5.
Pandangan
malam Kuala Lumpur dari atas bukit itu tidak lagi menarik perhatiannya.
Perlahan anak mata dialihkan ke wajah putih bersih Dian. Anak mata bulat itu
masih leka memerhati suasana malam Kuala Lumpur tetapi dia tahu, pandangan itu
sudah jauh melayang entah ke mana. Dahi Karl berkerut seribu. Bibir Dian memang
cukup diam malam ini. Sejak dari mula dia menjemput Dian di rumah sewanya tadi
sehingga sekarang, Dian tidak banyak bercakap. Dan seorang Dian yang begitu
banyak bercakap menjadi diam, adalah sesuatu yang dia rasa hairan. Dan
tentunya, Dian ada menyembunyikan sesuatu dari dia.
Lebih buat
dia pasti yang Dian bermasalah bila makanannya hanya dijamah sedikit. Dian yng
kuat makan, yang langsung tidak memilih makan, yang akan makan apa sahaja yang
halal dan boleh dimakan, tiba-tiba tiada selera untuk makan? Dia ada cuba
bertanya ketika mereka makan tadi, tetapi Dian mengatakan tiada apa. Sekarang
pula? Gadis itu diam membisu disebelahnya.
"Dian!
Dian!" Karl memetik jarinya beberapa kali di hadapan Dian. Beberapa kali
Karl cuba mengajak dia berbicara. Beberapa kali jug dia cuba mengajak Dian
bergaduh namun semua usahanya gagal bila Dian tetap bisu.
"Wae?
Wae? Wae?" Dian yang baru tersedar, bertanya dengan wajah polos. Dari riak
mukanya, memang dia nampak sangat terkejut dan bingung. Senyuman di bibir Karl
semakin buat dia keliru.
"Anything
wrong?" Tanya Karl bimbang. Kebisuan Dian dalam group whatsapp mereka
sejak seminggu ini juga buat dia hairan. Sebelum ini, Dian agak aktif juga
membalas setiap isu di dalam group whtsapp itu.
"Semuanya
okey... Wae? Apa yang tak kena?" Masih bingung dan keliru, Dian menjawab.
Terbit ketawa kecil dari bibir Karl. Apa Dian ingat dia tak kenal lagi dengan
Dian? Hanya perkara yang betul-betul mengganggu fikiran Dian sahaja yang boleh
buat gadis itu seperti ini.
"Syammil
mungkir janji lagi ke?" Karl serkap jarang.
"Andwee...
Kenapa pulak dia nak mungkir janji?" Dian menafikan. Ya, sikap Syammil itu
memang menyakitkan hati tetapi tetap dia terima. Dia masih belum berkecil hati
dengan sikap sering lewat dan mungkir janji Syammil. Walaupun geram, namun
setiap kali Syammil ajak jumpa, jarang dia menolak. Lagipun, dia ada Karl yang
setia mendengar setiap keluh kesahnya bila dia marah dan geram dengan sikap
Syammil itu.
Karl angkat
bahu. Pandangan dialihkan dari wajah putih bersih Dian ke terang benderang
lampu di Kuala Lumpur. Begitu banyak Dian komplen tentang sikap Syammil, tetapi
masih lagi Dian tidak jemu untuk berjanji temu. Dan kenyataan itu buat dia
kecewa, benar-benar kecewa.
"Then
kenapa ni? You're not being your self. Mesti ada benda yang betul-betul buat
kau terganggu sampai kau diam macam ni." Suara Karl begitu lembut, begitu
mengambil berat. Dan, dengan suara seperti itulah Dian selalu kalah dari
menyembunyikan sebarang perkara dari lelaki itu.
"Kauthar...."
Perlahan Dian menyebut nama itu namun masih boleh didengari oleh Karl. Seribu
kerutan terukir di dahi Karl. Kenapa dengan Kauthar? Setahunya Kauthar tidak
pernah menjadi masalah kepada Dian. Mungkin Kauthar sedikit mengjengkelkan ada
masanya namun baik dia atau Dian masih boleh terima.
"Kenapa
dengan Kauthar?"
"He's
getting married. I.... I...." Dian tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya.
Sedihnya untuk melepaskan Kauthar. Adik yang dia sayang, sayang sepenuh
hatinya. Dan mungkin juga sayangnya sama banyak seperti sayangnya dia pada
Shaf, adiknya yang seorang itu.
"Don't
tell me....kau cintakan dia?" Sekali lagi Karl serkap jarang. Separuh
mengusik dan separuh lagi ingin mengetahui isi hati Dian. Takkanlah Dian
cintakan Kauthar?
"Aish!!
Apa yang kau merepek ni? Takkan aku cintakan dia?" Dian separuh menjerit.
Panas hati dengan sikap Karl.
"Habis
tu, yang sedih sangat ni, kenapa?"
"Aku
rasa macam akan hilang dia. Rasa macam.... dia bukan aku punya lagi..."
Karl ketawa
dengan kata-kata itu. Namun tawanya jelas sumbang di telinga mereka berdua.
Sejak bila Kauthar itu kepunyaan Dian?
"You
know that he is mine! Forever..." Karl mengusik lagi. Dian buntangkan
mata. Karl sudah mula nak cari gaduh dengan dia lagi!
"Andwee!!
No!!... He's mine... Mana boleh kau ambil dia?" Kedegilan Dian itu membuat
ketawa Karl pecah lagi. 3 tahun dipisahkan benua, Dian masih suka bergaduh
dengan dia.
"Dia
dah nak kahwin dengan Sheera. And here we are, fighting nonsense." Dian
turut ketawa. Ya, entah berapa kali mereka berebutkan Kauthar, dan akhirnya
Kauthar pilih Sheera.
"Neh..."
Lirih suara Dian selepas tawanya reda. Teringatkan kenyataan itu, dia jadi
sedih semula.
"Kau
takut dia takkan bersama kita lepas dia kahwin ke?" Menjadi seorang Karl
yang sangat prihatin, dia umpama dapat membaca keresahan Dian. Dian mengangguk
kecil. Spot on! Karl memang pakar dalam membaca rasa hatinya.
"Heii...
Takkan Kauthar nak buat macam tu. Dia kan kawan baik kita semua. Aku dan yang
lain dah brain wash dia, kalau dia buang geng kita lepas kahwin, memang dia nak
kena. Lagipun, kau rasa dia boleh hidup ke kalau takde kita berdua?" Karl
cuba menenangkan Dian. Dia juga bimbang kehilangan Kauthar, tetapi dia masih
boleh terima. Dia tidak sangka pula begini reaksi Dian.
"Neh...
Mana dia boleh hidup tanpa kita. Kalau kau buli dia, dia mengadu kat aku. Kalau
aku buli dia, tak sempat-sempat dia nak mengadu dekat kau." Dian membalas
diikuti dengan ketawa kecil. Teringat kenangan lalu di mana dia dan Karl sering
menjadi tempat Kauthar mengadu jika salah seorang dari mereka membuli dia.
"Lepas
ni, dia ada Sheera untuk mengadu." Sambung Dian perlahan. Dahi Karl
berkerut lagi. Sangkanya Dian sudah boleh terima selepas dia meluahkan rasa
hati. Rupanya, rasa sedih itu masih ada di dalam hati Dian.
"Hei..
Hei... Kau kena lepaskan dia. Kalau kau masih macam ni, aku akan ingat kau ada
hati pada Kauthar tau.." Karl cuba mengusik, dalam masa yang sama cuba
menenangkan Dian. Senyuman manis terukir di bibir Dian sebelum lidahnya
dijelirkan sedikit. Aksi comel itu buat Karl terkesima. Setelah 3 tahun, dia
tidak sangka aksi itu masih mampu menggetarkan hatinya.
"Jom
balik... Dah lama kita kat sini. Walaupun esok Sabtu tapi tak elok kita keluar
malam lama-lama. Nanti kena embun malam, boleh demam. Kau kan senang kena
demam. Sejuk sikit pun boleh selsema."
"Karl!
Seriously?" Dian memotong kata-kata Karl yang seperti tidak mahu berhenti.
"Apa?"
Karl bertanya dengan kerut di dahi. Apa yang dia salah cakap?
"I get
it that you does not like me to fall sick, but seriously? Perlu ke kau nak
berleter panjang lebar macam tu?" Dian menjeling geram. Dia melangkah ke
arah pintu di sebelah penumpang. Tidak menghiraukan Karl yang membuntangkan
mata memerhatinya, dia lantas membuka pintu dan duduk selesa di dalamnya.
"Hei...
Come on!! Kata tak elok duk kat luar ni lama-lama." Dian menjenguk
kepalanya keluar dari kereta melalui tingkap dan menjerit. Karl ketawa kecil
dan menggelengkan kepala. Dian, Dian... tadi wajahnya cukup sedih, cukup
bermasalah. Sekarang dia seperti sudah kembali seperti biasa. Sikap
keanak-anakkannya memang tidak hilang dari dirinya. Karl berlari anak dan
membuka pintu kereta. Dia duduk selesa sebelum menghidupkan enjin kereta.
"Kau
tak nak pergi makan dulu ke? Or buy something light?" Karl bertanya.
Kereta masih belum digerakkan keluar tempat parkirnya tadi. Bimbang Dian rasa
lapar kerana tadi Dian makan sangat sedikit. Berkerut dahi Dian memandang Karl.
Makan? Bunyinya sangat menarik?
"Makan?
Kan kita dah makan tadi?" Dian bertanya polos. Itu dia, Dian sudah buat
muka blur, muka blank. Dan sejujurnya, Karl sangat suka melihat muka Dian
seperti itu.
"Well,
ya... Kita dah makan. Tapi, dengan amaun yang kau makan tadi, aku tak rasa kau
boleh survive sampai pagi esok." Karl menjawab tenang. Bibirnya terukir
senyum bila kerut di dahi Dian semakin dalam. Karl menggigit bibir bawah, cuba
menahan tawa bila muka blank Dian berkerut-kerut seperti cuba memahami ayatnya.
"Yah!!
Karl Zafril!!!" Dian menjerit kuat. Spontan, tangannya menarik kuat rambut
Karl. Tabiat yang sudah lama dia tinggalkan. Sejak dia cuba menjadi muslimah
sejati, pergaulannya dengan lelaki memang dia cuba bataskan. Apatah lagi, dia
memang dikelilingi oleh kawan-kawan lelaki.
"Dian!
Sakitlah! Lepas!!" Karl turut menjerit. Sakit di kepalanya bukan kepalang.
Sudah lama tidak menjadi mangsa tarik rambut, memang sakitnya lain macam.
"Serves
you right!" Dian segera melepaskan tangannya. Malu tiba-tiba menjengah
bila dia tersedar yang dia sudah melangkaui batas. Dian memandang simpati pada
Karl yang masih menggosok kepalanya.
"Gosh!!
Kau memang tak pernah berubah kan?"
"Mianhe
yo... Refleks.."
Karl
menaikkan anak matanya ke atas. Dian dan bahasa Koreanya. Dian dan sikapnya.
"So, I guess the
answer is no?" Karl menduga. Sekali lagi dia ketap bibir menahan tawa bila
bibir Dian bergerak-gerak untuk berkata sesuatu namun akhirnya hanya mengangguk
lemah. Karl sembunyi senyum. Dia mula mengemudi kereta keluar dari tempat
parkir. Dan sebenarnya, dia memandu ke restoran yang masih buka di lewat malam
begini. Apa Dian fikir dia akan tidur dengan senang hati jika biarkan Dian
tidur tanpa makan dengan kenyang?
No comments:
Post a Comment