Friday 29 April 2016

Greetingss.....

Salam....

Pheww!! Dah setahun lebih tak post kat sini. Sorry, langsung xdak idea nak sambung cerita2 dlm ni. I noticed someone had asked in one of the comment. Sorry to you that i didn't answer either. But again, thanks a bunch kerana ikut cerita saya yang tak seberapa.

So, saya ada cerita baru ini minds. Since I'm so into Running Man right now, presenting the hero and heroine of my next e-novel (sapa ikut RM for sure kenal diaorg... ;p)

***********************************************

1.

Melangkah keluar dari pintu ketibaan dengan troli penuh dengan beg, Dian termangu seketika. Pandangan ditabur ke seluruh ruang yang masih sibuk dengan pelbagai ragam manusia. Fikirannya kosong buat seketika. 3 tahun meninggalkan bumi Malaysia, dia tidak sangka dia akan buntu sebegini untuk mengambil langkah seterusnya.
Perlahan dia menolak kembali troli, mencari pintu keluar. Langkah kaki diatur mengikut langkah manusia lain yang masih sibuk disekelilingnya. Otaknya masih sibuk berfikir, apa yang perlu dibuat seterusnya. Sebaik keluar dari pintu lapangan terbang, dia menepuk kepala sendiri.
“Aish… Dian. Baru 3 tahun, takkan kau dah lupa?” marahnya pada diri sendiri. Dia keliru dengan tindakan apa yang perlu diambil. Teksi sudah bersusun di depan mata, tapi dia masih tercegat disitu. Berfikir ke mana dia ingin pergi. Hotel terdekat atau rumah Along?
“Itulah, Along nak datang ambil, kau degil. Sekarang macam mana?” dia masih membebel sendirian. Spontan dia menarik telefon bimbit dari kocek seluar. Mencari hotel terdekat yang boleh dia menginap sementara belum pulang ke kampong.
“Assalamualaikum.”
Kepalanya lantas berpaling ke arah suara yang memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Dahinya berkerut seribu sebelum akhirnya bibirnya membalas senyuman lelaki yang berdiri tegak dihadapannya.
“Macam mana kau boleh ada kat sini?” tanyanya hairan. Setahunya, dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan kepulangannya ke Malaysia. Melainkan keluarganya sendiri.
“Jemput kau.” Balas lelaki tadi ringkas sambil tangannya mengambil troli di hadapan Dian. Tanpa menunggu sebarang jawapan, dia menolak troli kembali masuk kedalam ruang lapangan terbang. Dian menggaru kepala. Matanya terkebil-kebil melihat tindakan lelaki itu sebelum dia berlari anak untuk menyaingi langkah besar lelaki itu.
“Mana kau tau aku balik hari ni?” Namun soalannya hanya dibalas dengan senyuman. Senyuman maut yang boleh buat mana-mana perempuan melutut untuk menagih cintanya.
“Kita nak pergi mana ni?” tanyanya lagi tetapi kaki tetap melangkah mengikut lelaki itu.
“Aku hantar kau balik.”
Dian menggaru kepala. Di dalam lif, dia hanya diam memerhati lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu akan kepulangannya.
“Nak balik straight ke JB?” Tanyanya setelah selesai memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta dan kini bersedia untuk memulakan pemanduan.
“Kau nak hantar ke?”  Dian cuba berseloroh. Rajin sangat menjemput dia di KLIA, mana tahu lelaki itu sanggup menghantar dia pulang ke Johor Bahru. Lelaki itu menjeling jam di dashboard kereta, hampir jam 10 malam. Dia tidak sangka selewat begini Dian akan sampai.
“Boleh. Tapi esok saja. Dah malam ni, lewat sampai JB nanti.”
“Ani…. “
“Ani mana pulak ni?” cepat lelaki itu memotong kata-kata Dian. Dan serentak itu, tawa Dian meletus.
“Ani tu maksudnya tidak. Tak payah. Dah lewat malam ni. kau hantar saja aku kat hotel paling dekat. Aku ada-“
“Hotel? Kau nak tidur hotel? Seorang?”
“Aish… iyelah. Takkan dengan kau.” Dian sedikit marah. Lelaki itu memang tidak berubah. Suka mengarah dan suka potong cakap dia.
“3 tahun duduk Korea, kau dah macam orang Korea.” Komen lelaki itu dengan ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Dian mencebik bibir dan membuatkan lelaki itu ketawa lebih besar. Aksi comel begitu memang tidak pernah lekang dari Dian.
“Tak payah tidur hotel. Balik rumah aku.”
“Apa? Kau gila ke, Karl? Aku tidur hotel lagi selamatlah dari tidur rumah kau.”
“Lagi selamat kau tidur kat rumah aku. Takkan aku nak biarkan kau sorang-sorang tidur kat hotel tu bahaya!”
“Ani!! Tidur rumah kau lagi bahaya. Nanti tiba-tiba kena tangkap, macam mana?” kata –kata itu mengundang kerut seribu di dahi Karl. Namun beberapa saat kemudian, ketawanya meletus. Kuat dan  keras.
“Aku maksudkan tidur rumah mama lah. Takkan aku nak bawak kau tidur kat kondo aku.” Karl akhirnya memberi penjelasan. Dian melopong mendengar penjelasan itu. Bibirnya terbuka luas sebelum dia menepuk kepalanya sendiri. Malu! Malu! Dia menggumam sendiri. Macam mana dia boleh terfikir sejauh itu.
“Kalau kau nak sangat berdua dengan aku, atau nak kahwin dengan aku, aku boleh saja. Nak balik kondo aku ye?” Karl mengusik. Terhibur dengan aksi Dian yang tidak pernah berubah. Blur dan selalu buat aksi spontan begitu.
“Karl Zafril!!” Meledak jeritan Dian dengan usikan sebegitu. Dia sudah cukup malu dengan kata-katanya sebentar tadi, sekarang Karl galak mengusik dia pula. Dan, Karl ketawa lepas dengan jeritan Dian itu.

********************************************************************************

“Maaf, aunty. Dian susahkan aunty saja.” Dian segera meminta maaf sebaik dia bertemu muka dengan Puan Zahrah. Ibu kepada Karl Zafril yang kepala batu. Letih bertengkar dengan lelaki itu, akhirnya dia tetap terpaksa tebalkan muka bertemu wanita anggun pertengahan umur itu.
“Tak ada susahkan pun, aunty suka ada tetamu kat rumah ni. meriah sikit.” Puan Zahrah menarik Dian ke dalam pelukannya selepas Dian mencium tangannya. Terkejut juga mulanya bila Karl beritahu Dian akan bermalam di rumahnya buat sementara. Tetapi dia tetap menerima dengan tangan terbuka. Bukan dia tidak kenal dengan Dian. Gadis itu dengan anak lelakinya sudah berkawan rapat sejak dari university. Malah, rumah itu bagaikan sudah menjadi rumah kedua Dian dan kawan mereka yang lain. Cuma, inilah kali pertama Dian bermalam di rumahnya.
“Malu Dian. Baru balik, dah susahkan aunty pula. Dian mintak Karl hantar ke hotel tapi dia bawak Dian ke sini.” Tanpa sedar, Dian mengadu. Matanya mengekor langkah Karl yang membawa beberapa buah begnya ke dalam rumah.
“Kan aunty dah cakap, tak susah. Aunty pun risau kalau Dian tidur hotel seorang. Bahaya, anak dara tidur seorang.”
“Dia tak nak tidur sini, tapi nak pergi kondo saya. tidur kat sana.” Karl menyampuk sebaik melabuh punggung di sofa empuk berhampiran Dian dan ibunya. Dian membuntangkan mata, berani Karl berkata sebegitu dihadapan orang tuanya.
“Ani… Ani… Dian tak maksudkan macam tu.” Dian menggerakkan tangannya ke kiri dan kanan. Bersungguh-sungguh menafikan kata-kata Karl, takut puan Zahrah salah faham. Puan Zahrah ketawa kecil.
“Boleh kalau Dian nak tidur kat kondo Karl, tapi kena menikahlah dengan dia dulu.” Puan Zahrah turut mengusik dan kata-kata itu disambut dengan ketawa lepas oleh Karl.
“Karl, shut up. Tak, aunty. Dian salah faham. Dian tak sempat fikir.”Dian kembali mempertahankan diri. Dia tidak mahu Puan Zahrah salah faham. Dia dan Karl hanya kawan baik.
“Dah… Dah… Aunty faham. Aunty dah kenal Dian dah lama. Aunty faham perangai Dian.” Puan Zahrah mengelus lembut bahu Dian. Kasihan pula melihat anak gadis itu kalut mempertahankan diri. Pipi yngg sedikit tembam itu diusap perlahan sebelum dia megalih pandangan pada Karl.
“Dian dah makan? Aunty boleh suruh bibik panaskan makanan. Lepas tu boleh berehat. Tentu penat duduk lama dalam plane.”
“Tak apa, aunty. Dian tak lapar.” Dian beralasan. Walau perutnya memang sudah agak lapar, tapi dia segan untuk meminta lebih. Sudahlah susahkan keluarga Karl, takkan dia nak minta makanan pula.
“Betul ni?” Puan Zahrah meminta kepastian. Rasanya dia kenal dengan perangai Dian. Walaupun agak kasar macam lelaki, tetapi sopannya sebagai perempuan tetap dijaga rapi. Dian mengangguk laju. Kemudian, tanpa dapat dikawal, dia menguap besar. Mujur tangannya sudah terbiasa untuk menutup mulut setiap kali dia menguap.
“Iyelah, memang dah mengantuk tu nampaknya. Mari, aunty tunjukkan bilik. Karl, kamu tak balik kondo?” Puan Zahrah sempat bertanya anak terunanya yang dari tadi diam memerhati. Sesekali, tangan sibuk membelek telefon bimbit.
“Wah… mama dah dapat anak dara, mama halau anak lelaki mama ye?” Karl masih suka mengusik. Dia ketawa kecil bila mata Puan Zahrah terbeliak besar.
“Mama takut kamu tu salah masuk bilik nanti.” Puan Zahrah membalas usikan anaknya namun tiada sebarang reaksi dari Dian. Sama ada Dian sudah terlalu mengantuk atau dia menjadi dia. Blur….
Karl masih ketawa dengan usikan mamanya ketika Puan Zahrah dan Dian berlalu naik ke tingkat atas. Masih berfikir sama ada mahu balik ke kondonya atau bermalam di rumah mamanya sahaja. Selalunya, tak kira jam berapa pun, dia tetap mahu balik ke kondo miliknya tetapi mala mini, hatinya terasa berat untuk bergerak balik. Dan fikirannya masih tertumpu pada Dian. Untuk seorang yang kuat makan mcam Dian, dia agak pelik bila Dian menolak untuk makan. Atau, masakkan melayu sudah tidak kena dengan tekak Dian? 3 tahun merantau ke Korea, manalah tahu, kimchi, kimbp dan bibimbap sudah menjadi makanan ruji gadis itu. Karl menggelengkan kepala sebelum dia bangkit dri kerusi. Langkahnya tegap menuju ke dapur. Lincah tangannya mengeluarkan lauk dari peti ais dan memanaskan semula. Nasi juga turut dimasak semula. Walau apa pun alasan Dian, dia tidak mahu gadis itu tidur tanpa makan terlebih dahulu.
Dian baru sahaja keluar dari bilik mandi dengan tuala di kepala untuk mengringkan rambutnya ketika pintu biliknya diketuk seseorang. Dadanya berdebar tiba-tiba. Takkan ada hantu dalam rumah sebesar ini? Hatinya berbicara sendiri. Perlahan dia melangkah ke pintu. Melekapkan telinga ke pintu, cuba mendengar kalau – kalau ada sebarang bunyi yang mencurigakan. Tetapi, dia terkejut bila ketukan itu bergema semula, betul-betul ditelinganya.
“S-Siapa?”
“It’s me, Dian. Dah tidur ke?” Dian mengurut dada saat mendengar suara itu. Sungguh dia terkejut tadi, rupanya Karl yang galak mengetuk pintu. Dia menutup kepala dengan tuala sebelum perlahan membuka pintu. Walau apa pun, Karl bukan mahram dan dia wajib menutup aurat sesempurna mungkin.
“Aish… kau buat aku terkejut. Wae?”
“Apa wae?” Karl bertanya kembali. Sejak dari KLIA tadi, sudah bermacam – macam perkataan pelik yang keluar dari mulut Dian. Dia tahu itu bahasa Korea, tapi tetap dia tidak puas hati kerana tidak faham dengan perkataan itu. Dian mendesis.
“Kenapa?”
“Ohh… gunalah bahasa melayu. Jom, makan.” Karl kecilkan matanya yang memang sedia kecil. Cuba beraksi comel, cuba memancing minat Dian untuk menurut kemahuannya.
“Aku kenyang.” Dian cuba menutup pintu tapi tangan kekar Karl cepat menahan pintu. Dian kembali mendesis. Karl yang degil! Karl yang suka memerintah!
“Jom makan.”
“Aku kenyang, aku dah mengantuk. Aku nak tidur!”
“Mama masak asam pedas ikan pari.” Karl masih cuba memancing. Buntang mata Dian mendengar itu. Ikan pari masak asam pedas? Sudah lama dia tidak makan asam pedas. Suka! Suka! Suka! Tapi…
“Aku mengantuk.” Dian buat buat menguap. Malu dia nak makan. Tadi beriya-iya dia menolak, sekarang nak makan pula. Walaupun dengan mendengar asam pedas ikan pari itu cukup untuk buat air liurnya meleleh.
“Ulam, sambal tempoyak. Ohh, dan paling best, petai.” Karl mengangkat kening. Dian menelan liur beberapa kali. Karl memang cukup pandai memancing seleranya. Dan ironinya, Karl masih ingat segala makanan kegemarannya.
“Ok! Five minutes!” Dian menunjukkan kelima jarinya sebelum menutup daun pintu. Meninggalkan Karl terkebil-kebil di muka pintu. Namun kemudian, dia mengukir senyum lebar. Dian dan makanan memang tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi masakan kampong.
Di meja makan, Dian bagai lupa dunia. Dia makan dengan bersungguh-sungguh. Apa lagi dengan makanan kegemarannya terhidang di depan mata. Tidak dihiraukan Karl yang hanya memerhati dia penuh minat. Nasi di pinggannya masih tidak berusik sedangkan Dian menyuap bagai sudah sepuluh hari tidak menjamah makanan.
“Karl….”Panggil Dian tiba-tiba dengan suara perlahan. Mematikan keasyikan Karl yang merenungnya sejak tadi.
“Yup?” Karl pura-pura menjamah nasi walaupun perutnya masih kenyang.
“Macam mana kau tahu aku balik hari ni?”
“You really want to know ya?” Karl bertanya semula. Dan Dian mengangguk beberapa kali. Tangannya masih leka menyuap makanan, membuat Karl menggelengkan kepala melihat tingkah Dian.
“I’ve checked.”
“Macam mana?”
“Kenapa kau tak balik terus ke JB?” Karl menukar tajuk perbualan. Membuatkan suapan Dian terhenti. Dia kembungkan pipi, marah dengan tindakan Karl cuba lari dari soalannya.
“Aku nak pergi lapor diri, carik rumah sewa and settle a few things sebelum balik JB. Aku cuti seminggu sebelum mula bertugas kat U. So, better to settle it first before I go back to JB.” Tanpa selindung, Dian bercerita. Mengenali Karl, dia tahu walau bagaimana dia cuba berahsia, lelaki itu akan berusaha menggali ceritanya. Jadi, senang untuk dia berterus terang sahaja. Yang peliknya, dia pula sentiasa senang untuk bercerita apa sahaja dengan lelaki itu.
“Cepatnya dah mula kerja?”
“Aku further study atas tiket U, kan. Bila dah habis, kena pergi lapor diri teruslah.” Karl mengangguk setuju. Dia ada kalanya cemburu dengan Dian, langkah Dian kelihatan sangat senang. Sejak dilantik sebagai tutor di sebuah universiti, dia seterusnya ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana oleh universiti tersbut. Dengan syarat, Dian mesti berkhidmat dengan universiti tersebut sebaik tamat pelajaran.
“So, lama jugaklah dekat sini. Stay here, ya?” Karl mengutarakan cadangan. Dian melopong melihat Karl. Itu bukan cadangan, itu arahan.
“Ani…. Susahkan mama kau aje. Family kau jugak. Aku carik rumah sewa lepas lapor diri and boleh terus pindah masuk.”
“No… stay here until everything is settle. At least, sampai aku rasa rumah sewa kau tu selamat untuk kau duduk.”
“Sejak bila kau ada dalam rancangan aku ni? Aku nak balik JB lepas semuanya selesai, kau nak ikut ke untuk pastikan aku selamat?” Dian cuba memperli. Namun, anggukan laju Karl membuat dia mendengus.
“Yup. So, aku ambil cuti untuk hantar kau bereskan uruskan kau. Lepas tu, aku hantar balik JB.”
“Karl Zafril…”
“Dian Shakirin.” Sorotan mata dan suara dalam Karl itu, buatkan Dian kelu untuk berkata-kata lagi.
Karl Zafril memang tidak pernah berubah!!