Wednesday, 4 January 2012

Kerana Kamu 7

7.
                Kiosk berhampiran perpustakaan itu agak lengang. Waktu begini memang tidak ramai pelajar kerana masing – masing menghadiri kuliah. Hanya Dhamirah dan Lily yang berada di kiosk itu. Sibuk membelek silibus pelajaran untuk semester baru ini. Semester terakhir mereka di universiti ini. Baru dua minggu semester di buka, masiih banyak yang mereka berdua perlu teliti.
                “So, how’s your life now?” Lily membuka mulut. Sudah lama dia ingin bertanya soalan itu. Prihatin dengan hal ehwal teman baiknya itu. Berkerut dahi Dhamirah mendengar soalan itu. Tidak faham dengan maksud soalan Lily.
                “So and so.” Balas Dhamirah acuh tak acuh. Perhatiannya kembali tertumpu pada ringkasan silibus di atas meja. Mereka tidak banyak kuliah semester ini, Cuma tahap mata pelajaran mereka semakin sukar setiap semester.
                “Dah boleh terima dia?” Tanya Lily lagi. Tidak puas dengan jawapan selamat dari Dhamirah tadi. Dia ingin tahu perkembangan terbaru Dhamirah. Sejak Dhamirah berkahwin, dia agak ralat ingin menghubungi Dhamirah sepanjang cuti kerana tidak mahu mengganggu hidup baru temannya.
                Semakin berkerut dahi Dhamirah. Hairan kenapa Lily begitu berminat dengan kehidupannya sebagai seorang isteri.
                “Motif soalan kau tu?” Dhamirah membalas dengan soalan juga. Lily ketawa kecil dengan respon Dhamirah. Sudah sangat faham dengan perangai Dhamirah. Selagi boleh dirahsiakan, Dhamirah akan merahsiakan segala rasa dihatinya.
                “I’m just being concern. Risau dia apa – apakan kau. Takut dia tak boleh terima kau lepas tu dera kau.” Lily melepaskan rasa. Meluahkan kebimbangan namun kata – katanya disambut dengan senyuman manis di bibir Dhamirah.
                “Baru sebulan, Lily. What do you expect? Secepat tu aku boleh terima dia and secepat itu dia boleh terima aku? And… Kalau kau risau dia dera aku. Tak usah risaulah. I’m sure he’s not that kind of person. So far, belum ada lebam di badan aku.” Dhamirah menerangkan. Tidak mahu Haris dipandang rendah oleh Lily.
                “Badan kau memang tak lebam. Tapi hati kau?” Lily lebih dalam menduga. Perubahan Dhamirah dapat di kesan walau gadis itu cuba menyembunyikan rasa hatinya. Terukir lagi senyum di bibir Dhamirah. Luka hatinya akan sembuh di bawa masa. Cukup bila Haris tidak pernah memukulnya. Cukup bila Haris tidak memarahi dan menengkingnya. Dia tidak mengharapkan lebih dari itu. Apa yang hatinya mahu, agar semua orang yang disayanginya gembira dan bahagia.
                “Aku dah cukup gembira dengan keadaan sekarang, Lily.”
                “Kau boleh tipu orang lain, Mira. Tapi bukan aku. Sejak masuk sem ni, aku Nampak perubahan kau. Abang Haris masih tak boleh terima kau?”
                Hanya senyuman yang boleh dijawab pada soalan Lily. Apa lagi yang boleh dia jawab. Tak mungkin Haris boleh menerimanya. Kehadiran dia hanya sebagai alat untuk Haris membalas dendam. Namun, sejak peristiwa Haris di serang demam minggu lalu, lelaki itu sudah jarang marah – marah dan memekik. Hanya Haris semakin dingin sejak itu. Tiada sepatah kata yang terbit dari bibir lelaki itu. Bibir yang bisa menggetarkan setiap wanita yang memandangnya.
                “So, first night macam mana? Seronok?” Lily menggiat lagi. Tidak Berjaya mengorek rahsia dengan soalan di awal tadi, dia tukar soalan pula. Tukar taktik. Merona merah pipi Dhamirah mendengar soalan itu. Kenapa Lily seberani itu bertanya soalan berkaitan suami isteri? Dia yang sudah berkahwin pun, sangat segan bila berbicara soal itu.
                “Apa yang kau merepek ni? Tanya benda yang bukan bukan pulak.” Dhamirah membuntangkan mata. Amaran dia tidak suka soalan itu dibicarakan. Lily ketawa melihat aksi itu. Dia tahu Dhamirah sangat tertutup soal seperti itu. Malah, Dhamirah sangat menjaga batas pergaulannya dengan lelaki.
                “Itu perkara biasa kan untuk orang dah kahwin.”
                “Yes, and you’re not marry yet. Aku seorang je yang dah kahwin. So, aku tak akan jawab. Kalau nak tahu seronok ke tak, get yourself a husband. A legal one.”
                “Eleh, malu konon. Segan nak kongsi….”
                “Hai, Mira. Lily..” Teguran itu memotong kata – kata Lily. Pandangan mereka berdua berpusat kea rah lelaki yang melabuh duduk di hadapan Dhamirah. Dhamirah mengalih pandang kearah Lily. Minta pengertian daripada temannya itu. Dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki ini. Lelaki yang telah Berjaya mencuri hatinya disuatu waktu tetapi kini harus dilupakan. Bukan setakat harus, malah wajib dilupakan. Takkan ada ruang dihatinya untuk lelaki lain melainkan lelaki bernama Haris Haiqal yang kini bergelar suaminya.
                “Er… Aku pergi beli air. Hauslah.” Lily bangkit dari duduknya tetapi Dhamirah pantas mencapai tangan Lily. Pandangan menyatakan agar Lily tidak meninggalkan dia berdua dengan lelaki itu.
                “I’ll be around. Just next sit.” Lily sedikit berbisik. Dia faham dengan situasi Dhamirah dan tidak mungkin dia akan meninggalkan Dhamirah berduaan sahaja dengan lelaki itu. Walau mereka berada di khalayak ramai, namun maruah Dhamirah harus dipeliihara dari menimbulkan sebarang fitnah.
                “Mira apa khabar? Sihat?” Mikail bertanya setelah suasana sunyi menyelubungi mereka. Canggung. Segalanya terasa berbeza bila status Dhamirah bertukar.
                “Alhamdulillah. Awak?”
                “Hurt. Tapi I’ll manage. Mira bahagia?” kenyataan Mikail bagai sembilu tajam yang menghiris hati Dhamirah. Dia tak berniat untuk melukai hati Mikail, Cuma keadaan yang memaksa. Dia tiada pilihan ketika itu.
                “I’m sorry, Mika. I really am.” Dhamirah kesal. Demi kebahagiaan mama dan papa, dia terpaksa lukakan hati Mikail. Namun cintanya pada mama dan papa lebih kuat dari cintanya pada lelaki dihadapannya ini.
                “Kenapa Mira setuju nak kahwin? Kenapa Mira tak fikir pasal hubungan kita masa tu? Have you ever tought of me?” Mikail tidak mampu menahan rasa kecewa. Dia sudah memasang angan – angan. Sebaik tamat pengajian sarjananya tahun hadapan, dia akan masuk meminang Dhamirah. Kerja sudah menanti, jadi dia tidak perlu risau tentang kewangan sebaik berkahwin. Tetapi kini, angan – angan akan tetap tinggal angan – angan. Dhamirah sudah dimiliki oleh orang lain.
                “Itu keputusan terbaik yang Mira boleh buat masa tu.” Perlahan Dhamirah menjawab. Dia tiada jawapan untuk soalan itu sebenarnya. Ketika itu, dia hanya tidak mahu melihat air mata Puan Haryani. Dia tidak mahu menambah luka pada ibu dan bapa yang banyak berkorban untuk dirinya.
                “Dan lupakan tentang apa yang kita ada? Mira tak pernah cintakan Mika, ye?” Mikail mendesak. Dia ingin jawapan sehingga dia berpuas hati. Dan sehingga setakat ini, dia masih tidak berpuas hati. Buntang mata Dhamirah mendengar tuduhan Mikail. Sehingga ke situ Mikail menuduhnya. Apa agaknya yang lelaki ini akan buat jika dia yang berada di situasinya?
                “I used to love you, Mikail. Tapi, cinta Mira pada mama dan papa lebih dari segala – galanya. Dan sebab itu, Mira sanggup buat apa saja demi mereka. Termasuk menggadaikan cinta Mira. But, I’m really sorry. Sekarang cinta Mira untuk Mika dah tak ada.” Tegas Dhamirah. Dia mengangkat punggung tetapi genggaman Mikail di pergelangan tangannya menghentikan tindakannya. Wajahnya masam dan matanya buntang melihat tindakan melampau Mikail. Selama ini, Mikail tidak pernah pula berani menyentuhnya.
                “Mira cintakan lelaki tu, kan.” Mikail menyoal lagi tanpa melepaskan genggamannya. Pandangan marah Dhamirah tidak diperdulikan. Semakin Dhamirah cuba menarik tangannya, semakin kuat pula genggamannya.
                “Let go of me, Mikail.” Dhamirah marah namun tone suaranya dikawal agar tidak di dengari oleh pelajar yang berada di situ. Ada juga yang menoleh, tapi cuma seketika sebelum mereka tenggelam dengan dunia sendiri.
                “No. Until you tell me, siapa yang Mira cinta?
                “Fine. Mira cintakan suami Mira. And rasanya, nama suami Mira bukan Mikail Imran. Kan? So. Let go of me. Mika takde hak nak pegang isteri orang macam ni.” Marah Dhamirah sudah tidak mampu di kawal. Andai Mikail tidak melepaskan tangannya, dia sanggup menjerit. Tidak rela maruahnya dijatuhkan seperti ini. Namun, Mikail melepaskan genggamannya sebaik mendengar jawapan Dhamirah. Dia tahu, sekiranya ada cinta pun di hati Dhamirah terhadapnya, tentu gadis itu tidak akan mengaku. Dia sudah masak benar dengan garis panduan gadis itu dalam perhubungan. Semuanya dibatasi dengan agama. Dan kerana itulah, cintanya mekar untuk gadis itu.
                “Sorry, Mika tak berniat.”
                “Mira kena pergi.” Dhamirah berlalu ke meja Lily. Ingin mengajak Lily beredar dari situ. Kuliah mereka pun akan bermula lebih kurang sejam.
                “Dia nak apa?” Lily bertanya ketika kaki di atur ke dewan kuliah. Tadinya perbualan antara Dhamirah dan Mikail tidak berapa jelas di telinganya. Yang jelas hanya wajah Dhamirah yang merah menahan marah bila tangannya di pegang Mikail.
                “Kau ingat apa?” Dhamirah sudah malas mahu bersoal jawab tentang dirinya. Banyak pula masalah yang terpaksa dihadapi di awal semester ini. Rasanya lebih baik di duduk memerap di rumah mewah itu dan hanya menghadap kebencian Haris dan Datin Marina.
                “Sessi meluahkan rasa kecewa.” Lily ketawa di akhir bicaranya. Bukan dia tidak tahu Mikail cinta mati pada Dhamirah. Tentu kecewa separuh mati bila Dhamirah diambil orang.
                “Dah tahu, kenapa Tanya lagi?” Dhamirah turut ketawa. Ketawa yang pertama sejak pagi tadi. Oh, rasanya ketawa yang pertama sejak dia menjadi isteri. Ketawa yang benar – benar ketawa.
                “Just for confirmation.” Jelas Lily dalam tawa yang masih bersisa. Matanya merenung Dhamirah. Jelas terpancar kegembiraan di wajah itu. Cantik dan comel dengan wajah memerah kerana ketawa.
                “Aku suka tengok kau gelak. Kau patut selalu gelak, Mira.” Lily memberi semangat. Mahu Dhamirah gembira melalui hari – harinya.
                “Kita dah nak habis pengajian, baru hari ni kau suka tengok aku gelak?” Dhamirah menggiat.
                “Dah lama. Cuma hari ni, bila kau gelak, Nampak berseri – seri.” Lily mengenyit mata. Berharap Dhamirah faham dengan makna tersiratnya. Dhamirah ketawa lagi. Bukan tidak faham dengan kata – kata Lily.
                “Tak usah nak konar. Aku tahu maksud kau. I promise, I’ll try. Ok?” Dhamirah turut mengenyit mata. Gembira hatinya bila bersama Lily. Teman di kala gembira dan sedih. Teman yang sentiasa ada, berkongsi rasa di hatinya.
                “Aku pegang kata kau. Lepas ni, kalau kau sedih sedih lagi, aku tahulah nak buat apa.”
                Dhamirah mengerut dahi mendengar bicara Lily. Langkahnya terhenti tetapi Lily menarik tangannya agar mereka meneruskan perjalanan ke dewan kuliah.
                “Tak payah nak kerut dahi minta simpati. Kalau tak nak aku buat sesuatu, just be happy, ok.” Lily memberi amaran sebelum dia melangkah masuk ke dewn kuliah. Meninggalkan Dhamirah yang terpinga – pinga. Namun kemudian, dia menggeleng kepala, lalu turut  masuk ke dewan kuliah yng mula di penuhi dengan pelajar.

No comments:

Post a Comment