9.
Ayu
melabuh punggung di sofa empuk yang disediakan di biliknya itu. kaki dilipat ke
atas lalu tangannya memeluk kaki, kemas. Kepalanya disandarkan ke badan sofa
dan matanya merenung langit dari tingkap yang terbuka. Teringat segala –
galanya yang berlaku hari ini. Terkenang seraut wajah yang cuba dilupakan sejak
enam bulan dulu. Terbayang – bayAng pula pertemuan yang tidak dijangka pagi
tadi. Semua yang berlaku buat hatinya kembali di amuk resah. Gelisah dan tak
tentu arah. Tenang yang cuba dipupuk sejak berbulan – bulan, lari bertempiaran
sejak terpandang wajah itu. Wajah yang buat hidupnya porak peranda. Berubah
arah 360 darjah. Buat dia rasa hina dan hilang keyakinan diri. Penat dan jenuh
dia mengumpul kekuatan, cuba bangkit dari rasa sakit akibat perbuatan sendiri.
Dan, bila dia hampir Berjaya, wajah itu kembali menghantui.
Terdengar
keluhan dari bibir mungil itu. Kenapalah ditakdirkan lelaki itu harus menjadi
pelanggan di syarikat Pak Long? Kenapalah lelaki itu harus muncul semula
setelah peristiwa hitam telah hampir Berjaya disimpannya dalam ruang hati yang
paling dalam. Kenapa? Sungguh Ayu tidak punya jawapan. Adakah ini satu lagi
ujian Yang Maha Kuasa terhadap dirinya? Menguji iman yang tidak seberapa di
dada?
Sungguh,
kali pertama bertentang mata dengan Idraki pagi tadi buat jantung Ayu terhenti
berdegup. Serasanya darah sudah belari deras turun ke kaki, wajah pucat untuk
menatap sepasang anak mata seksi yang buat dia rebah sedikit masa dulu. Dan
tadi, mata itu kembali tajam merenungnya. Meratap setiap inci wajahnya dan
mungkin juga tubuhnya, tubuh yang…
“Asthgfirullahalazim…”
Ayu beristhigfar sambil meraup muka. Kenangan itu datang kembali. Membuat
dadanya berkocak hebat. Ya Tuhan! Ayu tidak sanggup menghadapinya sekali lagi.
Namun, dalam pada dia pucat dan terkejut menghadapi mata seksi itu, hatinya
dilanda satu perasaan. Mata itu, renungan itu, yang tanpa dia sedar, sangat
dirinduinya. Ya Allah! Dia bersalah lagi. Konon sudah bertaubat tapi kenangan
dan mata seksi itu tetap diingati dalam setiap helaan nafasnya. Sampai bila dia
harus begini? Sampai bila dia mampu melupakan segala kenangan pahit itu?
Menitis
air mata Ayu saat terkenang kekhilafan dulu. Kenapa dia begitu lemah dalam
menghadapi godaan syaitan. Pertemuan yang tidak disangka di chalet lelaki itu
membawa perkara buruk di dalam hidupnya. Dia yang ketika itu bercuti sendirian
di Pulau Tioman atas tajaan Pak Long beberapa minggu selepas pemergian ibu dan
ayahnya. Konon kata Pak Long untuk dia menenangkan diri sementelah kehilangan
ibu dan ayahnya memang memberi tamparan besar buat Ayu. Walaupun tidak
bersetuju tetapi setelah didesak Pak Long dan Mak Long dia akur. Bersendirian
di pulau itu membuat dia banyak berfikir. Melihat ombak yang memukul pantai
pun, dia semakin dapat menerima hakikat kehilangan itu dan sudah semakin
tenang. Namun, peristiwa di satu malam kembali merobek ketenangannya. Malah
jiwanya semakin parah dengan dosa yang diciptanya sendiri.
Malam
itu, dia bersendirian lagi di gigi pantai. Berfikir dan mencari ketenangan
lagi. Entah berapa lama dia termenung bila anganannya disedarkan dek titisan
hujan. Mula – mula lembut namun bertukar keras dalam sekelip mata. Menyedari
dirinya terlalu jauh dari hotel penginapannya, dia berlari ke arah chalet yang
paling dekat dan paling hujung dengan pantai tempat dia berada. Dia yakin tiada
orang menyewa chalet itu kerana chalet itu gelap. Pantas dia berlindung di
beranda chalet. Tubuh dan pakaiannya sudah lencun basah dek hujan lebat sewaktu
dia berteduh di beranda. Guruh, petir dan kilat yang sabung menyabung buat dia
ketakutan. Sejak kecil, dia memang takut akan keadaan itu. Entah kenapa tetapi
setiap kali keadaan itu berlaku, pasti dia akan berlindung diantara ibu dan
abahnya, sehingga besar pula tu. Terjerit dia ketakutan bila guruh, petir dan
kilat semakin kuat disertai hujan yang juga semakin lebat.
Tatkala
tubuhnya menggigil ketakutan menghadapi keadaan itu sendirian, pintu chalet
tiba – tiba terbuka. Tercengang dia seketika melihat lelaki yang berdiri di
pintu dengan wajah keruh. Memandangnya dengan seribu persoalan.
“Maaf!!”
jeritnya. Cuba melawan bunyi kuat akibat hujan yang mencurah – curah turun.
Menyedari dia tidak patut berada di situ, cepatnya kakinya ingin melangkah.
Hujan dan ribut petir tidak harus di ambil kira lagi. Yang penting, dia tidak
boleh berada disitu.
“Miss!!” Jerit lelaki itu, juga kuat. Ayu
berpaling. Berkerut dahinya ketika lelaki itu menggamitnya.
“Masuklah.
Hujan lebat ni. Nanti dah reda you boleh balik.” Ajak lelaki itu dengan suara
kuat. Antara dengar dan tidak, Ayu mula buat pertimbangan. Mahu masuk atau
tidak. Antara dia dan lelaki itu bukan mahram. Berduaan dengan lelaki itu boleh
mengundang seribu musibah. Tetapi kalau tidak masuk, ke mana pula dia ingin
berlindung sehingga hujan reda?
“Ada
orang?” Tanyanya, ingin tahu. Mana tahu, lelaki itu bersama keluarga, jadi
tidak ada apa yang perlu dia bimbangkan.
“Tak.
I seorang je. Masuklah, sementara tunggu hujan berhenti.” Lelaki itu masih
mengajak. Wajahnya tidak tergambar sebarang perasaan, mungkin juga tulus ingin
membantu.
“Tapi…
Tapi…”
“Masuklah.
You nak kemana dalam hujan lebat ni? Jangan risau. I takkan buat apa – apa.”
Seperti memahami kerisauan Ayu, lelaki itu sendiri memberi jaminan. Lama juga
Ayu termenung sebelum dengan perlahan mengikuti langkah lelaki itu masuk ke
dalam chalet. Sebaik menutup pintu chalet, lelaki itu bergerak ke arah beg
kembaranya yang terletak di atas meja yang disediakan.
“Nah,
pergi mandi.” Arah lelaki itu sambil menghulur tuala yang elok berlipat. Ayu
memandang penuh curiga dan tuala masih tidak disambut.
“Pergi
mandi. You dah basah kuyup tu. Nanti demam pula. Jangan risaulah and jangan
fikir I nak buat apa – apa. I Cuma nak tolong.” Sekali lagi lelaki itu memberi
jaminan. Lambat – lambat Ayu mencapai tuala. Sebaik ditunjukkan arah bilik air,
Ayu cepat – cepat menghilang ke dalam bilik air. Ingin mandi dan membersihkan
diri. Dia sendiri rimas berkeadaan basah seperti itu.
Elok
sahaja dia selesai mandi, ketukan di pintu kedengaran. Ayu membuka sedikit
pintu dan menjenguk kepala. Lelaki tadi berdiri di depan pintu dengan pakaian
yang juga elok berlipat.
“Pakai
ni. Ni aje yang ada. Pakailah, sementara pakaian you kering.”
Tanpa
bantahan, Ayu mengambil pakaian itu. lantas pintu di tutup. Selesai menukar
pakaian, dia keluar dari bilik air. Kemudian, termangu di tengah ruang. Tidak
tahu hendak berbuat apa. Lelaki tadi pula khusyuk dengan laptop yang terpasang.
Mungkin sedang menyiapkan kerjanya kerana terlalu asyik tanpa menghiraukan Ayu di
belakangnya. Bunyi guruh dan petir yang kuat kedengaran membuat Ayu cepat –
cepat mengambil duduk di sofa kayu berdekatan lelaki itu. Suara cuba ditahan
agar tidak menjerit, dia tidak mahu mengganggu lelaki itu.
Menggigil
– gigil tubuh Ayu ketakutan tatkala hujan semakin lebat dan guruh dan petir
juga semakin garang menyabung. Dia sudah tidak boleh menahan diri dengan
berpura – pura berani. Setiap kali guruh berbunyi, setiap kali itu jugalah dia
semakin mendekatkan diri dengan lelaki yang membelakanginya itu.
“Argh!!”
Jerit Ayu kuat bila tiba – tiba kuat dentuman guruh kedengaran. Reflex tubuhnya
bangun dan memeluk lelaki itu dari belakang. Terkejut lelaki yang dipeluknya
tetapi Ayu semakin menguatkan pelukan.
“Hei,
apa ni? Lepaslah!” Ujar lelaki itu sedikit marah. Tangan yang melingkari
pinggangnya cuba dileraikan tetapi semakin kuat pula rangkulan itu sehingga
lelaki itu sesak nafas.
“Lepaslah!
You ni kenapa?” Marah lelaki itu lagi namun dia dapat rasakan yang gadis yang
memeluknya itu menangis. Tubuh kecil itu juga terasa menggigil. Sekali lagi Ayu
terjerit bila guruh sekali lagi berdentum.
“Hei….”
“Ss..Sa…Saya
ta…kut…” bergetar suara itu sampai ke telinganya. Tubuh gadis itu juga semakin
kuat gigilannya. T- shirt yang di pakai lelaki itu juga sudah mula basah dengan
air mata yang berjujuran turun. Lelaki itu mengeluh lemah. Dia yang dari tadi
cuba meleraikan pelukan gadis dibelakangnya, kini mengusap lembut. Perlahan –
lahan ditariknya tangan itu namun pelukan semakin kuat.
“Apa
yang you takut ni?” Suaranya kembali lembut. Walau sudah boleh diagak apa yang
ditakuti oleh gadis itu, namun dia cuba mengambil berat. Hairan, kenapa dengan
bunyi guruh sahaja gadis itu sudah menggigil seluruh tubuh dek ketakutan.
“Ta..
ta.. takut… gu.. gu..guruh..”
“Sini.”
Arah lelaki itu setelah dia mengeluh lemah. Di tariknya tangan itu supaya
berdiri menghadapinya. Sempat dia menyapu air mata di pipi Ayu sebelum tubuh
Ayu dipeluknya erat. Cuba memberi kekuatan pada Ayu. Dan dia juga merasakan
pelukan gadis itu semakin erat tatkala guruh dan petir tidak berhenti – henti
berdentum.
Berpelukan
begitu dalam suasana sepi dan di dalam kesejukan akibat hujan pula memberi satu
rasa lain pada dia. Kalau tadi, pelukan itu hanya untuk menenangkan hati si
gadis, tetapi kini hatinya mula berperasaan lain. Jantung mula berdetak kencang
dan naluri yang satu itu muncul entah dari mana. Kalau tadi tangannya hanya
memeluk kaku bahu si gadis, kini tangannya sudah pandai mencari sasaran
sendiri. Belakang tubuh si gadis di usap perlahan, ubun – ubun kepala dikucup.
Dari ubun – ubun, bibirnya turun ke leher. Mencari sasaran disitu. Wangian asli
dari tubuh kecil Ayu menggugat iman lantas dicium asyik. Bertambah sesak
dadanya saat si gadis tidak membantah dan semakin mengeratkan pelukan dipinggangnya.
Esak tangis si gadis sudah tidak kedengaran, kini berganti dengan desahan kecil
yang sangat syahdu di telinganya.
Entah
apa yang merasuk fikiran, dagu Ayu dicapainya dan ditolak keatas agar dia dapat
memandang gadis itu. Agak lama mereka berpandangan dan sinar dari mata bulat
itu menggetarkan perasaan. Dari mata, pandangannya jatuh pada hidung yang
sedikit mancung dan akhirnya pada bibir mungil itu. Saat Ayu mengetap bibir dan
menjilat bibir yang basah, lelaki itu sudah tidak mampu mengawal perasaan.
Spontan dia tunduk meragut bibir mungil yang basah dan merah merekah. Lama
bibir mereka bersatu dan berkenalan sehingga masing – masing hanyut dalam
perasaan.
Dan,
ketika lelaki bertubuh sasa itu mencempung Ayu ke katil, Ayu sudah lupa
segalanya. Dia hanya merelakan setiap perbuatan lelaki itu dan entah bila, dia
turut membalas hangat setiap belaian lelaki itu.
**************************************
Bersendirian
di balkoni bilik tidurnya tidak memberi dia ketenangan seperti yang
diingininya. Seraut wajah ayu itu tetap menghantui mindanya walau sudah jenuh
dia cuba membuang bayangan itu. Sudah berkali – kali dia mengeluh dan meraup
muka namun ketenangan jauh benar dari dirinya saat ini. Dan, entah untuk kali
yang ke berapa, dia mengeluh lagi.
“Ayu…”
bisiknya perlahan. Memanggil sepotong nama itu. Ayu Qharidah, nama itu secantik
orangnya. Lembut dan mempesona. Sama seperti kali pertama dia bertentang mata
dengan pemilik mata bulat itu. Buat dia lemah, buat dia lupa dosa dan pahala.
Sungguh dia tidak menyangka, sudah berbulan – bulan wajah cantik itu dicari,
akhirnya berjumpa dalam satu perjanjian perniagaan. Wajah itu masih sama
seperti dahulu walau kini rambutnya sudah dilindungi dengan tudung. Pada
pertemuan pagi tadilah baru dia tahu nama gadis itu. Gadis yang telah menukar
hidup seratus peratus. Buat dia sentiasa merasa berdosa dan kadang – kala rindu
pada mata bulat yang pada dia sangat menggoda.
Idraki
mengeluh untuk ke sekian kalinya. Entah kenapa, dia tidak pernah mampu untuk
mengusir kenangan bersama gadis bernama Ayu itu. Sudah puas dia cuba melupakan,
cuba mengusir dengan menyibukkan diri namun kenangan itu pasti datang
bertandang juga. Paling tidak, sebelum dia melelapkan mata setiap malam.
Pertemuan hari ini bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Dia sudah letih
mencari dimana Ayu berada, dan kini Ayu sudah ada di depannya. Dia tahu, bakal
akan ada banyak lagi pertemuan dengan Ayu sementelah dia mendapat tahu, Ayu
terlibat dalam usahasama perniagaan antara dua syarikat itu. Tersinggung senyum
di bibirnya. Kali ini, dia akan pastikan Ayu tidak lari lagi.
Lari
seperti mana gadis itu lari di pagi selepas malam penuh noda itu. Ketika dia
terjaga pagi itu, Ayu sudah tiada disebelahnya. Yang tinggal hanya kemeja dan
kain pelikat yang dipinjamkannya untuk Ayu malam itu. Saat itulah, baru dia
teringat akan dosa yang sudah terpalit. Bukan setakat dia, namun Ayu turut sama
bergelumang dosa. Walau dia tahu Ayu merelakan seratus peratus akan
perbuatannya malam itu, tetapi dia rasa bertanggungjawab. Kalau dia tidak
termakan hasutan syaitan dan memulakan langkah pertama tentu sahaja semua itu
tidak terjadi. Tetapi tubuh Ayu terlalu menawan, wangian aslinya cukup
menggoda, apalagi setiap sentuhannya mendapat balasan hangat dari Ayu. Buat dia
lupa diri, buat dia hanya ingin mengulit tubuh itu. Mencapai kepuasan dengan
tubuh menggiurkan itu. Tubuh yang mempersonakan matanya ketika kali pertama
matanya menatap Ayu dengan baju basah lencun di beranda chalet. Dia cuba untuk
tidak memperdulikan godaan itu dengan menjauhi dan tidak mengendahkan Ayu di
ruang chaletnya. Namun, bila Ayu tiba – tiba memeluknya, imannya jadi lemah. Lebih
lemah bila Ayu menggigil ketakutan dek guruh dan petir. Niat yang ikhlas ingin
membantu menenangkan Ayu dari ketakutan bertukar jadi keinginan untuk mengulit
setiap inci tubuh itu.
Tak
akan dia lupa pada setiap desahan dari bibir mungil itu. Menjadi muzik menemani
malamnya. Sungguh, segala – galanya pada Ayu membuat dia nanar. Membuat dia
hilang kawalan diri. Sehingga kini masih terasa setiap sentuhan dan kehangatan
Ayu. Kali ini, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya pada gadis itu. Gadis yang
sudah dirosakkan masa depan olehnya. Dia mahu mengambil tanggungjawab dan mahu
menebus dosa. Biar apa pun alasan Ayu padanya nanti, dia nekad. Nekad untuk
memiliki gadis itu.
No comments:
Post a Comment