16.
Jam
tangan berjenama Solvi Titus dibelek lagi. Kemudian, Ayu mengeluh lagi. Dia
mula bosan dan matanya meliar memerhati ke sekeliling. Sudah hampir setengah
jam dia berdiri di sini bagai tunggul kayu tapi insan yang ditunggu tak kunjung
tiba. Batang hidung pun tak Nampak! Ikutkan hati yang sedang membara, memang
dia angkat kaki tetapi mengenali orang yang ingin bertemu dengannya itu
bagaimana sikapnya, dia menyabarkan hati. Ayu mundar mandir di hadapan pintu
masuk Mid Valley yang gah. Sambil hati merungut geram, bibirnya diketap kuat.
Geram sangat dengan lelaki yang ditunggu.
Teringatkan
perbualan semalam, makin membara hatinya. Sudahlah entah dari mana lelaki itu
mendapat nombor telefon bimbitnya, kemudian memaksa dia untuk berjumpa pula.
Bukan, bukan memaksa, sebaliknya lelaki itu tegar mengugut untuk menjemput dia
di rumah kalau dia menolak untuk berjumpa. Sakit hati bila memikirkan perangai
lelaki yang seorang itu. Dan, dia pula, entah kenapa akhirnya akan menurut
sahaja kehendak lelaki itu walaupun letih bertengkar pada awalnya.
“Sorry,
sorry… I lambat. Parking penuh, berpusing – pusing carik parking tadi.” Suara
garau itu menerjah telinganya ketika dia asyik mengutuk di dalam hati. Segera
berpaling pada tuan empunya suara dengan wajah marah. Sudahlah lambat, tanpa
salam terus menyerbu dia begitu.
“Waalaikumusalam…”
Perlinya perlahan. Lelaki tegap yang berdiri dihadapannya pamer senyum yang
menggoda. Dia tahu Ayu marah dan berharap dengan senyuman itu mampu meredakan
kemarahan Ayu. Jarinya melurut rambut ke belakang. Tubuh Ayu yang tersarung
baju kurung Pahang dipandang atas bawah.
“Assalamualaikum…
Sorry, I terlambat. Dah lama you tunggu?” Idraki masih pamer senyum. Matanya
juga masih melekat pada wajah jernih yang cantik dengan sepersalinan baju
kurung Pahang itu. Warna hitam berbunga merah hati memang menyerlahkan wajah
yang sedia ayu. Nampak berseri – seri seraut wajah lembut itu.
“Encik
tetapkan pukul sepuluh, kan? Sekarang dah pukul berapa?” Ujar Ayu marah. Lewat
setengah jam dan biarkan dia tercegat sendirian di depan pintu masuk ini,
memang mencabar kesabarannya. Menyedari mata Idraki yang liar memerhati
tubuhnya, Ayu turut tunduk memeriksa tubuh, takut ada yang tak kena dengan
pakaiannya.
“Tengok
apa? Tak pernah tengok orang pakai baju kurung ke?” Marah Ayu lagi bila Idraki
tidak menjawab soalannya tadi. Sedikit terperanjat Idraki namun cepat
diselindungi dengan senyuman menggodanya.
“Cantik….
Kenapa pakai baju kurung ni?” Usik Idraki. Tapi, pujiannya ikhlas. Memang Ayu
benar – benar cantik dengan pakaian itu. Ayu merengus geram. Memang sengaja dia
pakai baju kurung. Tanda protes, berkali – kali dia menolak keinginan Idraki
untuk berjumpa tapi lelaki itu mengugut dia macam – macam. Sudahnya, dia pilih
untuk berbaju kurung agar Idraki tidak selesa bertemunya. Lelaki metroseksual
seperti Idraki tentu sahaja tidak suka berjalan beriringan dengan wanita
berbaju kurung seperti dia sekarang ini.
“Tak
boleh?” Sinis Ayu bertanya. Dia menjeling Idraki yang masih tersenyum. Budget
handsome sangat dengan senyuman begitu. Tetapi, dia memang handsome pun.
Bertambah handsome bila senyum begitu.
“Boleh…
it suits you. In fact, sesuai sangat. Dah, jom. Kita dah lambat ni.” Idraki
cuba mencapai tangan Ayu namun cepat ditepis Ayu. Hish, mamat ni, asyik nak
pegang tangan dia je.
“Nak
pergi mana? Semalam kata nak jumpa kat sini?” Tanya Ayu tetapi kakinya tetap
melangkah mengikuti langkah Idraki.
“I
tak kata nak jumpa kat sini. You yang tetapkan, kan? Jom, dah lambat ni. You
ni, pakai macam ni, macam tau tau aje kan.” Idraki sambung mengusik. Bila
melihat kerut di dahi Ayu, semakin lebar senyuman Idraki. Hai Ayu, makin banyak
eksperesi muka yang dibuat Ayu, makin dia tertarik melihatnya.
“Tau
apa?” Ayu semakin bingung. Idraki penuh dengan tanda Tanya. Namun sehingga
mereka tiba di kereta Idraki dan sehingga mereka menuju destinasi, Idraki masih
tidak menjawab soalannya. Ayu bingung dan risau. Bimbang juga sekiranya Idraki
membawa dia ke tempat yang tidak sepatutnya.
“Encik
nak bawa saya ke mana ni?” Tanya Ayu apabila kereta Audi A7 Idraki semakin jauh
dipandu Idraki. Dari Mid Valley, kini mereka sudah berada di tengah Bandar
Kuala Lumpur. Kalau Idraki ingin membawa dia bersiar – siar di sekitar KL ini,
kenapa tidak diberitahu sahaja semalam agar senang dia terus ke KL.
“Some
place, but not to worry. I bawa you ke tempat yang selamat.”
“Boleh
percaya ke?” Sindir Ayu. Idraki ketawa kecil. Prejudis sungguh gadis itu dengan
dirinya. Tetapi dia tidak salahkan Ayu dengan sikapnya itu.
“You
tak percaya dengan I?”
“Dengan
apa yang dah jadi… nope, I don’t trust you.”
“Tapi,
you still keluar dengan I, kan?”
“Itu
sebab encik paksa saya.” Marah nada suara Ayu. Geram dengan Idraki. Ada sahaja
modal lelaki itu nak kenakan dia. Idraki ketawa lagi. Walaupun Ayu sering marah
marah bila bersamanya namun aksi Ayu memang manja dan bagai keanak – anakkan.
“Kita
nak kemana sebenarnya ni?” Tegas Ayu lagi bila mereka mula memasuki kawasan
perumahan mewah di Damansara. Kemana pula Idraki ingin bawa dia? Takkan pula
bawa ke rumah?
“Be
patient, dear. And, please do trust me. I takkan ulang lagi apa yang pernah I
buat dekat you.” Idraki mengerling sekilas Ayu disebelahnya. Takut benar Ayu
dengan dia. Ayu mengeluh dan memeluk tubuh. Sudah malas ingin bertengkar dengan
Idraki. Akhiran nanti, dia juga yang sakit hati. Sudahnya, dia hanya senyap dan
menikmati pemandangan luar dari tingkap. Biarkan sahaja Idraki memandu.
******************************************
“Okey,
kita dah sampai. Jom…” Idraki mematikan enjin kereta. Dia menanggalkan tali
pinggang keledar dan memerhati Ayu yang terkebil – kebil memandang sekeliling
rumah mewah itu. Bibirnya mengukir senyum nipis. Aksi Ayu bagai tidak pernah
Nampak rumah sebesar itu pula sedangkan Ayu sendiri tinggal di rumah yang mewah
juga.
“Dear,
jom. You nak I dukung you masuk dalam ke?” Laju Ayu menoleh kearah Idraki.
Lelaki itu sekarang ini suka sangat memanggil dia ‘dear’. Apa ingat dia ini
kekasih lelaki itu kah?
“Ini
rumah siapa?” Tanya Ayu, masih tidak bergerak. Tali pinggang keledar juga masih
tidak dibuka. Takut Idraki punya niat jahat terhadapnya dengan membawa dia ke
rumah mewah ini.
“I’ve
told you not to worry, kan. Cepat, everyone is waiting.” Idraki masih berteka –
teki. Dia sabar menanti Ayu yang perlahan membuka tali pinggang keledar dan
akhirnya membuka pintu kereta. Idraki menggeleng perlahan. Susah benar nak buat
Ayu percaya dengan dia. Dah sampai di rumah orang tuanya pun, Ayu masih ragu
dengan dia. Tapi, tak boleh salahkan gadis ini juga, dia yang beriya – iya
menyambunyikan tentang tujuan mereka berjumpa hari ini.
“Everyone?
Ramai orang ke kat dalam?” Tanya Ayu, masih blur dan keliru. Matanya liar
memerhati sekeliling. Dari kawasan parkir kereta, bersusun – susun kereta mewah
di dalam garaj. Sahlah yang Idraki ni memang kaya raya. Kereta semua yang
berjenama mewah, motosikal berkuasa besar juga bersusun gah di tempatnya. Rumah
agam itu dah macam istana. Banglo Pak Longnya juga tidaklah sebesar ini.
“Kita
masuk dulu. Nanti I kenalkan you dengan semua orang.” Balas Idraki perlahan.
Dia berjalan beriringan dengan Ayu, tidak mahu Ayu berasa kekok berada di
kalangan ahli keluarganya nanti. Sampai di pintu masuk utama yang sedia
terdedah, langkah Ayu mati.
“Saya
nak kena buat apa?” Bagai dapat menduga sesuatu, Ayu bertanya. Berkerut dahinya
bila soalannya hanya dibalas dengan senyuman Idraki. Sejak pagi, lelaki itu
tidak pernah jemu menghadiahkan dia dengan senyuman cantik begitu.
“Just
duduk, okey. And, one more thing, please don’t call me encik bila kita kat
dalam. Call me by my name. Okey?” Pinta Idraki sungguh sungguh. Dia pamer wajah
mengharap. Berharap Ayu akan beri kerjasama padanya hari ini. Lama mereka
bertentangan mata sebelum Ayu mengangguk perlahan.
“Thanks.
Okey, jom masuk.” Idraki tersenyum senang. Gembira bila Ayu senang memberikan
kerjasama. Dia mendahului langkah Ayu, membawa gadis itu ke tengah ruang. Tergamam
Ayu sebentar melihat hiasan di dalam rumah yang melambangkan kemewahan sehingga
dia tidak sedar dengan kehadiran orang lain di ruang tamu.
“Ini
ke kawan yang cakap tu?” Suara merdu itu membuatkan Ayu segera menoleh kea rah
datangnya suara itu. Seorang wanita dalam lingkungan lewat 40-an berdiri
berhampiran dia. Sungguh anggun wanita dihadapannya dengan sepasang baju kurung
dari kain jenis opel bertatahkan batu. Idraki pula segera bersalaman dan tunduk
mencium tangan wanita itu.
“Ya,
ma. Ini kawan Id, Ayu. Ayu, this is my mum.” Idraki pantas membalas.
Diperhatinya Ayu yang teragak – agak bersalaman dengan Puan Sri Aisyah. Dengan
penuh santun, Ayu tunduk mencium tangan ibu Idraki.
“Assalamualaikum,
auntie. Err… maaf, saya tak bawa buah tangan untuk auntie. Encik… err… Idraki
tak cakap nak ke sini.” Ayu cuba berbahasa. Sesekali dia menjeling Idraki yang
Cuma tersengih melihat dia dan Puan Sri Aisyah. Wanita anggun dihadapannya tersenyum
senang. Sejuk hati melihat perilaku Ayu yang penuh sopan.
“Id?
Kamu kata dah beritahu Ayu. Tipu mama ye?” Puan Sri Aisyah pura – pura marah.
Idraki tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum sambil menyebak rambut yang
terjuntai di dahi ke belakang. Pandangan Puan Sri Aisyah kembali kepada Ayu
yang masih malu – malu.
“Tak
apa, Ayu. Auntie Cuma nak kenal dengan Ayu. Bila auntie cakap ada tamu nak
datang rumah ni, terus dia cakap nak bawa Ayu sekali ke rumah. Jom, auntie
kenalkan dengan ayah dan adik – adik Id.” Puan Sri Aisyah menarik perlahan
tangan Ayu. Teragak – agak Ayu mengikut wanita itu. sesekali, dia menoleh ke
belakang, memandang Idraki dan cuba mendapatkan penjelasan. Idraki pula hanya
tersenyum sambil matanya mengisyaratkan agar Ayu mengikut sahaja kehendak
ibunya.
“Kenalkan,
ini ayah Id. Uncle Khalid. Ini semua adik – adik Id. Idzhar, Idzham, Shahila
dan Shahima.” Puan Sri Aisyah memperkenalkan semua ahli keluarganya. Ayu senyum
paksa dan bersalaman dengan kedua adik perempuan Idraki. Yang lelaki, dia hanya
tunduk tanda hormat. Kemudian, Puan Sri Aisyah memperkenalkan pula dia dengan
tetamu yang disebutnya sebentar tadi. Terkesan juga Ayu bila tetamu yang
dikenalkan kepadanya tidak mempamer wajah gembira seperti ahli keluarga Idraki.
Walaupun, hati was – was, namun Ayu tetap mengorak senyum. Wajah gadis yang
diperkenalkan sebagai Ayra Nampak begitu masam ketika Idraki datang dan
mengambil duduk bersebelahan dengan Ayu. Perbualan santai mereka semua membuat
Ayu semakin janggal. Dia yang sememangnya agak pendiam jika baru berkenalan
mula tidak senang duduk. Sesekali, dia memandang Idraki yang juga rancak
berbual.
“Semua
duduk dulu ye, saya pergi tengok bibik kat dapur tu. Dah siap ke belum.” Puan
Sri Aisyah meminta diri. Ayu terasa lapang dada. Sejak tadi, dia sememangnya
cuba untuk lari dari berada dikalangan mereka. Melihat dari cara dan mendengar
percakapan mereka, dia tahu semua yang ada disitu memang orang – orang berada.
Tanpa sedar, dia berdiri untuk mengikut Puan Sri Aisyah. Namun belumpun
melangkah, Idraki sudah memegang tangannya.
“Nak
kemana?” Tanya Idraki perlahan.
“Tolong
auntie di dapur.” Jawab Ayu yakin. Tetapi, Idraki ketawa kecil. Lucu bila
mendengar kata – kata Ayu.
“Tak
perlu. Bibik ada buat semua. Mama nak tengok aje dah siap ke belum. Duduk aje.”
Balas Idraki. Dia menarik tangan Ayu supaya duduk semula. Walau sedar semua
mata memandang perlakuannya tetapi dia tidak peduli. Dia tidak mahu Ayu pergi
kemana – mana. Dia hanya mahu Ayu duduk menemaninya disisi.
“Err…
tapi…”
“Ehem!
Id…” Suara garau Tan Sri Khalid buat keduanya serentak berpaling. Melihat
sorotan mata Tan Sri Khalid di jarinya yang erat memegang tangan Ayu, Idraki
tersenyum kelat. Perlahan dilepaskan tangan Ayu.
“Duduk…”
Arah Idraki. Ayu menurut dalam paksa. Terpaksalah dia menghadapi semua yang ada
disitu. Yang paling dia resah bila mata tajam Ayra asyik merenungnya penuh syak
wasangka.
“Kak
Ayu kerja kat mana?” Intan Shahila yang sedar dengan kejanggalan Ayu mengambil
langkah untuk berbual dengan gadis itu. Intan Shahima turut sama menempek
disebelahnya. Semakin serba salah Ayu dibuatnya. Perlukah dia berbaik dengan
ahli keluarga Idraki ini? Dipandangnya Idraki namun lelaki itu sudah leka
berbual hal lelaki dengan mereka yang lain.
“Di
Chanteque Landskap & Designs. Kerja sementara aje.”
“Oh…
Sebagai apa?”
“Secretary.
Saya nak panggil apa ye?” Ayu cuba menghidupkan suasana walau masih terasa
janggal. Melihat kemesraan yang dipamer kedua beradik itu, dia mula selesa.
“Panggil
aje Ila. Ini, Ima. Tapi jangan nak saya – saya. Kita orang muda lagi tau.”
Shahila mula rancak bercerita. Shahima pula mengangguk untuk mengiyakan kata –
kata Shahila. Ayu mengukir senyum, petah betul kedua beradik ini bercerita.
“Akak
okey je kalau nak panggil nama. Akak pun muda lagi. Err… tapi, muka sama je,
macam mana akak nak bezakan kau orang berdua?” Tanya Ayu, blur. Ketawa kedua
kembar itu. memang itulah masalah utama mereka, orang lain tidak mudah untuk
membezakan mereka berdua. Begitu juga dengan Idzhar dan Idzham yang memang serupa
habis.
“Kita
orang kembar seiraslah, kak. Memang orang susah nak kenal mana satu Ila, mana
Ima. Senang je, akak tengok ni.” Shahima memjawab lalu jarinya ditunjukkan pada
keningnya. Betul – betul diatas bulu keniing itu terdapat tahi lalat bersaiz
kecil. Hampir tidak Nampak dek kerana bulu kening itu yang hitam pekat.
“Ima
ada tahi lalat kat sini. Kak Ila tak ada. Kalau abang Idzhar dan Idzham plak,
seorang becok macam mak nenek, seorang plak pendiam sangat. Tu, yang pegang
Tab, abang Idzhar. Kalau akak Nampak yang asyik kelek Tab tu, abang Idzhar lah
tu.” Panjang lebar Shahima bercerita. Mata Ayu turut menyorot kearah yang
dirunjuk Shahima. Memang disitu, seorang lelaki sedang leka dengan Samsung
Galaxy Tab. Tidak mempedulikan orang sekeliling yang sedang bercerita. Kemudian
pandangannya beralih pula pada seorang lagi tidak jauh dari lelaki yang
dikenalkan oleh Shahima tadi. Saling tak tumpah, tiada perbezaan langsung.
Berkerut dahinya memerhati kedua lelaki seiras itu.
“Dia
orang kembar jugak ke?” Tanya Ayu. Ok, soalan bodoh. Sudah terang – terangan
mereka berdua seiras, tentu sahaja mereka itu kembar. Ayu hampir menepuk
dahinya sendiri dengan soalan itu. Kedua gadis dihadapannya yang mengangguk
serentak pula membuat Ayu terlopong. Ada berapa adik beradik kembar dalam
keluarga Idraki ini?
“Ada
berapa orang kembar dalam family kau orang ni?” Soalan itu membuatkan Shahila
dan Shahima ketawa mengekek. Agak lucu dengan pertanyaan Ayu. Takkan pula
Idraki tidak pernah beritahu tentang keluarga mereka.
“Dua.
Kami dan abang Idzhar dan Idzham. Along tak bagitau akak ke?” Shahila
mengangkat dua jari.
“Along?
Ha… Err… Ada, ada. Akak lupa kot.” Ayu tersengih. Dia menggaru kepala yang
tidak gatal. Adik – adik Idraki ini ingat dia kekasih along mereka, kah? Reaksi
itu mengundang tawa lagi di bibir dua beradik kembar itu. Gadis yang baru
dikenalkan oleh Idraki kepada keluarga mereka Nampak lebih mudah mesra.
Berbanding Ayra yang mudah mesra tetapi banyak mengikut kata hati sendiri.
“Akak
lupa ke segan nak cerita dengan kita orang? Macam mana akak kenal dengan Along
ye?” Shahila mula merisik. Dia mengerling Shahima yang sudah tersenyum simpul.
Menanti jawapan dari Ayu. Cuba bersabar bila Ayu hanya diam sambil mata
membulat mendengar soalan dari adik – adik Idraki itu.
“Soalan
apa tu?” Akhirnya Ayu bertanya soalan juga sebagai jawapan kepada soalan
Shahila. Semakin bulat matanya bila kedua beradik itu ketawa lepas. Ceria
sungguh dua beradik ini. Rasanya dia tidak mengatakan sesuatu yang lucu, kenapa
kerap benar kedua beradik ini ketawa?
Satu
deheman kecil menghentikan ketawa lepas Shahila dan Shahima. Serentak mereka
bertiga menoleh kepada suara itu. Entah kenapa, Ayu menarik nafas lega bila
Idraki berdiri dihadapannya dengan lagak macho. Kedua tangannya diseluk kedalam
poket seluar jeans bernada lusuh. Amat indah pandangan itu sehingga Ayu
terpukau seketika. Tatkala pandangan mata Idraki bertaut dengan pandangannya,
Ayu melarikan pandangan. Resah gelisah jadinya dia dengan renungan tajam itu.
“Kau
orang berdua buli Kak Ayu ke?” Idraki bertanya kepada Shahila dan Shahima
sambil matanya tajam merenung kedua beradik itu. Dia menahan senyum yang mahu
menguntum dibibir dengan aksi malu – malu kucing Ayu sebentar tadi.
“Mana
ada! Kita orang Cuma interview je. Nanti dah jadi kak long senang. Boleh jadi
geng. Kan, dik.” Shahila pantas menjawab. Sebagaimana biasa, dia pantas
mendapatkan sokongan dari kembarnya. Shahima pula pantas menganggukkan kepala.
Bulat mata Ayu mendengar bicara lancar Shahila. Bila masa pula dia akan menjadi
kakak ipar kepada dua beradik ini?
“Mulut
kau orang berdua ni… lancar aje, kan. Along cili baru tahu. Tak reti ke nak
pergi tolong mama kat dapur tu?” Idraki bercekak pinggang pula. Pura – pura
marah dengan tingkah kembar itu. Namun, dia senang melihat Ayu yang mula mesra
dengan adik – adiknya. Shahila dan Shahima serentak mencebik. Itu mesti taktik
nak berduaan dengan Ayu.
“Mama
kata tak payah tolong. Mama suruh kita orang temankan Kak Ayu, lah. Nak harap
Along? Bila jumpa ayah dengan uncle Razif, memang lupalah benda lain.” Shahima
menjawab. Ayu ketawa kecil melihat pertelingkahan dua beradik itu. Walaupun
sedang bertikam lidah namun jelas kemesraan yang terpapar dari wajah mereka
bertiga.
“Alasan!
Kau orang berdua memang pemalas. Nak tolong mama pun tak mahu. Guna Kak Ayu
sebagai alasan ye?” Marah Idraki sambil dia melabuh duduk di sebelah Ayu.
Pandangannya tajam pada kedua adik perempuannya. Marah, namun dia sebenarnya
hanya bergurau. Melihat Shahila dan Shahima bermasam muka, dia rasa gembira.
“Eleh…
dia yang sebenarnya nak dating dengan Kak Ayu, nak salahkan orang pulak.”
“Entah…
kat rumah pun nak dating. Tunggulah kahwin dulu kalau nak lovey dovey pun kat
rumah ni.” Lancar Shahila dan Shahima menjawab kata – kata Idraki. Ayu yang
senyap dari tadi semakin tidak percaya dengan bicara itu. Adakah Idraki
mencanangkan yang dia adalah kekasih lelaki itu dan bakal berkahwin?
“Eh,
budak dua orang ni! Pandai betul kau orang, kan. Esok Along dah kahwin, tahulah
kau orang. Tak ada masa kau orang nak manja – manja dengan Along. Along layan
Kak Ayu je.” Balas Idraki, tidak mahu kalah dengan adik – adiknya itu. Tercekik
Ayu mendengar bicara itu. Bila masa dia cakap nak kahwin dengan Idraki?
“Idraki!”
Marah Ayu, hampir menjerit. Idraki hanya merenung dia dengan senyuman
menggodanya.
“Betullah.
Jangan layan sangat budak – budak bertuah ni. Nanti dia pijak kepala.” Masih
dalam mood bergurau, Idraki mengusik Ayu pula. Pipi gebu yang mula kemerah –
merahan itu menarik minatnya. Entah marah atau malu, Ayu semakin menarik begitu
pada pandangannya. Shahila dan Shahima pula ketawa melihat adegan abang dan
bakal kakak iparnya mereka. Sungguh berbeza antara Ayu dan Ayra.
“Padan
muka Along. Belum apa – apa Kak Ayu dah back up kita orang.” Ejek Shahima
sambil dia menaikkan ibu jarinya isyarat bagus. Geram dengan usikan Shahima,
Idraki memukul kepala adiknya dengan kusyen kecil. Terjerit Ayu melihat
tindakan Idraki itu namun kemudian bila Idraki dan adik – adiknya ketawa, Ayu
turut ketawa kecil. Suasana yang dia tidak pernah rasa ketika ibu bapanya masih
ada. Hingga kini, walaupun dia rapat dengan anak – anak Encik Saiful, namun
mustahil untuk dia bergurau sebegitu dengan mereka kerana batasan mahram antara
mereka.
“Seronoknya
berbual. Boleh mama tahu apa ceritanya yang seronok sangat tu?” Puan Sri Aisyah
menyampuk tiba – tiba. Dia melabuh punggung di sofa berhadapan dengan Ayu dan
ketiga anaknya. Kembang hatinya melihat Idraki yang gembira di samping Ayu.
Sejak putus cinta dengan Ayra, baru kali inilah dia Nampak wajah gembira
Idraki. Namun, terkesan juga dia dengan tingkah Idraki yang tidak mempedulikan
langsung kehadiran Ayra di ruma mereka itu. Walaupun dia faham keadaan Idraki,
tetapi rasanya tidak wajar anak sulungnya itu membiarkan sahaja Ayra seolah –
olah gadis itu tidak wujud di rumah ini.
“Along
ni, nak kenakan kami. Tapi Kak Ayu back up kita orang. Padan muka!.” Shahima
pantas menjawab. Dia menjelir lidah pada Idraki yang sudah membuntang mata. Hai
lah Ima, tak agak – agak kau nak bercerita dengan mama, marah hati Idraki. Namun,
tiada marah yang bergayut di hati, hanya rasa senang melihatkan keadaan Ayu
yang senang mesra dengan keluarganya.
“Ha…
Eloklah buat kelakuan tak senonoh kamu semua depan Ayu. Maaf ye Ayu, anak – anak
mama ni memang macam ni kalau dah berjumpa. Asyik nak bertekak. Idraki ni
pulak, kalau tak mengusik adik – adik, memang tak aman hidup dia.” Puan Sri
Aisyah segera meminta maaf. Malu pada Ayu tentang perangai anak – anak yang
bermacam ragam.
“Tak
apa, auntie. Saya seronok tengok. Saya tak berpeluang pun nak usik – usik,
gurau gurau macam ni.” Lancar Ayu menjawab tanpa dia sedar yang Idraki jadi
cukup berminat dengan kata – katanya. Matanya tajam merenung Ayu, inginkan
penjelasan namun dia menahan hati yang meronta ingin tahu. Tidak mahu mama dan
adik – adiknya tahu yang dia sebenarnya tidak kenal Ayu selain dari gadis yang
sudah dia cemari maruahnya.
“Kenapa?
Ayu tak ada adik beradik?”
“Err….
Maaf. Tak patut saya cakap macam tu tadi. Maafkan saya, auntie.” Tidak mahu
bercerita lebih lanjut tentang dirinya, Ayu segera meminta maaf. Apa lagi
Idraki ada disebelahnya dengan renungan yang macam nak makan orang.
“Eh,
nak minta maaf kenapa pula? Mama suka nak kenal Ayu lebih lagi. Kalau tak
keberatan, Ayu boleh cerita lebih lagi. Lagipun, tak lama lagi Ayu nak jadi
menantu rumah ni jugak.” Kata – kata Puan Sri Aisyah buat Ayu telan air liur. Kelat
dan kesat. Apa maksud kata – kata itu tadi? Dia tersalah dengar atau mama
Idraki yang tersalah anggap?
“Amboi
mama… Tak sabar – sabar nampaknya ye. Dah siap panggil mama. Tak menyempat nak
tahu pasal Kak Ayu ni.” Shahila menyampuk. Tidak disangka, senang sekali Puan
Sri Aisyah menerima teman baru abang sulungnya itu. Tapi, mama memang senang
mesra dengan sesiapa pun. Apa lagi yang berpotensi jadi menantunya. Dengan Ayra
juga dulu begitu. Baru kenal, sudah bahasakan diri mama. Kini, bila Idraki bawa
Ayu pula, Puan Sri Aisyah turut guna ganti nama yang serupa.
“Iyelah,
mama memang teringin benar nak tengok Along kamu naik pelamin. Lepas tu timang
cucu. Along kamu bukan makin muda, makin hari makin tua.” Jawab Puan Sri Aisyah
buat Ayu spontan mengalih pandangan pada Idraki yang ketika itu turut
memandangnya. Mereka berlawan pandang seketika sebelum Ayu menundukkan muka. Pandangan
tajam itu tak bisa dibalasnya.
“Mama….
You’ve made her shy. She’s blushing.” Bisik Idraki. Puan Sri Aisyah melirik ke
arah Ayu. Gadis itu tertunduk malu. Puan Sri Aisyah mengukir senyum. Sejuk mata
melihat tingkah Ayu.
“Jangan
nak malu – malu, Ayu. Semua orang akan kahwin, lepas tu dapat anak. Cuma cepat
dengan lambat je. Cuma, dalam kes kamu berdua ni, mama harap cepatlah. Tak kuasa
dah nak tengok anak mama ni duk tenung kamu dari tadi. Tak sabar benar
nampaknya dah tu.” Usik Puan Sri Aisyah. Sekali lagi Idraki terjerit memanggil
mamanya.
Perbualan
mereka terganggu ketika Bibik Suti datang dan memanggil mereka makan. Ayu yang rasa
terseksa jiwa dengan usikan demi usikan dari keluarga Idraki menarik nafas
lega. Perlahan dia menurut langkah Idraki walau dia sedar sejak dari tadi ada
mata yang memandang tidak puas hati dengan kemesraan mereka.