Friday, 30 September 2016

Kerana Kamu 13

13.
                
           Hari hari yang dilalui selepas berpindah keluar membuatkan Dhamirah semakin selesa. Rumah banglo yang besar itu, hanya dihuni oleh mereka berdua. Tambahan pula, dia punya bilik sendiri. Jadi dia banyak ruang untuk privasi. Jika dia ingin berjauhan dari Haris, dia pilih untuk mengurung diri dalam bilik atau berada di ruangan yang berbeza dari Haris. Jika tiba – tiba dia terasa untuk bertengkar dan bertegang urat dengan Haris, dia sengaja memilih untuk sama-sama duduk menonton TV di ruang tamu. Berada dalam satu ruang dengan Haris, bunga – bunga pertengkaran itu memang akan cepat membenih. Apa lagi, Haris memang alergik kalau dia ada bersama di ruangan sama.
                Hubungan dia dengan Haris masih tiada perubahan positif. Kalau ada pun, Cuma dia yang tidak lagi takut untuk menjawab setiap kata-kata Haris. Sering kali arahan Haris dia persoalkan. Mengenali Haris yng cepat baran, dia tahu dia tetap akan dimarahi oleh suaminya itu. Namun, hatinya terasa senang pula bila dapat dengar suara marah – marah Haris. Ada waktu mereka bertegang urat hingga tidak bertegur sapa sehingga berhari – hari. Ada waktu, setiap hari mereka bertengkar dan suara petir Haris memarahinya memenuhi ruang di dalam rumah itu. Dan, keadaan itu sudah semakin serasi dengan Dhamirah. Dia sudh lali dengan suara petir Haris dan kata – kata Haris yang sangat berbisa.
                Tumpuannya pada pelajarannya juga tidk pernah diabaikan. Hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk dia menamatkan pengajian. Selepas itu, dia akan segera mencari kerja. Duduk sahaja di rumah, tentu dia rasa bosan. Kewangan mungin tidk menjadi masalah. Sejak duduk berasingan dengan ibu bapa Haris, akaunnya pasti akan bertambah setiap bulan. Haris pasti memasukkan sejumlah amaun ke dalam akaunnya setiap bulan. Argh, hal itu juga menjadi punca pertengkaran mereka sedikit waktu dahulu. Dia berkeras tidak mahu menerima. Haris pula dengan sikap diktaktornya, berkeras mahu memberi. Hasilnya, setiap bulan amaun wang di dalam akaunnya tidak pernah surut.
                Leka memikirkan arah rumahtangga dan bentuk hubungan mereka, Dhamirah terkejut ketika telefon bimbitnya di dalam begnya bergetar kuat. Di dalam perpustakaan, tentulah dia terpaksa meletakkan telefon bimbitnya itu dalam mode senyap. Perlahan telefon di tarik keluar, ikon whatsapp tertera di skrin telefon. Ini, tak lain tak bukan, mesti suami kesayangannya itu yang menghantar.
                Habis kelas pukul berapa?
                Seperti biasa, soalan seumpama itulah yang akan dia terima setiap kali Haris menghantar whatsapp.
                Dua.
                Ringkas jawapan Dhamirah. Tak perlu jawab panjang berjela, nanti dia juga yang sakit hati bila Haris membalas  dengan sepatah perkataan.
                I’ll fetch you. Kita pergi beli groceries. My friends are coming over tonight.
                Dhamirah mengerut dahi sebaik habis membaca. Eh? Begitu sahaja? Tak perlu tanya dia kah samada dia bersedia untuk menerima tetamu? Tapi, bila difikirkan semula, sejak bila pula Haris akan tanya persetujuan dia untuk berbuat sesuatu?
Erk??
What?? Nanti kau beli apa aje yang kau rasa nak masak malam ni. But make sure ia sedap!
Kalau diikutkan hati yang panas, memang dah lama telefon Samsung Galaxy S3nya ini pecah berderai kerana dia baling ke dinding. Setiap kali berbalas whatsapp dengan Haris, itulah yang ingin sangat dia buat. Sakit hati dengan setiap arahan Haris. Ikut suka hati dia aje. Tapi, sayang pula nak baling telefon. Samsung Galaxy S3 ini hadiah daripada papa tahun lepas sempena hari jadinya.
“Kenapa?” Tanya Lily yang dari tadi perasan akan kerutan di dahi Dhamirah.
“Haris suruh aku masak malam ni.” Datar dan perlahan suara Dhamirah. Tiada mood. Memang menjadi rutinnya setiap malam untuk memasak tetapi kebiasaannya dia hanya memasak menu yang simple sahaja. Haris juga tidak pernah kisah dengan apa jua hasil air tangannya. Walau mulut Haris lincah komen itu dan ini, bertambah juga Haris makan. Tapi, itu menu dia untuk mereka berdua. Kali ini, Haris ajak teman – temannya pula. Apa yang dia nak masak?
“Wah… dah pandai request masak. Ada improvement.” Giat Lily. Dia menahan tawa. Tidak mahu mengganggu pelajar lain dengan gelagatnya. Spontan jari Dhamirah mencubit peha Lily. Terjerit gadis itu, namun dia smepat menutup mulut. Mata liar memandang sekeliling, mujur tiada yang terganggu.
“Dia ajak kawan – kawan dia datang rumah malam ni. Dah tu, suruh aku masak untuk diaorang. Apa yang aku nak masak ni?” Dhamirah garu kepala yang tidak gatal. Rungsing bila fikirkan permintaan Haris. Keadaan terdesak macam ni, manalah dia terfikir nak masak menu yang sedap. Dia bukan pandai sangat memasak, setakat nak masak untuk mereka berdua tu, bolehlah.
“Alah, apa susah… Kau masak aje nasik ayam special kau tu. Itu kan signature dish kau tu.” Lily memberi cadangan sambil tangan lincah mencoret nota di dalam buku notanya. Sekejap lagi, teman – teman yang lain akan tiba untuk sesi perbincangan mereka.
“Ha’ah kan.. apsal aku tak terfikir erk?”
Sessi perbincangan mereka bermula sebaik tiga lagi teman sekumpulan mereka tiba. Sehingga jam dua petang, mereka berlima mengerah otak untuk membuat assignment seperti yang diarahkan oleh pensyarah mereka. Ketika asyik berbincang, satu lagi whatsapp dihantar oleh Haris mengatakan yng dia sudah sampai. Oleh kerana Dhamirah terpaksa meminta diri, maka yang lain juga ambil keputusan untuk menghentikan perbincangan untuk hari itu dan mereka beriringan keluar dari perpustakaan. Leka berbual dengan Lily dan tiga lagi teman yang lelaki, Dhamirah tidak sedar yang Haris sedang memerhatinya tidak jauh dari situ. Melihat kemesraan dan gelak tawa Dhamirah, hati Haris tiba-tiba berdetak tidak sedap. Tambahan pula kebaya yang tersarung di tubuh Dhamirah agak sendat dan menampakkan lekuk tubuh menawan itu.
“Okey guys, bye! See y’all tomorrow..” Dhamirah melambai tangan sebelum masuk ke dalam kereta. Haris sedang menunggu di tempat pemandu dengan spek mata hitam terselit di telinga. Berdebar dada Dhamirah melihat wajah tampan Haris semakin tampan ketika dia bergaya begitu. Tanpa teguran, Haris lantas menekan minyak dan keretanya laju dihala keluar dari kawasan universiti.
“Abang dah lama tunggu?” Dhamirah memulakan bicara. Melihat wajah tegng Haris, dia tahu ada sesuatu yng tidak kena. Sebelum Haris menghamburkan marah, baik dia cuba mengambil hati Haris. Namun, soalannya tidak berbalas. Dhamirah mengecilkan anak mata. Berbicara dengan Haris tidak pernah senang. Sering kali soalannya tidak berjawab. Kalau pun ad jawapan, Haris Cuma tahu marah sahaja.
“Sorry, Mira lambat keluar. Ada yang tak settle lagi masa abang whatsapp Mira tu.” Dhamirah ambil langkah selamat. Lebih baik dia minta maaf dahulu sebelum Haris marahkan dia.
“Lepas ni, kau jangan pakai baju ni lagi. Segala baju kebaya yang ada dalam almari kau, buang.” Tegas suara Haris. Terkebil-kebil Dhamirah memandang Haris, tidak faham. Rasanya tadi, dia bertanyakan soalan lain. Kenapa lain pula balasan Haris?
“Ha?”
Haris menjeling sekilas. Jantung berdegup laju saat terpandang reaksi Dhamirah. Mata terkebil-kebil dengan mulut sedikit terbuka. Sungguh, reaksi itu buat dia tergoda. Cepat Haris melarikan pandangan. Kalau dipandang lama-lama, takut dia tak jadi bawa Dhamirah membeli barangan dapur sebaliknya terus ke rumah untuk penuhi tuntutan batin dia sekarang.
“Jangan buat pekak la, Dhamirah. Aku kata jangan pakai lagi baju ni. Semua jenis kebaya aku tak bagi kau pakai. Jangan ada pun baju-baju tu dalam almari kau.” Perlahan tapi tegas suara Haris. Bila difikirkan Dhamirah memakai pakaian sebegini dan dikelilingi pula oleh kawan – kawan lelakinya, sungguh hati Haris tidak tenteram. Terasa pandangan setiap lelaki itu tembus terus ke tubuh Dhamirah. Dan mengenangkan itu, hatinya mendidih marah.
“Tapi kenapa?”
“Kenapa kau banyak mulut sangat sekarang ni? menjawab aje apa yang aku cakap! Buat ajelah.” Haris sedikit menengking. Terkejut Dhamirah. Haris dalam mood marah, baik dia diam. Tapi dia tetap tak puas hati. Mahal kot kebaya yang dia sarungkan sekarang. Jenis kain yang mahal, bukan senang dia nak dapatkan kain ni. Berapa lama dia kena berjimat semata – mata untuk membeli kain ini. Walaupun mama dan papa boleh dikatakan berada juga, tapi ibu bapanya itu tidak pernah manjakan dengan wang ringgit. Setiap apa yang dia inginkan, harus diusahakan sendiri.
“Okey… tapi sayanglah. Mahal tau Mira beli kain ni nak buat baju. Lama Mira kumpul duit. Sekarang abang suruh buang pulak… sayangnya…” Lemah Dhamirah bersetuju.
“Aku boleh belikan kain dengan harga yang sama. Yang lagi mahal pun boleh. Asalkan kau buang semuanya.” Balas Haris tidak berperasaan. Dhamirah menjeling geram. Bukan harga kain itu yang buat dia sayang tetapi usaha dia yang beriya-iya inginkan kain ini. Sudah dapat, Haris senang-senang suruh buang pula.
“Mana nak sama dengan yang ini. Yang ini, Mira kumpul duit untuk beli. Duit loan, duit papa bagi tiap-tiap bulan. Haa… lepas tu, duit upah tolong mama bersihkan taman bunga dia.” Lancar Dhamirah bercerita. Tidak peduli lagi samada Haris ingin mendengar atau tidak. Hati sedang sedih kerana diminta buang barangan yang penat dia usahakan untuk mendapatkannya.
“Okey, stop it! Aku tak nak dengar cerita jiwang kau tu. Kalau kau nak simpan, boleh.”
“Really?” Dhamirah terjerit. Matanya bersinar bercahaya. Teruja kerana Haris termakan pujukannya.
“Ada syarat.”
“Ha?” Haris mendecit. Ha lagi… Dhamirah ni tahu ke tidak yang aksi blur plus comel isterinya itu benar – benar menggoncang imannya sekarang.
“Kau boleh simpan. Tapi jangan sekalipun pakai, unless I ask you to.”
                Seribu kerutan terukir di dahi Dhamirah. Dia memang betul – betul tidak faham kehendak Haris. Kalau baju sebegini mahal hanya disimpan di dalam almari, buat apa?
                “Kenapa?”
                “No questions ask!” Jawapan yang selalu Haris bagi setiap kali dia bertanya. Dhamirah genggam penumbuk, geram dan marah. Kalaulah, Haris ni adik dia, memang dah lama makan penumbuk. Kalaulah…
                “Tapi….”
                “No more buts, Dhamirah. Buang or simpan.”
                Dhamirah memeluk tubuh. Di bersandar ke kerusi dengan kasar. Hati masih geram dan marah. Tidak puas hati! Leka melayan rasa marah, dia tidak sedar bibir Haris sudah mekar dengan senyuman. Dia menang lagi. Dan dia percaya yang Dhamirah akan ikut kemahuannya. Dalam mulut yang rajin melawan katanya sekarang ini, Dhamirah tetap akan akur dengan setiap arahannya.
                Suasana di dalam kereta kembali bisu. Haris tenang memandu menuju ke Mines Shopping Mall. Hatinya sudah tidak sakit lagi setelah meluahkan kemarahan kepada Dhamirah. Sekarang ini, Dhamirah pula yang melayan rasa sakit hati. Entah apa kena dengan suaminya itu. Tiba – tiba nak control cara pemakaian dia. Bukankah dulu Haris tidak pernah peduli?
*****************************************************************************
                “Assalamualaikum..”
                Suara orang memberi salam menjejaskan tumpuan Haris pada rancangan Buletin Utama yang sedang bersiaran. Dia lantas mengecilkan volume suara dan segera menuju ke pintu untuk menyambut tetamu. Sebaik pintu terkuak lebar, terpampang wajah teman – temannya yang sudah tersengih – sengih.
                “Waalaikumsalam… Jemput masuk.” Haris menjemput tetamunya masuk. Dia membalas senyuman yang terukir di setiap wajah tetamunya. Remy, dengan tunangnya, Suzy. Johan, juga dengan seorang perempuan yang dia tidak kenal. Rasanya, tidak pernah pula Johan membawa gadis itu keluar bersama – sama mereka.
                Bro, kenalkan. Ni, cousin aku, Kamelia. Sorry la, tak inform lebih awal. Lia baru sampai dari UK petang tadi. Dia transit rumah parents aku sekejap sebelum balik Penang dua, tiga hari lagi.” Johan membuka bicara sebaik mereka semua duduk di sofa di ruang tamu itu. Gadis yang diperkenalkan oleh Johan itu tersenyum mesra. Mata tidak lepas dari memandang Haris. Hati pula tidak jemu memuji ketampanan wajah yang dimiliki oleh Haris.
                “Its okey. Lagipun, semua berteman malam ni. Aku ingatkan awek kau yang mana pulak kau bawak.” Balas Haris bersahaja. Mata memandang Kamelia sekali imbas. Cantik dan pandai bergaya. Blouse sleeveless polos dengan skinny jeans yang jelas menampakkan susuk tubuh wanitanya. Memang cantik tetapi mata Haris tidak berkenan.
                Kata – kata Haris disambut dengan tawa oleh mereka semua yang berada di situ. Haris agak kekok dengan kehadiran Kamelia. Dengan Suzy, memang dia sudah biasa. Malahan, dia selalu juga jadi pengantara jika Remy dan Suzy bertengkar. Senang cerita, jadi tukang pujuk pasangan kekasih itu. Tetapi dengan Kamelia, ini baru pertama kali. Lebih buat dia kekok, dia perasaan yng mata Kamelia selalu merenung dia. Rimas dia dibuatnya.
                “Eh, wife kau mana? Takkan nak sorok kot?” Suzy berbicara setelah dari tadi, dia tidak nampak bayang isteri Haris. Dia bersetuju untuk mengikut Remy makan malam di rumah Haris mala mini pun kerana ingin berkenalan dengan Dhamirah. Sewaktu majlis resepsi mereka berdua dahulu, dia tidak berkesempatan untuk berbual panjang dengan Dhamirah. Apa lagi ketika itu, otak cuba mencerna gadis yang bersanding dengan Haris adalah orang lain.
                “Oh, lupa. Ada, ada… Kat atas. Tengah bersiap agaknya. Sekejap, aku panggilkan. Kau orang duduk dulu ye.” Tanpa menunggu jawapan mereka, langkah Haris laju memanjat anak tangga. Macam mana pula dia boleh terlupa dengan Dhamirah.
                Sampai di pintu bilik Dhamirah, dia mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka luas. Mata dijamu dengan seraut wajah Dhamirah yang berkerut dahi. Rambut panjangnya lepas bebas dan sebatang pensil terselit di telinga. Subhanallah… Haris memuji di dalam hati. Cantik sungguh ciptaan Allah pada gadis yang menjadi isterinya ini. Hatinya berdebar tiba – tiba.
                “Abang!!” Dhamirah mengetip jari beberapa kali di hadapan Haris. Puas dia bertanya, tetapi Haris kaku di hadapannya tanpa sebarang reaksi. Beberapa ketika, baru Haris tersedar.
                “Tetamu dah sampai.” Ringkas bicara Haris. Malu tertangkap dia leka merenung isteri sendiri.
                “Dah sampai? Kejap ye…” Tanpa menutup pintu, Dhamirah bergegas ke almari bajunya dan mencapai sehelai selandang. Pensil yang terselit dicampak sahaja ke atas meja. Rambut yang tadi lepas bebas, diikat ekor kuda lantas tangan lincah membelit selendang panjang itu menutupi rambutnya.
                Haris yang memandang, terkebil – kebil. Kagum sebenarnya melihat kelincahan Dhamirah membelit tudung di kepala. Tanpa sebiji pun kerongsang, selendang itu terletak elok dan kemas di kepala Dhamirah. Hairan juga dia bagaimana Dhamirah boleh sebegitu cepat membelit tudung. Sekejapan sahaja, Dhamirah sudah berdiri disebelahnya.
                “Dah siap. Jom…” Dhamirah ukir senyum. Namun senyumannya tidak berbalas. Dia mencebik sebelum mengekori Haris untuk turun ke tingkat bawah.
                “Pergi kenal dengan kawan – kawan aku.” Arah Haris sebaik mereka mencecah kaki di tngkat bawah. Dhamirah merenung Haris, minta simpati. Takkan dia seorang nak pergi duduk bersama dengan kawan – kawan Haris. Dia bukan kenal pun. Haris mana pernah nak kenalkan dia dengan kawan – kawannya. Inilah kali pertama.
                “Pergilah, yang kau pandang aku kenapa?”
                “Mira seganlah. Abang temanlah Mira.” Dhamirah mseparuh merayu. Memang dia segan.
                “Macam – macamlah kau ni.” Haris mendengus. Kaki di bawa jugak ke ruang tamu. Seorang demi seorang dia kenalkan pada Dhamirah. Tidak sampai beberapa minit, dia nampak Dhamirah sudah mula serasi dengan Suzy dan Kamelia. Hati merungut geram. Tadi kata segan, tapi bila dah kenal, banyak mulut pula isterinya itu.
                “Akak mintak maaf kalau mengganggu Mira datang waktu ni. Akak nak kenal dengan Mira. Masa resepsi Mira tu, tak smepat nak borak panjang.” Suzy membuka bicara. Risau juga andai kedatangannya ke rumah itu mengganggu Dhamirah dan Haris. Tapi, bila Remy sebut nak bertndang ke rumah Haris, memang dia tidak mengelak seperti selalu. Dia memang kepingin benar nak kenal dengan Dhamirah.
                “Eh, tak apa, kak. Tak ganggu pun.” Dhamirah membalas ikhlas. Perbualan mereka jadi lebih panjang selepas itu. Agak lama, baru Dhamirah bangun untuk menghidangkan makan malam. Nasi ayam sudah tersedia di atas meja. Dia Cuma perlu membuat air dan menjemput tetamunya itu makan.
                “Ada apa yang boleh akak tolong ke?” Suzy tiba-tiba menjengah dapur. Bosan pula ditinggalkan dengan kawan – kawan yang semuanya lelaki itu. Kamelia pula lebih banyak senyap. Dia nampak, tumpuan Kamelia lebih kepada Haris. Hati mula berkata sesuatu yang tidak enak, tapi dia tidak mahu mengendahkan.
                “Eh, tak payahlah, kak. Semua dah siap ni. Saya Cuma nak bancuh air aje. Yang lain semua dah siap ats meja. Akak pergilah borak dengan dia orang semua.” Dhamirah menegah. Tangan cekap menuang jus oren yang telah di blend petang tadi. Cuma perlu tuang dalam jug dan tambah sedikit gula untuk menambah perisa.
                “Alah, mens talk. Akak selalu tak boleh masuk dengan chatting dia orang tu. Kalau tak pasal bisnes, mesti pasal golf la, tennis la, kereta la.” Suzy merungut. Dia menyandar belakang badan ke cabinet di sebelah Dhamirah. Tidak menolong pun Cuma mata liar memerhati sekeliling dapur. Bersih dan kemas, pandai Dhamirah jaga kebersihan dapur.
                Dhamirah ketawa kecil. Kalau dah lelaki, lelaki juga. Topik seperti itu tak pernah tinggal untuk dibincangkan. Dulu, selalu juga dia dengar topik seperti itu bila Haris berbual dengan papanya ketika hubungan mereka itu tengah baik.
                “Lelaki, kak. Eh, akak dan abang Remy minum jus oren, kan? Ni aje yang sempat Mira capai tadi. Tembikai dia macam tak fresh aje. Nanti buat air tak sedap pulak.” Dhamirah bertanya. Risau pula jika ada antara tamunya yang tidak minum air buah buatannya itu. Masa memilih di pasaraya tadi dah suntuk, dia Cuma capai apa yang terfikir di otaknya ketika itu
                “Akak okey aje. Ini pun dah susahkan Mira. Kena masak untuk kami pula.”
                “Tak adalah susah, kak. Mira masak nasi ayam je. Sedap ke tidak, tak tahulah." Dhamirah ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Selama ini dia hanya memasak nasi ayam untuk keluarga dan teman-teman rapatnya. Tidak pernah pada kawan-kawan suaminya. Jadi dia agak bimbang juga jika masakannya tidak memenuhi selera mereka.
                "Hrmm... tentu sedap. Bau pun dah sedap. Lagipun, Remy selalu cerita, Haris sekarang susah sangat nak lepak malam-malam dengan diaorang sebab rindu nak makan masakan isterinya." Sedikit berbisik Suzy bercerita. Terkejut dengan kata-kata itu, Dhamirah tercegat sahaja. Selama ini, Haris tak pernah berkata yang dia sukakan masakannya, hanya komen-komen pedas yang selalu dia terima.
                "Akak percaya cakap abang Remy tu?" Damirah ketawa, janggal. Dia cukup pasti, Remy hanya reka cerita pada tunangnya itu. Suzy angkat bahu. Kebenarannya memang dia tak tahu tapi kalau masakan Dhamirah tidak sedap, takkanlah Haris berani menjemput kawan-kawannya ke rumah mereka kan?
Tidak lama, mereka berenam sudah duduk di meja makan menikmati masakan Dhamirah sambil berbual santai. Haris di kepala meja dengan Dhamirah dan Kamelia di sebelahnya. Pandangan Dhamirah selalu jatuh pada Kamelia yang sangat jelas cuba memikat Haris. Jengkel! Hatinya tiba-tiba sakit melihat perilaku itu. Walaupun Haris tidak melayan segala godaan gadis itu, namun hati Dhamirah tetap terhiris melihat Kamelia yang cuba rapat dengan suaminya.
Eh, tapi dah kenapa pula dia nak rasa sakit hati? Bagaikan tersedar, suapan Dhamirah terhenti. Perlahan tangan kirinya menyentuh dada. Cuba mengurangkan rasa sakit di hati dengan urutan itu. Apa ertinya rasa sakit ini? Dhamirah kerutkan dahi, bingung tiba-tiba dengan persoalan di hati.
                “Kenapa?” Soalan dari Haris buat Dhamirah tersentak. Wajah tampan Haris dipandang dengan kerutan di dahi. Menghantar soalan hanya dengan pandangan mata.
                “Told you to eat carefully.” Haris menghulur gelas minumannya. Teragak-agak Dhamirah mencapainya. Sebelum meneguk air, dia sempat menjeling tetamu yang sedang memerhati mereka berdua. Dan rasanya, pipinya bertukar merah melihat senyuman dan pandangan mereka semua.
                Usai makan, Dhamirah sibuk di dapur untuk membancuh minuman tetamu pula seperti arahan Haris. Suzy ingin menolong tetapi ditegah oleh Dhamirah sehingga dia terpaksa menolak suzy hingga ke ruang tamu. Sibuk di dapur, dia tidak sedar bila masanya Haris sudah tercegat di belakangny ketika dia membasuh pinggan mangkuk.
                “Need any help?” Soalan secara tiba-tiba buat Dhamirah terkejut sekali lagi. Hampir sahaja pinggan di tangannya terlepas. Dia menjeling Haris yang sedang sembunyi senyum.
                “Tak ada apa. Abang buat apa dekat sini? Pergilah depan, kan ada tamu tu.” Dhamirah mengelak. Tumpuannya kembali kepada kerja di tangan. Tetapi, ekor matanya memerhati gerak Haris yang sudah bergerak ke sebelahnya dan bersandar santai di cabinet dapur smbil memeluk tubuh.
                “Kau nampak busy, jadi aku ingat kau perlukan pertolongan.” Haris menjawab sambil matanya tidak lari dari melihat ke ruang tamu. Menyedari itu, Dhamirah turut mengerling. Ternampak kelibat Kamelia dari dapur, Dhamirah mencebik bibir.
                “Kalau abang nak berbual, pergilah. Semua dah siap, Mira Cuma nak buat air je lagi.” Dhamirah mengelap tangan. Lincah kerjanya mencapai teko air dan balang nescafe. Haris kerut dahi, kalau dia nak berbual, takkan dia di sini pula dengan Dhamirah.
                “Nescafe?” Haris bertanya dan Dhamirah hanya mengangguk. Suasana rasa janggal. Inilah kali pertama Haris meneman dia di dapur. Haris tidak pernah masuk ke dapur ketika dia sedang memasak. yang Haris tahu hanya duduk di meja makan bila semuanya sudah terhidang dan komplen tentang masakannya.
                “Buat sedap sedap ye.” Haris berbicara lagi. Bibirnya mengukir senyum kecil bila Dhamirah menjeling. Dia  tidak sangka, kehadiran Kamelia ke rumahnya malam ini membolehkan dia berbicara dengan aman dengan Dhamirah. Dia tidak selesa dengan Kamelia yang jelas cuba menggodanya sejak dari tiba di rumahnya tadi. Dia tidak boleh melarikan diri kerana dia adalah tuan rumah. Selepas makan, memang dia sengaja mengarah Dhamirah untuk membuat air agar dia senang melarikan diri ke dapur dengan alasan untuk membantu isterinya. Dan, keadaan sekarang membuatkan dia bagai lupa segala rasa marahnya pada Dhamirah dan keluarganya.
                “Tak elok abang tinggalkan tetamu kita kat depan. Pergilah berbual dengan dia orang. Kejap lagi Mira keluar bawa air.” Dhamirah cuba membuat Haris keluar dari dapur. Sungguh, dia tidak selesa bila Haris ada disebelahnya, memerhati setiap gerak gerinya.

                “Menghalau?” Usik Haris. Dan dia ketawa kecil bila Dhamirah membuntangkan mata sambil bercekak pinggang di hadapannya. Perlahan dia mencapai dulang berisi teko air dan cawan lalu berlalu keluar dari dapur. Meninggalkan Dhamirah yang terpinga-pinga dengan ketawa Haris sebentar tadi. Ketawa yang pertama untuk dirinya sejak hari pertama mereka sah bergelar suami isteri.

4 comments:

  1. Gud job sis..
    Bru jmpa blog ni.
    Xsbr tgu kerana kamu 14..
    Cerita ni abes kt blog atau jd novel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ssazma
      TQ sudi baca cerita saya
      InsyaAllah cite ni akan habis kat blog, cuma bersabarlah coz its very slow going... hehe...

      Delete
    2. Waaa~~ thank you writer sbb nk habis kn citer nii dlm blog harap jgn lupa smbung yee saya setia menunggu the next bab "kerana kamu" nii.. sambung jgn x sambung tau suka sgt citer mira ngan haris :)

      Delete
  2. sambungan takde ke ? alaaaaaa rindu la nak baca kesudahannya ~~~

    ReplyDelete