Tuesday 21 February 2012

Bab 6 : Ingin Ku Lafazkan Cinta

6.
                Idarki menebarkan pandangan ke serata tasik. Aman dan damai dirasakan. Setenang air tasik yang beriak, begitu juga perasaannya kini. Segala permasalahan dirasakan dibawa pergi oleh bayu petang di tasik itu. matanya dijamu dengan beberapa pasangan yang berjogging di sekeliling tasik itu. ada juga yang membawa keluarga dan anak – anak kecil bersiar – siar di tasik itu. Terukir seyuman di bibir Idraki bila terlihat seorang ayah melayan kerenah anak – anaknya yang dua orang itu. Disatu sudut, sepasang lelaki dan perempuan yang kelihatan begitu romantic. Duduk berduaan, berpegang tangan, berpelukkan dan sesekali si lelaki mengelus lembut rambut si perempuan. Entah sudah berkahwin atau belum, Idraki tidak pasti. Suatu pandangan yang mungkin menyakitkan mata tetapi keadaan itu buat Idraki tenggelam dalam perasaan sendiri.
                Tanpa dapat dikawal, ingatannya kembali kepada percutiannya di Pulau Tioman sebulan lalu. Percutian solo untuk dia menenangkan fikiran akibat perbuatan khianat Ayra, gadis yang begitu dicintainya suatu masa dulu. Atau mungkin juga sehingga kini. Cuma kerana perbuatan itu, hatinya jadi tawar pada gadis bernama Ayra. Percutian yang menarik, bersendirian di tepi pantai sambil dia berfikir sedalam – dalamnya tentang arah tuju hubungan mereka. Tidak pernah dia sangka, bercuti sendirian juga membawa erti seronok yang tersendiri. Namun, di malam terakhir dia di pulau yang indah itu, peristiwa itu telah merenggut pergi segala ketenangan dan keseronokkan selama seminggu di pulau itu. Satu kejadian yang tidak mungkin dia boleh lupakan. Satu peristiwa yang menjerat rasa bersalah dan dosanya sehingga ke saat ini. Mungkin juga hingga ke akhir hayatnya. Dan, entah kenapa, wajah yang sering terbayang di minda, muncul lagi di dalam anganannya saat ini. Mengingati wajah itu, dadanya berdebar, hatinya jadi tidak keruan dan jantungnya mula bertukar rentak.
                “Id…” Suara yang menyapa, mengganggu ketenangan Idraki. Dia kenal suara itu. Tanpa menoleh ke arah empunya suara, Idraki meraup muka. Bosan.
                “Id…” Panggil suara itu lagi. Susah untuk Idraki tidak memperdulikan kehadiran seseorang di belakangnya sedangkan wajah itulah yang cuba dia hindari sejak dua bulan dulu.
                “Ada apa?” Tanya Idraki tanpa perasaan. Kalau diikutkan hati, dia ingin pergi dari sini, pergi dari dia yang buat hidupnya tidak tenang.
                “We need to talk.” Jawab suara itu lalu dia mengatur langkah, berdiri didepan Idraki. Sekilas, Idraki menatap wajah itu namun kemudian dia pantas melarikan pandangan.
                “Nothing to talk about, Ayra.” Pintas Idraki lalu dia bangun dari duduknya, ingin berlalu pergi. Kedatangannya ke sini selepas berjumpa pelanggan untuk mencari ketenangan. Kini, ketenangan itu dicemari dengan kedatangan Ayra pula. Bagaimanalah gadis itu boleh berada di tempat yang sama pada waktu yang sama?
                “Id, please…” Ayra merayu. Pergelangan tangan Idraki dipegang, tidak mahu pertemuan itu menjadi sesingkat begini. Idraki melepas keluh. Kenapa petang ini dia harus berjumpa Ayra?
                “I need to go. Please… let go of my hand.” Idraki masih bertegas. Sudah tidak mahu termakan dengan kata – kata manja dan pujukan Ayra. Di akhiran nanti, dia sendiri yang makan hati.
                “Listen to me, first. I need to explain to you everything.” Ayra belum jemu memujuk. Tangan Idraki tidak dilepaskan malah kini jemarinya mengelus lembut jemari yang bertaut. Mata Idraki ditatap penuh harapan.
                “You tak perlu explain apa –apa, Ayra. You’ve made it clear that night. Remember?” Tingkah Idraki, tegas dan garang namun masih dikawal nada suaranya. Tidak mahu mereka menjadi tumpuan pengunjung tasik pula.
                “It’s not what you think, sayang. You dah salah sangka. I… I… I boleh explain. Please, listen to me.” Rayu Ayra penuh lembut. Kalau dulu, kelembutan suara itu bisa buat Idraki melutut pada gadis di hadapannya ini. Bisa buat dia lemah dan menurut sahaja segala kata – kata dan kehendak Ayra. Namun kini, hatinya seolah – olah sudah keras. Sudah tidak terpujuk dengan kata – kata rayuan penuh lembut itu.
                “Apa yang I salah sangka? Salah sangka sebab Nampak you berpeluk sakan dengan jantan tu? Atau sebab I Nampak you masuk kereta jantan tu dan ikut dia balik rumah?” Marah Idraki. Mata Ayra direnung penuh kemarahan. Tidak percaya Ayra sanggup menduakannya setelah sekian lama mereka berpacaran.
                “Bukan macam tu, sayang. I Cuma tolong dia. Dia… dia… mabuk malam tu. You tahulah kalau orang dah mabuk,kan. Can’t even jalan straight. I Cuma tolong dia jalan and bawa dia balik rumah.” Beriya – iya Ayra menjelaskan. Idraki melempar senyum sinis. Tidak percaya.
                “I tahu beza antara orang mabuk atau tidak, Ayra. Even if its true, why must you? Kenapa mesti you yang tolong dia? You keluar berdua dengan dia?” Semakin panas soalan Idraki. Ayra tergamam sebentar. Idraki bukan bodoh, dia tahu. Idraki punya ramai kenalan jadi tentu lelaki itu tahu beza antara orang mabuk atau tidak. Idraki mudah membaca personality seseorang dan selalunya jangkaan Idraki memang tepat.
                “Dah tak ada jawapan?” Sinis Idraki. Kembali dia mengukir senyum sinis. Wajah Ayra sudah tidak lagi sudi dipandang. Dia meliarkan pandangan, dan ketika itu pandangannya lekat di tepi tasik.
                “Sayang, I bukan berdua dengan dia. Kami keluar ramai – ramai. Cuma ramai kawan – kawan yang dah balik masa tu. Dah dia mabuk teruk, I tolonglah dia. Sayang, please….” Ayra menarik tangan Idraki bila lelaki itu tidak memberi sebarang respon. Pandangan lelaki itu terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang berdiri di kaki tasik. Ayra ketap bibir, geram. Idraki tidak pernah sebegini dingin sebelum ini. Ketika mereka menghadapi hari – hari tegang bersama. Tetapi, Idraki sudah tidak mendengar lagi sebarang kata – kata dari Ayra.
                Tak mungkin dia, Idraki berbicara sendiri dengan hati. Wajah gadis yang manis bertudung itu cuba diamati. Ada iras seseorang yang pernah dia temui tetapi gadis itu tidak bertudung. Hatinya tertanya – Tanya. Dan menimbang perlu atau tidak dia pergi menegur gadis itu. Bimbang tersalah orang, bimbang itu bukan gadis yang dicari – carinya sejak sebulan lalu.
                “Id, you dengar tak apa I cakap ni?” Ayra mula merengek. Merajuk bila kata – katanya tidak diperdulikan oleh Idraki. Matanya turut memandang kearah pusat tumpuan mata Idraki. Melihat Idraki leka merenung seorang gadis bertudung di kaki tasik, hatinya menjadi panas. Selama ini, Idraki tidak pernah memandang gadis lain ketika mereka keluar. Tumpuan Idraki pasti kepada dia sepenuhnya.
                “Id!!” Jerit Ayra geram apabila Idraki masih tidak memperdulikan dirinya. Tersentak dengan jeritan itu, Idraki menoleh ke arah gadis disebelahnya. Wajahnya tegang dengan kerutan di dahi.
                What?
                “You tengok siapa? Sampai you tak dengar apa I cakap?” Ayra bengang. Di wajah Idraki tiada tanda – tanda lelaki itu akan terpujuk dengan rayuannya sebentar tadi. Panas hati dengan sikap acuh tak acuh Idraki.
                “It’s none of your business.” Idraki kembali mengalihkan pandangan ke susuk tubuh yang direnungnya sebentar tadi. Saat gadis bertudung itu mula melangkah pergi, hati Idraki menjerit. Memaksa agar Idraki mengejar gadis yang menjadi perhatiannya itu.
                “Id, nak pergi mana? I belum habis lagi.” Ayra menarik tangan Idraki yang sudah melangkah. Terhenti langkah Idraki akibat tindakan itu. Wajah Ayra dipandang garang.
                “I think we’ve done. You dah cakap apa yang you nak cakap and I dah dengar. So, will you excuse me?” Idraki menarik tangannya dari pegangan Ayra. Hatinya sudah tidak sabar ingin bertemu gadis bertudung itu. Ingin kepastian agar rasa berdosanya bisa ditebus. Bila Ayra tidak mahu melepaskan, tangan kiri Idraki menggenggam jemari Ayra dan meleraikan pegangan kejap di pergelangan tangannya. Setelah itu, laju kakinya mengikut jejak gadis tadi. Sekelip mata sudah hilang, Idraki bagai kehilangan punca. Ayra yang terjerit – jerit memanggil namanya tidak diperdulikan. Persetankan Ayra, yang penting, dia mahu bersua muka dengan gadis tadi dan menyelesaikan sesuatu yang belum selesai.
                Namun pencariannya petang itu sia – sia. Gadis itu hilang dalam sekelip mata. Merata Idraki mencari hingga ke kawasan meletakkan kenderaan, tetapi bayangannya juga tidak kelihatan. Letih mencari di sekitar tasik itu, Idraki melabuh punggung di bangku taman yang berdekatan. Wajah di raup kasar. Kesal kerana pencariannya gagal. Sudah sebulan dia cuba mencari gadis itu. Walau tidak tahu di mana dia ingin mulakan pencariannya, namun dia gigih mencari. Kini, petang ini, ketika peluang terhidang depan mata, Ayra pula yang menjadi penghalang.
                Kadang – kala dia buntu dalam usaha pencariannya. Tambahan pula, dia tidak pernah tahu nama gadis itu. Hanya peristiwa satu malam yang mengikat dia agar mencari gadis itu. Dia ingin menyatakan kekesalan dan ingin menebus dosa. Dia ingin perbetulkan semuanya walau tahu setiap perkara yang terjadi tidak mungkin boleh diperbetulkan lagi.
                “Kakak belanja adik ais krim dulu, lepas tu kita carik mama adik ye.” Terdengar suara halus tidak jauh dari tempat dia duduk. Pantas matanya mencari arah datangnya suara itu. Tatkala terlihat gadis yang dicarinya sejak tadi leka melayan seorang kanak – kanak perempuan membeli ais krim, dia terpaku. Jantungnya terasa berhenti berdegup. Matanya tidak lepas dari merenung gadis manis berbaju kurung dan bertudung litup yang kini tidak jauh darinya. Melihat susuk tubuh itu dari sisi, peluh dinginnya memercik. Kalau tadi dia terlampau teringin untuk mencari gadis itu. Kini, bila orang yang dicari sudah di depan mata, dia pula yang kaku di tempat duduknya. Otaknya gagal berfungsi. Matanya masih melekat pada wajah putih gebu yang kini kemerah – merahan disimbah cahaya rembang matahari petang. Sejenak ingatan terhadap peristiwa satu malam itu terimbau. Dia beristighfar panjang bila tersedar akan ketelanjuran fikirannya. Dan sebaik dia kembali menumpukan perhatian pada gadis dihadapannya sebentar tadi, gadis itu sudah hilang. Sekali lagi.

No comments:

Post a Comment