Idraki
memandang langkah sopan Ayu yang makin menghilang ke ruang tamu rumah mewah ibu
bapanya itu. bibirnya tersungging senyum, sejuk hati dan nyaman perasaan bila
hari ini, Ayu mudah mengikut katanya. Tiada lagi penolakan seperti sebelumnya.
Ayu amat lembut dalam bicaranya dan setiap keinginannya juga mudah dituruti
oleh Ayu. Kadang – kala, pelik juga melihat tingkah Ayu hari ini sepanjang
berada di rumah orang tuanya ini. Gadis itu amat mudah mesra dengan mama, ayah
dan adik – adiknya. Tutur katanya juga lemah lembut dan tidak langsung marah –
marah sebagaimana dia berbual dengan gadis itu selalunya. Sudah tersampuk apa?
Atau segala penilaian Ayu terhadap dirinya berubah bila melihat rumah mewah
ini? Adakah Ayu jenis gadis yang memandang kebendaan? Ah, tak mungkin, kerana
perangai Ayu selama dia mengenali gadis itu langsung tidak menampakkan yang Ayu
seorang yang materialistik. Mungkin juga Ayu bersikap demikian kerana menjaga
adab dihadapan keluarganya.
Pandangan
Idraki masih tidak lepas dari pintu yang menghubungkan taman dan ruang tamu
rumah mewah itu walaupun Ayu telah lama hilang di balik pintu. Masih terngiang
– ngiang setiap bicara Ayu di meja makan tadi. Segalanya bagaikan terbongkar
bila mama banyak bertanya tentang keluarga Ayu. Barulah dia tahu yang Ayu sudah
kehilangan kedua orang tuanya dalam kemalangan tidak lama sebelum pertemuan
mereka di Pulau Tioman. Tragedi itulah yang membawa Ayu ke Pulau Tioman, seterusnya
pertemuan mereka dan diakhiri dengan peristiwa hitam yang sehingga kini
menghantui mereka berdua. Sungguh, setelah mendengar kisah itu, dia jadi
semakin kesal kerana meragut kesucian Ayu dan semakin tebal keinginannya untuk
menjadikan Ayu sebagai isterinya yang sah. Dia juga baru tahu yang rumah yang
Ayu diami sekarang, rumah dimana dia pernah hantar Ayu sedikit masa dahulu
adalah rumah Encik Saiful, iaitu Pak Long Ayu.
“Cepat
betul dia ngam dengan family you.”
Suara gemersik itu membawa pergi lamunan Idraki tentang Ayu. Dia menarik nafas,
cuba mencari ketenangan dalam menghadapi gadis yang sudah tidak dipedulikan
sejak berbulan dulu.
“Ada
apa, Ayra?” Tanyanya tanpa berpaling pada gadis yang sudah berdiri bersebelahan
dengannya. Hari ini, gadis yang pernah dipujanya cantik berbaju blaus sendat
warna pink corak polka dot dengan skirt paras buku lali berwarna pink pekat.
Ayra memang cantik dan pandai bergaya. Dengan susuk tubuh menggiurkan dan
mengenakan padanan pakaian yang menampakkan susuk tubuh, tentu sahaja ramai
jejaka yang akan tergoda dengan penampilannya itu. Dia dulu juga begitu, namun
sejak hadir Ayu dalam hidupnya, dia lebih berkenan dengan penampilan Ayu yang
sentiasa sopan dan menutup aurat. Walaupun Ayra tidaklah sebegitu seksi seperti
gadis – gadis diluar sana, tetapi dengan Ayra yang pandai bergaya memang akan
mencuri tumpuan sesiapa sahaja dimana sahaja dia berada.
“I
Cuma nak berbual dengan you. It’s been a
while. You pun susah sangat nak jawab call I sekarang. Kenapa?” Tanya Ayra
dengan lenggok suaranya yang manja. Dia menghampiri Idraki yang duduk santai di
kerusi besi menghadap taman mini di laman rumah itu. Kalau tadi dia hanya mampu
menahan rasa melihat setiap kemesraan Idraki dengan gadis yang dibawa oleh
lelaki itu, kali ini, dia tidak mahu melepaskan peluang.
Idraki
mengeluh perlahan. Ayra tidak faham atau buat buat tidak faham? Rasanya dia
sudah terangkan dengan sejelas – jelasnya. Kenapa Ayra masih bertanya?
“I
rasa you sendiri tahu kenapa I tak jawab phone
call you, kan.” Jawabnya perlahan dan malas. Dari ekor mata, dia memandang
Ayra yang mengambil tempat di sebelahnya. Kerusi besi ditarik rapat ke sisinya.
Namun dia hanya membiarkan setiap tingkah Ayra yang cuba menarik perhatinnya.
“I miss you, honey. Dah lama tak keluar
dengan you, bercerita dengan you.” Ayra cuba bermanja. Tangan sasa Idraki cuba
diraih tetapi Idraki cepat menarik tangannya. Tidak mahu punya sebarang
hubungan lagi dengan Ayra. Di hatinya sudah nekad untuk menjadikan Ayu satu –
satunya wanita istimewa di hati. Hanya Ayu yang akan punya hak sepenuhnya untuk
memegang setiap inci tubuhnya secara sah dan dia sedang berusaha ke arah itu.
Jadi, dia tidak mahu Ayra atau mana – mana perempuan mendekatinya. Dia mahu
jadi istimewa di hati Ayu juga.
“Dah
tak ada apa yang nak dicerita. I harap you faham, Ayra. We’re not together anymore. So, please
jangan buat tak senonoh kat sini. My
future wife is here.” Idraki menjeling geram lantas berdiri. Dia berjalan
menghampiri air terjun buatan dan meneliti ikan koi yang seronok berenang di
dalam kolam.
“Future wife? That girl? So…. Sebab itu
you dah tak layan I? Dah ada yang baru, you tolak I ke tepi?” Ayra hampir
menjerit. Sangkanya, Idraki masih belum ada pengganti kerana sepanjang
berpacaran, lelaki itu sangat setia pada cinta mereka. Hanya dia yang sedikit
liar, mudah mengikut kawan – kawan lelaki keluar. Tetapi dia tidak pernah
berniat apa – apa, hanya ingin berseronok sementelah berada di Negara orang.
Nak harapkan Idraki? Lelaki itu terlalu menjaga tatasusila dan adab pergaulan.
Sepanjang berkasihan, Idraki hanya berani memegang tangannya. Tak lebih dan tak
kurang daripada itu.
“Siapa
yang tolak siapa? You yang dulu dah ada pengganti I, kan? So, tak salah untuk I
ada yang baru jugak.” Perli Idraki. Wajah Ayra masih tidak sudi di pandang.
Jika dipandang wajah cantik itu, pasti dia akan teringat segala khianat Ayra.
“Darling…. Kan I dah beritahu yang
sebenarnya. I Cuma tolong that guy..”
Rayu Ayra pula. dia menapak mendekati Idraki. Sekali lagi, tangan sasa itu cuba
diraih. Minta perhatian, namun secepat itu juga Idraki menarik tangannya.
Segala pujuk rayu Ayra sudah tidak termakan dek hatinya.
“Apa
tujuan you datang sini and bawak parents you sekali ni?” Masih dalam nada
marah, Idraki bertanya. Ketika Puan Sri Aisyah memberitahu yang keluarga Ayra
akan datang berkunjung, Idraki diserang sakit kepala. Jika sudah Ayra ingin ke
rumah, bagaimana dia ingin mengelakkan gadis itu sedangkan dia tidak mahu
memandang pun wajah Ayra. Letih memikirkan jalan, akhirnya, dia menggunakan
Ayu. Lagipun, dia memang ingin memperkenalkan Ayu kepada seluruh ahli
keluarganya sebagai calon isteri. Walaupun, Ayu berkeras tidak bersetuju, tapi
itu boleh difikirkan kemudian. Yang penting, dia mahu Ayra dan keluarganya
faham yang dia tidak akan mengambil Ayra sebagai isteri lagi. Hatinya sudah
tertutup untuk gadis itu.
“My
mum… dia rindu nak jumpa dengan mama. Katanya dah lama tak bersembang, macam
dulu – dulu. So, I bawalah ke rumah you. Tak salah,kan?”
“Memang
tak salah kalau betul niat you sekadar nak bawa auntie Rozy sembang – sembang
dengan mama I. Cuma I harap tak ada perkara tersembunyi di sebalik tu.” Sinis
Idraki menjawab. Mummy Ayra, Datin Rozy, juga seperti Ayra. Licik dan pandai
bermain kata – kata untuk buatkan orang lain terpujuk dengan kehendaknya. Dan,
mamanya pula, seorang yang lembut hati. Mudah sangat kasihan. Dia takut andai
kedatangan keluarga itu membawa hajat untuk menyatukan mereka berdua.
“Apa
maksud you?”
“Err….
Idraki?” Suara Ayu menjengah bila Idraki ingin menjawab soalan itu tadi. Segera
dia berpaling pada Ayu yang sedang berdiri di kerusi besi tidak jauh dari kolam
itu. Sedulang minuman telah tersedia di atas meja. Entah sejak bila Ayu
tercegat di situ. Dia Cuma berharap, Ayu
tidak mendengar apa –apa tentang perbualan dia dengan Ayra sebentar tadi.
Idraki
mengukir senyum manis. Laju langkahnya mendapatkan Ayu yang masih setia menanti
di situ. Perlahan, Ayu membalas senyuman itu. Mengenali sisi lain Idraki bila
bersama keluarganya, hatinya bagai terpujuk sendiri.
“Airnya
dah siap. Jom, minum..” Ayu mempersilakan Idraki minum. Dia menuang air kopi
pekat seperti yang diminta oleh lelaki itu tadi ke dalam cawan. Sesekali,
matanya mengerling kea rah Ayra yang masih tercegat di kolam ikan itu, dan
pandangannya beralih pada pula Idraki yang selamba menanti airnya dihidangkan.
“Lamanya…
You ambil air ke, buat air ni?” Gurau Idraki, sedikit menyindir. Menjeling Ayu
mendengar gurauan itu. Kalau tak kerana mama Idraki yang bersungguh – sungguh
mengajar dia cara membuat air kopi pekat itu tadi, tentu dah lama kopi itu
terhidang. Entah apa pula agenda Puan Sri Aisyah itu sehingga dia kena belajar
pula cara – cara nak buat kopi. Kan sama saja macam nak buat air yang lain –
lain? Yang lebih pelik, Puan Sri Aisyah langsung tak benarkan Bibik Suti
menolong dia membuat air itu.
“Duduklah,
minum sama. Kenapa tercegat aje?” Idraki menyoal bila dilihatnya Ayu setia
tercegat disisinya. Dah macam orang gaji pula berdiri disitu melihat dia minum.
Rasa tak selesa pun iya. Macam dia tuan besar pula.
“Err…
encik tak ajak Cik Ayra minum sekali ke?” Masih berdiri, Ayu bertanya. Matanya
sesekali mengerling kea rah gadis cantik yang sedang leka membelek telefon
bimbit. Berbalas SMS agaknya. Matanya kembali terarah pada Idraki bila
terdengar lelaki itu mengeluh kecil. Cawan yang tadi disisip di bibir,
diletakkan semula.
“Dah
kenapa pula panggil I, encik ni? Kan sedap you panggil I Idraki dari tadi.”
Balas Idraki. Soalan Ayu tadi dibiarkan tidak berjawab. Ayra juga langsung
tidak dipeduli. Tak perlu ambil peduli akan gadis itu, Ayra sudah kenal baik
dengan seluruh ahli keluarganya. Tak payah susah – susah ajak minum, gadis itu
akan pandai menyelitkan diri.
Tunak
mata bulat Ayu memandang Idraki. Geram pun iye. Lain yang ditanya, lain pula
yang dijawab Idraki. Kenapa soal panggilan itu pun jadi isu pada lelaki ini?
Suka hati dialah nak panggil apa pun. Tapi, dia Cuma berani cakap dalam hati
saja. Selain takut Idraki naik marah, dia juga tak mahu nak memanjangkan isu
panggilan itu. Lama – lama nanti, Idraki senyaplah tu.
“Saya
pergi panggil Cik Ayra sekejap.” Ayu ingin berlalu tetapi sebaik dia melintasi
Idraki, lelaki itu memegang tangannya. Bulat mata Ayu melihat betapa beraninya
Idraki pegang tangan dia di rumah lelaki itu. Nak cuba tarik tangannya pun tak
guna sebab memang tak akan Berjaya. Lagi dia cuba tarik nanti, lagi kuat lelaki
itu genggam tangan dia. Matanya berbalas renungan dengan mata Idraki. Renungan
lembut dari lelaki itu buat hati Ayu berdebar tiba – tiba.
“Duduklah.
Temankan I minum. Dia dah biasa di sini. She knows where to put herself.”
Lembut bicara Idraki menusuk hingga ke jantung. Leka seketika mendengar suara
selembut itu dari lelaki setampan Idraki. Bagai terpukau, Ayu menurut sahaja
kehendak Idraki. Dia lantas mengambil duduk di hadapan Idraki, dihalangi oleh
meja bulat yang diletakkan tengah – tengah antara empat kerusi. Aduh, Ayu
hampir menepuk dahi sendiri bila tersedar dia bagai orang bodoh kerana mengikut
sahaja kehendak lelaki itu. Senyuman kemenangan yang dipamer Idraki buat Ayu
sedar. Argh, kenapa Idraki punya aura yang sangat kuat dalam mempengaruhi
setiap tindak tanduknya?
“You
ke yang buat kopi ni?” Idraki bertanya setelah merasa air kopi yang tersedia.
Mata memandang Ayu yang asyik tunduk. Tak minum dan tak bercakap dari tadi.
Resah jadinya Idraki dengan kebisuan itu. Ketika Ayu mengangkat muka, Idraki
masih memandangnya lembut. Ada kedamaian di hatinya setiap kali dia menatap
mata bulat itu.
“Tak
sedap ye? Sorry, saya tak pandai buat air.” Cepat Ayu meminta maaf. Masak
memasak memang bukan bidang kepakarannya. Setakat goreng telur atau buat nasi
goreng tu, bolehlah. Tapi, kalau nak harapkan dia masak yang lebih – lebih,
memang fail teruklah jawabnya. Bab buat air lagilah. Setakat air milo instant 3
in 1 tu memang dia pakar, tapi kalau bancuh sendiri, entah apalah rasanya.
“Not
bad. I suka kopi pekat. Black. Yang ni macam kurang pekat. Next time, improve
ya.” Idraki mengenyit mata. Berkerut dahi Ayu. Next time? Bila masa pula lagi
dia akan buatkan air untuk lelaki ini? Yang ini pun, kalau tak digesa oleh Puan
Sri Aisyah, memang dia tak akan buat. Dia Cuma akan tunggu aje Bibik Suti
siapkan semuanya. Ah, bercakap tentang Puan Sri Aisyah…..
“Kenapa
encik tak beritahu yang parents encik ada title Tuan Sri and Puan Sri? Buat
malu aje saya panggil mereka uncle and auntie..” Rungut Ayu. Terkejut bila dia
dengar Bibik Suti panggil mama Idraki, Puan Sri. Panas hati juga pada Idraki
yang tidak beritahu awal – awal. Sudahnya, dia malu sendiri sebab dengan yakin
panggil orang tua Idraki dengan uncle dan auntie sejak mula tiba di rumah ini.
Terdengar tawa kecil Idraki, Ayu mengecilkan anak mata memandang lelaki itu.
Dia serius, Idraki boleh pula tertawa senang.
“Nak
malu apa? Mama sendiri yang bahasakan diri dia mama dengan you kan? FYI, mama
dan ayah tak kisahlah dengan title tu semua. Mereka pun manusia macam orang
lain jugak.”
“Iyelah,
tapi sepatutnya encik kena beritahu saya. Malulah saya panggil macam tu. Macam
saya ni nak jadi menantu dia orang pulak.” Ayu masih merungut tanpa sedar kata
– katanya itu menjemput senyum di bibir Idraki. Mendengar perkataan ‘menantu’,
dia bagai terhibur. Ayu juga kelihatan tidak bermasalah untuk menjadi menantu
di rumah ini dan tidak kekok untuk bermesra dengan ibu bapa dan adik – adiknya.
“What?”
Tanya Ayu kehairanan bila melihat senyuman nakal di bibir Idraki.
“Sudi
jadi menantu rumah ni? Mama and ayah Nampak dah suka benar dengan you.” Usik
Idraki, namun dia serius. Memang sudah jadi tekadnya untuk mengambil Ayu
sebagai isteri. Dia akan pastikan, walau dengan apa cara sekali pun, Ayu tetap
akan menjadi isterinya. Ayu menutup bibir dengan tangannya sebaik tersedar apa
yang baru dikatakannya tadi. Hati menyumpah marah. Kenapa mulut tak beragak –
agak nak berkata – kata. Dengar ayat yang menjurus kepada persetujuan dia,
tentu sahaja Idraki gembira. Aduh, dari menutup bibir, Ayu menepuk dahi pula.
Reaksinya itu buat Idraki ketawa senang.
“You’re
so cute. Macam budak – budak.” Ujar Idraki lalu tangannya menupang pipi. Mata
masih ralit merenung Ayu yang membuntangkan anak mata. Jarang dia jumpa gadis
yang selamba begitu. Dulu, dengan Ayra, gadis itu sentiasa nak maintain cantik
24 jam. Tapi, berbeza dengan Ayu yang akan buat ikut suka hatinya. Rasa nak
tutup bibir ke, tepuk dahi ke, buntangkan mata ke, dia buat ikut sedap rasa dia
sendiri. Tak perlu susah – susah nak control ayu. Argh, dah kenapa pula dia nak
bezakan Ayra dengan Ayu? Tentu sahaja dua gadis ini punya personality berbeza.
Makin bertambah lebar senyuman di bibir Idraki bila Ayu menunduk dan mula tak
senang duduk. Dia tahu, Ayu serba tak kena bila direnung begitu.
“Bila
saya boleh balik?” Ayu bertanya setelah suasana sunyi sebentar tadi. Sunyi,
namun mata Idraki memang tak lepas dari merenungnya. Buat dia tak senang duduk,
rasa nak lari menyorok dalam rumah agam itu pun ada tapi tak ke keterlaluan
sangat kalau dia buat begitu?
“Dah
tak seronok di sini?” Idraki bertanya juga. Tangan yang tadi menopang pipi,
kini mencapai cawan berisi air kopi. Mendengar soalan Ayu tadi, hilang seronoknya
mengusik Ayu. Baru sahaja Nampak Ayu mula serasi dengannya, kini Ayu buat
perangai menolak dia lagi.
Ayu
garu kepala yang tidak gatal. Bukanlah dia tak seronok berada di rumah besar
ini, tapi takkan nak tunggu hingga malam pula? Dia orang asing, tentu
kehadirannya sedikit sebanyak mengganggu tuan rumah.
“Habis,
encik nak suruh saya tidur kat sini ke malam ni?” Ayu memprovok. Sengaja nak
wujudkan pertengkaran pada hubungan yang baru nak Nampak baik. Wajah serius
Idraki tadi terus bertukar manis sebaik mendengar soalan itu tadi.
“Boleh
juga. Boleh family I kenal you dengan lebih rapat lagi. Jadi ye tidur sini?”
Cepat pula Idraki membalas. Mengusik, tapi Ayu sudi, dia tidak menghalang. Mama
tentu sahaja suka. Dari pertama kali jumpa Ayu lagi, mama dah Nampak berkenan
benar dengan Ayu. Lagipun, rumah ini masih banyak bilik kosong, tentu tak jadi
masalah kalau Ayu ingin bermalam.
“Gila!”
Marah Ayu. Dia menjeling geram. Hajatnya tadi nak kenakan Idraki namun kini,
dia pula yang terkena. Dia sepatutnya sedar yang Idraki tentu sahaja akan
gembira dengan kata – kata dia tadi. Lelaki itu kan sudah tidak sabar nak ambil
dia jadi isteri! Ketawa Idraki dengan jawapan dari bibir mungil itu. Nak
kenakan orang sangat, sekarang dia yang terdiam sendiri. Hati Idraki meloncat
gembira, hari ini, Ayu sudah semakin dekat dengan dia. Dan, dia akan cuba untuk
lebih dekatkan diri dengan gadis itu sehingga gadis itu setuju jadi isterinya.
******************************************
“Cik
Ayra?”
Kelu
lidah Idraki yang lancar bercerita tentang perancangan kahwin mereka. Dari mula
masuk kereta tadi, Ayu tak habis – habis nak menolak keinginan dia yang mahu
mengahwini Ayu. Sangkanya, bila Ayu sudah mula berbaik dengan dia dan kenal
mesra dengan keluarganya, gadis itu akan setuju. Namun, hingga saat ini, Ayu
masih terus – terusan menolak. Alasan yang digunakan masih sama, Ayu tak mahu
dia bertanggungjawab atas segala yang pernah terjadi. Idraki menjeling sekilas
Ayu yang duduk di sebelah penumpang. Degil sangat – sangat rupanya gadis ini.
“Kenapa
dengan dia?” Soalan dijawab dengan soalan juga. Geram dengan Ayu yang tiba –
tiba membangkitkan nama Ayra.
“Dia
Nampak begitu sukakan encik. Kan encik boleh ambil dia jadi isteri.” Tenang Ayu
menjawab walau dia dapat mengesan nada marah dalam soalan Idraki itu tadi.
Mendengar keluhan kecil Idraki, Ayu memandang ke kanan. Merenung wajah tampan
itu dari sisi. Serius wajah Idraki memandang jalan raya. Cuba menumpukan
perhatian pada pemanduan walau hati panas dengan sikap Ayu yang berubah – ubah.
“Kenapa
I nak kahwin dengan orang lain sedangkan I ada tanggungjawab pada you?” Masih
tidak berpuas hati, Idraki bertanya lagi.
“Berapa
kali saya nak cakap? Saya tak nak encik bertanggungjawab. Kenapa masih nak
kahwin dengan saya?”
“Kenapa
you tak nak kahwin dengan I? I tak cukup handsome ke?” Idraki tayang senyum
comel kepada Ayu. Menjeling gadis itu melihat perbuatan itu sambil kepala
menggeleng perlahan. Ada – ada sahaja Idraki nak kenakan dia. Tadi serius
sangat wajahnya, sekarang dah tayang senyum macam kera pula. Eh, senyum macam
kera pun, wajah itu tetap tampan.
“Ingat
cukup ke dengan handsome tu bila nak kahwin dengan anak dara orang?” Marah Ayu.
Idraki ketawa lepas. Kata – kata Ayu sering buat dia terhibur walau sedar kata
– kata itu tadi sedang menyindirnya.
“Then,
you nak apa dari seorang suami?” Tanya Idraki, cuba menyelami hati seorang Ayu.
Namun, reaksi Ayu hanya menjungkit bahu, kemudian melepaskan pandangan ke luar
tingkap. Sudah kehabisan idea untuk menjawab setiap pertanyaan Idraki.
“Salah
ke kalau I nak kahwin dengan you, Ayu? Salah ke kalau I nak ambil tanggungjawab
I pada you?” Idraki bertanya lagi. Tidak puas hati dengan kebisuan Ayu pada
soalan awalnya tadi. Ayu mengeluh, masih tidak habis dengan persoalan kahwin
ini rupanya. Apa mereka tak ada benda lainkah yang boleh dibicarakan?
“Okey,
kenapa encik nak sangat kahwin dengan saya ni?” Ayu memusing sedikit tubuhnya.
Wajah tampan itu direnung dengan penuh harapan agar soalannya terjawab.
“I
pernah beritahu kan, I nak bertanggungjawab pada you. I nak tebus dosa I pada
you.” Jawab Idraki, tenang. Sesekali, mata melirik kea rah Ayu yang masih
merenungnya. Nampak canti pula bila mata bulat itu terkelip – kelip
memandangnya.
“Encik
nak kahwin dengan saya sebab encik nak bertanggungjawab. Lets say, saya setuju
kahwin dengan encik sebab saya nak encik bertanggungjawab pada apa yang pernah
berlaku antara kita. Then, bila rasa tanggungjawab tu dah habis, bagaimana?
Encik nak ceraikan saya?” Panjang lebar Ayu menerangkan. Tentang ketakutannya
jika mereka diikat hanya jika atas dasar tanggungjawab terhadap kekhilafan
mereka.
“Then,
we learn to love each other. I’ll learn to love you and you learn to love me.”
Ringkas jawapan Idraki. Buntang mata Ayu mendengar jawapan dari bibir seksi itu.
Semudah itu? Apa Idraki fikir mudah untuk mencintai seseorang?
“You
make it sounds so simple, kan?”
“I
know this is not simple, Ayu. But, we can give it a try, kan?” Idraki cuba
memujuk. Jemari Ayu yang berlabuh di peha, cuba diraih tapi cepat Ayu menarik
tangannya. Tidak mahu menambah dosa dengan membenarkan Idraki menyentuh dia
yang bukan mahram.
“Encik
ingat nikah kahwin ni perkara main – main ye? Boleh cuba, cuba. Kalau tak
serasi, berpisah, macam tu?” Masih marah, Ayu meluah perasaan. Dia memeluk tubuh
sendiri. Senang benar Idraki cari penyelesaian dalam masalah ini. Masalah yang
lelaki itu ciptakan sendiri. Sudah berkali dia menolak, patutnya Idraki
bersyukur kerana dia tidak perlu bertanggungjawab, tetapi sebaliknya pula
dengan Idraki. Bertegas hendak bertanggungjawab dan menebus dosa.
“Ayu….
I tak pernah nak main – main dalam soal kita ni. Just give me a chance untuk
bertanggungjawab pada you. InsyaAllah, I tak akan sia – siakan amanah Allah
pada I. Why don’t you try to do the same?”
Ayu
mengeluh perlahan. Beri peluang? Peluang apa? Peluang kepada perkahwinan mereka
atau peluang pada Idraki? Memikirkan bentuk rumahtangga yang terbina andai dia
bersetuju, Ayu melenguh lagi. Jarinya menyentuh tudung yang dirasakan sudah
mula senget.
“Macam
mana saya nak hidup dengan encik kalau tak ada cinta dalam rumahtangga kita?”
Soal Ayu setelah lama terdiam tanpa memandang wajah Idraki. Pemandangan di luar
tingkap lebih menarik perhatian walaupun jalan raya tengah sesak dengan
pelbagai jenis kenderaan. Agak lama suasana bisu tanpa sebarang jawapan dari
Idraki, Ayu menoleh. Memandang Idraki yang sedang tersenyum senang.
“Kenapa
pulak senyum? Dah habis jawapan untuk soalan saya?” Provok Ayu. Semakin lebar
senyuman Idraki sambil matanya mengerling Ayu nakal. Terbit rasa di hati nak
mengusik gadis ini. Dia sudah tahu yang marah Ayu tak akan kemana akhirnya, Cuma
degilnya itu yang sukar dia lembutkan sehingga sekarang.
“Sejuk
hati I dengar you sebut rumahtangga kita. Sounds so nice..” Usik Idraki. Sekali
dia menoleh melihat Ayu, gadis itu sedang membuntangkan mata. Mungkin tidak
percaya dengan kata – kata yang beru keluar dari mulutnya tadi.
“Eee!!....
Kita cakap betul – betul, dia boleh main – main pulak. I’m dead serious, encik
Idraki.” Marah Ayu, penumbuk di kepal. Kalaulah Idraki ni satu spesies dengan
dia, memang dah lama Idraki makan penumbuk dia. Ketawa besar Idraki dengan
jawapan Ayu. Mata bulat yang semakin bulat dengan wajah memerah menahan merah
itu buat dia geram. Kalaulah Ayu sudah sah menjadi isterinya……
“Listen,
dear. Kan I dah cakap, we learn to love each other. InsyaAllah, kalau kita
ikhlas, kita akan saling mencintai one fine day. Until that day, why not we
give it a chance?”
“Susahnya
bercakap dengan orang bijak pandai ni. You always have answer for all questions,
kan?”
Berderai
ketawa Idraki dengan kata – kata itu. Suka benar hatinya dapat mengusik gadis
disebelahnya. Makin Ayu marah, makin cute pula wajah itu di matanya. Garang,
tapi cute. Itu yang dia suka.
“Oh
dear, you’re so cute….” Puji Idraki lepas tawanya reda.
Dan
Ayu, hanya mampu menahan rasa marah dan geram dengan sikap Idraki yang seolah
tidak ambil serius dengan kata – katanya.