Tuesday, 14 February 2017

Kerana Kamu 14

Greetingsssssssss..................

Selepas berbulan saya tak sambung cerita. Baru hari ni lah saya dapat update. Sorry, my bad. Tak ada ruang and waktu nak mengupdate padahal free sokmo....

Okey, asyik asyik cerita Mira and Haris saja... kali ni kita bertukar arah pulak ye... Abaikan sebarang typo ye... hehe...

Presenting to you guys.... Bab 14.... Enjoys.....

*****************************


14.
                Pintu utama kondominium di buka kasar dan kemudian di tolak dengan kaki. Timbunan beg kertas pelbagai jenama di letak ke atas sofa kulit berwarna putih, lantas dia menghempas tubuh ke sofa. Dia menghela nafas panjang. Segera tangannya mencari telefon bimbit di dalam tas tangan berjenama mahal. Dapat sahaja telefon bimbit, dia lantas memeriksa. Tiada sebarang panggilan tidak berjawab dan tiada sebarang pesanan di skrin telefon. Sekali lagi dia menghela nafas dan telefon bimbit di campak ke sebelahnya.
                Tangan mencapai pula alat kawalan jauh TV untuk menghidupkan TV. Skrin TV segera menyala dan dia menekan butang untuk mencari siaran, namun tiada satu pun yang menarik minatnya. Dia mengeluh lagi. Aktiviti membeli belah yang sentiasa jadi kegemarannya tiba-tiba menjadi tidak seronok apabila dia secara tidak sengaja terpandang seseorang yang cuba dielakkannya sejak berbulan lamanya. Lantas segalanya moodnya terbang melayang dan dia ambil keputusan untuk pulang sahaja.
                Haris…. Nama itu kembali bermain di fikiran. Setelah hampir lima bulan nama itu hhilang lenyap dari ingatannya. Wajah tampan itu kelihatan semakin tampan sejak kali terakhir dia melihat wajah itu. Di sebalik wajah letih dan serius Haris, namun ketampanannya begitu terserlah. Mujurlah Haris tidak nampak dirinya, kalau tidak, entah apa yang ingin dia katakan pada lelaki itu. Hatinya tiba-tiba bertanya, apa yang terjadi pada lelaki itu dan keluarganya sejak dia ambil keputusan untuk lari di hari pernikahannya?
                Adakah Haris masih bersedih dan marah dengan tindakan drastik yang diambilnya? Atau, sudahkah Haris bertemu dengan penggantinya dan sedang berbahagia. Melihat dari jauh, dia sendiri tidak pasti dengan raut wajah Haris sebentar tadi. Lagipun, sejak mengenali lelaki itu, dia memang susah benar ingin menebak emosi Haris melalui wajahnya. Hari sentiasa pandai menyembunyikan setiap emosi dirinya dari pandangan semua orang.
Dan dia? Sejak lari dari rumah dan meninggalkan majlis perkahwinan dan Haris, dia memilih untuk hidup bersama lelaki kedua yang Berjaya mencuri hatinya. Pernikahan yang dilangsungkan di Thailand tidak pernah menghalang dia mengecap bahagia. Walaupun dia harus akur dengan kenyataan yang dia kini bergelar isteri kedua. Mujur madunya boleh menerima yang mereka berdua berkongsi kasih lelaki yang sama. Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah berhubungan dan hanya sekali sahaja dia bertemu madunya setelah hampir sebulan dia menikah.
“Ini akan jadi kali pertama dan terakhir kita bertemu. Aku hanya ingin kenal dengan siapa aku berkongsi suami. Selebihnya, aku harap kau pandai-pandailah bawa diri. Urusan kau dengan Emran, aku tak hendak ambil tahu, dan aku harap, kau juga tak ambil tahu hubungan aku dengan Emran.” Itu kata-kata tegas yang diluahkan oleh madunya ketika mereka bertemu. Hanya mereka berdua. Tiada sebarang kemesraan dan tiada sebarang kemarahan pada riak wajah dan nada suara isteri pertama suaminya. Wajah wanita yang tua lima tahun darinya itu begitu beku, memandangnya juga bagai tidak sudi. Namun dia terima. Demi cintanya pada Emran, dia terima apa sahaja asalkan mendapat restu dari wanita itu.
“Terima kasih, kak... In sha Allah, saya akan jaga abang Emran macam mana akak jaga dia.” Kata-kata dia itu mendapat ketawa sinis dari madunya. Dania kerutkan kening. Dia salah dalam menutur katakah?
“Kalau aku pandai jaga laki, dia tak kahwin lain. Dan kita tak jadi madu. Cuma ingatlah, yang Emran ada dua rumah. Hormat giliran masing-masing.”
Dan sekarang, siapa yang tidak hormat dengan giliran mereka? Emran sudah terlewat satu hari dari gilirannya di rumah ini. Sepatutnya sejak semalam Emran sudah berada di sini untuk tiga hari, tetapi masih belum muncul sehingga sekarang.
Lamunan panjangnya terhenti ketika telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia mencapai telefon dan satu pesanan whatsapp muncul di skrin telefonnya.
I minta maaf… I lambat ke sana, Dhia muntah teruk sejak semalam. Masih tak boleh bangun.
Membaca pesanan itu, hampir membuat dia menjerit. Itu juga alasan yang diguna oleh Emran sejak semalam. Madunya mabuk teruk. Madunya hamil kali ketiga dengan morning sickness yang sangat teruk. Mengikut kata Emran, setiap kali madunya itu hamil, memang akan alahan teruk, tetapi tidak seteruk kali ini. Spontan Dania memegang perut sendiri. Empat bulan mendirikan rumahtangga, perutnya masih kempis sehingga kini. Rahimnya masih belum terisi dengan nyawa kecil. Kini, madunya pula yang hamil dengan anak ketiga.
Tidak mahu membalas pesanan yang ditinggalkan Emran, telefon kembali di baling ke sofa. Dania bingkas bangun dan menuju ke dapur. Peti ais dibuka dan dia mengambil air untuk menyejukkan hati yang panas dengan keadaan sekarang. Kenapa keadaan sekarang tidak memihak kepadanya? Kenapa bukan dia yang hamil dan mendapat perhatian lebih daripada Emran seperti Dhia sekarang? Kenapa? Leka bertanya di dalam hati, dia dikejutkan dengan deringan telefon. Dengan malas, dia mencapai telefon. Siapa lagi yang akan menelefonnya saat ini?
Hey, baby…” suara yang pernah menyejukkan hatinya suatu ketika dahulu seperti sudah tidak semerdu dulu ditelinganya kini.
“Hey…” balasnya pendek.
“Buat apa hari ini?” suara itu masih selembut dulu dalam melayannya tetapi kenapa hatinya panas mendengar soalan itu?
“Biasa… shopping, balik rumah and do nothing.” Dania menjawab acuh tidak acuh dan kedengaran jelas di telinganya keluhan Emran.
“I’m sorry… okay, baby? I betul- betul nak balik sana tapi Dhia lemah sangat. I tak sampai hati nak tinggalkan dia sendiri.”
“Maid you?”
“Dia cuti dua bulan, balik Indon. I’ve told you, aren’t I?”
“Ya….”
“Look.. I cuba balik sana malam ni, okay? I’m really really sorry, baby. I miss you so much tapi…”
“I miss you too. You jagalah Kak Dhia dulu. Don’t worry about me.”
“But.. babe…”

“No, jagalah Kak Dhia. I tak nak apa- apa jadi pada dia pulak nanti.” Dania terus mematikan talian. Ikhlaskah dia ketika mengucapkan itu? Dia tahu dia tidak ikhlas namun, dia sedar diri. Dia hanya orang ketiga. Lagipun, jika apa-apa terjadi pada Dhia ketika Emran di rumah ini, dia tiak mahu dipersalahkan pula.
Deringan telefon yang bertalu-talu selepas itu tidak lagi diendahkannya. Segera dia mengambil beg kertas yang dicampak sejak tadi dan melangkah kebiliknya. Masanya untuk dia manjakan diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment