Thursday 29 May 2014

Kalau Dah Jodoh 3


3.
                Langkah kaki Hakim baru sahaja mencecah anak tangga terakhir ketika dia terdengar namanya di panggil. Segera dia mengalih pandangan ke ruang tamu besar rumah agam itu. Datin Maryam sudah tersenyum memandangnya sambil tangan menggamit anak terunanya itu datang menghampirinya. Hakim melihat jam di tangan, masih ada lagi satu jam sebelum temujanjinya dengan Adi. Kakinya melangkah laju ke ruang tamu tersebut.
                “Ada apa,mummy?” Tanyanya sebaik melabuh duduk di sofa. Beg sandang berisi pakaian ganti di letakkan di atas lantai bersebelahan sofa. Wajah putih bersih mummynya di renung lama, tanpa sebarang perasaan.
                “Hakim nak pergi mana?” Tanya Datin Mariam lembut. Mata merenung penuh kasih anak tunggalnya itu. Jenuh berusaha untuk mendapatkan anak yang seorang itu. kini, Hakimlah racun dan penawar dalam hidupnya.
                “Swimming. Dengan Adi and the gang. What’s up, mummy?” Hakim kembali bertanya. Malas mahu berlama-lamaan dengan Datin Maryam. Sejak kebelakangan ini, topic mummynya ketika mereka berbual lebih terarah ke soal jodohnya dan pilihan mummy serta daddy.
                “Tak ajak Risyha sekali?”
                “Kim nak pergi swimming, mummy. Takkan Risyha nak ikut?” Balas Hakim. Sejak kebelakangan ini, kerap benar telinganya diasak dengan nama Risyha.
                “Cubalah ajak. Who knows.. dia nak ikut.” Masih belum berputus asa, Datin Maryam berusaha memujuk. Hakim merengus kasar. Asyik-asyik nama Risyha. Sedangkan dia sudah muak dengan nama itu. Entah apa motif mummynya kali ini.
                “Kim nak keluar dengan geng lelaki aje, mummy. Takkan nak ajak Risyha. It’s not appropriate kan?” Hakim beralasan. Malas mahu berlama-lamaan dengan Datin Maryam kalau inilah topik perbualan mereka.
                “Sejak Risyha balik sini, jarang sangat Kim nak layan dia. Dah terasa hati agaknya Risyha, kasihan dia, Kim. Apa salahnya sesekali Kim bawak dia jalan-jalan.”
                Hakim melurut kasar rambutnya. Bosan sungguh. Bukannya Risyha tu tak biasa dengan Kuala Lumpur ni. Belum lama pun Risyha meninggalkan Malaysia. Cuma dua tahun, takkanlah gadis itu sudah lupa jalan-jalan sekitar KL ni. Telefon bimbit dalam genggaman tiba-tiba bergetar. Dia pantas melihat telefon. Lebar senyumnya bila sms dari Adi diterima.
                Bro, tolong ambik aku. Kereta aku breakdown.
                Ringkas pesanan dari Adi. Semakin lebar senyuman di bibir Hakim. Biarpun jauh simpangnya antara rumah dia dan rumah Adi, namun dia berbesar hati untuk mnjemput temannya itu. Sekurang-kurangnya, dia punya alasan untuk melarikan diri dari Datin Maryam.
                Ok… tunggu aku kat rumah kau.
                Selesai membalas sms, Hakim angkat punggung dan mencapai beg sandang dan disangkut ke bahunya.
                “Got to go, mummy. Nak fetch Adi.” Terangnya ringkas. Wajah tidak puas hati Datin Maryam dipandang sepintas lalu. Tak mahu memujuk, kalau dipujuk tentu dia yang akan lembut hati dan terpaksa mendengar bebelan Datin Maryam tentang Risyha lagi. Dia mendekati Datin Maryam dan mencium dahi mummynya sebelum berlalu ke pintu utama.
                Datin Maryam hanya memerhati dengan keluhan di bibir. Susah benar nak ajak anak terunanya itu berbincang sekarang ini. Lebih-lebih lagi bila nama Risyha disebut. Cepat sahaja Hakim melarikan diri. Seperti sekarang ini. Mengenangkan usia Hakim dan kerenah anak itu yang gemar melayan perempuan keliling pinggang, hati tuanya menjadi risau. Teman perempuannya silih berganti, tapi tiada satu pun yang Berjaya melembutkan hati Hakim. Elok dilayan sehari dua, kemudian Hakim sudah mengusung perempuan lain pula.
                Arisyha, anak teman baiknya yang cantik manis itu sudah dia berkenan benar. Baik tutur kata dan manja. Walau pakaian agak menjolok mata, namun dia yakin, selepas berkahwin, dia yakin Arisyha boleh berubah. Dia juga dulu begitu, sebelum berkahwin, pilihan pakaian dia agak berani. Skirt pendek dan yang melekap di badan sentiasa menjadi pilihan. Tetapi sejak berkahwin dengan Datuk Shahril, dia mengubah penampilan. Dan dia yakin, Arisyha juga boleh begitu.
                “Menung apa tu, sayang?” Suara Datuk Shahril menjengah telinganya lalu sebuah kucupan hinggap di pipinya. Dia tersenyum bahagia, di usia begini, Datuk Shahril tidak pernah meninggalkan kebiasaan itu.
                “Anak bujang you.” Ringkas jawapannya.
                “Kenapa dengan dia?” Ringkas juga soalan Datuk Shahril. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya. Remote TV dicapai, lalu dia butang ‘on’ ditekan. Skrin yang gelap, pantas bercahaya.
                “Bila I bukak mulut pasal Risyha, cepat saja dia angkat kaki. Belum sempat nak cakap apa-apa, dia dah keluar.” Datin Maryam meluah rasa. Datuk Shahril menjeling sekilas dan senyum senget. Isterinya itu memang dah beriya-iya nak bermenantukan Arisyha, sedang Hakim belum puas enjoy.
                “Dia belum puas enjoy, sayang. Let him be. Bila dah puas esok, barulah you pujuk dia terima Risyha tu.”
                Datin Maryam mencebik. Dah tiga puluh tahun, belum puas enjoy apanya?
                “Macam mana PA baru dia tu?” Datin Maryam mengubah topik. Sejak dikenalkan oleh Datuk Shahril beberapa bulan lalu, dia sudah tidak bertemu lagi dengan gadis itu. Gadis yang dipilih oleh suaminya untuk memantau gerak geri Hakim.
                “So far, I tengok ok aje. Selalu jugak kena marah dengan anak bujang you tu, tapi budak tu memang hati keras agaknya. Mukanya tk berubah langsung. Elok pulak dia senyum dekat Hakim lepas kena marah.” Kata-kata Datuk Shahril buat Datin Maryam mengukir senyum. Pertama kali melihat Indah, memang tiada apa-apa yang pelik tentang gadis itu. Namun, bila setelah agak lama berbual, dia perasan yang Indah berbeza dari gadis-gadis yang pernah dia ketemu.
                “Eloklah tu, bukan senang nak handle Hakim tu. Baran dia bukan tentu masa, asal ada yang tak kena, mulalah dia nak menyinga.”
                Datuk Shahril turut tersenyum. Kerana pans baran Hakim itulah, dia dan anaknya sering tak sebulu. Apa tidaknya, baran Hakim itu menurun dari dia juga. Dia juga dulu panas baran. Pantang salah sikit, mesti satu pejabat dia amukkan. Tetapi sejak usia semakin meningkat, barannya juga berkurangan. Cuma sesekali dia menunjuk baran.
                “Entah perangai siapalah yang diikutnya.” Usik Datuk Shahril sambil menjeling isterinya. Datin Maryam mencebik, siapa lagi yang panas baran dirumah selain Hakim?
                “Menurun you lah tu. Gen panas baran you tu kuat sangat.” Balas Datin Maryam lalu disambut dengan ketawa kecil Datuk Shahril. Perlahan dia memeluk bahu isteri tersayang.
                “Tapi, you tetap sayang I, kan. Sampai sanggup mogok lapar kalau I tak kahwin dengan you.” Semakin galak Datuk Shahril mengusik. Sekali lagi Datin Maryam mencebik. Kalau dia sanggup mogok lapar, apa kurangnya Datuk Shahril yang sanggup berhari-hari berkunjung ke rumah orang tuanya semata-mata untuk memujuk ibu dan bapanya walau ketika itu mereka berlainan agama.
************************************************************************


                Tuala kecil yang tersangkut di jaring, ditarik kasar sebaik dia melangkah keluar dari gelanggan futsal. Badan berlengas dengan peluh setelah letih mengejar bola. Mujur juga pasukannya menang. Rasa tidak sia-sia dia mengorbankan masa cuti dengan menghabiskan hari disini.
                “Wah… masih berbisa.” Puji Aida sebaik dia melabuh punggung di sisi gadis itu. Masih sibuk mengelap muka yang berjejeran dengan peluh, Indah tidak mempedulikan kata-kata Aida. Temannya itu, sejak bertunang dengan jejaka pilihan, terus bersara dari bermain futsal. Kalau tak dulu, Aida lah partner dia yng terbaik. Gabungan mereka sering sahaja menjanjikan kemenangan jika pasukan mereka memasuki mana-mana pertandingan.
                “Kau tak nak join, kalau tak mesti lagi power.” Balasnya ringkas. Mata leka memerhati ketengh gelanggang. Selesai perlawanan suka-suka antara team yang gemar bermain futsal disini, kedua-dua team masih sibuk bermain. Tak letih masih belum puas.
                “Well…” Aida tiada jawapan. Bukan dia tak berminat tetapi tunangny melarang. Katanya tidak manis seorang gadis terkejar-kejarkan bola di tengah padang. Walhal, tunangnya itupun kaki futsal. Malah disinilah mereka berkenalan dan akhirnya jatuh cinta.
                “Cinta sangat dengan tunang.” Ejek Indah. Sungguh dia tidak faham dengan ragam orang bercinta. Sanggup melupakan apa sahaja demi orang tercinta walaupun perkara itulah yang menjadi minatnya nombor satu. Zafril, tunang Aida itu bukannya tidak pernah bermain futsal. Malah, Zafril antara star di dalam pasukan lelaki itu. Lelaki itu juga tidak pernah ketinggalan menonton setiap perlawanan yang disertai Aida suatu ketika dahulu. Tetapi, kenapa bila dah mengikat tali pertunangan, Zafril melarang keras Aida terlibat dalam sukan ini?
                “Kau dah bertunang nanti, kau fahamlah, Dee.” Balas Aida perlahan. Dia faham maksud kata-kata itu. Sebelum ini, ada juga Indah berkias-kias begitu, namun dia Cuma senyapkan. Syukur juga Indah tidak pernah komen lebih daripada itu.
                “Eh, jom minum. Dahagalah.” Indah menukar topic. Tahu dia terlajak kata. Tidak sepatutnya dia masuk campur urusan peribadi Aida dan tunangnya. Asalkan mereka bahagia, sudahlah. Dia juga tumpang gembira.
                “Jom.”
                Ketika mahu mengangkat punggung, telefon bimbit Indah berlagu nyaring. Cepat dia menyeluk beg sandang. Melihat nama yang terpapar di skrin telefon, bibirnya mengukir senyum paling manis.
                “Assalamualaikum, nek..” sapa Indah sebaik dia menjawab panggilan.
                “Waalaikumussalm… Indah apa khabar?” suara tua nenek kedengaran di hujung sana. Sungguh, dia begitu rindu untuk mendengar suara itu. Apa lagi untuk menatap seraut wajah yang semakin dimamah usia itu.
                “Sakit..” rengek Indah manja.
                “Sakit? Demam? Selsema? In dah pergi klinik? Dah makan ubat?” terdengar suara nenek yang terlebih risau, Indah menahan tawa. Nenek memang begitu, risau sangat bila dia kata dia tak sihat.
                “Tak… In sakit rindu… rindukan nenek…” Rengek Indah lagi lalu dia ketawa lepas. Terdengar suara nenek yang merengus geram, semakin galak dia ketawa.
                “Budak ni buat nenek risau aje tau. Nenek tanya betul-betul ni.” Geram suara nenek menuturkan namun membuahkan tawa yang semakin kuat di bibir Indah.
                “Alolo…. Nenek Indah sayang ni dah marah. In sihat, nenek. Baru je lepas main futsal ni. Nenek apa khabar? Sihat?” Indah segera memujuk. Sejak kebelakangan ini, neneknya agak sensitif. Bergurau sedikit pun, neneknya sudah pandai merajuk berhari-hari kalau tidak dipujuk.
                “Nenek sihat… Alhamdulillah. Indah main bola sepak tu lagi ye? Kan nenek cakap budak perempuan tak elok main benda-benda lasak macam tu. Kenapa degil sangat cucu nenek ni?” Nenek sudah mula membuka celotehnya. Sudah banyak kali diingatkan, permainan seakan bola sepak itutidak sesuai dengan orang perempuan, tetapi Indah tetap berdegil. Asal ada peluang, mesti Indah akan pergi bermain.
                “Alah, nenek ni… bukan bola sepak la. Futsal. Ramai budak perempuan yang mainlah, nek.” Seperti biasa, bila dileteri, Indah cepat menjawab. Aida disebelah yang mendengar, hanya menggelengkan kepala. Degil dan keras kepala, itulah Indah. Bergaduh dengan neneknya adalah kegemaran nombor satu Indah. Namun, yang peliknya, nenek itu jugalah orang yang pertama dicarinya setiap hari.
                “Ada aje jawapan kamu ni kan, Indah. Cakap nenek langsung kamu taknak dengar. Kalau dah macam ni lasaknya, sapa yang nak meminang kamu ni?” Tambah neneknya. Indah menepuk dahi. Balik-balik isu itu juga yang neneknya timbulkan. Risau sangat tiada orang yang akan meminang Indah. Sedangkan dia, masih belum puas enjoy. Umurnya pun baru aje dua puluh lima tahun ini. Banyak masa lagi.
                “In muda lagi la, nek. Tak mahulah kahwin. Kalau In kahwin nanti, sapa pulak nak jaga nenek?”
                “Tak pernah kering idea kamu ni,kan.” Kata-kata itu membuatkan ketawa Indah terburai lagi.
                “Ok…ok… sorry, nek. Tak mau merajuk ye… tak cantik lah nenek In bila merajuk.” Sekali lagi, Indah memujuk. Seronok mengenakan neneknya, sekarang terpaksa pujuk bila nenek dah merajuk.
                “Manisnya mulut. Ni, bila kamu nak balik? Dah lebih sebulan tak balik ni. Dah tak rindu nenek ke?” Topik sudah berubah, namun masih ada nada merajuk dalam soalan neneknya yang dapat dikesan oleh Indah. Dia mengukir senyum, siapa yang tak rindukan insan yang terlalu besar jasa dalam hidupnya itu? Insan itulah yang bersusah payah menjaganya sejak dia dibuang oleh ayah sendiri.
                “Sorry, nek. Sebulan ni memang In sibuk sangat. Nenek pun tahu kan, In baru aje dapat kerja. Banyak sangat yang In kena belajar. Nanti bila In dah free sikit, In balik ye..” Indah cuba memujuk. Hati turut raasa bersalah. Dulu, sebelum dia bergelar PA kepada bapak singa tu, dia boleh sahaja balik ke kampong hampir setiap minggu. Namun, sejak bekerja, dia kena korbankan kebiasaannya itu demi untuk memahami selok belok tugasnya. Telinganya sudah sakit kerana asyik dimarahi dan ditengking Hakim setiap hari. Jadi, dia harus cepat mahir dalam tugasnya agar Hakim tiada ruang lagi untuk mencari kesalahannya.
                “Sekarang, kerja kamu lebih penting ye?” Masih terdengar nada merajuk itu ditelinga Indah. Semakin lebar senyuman di bibir Indah. Rajuk itu harus segera di pujuk.
                “Nenek tetap yang nombor satu kat hati In, tau. Cuma sekarang ni, In kena kerja betul-betul. In baru kerja, jadi kena cepat pandai. Kalau tak pandai nanti, bos In marah In. Kesian In, hari-hari kena marah dengan bos.” Indah pula buat nada merajuk. Sengaja memancing simpati neneknya.
                “Eh, cucu nenek kena marah? Sapa yang marah kamu, Indah. Biar nenek marahkan  dia. Senang-senang pulak nak marahkan cucu aku ni.” Sudah bertukar nada nenek. Dari merajuk ke marah yang tidak bertepi. Memang jadi kepantangannya jika ada yang mengusik cucu kesayangannya itu. Tertawa Indah dengan kata-kata neneknya. Reaksi nenek memang agak terlebih bila melibatkan dirinya.
                “Taklah, nek. In cakap, kalau In tak pandai buat kerja, asyik salah je, mestilah bos In marah. Jadi, sebelum bos marah, lebih baik In buat kerja dengan betul,kan.” Pujuk Indah lagi.
                “Hrmm… iyelah. Betullah tu. Kamu tu pun bukan boleh kena marah, mulalah nak melenting. Kalau dah marah tu, bukan kamu kira sapa.”
                “Neekkkk…” Indah merengek. Dalam pada dia cuba memujuk nenek, kesayangannya itu mengenakan dia pula.
                “Iye… sudahlah. Dah nak Asar ni. Nenek nak bersiap, nak ke surau. Kamu tu, kerja elok-elok. Jangan jadi macam yang dulu-dulu tu. Asyik kerja, berhenti. Kerja, berhenti. Kawal sikit baran kamu tu.”
                “Iye, nek. In ingat.”
                “Jangan iye, iye je. Ingat dan buat apa yang nenek pesan ni. Jaga diri kamu elok-elok dekat sana tu. Pesan dengan Aida tu sekali.”
                “Iye, nek. Insyaallah. In dengan Aida tak lupa. Insyaallah, hujung bulan ni, In balik ye.”
                “Iye. Nenek letak dulu ye. Assalamualaikum.”
                Indah menjawab salam sebelum talian dimatikan. Dia menarik nafas panjang. Bercerita dengan nenekny memang seronok tetapi setiap kali itu juga berjela-jela pesanan dari nenek sebelum dia mematikan talian.
                “Gaduh apa pulak dengan nenek kali ni?” Tanya Aida yang dari tadi membisu. Sesekali menelinga perbualan Indah dengan neneknya.
                “Nenek, biasalah. Futsal tu hanya untuk orang lelaki. Jangan garang sangat, kawal baran tu… bla…bla…bla… macam biasa.” Terang Indah sambil menyedut minuman yang sudah sedikit tawar kerana ais di dalamnya sudah mencair. Ketawa Aida mendengarnya. Pesanan biasa dari orang tua yang risau anak-anak bersendirian di Bandar besar seperti ini. Namun, dia tahu, Indah cukup  pandai menjaga diri.