Wednesday 17 December 2014

Bab 23 : Ingin Kulafazkan Cinta

 

23.
                Sepasang mata bulat Ayu semakin bulat, sebaik pintu utama kondo itu dikuak lebar. Tercengang dan kagum berbaur di dalam dada. Sungguh, citarasa Idraki benar-benar tinggi. Melihat pada pilihan perabot dan susun atur di ruang tamu kondo itu, dia sudah dapat mengagak.
                “Selamat datang ke kondo kita.” Idraki berbisik di telinga Ayu.
                “Jom, masuk.” Idraki menarik tangan Ayu memasuki rumah bila Ayu masih tegak di muka pintu. Teragak-agak Ayu mengikut langkah Idraki. Besarnya rumah ni, puji Ayu di dalam hatinya. Mata masih meliar ke sekeliling ruang tamu.
                “Ini rumah awak?” Tanyanya bagai orang bodoh. Dia megikut sahaja bila Idraki menarik tangannya sehingga dia terduduk di sofa mewah serba putih itu.
                Yup… you like it?” Idraki menjawab pantas. Tangannya dipanjangkan ke atas sofa lalu memeluk bahu Ayu. Mata masih ralit merenung Ayu yang belum puas meneroka ruang tamu itu dengan matanya.
                “Cantik…” Balasnya lalu matanya memandang Idraki. Sebaik tersedar yang Idraki asyik merenungnya, Ayu mengerut dahi. Dalam renungan Idraki buat dia tak senang duduk. Dada berdebar tiba-tiba.
                “Cantik macam you….” Puji Idraki perlahan. Separuh sedar. Bila melihat kerutan di dahi Ayu semakin dalam, barulah dia tersedar yang dia sudah terlajak kata. Bibirnya mengukir senyum, seminggu menjadi suami, hatinya entah kenapa berbunga indah.
                “Err… Awak design sendiri?” Ayu mengalih pandang. Tidak senang dengan renungan itu, dia mengalih topik. Lagi dilayan kata-kata Idraki, lagi gatal suaminya itu nanti.
                “Upah designer. I tak pandai dalam bab hias rumah.” Idraki ketawa kecil. Kalau tak kerana dia mahu berkahwin dan ingin tinggal disini bersama Ayu, memang dia takkan habiskan duit untuk mengupah designer. Tentu mama yang akan jadi mangsanya seperti sebelum ini.
                “Cantik sangat. Err… boleh saya tengok satu rumah ni?” Pinta Ayu. Walaupun dia tahu yang dia akan mendiami rumah ini dengan Idraki, tetapi tuan punya mutlak rumah ini tetap Idraki.
                Of course, sayang. Ini rumah you jugak kan.”
                Thanks.” Ayu mengangkat punggung sebaik Idraki memberi kebenaran. Ruang pertama yang ditujuinya tentu dapur. Walaupun ruang itu tidak menjadi kegemarannya, namun dia tetap tertarik dengan hiasan dapur di setiap rumah. Selesai meneliti ruang dapur, Ayu memasuki bilik satu persatu. Meneliti dan memerhati ruang rumah yang baru menjadi rumahnya.
                “Awak…. Bilik saya kat mana?” Tanya Ayu sebaik dia melabuh punggung semula di sebelah Idraki. Puas menjelajah setiap bilik, dia tahu hanya ada tiga bilik. Dua bilik ada katil, satu lagi, hanya ada meja kerja dan binaan rak penuh dinding. Jadi, yang mana satu biliknya?
                “Bilik? Jom, I tunjukkan.” Idraki bangun lantas mencapai tangan Ayu dan memimpin Ayu ke sebuah bilik yang berhias cantik. Bilik besar yang Ayu lihat mula-mula tadi. Tentu master bedroom, sebab ini bilik yang paling besar. Hiasannya juga lebih cantik berbanding sebuah lagi bilik.
                “Ini bilik saya? Bilik awak?”
                Idraki mengerut dahi. Bilik dia? Tentulah di bilik yang sama, takkan nak berasingan bilik pula?
                “Disini jugalah. Dimana lagi?” Tanya Idraki kembali.
                “Err… kita… satu bilik?” Ayu bertanya semula. Jari telunjuknya menunjuk kea rah Idarki sebelum menuding ke dirinya sendiri.
                Of course, sayang. You nak duduk bilik berasingan ke?” Soalan Idraki buat Ayu garu kepala. Macam mana dia ingin terangkan. Sungguh, dia cukup takut untuk sebilik dengan Idraki. Entah apa yang dia takutkan, sedangkan di rumah agam milik keluarga lelaki itu, mereka tetap sebilik.
                Oh, god… sayang. What were you thinking? Kita tidur lain-lain bilik? Mana you dapat idea mengarut ni?” Idraki sedikit marah. Macam mana isterinya itu boleh terfikir untuk tidur berlainan bilik? Mereka sudah halal untuk tidur sekatil. Apa lagi yang Ayu takutkan?
                “Err… sorry. Saya Cuma….”
                “Takut I ambil kesempatan pada you? You lupa yang kita dah halal?” Marah Idraki. Genggaman tangan dilepaskan dan dia melabuh duduk di birai katil. Kepala penat memikirkan, di mana silapnya sehingga Ayu boleh terfikir untuk berlainan bilik.
                “Awak… saya minta maaf. Bukan tu maksud saya… saya Cuma…” Dalam usaha memujuk Idraki, dia kematian kata-kata. Alasan apa yang dia ingin bagi? Ya, dia memang takut Idraki ambil kesempatan. Dia belum bersedia. Tapi, jika difikir-fikirkan semula, kenapa dia harus takut? Sedangkan ketika mereka tiada ikatan, dia begitu berani menyerah diri kepada lelaki itu.
                “I tahu you belum bersedia, Ayu. I’m not forcing you to make love to me. I boleh tunggu. Tapi jangan guna alasan itu untuk tidur bilik lain. Di rumah mama, kita tidur sebilik dan sekatil, kan? Ada I ambil kesempatan pada you?” Idraki meluah rasa. Sedikit kecewa dengan Ayu. Adakah isterinya itu ingat dia lelaki rakus? Adakah Ayu ingat dia akan gunakan kekerasan untuk meniduri Ayu atas nama hak?
                “I’m sorry, Id. I’m really really sorry. Saya… saya…” Ayu mencapai tangan Idraki lalu di kucup lama. Rasa cukup bersalah kerana membuatkan suaminya itu terasa hati. Dia langsung tidak berniat, Cuma entahlah… hatinya cukup takut untuk berada terlalu dekat dengan lalaki itu.
                “It’s okay, Ayu. Sudahlah, I pergi ambil beg kita di luar.” Idraki mengusap perlahan kepala Ayu yang masih tunduk mengucup tangannya. Dia cuba menarik tangannya tetapi Ayu masih tidak melepaskan.
                “Sayang, sudahlah. I forgive you. I tahu you belum terima I sepenuhnya. But please, jangan bagi idea mengarut macam ni. This is really not good for our marriage.” Idraki memujuk lembut. Kepala Ayu diangkat memandangnya. Melihat ada air jernih di mata bulat itu, dia terkejut dan rasa bersalah.
                “Kenapa menangis ni, Ayu? I said, I forgive you, kan?” Idraki masih memujuk. Pipi yang sudah dibasahi air, disapu lembut. Kemudian, dielus lembut pipi gebu itu.
                “Saya minta maaf…”
                “Dah… I tak mahu dengar lagi pasal ni. I pergi ambil beg kita diluar. Then, you kemas pakaian you dalam almari ye. You boleh pilih mana-mana compartment.” Idraki melepaskan genggamannya dan berjalan keluar bilik. Beberapa minit kemudian, dia kembali semula dengan dua buah beg di tangan.
                “You kemas barang you dulu ye. Nanti dah siap, kita pergi keluar makan.”
                Ayu mengangguk perlahan tetapi bila dia melihat Idraki kembali menapak menuju pintu bilik, laju mulutnya bertanya.
                “Awak nak ke mana?”
                “I nak check kerja-kerja I kat dalam bilik kerja. Bila you dah siap, carik I kat sana, okey? Don’t worry, I tak lari ke mana.” Idraki mengusik. Melihat jelingan geram dari mata bulat itu, Idraki ketawa kecil.
                Kerja – kerja mengemas pakaiannya tidaklah mengambil masa yang lama kerana tidaklah bnyak mana pakaian yang dia bawa. Lebih sepruh dari keperluannya masih berada di rumah Encik Saiful. Jarak kondominium dan rumah Pak Long serta mertuanya tidaklah terlalu jauh. Jadi, dia senang untuk berulang – alik mengambil segala barang – barangnya bila – bila masa.
                “Awak…” Panggil Ayu di muka pintu. Pintu yang tidak tertutup rapat itu, hanya di tolak sedikit oleh Ayu. Nak terus masuk, dia tak berani. Manalah tahu, Idraki tidak suka dia main terjah masuk saja bilik kerjanya ini.
                Mendengar suara manja dari isterinya itu, Idraki lantas mengangkat muka. Hilang sekejap rasa stress menghadap kerja yang ditinggalkan hampir dua minggu. Senyuman menggoda di hadiahkan kepada Ayu yang masih tercegat di pintu bilik.
                “Masuklah. Kenapa berdiri kat situ? Dah siap kemas barang you?” tanya Idraki sambil mata merenung Ayu yang perlahan masuk ke bilik itu dan melabuh duduk di sofa berhampiran meja kerjanya.
                “Sudah..” Ayu mengangguk laju. Hajatnya, dia ingin kemaskan sekali rumah ini kerana tidak mahu mengganggu Idraki yang sedang membuat kerja. Namun, melihat rumah itu yang sudah bersih dan kemas tersusun, dia tiada pilihan selain datang menjengah Idraki.
                “So, dah lapar?” soal Idraki. Matanya masih asyik merenung Ayu. Sejak menjadi isterinya, dia semkin tidak jemu memandang wajah itu.
                Not quite.” Pendek jawapan Ayu. Mata turut sama merenung Idraki tetapi kemudian dia mealrikan mata bila Idraki semakin dalam merenungnya.
                “In that case, kita lunch after solat Zohor ye? I nak check a few things about my work. Boleh?”
                “Boleh… saya keluar dululah. Tak nak kacau awak buat kerja.” Ayu lantas mengangkat punggung. Namuun tegahan Idraki buat langkahnya terhenti. Pandangan penuh tanda tanya dihadiahkan kepada suaminya itu.
                “Duduk sahaja lah kat sini. I tak kisah you duduk dekat dengan I. boleh jugak I cuci mata.” Usik Idraki sambil mengenyit mata. Ayu mengerut dahi melihat aksi Idraki itu.
                “Euww.. gatal! Tak mahu lah, saya nak tengok TV kat luar.” Ayu menjawab lalu terus keluar. Semakin di layan kerenah Idraki, semakin gatal jadinya lelaki itu nanti. Idraki ketawa lepas. Sejak menjadi isteri, Ayu sudah tidak lagi menunjuk wajah masam. Malah, Ayu sudah semakin berani membalas usikannya.