Monday, 20 February 2012

Bab 5 : Ingin Ku Lafazkan Cinta

5.
                Encik Saiful yang sedang menyisip cawan berisi air the ‘o’ tercengang ketika matanya menangkap sesusuk tubuh yang berdiri di sebelahnya. Wajah itu dihiasi senyum. Indah dan manis. Puan Rashidah, Luqman dan Qays yang turut berada di meja makan turut terkejut melihat gadis di depan mereka. Luth pula sudah awal – awal keluar untuk ke tempat kerja.
                “Assalamualaikum semua.” Lembut suara itu memberi salam. Semua yang berada di situ di pandang satu per satu. Bibirnya masih setia menguntum senyum. Kumat kamit bibir semua yang ada di situ menjawab salam.
                “Ayu, mari duduk sini. Ayu dah okey?” Puan Rashidah bangun menarik Ayu agar duduk di sebelahnya. Berhadapan dengan Luqman yang memandang tidak lepas. Terkejut dan tertarik dengan perubahan Ayu.
                “Ayu, what happened to you?” Lambat Luqman bertanya. Mengundang kerut di dahi Ayu. Kenapa semua orang terkejut dengan dirinya sekarang. Encik Saiful pula tidak berkata apa dari tadi.
                “Kenapa semua tengok Ayu macam nak telan? Ada yang tak kena dengan Ayu ke?” Ayu meneliti tubuhnya sendiri. Bajunya koyakkah? Ada sesuatu di wajahnya? Apa yang tak kena?
                “Sayang, you look so sweet. Sejak bila macam ni?” Puan Rashidah menyentuh pipinya yang kemerahan. Menahan malu di perhati tidak lepas oleh semua orang.
                “Mak Long suka? Ayu rasa dah sampai masanya Ayu tutup aurat.” Ayu menerangkan. Sesekali jemarinya naik membetulkan tudung di kepala. Bimbang letak tudungnya tidak betul.
                “Tentu Mak Long suka. Alhamdulillah, Ayu dah terbuka hati. Nampak sweet dan comel sangat. Kan, abang?” Puan Rashidah beralih pandang ke arah suaminya. Encik Saiful mengangguk perlahan sambil bibirnya menguntum senyum mekar.
                “Alhamdulillah. Apa yang buat Ayu berubah ni?” Tanya Encik Saiful setelah tadi kaku melihat perubahan anak saudaranya.
                “Hijrah kearah kebaikan. Abang Luq dan Abang Qays suka?” Ayu memandang kedua abang sepupunya itu pula. Qays yang memang agak pendiam mempamer senyum mahalnya. Mengangguk lantas mengangkat ibu jari tanda bagus.
                “Abang ingat bidadari manalah yang turun tadi. Cantik sangat.” Luqman memuji. Lelaki itu memang sentiasa bermulut manis dengan sesiapa sahaja. Ayu menjelir lidah.
                Sweet talk! Seriously, okey tak? Suka?”
                “Betullah, Ayu. Kan elok pakai tudung macam ni. Much much more pretty than before.” Puji Luqman melambung. Gembiranya bukan setakat penampilan Ayu kini berubah, malah Ayu juga kelihatan sudah kembali kepada Ayu yang dahulu. Yang ceria dan banyak mulut.
                “Ayu dah okey, kan?” Encik Saiful menyampuk setelah tadi membiarkan anak – anaknya berbicara sesama sendiri. Pantas Ayu menoleh kearah Pak Longnya itu. Senyuman paling manis dihadiahkan untuk lelaki itu. Perlahan dia mengangguk kepala.
                “Maaf, selama ni Ayu susahkan semua orang. Ayu tak patut ikut perasaan sangat.” Sayu Ayu menuturkan semua itu. Rasa bersalah menggigit hati. Sungguh dia tidak pernah berniat untuk buat semua orang risau, namun apa yang terjadi benar – benar buat dia nanar. Buat dia lupa pada qada dan qadar juga pada kekuasaan Allah.
                Encik Saiful mengangguk juga. Dia tahu, dia bolehkan percayakan kata – kata yang keluar dari bibir mungil itu. Puan Rashidah pula pantas memeluk bahu Ayu, terharu dengan berita terbaru ini. Sudah lama dia rindukan Ayu yang ceria. Ayu yang bagaikan tidak pernah ada masalah di dalam hidupnya.
                “Alhamdulillah. Pak Long tahu, susah Ayu nak terima kehilangan tiba – tiba tu. Tapi kita patut jadi kuat, kan. Eloklah kalau Ayu dah boleh terima hakikat. Life must go on, right?” Encik Saiful memberi nasihat lagi. Juga dijawab dengan anggukan oleh Ayu.
                “Hrmm… Dah okey ni, bolehlah mula kerja dengan Pak Long, kan? Secretary Abang Luqman tinggal seminggu aje lagi tu.” Encik Saiful menambah bicara. Ayu yang baru ingin menyuap kuih karipap ke mulut, terkejut. Aduh, fikirnya Pak Long sudah lupa akan perkara itu. Fikirnya Pak Long tidak akan membangkitkan perkara itu berikutan penolakannya sejak berminggu dulu.
                “Err…” Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Matanya liar memandang Luqman. Minta pertolongan. Entah apa pula yang ingin dikatakan untuk menolak secara baik kali ini.
                “Betul. Lebih baik Ayu mula sekarang sementara Zahra masih ada. Boleh belajar sikit – sikit. Nanti tidaklah kekok sangat.” Kata – kata Luqman menyentap harapan Ayu. Dia mengharapkan Luqman membantah kehendak ayahnya, namun nampaknya, Luqman turut beriya ingin dia bekerja di syarikat itu.
                “Err…. Mak Long?” Ayu ubah perhatian pada Puan Rashidah pula. Mungkin Mak Longnya akan membantu dia. Sudah kehabisan idea kini.
                “Elok juga tu, Ayu. Tak adalah asyik terperap je kat rumah ni. Mak Long pun bukan selalu ada dekat rumah.” Puan Rashidah turut memberi reaksi yang buat Ayu melepas nafas panjang. Pandangan dihalakan pada Qays yang tidak bereaksi dari tadi. Nak diharapakan pada anak lelaki bongsu Pak Long itu? Sudah tentu Qays tidak akan membantu sedikit pun. Qays lebih suka berdiam diri dan memerhati segalanya.
                “Kan Ayu dah beritahu Pak Long. Lebih baik ambil yang sesuai. Ayu tak ada kelulusan dalam secretarial. Nanti, menyusahkan Pak Long dan Abang Luqman pulak. Ayu plan nak cari kerja sendiri.” Terang Ayu perlahan. Dia tunduk menekur meja, takut Pak Longnya melenting dengan penolakkannya itu.
                “Sementara aje, Ayu. Apa salahnya cari pengalaman,kan. Lagipun dah tak sempat ni nak cari orang baru. Pak Long memang harapkan Ayu.”
                Terkejut dengan kata – kata itu, Ayu memandang Encik Saiful lama. Kemudian matanya liar memerhati semua yang ada di meja makan itu. Bagaiamana lagi boleh ditolaknya tawaran itu?
                “Abang Luqman okey ke?” Tanyanya pada Luqman pula. Dia tidak mahu perkara itu mengganggu hubungan baik yang terjalin antara mereka jadi retak. Pengalaman lalu sudah cukup mengajarnya.
                “Abang tak kisah. Elok juga tu, sementara Ayu masih belum ada kerja ni, carilah pengalaman kat office dulu. Memang tak ada kena mengena dengan apa yang Ayu belajar dulu, tapi abang yakin Ayu boleh buat.”
                “Mak Long?” Ayu beralih pandang pada Puan Rashidah. Walau tadi Puan Rashidah sudah menyatakan keizinan, tapi dia ingin benar – benar pasti.
                “Kan Mak Long dah kata okey tadi. Pergilah, itu company keluarga kita juga.” Tenang Puan Rashidah memberi keizinan. Buat Ayu semakin tertekan. Qays yang sedap menikmati sarapan pula diperhati.
                “Abang Qays?”
                “Abang ok je, Ayu. Apa salahnya, cari pengalaman. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Dah ada offer ni, kerja sajalah.” Kata – kata itu, hampir serupa dengan Luqman. Ayu telan liur, nampaknya memang dia tidak boleh mengelak lagi.
                “Abang Luth?” Kali ini, dia dapat idea. Tentu sahaja Luth tidak akan setuju. Luth Hakimi memang tidak pernah setuju dengan apa sahaja yang dia buat.
                “Luth tentu setuju jugak. Dia sendiri yang bagi idea ajak Ayu kerja di company kita tu.” Jawapan Encik Saiful buat Ayu ternganga. Luth Hakimi yang beri cadangan? Bukankah lelaki itu sangat benci pada dia? Benci pada keberadaan dia di rumah itu?
                “Err… Kalau semua dah setuju, Ayu ikut ajelah. Tapi, bagi Ayu sikit masa lagi.”
                “Alhamdulillah. Senang hati Pak Long dengar Ayu cakap macam ni. Esok boleh? Ayu belajar dulu dengan Zahra?” Encik Saiful kelihatan gembira dan terlalu berharap. Ayu kehilangan kata – kata. Secepat itu dia harus mula bekerja?
                “InsyaAllah, Pak Long.” Hanya itu yang mampu dijawab oleh Ayu.

No comments:

Post a Comment