Wednesday 29 February 2012

Bab 8 : Ingin Kulafazkan Cinta

8.
                Suasana pagi Isnin di pejabat itu memang sibuk. Maklum sahaja, Isnin. Permulaan minggu baru, semuanya harus dimulakan sekali lagi. Di tambah pula dengan mood Black Monday yang melanda hampir setiap orang. Sehingga jam 10 pagi, tiada siapa lagi yang berbual kosong. Semua masih tekun dengan kerja – kerja yang semakin banyak. Ayu yang sudah bekerja disitu sejak lima bulan dulu, mula faham dengan rentak kerja di syarikat Pak Longnya ini.
                Hari ini, Ayu menjadi lebih sibuk dari hari hari lain kerana akan ada perjumpaan penting dengan Meruda Holdings, antara syarikat yang berpengaruh di Malaysia ini dalam bidang hartanah. Dahulu, ketika syarikat ini ingin mendapatkan tender dengan Meruda Holding, mereka sanggup bersengkang semata – mata untuk menyiapkan kertas kerja yang terbaik. Jadi, pagi ini, dia sudah bertungkus lumus menyiapkan bilik mesyuarat. Kertas kerja untuk pembentangan sudah di agihkan di atas meja mengikut jumlah kerusi. Slaid juga sudah di periksa akan keadaannya. Sekarang dia Cuma perlu mengingatkan Kak Mona agar bersedia dengan air dan sedikit juadah apabila mesyuarat bermula lebih kurang setengah jam lagi. Memang kelam kabut dia hari ini. Lebih – lebih lagi bila Luqman mengarahkan dia untuk masuk sama dalam mesyuarat itu nanti.
                Ayu kembali ke meja setelah segala keperluan untuk mesyuarat itu disiapkan. Dia kini Cuma menunggu tetamu dari syarikat korporat itu sementara Luqman masih berbincang saat akhir dengan Encik Saiful. Mungkin masih mencari mana – mana kesilapan agar boleh diperbetulkan sebelum mesyuarat bermula. Dia sendiri sudah berkali – kali membelek fail yang akan digunakan walau kebanyakan isi kandungan dia tak berapa nak faham. Deringan intercom mengejutkan Ayu yang sedang leka dengan fail ditangannya.
                Yes, Rita?”
                “Cik Ayu, guest from Meruda Holdings dah sampai.” Jelas suara Rita, penyambut tetamu di bahagian pengurusan tertinggi ini di intercom.
                “Okey, bawa mereka jumpa saya dulu. Thanks, Rita.” Ayu melepas butang intercom. Nafas ditarik dan dihela panjang. Tiba – tiba rasa berdebar pula ingin berjumpa wakil syarikat berpengaruh itu. Selalunya, hatinya tidak sebegini teruk debarannya. Mungkin kerana, ini adalah pelanggan mereka yang terbesar.
                Morning, we all from Meruda Holdings. Here for appointment with Encik Luqman and Encik Saiful.” Suara seorang lelaki membawa pergi debaran Ayu. Dia yang sudah sedia berdiri di sisi meja mengukir senyum paling manis. Satu keperluan jika bertemu pelanggan. Tangan yang di hulur oleh lelaki itu tidak di sambut. Bukan ingin berkurang ajar, tetapi dia cuba untuk menjaga batas agama. Walau dia tidak sebaik mana, namun, dia masih berusaha untuk menjadi lebih baik sejak memakai tudung.
                Welcome to Chanteque Design & Lanskap. Encik….”
                “Rizqin. This is Cik Meyra and our CEO, Encik Idraki Zuhayr.” Terang lelaki itu sambil memperkenalkan seorang demi seorang tamu yang datang bersamanya. Ayu bersalaman dengan gadis yang diperkenalkan sebagai Meyra dan ketika matanya bertembung dengan mata Idraki, dia terkaku sebentar. Pandangan mereka bertaut, agak lama. Saat itu, jantung Ayu terasa berhenti berdegup. Debaran yang kian surut sebentar tadi, kembali menghentam dada malah kali ini lebih hebat. Bibirnya terasa kelu dan kakinya terasa lemah untuk berdiri.
                “Err… Cik. Are you okey?” Tanya Rizqin apabila dilihatnya Ayu kaku bak patung cendana sambil mata tidak lepas dari memandang bossnya. Idraki juga kelihatan tergamam dengan Ayu dan saling berpandangan. Takkan jatuh cinta pandang pertama kot? Duga hatinya. Tapi, dengan wajah tampan iras Henry Golding itu dan dilengkapi pakej lengkap, memang seorang perempuan mudah jatuh cinta pandang pertama dengan Idraki.
                “Err…. Ya.. Ya.. Sorry. Come, saya bawa encik semua ke meeting room. Encik Luqman and Encik Saiful will attend to you shortly.” Ayu mula mengorak langkah. Ingin membawa tetamu ke bilik mesyuarat. Langkah yang goyah dan jantung yang tidak betul ritmanya cuba untuk tidak diperdulikan. Dia jadi semakin janggal bila terasa pandangan Idraki masih lekat di wajahnya. Dia cuba bereaksi selamba dan memberi senyuman paksa setiap kali matanya bertembung dengan Idraki.
                Laju langkah Ayu untuk mendapatkan Luqman Dan Encik Saiful. Dalam kepalanya mula merangka – rangka alasan untuk tidak sama menyertai mesyuarat itu. Lelaki bernama Idraki itu benar – benar mengganggu ketentaramannya pagi ini, malah mungkin sehingga ke petang jiwanya tidak akan aman dan tenang.
                “Abang, Pak Long. Wakil dari Meruda dah sampai.” Jelas Ayu sebaik dia membuka pintu bilik Encik Saiful. Kedua lelaki itu mengangguk lalu bergerak untuk ke bilik mesyuarat. Ayu yang beriringan dengan Luqman, masih ragu – ragu untuk menyatakan keengganannya untuk turut serta dalam mesyuarat.
                “Err… Abang. Kalau Ayu tak masuk meeting tu, boleh ke?” tanyanya perlahan. Takut dan bimbang.
                “Kenapa?” Luqman bertanya semula. Selalunya Ayu tidak pernah menolak jika diajak turut serta dalam mesyuarat dengan pelanggan.
                “Ayu… Ayu… sakit kepala.” Ayu memberi alasan. Kepala yang tidak gatal di garu. Jelas garis serba salah diwajahnya. Pandangan Luqman juga tidak berani ditentang. Maklum, orang berbohong.
                “Tiba – tiba aje sakit kepala? Actually, abang perlukan Ayu dalam meeting ni. Ayu tahukan, Ayu terlibat hampir 90% dalam projek ni. Apa salahnya kalau masuk sekejap?” Luqman tidak memberi kebenaran. Memang dia perlukan Ayu dalam mesyuarat ini, lebih – lebih lagi Ayu lebih arif tentang penyusunan kertas kerja yang telah mereka buat.
                “Err… Tapi…” Ayu serba salah. Memang dia ingin turut serta, namun bila memikirkan wajah yang ada dalam bilik itu, hatinya berdebar. Takut dia tidak boleh menghadapi lelaki itu.
                “Sekejap aje. Kalau dah tak tahan sakit nanti, Ayu boleh keluar. Boleh ye?” Luqman seakan merayu. Pandangan minta simpati dilemparkan pada Ayu. Lambat – lambat Ayu mengangguk.
                Mesyuarat berjalan lancar pagi itu. Ayu cuba untuk tidak memperdulikan lelaki yang duduk setentang dengannya. Dia yang duduk di antara Encik Saiful dan Luqman, sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengan Idraki. Manakala, setiausaha Encik Saiful yang duduk di antara Encik Saiful dan Idraki kelihatan sering kali mengerling lelaki disebelahnya. Kadang – kadang Jamie seperti cuba menggoda Idraki pula di mata Ayu. Tetapi, dia tidak perduli semua itu. yang dia perduli ialah mata Idraki yang selalu singgah di wajahnya. Kemudian, merenungnya lama pula. Lelaki itu seolah – olah tidak memberi perhatian pula pada pembentangan yang dibuat oleh Khaidir yang menjadi Pengurus Projek mereka kali ini.
                Sehingga mesyuarat tamat, Ayu tidak dapat menumpukan perhatiannya pada isi penting mesyuarat. Matanya sibuk mengerling Idraki, hatinya tidak reti duduk diam dan jantungnya semakin berlagu rancak.
                                ****************************************************

                He is soooo handsome!!” Sekali lagi kata – kata pujian itu hinggap di telinganya. Ayu mencebik bibir, masuk kali ini rasanya sudah berpuluh – puluh kali Jamie memuji Mr. CEO yang datang bertandang ke pejabat mereka pagi tadi. Nasi berlauk yang cuba di suap ke mulut, terasa payau. Kata – kata Jamie betul – betul buat seleranya mati.
                Really? Handsome sangat?” Tanya Kak Rosnah, yang dari tadi setia mendengar cerita Jamie. Kak Rosnah, Rita dan Deeja yang menjadi rakan baik Ayu di syarikat ini sudah banyak kali ternganga mendengar satu persatu pujian Jamie terhadap Idraki, yang dikatanya soooo handsome. Oh, Ayu dah naik meluat. Kenapa asyik memperkatakan tentang lelaki itu?
                Handsome terlampau. You know Henry Golding? Saling tak tumpah. Entah – entah sedara kot?” Jamie tergelak sambil buat aksi tutup mulut. Konon gaya perempuan sopanlah tu. Sekali lagi Ayu mencebik bibir. Pelik pun iye juga kenapa Jamie tiba – tiba beriya – iya mahu ikut serta mereka berempat pergi makan tengahari di kedai mamak ini. Selalunya, Jamie tak pandang kedai mamak berhampiran pejabat mereka. Tarafnya hanya restoran dan hotel lima bintang.
                “Merepeklah. Henry Golding tu bukan Islam, macam mana pulak boleh jadi sedara. Eh Ayu, betul ke mamat tu handsome terlampau?” Deeja mengalih pandang pada Ayu yang senyap sejak tadi. Tekun menghadap nasi di pinggan walau masih belum luak. Terkejut dengan soalan itu, Ayu mengangkat muka. Empat pasang mata yang merenungnya buat dia serba tak kena. Senyum tawar diukir perlahan.
                “Entah. Biasa aje aku tengok.” Ayu jungkit bahu. Siapa kata Idraki tidak tampan? Memang tampan, malah terlebih tampan dan paling tampan antara banyak – banyak lelaki yang pernah dia jumpa. Sudahlah tampan, tinggi, bergaya dan penuh karisma pula. Menambah markah pada asset yang sedia tinggi. Cuma, kenangan dengan lelaki itu yang buat markah Idraki jatuh di pandangan matanya.
                Jamie pula yang mencebik, sakit hati dan cemburu pada Ayu. Bukan dia tidak perasan akan mereka berdua di dalam bilik mesyuarat itu tadi. Saling main mata dan yang paling buat dia sakit hati, Idraki sentiasa sahaja merenung lama ke wajah Ayu. Puas dia cuba mengambil perhatian Idraki, namun lelaki itu hanya melayan seadanya.
                “Eh, taklah, kak. Rita rasa dia memang handsome. Kali ni, Rita setujulah dengan Jamie.” Rita menyampuk. Dua pasang mata Kak Rosnah dan Deeja tertumpu pula pada Rita yang menyampuk. Kalau tadi, Rita sama – sama melopong dengar cerita Jamie, kali ini buka mulut pula.
                “Bila masa pulak kau jumpa dia, Rita?” Kak Rosnah bertanya penuh teruja. Walaupun dia sudah berkahwin dan punya tiga anak, tapi kalau berbicara tentang lelaki tampan, Kak Rosnah pun turut sama naik.
                “Tadilah. Kalau ada guest di office pengarah kan kena jumpa Rita dulu. Memang handsome gila, kak. Rita sendiri rasa nak pengsan first time tengok dia tadi. Memang sebijik sejibik Henry Golding. Anak sapalah tu, kan?” Rita berlawak di akhir bicaranya. Dia tergelak – gelak bila Kak Rosnah mencubit lengannya.
                “Amboi, siap Tanya anak sapa. Kau nak pergi meminang pulak ke?” Sindir Deeja.
                “Boleh, boleh..” Jawab Rita selamba dan tanpa perasaan. Ayu tergeleng – geleng dengan perangai Rita yang masih kebudak – budakkan.
                “Kau nak pinangkan untuk sapa? Diri sendiri?” Deeja melayan kepala Rita yang senget. Terburai lagi ketawa Rita.
                “Haish… Rita dah ada orang tempah. Untuk Kak Deeja pun tak boleh sebab dah tunang. Kak Ros lagilah, siap dah ada produk. Hrmmm….” Rita seakan berfikir. Matanya memerhati Ayu dan Jamie silih berganti. Lebih teruja bila Jamie juga seakan terikut dengan kepala merengnya ketika ini.
                “Untuk Kak Ayu, lah.” Rita sedikit terjerit. Ayu yang sedang menyisip air suam ke bibir, tersedak. Tiba – tiba sahaja namanya di petik dek budak tak cukup umur ni. Baru 20 tahun tapi sudah ada teman lelaki. Mengalahkan dia yang tua 4 tahun darinya ini.
                “Apsal Ayu pulak? I tak okey?” Jamie bertanya pantas. Semua mata beralih pada Jamie. Tidak sangka Jamie ambil serius dengan kata – kata Rita pula. Takkan pula Rita yang nak pergi meminang Idraki. Tak pernah dibuat dek orang!
                “Sebab Kak Ayu belum ada cowok. You lainlah, cowoknya aja udah keliling pinggang.” Rita mengusik, sengaja mempraktikkan loghat Indonesia dan disambut dengan gelak tawa dari Kak Rosnah dan Deeja. Ayu menggeleng kepala lagi. Betul – betul senget budak Rita ni, marah hatinya. Namun, lain pula reaksi Jamie. Marah dan panas berapi di dalam dada.
                “Senget kau!” Marah Ayu lalu tangannya selamba mengetuk kepala Rita. Terjerit gadis itu kesakitan. Jarinya menggosok kepala yang sakit tetapi Rita tidak marah. Kak Rosnah dan Deeja yang menyambung tawa membuatkan Rita tidak jadi marah.
                “Huh! I mana ada boyfriend, okey! Yang semua tu Cuma kawan – kawan je.” Marah Jamie, sungguh – sungguh tapi kata – katanya disambut juga dengan tawa dari empat sahabat itu. Baru sahaja Deeja ingin membalas kata – kata Jamie, telefon bimbit Ayu menjerit nyaring tanda ada panggilan masuk.
                “Assalamualaikum… Saya, Encik Luqman.” Ayu sengaja menguatkan nada suaranya. Sebagai isyarat teman – temannya agar diam dan dia boleh mendengar arahan Luqman dengan lebih jelas.
                “Iye, tengah makan. Anything?” Serius Ayu bertanya. Jarang sekali Luqman menelefonnya di waktu makan tengahari begini. Kerja – kerja di pejabat juga rasanya sudah dibereskan sebelum dia keluar makan jam satu tadi.
                “Hrmm… In 10 minutes? Saya nak bayar dah ni.” Ayu berkata lagi, mengundang kerutan di dahi semua yang ada di situ. Lebih terkejut bila Ayu segera bangun sebaik mematikan talian dengan Luqman.
                Sorry, girls. Korang makanlah ye. Aku kena balik office, urgent.” Selesai berkata, Ayu terus berpaling pergi. Meninggalkan semua yang ada disitu terpinga – pinga.
                Langkah Ayu segera kembali ke pejabat. Risau bila Luqman mengatakan yang Encik Saiful tiba – tiba sahaja sakit. Tadinya, elok saja sihatnya Pak Longnya itu. Lebih – lebih sihat bila projek dengan Meruda Holdings itu berjalan lancar, sampai Mr. CEO itu sanggup belanja semua orang makan. Cuma dia yang keberatan, tidak mahu berada dalam satu ruang dengan lelaki itu lebih lama. Akibat penolakannya itu, Jamie turut dilarang ikut serta oleh Pak Long walau dia berkali – kali mengatakan Jamie boleh saja ikut mereka yang lain. Agaknya, itu yang buat Jamie makan tengahari bersama dia dan teman – temannya dan tak sudah – sudah cuba menyakitkan hatinya sejak tadi.
                “Abang Luq, Pak Long macam mana?” Tanya Ayu sebaik dia meluru masuk ke dalam bilik Luqman. Di sofa, Encik Saiful duduk bersandar dengan mata terpejam. Ayu langsung tidak memperdulikan Luqman yang sedang sibuk menilik fail di meja kerjanya. Pantas Ayu merasa dahi Pak Longnya. Tidak panas tetapi kerut di dahi Encik Saiful buat dia bertambah bimbang.
                “Ayah okey, Cuma sakit kepala sebab kena panas tadi. Ayah kan tak boleh berpanas sangat.” Luqman menjawab. Kepalanya di angkat sedikit, mencari wajah Ayu sebelum kembali menatap fail.
                “Macam mana pulak boleh kena panas? Bukan ke pergi makan dekat restoran mahal tu tadi? Ni Abang Luq dah bagi Pak Long makan ubat belum ni?” Tidak henti – henti bibir mungil Ayu bertanya soalan. Bimbang bukan kepalang. Sejak kepergian abah, hanya Pak Long tempat dia bermanja. Tempat dia menumpang kasih. Jarinya lincah melonggarkan lagi tali leher Encik Saiful yang sudah sedia longgar dan menanggalkannya dari leher Encik Saiful. Biar Pak Longnya itu lebih selesa.
                “Memang makan kat restoran ada aircond tapi lepas tu, kami singgah nursery kita tu. Idraki nak tengok contoh pokok yang kita nak gunakan. Lama jugak kat sana, itu yang ayah sakit kepala agaknya tu. And, yes dear, abang dah bagi ayah makan ubat.” Panjang lebar penerangan Luqman. Ayu memandang seketika Luqman sebelum kembali memandang Encik Saiful penuh risau. Hatinya mula memarahi Idraki. Kenapa di waktu tengahari begini juga lelaki itu perlu mengheret Pak Longnya ke tengah panas. Haish!! Eh, sekejap. Adakah Luqman memanggil Idraki dengan nama sahaja tadi tanpa gelaran encik di depannya?
                “Idraki?”
                “Idraki. CEO Meruda Holdings.” Balas Luqman. Fail di tangan di tutup dan matanya menatap mata Ayu. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan pada sepupunya itu. Tentang Idraki yang asyik merenung Ayu sepanjang tempoh mesyuarat tadi tetapi rasanya waktu ini masih belum sesuai untuk dia bertanya.
                “Ikut sangat kerenah orang tu kenapa? Kan dah sakit – sakit ni.” Ayu menjeling Luqman. Tanpa sedar, rasa marah pada Idraki dilontarkan pada Luqman pula.
                “Pak Long tak apa – apa, Ayu. Sikit aje ni. Rehat sekejap, baiklah. Abang Luqman kamu ni yang sibuk nak beritahu kamu. Bukan sakit kronik pun.” Encik Saiful yang sejak tadi membisu, membuka mulut. Makin tidak tahan dengan leteran Ayu. Dah macam leteran Puan Rashidah pula ditelinganya.
                “Pak Long pun sama. Dah tahu tak boleh berpanas, kenapa ikut diaorang? Kan boleh balik dulu.” Marah Ayu pada Encik Saiful. Memang sakit Encik Saiful tidak serius tapi dia tetap bimbang. Di usia begini, seseorang memang senang penyakit nak dekat.
                “Tak ada apa, Ayu. Client kita tu, untungya berkali ganda. Kenalah layan dengan baik.” Jawab Encik Saiful. Ayu mencebik bibir. Semakin geram dengan Idraki. Kenapa lelaki itu harus muncul lagi di depan matanya?
                “Bila orang cakap, ada aje jawapan dia.” Dengus Ayu. Posisi duduknya dialih. Merajuk. Menjemput senyum di bibir Encik Saiful dan Luqman. Sebiji perangai macam arwah maknya juga. Kuat merajuk tapi senang dipujuk.
                “Iyelah, Ayu sayang oi… Pak Long dengar. Ni, Ayu meluru masuk bilik Luqman ni, tak ada orang Nampak ke? Tak takut orang mengata?” Tanya Encik Saiful, sedikit menyindir. Ayu yang beriya – iya mahu merahsiakan pertalian antara mereka. Takut orang mengata, takut orang tidak mahu berkawan dengannya. Entah apa – apa aje alasan Ayu sebelum setuju nak ke pejabat. Disebabkan dia tidak mahu Ayu terus – terusan menjeruk rasa di rumahnya, dia setuju sahaja. Asalkan Ayu kembali ceria dan bersemangat untuk hidup.
                Ayu mencebik lagi. Geram dengan kata – kata Encik Saiful dan tawa yang meletus dari bibir Luqman. Semua orang pun suka mengenakan dia. Bukan dia tidak tahu, Encik Saiful sengaja mengejek dia kerana syarat yang dikenakannya untuk bekerja di syarikat ini.
                “Semua orang pergi makanlah. Dah, Ayu nak Pak Long balik, rehat dekat rumah.” Ayu mengubah topic, tidak mahu terus dikenakan dek Pak Longnya itu.
                “Sikit aje, Ayu. Kerja Pak Long banyak lagi. Lepas rehat ni, baiklah ni.” Dalih Encik Saiful. Tidak mahu mengalah, tidak mahu balik. Nanti di rumah, sessi leteran di sambung oleh isterinya pula.
                No! Balik jugak.”
                “Abang dah cuba pujuk dari tadi, Ayu. Ayah tak nak balik jugak. Itu yang abang call Ayu, minta tolong pujuk ayah ni. Degil.” Luqman menyampuk. Dia sudah berdiri di sebelah Ayu. Entah bila lelaki itu bangun dari kerusi dan menghampirinya, Ayu tidak perasan.
                “Apa Pak Long ni? Sakit – sakit macam ni macam macam mana nak buat kerja. Balik jugak.” Tegas Ayu sekali lagi. Patutlah Luqman kalut sahaja sewaktu menelefonnya tadi. Rupanya Encik Saiful tayang perangai degil di dalam biliknya itu.
                “Ayu..Luqman..”
                No excuses, Pak Long. Pak Long mesti balik. Kalau tak nanti, Ayu call Mak Long, mengadu dengan dia. Pak Long nak kena leter dengan Mak Long ke?” ugut Ayu. Bulat mata Luqman mendengarnya. Berani sungguh gadis ini, namun dia tahu, hanya cara itu yang akan buat ayahnya setuju untuk pulang berehat di rumah.
                Encik Saiful mengeluh. Semakin hari, perangai Ayu semakin banyak mengikut perangai isterinya pula pada amatannya. Tegas tak bertempat. Sakit sikit pun, bimbangnya macam dia dah nak mati. Perlahan dia bangun dari duduk. Melayan keras kepala Ayu, sampai bila – bila tak akan sudah. Akhirnya nanti, dia juga yang perlu mengalah. Sama sahaja situasinya ketika menghadapi keras kepala Puan Rashidah.
                “Iyelah, Pak Long balik. Luqman, call Hamid to fetch me up. Pak Long nak ke bilik, ambil barang.” Encik Saiful melangkah lemah. Di hati, bersiap sedia pula untuk mendengar sessi ceramah isterinya. Hailah, kalau begini, memang sakit kepalanya tidak akan elok. Makin sakit dibuatnya adalah.
                Good job, Ayu. How do you do it?” Puji Luqman sebaik Encik Saiful hilang di balik pintu. Ayu tersengih memandang Luqman. Tunjuk keras kepala sikit, mesti lelaki akan ikut cakapnya. Itu yang dia belajar dari arwah ibu. Ops, ibu tak pernah ajar secara terus namun dia yang suka memerhati cara ibu melayan abah. Memang Nampak kurang ajar, namun selalunya berkesan. Dan lepas sessi leteran, ibu pasti akan menjaga abah sehingga sembuh. Ibu sanggup tidak tidur semata – mata untuk pastikan abah selesa dan sentiasa dipenuhi keperluannya. Agaknya, itu yang buat kasih sayang abah pada ibu sentiasa membuak – buak dari hari ke hari. Berbaloi dileteri kalau hasilnya dapat layanan first class.
                “Rahsia. Hanya orang perempuan boleh tahu. Nanti Ayu ajar kat Kak Anna ye.” Ayu mengusik. Dia berlalu ke pintu. Reaksi Luqman yang membuntang mata tidak percaya membuah tawa di bibirnya.
                No way! Tak sanggup kena leter macam tu.” Jerit Luqman bila Ayu sudah di muka pintu. Tangan sudah memulas tombol pintu. Sebelum berlalu keluar, dia berpaling dan sempat mengenyit mata pada Luqman.

No comments:

Post a Comment