Kauthar jadi bingung. Bukan berpacaran? Sedangkan dulu Dian dan Syammil rapat macam belangkas, kemana-mana mesti berdua. Dan, usikan-usikan teman yang lain tidak pernah dinafikan oleh mereka berdua. Okey, mungkin Dian pernah, tetapi dalam nada bergurau sahaja. Tidak pernah begitu serius.
"Kau dengan aku pun rapat jugak. Tak ada orang gossipkan kita ke?" Dian bertanya sinis. Mengingati cerita lama mereka, hati Dian menjadi rimas. Dia sendiri tidak pasti macam mana dia dan Syammil boleh digossipkan berpacaran. Apa yang dia pasti, apa sahaja aktiviti mereka secara berkumpulan, dia dan Syammil akan lakukan bersama-sama akhirnya.
Kauthar mengangkat bahu. Dia dan Dian digossipkan bersama mungkin tidak pernah. Namun, dia dan Aiman penah beberapa kali berbincang tentang bagaimana Dian dan Karl sangat selesa bila bersama. Memang Dian dan Karl sering bergaduh, malah akan bergaduh tentang sekecil-kecil perkara pun. Tetapi, akhirnya mereka berdua itu akan saling bergantung antara satu sama lain tentang semua perkara. Keakraban itu memang tidak pernah dia dan Aiman lihat bila Dian bersama Syammil.
"Hei guys!! Sorry, aku lambat." Syammil tiba-tiba menyapa. Dia tercungap-cungap. Mungkin berlari untuk sampai ke tempat mereka tadi.
"Yah!! Kau pergi mana ha?! Kau dah lewat sejam tau! Ada hal apa?" Dian melenting marah. Sejak pertemuan mereka di restoran Aiman dua minggu lalu, dia sudah beberapa kali keluar bersama lelaki itu. Dan setiap kali berjumpa, pasti Syammil akan tiba lewat dari masaa yang dijanjikan.
"Sorry, sorry.. Ada bukti baru dalam kes aku tu. Since its a high profile case, bos suruh aku pay more attention into it." Syammil menerangkan sambil buat muka minta maaf. Dian dan Kauthar berpandangn sebelum masing-masing menaikkan biji mata ke atas.
"Ya... Ya... Kau dan kes kau. Dah, jom makan. Nampak macam makanan kita dah siap tu." Kauthar menarik Syammil dan Dian ke arah meja mereka di luar restoran tepi tasik. Beberapa pesanan mula sudah terhidang.
"Hai baby..." Seorang gadis menegur dan dengan selamba melabuh punggung di sebelah Kauthar. Dian yang masih tidak tahu apa-apa, terpinga-pinga melihat gadis cantik bersolek tebal itu. Meihat gadis itu ramah menegur Syammil di sebelahnya, perhatian Dian teralih kepada Kauthar. Dari pandangan matanya, dia minta penjelaasan daripada Kauthar.
"Kak Dian, kenalkan. my wife-to-be, Sheera. Sheera, ni one of the gang, Kak Dian." Faham dengan pandangan mata itu, Kauthar memperkenalkan mereka berdua. Tangan Sheera yang terhulur, segera disambut Dian dengan senyuman manis.
"So, inilah dia yang nak dikenalkan tadi ni?" Dian mengusik. Senyumannya semakin lebar bila Kauthar tersenyum malu sambil mengurut tengkuk. Pandangan Dian terarah pula kepada Sheera yang senyap dari tadi.
"So, when is the date?" Dian memulakan perbualan.
"In sha Allah, lagi 3 bulan. Kak Dian ni, yang further study kat Korea tu ye?" Sheera mula membuka mulut.
"Neh... Dah balik dua bulan. Tak sangka, bila balik sini, adik akak ni nak kahwin dah." Dian membalas senang. Melihat keramahan Sheera, dia tidak berasa janggal dengan gadis yang baru dia kenal.
"Lama akak kat sana. Tak pernah jumpa aris Korea ke? Lee Min Ho? Kim Won Bin?" Dian tergelak mendengar soalan itu. Rasanya, dia tahu mana arah tuju soalan Sheera itu. Dah tentu Sheera ni salah seorang peminat drama Korea.
"Unfortunately, no. Sorry, can't help you with that." Balas Dian dan ketawanya semakin galak bila Sheera mengeluh.
"Nanti dah kahwin, boleh pergi honeymoon kat Korea. Cantik dekat sana, Pulau Jeju, Busan. Tak rugi pergi sana." Dian memberi cadangan. Sheera hanya mengangkat kening dan anak matanya melirik kepada Kauthar yang sedang menikmati makanan besama Syammil.
"Kau tengok game Man U pagi tadi, Mil?" Kauthar tiba-tiba bertanya pada Syammil. Dan menjadi seorang Syammil yang agak lembap dalam menangkap ayat-ayat sarkastik, lelaki itu terpinga-pinga memandang Kauthar. Aksi itu membuatkan Dian dan Sheera ketawa lepas. Kauthar pula menggigit bibir, geram.
"Man U ada game ke pagi tadi?" Syammil bertanya semula. Dan soalan itu buat gelak Dian dan Sheera semakin kuat.
Pertemuan mereka petang itu berakhir dengan baik. Dalam sekelip mata, Dian dan Sheera boleh menjadi rapat. Di penghujung pertemuan mereka, Dian dan Sheera sudah bertukar-tukar nombor telefon.
"Aku hantar kau balik ye?" Syammil bertanya ketika Kauthar dan Sheera sudah hilang dari pandangan. Dian melepas keluh. Mungkin Syammil tak ingat yang mereka datang secara berasingan.
"Kau dan aku, kan datang sini asing- asing. Kalau aku balik dengan kau, kodok aku tu nak letak mana?" Dian membalas. Syammil ketawa kecil mendengar perkataan kodok itu. Kodok, merujuk kepada Myvi milik Dian yang berwarna hijau terang. Itu nama yang diberi oleh Dian untuk kereta yang dihadiahkan oleh abahnya itu.
"Okey... Jom, aku temankan kau ke kereta." Dian mengangguk mendengar ajakan itu. Mereka beriringan ke kereta tetapi tiada sebarang ayat yang keluar dari mulut mereka. Dian memikirkan tentang Kauthar yang akan menikah dalam masa 3 bulan. Senyap-senyap, ada perasaan sedih melanda hatinya. 7 tahun mengenali Kauthar, dari orang asing kepada kawan dalam kelab yang sama, kepada kawan sekumpulan dan akhirnya mereka rapat seperti adik beradik, Dian rasa sangat sedih melepaskan Kauthar kepada kehidupan baharunya tidak lama lagi. Jangan salah anggap, dia sangat gembira bila mendengar Kauthar akan menamatkan zaman bujangnya tetapi dalam masa yang sama, dia juga sedih dan takut akan kehilangan kawan baik merangkap adiknya itu.
"Dian! Dian! Are you okey?" Syammil melambai-lambaikn tangannya di hadapan muka Dian yang kelihatan berangan. Berapa kali berbuat begitu, barulah Dian tersedar.
"Wae? Wae?" Dian bertanya, blur.
"Tak ada apa. Kita dah sampai ni. Tapi... kau fikirkan apa?"
Dian memerhati sekeliling. Ya, di depan matanya, kodoknya sedia menunggu. Dia segera mencari kunci kereta di dalam begnya sebelum membuka pintu kereta.
"Tak ada apa... Aku balik dulu. Thanks, temankan aku hari ini. Gumawo."

Syammil mengangguk kecil. Meihat Dian berada dalam dunianya sendiri sebentar tadi, dia tertanya- tanya apa yang difikirkan oleh gadis itu. Sudah ditanya, tetapi Dian masih tidak mahu menjawab. Jadi, dia tidak memaksa. Begitu lama mengenali Dian, rasanya dia sudah kenal dengan perangai Dian. Matanya melihat sahaja Dian yang sudah memandu keluar Myvinya sehingga hilang dari pandangan sebelum di bergerak ke keretanya sendiri.