12.
Dhamirah menghempas tubuh
kecilnya ke tilam empuk. Terasa selesa dapat berbaring di tilam empuk setelah
berbulan dia terpaksa tidur di sofa. Memang sofa di bilik Haris itu besar dan
empuk juga tapi tidaklah seempuk tilam ini. Dari melentang, Dhamirah tukar
posisi. Dia mengiring ke kiri sebelum beralih mengiring ke kanan pula.
Menikmati katil queen size miliknya kini. Bila difikirkan semula, elok juga
mereka pindah tinggal berasingan dari orang tua Haris. Dia dapat kebebasan
sepenuhnya di rumah ini. Haris sudah awal-awal mengarah dia duduk di bilik ini
sedang lelaki itu mengambil bilik master bedroom. Tidak kisahlah di bilik mana
pun dia duduk, asalkan tidak sebilik dengan Haris. Renungan tajam Haris sejak
akhhir-akhir ini memang buat dia kecut perut.
Bangun dari pembaringan,
Dhamirah terus ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri setelah letih mngemas
tadi sebelum turun untuk memasak pula. Sikap memerintah Haris memang tidak
pernah hilang. Yang lelaki itu tahu sejak pindah masuk tadi adalah memerintah
dan mengarah. Sedangkan lelaki itu hilang ke dalam biliknya sebaik selesai
mengeluarkan arahan ala-ala Hitler dia tu.
“Dah siap kemas rumah ni, kau
pergi masak. Bahan masak ada banyak kat dapur tu. Jangan nak jadi pemalas kat
rumah aku ni.” Dhamirah mengajuk semula kata-kata Haris sebentar tadi. Sesedap
rasa sahaja suami kesayangannya itu mengarah. Mentang –mentang rumah ini, dia
yang punya, senang sahaja dia berlagak. Dhamirah masih membebel sendirian.
Letih bila dia dibiarkan sendirian mengemaskan rumah sebesar ini. Banglo dua
tingkat di Gita Bayu ini memang luas. Sedangkan Haris seronok mengulit mimpi di
dalam bilik. Agaknyalah, sebab dari tadi, lelaki itu memang tidak muncul
langsung.
Usai mandi dan membersihkan
diri, Dhamirah segera ke dapur. Peti ais di buka untuk melihat barang yang
boleh dimasak untuk makan tengahari mereka. Kosong… yang ada hanya beberapa
kotak Peel Fresh dan susu Dutch Lady berperisa coklat. Sekotak kurma dan
buah-buahan yang bermacam jenis. Beralih ke beku sejuk, hanya ada ayam goreng
segera dan beberapa jenis coklat. Dhamirah mengerut kening, tadi Haris kata ada
bermacam jenis lauk yang dia boleh masak. Tetapi, jika hanya ini, apa yang dia
mahu masak? Tidak berputus asa, Dhamirah menyelongkar pula cabinet dapur yang
panjang. Habis dibuka satu persatu dari atas ke bawah. Yang dia jumpa hanya
Maggie perisa kari dan asam laksa. Mujur juga ada minyak dan bawang serta
beberapa keperluan lain.
“Nak masak apa kalau macam ni?”
Dhamirah garu kepala sendiri. Kalau di tak masak, tentu singa jantan itu
mengamuk. Tetapi dengan bahan yang terhad begini, apa yang boleh dia masak.
Akhirnya, dia mencapai paket maggie perisa kari. Apron yang tersangkut di tepi
pintu dicapai lalu disarung ke tubuhnya. Dengan lafaz Bismillah seperti yang
selalu di pesan mama, Dhamirah mula lincah memasak Maggie kari ciptaannya
sendiri.
Setengah jam kemudian, Maggie kari yang
berasap nipis sudah terhidang di meja makan. Dia tersenyum puas. Sudah agak
lama dia tidak memasak dan makan mee segera itu. Sejak berkahwin dan tinggal di
rugam agam mertuanya, dia jarang sekali dapat memasak. Mak Ton sering menegah
dia untuk memasak. Dia Cuma dibenarkan membantu Mak Ton di dapur, itupun
selepas penat dia buat muka comel ala-ala minta simpati depan Mak Ton. Sibuk
membancuh air dan menghidangkan makanan di meja makan, dia tidak sedar Haris
yang sudah menuruni tangga. Dia kelaparan kerana sejak pagi, dia hanya menjamah
sedikit nasi goreng di rumah sebelum sibuk mengangkat barang untuk berpindah.
Sampai di sini pula, dia langsung mengurung diri di dalam bilik. Tidak mahu
berdepan dengan isterinya itu dan membiarkan Dhamirah mengemas apa yang patut
di rumah ini.
Dari tangga, Haris sudah terbau
enak mee segera yang disedia Dhamirah. Dia senyum senang, perut sudah
berkeroncong, Dhamirah pula sudah siapkan makanan. Tapi…. Takkan Maggie?
Kakinya segera diatur ke ruangan makan. Di meja makan berkerusi enam itu, dia
nampak satu mangkuk yang masih berasap di tengah meja. Isterinya entah di mana,
mungkin masih sibuk di dapur. Dia menjenguk ke dalam mangkuk, mee segera nampak
begitu menarik di pandangannya. Sekali lagi, bibirnya mengukir senyum.
“Abang dah turun? Jom, kita makan..”
Dhamirah yang baru keluar dari dapur menegur Haris. Terus hilang senyuman di
bibir Haris dan dia menjeling Dhamirah. Namun, dia tetap menarik kerusi dan
melabuh duduk di kepala meja. Dia hanya memerhati Dhamirah yang meletakkan
sepinggan ayam goreng bersebelahan mangkuk mee segera. Kemudian, dia
menghidangkan Haris dengan mee segera sebelum menuang air peelfresh ke dalam
gelas.
“Banyak barang makan dekat dapur
tu, ini aje yang kau masak? Kau ni tahu masak ke tidak?” keras suara Haris
menegur. Sepinggan mee segeraa di depannya masih belum disentuh walau dia sudah
menelan liur berkali-kali. Dia mesti menegakkan ego di hadapan Dhamirah.
Dhamirah menjeling geram sambil
duduk di kerusi berhampiran Haris. Suaminya itu tahu atau tidak dengan keadaan
dapur di rumah itu. Kalau banyak bahan masakan, tidaklah dia masak mee segera
sahaja. Namun, jelingan Dhamirah itu buat jantung Haris berdetak keras.
“Abang dah lama tak jenguk dapur
ye? Mira jumpa barang ni aje. Jadi, ini sajalah yang Mira boleh masak.” Balas
Dhamirah perlahan. Dia mengerling Haris. Lelaki itu membuntangkan mata
melihatnya, tidak percaya. Takkanlah… sebelum pindah masuk, dia sudah minta
Remy dan Johan beli beberapa barang dapur agar senang Dhamirah nak masak. Tidak
perlu dia membawa Dhamirah ke pasaraya. Kawan-kawannya ini, tahu ke tidak
membeli barang dapur.
“Takkan ini je?” Tanya Haris,
lebih kepada dirinya sendiri. Tetapi, Dhamirah laju mengangguk. Haris melepas
keluh. Dia kena telefon Remy dan Johan dan maki kawannya itu cukup-cukup. Sengaja
sabotaj dia ke apa ni?
“Abang makan yang ini aje dulu
ye… Nanti petang Mira keluar beli barang dapur. Takkan malam ni, nak makan ini
jugak.”
“Kau nak pergi dengan sapa?”
“Lily..” Balas Dhamirah pendek.
Sudah lama tidak lepak-lepak dengan Lily. Sekarang, dia hanya jumpa Lily di
universiti. Lepas kelas, dia bergegas balik, takut Haris marahkan dia. Beberapa
kali juga Lily merajuk kerana dia sering menolak bilaa teman baiknya itu
mengajak jalan-jalan atau window shopping.
“Berdua?” Haris masih belum jemu
bertanya. Dhamirah mengangguk laju. Siapa lagi yang dia mahu ajak. Oh.. kalau
dia ajak mama, tentu seronok juga. Tapi, tak ke nanti mama tanya dia soalan
yang dia susah nak jawab?
“Abang nak makan ke tidak? Mira
dah lapar ni.. Lagipun nanti, Maggie ni kembang, dah tak sedap.” Dhamirah
senyum comel, minta simpati lagi. Taktik biasa dia depan Mak Ton. Tapi, bila
Haris jegilkan mata, terus hilang senyuman di bibirnya. Lupa, dia bukan cuba
pujuk Mak Ton, tapi Haris.
Haris merengus tetapi dia
menadah tangan, membaca doa makan. Suatu kebiasaan di meja makan di rumah
keluarga Haris. Dhamirah juga sudah terikut-ikut. Sebab itu, dia tidak akan
makan selagi Haris tidak membaca doa makan. Usai berdoa, Haris tidak tunggu
lagi. Perut sudah lapar, makan saja apa yang sudah sedia di depan mata. Pertam
kali maggei mencecah tekak, Haris akui, masakan Dhamirah memang sedap walaupun
sekadar mee segera.
“Nanti kau bagi aku no akaun
bank kau.” Bicara pertama Haris selepas sepinggan mee segera telah selamat di
dalam perutnya. Kini, tangan sibuk mencapai ayam goreng segera yang turut di
goreng Dhamirah sebentar tadi.
“Hah?”
“You’ve heard me. Bagi aku no
akaun bank kau.”
“Nak buat apa?” Dhamirah
bertanya keliru. Nak buat apa Haris minta nombor akaun banknya? Nak semak
jumlah wang dalam akaunnya kah?
“Kenapa kau banyak bunyi sangat
ni? buat ajelah apa yang aku suruh.” Malas mahu melayan, suara Haris sudah
meninggi. Geram kerana sejak tadi, Dhamirah semakin berani mempersoalkan dia.
Jiin mana pulak yang menyampuk isterinya ini? Kalau di rumah sana, bukan main
Dhamirah takutkan dia.
“Tapi….”
“Dhamirah…” Suara Haris sudah
tegas. Dia merenung tajam Dhamirah yang terkebil-kebil memandangnya. Suara
sebegitu sudah dimengerti Dhamirah. Itu tandanya Haris sudah tidak mahu
memanjangkan lagi perbincangan mereka. Dan, itu juga tanda yang Dhamirah mesti
mengikut kehendaknya dan masanya untuk dia senyap.
“Ok..” Balas Dhamirah lemah.
Suasana menjadi sunyi semula. Masing-masing leka melayan perasaan sendiri dan
tidak mahu berbual lagi.
“I’m full. Lepas kau dah habis,
kemas semua ni.” Haris menolak pinggan kosong ke hadapan Dhamirah. Dia meneguk
lagi segelas air peelfresh dan bangkit berdiri.
“Oh ya, kau nak keluar nanti,
panggil aku.” Arah Haris lalu kakinya melangkah laju memanjat anak tangga.
Dhamirah yang melihat hanya terlopong. Begitu sahaja Haris tinggalkan dia?
*****************************************************************************
Suasana di dalam pasaraya Aeon
Big Alamanda itu sesak dengan orang. Hujung minggu, masing-masing ambil peluang
untuk membeli belah. Apa lagi, pelbagai keperluan boleh di cari di sini.
Dhamirah menolak perlahan troli yang masih belum penuh. Dia masih membelek satu
persatu barang keperluan yang dia ingiin beli. Sebelum keluar rumah tadi, dia
sudah siapkan senarai barangan yang ingin dibeli. Cukup panjang senarai yang
dia tulis memandangkan dapr rumah itu memang kosong.
“Aku macam tak percaya.” Lily
menegur sambil dia turut membelek tin sardine yang dari tadi di belek Dhamirah.
“Apa?” Dhamirah membalas acuh
tak acuh. Perhatian masih pada deretan tin sardine di hadapannya.
“Kau shopping barang dapur.”
Lily ketawa lepas. Apa tidaknya, sebelum ini mereka berdua kalau keluar lebih
teruja untuk masuk ke kedai kasut, kedai pakaian, atau paling tidak cuci mata
di Parkson dalam bangunan yang sama. Tapi, bila Dhamirah menelefonnya dan
mengajak dia membeli belah barangan dapur, memang dia ketawa panjang sehingga
Dhamirah merajuk. Dhamirah menjeling geram, dari tadi, Lily tidak habis mentertawakannya.
“Aku kan dah pindah rumah, jadi
kena siapkan barang dapurla. Dulu, duduk rumah mertua, tak payah nak fikir
dapur berasap ke tidak. Semua dah siap, sekarang semua kena pandai-pandai
sendiri.” Dhamirah mengulang jawapan yang sama untuk kali yang keberapa. Lily
terangguk-angguk tapi bibir masih menguntum senyum lucu.
“Macm ni hidup orang dah kahwin
ye… Lepas ni kau kena masak and kemas rumah lah ye… hrmm.. lagi susahlah nak
ajak kau lepaak lepas ni.”
“Nak buat macam mana? Dah laki
aku tu kalut sangat nak pindah rumah.”
Lily ketawa lagi. Sejak dua
minggu lepas, Dhamirah tak habis-habis merungut perihal Haris yang mahu
berpindah keluar. Tapi, yang dia hairan, Dhamirah ikut sahaja kehendak Haris.
“Dia dah tak sabar nak berduaan
dengan kau tu.”
Dhamirah menjeling lagi.
Berduaan apanya kalau bilik pun berlainan. Tapi, takkan dia nak cerita pada
Lily pula. Walaupun Lily tahu banyak tentang masalah dia dan Haris, namun dia
tetap menyimpan rahsia rumahtangga yang dia rasa terlalu peribadi.
“Eh, kenapa abang Haris tak
teman kau aje? Selalu orang dah kahwin ni teruja lebih dapat pergi shopping
barang dapur bersama. Apa lagi, yang baru first time mcam kau ni.”
Dhamirah angkat bahu. Teringat
ketika dia mengetuk pintu bilik Haris untuk memberitahu yang dia akan keluar.
Lelaki itu hanya mengangguk dan tiba-tiba menghulur beberapa helai wang kertas
bernilai RM50. Tanpa suara, Haris menutup semula pintu bilik. Terkebil-kebil
Dhmirah di pintu bilik. Mata pegun memandang wang kertas di dalam genggamannya
dan juga pintu yang memisahkan dia dan Haris.
“Abang Haris tak boleh terima
kau lagi ke, beb?” Makin ramah mulut Lily bertanya. Dhamirah menaikkan anak
mata ke atas, meluat. Balik – balik, itu juga yang ditanya Lily.
“Apa lagi kau ni, Lily?” Balas
Dhamirah malas. Semakin dilayan, semakin banyak soalan Lily nanti.
“Tak adalah, macam pelik. Boleh
pulak abang Haris izinkan kau keluar dengan aku. Kan lagi elok kalau dia aje
yang temankan kau. Boleh jugak dia pilih sendiri apa yang dia nak.” Lily
berhujh lagi sementara Dhamirah semakin malas nak melayan.
“Dah, kau jugak yang merajuk
berhari-hari dengan aku bila aku kata tak boleh nak keluar dengan kau.”
Lily tersengih. Sengaja dia
merajuk bila ajakan dia untuk lepak-lepak sering di tolak Dhamirah. Sekarang,
bila Dhamirah sendiri yang mengajak, dia tanya soalan luar alam pula.
“Lauk-lauk kat sini macam tak
fresh aje, Lily. Nak pilih pun tak best.” Dhamirah mengalih topic ketika mereka
melewati bahagian barangan basah. Banyak pilihan lauk tetapi kurang segar pada
pandangan Dhamirah.
“Waktu macam ni, memang susahlah
nak dapat yang fresh. Kalau kau nak yang fresh, kita pergi pasar borong, nak?”
Giat Lily. Walaupun berada di tempat basah dan tidak selesa begitu memang tidak
mnjadi tempat kegemaran Lily, namun ia sanggup redah apa sahaja asalkan
Dhamirah gembira.
Dhamirah melihat jam di tangan.
Sudah agak lama juga dia keluar. Dia bimbang, jika mereka ke pasar borong,
tentu akan ambil masa lagi. Kalau dia pulang lewat, tentu Haris marahkan dia.
“Tak sempatlah, Ly. Aku pilih
yang ni ajelah dulu, nanti aku ajak abang Haris ke sana.” Balas Dhamirah.
Tangan lincah membelek beberapa jenis ikan, mahu mencari yang segar. Habis
sahaja berkata begitu, telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.
Balik pukul berapa?
“Kan, aku dah cakap.” Dhamirah menayangkan telefon
bimbitnya kepada Lily. Tertera Whatsapp dari Haris. Terkekek-kekek Lily ketawa
setelah membacanya. Sungguh dia tidak faham dengan Haris. Garangnya bukan main,
tapi baru sekejap isteri hilang dari mata, sudah menggelabah mencari.
“Dia rindu kau tu.” Lily berkata dalam sisa tawanya.
Dhamirah mencebik bibir sambil jarinya lincah membalas Whatsapp Haris.
Dalam setengah
jam lagi. Kenapa?
Call aku bila
nak balik. I’ll fetch you.
Dhamirah mengeluh perlahan. Tiba-tiba sahaja Haris
begitu rajin menjemputnya. Sedangkan tadi dia sudah beritahu yang Lily akan
hantar dia pulang setelah selesai membeli belah.
Tak payahlah.
Nanti Lily hantar Mira balik.
Nope. Aku ambik
kau. Jangan degil!!
Dhamirah rasa nak baling telefonnya ke dinding bila
terima balasan begitu dari Haris. Dah kenapa dengan suaminya itu? Tadi,
bertanyakan tentang nombor akaunnya. Lepas tu, hulurkan pula duit untuk dia
belanja barang dapur. Bukannya sedikit, setelah dia kira-kira, jumlah wang di
beri oleh Haris adalah RM500. Dan sekarang, Haris mahu menjemput dia balik
pula! Baru dia berkira-kira nak menjawab apa, satu lagi pesanan dari suami
kesayangannya itu masuk.
No excuses and
no questions ask, Dhamirah!
“Eee… sakit hati!” Dhamirah sedikit menjerit dengan
kaki dihentak ke lantai beberapa kali. Beberapa orang yang berada berdekatan
berpaling memandangnya dengan pandangan pelik. Lily hanya menangkat tangan
dengan senyuman yang terasa sumbang. Boleh pula Dhamirah buat drama di tengah
orang ramai ni.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba menjerit. Kau budget artis
ke apa ni?” Lily bertanya keras. Laju dia menolak troli agar jauh dari tempat
Dhamirah menjerit tadi. Malu!!
“Haris ni! Suka-suka nak paksa aku. Benci!” Dhamirah
membentak lagi. Hilang sudah panggilan abang kepada Haris. Sungguh di rasa
sangat geram ketika ini. Haris seolah tidak mempercayai dia walaupun dia keluar
dengan Lily.
“Eh, chillax. Eloklah dia nak jemput kau tu. Maknanya,
dalam marah-marah dia tu, ada rasa sayang la tu… kau nak benci dia kenapa
pulak?”
“Tak ada maknanya!” Dhamirah mendengus geram. Kali
ini, dia pula yang menolak laju troli hingga ke kaunter bayaran. Sementara
menanti giliran untuk membayar, sempat dia whatsapp Haris mengatakan yang dia hampir siap membeli belah.
Lebih kurang empat puluh minit kemudian, Dhamirah
sudah berada di dalam kereta Range Rover Haris. Letih juga dia menunggu Haris
tiba ke tempat yang dijanjikan tadi. Mujur Lily mahu menenaminya sehingga Haris
tiba. Di dalam kereta, dia senyap seribu bahasa. Selain penat membeli belah,
dia juga tidak tahu bagaimana mahu berbual santai dengan lelaki disebelahnya.
Selalunya, setiap ayat yng keluar dari mulutnya, Haris akan beri jawapan yang
bakal buat dia sakit hati dan sakit jiwa.
“Apa yang kau beli?” Haris memecah kesunyian dalam
kereta. Sesekali, dia menjeling Dhamirah disebelah. Terbit senyum kecil di
bibirnya bila Dhamirah leka memandang keluar dan langsung senyap tanpa suara.
Agaknya Dhamirah marah dengan sikapnya yang bertegas ingin menjemput isterinya itu
pulang.
“Barang dapur.” Ringkas jawapan Dhamirah tanpa sedikit
pun memandang Haris. Hati masih sakit tetapi dia tidak pula berniat untuk tidak
mempedulikan Haris.
“Cukup duit yang aku bagi tadi?” Masih belum jemu,
Haris bertanya lagi. Melihat sikap acuh tak acuh Dhamirah, hatinya pula yang
tiba-tiba sakit.
“Hrmm…”
“Can’t you look here when I’m talking to you?” Suara
Haris sudah mula tegas. Sudahlah soalannya dijawab sambil lewa, Dhamirah pula
langsung tidak memandang dia. Tanpa jawapan, Dhamirah berpaling memandangnya.
Sekali dengan pakej senyuman yang Haris tahu Dhamirah tidak ikhlas. Hati yang
berniat ingin bertanya dengan baik tadi, mula panas. Dhamirah dirasakan sudah
berani melawan dan mempermainkannya.
“What is wrong with you?” Marah Haris. Dia sudah
terkejar-kejar dari Shah Alam untuk menjemput Dhmairah, sekarang begini pula
Dhamirah melayannya?
“Nothing is wrong. Everything going fine.”
Haris mendengus keras. Dia sudah boleh agak kenapa
Dhamirah bersikap begitu. Tentu isterinya tidak suka dia bertegas ingin
menjemput. Tapi, dia punya alasan sendiri. Dia tidak mahu teman baik Dhamirah
itu tahu di mana rumah mereka. Sekurang-kurangnya tidak buat masa ini. Sebab
itulah dia sanggup bersusah payah meredah kesesakan lalu lintas semata-mata
untuk menjemput Dhamirah. Sampai dia sanggup biarkan Remy dan Johan mengusik
dia kerana memendekkan waktu mereka bersama- sama semata-mata demi Dhamirah.
Ah, biarkan. Mereka berdua tidak tahu apa-apa. Niatnya untuk berjumpa mereka
berdua, hanya untuk memarahi kedua-duanya kerana hal barang dapur yang tidak
cukup itu.
“Apa yang kau tidak puas hati dengan aku ni?” Haris
masih belum jemu untuk memulakan pertengkaran. Dhamirah menarik nafas dalam.
Letih menghadapi sikap Haris yang asyik berkeras dengannya.
“Please, abang… Mira penat. I’m sorry, tapi Mira
memang penat. Boleh tak kita tak bergaduh untuk hari ni?” Dhamirah akhirnya
mengalah. Dia kelelahan sepanjang hari ini. Dari pagi, dia sibuk mengemas rumah
baru mereka, kemudian memasak dan akhirnya membeli belah untuk barangan dapur. Dan
sehingga waktu ini, Haris masih ada mood untuk bertekak dengan dia.
Terdiam Haris mendengar permintaan Dhamirah. Baru dia
sedar akan sesuatu. Hari ini memang hari yang panjang untuk Dhamirah. Seharian
tenaganya dikerah. Dia pula langsung tidak membantu. Ketika Dhamirah mengemas
rumah dan memasak, dia seronok mengulit mimpi di dalam bilik. Dan ketika,
Dhamirah menolak troli yang penuh dengan barang keperluan rumah mereka, dia
pula seronok bergelak tawa dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba rasa kasihan terbit
di dalam hatinya. Dia menjeling Dhamirah disebelah. Mata bundar sudh terpejam
rapat. Senyuman terukir di bibir Haris, lalu dia membelok kereta untuk
membungkus makanan.
Assalamualaikummmm .. Cik writer mmg da x pkai blog ni lgy ke ? Lame da x update .. Huhuhu . Best2 la cerita u .. ;)
ReplyDelete