18.
“Abang
cintakan Ayu dan abang nak jadikan Ayu sebagai isteri abang.”
Ayu
memejam mata sebaik kata – kata itu keluar dari bibir Luth. Hampir berderai air
matanya mendengar ucapan kudus itu. Sesuatu yang sepatutnya membuat dia
melompat gembira. Melompat kerana rasa hatinya sama dengan rasa hati Luth
Hakimi. Namun, tegarkah dia untuk menerima cinta Luth sedangkan dirinya sudah
tidak punya apa – apa lagi.
“Ayu….
Abang betul – betul sayang dan cintakan Ayu. Dan abang sangat serius untuk
jadikan Ayu sebagai isteri abang. Will
you marry me?” Tiada jawapan dari Ayu buat Luth mengulang luahan perasaannya
sebentar tadi. Takut jika Ayu menganggap dia hanya sekadar bergurau. Tetapi,
sudah terlalu banyak petunjuk yang dia berikan tentang perasaannya pada gadis
itu, takkan Ayu tak boleh baca apa isi hatinya.
“Abang
jangan bergurau bolah tak? Kita kan sepupu. Takkan nak kahwin pulak.” Ayu
mengukir senyum. Palsu dan plastic sekali. Sedangkan dalam hati sudah menangis
tak berlagu. Kenapa pula dugaan ini datang setelah dia Berjaya keluar dari
kesedihan akibat ketelanjurannya dengan Idraki?
“Abang
tak bergurau, Ayu. I’m deadly serious.
Apa, Ayu tak rasa apa yang hati abang rasa?” Luth melangkah mendepani Ayu.
Wajah lembut itu direnungnya. Berkerut dahinya tatkala terlihat ada air mata
yang bergenang di tubir mata gadis kesayangannya itu.
“Kenapa
menangis ni, sayang? Did I said something
wrong?” Tanya Luth lembut. Jarinya naik ke pipi Ayu, ingin mengesat air
mata itu tetapi cepat di tepis Ayu. Tidak, Ayu tak ingin di sentuh oleh Luth.
Dirinya sudah tidak berharga, dia sudah tidak layak untuk Luth. Kepalanya
ditundukkan lalu dia menggeleng perlahan.
“Ayu
tak boleh, abang. Tak boleh.” Ucap Ayu perlahan. Semakin berkerut dahi Luth.
Semakin tidak faham. Kenapa tidak boleh sedangkan Ayu selama ini memberi respon
positif kepadanya. Dia dapat rasa getar hati Ayu sama dengan getar hatinya.
Walau dulu mereka selalu bergaduh dan bercanggah pendapat, namun melalui
itulah, hubungan mereka menjadi rapat.
“Kenapa?
Ayu dah ada yang lain?”
“Ayu
tak layak untuk abang. Please, jangan
Tanya Ayu kenapa.” Ayu ingin berlalu. Berada di kawasan terbuka di tepi tasik
ini, tidak membuat hatinya lapang. Malah, semakin berserabut kepala otaknya. Di
sini, Luth meluahkan rasa hati dan ingin mengajaknya berkahwin. Di sana pula,
Idraki tidak pernah jemu memujuk untuk mengikat dirinya dalam ikatan
perkahwinan demi menebus dosa.
“Ayu….
Abang tahu rasa Ayu sama dengan rasa abang. Kenapa tak boleh, sayang? Abang
ikhlas nak jadikan Ayu isteri abang.” Luth capai tangan Ayu dan diusap lembut.
Ayu kembali pejam mata. Sungguh, kalau pun dia ada rasa terhadap Luth, dia
memang tidak suka diperlakukan begini. Suka suka nak pegang tangan dia. Dah
macam Idraki pula yang ambil kesempatan pegang tangan dia setiap kali bertemu.
Ah, sudah! Kenapa nama Idraki pula yang muncul di benak ketika ini.
“Tolonglah,
abang. Walaupun kita sepupu, tapi kita tetap bukan mahram. Jangan buat Ayu
macam ni. And, please….. I mean it when I
say I can not marry you.” Ayu merintih. Mohon belas kasihan Luth agar
pegangan dilepaskan. Wajah tampan Luth sudah tak sanggup dipandang. Takut hatinya
jadi lemah kalau mereka bertemu pandang.
“Ayu,
ni makanan untuk kau.” Suara Deja mematikan lamunan Ayu. Sebelum berpaling pada
Deja yang melangkah menghampirinya di pantry pejabat, dia mengesat air mata
yang bergenang. Tidak mahu Deja tahu derita yang dia tanggung sekarang ini.
“Thanks,
sayang. Dapat apa yang aku pesan?” Tanya Ayu. Wajah dimimikkan ceria, senyum
manisnya menghias bibir tapi Deja bagai dapat membaca sendu yang terpamer di
mata bulat itu.
“Ya..
Nasi goreng black pepper. Mimpi apa tiba – tiba pesan menu ni? Selalu bukan
main alergik dengan balck pepper.” Giat Deja. Matanya masih merenung mata Ayu
yang suram. Dia tahu, Ayu ada masalah tapi apa masalahnya?
“Teringin.”
Jawab Ayu pendek sambil tayang senyum comel. Bekas makanan polisterine yang
diletakkan di atas meja, ditarik mendekatinya. Bekas makanan itu dibuka dan
semerbaklah bau lada hitam menyengat hidungnya.
“Kau
okey ke? Termenung aje aku tengok dari tadi. Anything wrong?” Deja prihatin. Tidak
pernah temannya itu semurung ini. asyik termenung sejak seminggu kebelakangan
ini. Kalau mereka keluar beramai – ramai pun, Ayu akan jadi lebih pendiam dari
biasa. Asyik dengan termenung dan mengelamun.
“Aku
okey aje. Kenapa?” Ayu berbasa basi. Sesudu nasi goreng sudah dijamah. Kuat rasa
lada hitam tapi tidak sedikit pun dia megeluh tidak suka. Tidak seperti
selalunya, asalkan ada bau lada hitam, pasti hidangan itu ditolak mentah –
mentah. Agaknya, dengan masalah yang menghuni otaknya sekarang, semua rasanya
dah jadi terbalik. Hormone inbalance agaknya.
“Asyik
termenung aje sekarang ni. Muka pun masam mencuka, tak happy langsung. Mata pun
sembab dari pagi. Ada problem ke? Tak nak cerita dengan aku?” Deja tarik kerusi
dan duduk dihadapan Ayu. Masih cuba jadi prihatin terhadap kawan baiknya ini.
“Tak
ada apa – apalah. Aku tak tidur malam tadi sebab nak habiskan baca novel Kak
Ros tu. Aku lapar ni. Kau dah makan ke belum? Tengok aje aku makan.”
“Dah.
Dah selamat pun. Betul ke kau okey ni?” Deja pandang Ayu dengan pandangan tak
puas hati. Tak pernah – pernah Ayu semuram ini. Mesti ada masalah, tapi
mengenali Ayu, dia tahu, gadis itu takkan senang – senang bercerita tentang
hatinya pada sesiapa pun.
“Iye,
aku okey. Berapa kali nak Tanya? Hilang selera aku nak makan.” Ayu menutup
kembali bekas polisterine. Baru sedikit yang dijamahnya dan bekas itu sudah
ditolak menjauhinya. Semakin berkerut dahi Deja. Dari nada suara itu, dia tahu
Ayu marah. Dan, bila Ayu menolak makanan dihadapannya, dia seratus peratus
pasti yang Ayu ada masalah. Sebab, walaupun Ayu boleh dikategorikan kurus, tapi
selera makan dia memang besar.
“Okey,
okey. Sorry, kacau kau makan pulak. Makanlah,
aku nak join Kak Ros dengan Rita kat surau.” Ujar Deja. Bekas polisterine itu
ditolak mendekati Ayu semula. Tak apalah jika Ayu tak mahu bercerita. Jangan temannya
itu sakit kerana tak makan pula.
“Kat
surau buat apa?” Tanya Ayu blur
sedangkan, dia juga selalu ikut geng surau itu tidur di surau selepas
menunaikan solat Zuhur sementara menanti waktu pejabat bermula kembali. Deja membuat
isyarat tidur sebagai jawapan kepada soalan Ayu itu. Tanpa berkata apa – apa,
dia keluar dari pantry meninggalkan Ayu keseorangan.
Ayu
melepas nafas panjang. Berseorangan di pantry buat fikirannya kembali
terkenangkan Luth Hakimi yang menagih cintanya. Habis cerita luahan perasaan di
tepi tasik itu, Luth masih tidak jemu menagih cintanya. Memberi janji
kebahagiaan dan sebuah rumahtangga yang indah. Adakalanya, dia hampir terpujuk
dengan segala ayat – ayat manis Luth, tapi dia cepat sedar diri. Maruahnya sudah
tercemar, jadi dia sudah tidak layak untuk lelaki itu. Namun, bagaimana dia
harus memberitahu Luth? Takkan nak berterus terang yang dia sudah tidak suci? Sanggupkah
dia merendahkan maruah yang tinggal sisa dengan berterus terang begitu? Adakah
dia akhirnya perlu akur dengan kehendak Idraki agar Luth tidak terus mendesak
dia dengan sebuah perkahwinan?
Perlahan
Ayu mencapai telefon bimbit yang setia di atas meja. Berfikir seketika akan
tindakannya sebelum dia menarik nafas dalam dan melepasnya perlahan. Jarinya menari
di atas pad telefon, mencari nama orang yang ingin di panggil. Dia menekan
butang ‘call’ dan menanti penuh debar panggilan dijawab oleh orang di hujung
talian.
“Assalamualaikum,
encik Idraki..” Ujarnya sebaik panggilannya dijawab.
********************************************************
Ketenangan air
tasik di Taman Tasik Shah Alam itu langsung tak memberi ketenangan dihatinya.
Hatinya resah gelisah. Fikiran kacau bilau. Letih otaknya memikirkan sama ada
betul atau tidak keputusan yang bakal diambilnya. Sudah berhari hari difikirkan
dan sudah beberapa malam juga dia mendirikan solat Isthikarah, meminta petunjuk
Allah. Namun, belum ada sebarang petunjuk yang dia terima. Akhirnya, dia hanya
menurut kata hati sambil berdoa agar keputusan yang dia ambil adalah yang
betul. Yang bisa memberi kebahagian kepada semua orang.
“Assalamualaikum.”
Suara garau itu membuatkan Ayu berpaling dari arah tasik. Bibirnya menguntum
senyum nipis. Lantas kakinya diatur kea rah lelaki yang sedang menantinya di
bangku kayu.
“Maaf
terlambat. Meeting I lambat habis, then I dah terlewat untuk solat. Dah
lama tunggu?” Tanya Idraki sambil mempersilakan gadis yang manis berbaju kurung
itu duduk. Tiada kata – kata yang lahir dari mulut mungil itu, Cuma gelengan
sebagai jawapan.
“Kita
pergi minum dulu. Ada café nearby.
Jom?”
“Tak
perlu, encik. Saya nak balik cepat. Duduklah, I need to discuss something with you.” Ayu menolak lembut. Matanya
mengikut langkah Idraki yang mengambil tempat disebelahnya. Pandangan lelaki itu
jatuh pada air tasik yang beriak tenang. Sabar menanti Ayu membuka mulut.
Selalunya, hanya dia yang beriya – iya menelefon Ayu, minta untuk berjumpa.
Hairan juga dia bila mendapat panggilan dari gadis itu tengahari tadi. Di waktu
dia sedang sibuk pula tu. Namun bila melihat nama yang tertera di skrin
telefon, dia sanggup meninggalkan semua kerjanya ketika itu.
“You
kata benda nak bincang, what is it?”
Tanya Idraki setelah agak lama Ayu mendiamkan diri. Hanya jarinya yng bermain
sesama sendiri. Merenung Ayu yang cantik bertudung itu hanya menunduk, ingatan
Idraki kembali berputar ke peristiwa hampir setahun lalu. Dia memejam mata,
cuba membuang kenangan itu. Entahlah, susah benar dia ingin mengusir kenangan
itu.
“Encik
masih mahu jadikan saya isteri?” Ayu bertanya terus selepas dia menarik nafas
panjang. Mencari kekuatan untuk bertanya soalan seperti itu. Nampak seperti dia
terdesak benar. Tapi, dia memang terdesak pun saat ini.
Idraki
mengalih pandang. Wajah mulus Ayu direnung tidak percaya. Benarkah apa yang dia
dengar? Ayu sudi menjadi isteri dia? Terkebil – kebil matanya merenung sepasang
mata bulat itu. Agak lama mereka bertentang mata sebelum Ayu menundukkan muka.
Wajahnya terasa berbahang. Entah kenapa, renungan mata Idraki buat dia jadi
malu tiba – tiba.
“Kalau
encik dah tak mahu, tak apa. Maafkan saya Tanya soalan macam tu.” Ayu bangun
dari duduknya. Malunya bila Idraki seolah – olah menolak permintaannya. Namun,
belum pun dia sempat melangkah, tangannya digenggam Idraki.
“Sit down, Ayu. I tak cakap pun I tak
mahu.” Ujar Idraki tenang lalu menarik tangan itu agar kembali duduk. Ayu hanya
menurut sambil tangannya cuba dileraikan dari genggaman Idraki. Namun, seperti
biasa, genggaman itu terlalu utuh untuk dia leraikan.
“Boleh
I tahu, kenapa tiba – tiba you ubah fikiran?” Tanya Idraki. Matanya masih belum
puas merenung wajah Ayu. Bertambah comel bila pipi putih gebu itu merona merah.
Jarinya mengusap belakang tapak tangan Ayu yang digenggamnya.
Ayu
melepas keluh perlahan. Perlukah dia beritahu sebab sebenar kenapa dia
bersetuju berkahwin dengan lelaki ini? Perlukah Idraki tahu yang dia tiada
pilihan selain dari berkahwin dengan Idraki? Dia tidak mahu lelaki lain tahu
yang maruahnya sudah hilang. Lebih – lebih lagi lelaki bernama Luth Hakimi. Dia
sayangkan lelaki itu, tetapi dia tidak sanggup mengkhianati lelaki itu.
Bagaimana jika dia menerima Luth sebagai suami dan di malam pertama, Luth tahu
yang dia sudah tidak suci lagi?
“Encik
masih mahu bernikah dengan saya atau tidak? Saya hanya nak tahu jawapan encik.”
Ayu mengambil keputusan untuk tidak menjawap soalan Idraki. Lelaki itu tidak
perlu tahu apa – apa. Cukuplah jika Idraki sanggup bertanggungjawab dan juga
bertanggungjawab sebagai suaminya bila mereka sah bernikah nanti.
“Yes, Ayu. I will definitely akan ambil you jadi isteri I. Kan I dah cakap
yang I akan bertanggungjawab sepenuhnya pada you. I Cuma nak tahu, kenapa you
ubah fikiran?”
“Saya
dah tak layak untuk mana – mana lelaki pun. Saya Cuma nak penuhkan kemahuan
encik. Puas hati?” Jawap Ayu sedikit garang. Geram bila Idraki sedikit mendesak
tentang keputusannya. Tetapi, dia nanar seketika bila Idraki mengukir senyum
menggoda dan seterusnya ketawa kecil.
“You falling in love with someone, aren’t
you?”
“Encik
tak ada hak nak tahu hal peribadi saya.”
“You
lupa ke sayang? You’re my future wife
and I dah tahu you, in and out. Hal
you, akan jadi hal I juga.” Bisik Idraki rapat di telinga Ayu. Buat Ayu sedikit
kecut. Idraki seperti mengugut dia. Gaya Idraki buat dia gerun. Selama
mengenali Idraki, tidak pernah lelaki ini seperti ini.
Idraki
melepaskan genggamannya dan dia bangkit dari kerusi. Melangkah beberapa tapak
ke hadapan sebelum berhenti dan meraup muka. Dia beristighfar beberapa kali.
Tidak pernah terlintas dihatinya untuk mengatakan seperti itu tadi kepada Ayu.
Tetapi bila Ayu seperti mengiyakan jangkaan dia tadi, hatinya jadi sakit tiba –
tiba. Hatinya seperti tidak boleh menerima jika benar Ayu mencintai seseorang.
Padanya, Ayu hanya miliknya. Dia pernah memiliki Ayu di malam itu dan padanya
Ayu hanya miliknya seorang. Walau dia memilik Ayu secara haram malam itu, namun
dia akan pastikan Ayu akan jadi miliknya yang sah secepat mungkin.
“I’m sorry, Ayu. I don’t mean what I said just now. Just forget about it, okey. I
akan hantar rombongan meminang secepat mungkin. I’ll inform you soon.” Idraki kembali mengalih pandang pada Ayu
yang sedang menunduk. Jari jemarinya masih melekat antara satu sama lain. Kalau
tadi dia begitu yakin untuk menerima Idraki sebagai suami tetapi kini bila
Idraki bersedia untuk menghantar rombongan meminang, dia jadi ragu – ragu.
Mampukah dia menjadi seorang isteri yang sebenarnya sedangkan hati dan
perasaannya tidak pada lelaki itu?
“Sayang,
kenapa? Nak ubah fikiran pula?” Soalan Idraki yang di telinganya membuat Ayu
segera mengangkat wajah. Dah kenapa pula Idraki memanggil dia sayang? Kalau
dulu, asyik memanggil dia dear,
sekarang dah tukar sayang pula? Panggil nama saja tak boleh ke?
“Bukan..
Its just…” Ayu mengeluh kecil.
Perlukah dinyatakan yang dia sebenarnya belum bersedia menerima kehadiran
Idraki sebagai suami? Yang dia belum boleh melupakan tentang kekhilafan mereka
berdua di malam durjana itu?
“Ayu…
I know, perkenalan kita tak macam
orang lain. Pernikahan kita pun bukan sebab kita mencintai satu sama lain. Kita
bernikah sebab kejadian malam tu, tapi… I
promise you, I akan belajar mencintai you and insyaAllah, kita akan jadi suami isteri di dunia dan akhirat. That’s my promise and you can keep it here.”
Idraki memegang dadanya sendiri. Dia bagai mengerti kebimbangan Ayu. Dia juga
begitu, masih samar akan perasaannya terhadap Ayu. Dia Cuma boleh mengatakan
yang dia akan cuba untuk mencintai Ayu seorang.
Ayu
mengangguk kecil. Cuba menyematkan kata – kata Idraki sebentar tadi. Dia juga
begitu, walau belum boleh mencintai Idraki namun sebaik lelaki itu sah menjadi
suaminya nanti, dia akan menjadikan Idraki satu – satunya lelaki dalam
hidupnya.
“So,
bila I boleh hantar rombongan ke rumah you?” Pertanyaan Idraki membuat Ayu
mengangkat muka. Dia sendiri tidak pernah terfikir tentang itu. Niatnya ingin
berjumpa Idraki hanya untuk menyatakan persetujuan untuk bernikah. Tak sangka
pula begitu cepat Idraki bertanya soalan itu. Bertentang mata dengaan Idraki
membuat lidah Ayu menjadi kelu. Sejak kali pertama bertemu, renungan Idraki
memang tidak mampu ditentangnya. Renungan tajam Idraki buat dia tidak tentu
arah.
“Okey,
kalau you tak boleh jawab, I buat keputusan sendiri. Next week boleh?”
“Ha?
Tak cepat sangat ke?” Terkejut dengan keputusan Idraki, Ayu segera mengangkat
muka. Takkanlah begitu cepat Idraki hantar rombongan meminang. Rasanya masih
banyak yang perlu mereka selesaikan sebelum keluarga Idraki datang meminang.
“Lebih
cepat, lebih baik sayang. Dah lama sangat perkara ni tertangguh. I tak mahu ada
perkara lain pula yang jadi dan kita tak jadi nikah pula nanti.”
“Kita
tak perlu kenal hati budi masing – masing dulu ke sebelum encik datang
meminang? Encik tak kenal saya dan saya pun tak kenal encik.” Ayu memberi
alasan. Iye, dia setuju untuk berkahwin dengan Idraki, tetapi bukanlah secepat
ini. Kalau dah datang meminang pun Idraki minta minggu depan, ada pula Idraki
minta mereka bernikah bulan depan nantinya.
“Kita
boleh kenal hati budi masing – masing lepas kahwin, Ayu. Itu lebih afdal dan
dah sah di sisi agama dari kita keluar berduaan macam ni. Kalau ikutkan hati I,
esok jugak I nak datang meminang dan bulan depan kita menikah terus.” Kata –
kata Idraki buat Ayu terlopong. Kan, dia dah boleh agak. Idraki memang tak
sabar – sabar nak menikah dengan dia. Idraki ni sedar atau tidak yang mereka
bukan pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta dan dah tak sabar nak hidup
bersama. Mereka Cuma bernikah atas sebab keterlanjuran mereka berdua. Mujur
juga tiada benih yang bercambah di rahim Ayu akibat dari malam durjana itu.
Kalau tidak, tak tahulah dimana dia ingin letak muka. Tentu dia sudah lari
tinggalkan Malaysia demi menjaga maruah keluarga Pak Longnya.
“Merepek
apa ntah.” Hanya itu yang keluar dari bibirnya. Dia segera menutup mulut bila
Idraki merenungnya tajam. Tak sangka bolah terkeluar ayat seperti itu. Matanya
terkebil – kebil minta simpati bila Idraki masih merenungnya seolah – olah
marah.
“Merepek?”
Soal Idraki. Ada nada marah yang dapat dikesan oleh Ayu. Perlahan Ayu mengukir
senyum, manis. Cuba memujuk lelaki itu dalam diam.
“Maaf,
bukan itu maksud saya. Saya Cuma terkejut sebab benda ni macam cepat sangat.
Saya tak tahu samada saya dah bersedia atau belum.” Ujar Ayu perlahan. Sinar
kemarahan dalam mata Idraki Nampak pudar sebaik mendengar ungkapan maaf itu.
Sungguh lembut ungkapan itu buat marahnya reda dengan cepat.
“We’ll do it step by step, ya. Tapi, next week, I tetap akan datang meminang
you. Make sure you dah inform Pak Long and Mak Long you. Or, you
want me to tell your uncle?” Dalam memujuk, Idraki masih mempertahankan
keinginannya untuk datang meminang Ayu minggu depan. Ayu menarik nafas panjang.
Ketegasan lelaki ini sedikit menggetarkan dadanya. Nampak gayanya, lelaki ini
seorang yang amat tegas dengan pendiriannya.
“Tak
perlu. Biar saya saja yang beritahu mereka semua. Tapi….” Masih ada tapi dalam
bicara Ayu. Masih sangsi dengan keputusannya. Benarkah dia ingin serahkan
seluruh kehidupannya pada Idraki? Bersediakah dia untuk menerima setiap
kebaikan dan kekurangan yang ada pada Idraki? Sanggupkah dia? Bersediakah dia?
“Ada
tapi lagi? You masih sangsi dengan I, ye? I’ve
make you a promise, sayang. And I’ll
do anything to keep my promise.”
“It’s not about you. Saya Cuma risau yang
saya tak bersedia.”
“Kita
akan sama – sama belajar dan bersedia, Ayu. Ini bukan untuk sehari dua, tapi
InsyaAllah untuk selamanya. So, kita ada seumur hidup untuk belajar dan
bersedia. Ok?” Lembut suara Idraki memujuk. Dia sendiri seperti Ayu, masih
sangsi dan tidak tahu samada sudah bersedia atau belum. Namun, dia mahu memikul
tanggungjawab itu. Bibirnya mengukir senyum sebaik Ayu mengangguk perlahan.
Menjawab segala pujukannya tadi. Dengan anggukan itu, dia tahu, Ayu juga mahu
belajar dan bersedia untuk menerima dia seadanya.
“Thanks,
Ayu. Thanks, bagi I peluang untuk I tebus dosa I pada you.InsyaAllah, I tak
akan sia – siakan you dan you akan jadi isteri I selamanya.” Ucap Idraki
perlahan. Jemari Ayu dicapai dan dikucupnya. Tergamam Ayu dengan tindakan itu
namun tidak pula dia menarik tangannya seperti kebiasaan. Mungkin dek kerana
tergamam dengan tindakan itu hingga dia jadi blur dan tidak boleh berfikir.
Hanya setelah beberapa minit jemarinya masih di dalam genggaman Idraki, barulah
dia menarik tangannya.
“Saya
baru setuju nak jadi isteri encik, belum sah jadi isteri lagi. So, behave yourself.” Ujar Ayu buat
Idraki ketawa kecil. Gembira hatinya
kerana Ayu sudah setuju untuk menjadi isterinya dan Ayu tidak lagi mempamer
wajah masam setiap kali mereka bertemu.
Dan dihatinya,
seribu kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana semua doanya selama ini
sudah termakbul.