Wednesday 28 December 2011

Kerana Kamu 6

6.
                “Kamu dengan Mira macam mana?” Kesunyian dalam kereta dipecahkan dengan soalan yang tiba – tiba terbit dari bibir Datuk Hamdi. Haris yang sedang memandu kereta balik dari tapak projek mereka di Puchong mengerling sekilas kearah bapanya itu. Hairan bila Datuk Hamdi tiba – tiba menanyakan soalan itu.
                “Maksud ayah?” Tanya Haris kembali. Pura – pura tidak faham. Yang sebenarnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu.
                “Maksud ayah, dah berapa minggu kamu jadi suami isteri. Takkan tak ada perkembangan. Dah semakin baik?” Datuk Hamdi sabar menerangkan walau dia tahu anaknya itu faham maksud soalannya.
                “Ayah…. Ayah tahu kan kenapa Ris kahwin dengan Mira. Ayah pun boleh Nampak macam mana kami kat rumah. So, what the point pada soalan ayah tu?”
                “Ayah tahu. Ayah tak lupa semua tu. Tapi, kamu kan dah kahwin dengan dia. Cubalah berbaik, cuba tanamkan rasa kasih sayang pada isteri kamu tu. Tak usah nak kenang lagi Dania sampai kamu abaikan isteri kamu sekarang.”
                “Please lah, ayah. Tolong jangan sebut lagi nama perempuan tu. Ris menyampah nak dengar.”
                “Kalau kamu masih simpan dendam, sampai bila – bilalah kamu dengan Mira macam ni. Jangan difikirkan sangat apa yang dah berlaku, yang penting apa yang kamu ada sekarang. Itu yang kamu jaga dan hargai. Bukan simpan dendam pada benda yang dah lepas.” Lembut Datuk Hamdi menasihati. Dia faham dengan perasaan Haris tetapi anaknya itu tidak boleh dibiarkan hanyut. Harus disedarkan sebelum terlambat. Haris mesti menghargai Dhamirah yang kini menjadi isteri sebelum terlambat nanti.
                “Dia dah malukan Ris. Malukan keluarga kita. Macam mana Ris nak lupakan semua tu, ayah? Sebab dia, semua orang kena tanggung akibatnya sedangkan dia senang – senang dengan jantan lain kat luar tu!” Sedikit kasar Haris membalas. Marah dan dendam tidak pernah padam bila terkenangkan perbuatan Dania.
                “Astaghfirullah al azim…. Tak baik macam ni, Ris. Yang sudah tu sudahlah. Yang penting sekarang kamu kena jaga rumahtangga kamu. Jangan di buat Dhamirah macam tu. Berdosa kamu sebagai suami, tau.”
                “I can’t accept what her sister had done, ayah. And Mira, senang – senang setuju nak kahwin dengan Ris, why? Senang betul dia orang selesaikan masalah. Tak fikir perasaan Ris? Perasaan mummy and ayah?” Haris meluahkan perasaan yang terbuku. Sakit hati dengan perbuatan keluarga Dhamirah.
                “Mira buat semua tu agar kita tak dapat malu. Dia sanggup kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah kenal dengan rapat semata – mata untuk tutup malu keluarga dia dan kita. Mira tak salah, Ris.”
                Kata – kata Datuk Hamdi di sambut dengan keluhan berat oleh Haris. Dia akui kebenaran kata – kata ayahnya. Namun hatinya masih kuat menidakkan. Tidak ingin menerima kenyataan yang terbentang di depan mata. Cuba mempersoalkan takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.
                “Just forget the past. Cuba kenali Mira and enjoy your life as her husband. Siapa tahu, Ris akan lebih bahagia dengan Mira compare to Nia. Allah jadikan setiap sesuatu dengan bersebab, Haris.” Datuk Hamdi menepuk perlahan peha Haris.
                “Ayah nak lunch dekat mana ni? Its 1 o’clock already.” Haris menukar topik crita. Tidak mahu terus terusan bercerita tentang rumahtangganya yang tidak terurus.
                “Mana lagi, balik rumahlah. Nanti lepas lunch and solat, kita ke office semula.” Datuk Hamdi menyatakan tujuan. Dia tersenyum bila sedar Haris mengerlingnya dengan keluhan berat. Anaknya itu sebolehnya tidak ingin melihat wajah Dhamirah. Dia pula, sebolehnya ingin menyatukan anak dan menantunya agar hubungan mereka diselubungi bahagia.
                “Ris hantar ayah balik rumah. Then, Pak Mid hantar ayah ke office ye?”
                “Kamu nak kemana pula?” Datuk Hamdi tidak puas hati. Mengerti, Haris cuba melarikan diri dari bertemu muka dengan Dhamirah.
                “Anywhere. But not home…”
                “Haris, Haris.. Sudahlah tu. Dah sampai rumah pun, nak membazir duit makan kat luar kenapa? Dah tak sedap Mak Ton kamu masak?”
                “Ayah… please faham Ris..” Haris seolah minta simpati. Balik ke rumah bermakna dia akan bertemu Dhamirah. Sedangkan itu yang paling dia cuba elakkan. Dia tidak mahu memarahi isterinya itu walaupun untuk perkara – perkara yang kecil. Sebolehnya dia ingin mengelak dari bertemu muka dengan Dhamirah. Sekurang – kurangnya sehingga Dhamirah kembali sibuk dengan kuliah dan tugasan akhir tahunnya di universiti.
                “No. You have to come home with me. Jangan lari dari masalah, Haris. I never thaught you that.” Tegas Datuk Hamdi. Walau apa pun masalah yang dihadapi di rumah, Haris harus menghadapinya, bukan melarikan diri. Melarikan diri hanya mengelakkan masalah, bukan menyelesaikannya.
                Haris mengeluh perlahan. Dia sudah tidak boleh membantah bila Datuk Hamdi sudah bertegas begitu. Kereta di belok perlahan menuju ke rumah agam mereka.
********************************************************************************
                Pintu bilik di kuak perlahan. Dhamirah mengjenguk ke dalam bilik. Haris enak berbaring di atas katil. Matanya terpejam rapat dengan tangan kanannya dilabuhkan di atas kepalanya. Mungkin lelaki itu tertidur kepenatan kerana sibuk bekerja. Menurut Datuk Hamdi, mereka berdua baru balik dari tapak projek di Puchong yang mengalami sedikit masalah. Mungkin juga Haris tertekan kerana beban kerjanya. Atau mungkin juga tertekan kerana kehadiran dirinya di rumah ini.
                Dhamirah melangkah dengan berhati – hati mendekati Haris. Tidak mahu tidur lelaki itu terganggu dengan kehadirannya. Sampai di sisi katil, dia berdiri terpacak. Tidak tahu ingin berbuat apa. Ingin mengejutkan Haris, tentu lelaki itu mengamuk lagi kerana tidurnya terganggu. Hendak dibiarkan, Datuk Hamdi sudah memanggilnya untuk kembali ke pejabat.
                “Abang…” Panggil Dhamirah perlahan. Getar terasa di hati. Berdoa agar Haris tidak akan memekik memarahinya sebentar nanti.
                “Abang, bangunlah. Ayah dah panggil. Dah nak balik office ni.” Dhamirah mencuba lagi setelah tiada reaksi dari Haris pada panggilan pertamanya tadi. Suara ditinggikan sedikit namun Haris masih tidak memberi sebarang reaksi. Masih dengan posisi tidur yang seperti tadi.
                “Abang..!” Dhamirah tidak jemu. Kali ini, bahu Haris di goncang perlahan. Tidur mati betul, getus hati Dhamirah. Kali ini, Haris bergerak. Dari tidur terlentang, kini di beralih mengiring ke kiri, membelakangi Dhamirah.
                Dhamirah melepas nafas, berat. Susahnya hendak mengejutkan lelaki ini. Dia melabuh duduk di birai katil. Lengan Haris dipegang dan digerakkan sedikit.
                “Bangunlah, bang. Ayah dah panggil tu.”
                “Hrmm….” Hanya itu balasan Haris. Dia beralih posisi lagi. Kali ini, mengiring menghadapi Dhamirah pula sehingga gadis itu terpaksa mengensot sedikit, memberi lebih ruang pada Haris.
                “Abang…”
                “Aku sakit kepala. Suruh ayah pergi dulu. Nanti aku pergi.” Haris bersuara dengan mata yang masih tertutup. Saat ini, dia hanya ingin tidur, tidak mahu sesiapa mengganggunya. Tidak juga berupaya rasanya untuk kembali ke pejabat dan menghadap kerja – kerja yang tidak pernah habis.
                “Abang demam ke?” Dhamirah diserang risau. Spontan tangannya naik ke dahi Haris. Tidak panas, mungkin Haris hanya sakit kepala.
                “No. Pergi cakap dengan ayah. Aku nak tidur.” Haris mencapai tangan Dhamirah yang masih meraba dahinya dan meletaknya di ribaan Dhamirah. Tangannya juga berlabuh di riba Dhamirah selepas itu. Mungkin Haris tidak sedar namun tindakan itu membuah debar di hati Dhamirah. Itu kali pertama lelaki yang tiada hubungan darah dengannya berani meletakkan tangannya diribaanya. Walau Haris sudah halal menyentuh setiap inci tubuhnya, entah kenapa debar itu tetap menyerang tubuhnya. Lebih aneh, getaran itu menerbitkan rasa halus yang menjalar di setiap inci tubuhnya.
                “Abng tidur dulu. Nanti Mira bawakan ubat.” Dhamirah meletakkan tangan Haris ke tilam lalu dia bangun. Tergesa – gesa dia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah di mana Datuk Hamdi sudah menunggu.
                “Mira, mana Haris?” Tanya Datuk Hamdi sebaik Dhamirah muncul di ruang tamu.  Datuk Hamdi dan Datiin Marina ketika itu sedang berbual santai di ruang tamu.
                “Abang Haris sakit kepala. Dia kata nak rehat. Maybe ayah kena ke office sendiri kot.” Dhamirah menerangkan. Hatinya diserang bimbang dengan keadaan Haris. Walau badan Haris tidak panas, namun jika tidak di beri ubat, ada kemungkinan Haris akan demam lewat hari nanti.
                “Hrmm… Dah sakit kepala pula. Tak apalah, ayah ke office dulu. Mira jaga dia. Migraine Haris tu agak teruk jugak.” Datuk Hamdi bangun dari duduknya. Dia mengangguk bila Dhamirah mengangguk mendengar pesanannya tadi. Dia tahu Dhamirah boleh menjaga Haris. Dhamirah adalah gadis yang sarat dengan rasa simpati. Tentu gadis itu tidak sampai hati melihat suami sendiri ditimpa kesakitan.
                “Abang pergi dulu, Rina. Mira, ayah pergi dulu.” Datuk Hamdi melangkah ke pintu utama setelah Dhamirah menyalam dan mengucup tangannya. Datin Marina yang menghantarnya ke muka pintu turut bersalam dengan Datuk Hamdi dan tunduk mencium tangan suaminya. Datuk Hamdi pula mencium dahi Datin Marina sebaik wanita itu kembali tegak berdiri. Sejuk hati Dhamirah yng menjadi saksi perlakuan itu. Entah bilalah dia dapat melakukan itu dengan suaminya. Dia tidak minta Haris mencium dahinya, cukup andai dia dapat menyalami dan mencium tangan Haris setiap kali lelaki itu melangkah kaki keluar dari rumah.
                “Apa yang tercegat lagi tu? Tak reti nak tengok suami tu? Suami sakit, kau boleh tercegat pulak kat sini?” Teguran keras Datin Marina menyedarkan Dhamirah yang sudah jauh berangan. Dia tersengih mendengar teguran itu.
                “Alamak, terlupalah, mummy. Sekejap, Mira ambil ubat.” Dhamirah bergegas ke dapur. Menjerit memanggil Mak Ton untuk bertanya di mana dia boleh dapatkan ubat sakit kepala untuk Haris. Kalut Dhamirah menyambut ubat dari tangan Mak Ton dan menuang segelas air suam dari jag. Terkocoh – kocoh Dhamirah mendaki tangga ke tingkat tiga rumah itu. Tanpa sedar, Datin Marina yang memerhati dari tadi mengukir senyum. Senang hatinya melihat aksi kalut Dhamirah. Dhamirah yang manja yang dia kenal sejak lima tahun dulu.
                “Abang… Bangun, makan ubat dulu.” Dhamirah meletak ubat dan air di meja sisi katil. Haris yang masih lena tidur tidak sedikit pun berkutik. Kedengaran dengkuran halus dari bibir sensual lelaki itu. Dhamirah menarik nafas melihat Haris. Rasa takut harus dilupakan dahulu semata – mata untuk memastikan Haris kembali sihat.
                Dhamirah duduk di birai katil. Sedikit takut bila belakang tapak tangannya melekap di dahi Haris. Sudah terasa sedikit berbahang. Mungkin lelaki itu akan diserang demam jika tidak diberi makan ubat dengan segera. Dari dahi, tangannya meraba pula leher Haris. Juga sudah terasa berbahang. Dhamirah semakin bimbang. Pantas kakinya menuju ke punat penghawa dingin untuk menaikkan suhu. Tidak mahu kedinginan penghawa menyebabkan sakit Haris melarat.
                “Abang, bangunlah. Makan ubat. Nanti tidur lagi.” Lembut suara Dhamirah mengejutkan Haris. Bahu Haris digoncang perlahan. Haris membuka sedikit mata namun kemudian kembali tidur.
                “Bangunlah, abang. Janganlah degil.” Manja sekali Dhamirah memujuk. Lembut dan menjentik ke hati Haris. Tetapi dia cuba untuk tidak memperdulikan suara lembut dan manja itu. Hatinya Cuma ingin tidur.
                “Aku nak rehat. Jangan ganggu akulah. Bising!” Haris menukar posisi tidur. Entah apa perasaannya bila Dhamirah begitu dekat dengannya. Dengan suara lembut dan aksi manja begitu pula. Dia takut nanti sakit lain pula yang datang mengganggu dirinya.
                “Iye… tapi makan ubat dulu. Nanti abang tidurlah. Mira janji tak ganggu lagi dah lepas ni.”
                “Aku cakap jangan ganggu aku.” Tinggi suara Haris namun sudah bertukar sedikit serak. Itu membuatkan Dhamirah semakin bimbang. Tidak menghiraukan suara tinggi Haris. Dhamirah menarik Haris agar menghadapnya.
                “Makan ubat dulu. Then, abang boleh rehat dan tidur. Jangan degil boleh tak?” Dalam lembut, Dhamirah sudah bertegas. Muka bengang Haris tidak dipedulikan. Dia mengarahkan Haris agar duduk bersandar di kepala katil dan dia membantu Haris makan ubat dan diselangi dengan air. Kemudian, dia membantu Haris agar berbaring kembali.
                “Kan senang tu. Nak makan ubat pun susah. Macam budak – budak.” Dhamirah membebel bila dirasanya Haris sudah terlena. Dia mengemaskan ubat dan ingin turun membawa air dan ubat.
                “I heard that.” Haris bersuara di dalam tidurnya. Dhamirah terkejut mendengar itu namun akhirnya dia ketawa perlahan. Tidak mahu didengari oleh Haris.
                “Ooppsss….” Tuturnya perlahan lalu menghilang di balik pintu. Haris yang menyedari Dhamirah sudah keluar, mengukir senyum dengan keletah itu. Keletah yang baru diketahuinya ada pada isterinya.
                Dhamirah menuruni tangga dengan rasa riang di hati. Entah apa yang buat dia riang sekarang ini. Mungkin kerana hari ini, dia dapat berkhidmat untuk suaminya. Mungkin juga kerana Haris tidak memarahinya hari ini. Entah, dia tak tahu, yang pasti, dia rasa gembira hari ini.
                “Mira, dah bagi Haris makan ubat?” tegur Mak Ton ketika Dhamirah membasuh gelas yang digunakan Haris sebentar tadi.
                “Dah Mak Ton. Tapi, abang Haris tu memang susah nak makan ubat ye?” Tanya Dhamirah tanpa berselindung. Pelik dengan perangai degil Haris yang susah sangat hendak mengambil ubat. Mak Ton ketawa mendengar soalan Dhamirah. Gadis itu tidak tahu rupanya.
                “Sekarang Mira dah tahu, kan. Kalau ubat air, lagi seksa nak suruh dia makan. Degil. Penakut sangat nak makan ubat.” Mak Ton membuka rahsia. Meletus ketawa Dhamirah mendengar kata – kata Mak Ton. Patutlah susah sangat. Nak rehatlah, nak tidurlah, mengganggulah. Rupanya takut makan ubat.
                “Lagi satu, dia tu kalau demam, manjanya Ya Rabbi. Macam orang dah nazak. Macam – macam dimintanya. Sedikit pun tak nak berganjak dari katil dia sampai dia sihat. Semua nak suruh orang buatkan.” Mak Ton rancak bercerita perihal Haris. Ceria di wajah Dhamirah bagai memberitahu sesuatu.
                “Erk? Ye ke? Tadi pun Mira rasa badan dia dah start panas. Kalau melarat nanti, susah juga ye.” Dhamirah mula bimbang. Bukan perangai mengada – ada Haris yang dia bimbangkan. Tapi keadaan kesihatan lelaki itu yang buat di runsing. Dia tidak biasa menjaga orang sakit. Selalu mama yang uruskan semua. Dia Cuma membantu apa yang disuruh mama.
                “Dah namanya isteri, kan. Kenalah jaga suami. Kalau ditakdirkan Mira sakit pulak nanti, tentu Haris akan jaga Mira jugak.”
                Tersenyum Dhamirah mendengar itu. Senyum penuh makna. Benarkah kata – kata itu. Mahukah lelaki itu bersusah payah menjaganya kalau dia sakit? Sedangkan dia tidak pernah punya tempat di hati lelaki itu.
                “Sudahlah. Mira pergi naik. Temankan Haris tu. Kalau dia nak apa – apa nanti, minta aje dengan Mak Ton ye. Mira rehatlah. Dah penat tadi tolong Mak Ton masak.” Mak Ton, seperti biasa, hanya mengarahkan dia agar berehat. Dhamirah mencebik. Kalau asyik berehat, tentu dia mati akal. Tiada apa yang boleh dibuat di rumah ini. Semuanya Mak Ton ingin buat seorang. Namun kakinya tetap di atur ke tingkat atas. Ingin menjenguk Haris. Seperti kata Mak Ton, dia harus menjaga suami yang sedang sakit.

No comments:

Post a Comment