15.
Laptop dipandang
kosong. Sungguh, dikerah bagaimanapun, otaknya masih belum dapat menghasilkan
buah fikirn untuk terus menulis laporan perkembangan projek terbaharunya di
Johor Bahru ini. Beberapa kali dia cuba mengarang ayat namun kemudian dia akan
memadamnya semula. Terasa setiap ayatnya tidak sempurna.
Haris mengeluh
panjang. Sebotol air mineral dicapai lalu dibuka penutupnya dan diteguk rakus.
Selepas meletak kembali botol mineral di atas meja berdekatan, dia kembali cuba
menaip. Tetapi, ideanya masih juga tidak timbul. Jam di tangan dikerling. 10.30
malam, bermakna sudah lebih dua jam dia duduk berteleku tetapi tidak dapat
menghasilkan apa-apa.Iphone 6S Plus
dicapai dan dia memasukkan kata laluan. Skrin bercahaya dan tertera wajah
Dhamirah dalam persalinan nikah mereka dahulu. Senyum yang terhias di bibir
merah itu masih tidak Berjaya menyembunyikan sedih dimatanya. Tanpa sedar,
Haris mengukir senyum. Namun kemudian, dia menyumpah sendirian. Ini semua salah
Remy! Pandai pandai tukar wallpapernya kepada gambar Dhamirah. Ketika dia
marah, alasan Remy cukup senang, biar cepat cinta dihatinya berbunga untuk
Dhamirah.
Dan sekarang,
marahnya beralih kepada Dhamirah. Sejak tadi, dia cuba menghubungi isterinya
itu namun tidak berjawab. SMS dan WhatsApp juga tidak berbalas. Dia mengeluh
sekali lagi, entah sejak bila dia jadi berkeinginan untuk menghubungi Dhamirah.
Dia ingin mendengar suara isterinya itu setiap hari. Paling tidak pun, berbalas
mesej dengan Dhamirah jika kebetulan dia dan Dhamirah sama-sama sibuk. Sejak
berkahwin, sudah beberapa kali juga dia berjauhan dengan Dhamirah kerana kerja
luar, tetapi inilah kali pertama yang dia rasa seperti perlu untuk sentiasa
berhubung dengan isterinya itu setiap hari.
Anganannya terhenti
bila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Segera dia melihat skrin, tertera nama
Dhamirah disitu. Dalam marah kerana baru kini Dhamirah menghubunginya semula,
bibirnya terukir senyum juga. Dia pantas bangun menuju ke balkoni bilik
hotelnya sebelum menjawab panggilan.
“Assalamualaikum,
abang…” suara manja itu menjengah telinganya sebaik telefon didekatkan ke
telinga. Senyumnya semakin lebar sebelum menjawab salam dan berkata garang.
“Pergi mana? Aku
call banyak kali tak jawab?” garang suaranya bertanya.
“Sorry… Mira charge
handphone dalam bilik. Lepas tu pergi tolong Mak Mah and mummy masak. Hari ni,
mummy ajar Mira resepi baru. Terus Mira lupa nak check handphone.” Cukup girang
Dhamirah bercerita. Satu yang dia perasan, Dhamirah tidak lagi takut dalam
menjawab setiap pertanyaannya. Malah dia sedar, Dhamirah mula menjadi manja
seperti mana manjanya dia dengan setiap ahli keluarganya.
“Mummy? Kau dekat
rumah Mummy?” Cuba untuk tidak mengendahkan cerita Dhamirah, dia menukar
cerita. Kali terakhir berbual di telefon dan berbalas mesej, tidak pula
Dhamirah memberitahu akan ke rumah orang tuanya itu.
“Yup… petang tadi
lepas habis kelas, Mira terus ke rumah Mummy. Mummy tunjuk bunga ros yang dia
tanam dengan Mira tu dah mula berbunga. Cantik sangat, abang. Warna kuning.”
Dhamirah ketawa di akhir ceritanya. Jelas kegembiraan itu di telinga Haris. Dia
turut tersenyum. Hubungan Dhamirah dengan ibunya sudah semakin baik, namun dia
tidak mahu tunjuk yang dia turut suka dengan keadaan dan cerita-cerita
isterinya itu.
“Tak mintak izin
aku?” Haris menukar cerita. Walau dia suka mendengar suara manja dan ceria itu,
tetapi ego dan marahnya masih ada.
“Eh?”
Lama Dhamirah
terdiam sebelum lambat-lambat menyambung ayatnya.
“Kan masa abang
hantar Mira ke rumah mama hari tu, Mira dah minta izin abang nak ke rumah Mummy
dua atau tiga hari… Abang kata boleh.”
Haris menepuk dahi.
Baru dia teringat. Memang Dhamirah ada meminta izin dan memang mulutnya yang
ringan memberi izin.
“Tak boleh minta
izin lagi sekali ke? Selalu WhatsApp, call… tapi tak boleh ingatkan aku? Aku
buzy kat sini dengan kerja, manalah nak ingat semua tu.” Haris menegakkan benang
yang basah. Salah dia yang tidak ingat tapi tetap ditujukan kepada Dhamirah.
Lebar senyumannya bila tiada jawapan dari Dhamirah. Tentu Dhamirah tengah
kebingungan dan segera wajah blur dengan bibir sedikit terbuka itu terbayang di
depan matanya.
“Sorry… Mira ingat
dah minta izin masa tu dah cukup.”
“Lain kali jangan
buat lagi. So, belajar masak apa tadi?” lagi sekali Haris menukar topik. Tidak
mahu Dhamirah terus rasa bersalah. Lagipun, dia suka dengan suara Dhamirah yang
ceria dan manja.
Agak lama berbual
di telefon, Haris akhirnya menamatkan perbualan. Senyumnya masih tidak lekang
di bibir sejak mematikan talian dan berjalan menuju ke laptopnya semula.
Terngiang-ngiang lagi suara manja Dhamirah bercerita itu dan ini. Petah
mulutnya berceloteh, tidak seperti mula-mula berkawin dahulu, ketika Dhamirah
begitu takutkan dirinya.
Laptopnya
dihidupkan semula. Laporan yang diperolehi dari kakitangannya di Johor ini
dibaca semula sebelum jemarinya lincah menaip laporan yang akan dibentangkan di
pejabatnya di Shah Alam pula.
*************************************************************
Dhamirah merenung
telefon bimbit yang sepi. Sesekali, bibirnya terukir senyum bila teringatkan
lelaki yang baru sahaja mematikan talian itu. Dalam garangnya, Haris masih mahu
melayannya. Dalam begitu banyak bentak dan bantahan dalam setiap ceritanya,
lelaki itu tidak jemu mendengar. Dan, bibirnya semakin tersenyum lebar bila
meningatkan yang pemergian lelaki itu ke Johor kali ini mampu membuatkan lelaki
itu menghubungi dan mengirimkan dia mesej. Sebelum ini, Haris tidak pernah
menghubunginya ketika outstation. Bagaimana dia pergi, begitulah dia balik. Dia
tidak pernah tahu apa aktiviti Haris di sana, dia tidak pernah tahu di hotel
mana Haris menginap setiap kali bekerja luar. Dia tidak pernah tahu, dengan
siapa Haris pergi dan dengan siapa Haris berurusan. Cuma yang dia tahu, Haris
akan menghantar dia ke rumah orang tuanya ketika ingin outstation dan
mngambilnya semula ketika dia balik. itu memang rutiin Haris setiap kali. Haris
memang tidak akan pernah membenarkan dia tinggal keseorangan di rumah besar
itu. Jadi, suka atau tidak, dia akur sahaja. Tambahan pula, dia memang suka
kerana boleh berjumpa dan bermanja dengan mama dan papa ketika ketiadaan Haris.
Seperti sekarang,
Haris menghantar dia ke rumah orang tuanya tiga hari lepas. Dapatlah dia
bermanja dengan mama dan papa. Walaupun mama sering bertanyakan soalan tentang
hubungan dia dengan Haris, namun dia tetap gembira.
“Jadi ke nak pergi
rumah mummy?” Mama bertanya ketika mereka berehat santai di laman rumah. Dhamirah
mengangguk laju. Walaupun inilah pertama kali dia akan ke rumah orang tua Haris
sendirian, namun dia beranikan diri. Hubungan dia dengan mummy Haris sudah
beransur baik tetapi untuk lebih mengambil hati mummy, dia harus lakukan ini.
“Mira dah okey
dengan mummy?” Soalan wajib mama setiap kali mereka berbual. Sekali lagi
mengangguk laju.
“Alhamdulillah, ma…
mummy dah okey. Tapi, untuk Mira jadi menantu kesayangan, Mira kenalah pergi
sana walaupun seorang, kan? Nak ambil hati..” Dhamirah ketawa dengan
kata-katanya. Melihat itu, mamanya turut ketawa. Senang melihat Dhamirah sudah
kembali ceria seperti dahulu. Dan dia percaya, mungkin Haris belum mampu untuk
menyayangi Dhamirah tetapi menantunya itu tetap akan menunaikan
tanggungjawabnya sebagai suami dengan cara terbaik.
“Betul.. nak mama
ajar cara paling berkesan macam mana nak jadi menantu kesayangan?” Puan Haryani
mengangkat kening. Dan ketawanya lepas bila Dhamirah mengangguk laju dengan
mata bersinar.
Malam ini, dia di
sini. Dirumah mertuanya. Cuba mempraktikkan apa yang diajar oleh mamanya petang
semalam. Syukur, Datuk Hamdi dan Datin Marina menerima kedatangannya dengan
gembira. Dia sudah boleh berbual dengan Datin Marina seperti dahulu. Dan,
mummynya itu juga tidak lokek dalam mengajar dia resepi baharu. Lauk-lauk
kegemaran Haris juga sudah diajar oleh mummy. Sesungguhnya, dia sangat
bersyukur dengan keadaan sekarang.
“Haris ada bagitahu
bila dia nak balik dri JB?” Tanya Datin Marina ketika dia kembali ke ruang tamu
usai berbual telefon dengan Haris.
“Dia kata balik
lusa, mummy. Tapi kalau kerjanya habis awal, dia akan balik awal.”
“Dah tak sabar-
sabar nak balik pulak.” Datuk Hamdi menyampuk dan Datin Marina senyum meleret
mendengar kata-kata itu.
“Dia tahu Mira dah
balik sini, jadi dia pun nak balik. Nak jumpa mummy dan ayah, katanya.”
“Nak jumpa mummy
dan ayah ke, tak sabar nak jumpa Mira?” Datuk Hamdi mengusik. Dhamirah
tercengang? Haris tak sabar nak jumpa dia? Kenapa pula?
“Mira pun mesti tak
sabar nak jumpa Haris, kan?” Kali ini, Datin Marina pula yang mengusik.
Dhamirah tersenyum segan. Dia memang tak sabar nak jumpa Haris, tapi adakah
Haris juga begitu.
“Eloklah tu, bang.
Jasmine pun nak balik sabtu ni. Semua dah ada, bolehlah kita berkumpul. Boleh
masak-masak.”Datin Marina menyuarakan idea. Datuk Hamdi pantas bersetuju dan
mereka kemudian memandang Dhamirah. Meminta persetujuan.
“Err…. Mira okey
aje. Kalau abang Haris kata boleh, Mira lagi suka.” Dhamirah menyatakan
persetujuan. Haris tentu gembira. Sudah agak lama mereka tidak berkumpul
sekeluarga. Jasmine, walaupun Cuma di Pulau Pinang, tetapi jarang balik. Di
samping jadual waktunya yang padat, Datuk Hamdi dan Datin Marina tidak mahu
Jasmine keletihan kerana selalu balik sehingga menjejaskan pelajarannya.
“Jasmine dah mula
cuti semester ke, mummy?” Dhamirah bertanya. Kalau diikutkan jadual dia yang
juga pelajar universiti, semester masih berbaki lebih kurang sebulan. Cuma,
waktu begini memang kebanyakkan kuliah sudah habis dan pelajar diberikan waktu
untuk menelaah pelajaran sebelum peperiksaan akhir semester.
“Belum… katanya
study week. Housemate dia ramai yang balik, jadi dia pun balik jugaklah. Kalau
Mira lama kat sini, bolehlah temankan dia kat rumah ni. Kalau tidak nanti,
asyik nak keluar aje.” Datin Marina membebel membuatkan Dhamirah tersengih.
Berlamaan di rumah ini? Entah kenapa, dia mula rindukan rumah mereka di Gita
Bayu dan kehadiran lelaki bernama Haris di rumah itu.
bile nak sambung.tak sabar rasanya
ReplyDelete