Friday 30 March 2012

Bab 11 : Ingin Kulafazkan Cinta


11.
                Idraki mundar mandir di dalam bilik pejabatnya. Resah dan gelisah. Fikirannya buntu dan hatinya resah. Tumpuannya bukan pada kerja – kerja yang menimbun minta perhatian. Tetapi hatinya menggesa untuk terus – terusan berfikir tentang satu nama dan satu wajah. Ayu Qharidah. Sejak pertemuan di Pavillion seminggu lalu, hidupnya menjadi tidak tenang. Lebih – lebih lagi bila dia perasan tentang perhatian lebih yang diberikan oleh sepupunya yang bernama Luth itu. Mungkin mereka berempat tidak sedar, tapi sepanjang petang itu, beberapa kali juga dia Nampak Ayu dan sepupu – sepupunya itu. Kemesraan Ayu dan Luth lah yang buat hidupnya tidak tenteram, tidurnya tidak lena. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia harus ada perasaan begitu. Namun, kerana kenangan antara mereka membuat dia merasa Ayu sudah jadi miliknya. Hanya dia dan tidak boleh ada seorang lelaki lain yang mendekati gadis itu. Penangan gadis itu terlalu hebat, hingga dia masih boleh terasa kehangatan sentuhan gadis itu sehingga hari ini.
                Deringan intercom mengganggu lamunannya. Pantas langkahnya diatur ke meja kerjanya. Butang intercom lantas ditekan.
                “Yes!” Jawabnya lantang. Tidak sabar untuk mendengar kata – kata Cheryl tentang arahannya sejam lalu.
                “I dah hubungi Encik Luqman, tapi tak dapat. I’ve try call his PA, tapi no positive respons. Cik Ayu tak beri sebarang feed back, Encik Idraki.” Balas Cheryl terus kepada perkara pokok. Melihat kepada wajah tegang Idraki sejak masuk pejabat tadi, dia tahu Idraki tidak boleh dibawa bergurau hari ini.
                “Damn! Takkan satu pun dia tak boleh beritahu? Kan dia juga terlibat dalam projek ni?” Marah Idraki. Aduh, Ayu benar – benar membangkitkan kemarahannya. Geram dan marah bercampur menjadi satu.
                “I’m sorry, boss. I’ve tried, tapi Cik Ayu insist you wait for Encik Luqman to come back day after tomorrow.” Terang Cheryl lagi. Idraki merengus keras. Susah betul dengan PA Luqman ni. By the book sangat.
                “Okey, you give me direct line Cik Ayu. I’ll call her myself.”
                “Right away, boss.”
                Sejam selepas Cheryl memberikan nombor telefon Ayu, barulah Idraki mengangkat gagang telefon untuk menelefon gadis itu. Dia berfikir – fikir tentang kewajarannya untuk menghubungi Ayu. Ingin mengetahui butiran mengenai kerjasama syarikat mereka hanyalah alasan. Sebetulnya, dia ingin berjumpa Ayu dan cuba berbincang masalah mereka.
                “Good Mornig. Chanteque Design & Landskap. Luqman’s Office. May I help you?” satu suara gemersik menyapa telinganya sebaik talian berjawab. Gamam sebentar Idraki mendengar suara selembut itu, tak ubah suaranya seperti malam itu.
                “Good morning. Cik Ayu, please.” Jawab Idraki yakin. Walau apa pun, dia tidak harus menunjukkan rasa gugupnya pada sesiapa termasuk Ayu.
                “Yes, speaking. May I know, whose on the line?”
                “It’s me, Ayu. Idraki.” Balas Idraki. Dan, talian terus senyap selepas itu. Hanya sesekali kedengaran hembusan nafas di sebelah sana talian.
                “Ayu! Hello… Are you still there?” Tanya Idraki setelah beberapa minit tiada sebarang respon dari Ayu.
                “Ya! Sorry.. Ada apa yang saya boleh bantu Encik?” Bagai tersedar dari lamunan, Ayu bertanya. Jantungnya yang berdegup laju cuba diredakan dengan mengurut dada sendiri. Mungkin Idraki Cuma ingin bertanya tentang kerja, jadi tiada apa yang harus dia takutkan.
                “I need to clarify a few things about our project. Can you give me some details?” Idraki terus ke perkara pokok. Fail ditangannya diselak. Mencari sesuatu yang ingin ditanyanya kepada Ayu.
                “Minta maaf, encik. Saya tak boleh untuk clarify the details with you. Mungkin encik boleh call cellphone encik Luqman directly?” Penuh sopan, Ayu mengelak. Memang dia tidak boleh memberi apa – apa penjelasan kerana dia tidak begitu memahami perjalanan projek usahasama antara dua syarikat ini. Walaupun dia juga terlibat namun perkara penting masih menjadi rahsia pihak atasan.
                “Takkan you tak tahu? Bukan ke you juga terlibat dalam projek ni? This is urgent, Ayu” Idraki tidak berpuas hati. Bagaimana Ayu tidak boleh memberi penjelasan tentang apa yang diingininya sedangkan setiap perjumpaan, Ayu pasti mengiringi bos merangkap sepupunya itu.
                “Saya minta maaf, encik Idraki. Memang saya terlibat, tapi untuk beritahu details pada encik, I’m unauthorized. Furthermore, it’s our company policy. Perhaps, saya boleh sambungkan encik dengan encik Saiful? He knows the details.” Ayu memberi cadangan. Kalau sudah perkara yang Idraki ingin tanyakan benar – benar penting, encik Saiful juga boleh membantu. Kedengaran Idraki mengeluh di hujung talian. Ayu tidak memberi respon, hanya sabar menanti Idraki memberi persetujuan.
                “Okay, pass me to him.”
                “Hold the line, please. I’ll transfer-“
                “Ayu, wait!” Idraki separuh menjerit, menghalang Ayu dari terus menyambung talian.
                “Yes, encik Idraki. Anything else?”
                “Ayu…. I need to see you.” Lembut dan perlahan suara Idraki menjengah telinga Idraki. Terdiam Ayu dibuatnya. Tidak menyangka Idraki boleh melencong ke perkara lain pula. Dadanya diserang debar. Untuk apa Idraki ingin berjumpa dengannya? Perlahan dia menarik nafas dan menghelanya lemah.
                “Saya tak boleh clarify the details, encik. Perhaps PA encik Saiful boleh set appointment encik dengan dia, today?” Ayu menolak lembut. Yakin Idraki ingin berjumpa kerana projek usahasama syarikat mereka.
                “This is not about the project, Ayu. This is about us. We need to talk.” Semakin tegas suara Idraki. Merasakan Ayu cuba berpura – pura tidak mengerti dengan tujuannya untuk berjumpa. Berkerut dahi Ayu mendengar balasan Idraki. Rupanya lelaki itu masih mahu memperkatakan tentang mereka. Tentu sahaja tentang malam penuh noda itu.
                “Us? There is no us, here. Tak ada apa yang kita nak cakapkan.” Tolak Ayu lembut namun tegas disetiap butir bicaranya. Biarlah kenangan itu pergi dibawa masa. Dia tidak mahu mengingati itu semua dan mahu melupakan segala – galanya. Dia mahu mulakan hidup baru tanpa kenangan itu.
                “Ada, Ayu. Kita perlu berbincang. Tentang kita, tentang you. Tentang malam tu.”
                “Malam tu dah lama berlaku, encik. Please, saya nak lupakan semua. It’s nothing, really. Just go on dengan hidup encik.” Cepat Ayu memotong kata – kata Idraki. Takut Idraki akan bercerita tentang malam yang paling ingin dia lupakan itu.
                “Nothing? Pada you, semua tu nothing? It’s a big thing, Ayu. I tak pernah buat perkara itu selama hidup I. Or… you dah biasa dengan semua tu?”
                “Encik Idraki!” Jerit Ayu, geram. Sanggup Idraki berkata begitu sedangkan rasanya Idraki tahu yang itu pengalaman pertama dia. Belum pernah selama ini dia benarkan seorang lelaki pun menyentuh tangannya, apalagi menyentuh dan menjelajah seluruh tubuhnya seperti mana yang Idraki lakukan.
                “I’m sorry. I know, its your first time also. Sebab itu, kita perlu jumpa dan berbincang. I bukan lelaki yang lari dari tanggungjawab, Ayu. I rasa sangat bersalah buat you macam tu.” Lembut suara Idraki memujuk. Mengharap Ayu akan termakan pujuk dan bersetuju untuk bertemu dan berbincang. Tapi, yang dia dengar hanya keluhan dihujung corong. Susahnya ingin memujuk seorang Ayu.
                “Saya tak salahkan encik. Kita berdua salah malam itu. Saya juga tak perlu encik untuk bertanggungjawab. Cukuplah kita kenal sebagaimana kita sekarang. I just want to forget all about it.” Ayu berdalih lagi. Bagaimana dia ingin melupakan kalau Idraki sentiasa ada didalam ingatannya?
                “Can you ever forget that night? Forget me?” Soalan Idraki mampu buat Ayu terkedu. Iya, tidak pernah sehari pun dia lupakan tentang malam itu. Tentang satu – satunya lelaki yang dia benarkan berada terlalu rapat dengannya. Ayu mengetap bibir, sungguh dia tiada jawapan untuk itu. Dia sedang berusaha namun makin hari, makin payah untuk dia melupakan. Lebih – lebih lagi untuk melupakan wajah tampan Idraki.
                “I’ll pick up di office petang nanti. Pukul berapa you habis kerja?” Tanpa menunggu jawapan Ayu, Idraki membuat keputusan sendiri. Rasanya, hanya itu cara agar dia dapat bersemuka dengan gadis itu. Nak menunggu Ayu bersetuju? Tinggal harapan sajalah.
                “Eh! Saya tak cakap saya nak jumpa encik.”
                “Do I give you an option?” tegas Idraki. Ayu tergamam. Erk, nak ajak orang jumpa tapi main paksa – paksa pulak? Kutuk Ayu dalam hatinya.
                “Encik, just forget it, okay. Lupakan saja semua tu-“
                “I’ll be there at 5. Sharp. Harap waktu kerja you dah habis.”
                “No! Encik tak boleh buat macam ni. Tak manis kalau orang Nampak nanti. Lagipun saya rasa, tak perlu kot. Kan saya dah cakap, saya tak salahkan encik.” Ayu masih mencuba nasib. Mengharap Idraki akan berubah fikiran walau mendengar dari suara Idraki, dia tahu lelaki itu sangat serius.
                “5 p.m. Ayu. Jangan nak lari pulak. Now, transfer me to Encik Saiful.”
                “Pleaselah, encik. Jangan buat macam ni. Kalau encik datang sini, semua orang kat sini dah kenal encik kot. Saya takut –“
                “Transfer me to Encik Saiful, now. And, make sure 5 p.m you dah get ready. Kalau you tak ada, mungkin esok you dah tak mahu tunjuk muka kat office tu lagi.” Makin tegas suara Idraki. Hanya itu cara untuk dia berjumpa Ayu. Bercakap lemah lembut tak jalan, jadi hanya dengan cara paksaan yang boleh buat Ayu setuju.
                “Encik…”
                “Encik Saiful, now. Or, you want me to report pasal ni kat bos you?” Ugut Idraki. Bibirnya terukir senyum ketika terdengar Ayu mengeluh. Walau apa pun, dia akan pastikan dia dan Ayu berjumpa petang ini.
                “Okay. Hold the line, please.” Lemah suara Ayu. Dia segera menyambung ke talian Jamie. Sesudah itu, dia termenung panjang. Memikirkan cara terbaik untuk melarikan diri dari bertemu Idraki petang ini.
                                                ***********************************

                Ayu membuang pandang keluar tingkap. Sakit hatinya pada Idraki masih belum luak dan makin bertambah sejak masuk ke dalam kereta mewah lelaki itu tadi. Janjinya untuk datang pukul 5 petang hanya omong kosong. Baru dia berkira – kira ingin balik awal petang ini, sudahnya seawal jam 3 petang Idraki sudah tercongok depan mejanya. Helahnya ingin berjumpa dengan Encik Saiful tapi dalam perbincangan itu, dia diheret sama. Lelaki itulah yang beriya – iya mahu dia turut serta. Memang sejak dalam bilik perbincangan tadi hatinya tidak henti – henti mengutuk lelaki disebelahnya ini.
                “Dah puas kutuk I?” terdengar suara sinis Idraki. Tanpa memandang lelaki itu, Ayu menjeling tajam. Begini rupanya perangai lelaki yang telah diserahkan seluruh tubuhnya. Argh! Kenapalah malam itu dia tewas dengan bisikan syaitan?
                “Kalau ada benda yang you tak puas hati, kan better if you cakap dengan I. I ada depan you ni, kan.” Idraki memancing kemarahan Ayu lagi. Tidak selesa dengan suasana bisu begitu. Muzik intrusmental yang dipasang dirasakan makin membuat dia tidak selesa.
                “Kata ada benda nak bincang. Apanya?” Tanya Ayu. Sedikit tidak sopan namun dia tidak mahu memikirkan bagaimana sikapnya terhadap lelaki itu. Idraki lebih tidak sopan bila datang ke pejabat dan tanpa segan silu menarik dia masuk ke dalam kereta. Mujur Pak Long sudah masuk ke biliknya ketika adegan itu terjadi.
                “Nanti sampai, kita bincang okay. I tak selesa berbincang perkara penting bila tengah drive.” Idraki memaktubkan keputusan. Selepas itu dia hanya membisu seribu bahasa. Keretanya dipandu kearah Restoran On The Table. Selamat dia memarkir kereta, dia mempelawa Ayu keluar. Walau gadis itu kelihatan sangat keberatan untuk keluar, namun dia tetap sabar menunggu.
                Beriringan masuk ke dalam restoran yang berhias mewah itu, masih tiada bicara antara mereka. Namun, Ayu cukup kagum dengan hiasan dalaman restoran itu. Cozy dan selesa. Teragak – agak juga dia kerana inilah kali pertama kakinya melangkah masuk ke dalam restoran sebegitu. Selalunya dia lebih gemar berkunjung ke kedai – kedai makan bertaraf biasa. Melihat pada menu yang diberi pelayan, dia terkulat – kulat sendirian. Tidak pasti apa jenis makanan yang ingin dipesan. Semuanya ala barat. Kalau ada pun masakan ala melayu, seleranya berubah – ubah tiap kali melihat gambar makanan yang menarik dan berwarna – warni itu. Sudahnya, dia hanya menyerahkan pada Idraki untuk membuat pesanan. Sebaik pelayan berlalu, suasana kembali bisu antara mereka. Ayu leka memerhati sekitar restoran manakala Idraki leka membelek Blackberry di tangannya. Mungkin masih ada urusan pejabat yang belum selesai kerana dari tadi bunyi mesej masuk tidak henti – henti kedengaran.
                “Ada apa encik nak jumpa saya?” Ayu membuka mulut bertanya setelah penat menanti Idraki yang membisu. Lelaki itu mengangkat muka, merenungnya lama sebelum dia mencapai air di atas meja dan menyisipnya dibibir.
                “First of all, you tak perlu panggil I encik. Panggil saja Idraki, or Id. Much more better that way.” Perlahan suara Idraki. Dalam suasana cozy begitu, dia masih dapat melihat dahi Ayu yang berkerut seribu. Tentu sahaja gadis itu tidak setuju dengan kata – katanya tadi. Sejak bertemu semula ini, terlalu banyak penolakan dari Ayu.
                “At least, panggil I by name diluar waktu kerja. Tak perlu formal sangat. I’m not your boss.” Sambung Idraki bila wajah putih mulus Ayu mempamer pelbagai aksi. Sekejap berkerut sekejap mencebik sekejap buat muka blur. Dia tahu, Ayu tidak selesa dengannya dan dia pula cuba mencipta ruang selesa itu.
                “Okay. Second?” Balas Ayu pantas. Kali ini, dahi Idraki pula yang berkerut. Semudah itu Ayu bersetuju? Tentu ada muslihat ni. Idraki membetul posisi duduk. Cuba mencari keselesaan untuk memula bicara yang serius.
                “Second, I nak bincang pasal kita. Pasal malam tu. Pasal-“
                “Encik. Tak ada kita kat sini and saya tak nak cerita lagi pasal malam tu. So, anything else?” potong Ayu pantas. Perkataan ‘kita’ sengaja ditekan agar Idraki tahu yang mereka tiada kaitan antara satu sama lain. Idraki menarik nafas panjang. Banyak cakap pula Ayu malam ini. Selalunya reaksi Ayu hanya nak lari dari dia tiap kali mereka bertembung.
                “You jangan potong cakap I, boleh tak? Let me finish first?” Marah Idraki. Perbualan yang mula dibungai pertengkaran itu terbantut apabila pelayan datang menghantar makanan yang dipesan. Sekali lagi Ayu terkulat – kulat apabila melihat makanan dihadapannya. Banyak sangat hiasannya. Bagaimana dia nak makan?
                “Ayu, I rasa bersalah. Sangat – sangat bersalah dengan apa yang I dah buat pada you malam tu. I’ve shouldn’t done that. I’m really really sorry.” Idraki memulakan semula perbualan dengan bicara yang lebih lembut. Hidangan dihadapan masih belum disentuhnya. Matanya ralit merenung Ayu yang kelihatan kekok menguis makanan dihadapannya. Terukir senyum lucu dibibirnya melihat gelagat Ayu yang serba tidak kena.
                “Tak perlu minta maaf dengan saya. Kita sama – sama salah. Kalau saya tak….” Terhenti kata – kata Ayu. Mengingati peristiwa malam itu, hatinya sangat menyesal. Dan setiap kali itulah, jiwanya jadi sebak. Tanpa sedar, air matanya bergenang di tubir mata. Dia menunduk wajah, takut mata yang berair dapat dikesan oleh Idraki. Bibirnya diketap, mahu menahan air mata dari mengalir ke pipi.
                “Ya, memang salah kita berdua, tapi I’ve shouldn’t done that. I sebagai lelaki sepatutnya melindungi you, bukan…”
                “Sudahlah, encik. Benda dah jadi. Kita tak boleh nak patah balik. Sekarang, kita just move on dengan hidup masing – masing. Okay?” Ayu memberi cadangan. Dia sebolehnya tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki ini. Bersua muka dan berada dalam satu ruang dengan Idraki membuat keadaan semakin sukar. Buat dia semakin payah untuk melupakan lelaki itu.
                “Kita memang tak boleh patah balik tapi kita boleh perbaiki keadaan, kan. I tak boleh biarkan you macam ni.” Rendah sahaja suara Idraki. Wajah Ayu dipandang tidak putus. Meminta perngertian dari gadis itu. dan sekali lagi, Ayu mengerut dahi. Tidak faham.
                “Kita kahwin.” Usul Idraki. Tersedak Ayu. Dia mengurut dada yang terasa sakit. Dikerling sekilas Idraki. Lelaki itu masih berwajah selamba. Tenang menanti dia membuka mulut, memberi respon agaknya.
                “What?” Tanya Ayu sedikit kuat. Jarinya menggaru kepala yang tidak gatal. Semakin tidak senang bila Idraki menganggauk kepala dengan senyum penuh makna dibibir. Walang hatinya menerima cadangan baru dari Idraki. Ini bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah!
                “Kita kahwin.” Tegas Idraki sekali lagi. Kali ini, penuh yakin dia mengutarakannya. Rancangan itu memang sudah difikirkannya sejak dia memohon petunjuk dari Allah. Dan setiap kali Allah memberi petunjuk, hanya itu jalan terbaik buat mereka.
                “Encik dah gila ke? Kahwin? Untuk apa?” Bertalu – talu soalan Ayu. Kalau tidak kerana Idraki meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri, isyarat supaya Ayu diam, tentu makin banyak soalan yang ingin ditanyanya. Lelaki ini sudah gila!
                “I dah cakap, jangan panggil I encik. Just Id. And yes, kita kahwin but no, I’m not crazy.” Idraki membalas lembut. Renungan lunak dilemparkan pada seraut wajah itu. Cuba memancing hati Ayu. Walaupun dari reaksi Ayu itu dia sudah dapat menjangka keputusan gadis itu. Jari Ayu naik mengurut pelipis. Dia sakit kepala tiba – tiba. Sudah reda isu mereka di Pulau Tioman, lelaki ini buat masalah baru pula. sekarang, dia benar – benar menyesal tidak beriya – iya menolak permintaan Idraki untuk keluar tadi. Lebih menyesal kerana tidak pandai melarikan diri sebelum lelaki itu muncul di pejabatnya petang tadi.
                “Ini bukan caranya, encik. Please, jangan bagi idea mengarut macam ni.” Ayu tergeleng – geleng. Kepala semakin serabut dengan Idraki. Mudah benar lelaki ini memikirkan cara penyelesaian.
                “This is the only way, Ayu. I nak bertanggungjawab pada you. I tak boleh biarkan you aje lepas apa yang I dah buat. I betul – betul menyesal dan inilah caranya untuk I tebus dosa I pada you.”
                “No… no… Encik patut minta maaf pada Allah. Bukan pada saya. Ini kesalahan kita berdua dan saya tak perlukan encik untuk bertanggungjawab pada saya.” Ayu semakin resah. Semakin ditolak, semakin beriya pula Idraki ingin mempertahankan keinginannya. Sudah kenapa dengan lelaki ini? Bukankah Idraki sepatutnya rasa bersyukur kerana dia tidak mahu Idraki bertanggungjawab?
                “Itu urusan I dengan Allah. Taubat yang patut I minta dari Allah. Tapi dengan you. I patut minta maaf juga. Malah lebih dari itu, I mesti bertanggungjawab. I tak boleh lepas tangan lepas apa yang dah jadi.” Idraki berusaha meyakinkan. Reaksi Ayu yang berubah – ubah menarik minatnya. Dalam pada menolak itu, sudah banyak kali jari runcing gadis itu naik menyentuh wajah sendiri. Sekejap mengurut pelipis, sekejap garu kepala, sekejap membetulkan tudung. Tentu Ayu tidak senang duduk dengan keinginannya sekarang ini.
                “Argh! Encik ni memang degil!” Marah Ayu. Sedikit terjerit. Mujur juga kedudukan meja mereka agak tersorok jadi tidaklah pelanggan lain boleh dengar dia yang menjerit kegeraman. Musykil betul. Idraki seorang lelaki yang cukup serba serbi. Pakej sudah lengkap. Tengok sahaja ketika mereka beriringan masuk ke dalam restoran ini tadi, semua gadis menoleh ke arah Idraki. Bukan sekali, malah berkali – kali. Ada juga yang berani tersenyum menggoda kepada lelaki itu. Mujurlah dia tidak punya perasaan pada lelaki itu, kalau tidak tentu makan hati terpaksa melalui scenario ini setiap kali keluar bersama.
                “Nope. You yang degil. Susah sangat ke nak kahwin dengan I?”
                “Encik ingat kahwin ni perkara main – main ke?” balas Ayu garang. Benci bila diasak dengan perkara yang sama tak sudah – sudah. Idraki menggeleng perlahan. Dia juga tahu kahwin bukan perkara main – main tetapi buat masa ini, hanya itu jalan penyelesaian terbaik untuk dia menebus dosa.
                “Ia perkara serius, I know. InsyaAllah, I dah bersedia untuk pikul tanggungjawab I sebagai suami. And a father, someday maybe.”
                Terlopong Ayu mendengar bicara Idraki. Sudah bersedia jadi suami itu satu hal. Nak jadi bapa pula? Argh! Dia boleh migraine kalau berlama dengan Idraki.
                “Saya nak balik.”
                “Dah habis hujah? Then, it’s a yes?” Pancing Idraki. Suka pula melihat wajah itu dengan pelbagai reaksi. Nampak comel benar. Lain sungguh dengan eksperasi wajah masam yang sering dipamerkan sebelum ini. Ayu kembali mengurut pelipis. Penat otaknya berfikir bagaiamana ingin menolak cadangan Idraki dan lelaki itu setuju. Dari gaya mereka bertelagah, memang Idraki beriya – iya ingin mengahwininya. Apa, dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni yang lelaki ini mahu buat jadi isteri?
                “My answer is still no. Now, boleh kita balik? Dah lewat sangat ni.” Ayu mengerling jam ditangan. Belum lagi pukul 8 malam, masih awal sebenarnya. Tapi, dia ingin segera lari dari Idraki. Wajah tenang Idraki yang masih tidak bergerak dari kerusi buat Ayu hampa. Tahulah dia, Idraki masih belum mahu beredar. Apa lagi, lelaki itu sedang enak pula menjamu selera dengan hidangan barat yang dia sendiri tak tahu nak sebut namanya.
                “Encik, boleh kita gerak sekarang? Dah dekat pukul 8 ni. Kita berdua belum solat lagi. Ke, encik uzur?” Bidas Ayu lembut. Namun sindirannya tajam. Terhenti suapan Idraki, wajah selamba Ayu direnung dan akhirnya bibirnya mengukir senyum. Sempat juga dia melihat jam di tangan.
                “Sempat lagi. Tak jauh dari sini ada masjid. Nanti kita singgah solat sebelum I hantar you balik.” Balas Idraki lalu kembali menyambung suapan. Tidak dipedulikan Ayu yang terkelip – kelip mata menatap dia makan.
                “Makanlah. You tak lapar ke? Or, diet?”
                Ayu mencebik bibir mendengar kata – kata berbaur sindiran itu. Susahnya ingin berbicara dengan Idraki. Selalu sahaja nak menang! Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki ini? Lebih parah, kenapalah dia punya sejarah hitam dengan lelaki bernama Idraki ini?
                “Encik boleh makan sendiri. Saya nak balik.” Ayu segera bangun sebaik habis berkata – kata. Belum sempat melangkah, pergelangan tangannya dicengkam Idraki. Tersentak Ayu. Berani sungguh lelaki itu memegangnya.
                “Lepaslah. Apa pegang – pegang orang ni?” Marah Ayu. Dia berusaha menarik tangannya dari pegangan Idraki. Namun semakin dia cuba untuk meleraikan, semakin kuat pula pegangan lelaki itu. Mata Idraki tidak lepas dari merenungnya tajam.
                “Sit down, Ayu. I akan hantar you balik lepas ni. Don’t worry.” Tegas suara Idraki. Tidak suka Ayu meninggalkan dia sendirian disini. Lebih tidak suka untuk membiarkan Ayu balik sendirian. Dia yang membawa Ayu keluar, dia juga yang harus menghantar Ayu pulang ke rumah dengan selamat.
                “Saya boleh balik sendiri. Encik tak perlu susah – susah hantar saya. Let go of my hand.” Ayu juga bertegas. Dia tidak mahu dihantar balik oleh Idraki. Kalau seisi rumah itu Nampak dia balik dihantar oleh seorang lelaki, bagaimana? Apa kata mereka? Lebih teruk, bagaimana kalau Pak Long dan Abang Luqman tahu yang lelaki itu adalah Idraki? Pelanggan terbesar mereka di ketika ini.
                “Kenapa you ni degil sangat? I yang bawa you keluar, so, I yang akan hantar you balik. Now, duduk!”
                “No! Saya nak – “
                “Duduk, Ayu! Or, you want me to hug you here?” Marah Idraki. Matanya mencerlung marah. Kecut perut juga melihat Idraki tayang muka garang begitu. lebih takut bila Idraki mengugut untuk memeluk pula. Ah! Idraki hanya nak menakutkan dia. Tanpa fikir panjang, Ayu menarik tangannya lebih kuat.  
                “Jangan paksa I, Ayu. Can’t you just listen to me and sit down?!”
                Ayu merengus kuat sebelum dia kembali ke tempat duduknya. Lelaki yang suka memaksa begini yang ingin jadi suaminya? Mungkin tidak.
                “Good girl. Now, makan. Lepas ni kita pergi solat and then I hantar you balik. Jangan risau, I takkan buat apa – apa pada you. You akan selamat sampai rumah.” Idraki menyambung makan. Sudah tidak dipedulikan Ayu yang mencebik bibir dan pamer wajah bengang dan bosan.

Thursday 22 March 2012

Bab 10 : Ingin Kulafazkan Cinta

10.
                Berjalan – jalan menemani Luqman dan Rianna di hari Sabtu itu memang membuat Ayu teruja. Sudah lama dia tidak keluar beramai – ramai seperti ini. Selalunya, masing – masing sibuk dengan aktiviti sendiri. Tetapi hari ini, apabila Luqman mengajak dia untuk turut serta dalam misi pencarian baju nikah dan segala persiapan perkahwinan dia dan Rianna, Ayu tidak menolak. Walaupun, rasa terujanya sedikit turun apabila diberitahu Luth akan turut serta, namun dia cekalkan hati. Tak kiralah apa sahaja kata – kata Luth yang akan buat dia sakit hati, dia sudah bersedia. Dia ingin enjoy puas – puas hari ini.
                Destinasi pertama mereka adalah gedung pakaian Gulati’s di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mencari pakaian nikah Luqman dan Rianna serta pakaian ahli keluarga yang lain. Oh, Luqman dan Rianna akan bernikah dalam masa dua bulan lagi. Yang peliknya, baru sahaja minggu lepas Pak Long dan Mak Long pergi meminang Rianna. Bila balik, Pak Long beritahu Luqman dan Rianna akan dinikahkan 2 bulan lagi. Tak perlu bertunang, bernikah sahaja terus. Cepat betul, sudah tak sabar – sabar agaknya mereka berdua tu. Dan, sekarang, dia jadi mangsa diheret oleh Rianna dan Luqman kesana kemari. Letih mencari pakaian nikah, mereka ke Pavillion pula. Mencari cincin nikah dan barang hantaran.
                “Lamanya Kak Rianna pilih. Tak ada yang berkenan ke?” Tanya Ayu setelah lama menunggu. Dia memerhati Rianna yang masih membelek – belek sebentuk cincin di jarinya. Rianna menoleh sekilas dan tersenyum.
                “Akak tempah yang barulah. Sepasang dengan abang Luqman. Ni, tunggu abang Luqman bayar.” Jelas Rianna. Ayu mengangguk sahaja, orang kaya dan banyak duit, tentu tidak ada masalah untuk menempah yang baru.
                “Okay. Ayu tunggu kat luar ye.” Ayu membalas. Tanpa menunggu jawapan Rianna, dia terus keluar dari kedai emas berjenama itu. Seram sejuk berada di dalam kedai itu, serba serbi mahal!
                Ops! Sorry!” Ayu segera meminta maaf sebaik dia terlanggar seseorang. Aish, macam mana boleh terlanggar pula? Cuai betul! Marah hatinya.
                It’s okay. Sikit aje.”
                Mendengar suara itu, Ayu segera mengangkat muka. Terkejut bila wajah itu berada dihadapannya. Lebih terkejut bila lelaki dihadapannya juga turut merenungnya tajam.
                “Err… Sorry. Tak… Tak sengaja.” Sedikit gagap. Walau sudah beberapa kali berhadapan dengan Idraki, tetapi lidahnya tetap kelu untuk bersuara.
                “Tak apa. Sikit aje. Tak ada yang cedera.” Idraki juga kelihatan tergamam. Berhadapan dengan Ayu amat payah sekali walau mereka sering berjumpa atas urusan perniagaan. Namun, bila bersemuka tanpa urusan pekerjaan, lidahnya turut kelu.
                Shopping?” Tanya Idraki, memecah kesunyian. Ayu yang sudah berkira – kira ingin pergi dari lelaki itu tergamam sebentar. Tidak menyangka Idraki ringan mulut menyapanya.
                “Err… Ya. Eh, tak.” Ayu masih kalut. Serba canggung berada dihadapan lelaki itu. Idraki juga tidak pernah mempamer wajah mesra kepadanya. Serius, namun matanya sering merenungnya tajam dan jauh. Tangannya naik menyentuh tudung di pipi, semakin kalut dan segan.
                “Sorang?” Tanya Idraki lagi. Dia sembunyi senyum. Gadis itu sering kali kalut bila mereka berduaan begini. namun, di malam penuh kenangan di Pulau Tioman lewat waktu dahulu, tidak pula begini keadaan Ayu.
                “Err… De-“
                “Ayu, buat apa kat luar ni? Along dengan Anna mana?” Soalan dari suara garau itu memotong kata – kata Ayu. Tanpa sedar, dia menarik nafas lega. Segera dia berpaling pada suara itu dan senyuman paling manis dihadiahkan buat Luth yang baru keluar dari tandas.
                “Tunggu abang. Along dengan Kak Anna belum habis tempah cincin lagi. Bosan kat dalam tu.” Entah kenapa, suara Ayu berubah sedikit manja dengan Luth. Berkerut dahi Idraki mendengar kata – kata manja itu. Siapa lelaki itu? Tanya hatinya. Sedikit rasa sakit menyentak dada. Tiba – tiba dia rasa tidak suka dengan tone suara Ayu yang manja begitu pada lelaki yang baru menyertai mereka.
                “Oh.. Err, ni… siapa?” Luth mengalih pandang pada Idraki. Sejak tadi dia memerhatikan tingkah Ayu dengan Idraki. Ayu Nampak canggung sekali dan renungan tajam mata lelaki itu pada Ayu sungguh dia tidak suka.
                “Oh, lupa. Kenalkan. Ini, encik Idraki. Customer Syarikat Chantique Design & Landskap. Err… Encik, ini sepupu saya, Luth Hakimi.” Ayu memperkenalkan mereka berdua. Keduanya saling berjabat tangan namun renungan diantara keduanya buat Ayu tidak senang hati. Dalam hatinya berdoa agar cepat Idraki pergi dari tempat itu.
                Shopping juga?” Luth sekadar berbahasa. Melihat tangan Idraki yang kosong tanpa sebarang barangan, dia keliru. Idraki tersenyum lalu menggeleng kepala perlahan.
                “Teman my friend shopping. Stuck dekat dalam kedai tu.” Idraki halakan ibu jarinya ke satu butik yang menjual pakaian berjenama mahal. Kemudian, dia dan Luth sama – sama mengukir senyum.
                “Hei, Idraki. What a surprise! Shopping?” Suara Luqman tiba – tiba menyapa telinga mereka bertiga. Wajah Ayu tiba – tiba berubah kalut lagi. Kantoi. Kalau sudah dia ditemui bershopping bersama Luqman hari ini, tentu pecah rahsianya yang punya hubungan dengan Luqman dan Encik Saiful.
                “Hai. Shopping jugak? Dengan Ayu?” Idraki menyambut salam yang dihulur Luqman. Pandangannya silih berganti antara Ayu dan Luqman. Dan ketawa Luqman buat dia semakin keliru.
                “Kenalkan, ini cousin I, Ayu Qharidah. Merangkap PA I. And, ini my wife-to-be, Nurul Rianna.” Luqman ketawa kecil bila wajah Idraki jelas Nampak terkejut. Tentu tidak menyangka yang dia dan Ayu punya hubungan saudara sedangkan ketika berurusan bersama, mereka meletakkan jurang pekerja-majikan antara satu sama lain.
                “Oh… So, Ayu ni cousin you. Selalu macam…”
                “Staff I? Ayu yang mengada – ngada tak nak orang lain tahu.” Jelas Luqman. Ayu yang tunduk sembunyi muka dikerling sekilas. Kemudian, kembali berbual dengan Idraki. Hairan Ayu bagaimana Luqman, Luth dan Idraki boleh begitu cepat mesra sedangkan dia ingin cepat pergi dari lelaki bernama Idraki itu.
                “Okaylah, Id. I’ve to go. Banyak lagi barang nak kena beli. I’ll send you card. Nanti jangan lupa datang ye.” Suara Luqman yang meminta diri melegakan Ayu yang dari tadi diam seribu bahasa. Nafas lega ditarik. Cepat pula dia memaut lengan Rianna agar segera meninggalkan tempat itu. Dia sudah tidak betah berada bersama Idraki lagi. Semput dadanya walau kebanyakkan masa, Idraki langsung tidak menegurnya.
                “Ya, see you. insyaAllah, kalau tak ada aral.” Idraki melambai. Sampai sudah berbual, Marissa masih belum selesai membeli belah di butik mahal itu. Dia mengeluh perlahan. Hajatnya tadi ingin berbicara hati ke hati dengan Ayu tentang mereka. Tentang apa yang telah terjadi, tetapi kehadiran sepupu dan bakal isteri Luqman benar – benar mengganggu ruangnya.
                Idraki melurut rambut yang tersisir kemas. Tekadnya untuk bersemuka dengan Ayu yang sudah lama tertangguh harus dilaksanakan. Walau bagaimana Ayu menolak, dia mesti kuat untuk berjumpa Ayu. Sudah terlalu lama pemasalahan antara mereka terbiar. Kali ini, dia akan pastikan semuanya selesai.
                                                ******************************************
                “Dia suka kau?” Pertanyaan itu mengganggu Ayu yang sedang termenung. Pandangan dialih dari tingkap cermin kereta ke wajah tampan Luth. Dahinya berkerut, tidak faham dengan maksud pertanyaan Luth.
                “Siapa?” Tanyanya semula setelah Luth tidak mempedulikan pandangan penuh tanda tanyanya sebentar tadi. Luth mengerling sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduan. Menyusuri jalan di Kuala Lumpur pada waktu cuti begini memang menyesakkan kepala.
                What was his name? Idraki? Dia, suka kau, kan?” Tegas nada suara itu di telinga Ayu. Wajah Luth juga Nampak tegang. Tiada kemesraan walau sebelum ini antara mereka juga jarang mesra.
                “Pandai aje. Orang macam Ayu ni, siapa yang suka?”
                Then, kenapa dia pandang kau macam nak telan? Bukan suka ke tu?” Marah Luth. Dia tak akan lupa renungan tajam Idraki pada Ayu tadi. Aneh renungan itu, bukan pandangan benci, bukan juga marah dan bukan juga renungan sayang. Terlalu aneh pandangan itu hingga dia sendiri jadi keliru untuk menafsir.
                Ayu hanya jungkit bahu. Dia boleh meneka kenapa Idraki merenung dia begitu. Sejak pertemuan kali pertama di syarikat Pak Long dan pertemuan seterusnya, dia sedar Idraki sentiasa cuba membuka ruang bicara antara mereka. Hanya dia yang bijak melarikan diri. Selalunya, Luqman yang dia jadikan alasan untuk tidak berbincang tentang mereka. Tentang peristiwa yang menemukan mereka dan meninggalkan titik noda hitam dalam kehidupannya.
                Luth merengus. Susah sungguh ingin mengorek rasa hati Ayu. Walaupun mereka rapat dengan cara bertengkar hampir setiap hari, namun untuk dia mengetahui perasaan Ayu, memang sukar. Gadis disebelahnya memang cukup berahsia tentang hati.
                “Kalau dia suka Ayu pun, kenapa? Abang marah ke?” Usik Ayu sambil tayang senyum comel. Sengaja dia mengusik Luth yang kelihatan semakin serius dengan jawapan dia sebentar tadi. Tidak mahu suasana suram menemani mereka sepanjang perjalanan balik ini.
                “Sukalah tu. Ada orang suka dia. Aku Cuma tak suka cara dia pandang kau.” Balas Luth selepas menjeling gadis disebelahnya. Kalaulah dia boleh beritahu pada Ayu yang dia memang tidak suka Idraki memandang Ayu begitu. Malah, dia tidak suka mana – mana lelaki pun memandang Ayu.
                Meledak tawa Ayu mendengar jawapan balas Luth. Entah apa – apa aje Luth ni. Orang nak pandang pun boleh suka tak suka. Ayu membetulkan tudung ketika pandangannya bertemu dengan Luth. Reaksi spontan bila dia merasa tidak selesa dengan sesuatu. Reaksi itu menjemput senyum di bibir Luth. Nampak comel sekali di tambah pula dengan ketawa riang Ayu sebentar tadi.
                “Apala, orang nak pandang pun tak boleh ke?” Giat Ayu sebaik ketawanya reda. Dia menggeleng perlahan. Pandang saja, bukan luak pun, walaupun lelaki bernama Idraki itu telah menceroboh kawsan peribadinya.
                Nope. Abang tak suka. Dia nak pandang seribu perempuan macam tu, abang tak kisah. Tapi bukan Ayu. Mana – mana lelaki pandang Ayu macam tu pun, abang tak suka.” Tegas kembali suara Luth. Tersentak Ayu mendengar itu. Sudahlah Luth menukar panggilan lagi, lebih buat dia terkejut, kenapa Luth tidak suka Idraki memandang dia sebegitu?
                “Kenapa?” Ayu ingin kepastian. Namun tiada jawapan dari Luth. Dan sehingga mereka sampai di rumah petang itu, Ayu masih belum punya jawapan untuk soalannya tadi.

Thursday 8 March 2012

Bab 9 : Ingin Kulafazkan Cinta

9.
                Ayu melabuh punggung di sofa empuk yang disediakan di biliknya itu. kaki dilipat ke atas lalu tangannya memeluk kaki, kemas. Kepalanya disandarkan ke badan sofa dan matanya merenung langit dari tingkap yang terbuka. Teringat segala – galanya yang berlaku hari ini. Terkenang seraut wajah yang cuba dilupakan sejak enam bulan dulu. Terbayang – bayAng pula pertemuan yang tidak dijangka pagi tadi. Semua yang berlaku buat hatinya kembali di amuk resah. Gelisah dan tak tentu arah. Tenang yang cuba dipupuk sejak berbulan – bulan, lari bertempiaran sejak terpandang wajah itu. Wajah yang buat hidupnya porak peranda. Berubah arah 360 darjah. Buat dia rasa hina dan hilang keyakinan diri. Penat dan jenuh dia mengumpul kekuatan, cuba bangkit dari rasa sakit akibat perbuatan sendiri. Dan, bila dia hampir Berjaya, wajah itu kembali menghantui.
                Terdengar keluhan dari bibir mungil itu. Kenapalah ditakdirkan lelaki itu harus menjadi pelanggan di syarikat Pak Long? Kenapalah lelaki itu harus muncul semula setelah peristiwa hitam telah hampir Berjaya disimpannya dalam ruang hati yang paling dalam. Kenapa? Sungguh Ayu tidak punya jawapan. Adakah ini satu lagi ujian Yang Maha Kuasa terhadap dirinya? Menguji iman yang tidak seberapa di dada?
                Sungguh, kali pertama bertentang mata dengan Idraki pagi tadi buat jantung Ayu terhenti berdegup. Serasanya darah sudah belari deras turun ke kaki, wajah pucat untuk menatap sepasang anak mata seksi yang buat dia rebah sedikit masa dulu. Dan tadi, mata itu kembali tajam merenungnya. Meratap setiap inci wajahnya dan mungkin juga tubuhnya, tubuh yang…
                “Asthgfirullahalazim…” Ayu beristhigfar sambil meraup muka. Kenangan itu datang kembali. Membuat dadanya berkocak hebat. Ya Tuhan! Ayu tidak sanggup menghadapinya sekali lagi. Namun, dalam pada dia pucat dan terkejut menghadapi mata seksi itu, hatinya dilanda satu perasaan. Mata itu, renungan itu, yang tanpa dia sedar, sangat dirinduinya. Ya Allah! Dia bersalah lagi. Konon sudah bertaubat tapi kenangan dan mata seksi itu tetap diingati dalam setiap helaan nafasnya. Sampai bila dia harus begini? Sampai bila dia mampu melupakan segala kenangan pahit itu?
                Menitis air mata Ayu saat terkenang kekhilafan dulu. Kenapa dia begitu lemah dalam menghadapi godaan syaitan. Pertemuan yang tidak disangka di chalet lelaki itu membawa perkara buruk di dalam hidupnya. Dia yang ketika itu bercuti sendirian di Pulau Tioman atas tajaan Pak Long beberapa minggu selepas pemergian ibu dan ayahnya. Konon kata Pak Long untuk dia menenangkan diri sementelah kehilangan ibu dan ayahnya memang memberi tamparan besar buat Ayu. Walaupun tidak bersetuju tetapi setelah didesak Pak Long dan Mak Long dia akur. Bersendirian di pulau itu membuat dia banyak berfikir. Melihat ombak yang memukul pantai pun, dia semakin dapat menerima hakikat kehilangan itu dan sudah semakin tenang. Namun, peristiwa di satu malam kembali merobek ketenangannya. Malah jiwanya semakin parah dengan dosa yang diciptanya sendiri.
                Malam itu, dia bersendirian lagi di gigi pantai. Berfikir dan mencari ketenangan lagi. Entah berapa lama dia termenung bila anganannya disedarkan dek titisan hujan. Mula – mula lembut namun bertukar keras dalam sekelip mata. Menyedari dirinya terlalu jauh dari hotel penginapannya, dia berlari ke arah chalet yang paling dekat dan paling hujung dengan pantai tempat dia berada. Dia yakin tiada orang menyewa chalet itu kerana chalet itu gelap. Pantas dia berlindung di beranda chalet. Tubuh dan pakaiannya sudah lencun basah dek hujan lebat sewaktu dia berteduh di beranda. Guruh, petir dan kilat yang sabung menyabung buat dia ketakutan. Sejak kecil, dia memang takut akan keadaan itu. Entah kenapa tetapi setiap kali keadaan itu berlaku, pasti dia akan berlindung diantara ibu dan abahnya, sehingga besar pula tu. Terjerit dia ketakutan bila guruh, petir dan kilat semakin kuat disertai hujan yang juga semakin lebat.
                Tatkala tubuhnya menggigil ketakutan menghadapi keadaan itu sendirian, pintu chalet tiba – tiba terbuka. Tercengang dia seketika melihat lelaki yang berdiri di pintu dengan wajah keruh. Memandangnya dengan seribu persoalan.
                “Maaf!!” jeritnya. Cuba melawan bunyi kuat akibat hujan yang mencurah – curah turun. Menyedari dia tidak patut berada di situ, cepatnya kakinya ingin melangkah. Hujan dan ribut petir tidak harus di ambil kira lagi. Yang penting, dia tidak boleh berada disitu.
                Miss!!” Jerit lelaki itu, juga kuat. Ayu berpaling. Berkerut dahinya ketika lelaki itu menggamitnya.
                “Masuklah. Hujan lebat ni. Nanti dah reda you boleh balik.” Ajak lelaki itu dengan suara kuat. Antara dengar dan tidak, Ayu mula buat pertimbangan. Mahu masuk atau tidak. Antara dia dan lelaki itu bukan mahram. Berduaan dengan lelaki itu boleh mengundang seribu musibah. Tetapi kalau tidak masuk, ke mana pula dia ingin berlindung sehingga hujan reda?
                “Ada orang?” Tanyanya, ingin tahu. Mana tahu, lelaki itu bersama keluarga, jadi tidak ada apa yang perlu dia bimbangkan.
                “Tak. I seorang je. Masuklah, sementara tunggu hujan berhenti.” Lelaki itu masih mengajak. Wajahnya tidak tergambar sebarang perasaan, mungkin juga tulus ingin membantu.
                “Tapi… Tapi…”
                “Masuklah. You nak kemana dalam hujan lebat ni? Jangan risau. I takkan buat apa – apa.” Seperti memahami kerisauan Ayu, lelaki itu sendiri memberi jaminan. Lama juga Ayu termenung sebelum dengan perlahan mengikuti langkah lelaki itu masuk ke dalam chalet. Sebaik menutup pintu chalet, lelaki itu bergerak ke arah beg kembaranya yang terletak di atas meja yang disediakan.
                “Nah, pergi mandi.” Arah lelaki itu sambil menghulur tuala yang elok berlipat. Ayu memandang penuh curiga dan tuala masih tidak disambut.
                “Pergi mandi. You dah basah kuyup tu. Nanti demam pula. Jangan risaulah and jangan fikir I nak buat apa – apa. I Cuma nak tolong.” Sekali lagi lelaki itu memberi jaminan. Lambat – lambat Ayu mencapai tuala. Sebaik ditunjukkan arah bilik air, Ayu cepat – cepat menghilang ke dalam bilik air. Ingin mandi dan membersihkan diri. Dia sendiri rimas berkeadaan basah seperti itu.
                Elok sahaja dia selesai mandi, ketukan di pintu kedengaran. Ayu membuka sedikit pintu dan menjenguk kepala. Lelaki tadi berdiri di depan pintu dengan pakaian yang juga elok berlipat.
                “Pakai ni. Ni aje yang ada. Pakailah, sementara pakaian you kering.”
                Tanpa bantahan, Ayu mengambil pakaian itu. lantas pintu di tutup. Selesai menukar pakaian, dia keluar dari bilik air. Kemudian, termangu di tengah ruang. Tidak tahu hendak berbuat apa. Lelaki tadi pula khusyuk dengan laptop yang terpasang. Mungkin sedang menyiapkan kerjanya kerana terlalu asyik tanpa menghiraukan Ayu di belakangnya. Bunyi guruh dan petir yang kuat kedengaran membuat Ayu cepat – cepat mengambil duduk di sofa kayu berdekatan lelaki itu. Suara cuba ditahan agar tidak menjerit, dia tidak mahu mengganggu lelaki itu.
                Menggigil – gigil tubuh Ayu ketakutan tatkala hujan semakin lebat dan guruh dan petir juga semakin garang menyabung. Dia sudah tidak boleh menahan diri dengan berpura – pura berani. Setiap kali guruh berbunyi, setiap kali itu jugalah dia semakin mendekatkan diri dengan lelaki yang membelakanginya itu.
                “Argh!!” Jerit Ayu kuat bila tiba – tiba kuat dentuman guruh kedengaran. Reflex tubuhnya bangun dan memeluk lelaki itu dari belakang. Terkejut lelaki yang dipeluknya tetapi Ayu semakin menguatkan pelukan.
                “Hei, apa ni? Lepaslah!” Ujar lelaki itu sedikit marah. Tangan yang melingkari pinggangnya cuba dileraikan tetapi semakin kuat pula rangkulan itu sehingga lelaki itu sesak nafas.
                “Lepaslah! You ni kenapa?” Marah lelaki itu lagi namun dia dapat rasakan yang gadis yang memeluknya itu menangis. Tubuh kecil itu juga terasa menggigil. Sekali lagi Ayu terjerit bila guruh sekali lagi berdentum.
                “Hei….”
                “Ss..Sa…Saya ta…kut…” bergetar suara itu sampai ke telinganya. Tubuh gadis itu juga semakin kuat gigilannya. T- shirt yang di pakai lelaki itu juga sudah mula basah dengan air mata yang berjujuran turun. Lelaki itu mengeluh lemah. Dia yang dari tadi cuba meleraikan pelukan gadis dibelakangnya, kini mengusap lembut. Perlahan – lahan ditariknya tangan itu namun pelukan semakin kuat.
                “Apa yang you takut ni?” Suaranya kembali lembut. Walau sudah boleh diagak apa yang ditakuti oleh gadis itu, namun dia cuba mengambil berat. Hairan, kenapa dengan bunyi guruh sahaja gadis itu sudah menggigil seluruh tubuh dek ketakutan.
                “Ta.. ta.. takut… gu.. gu..guruh..”
                “Sini.” Arah lelaki itu setelah dia mengeluh lemah. Di tariknya tangan itu supaya berdiri menghadapinya. Sempat dia menyapu air mata di pipi Ayu sebelum tubuh Ayu dipeluknya erat. Cuba memberi kekuatan pada Ayu. Dan dia juga merasakan pelukan gadis itu semakin erat tatkala guruh dan petir tidak berhenti – henti berdentum.
                Berpelukan begitu dalam suasana sepi dan di dalam kesejukan akibat hujan pula memberi satu rasa lain pada dia. Kalau tadi, pelukan itu hanya untuk menenangkan hati si gadis, tetapi kini hatinya mula berperasaan lain. Jantung mula berdetak kencang dan naluri yang satu itu muncul entah dari mana. Kalau tadi tangannya hanya memeluk kaku bahu si gadis, kini tangannya sudah pandai mencari sasaran sendiri. Belakang tubuh si gadis di usap perlahan, ubun – ubun kepala dikucup. Dari ubun – ubun, bibirnya turun ke leher. Mencari sasaran disitu. Wangian asli dari tubuh kecil Ayu menggugat iman lantas dicium asyik. Bertambah sesak dadanya saat si gadis tidak membantah dan semakin mengeratkan pelukan dipinggangnya. Esak tangis si gadis sudah tidak kedengaran, kini berganti dengan desahan kecil yang sangat syahdu di telinganya.
                Entah apa yang merasuk fikiran, dagu Ayu dicapainya dan ditolak keatas agar dia dapat memandang gadis itu. Agak lama mereka berpandangan dan sinar dari mata bulat itu menggetarkan perasaan. Dari mata, pandangannya jatuh pada hidung yang sedikit mancung dan akhirnya pada bibir mungil itu. Saat Ayu mengetap bibir dan menjilat bibir yang basah, lelaki itu sudah tidak mampu mengawal perasaan. Spontan dia tunduk meragut bibir mungil yang basah dan merah merekah. Lama bibir mereka bersatu dan berkenalan sehingga masing – masing hanyut dalam perasaan.
                Dan, ketika lelaki bertubuh sasa itu mencempung Ayu ke katil, Ayu sudah lupa segalanya. Dia hanya merelakan setiap perbuatan lelaki itu dan entah bila, dia turut membalas hangat setiap belaian lelaki itu.
**************************************
                Bersendirian di balkoni bilik tidurnya tidak memberi dia ketenangan seperti yang diingininya. Seraut wajah ayu itu tetap menghantui mindanya walau sudah jenuh dia cuba membuang bayangan itu. Sudah berkali – kali dia mengeluh dan meraup muka namun ketenangan jauh benar dari dirinya saat ini. Dan, entah untuk kali yang ke berapa, dia mengeluh lagi.
                “Ayu…” bisiknya perlahan. Memanggil sepotong nama itu. Ayu Qharidah, nama itu secantik orangnya. Lembut dan mempesona. Sama seperti kali pertama dia bertentang mata dengan pemilik mata bulat itu. Buat dia lemah, buat dia lupa dosa dan pahala. Sungguh dia tidak menyangka, sudah berbulan – bulan wajah cantik itu dicari, akhirnya berjumpa dalam satu perjanjian perniagaan. Wajah itu masih sama seperti dahulu walau kini rambutnya sudah dilindungi dengan tudung. Pada pertemuan pagi tadilah baru dia tahu nama gadis itu. Gadis yang telah menukar hidup seratus peratus. Buat dia sentiasa merasa berdosa dan kadang – kala rindu pada mata bulat yang pada dia sangat menggoda.
                Idraki mengeluh untuk ke sekian kalinya. Entah kenapa, dia tidak pernah mampu untuk mengusir kenangan bersama gadis bernama Ayu itu. Sudah puas dia cuba melupakan, cuba mengusir dengan menyibukkan diri namun kenangan itu pasti datang bertandang juga. Paling tidak, sebelum dia melelapkan mata setiap malam. Pertemuan hari ini bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Dia sudah letih mencari dimana Ayu berada, dan kini Ayu sudah ada di depannya. Dia tahu, bakal akan ada banyak lagi pertemuan dengan Ayu sementelah dia mendapat tahu, Ayu terlibat dalam usahasama perniagaan antara dua syarikat itu. Tersinggung senyum di bibirnya. Kali ini, dia akan pastikan Ayu tidak lari lagi.
                Lari seperti mana gadis itu lari di pagi selepas malam penuh noda itu. Ketika dia terjaga pagi itu, Ayu sudah tiada disebelahnya. Yang tinggal hanya kemeja dan kain pelikat yang dipinjamkannya untuk Ayu malam itu. Saat itulah, baru dia teringat akan dosa yang sudah terpalit. Bukan setakat dia, namun Ayu turut sama bergelumang dosa. Walau dia tahu Ayu merelakan seratus peratus akan perbuatannya malam itu, tetapi dia rasa bertanggungjawab. Kalau dia tidak termakan hasutan syaitan dan memulakan langkah pertama tentu sahaja semua itu tidak terjadi. Tetapi tubuh Ayu terlalu menawan, wangian aslinya cukup menggoda, apalagi setiap sentuhannya mendapat balasan hangat dari Ayu. Buat dia lupa diri, buat dia hanya ingin mengulit tubuh itu. Mencapai kepuasan dengan tubuh menggiurkan itu. Tubuh yang mempersonakan matanya ketika kali pertama matanya menatap Ayu dengan baju basah lencun di beranda chalet. Dia cuba untuk tidak memperdulikan godaan itu dengan menjauhi dan tidak mengendahkan Ayu di ruang chaletnya. Namun, bila Ayu tiba – tiba memeluknya, imannya jadi lemah. Lebih lemah bila Ayu menggigil ketakutan dek guruh dan petir. Niat yang ikhlas ingin membantu menenangkan Ayu dari ketakutan bertukar jadi keinginan untuk mengulit setiap inci tubuh itu.
                Tak akan dia lupa pada setiap desahan dari bibir mungil itu. Menjadi muzik menemani malamnya. Sungguh, segala – galanya pada Ayu membuat dia nanar. Membuat dia hilang kawalan diri. Sehingga kini masih terasa setiap sentuhan dan kehangatan Ayu. Kali ini, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya pada gadis itu. Gadis yang sudah dirosakkan masa depan olehnya. Dia mahu mengambil tanggungjawab dan mahu menebus dosa. Biar apa pun alasan Ayu padanya nanti, dia nekad. Nekad untuk memiliki gadis itu.