19.
Surah
Yassin yang baru selesai dibaca ditutup. Dia mencium surah itu lalu dua pusara
yang berdekatan itu direnung sayu. Agak lama juga dia tidak balik melawat
pusara kedua ibu bapanya. Segala yang terjadi kebelakangan ini buat dia hampir
terlupa untuk melawat kedua orang yang sangat disayanginya.
“Ibu,
abah… Ayu nak nikah lagi seminggu. Harap ibu dan abah restu pilihan Ayu. Ayu
tak ada pilihan lain, ibu. Ayu tak boleh terima dan kecewakan abang Luth.” Ayu
merintih hiba. Terasa sangat bersalah pada ibu dan bapanya kerana telah
mengecewakan mereka. Dia telah diberikan pendidikan agama terbaik oleh ibu dan
bapanya tetapi dia tergelincir. Hanya satu malam, semua pendidikan yang di
terima musnah. Hancur dek dosa besar yang terpalit dalam dirinya sehingg kini.
“Maafkan
Ayu…. Ibu, abah. Ayu dah kecewakan ibu dan abah. Ayu cuba nak tebus semuanya.
Ayu harap sangat ibu dan abah terima pilihan Ayu.” Sekali lagi Ayu berbicara
sendirian pada pusara yang kaku. Batu nisan diusap lembut, seolah memohon
pengertian dari kedua orang tuanya.
“Ayu
balik dulu, esok Ayu datang lagi. Lepas Ayu nikah, Ayu bawa suami Ayu melawat
ibu dan abah ye.” Ayu segera bangun. Matahari hampir tegak di atas kepala.
Badannya semakin berpeluh tersimbah dek cahaya matahari dan dia harus pulang ke
rumah pusaka ibu dan abahnya untuk memasak makanan tengahari pula. Kak Lin yang
diamanahkan untuk menjaga rumah itu juga tentu sudah hendak balik bila – bila
masa. Tadi pagi, ketika Kak Lin baru tiba di rumahnya, dia sudah siap untuk
tanah perkuburan ini, jadi tidak ada masa untuk bercerita panjang lebar dengan
Kak Lin yang peramah itu. Munirah, teman baik sewaktu di university juga
ditinggalkan berdua sahaja dengan Kak Lin di rumah. Kalau dia lambat, tentu
Munirah akan marah. Temannya itu tidak suka menunggu lama walaupun dia ditinggalkan
di dalam rumah besar itu.
“Assalamualaikum,
Kak Lin… Nak buat apa sampai penuh satu sinki ni?” Tegur Ayu sebaik dia masuk
ke dalam rumah melalui pintu dapur. Perkara pertama yang dia Nampak ialah
segala macam benda yang terisi di dalam sinki. Kak Lin pula sedang sibuk
memotong sayur kangkung di meja makan. Munirah? Entah kemana. Entah – entah
masih enak berlingkar di atas katil.
“Nak
masaklah. Itu, akak dah keluarkan ayam tapi tak tahu nak masak apa. Ayu ada
rasa nak makan apa – apa ke? Boleh akak masakkan.” Jawab Kak Lin sambil tangan
lincah memotong sayur yang banyak. Mereka hanya bertiga tapi banyaknya sayur
yang dipotong Kak Lin macam nak makan kenduri.
“Lah….
Kenapa susah – susah ni, kak? Ayu boleh masak. Tadi akak kata nak balik awal,
budak – budak balik sekolah nanti tak ada makanan. Sekarang akak masak pulak.
Sempat ke nanti nak balik?” Ayu bertanya lagi. Punggungnya dilabuhkan di atas
kerusi berhadapan Kak Lin. Sambil itu, jarinya membelek – belek sayur kangkung
yang sudah siap dipotong.
“Dah
alang – alang kamu balik ni, apa salahnya akak masak untuk kamu. Dah lama kamu
tak balik. Budak – budak tu nanti abang Syakir kamu jemput dari sekolah terus
bawak ke sini. Boleh kita makan ramai – ramai tengahari ni.” Balas Kak Lin
bersahaja. Risau juga memikirkan tentang apa yang akan dimakan oleh Ayu dan
Munirah. Kedua – dua gadis itu bukan pandai sangat memasak. Ayu, kalau nak
goreng nasi bolehlah. Munirah pula, langsung tak kenal sudip dan senduk. Anak
orang Bandar dan berada pula, mana nak tahu hal masak memasak ini semua. Kerana
itulah, dia telah berbincang dengan suaminya agar dia boleh memasak di sini dan
mereka makan beramai – ramai di rumah ini.
“Wah….
Best tu. Ayu pun dah lama tak jumpa anak – anak akak. Dah besar dan handsome
agaknya, kan. Ehrmm…. Akak nak masak apa?” Ayu teruja. Dia menggosok tangan
berulang kali. Sudah terbayang akan keenakkan masakan Kak Lin yang memang pakar
bab masak memasak. Dulu, kalau ada kenduri kendara di kampong ini, tentu Kak
Lin lah yang jadi tukang masak bertauliah. Cuma, sejak khidmat catering popular
di sini, sudah kurang orang kampong yang mahu memasak sendiri jika ada kenduri.
“Itulah
akak nak Tanya kamu. Nak makan apa?”
“Ikan
patin masak tempoyak, boleh?” Jawab Ayu teruja. Buntang mata Kak Lin
mendengarnya. Ayu ni memang suka segala jenis ikan sungai. Yang paling dia
suka, tentulah ikan patin masak tempoyak. Tapi, mana dia nak cari ikan patin di
waktu begini? Sudahlah suaminya masih sibuk di kebun pisang tinggalan kedua ibu
bapa Ayu. Bagaimana pula dia nak ke pekan? Ayu bukan ada sebarang kenderaan.
Munirah pula entah kemana menghilang sejak pagi.
“Mana
akak nak carik ikan patin waktu sekarang ni, Ayu oii… Esok aje akak masakkan
kamu gulai tu. Hari ni makan apa yang akak dah beli aje. Tak habis – habis
dengan patin masak tempoyak dia.” Kak Lin membebel panjang dan Ayu Cuma tarik
sengih. Tahu sangat dengan kerenah Kak Lin yang suka membebel jika ada perkara
yang tidak disukainya. Sebijik macam ibunya dahulu. Agaknya Kak Lin ni menuntut
dengan ibu dulu.
“Iyalah…
Janganlah membebel, kak. Tak letih ke mulut akak? Munirah mana, kak?” Ayu cuba
alih topik perbualan. Kalau dibiarkan, Kak Lin boleh membebel sampai ke petang.
Matanya meliar melihat ke ruang tengah rumah. Senyap sunyi dari suara Munirah
yang sama becok macam Kak Lin.
“Dah
keluar dari tadi. Akak Tanya kemana, katanya nak ke pekan. Tak tahulah apa yang
dicarinya. Ayu tak nak belajar masak ke? Minggu depan dah nak jadi isteri
orang. Tak teringin ke nak masak untuk suami tu nanti?” Soalan dari Kak Lin
buat Ayu termangu. Dia belajar masak hanya semata – mata untuk suami? Untuk
Idraki? Oh, Idraki bukan lelaki pilihannya hingga dia sanggup belajar memasak
demi lelaki itu. Tapi, cakap Kak Lin ada betulnya juga. Takkan dia langsung
tidak mahu memasak untuk lelaki itu? Idraki sudah nyatakan dari awal yang
mereka akan tinggal sendirian di kondominium milik lelaki itu sebaik bernikah.
Ketika itu, tentu dia yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan rumah itu.
Kalau untuk menjaga kebersihan dan mengemas rumah, memang dia tidak kisah, tapi
untuk memasak? Takkan setiap hari Idraki nak bawa dia keluar makan atau tapau
makanan sahaja. Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Sejak bersetuju menerima
pinangan Idraki, dia langsung tidak terfikir akan hal itu. Dia lebih senang
fikirkan hal sendiri dan menjalankan kehidupan seperti biasa. Persiapan
perkahwinannya juga lebih banyak diuruskan oleh Mak Long dan Puan Sri Aisyah.
Dia hanya mengikut sahaja. Malah, tema untuk acara nikah dan majlis resepsi
ditentukan oleh mereka berdua itu. Dia dan Idraki hanya menurut. Hinggakan
kadang – kadang Mak Long naik curiga dengan dia yang acuh tak acuh dengan
perkahwinan ini.
“Nantilah
Ayu belajar, Kak Lin. Lagipun, Idraki tahu Ayu tak pandai masak. Dia tak kisah
pun.” Ayu mencipta alasan. Sedangkan, dia dan Idraki langsung tidak tahu akan
diri masing – masing. Mereka bertemu hanya bila ada keperluan. Berhubung
melalui telefon dan sms juga sangat jarang. Boleh dikira dengan jari. Nasiblah
Idraki dapat isteri tak pandai masak seperti dia.
“Hiss….
Memanglah dia cakap tak kisah, tapi kamu tu, tergamak ke nak biarkan laki tak
makan? Atau makan kat luar aje setiap hari? Sesekali, kita kena jugak sediakan
makanan dari air tangan sendiri. Baru suami tu tambah sayang.” Kak Lin sudah
memulakan sessi ceramahnya. Sama seperti arwah ibu Ayu yang akan berceramah
panjang lebar setiap kali dia mengelat untuk belajar memasak. Entahlah, dia
cukup tidak suka mengadap segala jenis ikan, daging, ayam dan sayur untuk
dimasak. Tapi, kalau suruh dia buat kek dan manisan, sehari suntuk pun dia
sanggup terperuk di dapur.
“Err….
Nanti dah kahwin, Ayu belajarlah, kak.” Pendek jawapan Ayu, mengharapkan Kak
Lin akan senyap dari berbicara lagi tentang bab masak memasak ni. Namun,
leteran Kak Lin bagai tak ada penghujung, buat Ayu semakin galak menggaru
kepala.
“Assalamualaikum….
Apa yang bising – bising ni, Kak Lin? Dari luar rumah dah dengar suara Kak Lin
berleter ni…” Munirah yang tiba – tiba muncul di pintu yang menghubungkan
antara dapur dan ruang tamu membuatkan Ayu menarik nafas lega. Telinganya sudah
tidak mampu untuk menadah setiap butir leteran Kak Lin. Spontan, dia meraup
muka tanda syukur dengan kehadiran Munirah. Teman baiknya itu pula tersengih –
sengih dengan reaksi Ayu itu. Sudah faham yang Ayu sudah bosan dengan leteran
Kak Lin.
“Ha….
Dari mana ni? Keluarnya senyap, baliknya pun senyap. Tak dengar pun bunyi
kereta kamu?”
“Mana
nak dengarnya kalau akak asyik pot pet pot pet aje dari tadi. Mun keluar kereta
je dah dengar tau suara akak berleter.” Munirah, yang dipanggil Mun oleh Ayu
dan Kak Lin membalas setiap kata – kata Kak Lin. Begitulah jadinya bila dua
orang yang bermulut becok bertemu. Ada sahaja jawapan dari mereka bedua itu.
“Menjawab…
menjawab. Akak cili mulut tu karang.” Marah Kak Lin. Dia sudah sibuk membasuh
ayam di sinki. Dalam otak pula sibuk memikirkan juadah apa nak ingin disediakan
untuk mereka semua. Ketawa kedua teman baik itu dengan kata – kata Kak Lin.
“Alah,
alah…. Kak Lin sayang marah ye? Sorry ye, Kak Lin.” Munirah merapati wanita itu
lalu tubuh sedikit gempal itu dipeluk dari belakang. Terkejut Kak Lin, hampir
sahaja pisau ditangannya terlepas. Munirah yang senyum meleret dijeling geram.
Hish….
Apa peluk peluk ni? Busuklah kamu ni. Entah dari mana, main terjah je nak peluk
orang. Dah, dah… Pergi mandi, melekat bau peluh kamu dekat akak.” Marah Kak Lin
namun kedua gadis yang sudah dianggapnya adik itu hanya ketawa lepas. Munirah
melepaskan pelukan lalu mencuim tubuhnya sendiri.
“Mana
ada busuk. Kak Lin kedekut betullah. Nak peluk pun tak boleh.” Seloroh Munirah
dan disambut dengan ketawa lepas Ayu. Terhibur hati melihat Munirah mengusik
Kak Lin.
Oeylah,
kakakku sayang… Mun pergi mandi dulu ye. Kak Lin masak sedap sedap tau. Mun dah
lapar ni.” Munirah mengusik lagi. Sempat ditepuk tepuk perut kempisnya
sebelum dia berlalu ke bilik tidur yang disediakan untuk membersihkan diri. Ayu
yang melihat gelagat Munirah dan Kak Lin hanya ketawa. Gembira hatinya bila
dikelilingi oleh orang – orang yang disayangi.
“Kak
Lin…” Panggil Ayu manja setelah suasana bisu sebentar. Kak Lin yang sudah sibuk
memasak hanya memandang Ayu dengan wajah penuh pertanyaan. Keningnya diangkat
tinggi tanda bertanya soalan.
“Kenapa
akak dan abang Syakir pindah keluar dari rumah ni?” Ayu bertanya perlahan.
Sejak dia tiba semalam, benaknya dipenuhi dengan soalan itu. Entah sejak bila
Abang syakir sekeluarga pindah keluar dari rumah pusaka ibu dan bapanya.
Sedangkan sebelum dia berpindah ke rumah Pak Long, dia sudah berpesan pada
abang Syakir agar tinggal sahaja dirumah ini. Tidak perlu bayar sewa. Apalagi,
ia boleh memudahkan abang Syakir untuk ke kebunnya setiap hari. Lambat – lambat
Kak Lin menjawab setelah dia mengeluh kecil.
“Akak
dah dapat kerja kat kantin sekolah kat pekan tu. Jauh sikit dari sini. Kalau
tinggal disini, susah pulak abang Syakir kamu nak menghantar dan menjemput
akak. Lagipun, along dah masuk tingkatan satu dekat sekolah tempat akak kerja
tu, senang sekali jalan aje.” Perlahan Kak Lin menjelaskan.
“Tapi,
kan ke menambah belanja akak. Nak bayar duit sewa rumah sana tu lagi. Ayu bagi
duduk sini free aje, kak.” Tingkah Ayu. Tidak berpuas hati dengan penjelasan
Kak Lin. Bila ditanya pada abang Syakir, itu juga jawapan yang diberi.
Entahlah, tapi hatinya berat mengatakan yang mereka suami isteri ada
menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.
“Sama
aje, Ayu. Kalau akak tinggal disini, lepas tu abang Syakir kamu kena ulang alik,
sama aje belanjanya. Bukan akak tak jenguk langsung rumah ni, tiap – tiap
hujung minggu akak anak beranak datang bersihkan rumah ni.”
“Akak
ni, cakap macam Ayu suruh akak tinggal sini sebab nak jaga rumah pulak. Ayu
bukan apa, kak. Ayu tak nak rumah ni tinggal kosong. Lepas tu, reput macam tu
aje. Kalau boleh, Ayu nak rumah pusaka ni tetap ada. Tu sebab Ayu mintak abang
dengan akak tinggal sini.” Ayu sedikit berjauh hati. Juga bimbang andai
permintaannya disalah anggap oleh mereka berdua.
“Aish…
akak tak pernah fikir macam tu lah. Cuma, akak tak nak susahkan sapa – sapa. Tinggal
dekat dengan pekan tu, senang abang Syakir tak payah nak ulang alik. Akak ni
bukan tahu bawak kereta ke, motor ke. Semua nak harapkan abang Syakir. Ayu
jangan bimbanglah, akak tetap jaga rumah ni walaupun akak tak tinggal sini.”
Kak Lin mengelus lembut rambut Ayu yang terurai panjang. Dia faham, sejak kehilangan
kedua ibu bapa, Ayu menjadi sedikit sensitive. Jadi, dia harus pandai bermain
kata – kata agar Ayu tidak tersinggung. Dia membalas senyuman Ayu yang Nampak
tawar. Ada garis tidak puas hati dalam sinaran mata Ayu. Namun, hanya itu yang
mampu dia luahkan saat ini.
“Beb….
Kenapa kau tinggalkan phone kau dalam bilik? Bisinglah, menjerit aje dari tadi.
Aku mandi pun tak senang. Ni, berbunyi lagi. Jawablah.” Munirah tiba – tiba
menjerit dari pintu dapur. Dia menunjukkan telefon bimbit ayu yang masih
menjerit – jerit. Berhenti sebentar dan kemudian, menjerit semula.
“Ni,
bakal suami kau yang call kau ni. Cepatlah.” Munirah mendekati Ayu yang masih
buat tidak tahu dengan panggilan yang masih belum berhenti. Ayu buat tidak
endah. Dia mencebik bibir bila mendengar Munirah menyebut bakal suami. Idraki
lah tu! Siapa lagi bakal suaminya? Malas mahu mendengar suara Idraki. Jarang
benar lelaki itu menelefon dia, dah kenapa pula sekarang sibuk mencari dia.
“La….
Kau ni dah kenapa? Punya banyak miscalled dari suami kau ni, tak nak jawab ke?
Merajuk ke laki kau ni?” Munirah tetap membebel marahkan Ayu. Sakit kepala
memikirkan perangai Ayu. Minggu lepas, tak pasal – pasal Ayu telefon dia ajak
balik kampong. Dah lama Ayu tak telefon dia dan dah lama Ayu tak ajak dia ke
kampong ini. Tiba – tiba, ajak balik kampong pula. Lepas itu, sejak dari
bertolak dari Kuala Lumpur semalam, telefon Samsung Galaxy Mini milik Ayu ni tak
berhenti mendendangkan lagu tanda ada panggilan masuk tapi Ayu buat tidak tahu.
Bila dia jeling siapa yang buat panggilan, nama yang tertera tetap sama.
Idraki!
“Kalau
dia call lagi, cakap aku tak ada.” Selamba Ayu memberi arahan. Memang tak kuasa
nak dengar suara Idraki. Kepulangan dia ke kampong ini adalah secara senyap –
senyap. Dia tak pernah memberitahu Idraki dan keluarganya. Hanya Pak Long dan
Mak Long yang tahu. Itu pun sebab dia tak mahu kedua orang tua itu risaukan dia
jika dia tak balik ke rumah berhari – hari.
“Kau
nak suruh aku tipu laki kau pulak? Dah kenapa pulak kau orang berdua ni? Ha…
ni, ni…. Berbunyi lagi ni. Jawablah…” Munirah sempat melihat nama yang tertera
sebelum telefon itu dihulurkan pada Ayu. Sekali lagi Ayu mencebik bibir,
protes. Tidak mahu menjawab panggilan itu.
“Ini
bukan Idraki lah. Ni, mama. Mama mana pulaklah kau ni?”
Pantas
Ayu melihat telefonnya. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum lebar. Rindu
pada pemilik nama itu. Cepat disambarnya telefon ditangan Munirah dan menjawab
panggilan.
“Assalamualaikum,
mama…” Penuh manja Ayu memberi salam. Selepas Mak Long, pada mama lah dia menumpang
manja kini. Wanita yang dipanggil mama ini tidak pernah kurang dalam memberinya
kasih sayang. Malah, sejak kenal wanita itu sudah dirasakan seperti mamanya
sendiri.
“Waalaikumusalam….
Ayu kat mana ni?” Wanita itu bertanya terus ke perkara pokok. Bimbang dengan
kehilangan Ayu sejak semalam.
“Ayu
kat kampong, ma. Dah lama tak ziarah kubur ibu dan abah. Kenapa? Mama rindu
Ayu, ye?” Usik Ayu dan terus wanita di hujung talian ketawa lepas.
“Rindu
juga, tapi rasanya anak mama ni lagi rindukan Ayu. Sejak malam tadi muka monyok
je. Macam ayam berak kapur.” Mama ketawa lagi selesai berbicara. Ayu hanya
tersengih. Dalam pada dia nak kenakan mama, dia pula yang terkena. Tapi, kenapa
pula anak mamanya itu rindukan dia? Bukan ke lelaki itu tak pernah sayang dan
cintakan dia.
“Pandai
ajelah, mama. Betul ke anak mama rindu Ayu?”
“Iyelah.
Pergi kerja tadi, muka monyok. Belum pun tengahari dah balik rumah, muka monyok
jugak. Bila mama Tanya, katanya Ayu hilang. Dia call tak jawab. Kenapa? Kamu
berdua bergaduh ke?” Tanya mama, serius. Risau memikirkan anak dan bakal
menantu. Nak kahwin tak menyempat tapi segala persiapan diserahkan kepada dia
dan mak saudara Ayu. Kalau dipaksa ikut untuk membeli barangan dan mencuba
pakaian pengantin, muka masing – masing tak pernah nak manis. Kadang – kadang
curiga juga dengan mereka berdua ini. Entah apa yang buat mereka berdua nak
bernikah sedangkan tak Nampak macam orang bercinta.
“Idraki
mengadu dengan mama ke ni?” Tebak Ayu. Kalau bukan Idraki yang mengadu, takkan
mama selancar itu dalam berbicara. Tapi, kenapa pula Idraki nak monyok segala?
Bukankah Idraki tidak pernah ambil kisah akan dia. Selalunya tidak langsung
peduli untuk telefon dan bertanya di mana dia berada dan apa yang sedang dia
buat. Kenapa pula bila dia ingin habiskan masa – masa bujangnya tanpa gangguan
sesiapa, Idraki sibuk ingin menelefon dan tunjuk muka monyok pada mamanya?
“Mulanya
tak mengaku tapi kalau dah muka macam tu, kenalah mengadu jugak. Baru je Ayu
hilang sehari, dia dah risau semacam. Sayang sungguh dia kat Ayu ye.” Usik Puan
Sri Aisyah lagi sambil ketawa. Seronok mengenakan anak sendiri yang duduk tidak
jauh darinya. Dari tadi mendesak dia agar menghubungi Ayu. Sungguh dia tak
faham dengan kerenah mereka berdua ini. Bila berjumpa tak pernah nak mesra.
Bila dah berjauhan begini, anak terunanya resah gelisah macam kucing hilang
anak pula.
Ayu
mencebik bibir mendengar usikan mama Idraki. Sayang sungguhlah Idraki pada dia.
Entah apa pula yang Idraki hendak dari dia. Tentu ada sesuatu, kalau tidak
takkan Idraki beriya – iya nak telefon dia. Sampai sanggup gunakan mama dia
untuk menghubungi dia.
“Id
ada dekat sebelah mama ni. Ayu cakap dengan dia, ye.” Terkejut Ayu dengan kata
– kata Puan Sri Aisyah. Boleh pula wanita itu menawarkan dia untuk bercakap
dengan Idraki.
“Ma….
Tak perlulah. Nanti Ayu telefon Id sendiri ye.” Ayu cuba menolak lembut. Belum
masanya untuk berbual dengan Idraki. Selain tidak ada mood untuk berbicara
dengan lelaki itu, dia juga bimbang andai Idraki marahkan dia kerana balik ke
kampong tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu. Tapi, Idraki tiada hak untuk
marah. Belum berhak lagi kerana mereka masih belum bernikah. Jadi, dia masih
bebas untuk ke mana – mana tanpa pengetahuan dan persetujuan lelaki itu.
“Hrmm…
Idraki dah beriya nak cakap dengan kamu ni. Ada hal penting agaknya. Cakaplah
sekejap.” Puan Sri Aisyah berusaha memujuk. Idraki disebelah, walaupun Nampak
tenang tapi dari air mukanya, dia tahu anaknya itu memang teringin benar nak
bercakap dengan Ayu.
“Tak
apalah, ma. Kemudian aje. Lagipun, Ayu tengah sibuk ni. Tolong Kak Lin masak.”
Dalih Ayu. Sempat dijeling Kak Lin yang sedang mengacau lauk di periuk.
Tersengih lebar dia bila Kak Lin berpaling dan membuntangkan matanya tanda
marah. Telinganya dapat menangkap Puan Sri Aisyah berkata sesuatu kepada Idraki
namun tidak dapat dipastikan butir bicaranya.
“Oh…
rajin anak mama memasak. Ha, tak apalah. Id pun cakap, nanti dia call Ayu.
Jangan tak jawab pula. Jangan bergaduh. Dah dekat nak nikah ni, tak elok nak
masam, masam muka. Kamu berdua tu tengah darah manis.” Sempat juga Puan Sri
Aisyah memberikan ceramah. Naik pedih juga telinga Ayu yang mendengar. Dia
hanya membisu sebelum dapat peluang untuk mematikan talian. Sekaligus,
mematikan ceramah percuma Puan Sri Aisyah. Dia menarik nafas lega sebaik talian
putus. Kenapalah semua perempuan yang dia jumpa di Malaysia ini, suka sangat
berleter dan beri dia ceramah percuma?
“Hah!
Termenung apa tu? Tadi kata tengah sibuk tolong akak masak. Ni, tolong akak
masak ikan ni. Buat gulai.” Sergahan Kak Lin buat Ayu terkejut. Dipandangnya
wajah Kak Lin dengan mata terkebil – kebil. Kak Lin suruh dia masak gulai? Biar
benar… Dia takut gulai tu nanti bertukar jadi sup ikan pula.
“Biar
benar akak ni. Tak takut ke gulai ikan tu nanti hancur?” Tanya Ayu dalam senyum
lebarnya. Dalam hati, dia berdoa agar Kak Lin tak mendesak dia untuk memasak
lagi. Fobia sangat dia dengan kuali, sudip dan senduk. Walhal, dia sendiri tak
pernah cuba nak memasak apa – apa.
“Belum
cuba, belum tahu kan. Kalau buat kek, pudding dan segala bagai manisan tu
pandai, takkanlah nak masak gulai ni tak pandai.” Ayu menggaru kepala yang
tidak gatal. Hari ni memang hari membebel sedunia ke apa? Mula – mula Kak Lin,
lepas tu mama, sekarang Kak Lin semula. Sakit kepala kalau di bebel begini
setiap hari. Belum ada idea nak menjawab, telefon Samsung Galaxy Mininya berbunyi
lagi. Melihat nama yang terpapar di skrin, dia mengeluh. Lelaki ini memang tak
kenal erti jemu agaknya. Dah diberitahu pada mamanya yang dia tidak ingin
diganggu pun, Idraki masih tegar menghubunginya. Kalau diikutkan hati marah,
memang mahu dibiarkan sahaja deringan itu tapi bila terkenangkan yang dia
terpaksa mendengar bebelan Kak Lin, terus dia angkat kaki sebelum menjawab
panggilan itu.
“Assalamualaikum….”
Perlahan dia menjawab panggilan. Punggung dilabuhkan di anak tangga di muka pintu.
Menanti dengan sabar sebarang kemarahan yang bakal dihamburkan oleh Idraki
kepadanya.
“Waalaikumusalam….
Where are you?” Tanya Idraki terus ke perkara utama. Sejak semalam dia
bimbangkan Ayu kerana langsung tidak mahu menjawab panggilannya. Rasanya sudah
berpuluh panggilan yang dia buat sejak semalam. Tiada satu pun yang berjawab.
SMS juga begitu. Begitu banyak SMS yang dikirim, juga langsung tiada balasan
dari gadis yang akan dinikahi tidak lama lagi.
“Kampung.”
Ringkas jawapan itu. Ayu menarik nafas dalam. Kurang sedikit getar hatinya
kerana tidak kedengaran langsung nada marah dalam kata – kata Idraki.
“Bila
you balik kampong? Kenapa I tak tahu? Kenapa tak inform I yang you nak balik
kampong?” Bertubi – tubi soalan dari Idraki. Bimbang dan marah bercampur baur.
Walau sedar, dia masih belum punya hak atas setiap gerak geri Ayu, namun dia
juga bimbang akan keselamatan gadis itu. Belum pun bernikah, dia sudah rasa
yang Ayu kini di bawah tanggungjawabnya.
“Saya
balik semalam. Saja nak habiskan masa kat sini sebelum bernikah. Saya pun dah
lama tak ziarah kubur ibu dan abah. So, saya nak buat semua tu sebelum saya
jadi isteri orang.” Tenang Ayu memberikan jawapan.
“Okey….
Tapi kenapa tak inform I?”
“You
are not my husband yet. Rasanya belum jadi kewajipan I untuk inform you nor
your permission, right?” Masih tenang, namun Ayu sudah memulakan bunga
pertengkaran. Sejak setuju bernikah, hubungan mereka bukan bertambah baik,
sebaliknya Ayu sentiasa cari jalan untuk buat suasana jadi panas. Mujur juga
Idraki bijak dalam mengawal emosi marahnya. Kemarahan Ayu sering dilenturkan
dengan ketenangan Idraki dalam melayan kerenahnya.
“Bukan
tu maksud I. You boleh kemana saja tanpa inform atau kebenaran I tapi I jadi
bimbang bila you tak jawab call I, sms I, you langsung tak reply. I tak tahu
you kat mana, if anything happens, macam mana?” Idraki menyatakan kebimbangan.
Entah sejak bila dia jadi begitu prihatin dengan Ayu. Kebajikan Ayu menjadi
keutamaannya sekarang.
Ayu
mendengus perlahan. Hati disiram damai bila Idraki menangani kemarahannya
dengan kata – kata yang begitu lembut. Itulah yang buat dia selalu kalah dalam
berkata – kata dengan Idraki. Iye, Idraki seorang yang tegas, namun bila dengan
dia, kata – kata Idraki selalu lembut kebelakangan ini. buat Ayu tak jadi nak
marah.
“I’m
doing fine, encik Idraki. Thanks for your concern tapi bagilah saya masa untuk
sendirian sebelum kita jadi suami isteri.” Lembut juga Ayu membalas kata – kata
Idraki. Tanpa dia sedar, Idraki mengulum senyum di hujung talian. Ayu Nampak
keras kepala, namun jika pandai memujuk, Ayu senang menurut kata. Keras pada
luarnya tapi hatinya sangat mudah terpujuk.
“I
bagi you sepenuh masa untuk sendirian, Ayu. But don’t ever do this to me,
again. Just inform, supaya I tahu you dekat mana. I risau setengah mati bila
you hilang tiba – tiba.”
“Encik
risaukan saya? Risau saya lari dan tak kahwin dengan encik ke?” Pantas Ayu
memotong kata – kata Idraki. Masih ada curiga di hati tentang hajat sebenar
Idraki ingin mengambil dia sebagai isteri. Dan, kerana itu, dia sering menguji
lelaki itu dengan kata – kata sinis seperti tadi. Kedengaran Idraki melepas
nafas panjang, mungkin menahan rasa marah yang mula meraja di hati.
“Insyaallah,
pilihan I adalah yang terbaik. I tak risau you lari dari majlis kahwin kita. I
Cuma risau if anything bad happen to you. I bertanggungjawab pada you, so, I berhak
untuk risau, kan?” Terdiam Ayu mendengar jawapan Idraki. Kenapalah kata – kata
Idraki kadang kala menunjukkan yang lelaki itu amat ambil berat tentangnya,
tetapi bila bersua muka, Idraki tidak pedulikan dia? Apa sebenarnya yang ingin
Idraki tunjukkan pada dia?
“You
balik kampong dengan siapa? Tinggal dimana di kampong tu?” Idraki mengalih
tajuk perbualan apabila Ayu senyap tanpa jawapan pada pertanyaannya tadi.
“Dengan
kawan saya. BFF sejak di university. Tinggal di rumah peninggalan ibu dan abah
saya. Saya nak ziarah kubur ibu dan abah. Dah lama tak balik kampong dan ziarah
mereka.” Lancar Ayu berbicara. Bagai terlupa langsung akan kemarahan dan rasa
tidak senangnya pada Idraki. Tersenyum Idraki mendengar jawapan itu. Tiada lagi
kata – kata sinis dan tidak puas hati kedengaran dalam nada suara Ayu. Senang
benar hati gadis itu terpujuk.
“Then,
waktu malam tinggal berdua je dengan BFF you. Tak takut?”
“Nak
takut apa? Hantu? Tak pernah pulak dengar ada orang kena kacau dengan hantu kat
kampong ni.” Balas Ayu jujur. Terdengar Idraki ketawa kecil. Susah dia ingin
menafsirkan perangai sebenar Ayu. Sekejap marah – marah, sekejap pula mesra bak
kawan lama. Sekarang, dah macam budak lurus pula bertanya soalan seperti itu.
“Kalau
you kena kacau dengan hantu, I tak berapa nak kisah, sayang. At least, you
boleh baca ayat – ayat yang you tahu. I Cuma risau kalau ada budak bujang
kampong tu yang kacau you and your BFF. Awak berdua tu perempuan, kalau ada
yang berniat tak baik, macam mana?” Ujar Idraki selepas ketawanya reda.
Kedengaran serius membuat Ayu terdiam dan berfikir. Iye tak iye juga. Tak
pernah pula dia terfikir tentang itu.
“Takkanlah
kot….” Gumam Ayu perlahan, namun masih boleh didengar Idraki. Menggeleng kepala
Idraki mendengarnya. Lurus tak bertempat pula bakal isterinya ini.
“What
were you thinking, Ayu? Balik sana senyap – senyap. And then, tak terfikir
kemungkinan yang macam tu. That’s make me worry, you know.”
“Tapi….
Orang kampong saya baik – baik semuanya, encik.” Masih mahu mempertahankan pendiriannya,
Ayu menutur kata. Seingatnya, selama dia tinggal di kampong ini, tak pernah
pula dia dengar ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Setakat kecurian
kecil, biasalah.
“You
are too naïve, sayang.” Bidas Idraki, hati hampir tidak percaya dengan apa yang
baru diucapkan oleh Ayu. Sungguh pun masih tiada cinta di hatinya, namun
memikirkan segala kemungkinan buruk, hatinya bimbang. Dia jadi risau dan
rasanya, ingin sahaja dia terbang untuk berada disisi Ayu. Tetapi, mengenangkan
Ayu yang ingin bersendirian sebelum mereka sah bergelar suami isteri, dia akur.
Cuma kata nasihat yang boleh dia titipkan buat gadis itu buat masa ini. Bila
sudah bernikah nanti, tentu dia tidak akan benarkan Ayu balik ke kampong
sendirian tanpa dia menemaninya.
“Insyaallah,
tak ada apa – apa, encik. Encik jangan risaulah. Nanti saya ajak abang Syakir
temankan malam ni.” Lancar Ayu berkata – kata tanpa menyedari hati Idraki yang
sakit mendengar sepotong nama lelaki. Syakir siapa pula? Idraki mula curiga.
“Abang
Syakir siapa?” Tanya Idraki dalam nada marah.
“Err…
Abang Syakir tu pekerja kat kebun pisang arwah abah dulu. Sekarang, dia yang
uruskan kebun tu and….”
“You
nak mintak dia temankan you berdua? Takkan you bertiga aje dalam rumah tu.
Bahaya tau.” Cepat Idraki memotong kata – kata Ayu. Berdebar hati bila
memikirkan yang Ayu dan kawan baiknya bertemankan seorang lelaki di dalam
rumah. Rasanya dia belum gila untuk benarkan Ayu berbuat demikian. Berkerut
kening Ayu mendengar Idraki yang marah – marah dengan penjelasannya yang belum
habis. Sudahlah suka suka aje potong cakapnya sebelum dia habiskan ayat.
“Apa
pulak bertiga? Abang Syakir tu dah ada anak 4 orang, encik. Ni, isterinya
tengah sibuk masak kat dapur tu. Bila parents saya meninggal and saya pindah
rumah Pak Long, saya minta dia orang tinggal di rumah saya ni. Kami dah macam
keluarga pun. Sejak saya kecil lagi abang Syakir dah kerja dengan arwah abah.
Apa yang encik kalut sangat?” Jelas Ayu panjang lebar. Idraki mengurut dada
bila mendengar penjelasan Ayu. Surut debar di dada. Abang Syakir yang disebut
Ayu sudah berkeluarga, sudah punya anak 4.
“Kalau
begitu, okey then. I ingatkan you bertiga aje dalam rumah. Bahaya, tahu?” Ujar
Idraki, bimbang. Namun kata – katanya disambut dengan ketawa kecil Ayu.
“Itulah,
lain kali dengar apa orang nak cakap sampai habis. Jangan cepat sangat nak
potong cakap orang.” Ejek Ayu dalam sisa tawanya. Terkedu Idraki mendengar tawa
halus itu. Seingatnya, itu kali pertama dia mendengar tawa ikhlas Ayu sejak
pertemuan mereka. Iyelah, kalau dah senyum pun Ayu susah sangat nak hadiahkan
untuk dia, inikan pulak nak lihat Ayu ketawa.
“Ayu….
Sayang….” Panggil Idraki setelah agak lama dia terdiam.
“Siapa
sayang?” Marah Ayu dan Idraki mengukir senyum. Sejak awal bibirnya ringan
menutur perkataan itu untuk Ayu, dia sedar Ayu tidak suka. Berkali Ayu menegah
dia untuk memanggil dengan panggilan sebegitu, namun dia berdegil. Kalau dia
tak biasakan lidah dengan panggilan itu, bagaimana dia ingin belajar mencintai gadis
itu?
“Ayu…
it sounds so nice to hear you laugh. You should often laugh, dear.” Puji
Idraki, ikhlas walau dia tahu Ayu akan melenting. Biarlah, asalkan dia sudah
meluahkan rasa hati. Kali ini, Ayu pula yang terkedu. Otak bekerja keras mengingati
bila masa yang dia ketawa. Oh! Dia ketawakan Idraki yang salah sangka, yang
suka potong cakap dia. Ayu tutup mulut tiba – tiba.
“Err…
okeylah. Saya nak tolong Kak Lin masak. Assalamualaikum… Bye.” Tanpa menunggu
jawapan Idraki, Ayu segera mematikan talian. Tiba – tiba rasa malu dengan
lelaki itu. Selama ini dia pamer wajah masam dan tidak suka dengan Idraki, tapi
hari ini, tanpa sedar dia terlepas tawa. Aduh, malunya.
Ayu
bangkit dari duduk dan berlalu pantas ke dapur. Semakin di fikirkan tentang
Idraki, hatinya semakin berdebar pula. Rasa apakah itu? Sedangkan selama ini,
dia jadi tak ceria bila terkenangkan wajah tampan itu.