Sunday 29 September 2013

Bab 22 : Ingin Ku Lafazkan Cinta


22.
                “Assalamualaikum…. Good morning.” Suara garau itu menerjah telinganya sebaik dia membuka mata. Dalam keadaan mamai, dia mengukir senyum dan kembali memejamkan mata. Tiga saat kemudian, matanya buntang melihat wajah lelaki yang begitu hampir dengan wajahnya. Spontan dia bangun duduk sambil menarik comforter dan menyelubungi seluruh tubuh.
                “Encik! Buat apa kat atas katil saya ni?” Separuh menjerit, Ayu bertanya. Hairan bagaimana Idraki boleh berada satu katil dengan dia. Kalau dah satu katil, tentu mereka tidur bersama. Tidur bersama? Reflex pula Ayu tunduk memeriksa dirinya. Masih elok berbungkus dengan pajama dia malam tadi. Rambut? Togel! Cepat comforter ditarik menyembunyikan rambut yang dah tentu serabai macam mak lampir. Idraki ketawa lepas sambil menggelengkan kepala. Lucu melihat Ayu yang kalut semacam. Lupa agaknya yang mereka dah halal untuk tidur bersama.
                “You belum jawab salam I.” Masih mahu mengusik Ayu, dia sengaja tidak menjawab soalan Ayu. Makin lebar senyuman Idraki bila sekali lagi Ayu membuntangkan mata sambil mengetap bibir.
                “Waalaikumusalam.. okey, sekarang boleh beritahu kenapa encik ada atas katil saya? Macam mana encik masuk bilik saya ni? Eh, macam mana boleh masuk rumah ni?” bertalu – talu soalan dari Ayu Berjaya menarik senyum lebar Idraki lagi. Tak habis – habis dengan kalutnya. Boleh bertanya macam polis pencen. Entah yang mana satu yang ingin dijawab dulu.
                “Encik!” Ayu sedikit menjerit. Tidak puas hati bila Idraki langsung tidak menjawab soalannya.
                “You lupa ke, sayang? Semalam kita dah nikah. So, takde alasan kenapa I tak boleh sekatil dengan you, kan?” Dalam senyum lebar, Idraki menjawab lembut. Ayu terdiam seketika. Mata merenung Idraki dengan kerutan di dahi. Cuba mencerna kata – kata lelaki itu sebentar tadi. Benarkah yang mereka sudah bernikah? Dia cuba mengingati peristiwa semalam. Perlahan – lahan, otaknya yang mamai tadi, kembali berfungsi. Spontan dia menutup mulut sebelum menepuk dahi sendiri. Macam mana dia boleh lupa yang Idraki sekarang ini bergelar suaminya?
                “Sorry, saya terlupa.” Ucap Ayu perlahan. Serentak itu juga, dia menarik comforter yang melitupi kepalanya. Rasa bersalah sangat. Baru pagi pertama bergelar isteri, dia sudah buat dosa pada suami. Ayu menundukkan wajah, malu pada kesilapan sendiri.
                “Orang kata, kalau nak tengok kecantikkan asli seorang perempuan, tengok masa dia baru bangun tidur.” Idraki bersuara sambil jarinya menyentuh dagu Ayu dan menolak wajah itu agar memandangnya.
                “Now I know, how beautiful is my wife. I forgive you this time. Tapi, next time you lupa yang I ni suami you… I’ll punish you.” Usik Idraki. Dia mengukir senyuman bila Ayu terkebil – kebil memandangnya. Sedikit demi sedikit, dahi Ayu mula berkerut. Mahu mencerna kata-kata Idraki. Bicara itu lembut namun penuh dengan ugutan yang buat dia kecut.
                “Sudah, pergi mandi. Subuh dah nak habis. I tunggu you. Kita solat sama.” Idraki bergerak turun dari katil. Ingin ke bilik air untuk berwuduk semula. Wuduknya batal gara- gara tangan gatal nak menyentuh Ayu tadi. Gatal sangat tangannya sampai akal tak sempat nak menahan.
                “Err… “ Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Mamai dan terkejut dengan perangai Idraki di pagi pertama dia bergelar isteri kepada lelaki itu.
                “Apa lagi tu, sayang? Pergi mandi. Kalau lambat nanti, tak sempat nak solat pulak. Go, go.” Tegas Idraki. Dia menolak tubuh Ayu yang masih terpinga – pinga. Kelam kabut Ayu turun dari katil. Tergesa – gesa dia mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi.
                Selesai solat Subuh berjemaah, Ayu segera menyidai telekung dan sejadah yang mereka gunakan. Setelah itu, dia menyikat rambut panjangnya di depan cermin. Sesekali, matanya menjeling Idraki yang duduk di birai katil. Mata Idraki tidak lepas dari memandangnya. Sesekali bertemu pandang, dia diserang debar. Mula terfikir yang bukan bukan bila mata Idraki semakin tajam merenungnya. Dia melarikan anak mata. Bergerak ke almari untuk mencari tudung yang sesuai digunakan untuk turun ke bawah.
                “Dah siap?” Idraki bertanya lalu mendekati Ayu yang terkial – kial mengenakan tudung. Dia sembunyi senyum melihat gerak geri Ayu yang serba tidak kena. Malulah tu diperhatikan.
                “Err.. sekejap. Tudung ni…” Ayu tidak menghabiskan ayatnya. Hati mula panas bila tudung masih tidak betul letaknya. Apa yang tak kena? Tudung sarung aje pun. Selalunya tak lah sesusah ni dia pakai tudung.
                “Let me…” Idraki memegang kepala Ayu. Segera dia membantu Ayu membetulkan tudung. Kaku Ayu bila Idraki tanpa segan menyentuhnya. Lelaki ini tak tahukah yang dia dah sejuk kaki tangan bila berada dekat dengannya?
                “Okey, done. Hrmmm…. You look so sweet. Jom.” Idraki mencapai tangan Ayu dan menarik Ayu agar mengikutnya. Terkial-kial Ayu cuba menyaingi langkah panjang Idraki. Dia semakin pelik dengan Idraki ni. Tak ada salam, tak cakap apa-apa, tiba-tiba aje jom?
                “Err… kita nak ke mana ni?” Dalam terkejar-kejar, Ayu bertanya.
                “Turun bawahlah, breakfast. I’m starving. You tak lapar?” Idraki menghentikan langkah. Tajam matanya merenung Ayu yang masih terkebil kebil. Jari naik menggaru kepala. Otaknya masih belum dapat menerima sepenuhnya yang Idraki kini adalah sebahagian dari hidupnya. Bukan, bukan.. Idraki kini adalah hidupnya. Semua reaksi itu mengundang senyum di bibir Idraki.
                “Ada apa ni, sayang? Dari tadi asyik blur aje. Mamai lagi ke?”
                “Erm… Erm… No, no.. Saya Cuma tak biasa dengan semua ni. Tiba-tiba awak ada dalam hidup saya. Tidur, solat… err… nak breakfast pun sama.” Ayu kembali menggaru kepala yang tidak gatal. Sukar untuknya menerangkan hal sebenar yang mengganggu fikirannya. Takut Idraki tersalah faham pula.
                “Memang suami isteri akan sentiasa bersama, kan. Kalau tak bersama, apa fesyen pulak suami isteri macam tu?” Idraki mula melayani resah hati Ayu. Dia dapat menjangka yang Ayu sedang keliru. Perubahan hidup yang mendadak, tentu sahaja Ayu tidak bersedia.
                “Err… macam nil ah. To be honest. Saya belum bersedia sepenuhnya nak jadi isteri awak. Belum bersedia nak jadi isteri sesiapa pun sebenarnya. So, saya harap awak maafkan saya kalau ada terkurang kat mana-mana dalam layanan saya kat awak.” Ayu mencari mata Idraki. Ingin pengertian dari lelaki itu. Biar Idraki tahu, yang dia masih terlalu mentah untuk bergelar isteri dan memikul segala tanggungjawabnya.
                “I’ve told you, sayang. Yang kita akan belajar. We take it step by step, ok. Don’t worry too much.  Kalau ada yang tak kena dengan you, I tegur. Kalau ada perangai I yang you tak suka, you boleh tegur I.” Idraki memberi jaminan. Sejujurnya, dia juga belum bersedia sepenuhnya tapi dicekalkan hati untuk menempuh perkahwinan ini dengan Ayu. Terangguk – angguk kepala Ayu mendengar bicara itu. Lembut dan penuh keyakinan. Dan, dia harap segala kata-kata itu akan ditunaikan oleh Idraki.
                “Okey, dah. Jom turun… I’m starving. Plus, lagi lambat kita turun, nanti makin galak orang kat bawah tu mengusik. Macam I tak tahu macam mana teruk you kena semalam.” Idraki kembali menarik tangan Ayu menghampiri pintu. Namun, Ayu menarik tangan Idraki semula membuatkan langkah Idraki terhenti lagi.
                “Anything else, sayang?”
                “Err… satu je lagi. Saya tak pandai masak. Tak pandai macam mama, macam mak long. Jadi, I’m sorry, saya tak boleh masakkan awak sedap – sedap.”
                Terlepas tawa Idraki mendengar itu semua. Dia mendekatkan jarak dengan Ayu dan mencapai tangan kiri Ayu dan menggenggam kedua-duanya. Senyuman mautnya segera dihadiahkan kepada isterinya itu.
                “Untuk masa ni, I terima. But, not in long run. Nanti, I hantar you pergi kelas memasak dengan mama.”
                “Ha??”
                “You’ve heard me. Dah, dah.. stop talking. I dah lapar sangat ni, nanti pengsan masa bersanding, macam mana? Sapa nak angkat I?” Seloroh Idraki sambil dia kembali menarik Ayu mengikut langkahnya.
***********************************************************************************
                Biasan tubuh badannya di cermin dipandang tidak percaya. Sesekali, dia berpusing – pusing di hadapan cermin. Dalam hati, dia memuji kecantikan dan kehalusan seni pada baju yang tersarung di tubuhnya kini. Warna putih susu bersulam lace warna hijau pekat menaikkan seri pada baju kurung moden yang dipakainya. Veil panjang mencecah lantai pula menaikkan seri wajahnya yang sudah dirias oleh mak andam. Sungguh Ayu sendiri terpegun dengan semua itu. Ketika dia menempah baju ini bersama Idraki sebulan lalu, dia tidak menyangka secantik ini hasilnya. Dia hanya diarah oleh Idraki untuk mencuba beberapa helai baju persalinan untuk bersanding sebelum diambil ukuran tubuhnya oleh tukang jahit di butik mewah itu. Dia sangkakan Idraki hanya akan menyewa salah satu baju di butik itu tetapi rasanya baju ini dia tidak pernah lihat dan cuba.
                Ketukan di pintu bilik mengejutkan Ayu yang masih asyik memuji baju di hadapan cermin. Segera dia berpaling sebelum dia memberi kebenaran masuk. Sejak selesai disolek, mak andam meninggalkan dia sendirian di bilik suite mewah ini. Kata mak andam, dia hanya perlu menanti sehingga dipanggil untuk turun ke majlis resepsi. Ketika pintu bilik terbuka dan matanya terpandang susuk tubuh tegap dan tinggi itu melangkah masuk, Ayu terkesima. Demi Allah, tidak pernah dia melihat keindahan ciptaan Tuhan selain dari manusia yang sedang melangkah gagah menghampirinya ini.
                “Dah siap sayang?” Tanya Idraki tanpa mengangkat muka. Dia masih sibuk membetulkan kedudukan samping yang sudah dibentuk menjadi bunga. Rimas pula rasanya dengan hiasan sebegitu. Belum lagi keris yang tersemat di pinggang. Bila Ayu tidak menjawab pertanyaannya tadi, Idraki segera mengangkat muka. Dan, dia juga terpegun melihat sesusuk tubuh menawan yang sedang berdiri kaku dengan bunga di tangan digenggam erat.
                Lama mereka berada dalam dunia sendiri sehingga riuh suara Intan Shahila dan Intan Shahima langsung tidak menyedarkan mereka yang sedang berbalas pandangan.
                “Ehem!” Intan Shahima berdehem sekali. Dia dan kakak kembarnya sudah tersenyum – senyum di muka pintu. Entah bila berpakat, cepat Intan Shahila mengambil gambar tanpa flash akan mereka yang sedang pegun merenung sesama sendiri. Kali kedua Intan Shahima berdehem, masih kedua mempelai itu tidak sedar.
                “Ayu! Kau dah siap belum! Mak –“ suara petir Munirah yang tiba – tiba sahaja merempuh masuk membuatkan Ayu tersedar. Dia segera mengalihkan pandangan pada Munirah yang sedang berdiri bercekak pinggang tidak jauh dari mereka berdua.
                “Ya Allah… malam tadi tak puas ke renung muka husband kau? Abang Id ni pun, agak – agaklah nak main mata dengan Ayu. Dah masanya lah nak bersanding. Malam ni sambung balik.” Munirah masih membebel sambil tangan sibuk membetulkan pakaian dan layah Ayu agar kelihatan kemas. Kawan baik itu tidk segan untuk membebel dengan sesiapa, termasuklah dengan Idraki yang baru dikenalinya semalam. Kembar berdua itu pula sudah terkekek-kekek ketawa di muka pintu.
                “Mana nak puas, Mun. Dah cantik sangat, rasa tak nak turun bersanding pulak. Boleh?” jawab Idraki, selamba. Dia menyisir rambut ke belakang. Malu tertangkap merenung isteri sendiri. Serentak Ayu membulat mata. Tidak percaya Idraki boleh membalas begitu.
                “Ish… sabar – sabarlah, abang Id. Tak lari kemana dah wife abang ni. Korang berdua tu pun, dari tadi mengekek ketawa kat situ buat apa? Korang tengok aje ye, apa tak dipanggil?” Munirah masih membebel panjang. Puas hati dengan baju yang tersarung di badan Ayu, dia bertindak membelek wajah Ayu pula. Dan, Ayu rasa seperti dileter oleh orng tua pula bila Munirah masih menceceh entah apa – apa.
                “Eh! Kitaorng dah panggil, kak. Diaorang berdua tu yang tak sedar – sedar. Kitaorang tengok aje la drama bisu ni. Best!!” Intan Shahila membalas pantas. Mengusik Ayu yang masih tidak bersuara. Lebih seronok bila dapat mengusik Along mereka yang turut tidak banyak cakap. selalunya, hanya mereka yang terkena, hari ini, biarlah Idraki pula yang diusik habis – habisan.
                “Sedap korang mengata Along ye. Esok, siap korang!” Idraki sedikit marah. Tahu, sejak bergelar suami semalam, kedua adk kembarnya tidak habis mengusik. Apa lagi, kecoh juga mereka bergurau senda dengan adik-adiknya itu. Ayu pula tak banyak membantu untuk membela dia. Ada tak ada pun, Cuma tersenyum sepanjang masa.
                “Ha… dah. Jangan nak bertekak pulak kat sini. Korang turun dulu. Belum cukup umur dah pandai nak tengok drama. Dah, shuu…. Shuu… pergi turun.” Munirah memotong bunga – bunga pertengkaran yang baru nak bercambah.
                “Alah… potoonglah Kak Mun ni. Kitaorang tengah sedap kenakan Along ni.”
                “Takde, takde, pergi turun. Pergi jadi bridesmaid kat bawah tu.” Munirah menolak kedua kembar itu agar keluar dari bilik besa itu. Sebelum mereka keluar, sempat lagi Idraki mengangkat ibu jari tanda bagus kepada adik-adiknya. Dan, kembar itu menjelir lidah sebelum berlari keluar ke pintu utama bilik suite mewah itu.
                “Ok, selesai dengan diaorang. Ayu, abang Id, jom turun. Sambung drama bisu korang lepas majlis ye.” Munirah berpaling pada Ayu dan Idraki.
                “Mun, boleh tak kau jangan mulut murai sangat? Tak malu dengan Id?” Marah Ayu namun suaranya agak perlahan. Tidak mahu Idraki yang agak jauh mendengar kata-katanya.
                “Nak malu apa? Abang Id okay je. Eh, cepatlah… diaorang dah menunggu tu.” Munirah menarik tangan Ayu agar keluar dari bilik itu. Teragak- agak Ayu untuk mengikut bila Idraki masih kaku ditempatnya memerhati tingkah mereka dari tadi.
                “Mun, please wait for us at the lift. We’ll be there in a minute.” Idraki mengarah perlahan. Matanya masih pegun di wajah Ayu. Masih belum puas menikmati keindahan wajah yang sudah dirias nipis atas permintaan Ayu sendiri.
                “Tapi, abang Id…”
                “It won’t take long.. please…” Idraki mengalih pandangan kea rah Munirah dan merenung lembut. Munirah mengangkat bahu dan mengangguk perlahan sebelum melangkah keluar. Pintu bilik ditutup perlahan. Sebaik Munirah hilang, Idraki melangkah menghampiri Ayu yang terkebil-kebil memandangnya.
                “Ready, sayang? Jom…” Idraki mengajak lembut. Sengaja dilembutkan suara agar Ayu terpujuk. Tangan dihulur agar Ayu menyambutnya namun isterinya itu masih kaku ditempatnya.
                “Id…” seru Ayu perlahan. Dan, mata Idraki menangkap pandangannya dengan lembut. Berdegup kencang jantungnya saat berbalas pandangan begitu. Kelu lidah untuk berkata-kata walau begitu banyak yang ingin dia katakan pada Idraki.
                “Kenapa?” Lembut Idraki bertanya.
                “Saya…. ermm… I’m scared.”
                Idraki tarik senyumannya yang paling menggoda dan dia mencapai kedua belah tangan Ayu. Pandangannya masih kaku di wajah cantik berias itu. Digenggam erat kedua tangan Ayu dan dielus perlahan.
                “Hold my hand, walk with me. I will never let you go.” Sungguh lembut suara itu sampai ke telinga Ayu. Dia terpukau, dengan ketampanan wajah dan gemersiknya suara yang sedang memujuknya itu. Perlahan Ayu menganggukkan kepala dan kakinya mengikut sahaja bila Idraki menariknya keluar dari suite mewah itu.
                Pasangan pengantin itu diraikan dengan penuh meriah. Mereka bersanding di pelamin mewah sebelum makan beradab dan diakhiri dengan acara memotong kek. Sepanjang majlis, Idraki tetap menunaikan janjinya untuk tidak melepaskan tangan Ayu. Seringkali dia rasa tangan Ayu sejuk dan tubuh kecil itu sedikit menggigil ketika mereka baru menaiki pelamin dan menjadi tumpuan ramai. Menyedari ketakutan itu, Idraki akan mengeratkan genggamannya dan pandangan Ayu kepadanya selepa itu benar-benar menyenangkannya. Agak lama majlis berlangsung tengahari itu kerana terlalu ramai tetamu jemputan yang tidak mahu melepaskan peluang menepung tawar pengantin. Hingga k akhir majlis, Idraki sudah dapat mengesan keletihan di wajah Ayu kerana melayan tetamu yang tidak habis mengucapkan tahniah.
                “Dah penat ye?” Bisik Idraki perlahan di telinga Ayu ketika mereka bersalaman dengan para tetamu yang mula meninggalkan majlis. Ayu yang baru selesai berbual dengan tetamu yang dia tak kenal terus memandang Idraki. Senyuman manis diukir buat suami yang setia disebelahnya sejak tadi.
                “Sikit. Tapi still okey. Awak dah penat?” Tanyanya kembali dan anggukan kepala Idraki memberi jawapan. Mata yang sengaja diredupkan menambah lebar dibibir Ayu.
                “Sekejap lagi majlis habis. Lepas tu, boleh rehat.” Pujuknya lembut. Idraki pula selamba memeluk pinggang rampingnya.
                “Kan best kalau kita boleh baring atas katil sekarang ni.” Balas Idraki sambil matanya masih asyik merenung Ayu. Kerutan di dahi Ayu sebaik mendengar jawapan itu membuatkan dia tersenyum lucu.
                “Ish… majlis belum habis, dah nak baring atas katil. Sabarlah sikit.”
                “Alah…”
                “Ehem!” suara berdehem di sisi mereka membantutkan hajat Idraki yng ingin mengusik isterinya. Cepat-cepat mereka berpaling dan demi melihat wajah itu, Ayu pantas menarik tangan Idraki yang masih membelit pinggangnya.
                “Uncle!” Idraki menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datuk Razif bersama isterinya. Datuk Razif tersenyum lebar, gembira melihat pasangan pengantin itu walau hatinya sedikit kecewa dengan pilihan Idraki.
                “Dah tak sabar ye? Tunggu sekejap lagi, tak lama lagi majlis habis.” Datuk Razif mengusik. Membuat Ayu tertunduk malu dan Idraki tersenyum sambil tangannya mengurut tengkuk. Tidak tahu bagaimana ingin membalas usikan yang begitu.
                “Eh, uncle dengan auntie dah makan? Ayra mana?” Idraki cuba mengalih perbualan. Sengaja di bertanyakan Ayra agar kedua suami isteri itu tahu yang dia masih menganggap Ayra sebagai kawan.
                “Sudah. Dah lama uncle dengan auntie kat sini. Nak berbual dengan Id tadi, you sibuk atas pelamin tu. Ayra…”
                “Macam mana Ayra nak datang kalau boleh sakit hati tengok kamu bersanding!” Datin Rozy menyampuk tiba-tiba. Mendengar suara tidak puas hati wanita anggun itu, Ayu yang dari tunduk, segera mengangkat wajah. Berkerut dahinya cuba memahami maksud di setiap kata – kata itu. Dari memandang Datin Rozy, dia memandang Idraki pula. Meminta pengertian. Dan Idraki hanya tersenyum membalas pandangannya.
                “Rozy…” Datuk Razif menegur perlahan.
                “Ayra tak dapat datang. Outstation. Work comes first, katanya. Tapi, dia ada kirimkan hadiah. Uncle dah letakkan kat sana.” Datuk Razif masih berdiplomasi. Dia tahu dia kena terima yang Idraki tidak menerima anak daranya itu walaupun sudah bertahun berpacaran.
                “Oh… saya faham. Say hi to her and thanks a lot for the present.”
                “InsyaAllah. Uncle kena gerak sekarang. Selamat pengantin baru. Jaga isteri kamu baik – baik. And you, young girl, jaga suami baik – baik.” Datuk Razif sempat berpesan pada kedua mereka sambil bersalaman dengan Idraki. Ayu yang menghulur tangan pada Datin Rozy hanya disambut acuh tak acuh.
                “InsyaAllah, uncle. Terima kasih datang.” Ayu menjawab perlahan. Mereka berdua berlalu pergi sebaik memberi salam.
                “Ayra?” Tanya Ayu sebaik Datuk Razif dan Datin Rozy hilang.
                “Kenapa?”
                “Looks like you got an explanation to do.”
                “Jealous ke?’
                “Nope. Why should I?
                Habis tu kenapa tanya?” Idraki sembunyi senyum bila melihat Ayu yang tidak keruan. Nak kata marah, tak juga. Nak kata cemburu tak juga. Tapi wajah itu punya seribu makna tersirat.
                Ayu hanya mengjungkit bahu. Tidak ada jawapan untuk soalan Idraki. Cuma dia hairan, Idarki dan Ayra macam punya hubungan istimewa.
                “I’ve thought we gone trough with it. Kita sedang belajar sayang. And sepanjang masa itu, takkan ada orang lain except you.” Pujuk Idraki lembut ditelinga Ayu sambil tangannya erat merangkul pinggang Ayu.