Friday 30 September 2016

Kerana Kamu 13

13.
                
           Hari hari yang dilalui selepas berpindah keluar membuatkan Dhamirah semakin selesa. Rumah banglo yang besar itu, hanya dihuni oleh mereka berdua. Tambahan pula, dia punya bilik sendiri. Jadi dia banyak ruang untuk privasi. Jika dia ingin berjauhan dari Haris, dia pilih untuk mengurung diri dalam bilik atau berada di ruangan yang berbeza dari Haris. Jika tiba – tiba dia terasa untuk bertengkar dan bertegang urat dengan Haris, dia sengaja memilih untuk sama-sama duduk menonton TV di ruang tamu. Berada dalam satu ruang dengan Haris, bunga – bunga pertengkaran itu memang akan cepat membenih. Apa lagi, Haris memang alergik kalau dia ada bersama di ruangan sama.
                Hubungan dia dengan Haris masih tiada perubahan positif. Kalau ada pun, Cuma dia yang tidak lagi takut untuk menjawab setiap kata-kata Haris. Sering kali arahan Haris dia persoalkan. Mengenali Haris yng cepat baran, dia tahu dia tetap akan dimarahi oleh suaminya itu. Namun, hatinya terasa senang pula bila dapat dengar suara marah – marah Haris. Ada waktu mereka bertegang urat hingga tidak bertegur sapa sehingga berhari – hari. Ada waktu, setiap hari mereka bertengkar dan suara petir Haris memarahinya memenuhi ruang di dalam rumah itu. Dan, keadaan itu sudah semakin serasi dengan Dhamirah. Dia sudh lali dengan suara petir Haris dan kata – kata Haris yang sangat berbisa.
                Tumpuannya pada pelajarannya juga tidk pernah diabaikan. Hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk dia menamatkan pengajian. Selepas itu, dia akan segera mencari kerja. Duduk sahaja di rumah, tentu dia rasa bosan. Kewangan mungin tidk menjadi masalah. Sejak duduk berasingan dengan ibu bapa Haris, akaunnya pasti akan bertambah setiap bulan. Haris pasti memasukkan sejumlah amaun ke dalam akaunnya setiap bulan. Argh, hal itu juga menjadi punca pertengkaran mereka sedikit waktu dahulu. Dia berkeras tidak mahu menerima. Haris pula dengan sikap diktaktornya, berkeras mahu memberi. Hasilnya, setiap bulan amaun wang di dalam akaunnya tidak pernah surut.
                Leka memikirkan arah rumahtangga dan bentuk hubungan mereka, Dhamirah terkejut ketika telefon bimbitnya di dalam begnya bergetar kuat. Di dalam perpustakaan, tentulah dia terpaksa meletakkan telefon bimbitnya itu dalam mode senyap. Perlahan telefon di tarik keluar, ikon whatsapp tertera di skrin telefon. Ini, tak lain tak bukan, mesti suami kesayangannya itu yang menghantar.
                Habis kelas pukul berapa?
                Seperti biasa, soalan seumpama itulah yang akan dia terima setiap kali Haris menghantar whatsapp.
                Dua.
                Ringkas jawapan Dhamirah. Tak perlu jawab panjang berjela, nanti dia juga yang sakit hati bila Haris membalas  dengan sepatah perkataan.
                I’ll fetch you. Kita pergi beli groceries. My friends are coming over tonight.
                Dhamirah mengerut dahi sebaik habis membaca. Eh? Begitu sahaja? Tak perlu tanya dia kah samada dia bersedia untuk menerima tetamu? Tapi, bila difikirkan semula, sejak bila pula Haris akan tanya persetujuan dia untuk berbuat sesuatu?
Erk??
What?? Nanti kau beli apa aje yang kau rasa nak masak malam ni. But make sure ia sedap!
Kalau diikutkan hati yang panas, memang dah lama telefon Samsung Galaxy S3nya ini pecah berderai kerana dia baling ke dinding. Setiap kali berbalas whatsapp dengan Haris, itulah yang ingin sangat dia buat. Sakit hati dengan setiap arahan Haris. Ikut suka hati dia aje. Tapi, sayang pula nak baling telefon. Samsung Galaxy S3 ini hadiah daripada papa tahun lepas sempena hari jadinya.
“Kenapa?” Tanya Lily yang dari tadi perasan akan kerutan di dahi Dhamirah.
“Haris suruh aku masak malam ni.” Datar dan perlahan suara Dhamirah. Tiada mood. Memang menjadi rutinnya setiap malam untuk memasak tetapi kebiasaannya dia hanya memasak menu yang simple sahaja. Haris juga tidak pernah kisah dengan apa jua hasil air tangannya. Walau mulut Haris lincah komen itu dan ini, bertambah juga Haris makan. Tapi, itu menu dia untuk mereka berdua. Kali ini, Haris ajak teman – temannya pula. Apa yang dia nak masak?
“Wah… dah pandai request masak. Ada improvement.” Giat Lily. Dia menahan tawa. Tidak mahu mengganggu pelajar lain dengan gelagatnya. Spontan jari Dhamirah mencubit peha Lily. Terjerit gadis itu, namun dia smepat menutup mulut. Mata liar memandang sekeliling, mujur tiada yang terganggu.
“Dia ajak kawan – kawan dia datang rumah malam ni. Dah tu, suruh aku masak untuk diaorang. Apa yang aku nak masak ni?” Dhamirah garu kepala yang tidak gatal. Rungsing bila fikirkan permintaan Haris. Keadaan terdesak macam ni, manalah dia terfikir nak masak menu yang sedap. Dia bukan pandai sangat memasak, setakat nak masak untuk mereka berdua tu, bolehlah.
“Alah, apa susah… Kau masak aje nasik ayam special kau tu. Itu kan signature dish kau tu.” Lily memberi cadangan sambil tangan lincah mencoret nota di dalam buku notanya. Sekejap lagi, teman – teman yang lain akan tiba untuk sesi perbincangan mereka.
“Ha’ah kan.. apsal aku tak terfikir erk?”
Sessi perbincangan mereka bermula sebaik tiga lagi teman sekumpulan mereka tiba. Sehingga jam dua petang, mereka berlima mengerah otak untuk membuat assignment seperti yang diarahkan oleh pensyarah mereka. Ketika asyik berbincang, satu lagi whatsapp dihantar oleh Haris mengatakan yng dia sudah sampai. Oleh kerana Dhamirah terpaksa meminta diri, maka yang lain juga ambil keputusan untuk menghentikan perbincangan untuk hari itu dan mereka beriringan keluar dari perpustakaan. Leka berbual dengan Lily dan tiga lagi teman yang lelaki, Dhamirah tidak sedar yang Haris sedang memerhatinya tidak jauh dari situ. Melihat kemesraan dan gelak tawa Dhamirah, hati Haris tiba-tiba berdetak tidak sedap. Tambahan pula kebaya yang tersarung di tubuh Dhamirah agak sendat dan menampakkan lekuk tubuh menawan itu.
“Okey guys, bye! See y’all tomorrow..” Dhamirah melambai tangan sebelum masuk ke dalam kereta. Haris sedang menunggu di tempat pemandu dengan spek mata hitam terselit di telinga. Berdebar dada Dhamirah melihat wajah tampan Haris semakin tampan ketika dia bergaya begitu. Tanpa teguran, Haris lantas menekan minyak dan keretanya laju dihala keluar dari kawasan universiti.
“Abang dah lama tunggu?” Dhamirah memulakan bicara. Melihat wajah tegng Haris, dia tahu ada sesuatu yng tidak kena. Sebelum Haris menghamburkan marah, baik dia cuba mengambil hati Haris. Namun, soalannya tidak berbalas. Dhamirah mengecilkan anak mata. Berbicara dengan Haris tidak pernah senang. Sering kali soalannya tidak berjawab. Kalau pun ad jawapan, Haris Cuma tahu marah sahaja.
“Sorry, Mira lambat keluar. Ada yang tak settle lagi masa abang whatsapp Mira tu.” Dhamirah ambil langkah selamat. Lebih baik dia minta maaf dahulu sebelum Haris marahkan dia.
“Lepas ni, kau jangan pakai baju ni lagi. Segala baju kebaya yang ada dalam almari kau, buang.” Tegas suara Haris. Terkebil-kebil Dhamirah memandang Haris, tidak faham. Rasanya tadi, dia bertanyakan soalan lain. Kenapa lain pula balasan Haris?
“Ha?”
Haris menjeling sekilas. Jantung berdegup laju saat terpandang reaksi Dhamirah. Mata terkebil-kebil dengan mulut sedikit terbuka. Sungguh, reaksi itu buat dia tergoda. Cepat Haris melarikan pandangan. Kalau dipandang lama-lama, takut dia tak jadi bawa Dhamirah membeli barangan dapur sebaliknya terus ke rumah untuk penuhi tuntutan batin dia sekarang.
“Jangan buat pekak la, Dhamirah. Aku kata jangan pakai lagi baju ni. Semua jenis kebaya aku tak bagi kau pakai. Jangan ada pun baju-baju tu dalam almari kau.” Perlahan tapi tegas suara Haris. Bila difikirkan Dhamirah memakai pakaian sebegini dan dikelilingi pula oleh kawan – kawan lelakinya, sungguh hati Haris tidak tenteram. Terasa pandangan setiap lelaki itu tembus terus ke tubuh Dhamirah. Dan mengenangkan itu, hatinya mendidih marah.
“Tapi kenapa?”
“Kenapa kau banyak mulut sangat sekarang ni? menjawab aje apa yang aku cakap! Buat ajelah.” Haris sedikit menengking. Terkejut Dhamirah. Haris dalam mood marah, baik dia diam. Tapi dia tetap tak puas hati. Mahal kot kebaya yang dia sarungkan sekarang. Jenis kain yang mahal, bukan senang dia nak dapatkan kain ni. Berapa lama dia kena berjimat semata – mata untuk membeli kain ini. Walaupun mama dan papa boleh dikatakan berada juga, tapi ibu bapanya itu tidak pernah manjakan dengan wang ringgit. Setiap apa yang dia inginkan, harus diusahakan sendiri.
“Okey… tapi sayanglah. Mahal tau Mira beli kain ni nak buat baju. Lama Mira kumpul duit. Sekarang abang suruh buang pulak… sayangnya…” Lemah Dhamirah bersetuju.
“Aku boleh belikan kain dengan harga yang sama. Yang lagi mahal pun boleh. Asalkan kau buang semuanya.” Balas Haris tidak berperasaan. Dhamirah menjeling geram. Bukan harga kain itu yang buat dia sayang tetapi usaha dia yang beriya-iya inginkan kain ini. Sudah dapat, Haris senang-senang suruh buang pula.
“Mana nak sama dengan yang ini. Yang ini, Mira kumpul duit untuk beli. Duit loan, duit papa bagi tiap-tiap bulan. Haa… lepas tu, duit upah tolong mama bersihkan taman bunga dia.” Lancar Dhamirah bercerita. Tidak peduli lagi samada Haris ingin mendengar atau tidak. Hati sedang sedih kerana diminta buang barangan yang penat dia usahakan untuk mendapatkannya.
“Okey, stop it! Aku tak nak dengar cerita jiwang kau tu. Kalau kau nak simpan, boleh.”
“Really?” Dhamirah terjerit. Matanya bersinar bercahaya. Teruja kerana Haris termakan pujukannya.
“Ada syarat.”
“Ha?” Haris mendecit. Ha lagi… Dhamirah ni tahu ke tidak yang aksi blur plus comel isterinya itu benar – benar menggoncang imannya sekarang.
“Kau boleh simpan. Tapi jangan sekalipun pakai, unless I ask you to.”
                Seribu kerutan terukir di dahi Dhamirah. Dia memang betul – betul tidak faham kehendak Haris. Kalau baju sebegini mahal hanya disimpan di dalam almari, buat apa?
                “Kenapa?”
                “No questions ask!” Jawapan yang selalu Haris bagi setiap kali dia bertanya. Dhamirah genggam penumbuk, geram dan marah. Kalaulah, Haris ni adik dia, memang dah lama makan penumbuk. Kalaulah…
                “Tapi….”
                “No more buts, Dhamirah. Buang or simpan.”
                Dhamirah memeluk tubuh. Di bersandar ke kerusi dengan kasar. Hati masih geram dan marah. Tidak puas hati! Leka melayan rasa marah, dia tidak sedar bibir Haris sudah mekar dengan senyuman. Dia menang lagi. Dan dia percaya yang Dhamirah akan ikut kemahuannya. Dalam mulut yang rajin melawan katanya sekarang ini, Dhamirah tetap akan akur dengan setiap arahannya.
                Suasana di dalam kereta kembali bisu. Haris tenang memandu menuju ke Mines Shopping Mall. Hatinya sudah tidak sakit lagi setelah meluahkan kemarahan kepada Dhamirah. Sekarang ini, Dhamirah pula yang melayan rasa sakit hati. Entah apa kena dengan suaminya itu. Tiba – tiba nak control cara pemakaian dia. Bukankah dulu Haris tidak pernah peduli?
*****************************************************************************
                “Assalamualaikum..”
                Suara orang memberi salam menjejaskan tumpuan Haris pada rancangan Buletin Utama yang sedang bersiaran. Dia lantas mengecilkan volume suara dan segera menuju ke pintu untuk menyambut tetamu. Sebaik pintu terkuak lebar, terpampang wajah teman – temannya yang sudah tersengih – sengih.
                “Waalaikumsalam… Jemput masuk.” Haris menjemput tetamunya masuk. Dia membalas senyuman yang terukir di setiap wajah tetamunya. Remy, dengan tunangnya, Suzy. Johan, juga dengan seorang perempuan yang dia tidak kenal. Rasanya, tidak pernah pula Johan membawa gadis itu keluar bersama – sama mereka.
                Bro, kenalkan. Ni, cousin aku, Kamelia. Sorry la, tak inform lebih awal. Lia baru sampai dari UK petang tadi. Dia transit rumah parents aku sekejap sebelum balik Penang dua, tiga hari lagi.” Johan membuka bicara sebaik mereka semua duduk di sofa di ruang tamu itu. Gadis yang diperkenalkan oleh Johan itu tersenyum mesra. Mata tidak lepas dari memandang Haris. Hati pula tidak jemu memuji ketampanan wajah yang dimiliki oleh Haris.
                “Its okey. Lagipun, semua berteman malam ni. Aku ingatkan awek kau yang mana pulak kau bawak.” Balas Haris bersahaja. Mata memandang Kamelia sekali imbas. Cantik dan pandai bergaya. Blouse sleeveless polos dengan skinny jeans yang jelas menampakkan susuk tubuh wanitanya. Memang cantik tetapi mata Haris tidak berkenan.
                Kata – kata Haris disambut dengan tawa oleh mereka semua yang berada di situ. Haris agak kekok dengan kehadiran Kamelia. Dengan Suzy, memang dia sudah biasa. Malahan, dia selalu juga jadi pengantara jika Remy dan Suzy bertengkar. Senang cerita, jadi tukang pujuk pasangan kekasih itu. Tetapi dengan Kamelia, ini baru pertama kali. Lebih buat dia kekok, dia perasaan yng mata Kamelia selalu merenung dia. Rimas dia dibuatnya.
                “Eh, wife kau mana? Takkan nak sorok kot?” Suzy berbicara setelah dari tadi, dia tidak nampak bayang isteri Haris. Dia bersetuju untuk mengikut Remy makan malam di rumah Haris mala mini pun kerana ingin berkenalan dengan Dhamirah. Sewaktu majlis resepsi mereka berdua dahulu, dia tidak berkesempatan untuk berbual panjang dengan Dhamirah. Apa lagi ketika itu, otak cuba mencerna gadis yang bersanding dengan Haris adalah orang lain.
                “Oh, lupa. Ada, ada… Kat atas. Tengah bersiap agaknya. Sekejap, aku panggilkan. Kau orang duduk dulu ye.” Tanpa menunggu jawapan mereka, langkah Haris laju memanjat anak tangga. Macam mana pula dia boleh terlupa dengan Dhamirah.
                Sampai di pintu bilik Dhamirah, dia mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka luas. Mata dijamu dengan seraut wajah Dhamirah yang berkerut dahi. Rambut panjangnya lepas bebas dan sebatang pensil terselit di telinga. Subhanallah… Haris memuji di dalam hati. Cantik sungguh ciptaan Allah pada gadis yang menjadi isterinya ini. Hatinya berdebar tiba – tiba.
                “Abang!!” Dhamirah mengetip jari beberapa kali di hadapan Haris. Puas dia bertanya, tetapi Haris kaku di hadapannya tanpa sebarang reaksi. Beberapa ketika, baru Haris tersedar.
                “Tetamu dah sampai.” Ringkas bicara Haris. Malu tertangkap dia leka merenung isteri sendiri.
                “Dah sampai? Kejap ye…” Tanpa menutup pintu, Dhamirah bergegas ke almari bajunya dan mencapai sehelai selandang. Pensil yang terselit dicampak sahaja ke atas meja. Rambut yang tadi lepas bebas, diikat ekor kuda lantas tangan lincah membelit selendang panjang itu menutupi rambutnya.
                Haris yang memandang, terkebil – kebil. Kagum sebenarnya melihat kelincahan Dhamirah membelit tudung di kepala. Tanpa sebiji pun kerongsang, selendang itu terletak elok dan kemas di kepala Dhamirah. Hairan juga dia bagaimana Dhamirah boleh sebegitu cepat membelit tudung. Sekejapan sahaja, Dhamirah sudah berdiri disebelahnya.
                “Dah siap. Jom…” Dhamirah ukir senyum. Namun senyumannya tidak berbalas. Dia mencebik sebelum mengekori Haris untuk turun ke tingkat bawah.
                “Pergi kenal dengan kawan – kawan aku.” Arah Haris sebaik mereka mencecah kaki di tngkat bawah. Dhamirah merenung Haris, minta simpati. Takkan dia seorang nak pergi duduk bersama dengan kawan – kawan Haris. Dia bukan kenal pun. Haris mana pernah nak kenalkan dia dengan kawan – kawannya. Inilah kali pertama.
                “Pergilah, yang kau pandang aku kenapa?”
                “Mira seganlah. Abang temanlah Mira.” Dhamirah mseparuh merayu. Memang dia segan.
                “Macam – macamlah kau ni.” Haris mendengus. Kaki di bawa jugak ke ruang tamu. Seorang demi seorang dia kenalkan pada Dhamirah. Tidak sampai beberapa minit, dia nampak Dhamirah sudah mula serasi dengan Suzy dan Kamelia. Hati merungut geram. Tadi kata segan, tapi bila dah kenal, banyak mulut pula isterinya itu.
                “Akak mintak maaf kalau mengganggu Mira datang waktu ni. Akak nak kenal dengan Mira. Masa resepsi Mira tu, tak smepat nak borak panjang.” Suzy membuka bicara. Risau juga andai kedatangannya ke rumah itu mengganggu Dhamirah dan Haris. Tapi, bila Remy sebut nak bertndang ke rumah Haris, memang dia tidak mengelak seperti selalu. Dia memang kepingin benar nak kenal dengan Dhamirah.
                “Eh, tak apa, kak. Tak ganggu pun.” Dhamirah membalas ikhlas. Perbualan mereka jadi lebih panjang selepas itu. Agak lama, baru Dhamirah bangun untuk menghidangkan makan malam. Nasi ayam sudah tersedia di atas meja. Dia Cuma perlu membuat air dan menjemput tetamunya itu makan.
                “Ada apa yang boleh akak tolong ke?” Suzy tiba-tiba menjengah dapur. Bosan pula ditinggalkan dengan kawan – kawan yang semuanya lelaki itu. Kamelia pula lebih banyak senyap. Dia nampak, tumpuan Kamelia lebih kepada Haris. Hati mula berkata sesuatu yang tidak enak, tapi dia tidak mahu mengendahkan.
                “Eh, tak payahlah, kak. Semua dah siap ni. Saya Cuma nak bancuh air aje. Yang lain semua dah siap ats meja. Akak pergilah borak dengan dia orang semua.” Dhamirah menegah. Tangan cekap menuang jus oren yang telah di blend petang tadi. Cuma perlu tuang dalam jug dan tambah sedikit gula untuk menambah perisa.
                “Alah, mens talk. Akak selalu tak boleh masuk dengan chatting dia orang tu. Kalau tak pasal bisnes, mesti pasal golf la, tennis la, kereta la.” Suzy merungut. Dia menyandar belakang badan ke cabinet di sebelah Dhamirah. Tidak menolong pun Cuma mata liar memerhati sekeliling dapur. Bersih dan kemas, pandai Dhamirah jaga kebersihan dapur.
                Dhamirah ketawa kecil. Kalau dah lelaki, lelaki juga. Topik seperti itu tak pernah tinggal untuk dibincangkan. Dulu, selalu juga dia dengar topik seperti itu bila Haris berbual dengan papanya ketika hubungan mereka itu tengah baik.
                “Lelaki, kak. Eh, akak dan abang Remy minum jus oren, kan? Ni aje yang sempat Mira capai tadi. Tembikai dia macam tak fresh aje. Nanti buat air tak sedap pulak.” Dhamirah bertanya. Risau pula jika ada antara tamunya yang tidak minum air buah buatannya itu. Masa memilih di pasaraya tadi dah suntuk, dia Cuma capai apa yang terfikir di otaknya ketika itu
                “Akak okey aje. Ini pun dah susahkan Mira. Kena masak untuk kami pula.”
                “Tak adalah susah, kak. Mira masak nasi ayam je. Sedap ke tidak, tak tahulah." Dhamirah ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Selama ini dia hanya memasak nasi ayam untuk keluarga dan teman-teman rapatnya. Tidak pernah pada kawan-kawan suaminya. Jadi dia agak bimbang juga jika masakannya tidak memenuhi selera mereka.
                "Hrmm... tentu sedap. Bau pun dah sedap. Lagipun, Remy selalu cerita, Haris sekarang susah sangat nak lepak malam-malam dengan diaorang sebab rindu nak makan masakan isterinya." Sedikit berbisik Suzy bercerita. Terkejut dengan kata-kata itu, Dhamirah tercegat sahaja. Selama ini, Haris tak pernah berkata yang dia sukakan masakannya, hanya komen-komen pedas yang selalu dia terima.
                "Akak percaya cakap abang Remy tu?" Damirah ketawa, janggal. Dia cukup pasti, Remy hanya reka cerita pada tunangnya itu. Suzy angkat bahu. Kebenarannya memang dia tak tahu tapi kalau masakan Dhamirah tidak sedap, takkanlah Haris berani menjemput kawan-kawannya ke rumah mereka kan?
Tidak lama, mereka berenam sudah duduk di meja makan menikmati masakan Dhamirah sambil berbual santai. Haris di kepala meja dengan Dhamirah dan Kamelia di sebelahnya. Pandangan Dhamirah selalu jatuh pada Kamelia yang sangat jelas cuba memikat Haris. Jengkel! Hatinya tiba-tiba sakit melihat perilaku itu. Walaupun Haris tidak melayan segala godaan gadis itu, namun hati Dhamirah tetap terhiris melihat Kamelia yang cuba rapat dengan suaminya.
Eh, tapi dah kenapa pula dia nak rasa sakit hati? Bagaikan tersedar, suapan Dhamirah terhenti. Perlahan tangan kirinya menyentuh dada. Cuba mengurangkan rasa sakit di hati dengan urutan itu. Apa ertinya rasa sakit ini? Dhamirah kerutkan dahi, bingung tiba-tiba dengan persoalan di hati.
                “Kenapa?” Soalan dari Haris buat Dhamirah tersentak. Wajah tampan Haris dipandang dengan kerutan di dahi. Menghantar soalan hanya dengan pandangan mata.
                “Told you to eat carefully.” Haris menghulur gelas minumannya. Teragak-agak Dhamirah mencapainya. Sebelum meneguk air, dia sempat menjeling tetamu yang sedang memerhati mereka berdua. Dan rasanya, pipinya bertukar merah melihat senyuman dan pandangan mereka semua.
                Usai makan, Dhamirah sibuk di dapur untuk membancuh minuman tetamu pula seperti arahan Haris. Suzy ingin menolong tetapi ditegah oleh Dhamirah sehingga dia terpaksa menolak suzy hingga ke ruang tamu. Sibuk di dapur, dia tidak sedar bila masanya Haris sudah tercegat di belakangny ketika dia membasuh pinggan mangkuk.
                “Need any help?” Soalan secara tiba-tiba buat Dhamirah terkejut sekali lagi. Hampir sahaja pinggan di tangannya terlepas. Dia menjeling Haris yang sedang sembunyi senyum.
                “Tak ada apa. Abang buat apa dekat sini? Pergilah depan, kan ada tamu tu.” Dhamirah mengelak. Tumpuannya kembali kepada kerja di tangan. Tetapi, ekor matanya memerhati gerak Haris yang sudah bergerak ke sebelahnya dan bersandar santai di cabinet dapur smbil memeluk tubuh.
                “Kau nampak busy, jadi aku ingat kau perlukan pertolongan.” Haris menjawab sambil matanya tidak lari dari melihat ke ruang tamu. Menyedari itu, Dhamirah turut mengerling. Ternampak kelibat Kamelia dari dapur, Dhamirah mencebik bibir.
                “Kalau abang nak berbual, pergilah. Semua dah siap, Mira Cuma nak buat air je lagi.” Dhamirah mengelap tangan. Lincah kerjanya mencapai teko air dan balang nescafe. Haris kerut dahi, kalau dia nak berbual, takkan dia di sini pula dengan Dhamirah.
                “Nescafe?” Haris bertanya dan Dhamirah hanya mengangguk. Suasana rasa janggal. Inilah kali pertama Haris meneman dia di dapur. Haris tidak pernah masuk ke dapur ketika dia sedang memasak. yang Haris tahu hanya duduk di meja makan bila semuanya sudah terhidang dan komplen tentang masakannya.
                “Buat sedap sedap ye.” Haris berbicara lagi. Bibirnya mengukir senyum kecil bila Dhamirah menjeling. Dia  tidak sangka, kehadiran Kamelia ke rumahnya malam ini membolehkan dia berbicara dengan aman dengan Dhamirah. Dia tidak selesa dengan Kamelia yang jelas cuba menggodanya sejak dari tiba di rumahnya tadi. Dia tidak boleh melarikan diri kerana dia adalah tuan rumah. Selepas makan, memang dia sengaja mengarah Dhamirah untuk membuat air agar dia senang melarikan diri ke dapur dengan alasan untuk membantu isterinya. Dan, keadaan sekarang membuatkan dia bagai lupa segala rasa marahnya pada Dhamirah dan keluarganya.
                “Tak elok abang tinggalkan tetamu kita kat depan. Pergilah berbual dengan dia orang. Kejap lagi Mira keluar bawa air.” Dhamirah cuba membuat Haris keluar dari dapur. Sungguh, dia tidak selesa bila Haris ada disebelahnya, memerhati setiap gerak gerinya.

                “Menghalau?” Usik Haris. Dan dia ketawa kecil bila Dhamirah membuntangkan mata sambil bercekak pinggang di hadapannya. Perlahan dia mencapai dulang berisi teko air dan cawan lalu berlalu keluar dari dapur. Meninggalkan Dhamirah yang terpinga-pinga dengan ketawa Haris sebentar tadi. Ketawa yang pertama untuk dirinya sejak hari pertama mereka sah bergelar suami isteri.

Friday 9 September 2016

Tidakkah Kau Tahu? 5

5.

Pandangan malam Kuala Lumpur dari atas bukit itu tidak lagi menarik perhatiannya. Perlahan anak mata dialihkan ke wajah putih bersih Dian. Anak mata bulat itu masih leka memerhati suasana malam Kuala Lumpur tetapi dia tahu, pandangan itu sudah jauh melayang entah ke mana. Dahi Karl berkerut seribu. Bibir Dian memang cukup diam malam ini. Sejak dari mula dia menjemput Dian di rumah sewanya tadi sehingga sekarang, Dian tidak banyak bercakap. Dan seorang Dian yang begitu banyak bercakap menjadi diam, adalah sesuatu yang dia rasa hairan. Dan tentunya, Dian ada menyembunyikan sesuatu dari dia.
Lebih buat dia pasti yang Dian bermasalah bila makanannya hanya dijamah sedikit. Dian yng kuat makan, yang langsung tidak memilih makan, yang akan makan apa sahaja yang halal dan boleh dimakan, tiba-tiba tiada selera untuk makan? Dia ada cuba bertanya ketika mereka makan tadi, tetapi Dian mengatakan tiada apa. Sekarang pula? Gadis itu diam membisu disebelahnya.
"Dian! Dian!" Karl memetik jarinya beberapa kali di hadapan Dian. Beberapa kali Karl cuba mengajak dia berbicara. Beberapa kali jug dia cuba mengajak Dian bergaduh namun semua usahanya gagal bila Dian tetap bisu.
"Wae? Wae? Wae?" Dian yang baru tersedar, bertanya dengan wajah polos. Dari riak mukanya, memang dia nampak sangat terkejut dan bingung. Senyuman di bibir Karl semakin buat dia keliru.
"Anything wrong?" Tanya Karl bimbang. Kebisuan Dian dalam group whatsapp mereka sejak seminggu ini juga buat dia hairan. Sebelum ini, Dian agak aktif juga membalas setiap isu di dalam group whtsapp itu.
"Semuanya okey... Wae? Apa yang tak kena?" Masih bingung dan keliru, Dian menjawab. Terbit ketawa kecil dari bibir Karl. Apa Dian ingat dia tak kenal lagi dengan Dian? Hanya perkara yang betul-betul mengganggu fikiran Dian sahaja yang boleh buat gadis itu seperti ini.
"Syammil mungkir janji lagi ke?" Karl serkap jarang.
"Andwee... Kenapa pulak dia nak mungkir janji?" Dian menafikan. Ya, sikap Syammil itu memang menyakitkan hati tetapi tetap dia terima. Dia masih belum berkecil hati dengan sikap sering lewat dan mungkir janji Syammil. Walaupun geram, namun setiap kali Syammil ajak jumpa, jarang dia menolak. Lagipun, dia ada Karl yang setia mendengar setiap keluh kesahnya bila dia marah dan geram dengan sikap Syammil itu.
Karl angkat bahu. Pandangan dialihkan dari wajah putih bersih Dian ke terang benderang lampu di Kuala Lumpur. Begitu banyak Dian komplen tentang sikap Syammil, tetapi masih lagi Dian tidak jemu untuk berjanji temu. Dan kenyataan itu buat dia kecewa, benar-benar kecewa.
"Then kenapa ni? You're not being your self. Mesti ada benda yang betul-betul buat kau terganggu sampai kau diam macam ni." Suara Karl begitu lembut, begitu mengambil berat. Dan, dengan suara seperti itulah Dian selalu kalah dari menyembunyikan sebarang perkara dari lelaki itu.
"Kauthar...." Perlahan Dian menyebut nama itu namun masih boleh didengari oleh Karl. Seribu kerutan terukir di dahi Karl. Kenapa dengan Kauthar? Setahunya Kauthar tidak pernah menjadi masalah kepada Dian. Mungkin Kauthar sedikit mengjengkelkan ada masanya namun baik dia atau Dian masih boleh terima.
"Kenapa dengan Kauthar?"
"He's getting married. I.... I...." Dian tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya. Sedihnya untuk melepaskan Kauthar. Adik yang dia sayang, sayang sepenuh hatinya. Dan mungkin juga sayangnya sama banyak seperti sayangnya dia pada Shaf, adiknya yang seorang itu.
"Don't tell me....kau cintakan dia?" Sekali lagi Karl serkap jarang. Separuh mengusik dan separuh lagi ingin mengetahui isi hati Dian. Takkanlah Dian cintakan Kauthar?
"Aish!! Apa yang kau merepek ni? Takkan aku cintakan dia?" Dian separuh menjerit. Panas hati dengan sikap Karl.
"Habis tu, yang sedih sangat ni, kenapa?"
"Aku rasa macam akan hilang dia. Rasa macam.... dia bukan aku punya lagi..."
Karl ketawa dengan kata-kata itu. Namun tawanya jelas sumbang di telinga mereka berdua. Sejak bila Kauthar itu kepunyaan Dian?
"You know that he is mine! Forever..." Karl mengusik lagi. Dian buntangkan mata. Karl sudah mula nak cari gaduh dengan dia lagi!
"Andwee!! No!!... He's mine... Mana boleh kau ambil dia?" Kedegilan Dian itu membuat ketawa Karl pecah lagi. 3 tahun dipisahkan benua, Dian masih suka bergaduh dengan dia.
"Dia dah nak kahwin dengan Sheera. And here we are, fighting nonsense." Dian turut ketawa. Ya, entah berapa kali mereka berebutkan Kauthar, dan akhirnya Kauthar pilih Sheera.
"Neh..." Lirih suara Dian selepas tawanya reda. Teringatkan kenyataan itu, dia jadi sedih semula.
"Kau takut dia takkan bersama kita lepas dia kahwin ke?" Menjadi seorang Karl yang sangat prihatin, dia umpama dapat membaca keresahan Dian. Dian mengangguk kecil. Spot on! Karl memang pakar dalam membaca rasa hatinya.
"Heii... Takkan Kauthar nak buat macam tu. Dia kan kawan baik kita semua. Aku dan yang lain dah brain wash dia, kalau dia buang geng kita lepas kahwin, memang dia nak kena. Lagipun, kau rasa dia boleh hidup ke kalau takde kita berdua?" Karl cuba menenangkan Dian. Dia juga bimbang kehilangan Kauthar, tetapi dia masih boleh terima. Dia tidak sangka pula begini reaksi Dian.
"Neh... Mana dia boleh hidup tanpa kita. Kalau kau buli dia, dia mengadu kat aku. Kalau aku buli dia, tak sempat-sempat dia nak mengadu dekat kau." Dian membalas diikuti dengan ketawa kecil. Teringat kenangan lalu di mana dia dan Karl sering menjadi tempat Kauthar mengadu jika salah seorang dari mereka membuli dia.
"Lepas ni, dia ada Sheera untuk mengadu." Sambung Dian perlahan. Dahi Karl berkerut lagi. Sangkanya Dian sudah boleh terima selepas dia meluahkan rasa hati. Rupanya, rasa sedih itu masih ada di dalam hati Dian.
"Hei.. Hei... Kau kena lepaskan dia. Kalau kau masih macam ni, aku akan ingat kau ada hati pada Kauthar tau.." Karl cuba mengusik, dalam masa yang sama cuba menenangkan Dian. Senyuman manis terukir di bibir Dian sebelum lidahnya dijelirkan sedikit. Aksi comel itu buat Karl terkesima. Setelah 3 tahun, dia tidak sangka aksi itu masih mampu menggetarkan hatinya.
"Jom balik... Dah lama kita kat sini. Walaupun esok Sabtu tapi tak elok kita keluar malam lama-lama. Nanti kena embun malam, boleh demam. Kau kan senang kena demam. Sejuk sikit pun boleh selsema."
"Karl! Seriously?" Dian memotong kata-kata Karl yang seperti tidak mahu berhenti.
"Apa?" Karl bertanya dengan kerut di dahi. Apa yang dia salah cakap?
"I get it that you does not like me to fall sick, but seriously? Perlu ke kau nak berleter panjang lebar macam tu?" Dian menjeling geram. Dia melangkah ke arah pintu di sebelah penumpang. Tidak menghiraukan Karl yang membuntangkan mata memerhatinya, dia lantas membuka pintu dan duduk selesa di dalamnya.
"Hei... Come on!! Kata tak elok duk kat luar ni lama-lama." Dian menjenguk kepalanya keluar dari kereta melalui tingkap dan menjerit. Karl ketawa kecil dan menggelengkan kepala. Dian, Dian... tadi wajahnya cukup sedih, cukup bermasalah. Sekarang dia seperti sudah kembali seperti biasa. Sikap keanak-anakkannya memang tidak hilang dari dirinya. Karl berlari anak dan membuka pintu kereta. Dia duduk selesa sebelum menghidupkan enjin kereta.
"Kau tak nak pergi makan dulu ke? Or buy something light?" Karl bertanya. Kereta masih belum digerakkan keluar tempat parkirnya tadi. Bimbang Dian rasa lapar kerana tadi Dian makan sangat sedikit. Berkerut dahi Dian memandang Karl. Makan? Bunyinya sangat menarik?
"Makan? Kan kita dah makan tadi?" Dian bertanya polos. Itu dia, Dian sudah buat muka blur, muka blank. Dan sejujurnya, Karl sangat suka melihat muka Dian seperti itu.
"Well, ya... Kita dah makan. Tapi, dengan amaun yang kau makan tadi, aku tak rasa kau boleh survive sampai pagi esok." Karl menjawab tenang. Bibirnya terukir senyum bila kerut di dahi Dian semakin dalam. Karl menggigit bibir bawah, cuba menahan tawa bila muka blank Dian berkerut-kerut seperti cuba memahami ayatnya.
"Yah!! Karl Zafril!!!" Dian menjerit kuat. Spontan, tangannya menarik kuat rambut Karl. Tabiat yang sudah lama dia tinggalkan. Sejak dia cuba menjadi muslimah sejati, pergaulannya dengan lelaki memang dia cuba bataskan. Apatah lagi, dia memang dikelilingi oleh kawan-kawan lelaki.
"Dian! Sakitlah! Lepas!!" Karl turut menjerit. Sakit di kepalanya bukan kepalang. Sudah lama tidak menjadi mangsa tarik rambut, memang sakitnya lain macam.
"Serves you right!" Dian segera melepaskan tangannya. Malu tiba-tiba menjengah bila dia tersedar yang dia sudah melangkaui batas. Dian memandang simpati pada Karl yang masih menggosok kepalanya.
"Gosh!! Kau memang tak pernah berubah kan?"
"Mianhe yo... Refleks.."
Karl menaikkan anak matanya ke atas. Dian dan bahasa Koreanya. Dian dan sikapnya.
"So, I guess the answer is no?" Karl menduga. Sekali lagi dia ketap bibir menahan tawa bila bibir Dian bergerak-gerak untuk berkata sesuatu namun akhirnya hanya mengangguk lemah. Karl sembunyi senyum. Dia mula mengemudi kereta keluar dari tempat parkir. Dan sebenarnya, dia memandu ke restoran yang masih buka di lewat malam begini. Apa Dian fikir dia akan tidur dengan senang hati jika biarkan Dian tidur tanpa makan dengan kenyang?

Thursday 4 August 2016

Tidakkah Kau Tahu? 4

Hi guys!!!

Sorry for the late update again...

Ini adalah tajuk untuk e-novel yang terbaharu... TIDAKKAH KAU TAHU?

Hope you guys enjoy reading it....

**************

4.

Karl Zafril memandang sekitar dewan luas yang sudah dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Dia menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan. Mata diarah pula ke pintu masuk, masiih menanti kelibat Zaim Rafael, adik bongsunya. Dada yang berdebar, diurut perlahan.
“Karl Zafril..!” Mendengar namanya dipanggil, Karl lantas menoleh. Bibirnya menguntum senyum lebar ketika mata bertemu dengan seorang wanita hampir seusia mamanya. Anggun dengan persalinan indah membalut tubuh. Dan, tawanya hampir meletus melihat fesyen rambut yang dirasanya tidak sesuai dengan usia wanita itu.
“Aunty Sherry… Apa khabar?” Karl menegur sopan. Tangan yang dihulur oleh wanita itu disalam lalu dicium hormat.
“Aunty sihat. Alhamdulillah. Karl seorang saja? Papa, mama tak datang?”
“Papa dan mama tak datang. Honeymoon. Tapi mereka berdua kirim salam.” Karl masih menjawab dengan sopan. Sesuatu yang ditegaskan oleh Puan Zaharah sejak mereka adik beradik msih kecil. Ditambah lagi dengan hubungan baik keluarga mereka dengan keluarga Aunty Sherry di hadapannya ini.
“Oh.. Walaikumsalam. Zaidan dan Raf pun tak datang?”
“Raf ada… tadi dia parking kereta. Along pun tak dapat datang. Baby tak sihat, warded. Jadi, Karl dan Raf yang wakilkan.”
Aunty Sherry terangguk-angguk. Dan bicaranya lebih panjang bila Rafael datang menyertai mereka. Karl dan Rafael dibawa ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka. Majlis minum petang sempena ulangtahun syarikat gergasi milik Datuk Wahdan, suami Datin Sherry. Dan syarikat milik bapa Karl yang sentiasa bekerjasama dengan syarikat Datuk Wahdan, keluarganya diundang sebagai antara tetamu VIP. Memandangkan abang sulong Karl, Khiryl Zaidan tidak dapat datang, dia dan Rafael terpaksa mengambil alih tugas tersebut.
“Boring, kan angah?” Rafael berbisik ketika Datuk Wahdan sedang berucap di atas pentas. Karl mengerling adik bongsunya itu lalu tersengih panjang.
“Boring ke tak, kita kena hadap jugak.” Balas Karl selamba. Rafael mendengus perlahan. Sebab itulah dia dan Karl tidak mahu bekerja di syarikat milik bapa mereka. Majlis-majlis seperti ini bagikan jadi keutamaan pula untuk mereka. Selain untuk menjaga hubungan baik, majlis seperti ini juga dianggap boleh meluaskan jaringan perniagaan mereka. Dan dia dan Karl? Mereka Cuma masuk campur urusan syarikat apabila Along mereka tidak dapat menghadirkan diri seperti sekarang.
“At least, aku boleh cuba carik girlfriend kat sini.” Rafael menyambung lagi. Matanya sudah menjelajah ke sekitar dewan. Cuba memerhati andai ada gadis yang boleh dibuat teman berbual di majlis ini.
“Behave, Raf. Kita datang bukan nak carik girlfriend.” Karl mengingatkan. Muda 5 tahun dari dia, membuatkan Karl rasa adiknya itu masih main-main dengan kehidupan. Walaupun selalunya Rafael tidak memaksudkan apa yang dikatakannya, namun dia masih bimbang jika perangai Rafael bisa memberi kesan kepada nama baik orang tuanya dan juga syarikat mereka.
“Alah… Aku Cuma nak jadi peramah.” Rafael terus bangun. Ketika itu, Datuk Wahdan telah selesai berucap dan kini dewan dipenuhi dengan alunan lagu dari penyanyi yang diundang khas. Karl menggelengkan kepala. Dia tidak berniat untuk menghalang, Cuma ingin mengingatkan agar Rafael menjaga tingkah lakunya. Perlahan dia meneguk fresh orange sambil matanya melayan lenggok penyanyi yang masih asyik dengan lagunya.
“Karl… what a small world!” Karl kerutkan kening ketika terpandang Emma yang berada dihadapannya. Tanpa dipelawa, Emma mengambil tempat disebelahnya. Karl tersenyum manis, sekurang-kurangnya, ada yang dia kenal di majlis ini.
“Hei… macam mana kau boleh ada dekat sini. Kau kerja di company ni ke?” Soalan Karl buat Emma ketawa lepas. Kadang-kala, Karl boleh jadi begitu lurus. Tentulah, dia tidak akan bekerja di syarikat yang mempunyai waktu kerja yang terikat seperti ini.
“Tak. Aku temankan orang kat majlis ini. Kau datang seorang?” Jawapan Emma buat kening Karl terangkat tinggi. sekilas matanya liar memerhati segenap dewan, mencari seseorang yang mungkin menjadi teman Emma.
"Tak. Tu.... Rafael." Karl muncungkan bibir ke arah Rafael yang sedang seronok bercerita dengan seorang gadis. Senang benar Rafael berbual mesra dengan gadis, sedangkan dia... Nak rapat dengan Emma dan Dian ambil masa beberapa bulan.
"So... No girlfriend?" Soalan Emma mematikan lamunan Karl. Dia ukir senyuman maut, senyuman yang bisa buat mana-mana gadis melutut untuk menagih cintanya.
"You know me better than this."
Emma ketawa kecil. Iye, dia kenal dengan Karl. Dia tahu perangai Karl. Dan kerana itulah, mereka masih kekal sebagai kawan sehingga hari ini.
"Tak nak kenalkan teman kau?" Karl membuka bicara. Nyanyian di pentas sudah berakhir. kini, pengacara sedang mengumumkan acara seterusnya.
"Later... Aku pun tak sure dia kat mana."
Karl mengangguk perlahan. Air oren kembali diteguk. Janggal tiba-tiba bila dia bersendirian dengan Emma. Sejak Emma mula menunjukkan minatnya terhadap dirinya, Karl cuba untuk menjauhkan diri dari Emma. Namun, semakin dia cuba jauh, Emma pula semakin galak cuba mendekati dia sehingga dia rasa tidak selesa.
"Hei, handsome.." Seseorang menyapa membuatkan Karl dan Emma berpaling. Dahi Karl berkerut seribu bila gadis yang menyapa selamba menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
"Excuse me... But by any chance, do I know you?" Karl bertanya hairan. Gadis disebelahnya tersenyum manis.
"Karl Zafril... You ni memang tak pernah perasan I kan? Marsha..." Gadis itu menghulurkan tangan. Teragak-agak Karl menyambut huluran tersebut. Marsha? Nama itu seperti pernah dia dengar tapi di mana?
"By the way, I'm Emma..." Emma mencelah setelah rasanya dirinya tidak dipedulikan. Apa lagi, dia cukup masak dengan gaya Marsha yang jelas ingin menggoda Karl.
"Hai... So, Karl. Dah ingat I?" Marsha kembali menumpukan perhatian kepada Karl. Dahi yang berkerut seribu itu menjemput senyum di bibir Marsha yang merah menyala. Wajah putih bersih itu nampak semakin tampan bila begitu. Tiba-tiba, Karl mengukir senyum dan menepuk tangan.
"Anak Auntie Sherry and Datuk Wahdan?"
"Pandai pun..." Marsha ketawa kecil. Dia mengenyit mata, menggoda. Karl turut ketawa. Begitu lama tidak berjumpa, sudah banyak Marsha berubah.
"Hei, how are you? Bila you balik dari UK?"
"Almost six months. Sekarang I dah kerja dengan papa. Ingatkan boleh jumpa you, turns out Zaidan yang kerja dengan papa you."
Karl menggeleng perlahan. Belum habis dengan Emma, kini Marsha pula. Someone please saves me!! Hati Karl menjerit. Untuk dia bangun dan meninggalkan kedua mereka, sangatlah tidak sopan. Tetapi, dia jga sangat tidak suka untuk terus berada bersama kedua gadis ini. Dan tiba-tiba, telefon bimbit di dalam kocek seluarnya bergetar kuat. Dia segera menarik keluar demi melihat nama yang tertera di skrin telefonnya, dia tersenyum lebar.
"Excuse me. Need to answer this." Karl bingkas bangun dari duduknya dan melangkah laju keluar dari dewan yang sibuk.
"Yes, Kauthar?"
******************************************************************************

Kauthar mematikan talian. Dia mencebik bibir. Bercerita dengan Karl bukan membuat hatinya senang, malah semakin sakit. Karl bukan ingin cuba menenangkan hatinya, sebaliknya Karl turut sama gelakkan dia.
"Yah!!You pabo! Kau mengadu dekat Karl ye?" Jeritan nyaring itu menambah sakit hati Kauthar. Dia menggigit bibir. Geram, namun dia tidak boleh buat apa-apa.
"Apalah Kak Dian ni. Aku cakap sikit je, kau nak temper je!" Kauthar turut menjerit. 7 tahun berkenalan dan berkawan baik dengan Dian, mereka telah gugurkan segala formaliti dan gurauan kasar sebegini telah menjadi kebiasaan mereka.
Geram dengan jawapan Kauthar, Dian bertindak menarik topi di kepala Kauthar. oleh kerana Kauthar yang sangat tinggi daripadanya, Dian melompat. Dan, menjadi seorang atlet di zaman universiti, ketinggian Kauthar tidak menjadi masalah kepadanya.
"Sakitlah, kak!" Kauthar menjerit lagi. Tetapi, mujur juga Dian tidak menarik rambutnya. Satu kebiasaan Dian di zaman uniersiti dulu setiap kali dia marah. Siapa sahaja yang tidak pernah kena tarik rambut dengan Dian? Oh, cuma mungkin Nazman. Yang sejak dari dulu berlagak sebagai abang sulong di dalam kumpulan mereka. Yang selalu menjadi mangsa adalah dia dan Karl.
"Buat perangai lagi. Pergi mengadu dengan harimau tu, kenapa?" Dian menepuk topi Kauthar sebelum kembali meletakkan topi itu di kepala Kauthar. Dia melangkah mendekati pagar di tepi tasik. Keindahan Masjid Besi Putrajaya itu dinikmati sebelum dia berpusing dan menghadap Kauthar disebelahnya.
"Kau tak rindukan aku ke, kak?" Tanya Kauthar yang mengambil tempat disebelahnya. Sebenarnya, dia agak berkecil hati dengan Dian. 3 tahun Dian di  Korea, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja kawan yang dianggap kakaknya itu menghubunginya. Hubungan mereka kekal rapat beberapa bulan Dian menjejakkan kaki di Korea. Menjangkau setahun, Dian semakin mendiamkan diri dan akhirnya mereka terputus hubungan terus sehinggalah kini.
"Mianhe, Kauthar. Aku jadi sibuk kat sana and tak sedar, aku makin jauh dari korang semua. And yes, I do miss you."
"And first time kau jumpa aku, kau dah carik gaduh dengan aku." Kauthar mendesis. Dia dan Dian memang rapat tetapi sering bergaduh. Mungkin silapnya juga yang suka carik pasal, sedangkan di tahu sangat yang Dian memang cepat marah. Dian ketawa lepas. Memang seronok bergaduh dengan Kauthar. Lelaki itu cuma buat buat berani, hakikatnya dia selalu menjadi mangsa buli dia dan Karl.
"Aku rindu nak gaduh dengan kau."Mendengar itu, Kauthar mencebik bibir. Dia dan Dian, selalu ada pergaduhan di antara mereka.
"Kau cakap nak kenalkan aku dengan seseorang. Siapa?"
"Dia lambat sikit. Sabar ye. And, where the hell is Syammil?" Kauthar turut bertanya. Dia sedia maklum yang Syammil akan temankan Dian petang ini tetapi sejak dia sampai tadi, hanya Dian yang sedang menunggu dia.
Dian mengangkat bahu. Dia sudah maklumkan mereka akan berjumpa jam 4 petang namun sehingga kini, bayang Syammil masih belum kelihatan.
"You should know him better."
Kauthar tersengih panjang. Syammil, memang tidak pernah tepat pada masa. Dia mengerling jam tangan, hampir 5 petang. Maknanya, sudah hampir 1 jam juga Syammil lewat.
"Kau masih dengan dia ke, kak?"
"Maksudnya?" Dian kerutkan dahi.
"Kau... dengan Syammil. Masih couple ke?" Mendengar soalan itu, Dian tersedak. Sejak bila dia dan Syammil berpacaran? Selamba Dian menepuk topi Kauthar.
"Soalan apa kau ni? Sejak bila aku dengan dia couple?"
"Err... bukan ke? Dulu, kau dengan dia rapat semacam je. Apa-apa aktiviti kita, mesti kau dengan dia je...." Kauthar jadi bingung. Bukan berpacaran? Sedangkan dulu Dian dan Syammil rapat macam belangkas, kemana-mana mesti berdua. Dan, usikan-usikan teman yang lain tidak pernah dinafikan oleh mereka berdua. Okey, mungkin Dian pernah, tetapi dalam nada bergurau sahaja. Tidak pernah begitu serius.
"Kau dengan aku pun rapat jugak. Tak ada orang gossipkan kita ke?" Dian bertanya sinis. Mengingati cerita lama mereka, hati Dian menjadi rimas. Dia sendiri tidak pasti macam mana dia dan Syammil boleh digossipkan berpacaran. Apa yang dia pasti, apa sahaja aktiviti mereka secara berkumpulan, dia dan Syammil akan lakukan bersama-sama akhirnya.
Kauthar mengangkat bahu. Dia dan Dian digossipkan bersama mungkin tidak pernah. Namun, dia dan Aiman penah beberapa kali berbincang tentang bagaimana Dian dan Karl sangat selesa bila bersama. Memang Dian dan Karl sering bergaduh, malah akan bergaduh tentang sekecil-kecil perkara pun. Tetapi, akhirnya mereka berdua itu akan saling bergantung antara satu sama lain tentang semua perkara. Keakraban itu memang tidak pernah dia dan Aiman lihat bila Dian bersama Syammil.
"Hei guys!! Sorry, aku lambat." Syammil tiba-tiba menyapa. Dia tercungap-cungap. Mungkin berlari untuk sampai ke tempat mereka tadi.
"Yah!! Kau pergi mana ha?! Kau dah lewat sejam tau! Ada hal apa?" Dian melenting marah. Sejak pertemuan mereka di restoran Aiman dua minggu lalu, dia sudah beberapa kali keluar bersama lelaki itu. Dan setiap kali berjumpa, pasti Syammil akan tiba lewat dari masaa yang dijanjikan.
"Sorry, sorry.. Ada bukti baru dalam kes aku tu. Since its a high profile case, bos suruh aku pay more attention into it." Syammil menerangkan sambil buat muka minta maaf. Dian dan Kauthar berpandangn sebelum masing-masing menaikkan biji mata ke atas.
"Ya... Ya... Kau dan kes kau. Dah, jom makan. Nampak macam makanan kita dah siap tu." Kauthar menarik Syammil dan Dian ke arah meja mereka di luar restoran tepi tasik. Beberapa pesanan mula sudah terhidang.
"Hai baby..." Seorang gadis menegur dan dengan selamba melabuh punggung di sebelah Kauthar. Dian yang masih tidak tahu apa-apa, terpinga-pinga melihat gadis cantik bersolek tebal itu. Meihat gadis itu ramah menegur Syammil di sebelahnya, perhatian Dian teralih kepada Kauthar. Dari pandangan matanya, dia minta penjelaasan daripada Kauthar.
"Kak Dian, kenalkan. my wife-to-be, Sheera. Sheera, ni one of the gang, Kak Dian." Faham dengan pandangan mata itu, Kauthar memperkenalkan mereka berdua. Tangan Sheera yang terhulur, segera disambut Dian dengan senyuman manis.
"So, inilah dia yang nak dikenalkan tadi ni?" Dian mengusik. Senyumannya semakin lebar bila Kauthar tersenyum malu sambil mengurut tengkuk. Pandangan Dian terarah pula kepada Sheera yang senyap dari tadi.
"So, when is the date?" Dian memulakan perbualan.
"In sha Allah, lagi 3 bulan. Kak Dian ni, yang further study kat Korea tu ye?" Sheera mula membuka mulut.
"Neh... Dah balik dua bulan. Tak sangka, bila balik sini, adik akak ni nak kahwin dah." Dian membalas senang. Melihat keramahan Sheera, dia tidak berasa janggal dengan gadis yang baru dia kenal.
"Lama akak kat sana. Tak pernah jumpa aris Korea ke? Lee Min Ho? Kim Won Bin?" Dian tergelak mendengar soalan itu. Rasanya, dia tahu mana arah tuju soalan Sheera itu. Dah tentu Sheera ni salah seorang peminat drama Korea.
"Unfortunately, no. Sorry, can't help you with that." Balas Dian dan ketawanya semakin galak bila Sheera mengeluh.
"Nanti dah kahwin, boleh pergi honeymoon kat Korea. Cantik dekat sana, Pulau Jeju, Busan. Tak rugi pergi sana." Dian memberi cadangan. Sheera hanya mengangkat kening dan anak matanya melirik kepada Kauthar yang sedang menikmati makanan besama Syammil.
"Kau tengok game Man U pagi tadi, Mil?" Kauthar tiba-tiba bertanya pada Syammil. Dan menjadi seorang Syammil yang agak lembap dalam menangkap ayat-ayat sarkastik, lelaki itu terpinga-pinga memandang Kauthar. Aksi itu membuatkan Dian dan Sheera ketawa lepas. Kauthar pula menggigit bibir, geram.
"Man U ada game ke pagi tadi?" Syammil bertanya semula. Dan soalan itu buat gelak Dian dan Sheera semakin kuat.
Pertemuan mereka petang itu berakhir dengan baik. Dalam sekelip mata, Dian dan Sheera boleh menjadi rapat. Di penghujung pertemuan mereka, Dian dan Sheera sudah bertukar-tukar nombor telefon.
"Aku hantar kau balik ye?" Syammil bertanya ketika Kauthar dan Sheera sudah hilang dari pandangan. Dian melepas keluh. Mungkin Syammil tak ingat yang mereka datang secara berasingan.
"Kau dan aku, kan datang sini asing- asing. Kalau aku balik dengan kau, kodok aku tu nak letak mana?" Dian membalas. Syammil ketawa kecil mendengar perkataan kodok itu. Kodok, merujuk kepada Myvi milik Dian yang berwarna hijau terang. Itu nama yang diberi oleh Dian untuk kereta yang dihadiahkan oleh abahnya itu.
"Okey... Jom, aku temankan kau ke kereta." Dian mengangguk mendengar ajakan itu. Mereka beriringan ke kereta tetapi tiada sebarang ayat yang keluar dari mulut mereka. Dian memikirkan tentang Kauthar yang akan menikah dalam masa 3 bulan. Senyap-senyap, ada perasaan sedih melanda hatinya. 7 tahun mengenali Kauthar, dari orang asing kepada kawan dalam kelab yang sama, kepada kawan sekumpulan dan akhirnya mereka rapat seperti adik beradik, Dian rasa sangat sedih melepaskan Kauthar kepada kehidupan baharunya tidak lama lagi. Jangan salah anggap, dia sangat gembira bila mendengar Kauthar akan menamatkan zaman bujangnya tetapi dalam masa yang sama, dia juga sedih dan takut akan kehilangan kawan baik merangkap adiknya itu.
"Dian! Dian! Are you okey?" Syammil melambai-lambaikn tangannya di hadapan muka Dian yang kelihatan berangan. Berapa kali berbuat begitu, barulah Dian tersedar.
"Wae? Wae?" Dian bertanya, blur.
"Tak ada apa. Kita dah sampai ni. Tapi... kau fikirkan apa?"
Dian memerhati sekeliling. Ya, di depan matanya, kodoknya sedia menunggu. Dia segera mencari kunci kereta di dalam begnya sebelum membuka pintu kereta.
"Tak ada apa... Aku balik dulu. Thanks, temankan aku hari ini. Gumawo."

Syammil mengangguk kecil. Meihat Dian berada dalam dunianya sendiri sebentar tadi, dia tertanya- tanya apa yang difikirkan oleh gadis itu. Sudah ditanya, tetapi Dian masih tidak mahu menjawab. Jadi, dia tidak memaksa. Begitu lama mengenali Dian, rasanya dia sudah kenal dengan perangai Dian. Matanya melihat sahaja Dian yang sudah memandu keluar Myvinya sehingga hilang dari pandangan sebelum di bergerak ke keretanya sendiri.

Friday 6 May 2016

Bab 3.....

3.
Lebih sebulan pulang ke Malaysia, Dian sibuk dengan urusannya. Dia sudah mula bertugas sebagai pensyarah di univerisiti setelah seminggu bercuti. Sebulan bertugas, sebulan juga dia tidak pulang ke kampong. Hari harinya semakin sibuk dengan pekerjaan, namun dia tidak lupa untuk menghubungi ummi dan abahnya setiap hari.
Dian melabuhkan punggung ke kerusi kerja sebaik sampai ke dalam biliknya. Dia menghela nafas, menghilangkan keletihan kerana kuliahnya hari ini padat sejak pagi. Kelasnya berturutan, jadi menginjak tengahari, barulah dia boleh berehat. Agak lama memejamkan mata, barulah dia terasa bertenaga sedikit. Perlahan dia menarik telefon bimbit dri dalam beg tangannya. Sudah jadi kebiasaannya, ketika kuliah, telefon bimbitnya akan diletak ke dalam silent mode. Tidak mahu pengajaran dan pembelajarannya terganggu. Dia memeriksa telefon dan ada 2 panggilan tidak berjawab daripada orng yang sama. Bibirnya mengukir senyum, sejak mula bekerja, memang jarang mereka dapat berhubung. Selalu sahaja panggilan yang dibuat tidak berjawab. Hanya pesana WhatsApp yang mnjadi perhubungan mereka.
Butang call ditekan. Dia ingin membalas panggilan tersebut. Namun kali ini, panggilan dia pula yang tidak berjawab. Agak lama menunggu, akhirnya Dian mematikan panggilan. Mungkin dia pun busy, jawab hatinya. Telefono bimbit diletak di atas meja sebelum dia menghidupkan laptop, kembali ingin menelaah kerja yang ditinggalkan kerana kuliahnya tadi.
“Dian, tak makan?” Dian mengangkat muka dengan teguran itu. Puan Amni, pensyarah yang berkongsi bilik dengannya menegur. Ditangannya terjinjing sebekas makanan. Dian tersenyum lagi.
“Belum lagi. Petang ni kelas Dian start pukul 4, jadi boleh makan lambat sikit.” Jelasnya tanpa perlu ditanya.
“Tak elok makan lambat, nanti perut masuk angin, kena gastrik pulak.”  Balas Puan Amni buatkan Dian ketawa kecil. Puan Amni memang sangat menitikberatkan kesihatan, sebab itu di usia hampir mencecah 40-an, badannya masih mengancam macam anak dara.
“Bukan selalu, kak. Eh, akak tak keluar ke hari ni? Prof. Zaim tak ada ye?”
“Conference kat Bali sampai minggu depan. Eh, jemput makan, Dian.” Puan Amni menjawab sambil mula menyuap. Dian senyum lagi dan mengangguk kepala. Puan Amni dan Prof. Zaim, suami isteri yang bekerja di satu tempat. Cuma berbeza bidang kepakaran. Puan Amni di bidang sains computer seperti dia dan Prof. Zaim pula di bidang Kejuruteraan. Dian sangat suka melihat pasangan ini. Sudah lama bernikah, namun kemesraan mereka seperti baru semalam berkahwin.
“Silakan, kak.” Kata – kata Dian mati di situ apabila telefon bimbitnya berbunyi, tanda ada pesanan WhatsApp yang masuk.
-          Hi beautiful. Sorry, can’t answer your call just now. Whats up?
Tersenyum lebar Dian dengan pesanan itu. Perkataan beautiful itu memang tidak lekang dalam setiap permulaan pesanan mereka. Dan kadang-kadang, Karl turut memanggil dia begitu ketika menghubunginya.
-          Hi handsome. Nothing really. Just returning your call.
-          Oh, ya.. Kau free malam ni?
-          Wae? Nak ajak aku dating?
Agak lama Dian menunggu tetapi tiada balasan dari karl. Dia mengerut dahi namun kemudian, ketawa kecil. Karl mungin kawan baiknya tetapi bila diasak dengan soalan yang sebegitu, Karl boleh jadi sangat pasif. Karl yang sangat pemalu dengan perempuan. Baru sahaja dia ingin menyambung berbual dengan Puan Amni, telefon bimbitnya menjerit nyaring. Panggilan dari Karl.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hi, beautiful.”
“Hi, handsome. Whats up?”
“Boleh ye aku ajak kau dating?” tanya Karl tiba-tiba. Dian tergamam. Ini bukan Karl yang dia kenal. Karl tidak pernah akan berani untuk mengajak dia atau mana-mana perempuan untuk berjanji temu walau mereka telah kenal lebih dari tujuh tahun.
“Mwo?”
Terdengar Karl ketawa lepas dihujung talian. Dian mendengus. Karl mainkan dia!
“Shut up, Karl!”
“Okey, sorry.. Tapi aku memang nak ajak kau dinner malam ni.” Karl terus ke tujuan asalnya. Dian mengetap bibir. Keliru sama ada Karl bercakap benar atau hanya mempermainkan dia.
“Dian, I’m serious. Jom dinner malam ni.”
“Err..”
“Okey, okey. It’s not a date. Come on.. Kita dah lama tak jumpa kan. Nak call kau pun susah sangat.”
“Speak of the devil. Kau tu apa kurangnya?” Dian membalas geram. Dan kata-katanya dijawab dengan tawa lepas Karl.
“So, malam ni on ya?”
“Ok… pukul berapa?”
“8.30.. sharp. I’ll fetch you.”
“Tak payah. Kau cakap aje kat mana, nanti aku pergi sendiri.”
“Bye, beautiful. 8.30 sharp ye… Assalamualaikum.” Karl terus mematikan talian tanpa menunggu balasan Dian. Dian menggenggam penumbuk. Geram dengan Karl. Geram!!
**********************************************************************************
Suasana di restoran makanan berat agak sibuk malam ini. Maklumlah, esok adalah hari cuti hujung minggu. Jadi, memang ramai yang ambil peluang untuk makan di luar. Di satu sudut yang agak terasing, beberapa orang sedang berbual santai sambil menunggu makanan dan beberapa lagi teman tiba.
“Mana budak bertiga ni? Janji pukul berapa?” Tanya Aiman sambil meletakkan gelas berisi minuman satu persatu. Idea untuk berkumpul beramai-ramai di restoran miliknya ini juga adalah idea tuan punya restoran sendiri.
“Syammil dengan Emma kan memang kaki lambat. Tapi aku hairan, kenapa Karl ni pun lambat.” Nazman membalas. Jam di pergelangan tangan dibelek lagi. Hampir jam 9 malam. Selalunya Karl tidak pernah lewat jika mereka berjanji untuk bertemu.
“Itulah.. pelik kalau dia lambat ni. Kau tak cuba call dia?”
“Dah, tak jawab pulak.”
Ha… baru cakap, dah muncul. Panjang umur..” Aiman menunjuk ke arah pintu masuk restorannya. Serentak mereka menoleh kea rah yang sama. Dan, masing-masing terlopong bila nampak Karl berjalan dengan seorang perempuan yang mereka tidak nampak dengan jelas mukanya. Semua jadi hairan dengan scenario itu kerana Karl bukanlah seorang yang senang membawa perempuan untuk makan malam atau lepak dengan mereka.
“Karl dah ada girlfriend?” Tanya Norlin, isteri Nazman yang turut serta dengan perjumpaan mereka itu. Nazman mengangkat bahu tanda tidak tahu. Semakin dekat Karl menghampiri mereka, semakin berdebar pula dada masing-masing.
“Sorry, guys! Aku lambat sikit.” Karl terus meminta maaf sebaik sampai ke meja mereka. Semua tidak memperdulikan Karl sebaliknya semua terus terbeliak melihat perempuan di sebelah Karl.
“Dian!!!” Norlin menjerit lalu meluru untuk memeluk Dian. Mereka berpelukan erat, melepas rindu selepas 3 tahun tidak bertemu. Nazman, Aiman dan Khairul pula menepuk bahu Karl, tanda tidak sangka siapa yang di bawa oleh Karl. Sementara, Dini dan Aina, isteri Aiman dan Khairul sedang erat berpelukan dengan Dian.
“Damn it! Aku ingatkan kau bawak girlfriend. Dian rupanya.” Aiman, yang terkenal dengan sikap suka bermainnya mengeluh.
“Girlfriend la tu. Kawan perempuan.” Balas Karl lalu mengambil tempat duduk. Mata memerhati Dian dan kawan-kawannya saling bertegur sapa.
“Anneyangsahaeyo….” Dian tunduk hormat. Masih belum dapat membuang kebiasaannya ketika di Korea.
“Hah? Apek jual sayur?” Khairul bertanya selamba. Tidak faham dengan sapaan Dian sebentar tadi. Pertanyaan itu disambut dengan ketawa oleh semua orang.
“Aniya…. Selamat bertemu. Assalamualaikum..” Dian membetulkan sangkaan Khairul. Dia mengambil tempat disebelah Karl, kerana hanya itu sahaja tempat yng kosong ketika ini.
“Oh…. Kan elok bagi salam macam tu. Bahasa apa tu? Bunyi macam apek jual sayur je.” Khairul masih belum puas hati. Seumur hidup, itulah pertama kali perkataan itu. Dian ketawa lagi. Sejak balik, memang dia sudh biasa dengan soalan seperti itu.
“Kalau kau biarkan, macam macam lagi perkataan pelik kau dengar dari mulut dia.” Karl menyampuk. Serentak itu, semua mata tertumpu padanya. Aiman memandang curiga.
“What?” Karl bertanya selamba, cuba menutup malu dengan ketelanjuran kata-katanya. Selama lebih sebulan ini, tiada seorang pun dari mereka tahu yang Dian sudah pulang ke Malaysia.
“Macam dah biasa dengar je ni?” Nazman mengusik pula. Karl hanya senyum sambil menggosok tengkuk. Terlajak cakapa pulak….
“Bila balik, Dian? Senyap aje sejak pergi Korea..” Norlin bertanya. Dia boleh dikatakan rapat jug dengan Dian, sementelah gadis itulah yang berusaha keras agar dia dan Nazman sehingga menjadi pasangan suatu ketika dahulu.
“Dah sebulan lebih, kak.”
“Dah sebulan? Baru sekarang kau jumpa kitaorang?” Nazman sedikit marah. Sudahlah ketika di Korea, Dian jarang menghubungi mereka. Kini, setelah balik pun, Dian ambil masa lebih sebulan untuk datang berjumpa mereka.
“Aku dah penat ajak dia keluar makan dengan kita. baru malam ni dia setuju..” Sekali lagi, kata-kata itu mendapat pandangaan curiga dari teman-teman mereka.
“Aniya…. Balik aje, aku sibuk uruskan lapor diri kat U. Lepas tu balik kampong lagi. Cuti seminggu aje, tak sempat nak beritahu kau orang semua. Mianhe…” Dian menjelaskan. Sesekali, mata memandang Karl. Takkan Karl tak beritahu mereka semua?
“Tapi Karl tahu?” Tanya Dini. Dari tadi, dia memang curiga. Kalau tiada sesiapa yang tahu, kenapa Dian boleh datang dengan Karl? Dian ketawa kecil. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Karl boleh tahu dengan kepulangan dia ke Malaysia sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa.
“Aku tak bagi tahu sesiapa. Dia yang jumpa aku.” Polos Dian menjawab.
“Karl?” tanya Nazman, minta kepastian.
Karl melarik senyum. Dia mencapai gelas berisi fresh orange juice dan meminumnya tanpa ada niat nak membalas pertanyaan kawan-kawannya.
“Biarkanlah dia. Kalau dah macam tu gayanya, memang kita tak akan dapat jawapan. So, Dian. Cepat bagi nombor kau. Aku nak masukkan dalam WhatsApp group kita. Oh, kali ni, kau tak boleh nak hilang lagi.” Norlin kembali sibuk kepada Dian.
“Korang borak-borak dulu ye. Aku nak tengok dapur.” Aiman berlalu ke dapur. Cuba melihat keadaan di dapur yang telah lama ditinggalkan kepada pembantunya.
“Ini restoran Aiman?” Dian bertanya kepada Karl. Anggukan kepala Karl membuat mulut Dian terbuka luas. Tidak sangka, Aiman akhirnya Berjaya juga membuka sebuah resotran seperti impiannya.
“Aiman dan Dini, sama-sama usahakan restoran ni. Nazman kerja gomen, big boss. Norlin dah berhenti kerja, sekarang buat business online. Khairul ambil alih company ayah dia, Aina pulak jadi secretary dia.” Karl menjelaskan. Dian terangguk-angguk. Aksi itu buat Karl ketawa kecil.
“Wae?” Tanya Dian tetapi Karl hanya menggelengkan kepala. Entah kenapa, aksi Dian sentiasa nampak comel di matanya.
“Oh, ya… Mana Kauthar?” Tanya Dian lagi. Semenjak tadi, dia tidak nampak lelaki yang muda setahun dari dia. Lelaki yang sering jadi mangsa buli dia dan kawan-kawannya kerana dia yang paling muda antara mereka semua.
“Kauthar tak dapat join kita. Outstation, dia dah jadi consultant Berjaya sekarang.” Karl setia menerangkan dan Dian terangguk-angguk lagi. Bangga dengan kawan-kawannya, semua telah Berjaya kini walau semasa di university dulu, mereka antara kumpulan yang sering ponteng kuliah.
“Syammil dan Emma?” Dian bertanya lagi. Mendengar nama itu, tawa Karl terhenti. Mendengar Dian menyebut nama Syammil, ada rasa tidak senang dihatinya.
“Syammil-“
“Assalamualaikum… guys!! Sorry, aku lambat.” Bilik terasing itu bergema dengan jeritan seseorang. Semua mata tertumpu ke arah suara itu. Dian turut mengalih pandangan. Dan ketika pandangannya bertemu dengan lelaki yang baru tiba itu, bibirnya mengukir senyum lebar sedangkan lelaki itu terkaku di tempatnya.
“Tak payah nak mintak maaf, memang setiap kali pun, kau orng berdua yang lambat.” Nazman beri komen. Tetapi, tidak lagi didengar oleh Syammil. Dia segera mendapatkan Dian.
“Bila kau balik?” Syammil tertanya. Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan Dian. Dian membiarkan soalan itu tergantung sementara dia berpelukan dengan Emma yang turut tiba bersama Syammil.
“Dah lebih sebulan.”
“Dah sebulan, baru kau nak jumpa kita orang?” Emma bertanya pula. Tidak seperti Syammil, dia pula mengambil tempat di sebelah kiri Karl.
“I’ve been busy. So, kau orang apa khabar? Kau nampak makin cantik, Emma.” Dian berbahasa. teman-temannya memang ramai yang lelaki. Dan di dalam kumpulan mereka itu, hanya dia dan Emma yang perempuan. Bilangan mereka semakin banyak bila Nazman, Aiman dan Khairul berkahwin. Sekaligus, isteri mereka menjadi teman-teman dia juga.
“Dia part time model, mestilah kena melawa sentiasa.” Syammil menyampuk. Matanya masih tidak lepas dari menyapu wajah Dian. Sejak balik dari Korea, wajah cantik itu bertambah cantik. Pipi mulus Dian nampak semakin gebu dan tiada sebarang kecacatan di wajahnya.
“Wow… good for you.. kau macam mana? Kerja apa sekarang?”
Syammil menggaru kepala dengan soalan itu.
“Dia lawyer..” Karl pula yng menyampuk. Sejak ketibaan Syammil tadi, dia hanya senyap di tempatnya. Memerhati setiap perbualan Dian dan Syammil. Dan rasa tidak senangnya semakin bercambah dihati.
“Korang duduk dulu. Aku nak ke toilet.” Karl bingkas bangun. Kenyataan didepan matanya bukan hatinya sakit, buat hatinya panas. Kenyataan di depan mata yang Dian boleh begitu mesra dengan Syammil dalam sekelip mata. Dan, kelakuan Karl sedang diperhatikan oleh seseorang dengan curiga di hati.
3 jam mereka berkumpul dan bertukar-tukar cerita, mereka ambil keputusna untuk pulang ke rumah masing-masing dengan janji akan mengatur pertemuan yang lain pula. Ketika ingin pulang, Dian di dalam dilemma bila Syammil beriya-iya ingin menghantar dia pulang. Karl juga bertegas ingin menghantar dia pulang dengan alasan, dia yang membawa Dian ke restoran ini awalnya tadi. Bingung juga dia ingin mmbuat keputusan. Akhirnya dia putuskan untuk mengikut Karl kerana Karl yang membawa dia, dan Syammil pula membawa Emma sebentar tadi. Walaupun Emma juga tidak kisah untuk balik bersama Karl, Dian pula yang rasa bersalah dengan Karl. Apatah lagi, dia nampak perubahan mood Karl sebaik Syammil dan Emma tiba. Di dalam perjalanan pulang juga, Karl lebih banyak senyap. Tidak seperti ketika mereka dalam perjalanan ke restoran. Karl banyak mengusik dia.
“Emma tu… seems to like you, a lot?” Dian membuka bicara. Lemas dia bila kereta itu sunyi tanpa suara Karl.
“Pardon me?” Karl bertanya semula. Dia banyak melayan perasaan sendiri sehingga kata-kata Dian tidak jelas di telinganya.
“Aku cakap… Emma tu macam suka dekat kau.” Ulang Dian. Bukan dia tidak nampak macam mana Emma sentiasa cuba untuk berada dekat dengan Karl. Melayan Karl seolah-olah lelaki itu teman lelakinya. Dan Karl pula? Seperti biasa, lelaki yang tidak punya perasaan itu hanya melayan Emman acuh tak acuh.
“So?” Karl dingin. Dia tidak suka dikaitkan dengan Emma. Hatinya tengah sakit melihat kemesraan Dian dan Syammil. Dan kini Dian bercerita tentang Emma pula. Dian mengangkat bahu.
“Kalau betul dia sukakan kau, why not go for it? Mana tau, itu jodoh kau?”
“Then, can I go for it with you. I mean, mana tau kau jodoh aku?” Karl sarcastic. Cuba buat Dian faham yang dia tidak berminat. Dian disebelah, dikerling sekali. Dian buat wajah blur dan eksperesi itu buat Karl menggelengkan kepala.
“Biarlah dia nak minat aku. Aku tak berminat, okey?” Karl menjelaskan bila tiada jawapan dari Dian. Entah Dian masih bingung atau gadis itu buat buat tidak faham dengan ayat sarcastic dia awal tadi.
“Okey, drop the subject. By the way, it’s good to met them again. All of them, I mean.” Dian menukar cerita. Tidak mahu memanjangkan cerita Emma lagi. Dari ayat karl, dia tahu jika dia terus bersuara tentang itu, Karl akan meledak marah.
“Kau tu yang susah sangat nak jumpa diaorang. Aku dah cuba ajak kau since… last month? Tapi kau asyik bagi alasan.” Dian ketawa dengan kata-kata itu. Sekarang baru dia tahu kenapa Karl asyik ajak dia makan malam. Rupanya, itu agenda Karl. Dia pula begitu naïf, ingatkan Karl ajak dia bertemu janji.
“Mianhe… aku ingat… aku ingat… kau nak ajak aku dating.. Lagipun kau tak cakap yang kita nak jumpa dia orang semua.” Kata-kata Dian berselang dengan tawa yang belum reda. Mendengar itu, Karl turut ketawa. Hai lah Dian, kenapalah kau sangat comel? Hati Karl berdetak laju.
“Sekarang ini, aku rasa kau yang beriya nak dating dengan aku.” Karl ikut mengusik. Tawa Dian kembali meletus. Bunyi tawa yang sangat indah di telinga Karl.
“Aniya… Aniya… anggap aje aku on mood perasaan.” Dian mengerakkan tangannya ke kiri dan kanan. Karl mengelengkan kepala. Dengan Dian, cepat betul moodnya bertukar. Kalau tadi, dia dingin dan beku kerana kemesraan Dian dan Syammil. Kini, hatinya dipenuhi bunga-bunga indah hanya dengan mendengar tawa indah itu.
“And… aku tak bagitahu sebab it’s a surprise. Kalau aku bagitahu, tak surprise lah…”
“Surprise lah sangat.” Balas Dian setelah dia berhenti ketawa.
“Next time, jangan tolak kalau aku ajak keluar.” Karl menambah lagi.
“Next time jangan nak berahsia sangat dengan aku..” Tidak mahu kalah, Dian turut membalas.

Karl memandang Dian bila mendengar itu dan ketika itu juga Dian turut memandangnya. Mereka berbalas pandangan buat seketika sebelum akhirnya bibir mereka saling mengukir senyuman.

***************************

I know.... I know.... Still tak ada tajuk.... hehe