22.
“Assalamualaikum….
Good morning.” Suara garau itu menerjah telinganya sebaik dia membuka mata.
Dalam keadaan mamai, dia mengukir senyum dan kembali memejamkan mata. Tiga saat
kemudian, matanya buntang melihat wajah lelaki yang begitu hampir dengan wajahnya.
Spontan dia bangun duduk sambil menarik comforter dan menyelubungi seluruh
tubuh.
“Encik!
Buat apa kat atas katil saya ni?” Separuh menjerit, Ayu bertanya. Hairan
bagaimana Idraki boleh berada satu katil dengan dia. Kalau dah satu katil,
tentu mereka tidur bersama. Tidur bersama? Reflex pula Ayu tunduk memeriksa
dirinya. Masih elok berbungkus dengan pajama dia malam tadi. Rambut? Togel!
Cepat comforter ditarik menyembunyikan rambut yang dah tentu serabai macam mak
lampir. Idraki ketawa lepas sambil menggelengkan kepala. Lucu melihat Ayu yang
kalut semacam. Lupa agaknya yang mereka dah halal untuk tidur bersama.
“You
belum jawab salam I.” Masih mahu mengusik Ayu, dia sengaja tidak menjawab
soalan Ayu. Makin lebar senyuman Idraki bila sekali lagi Ayu membuntangkan mata
sambil mengetap bibir.
“Waalaikumusalam..
okey, sekarang boleh beritahu kenapa encik ada atas katil saya? Macam mana
encik masuk bilik saya ni? Eh, macam mana boleh masuk rumah ni?” bertalu – talu
soalan dari Ayu Berjaya menarik senyum lebar Idraki lagi. Tak habis – habis
dengan kalutnya. Boleh bertanya macam polis pencen. Entah yang mana satu yang
ingin dijawab dulu.
“Encik!”
Ayu sedikit menjerit. Tidak puas hati bila Idraki langsung tidak menjawab
soalannya.
“You
lupa ke, sayang? Semalam kita dah nikah. So, takde alasan kenapa I tak boleh
sekatil dengan you, kan?” Dalam senyum lebar, Idraki menjawab lembut. Ayu
terdiam seketika. Mata merenung Idraki dengan kerutan di dahi. Cuba mencerna
kata – kata lelaki itu sebentar tadi. Benarkah yang mereka sudah bernikah? Dia
cuba mengingati peristiwa semalam. Perlahan – lahan, otaknya yang mamai tadi,
kembali berfungsi. Spontan dia menutup mulut sebelum menepuk dahi sendiri.
Macam mana dia boleh lupa yang Idraki sekarang ini bergelar suaminya?
“Sorry, saya terlupa.” Ucap Ayu
perlahan. Serentak itu juga, dia menarik comforter yang melitupi kepalanya.
Rasa bersalah sangat. Baru pagi pertama bergelar isteri, dia sudah buat dosa
pada suami. Ayu menundukkan wajah, malu pada kesilapan sendiri.
“Orang
kata, kalau nak tengok kecantikkan asli seorang perempuan, tengok masa dia baru
bangun tidur.” Idraki bersuara sambil jarinya menyentuh dagu Ayu dan menolak
wajah itu agar memandangnya.
“Now I know, how beautiful is my wife. I
forgive you this time. Tapi, next
time you lupa yang I ni suami you…
I’ll punish you.” Usik Idraki. Dia mengukir senyuman bila Ayu terkebil –
kebil memandangnya. Sedikit demi sedikit, dahi Ayu mula berkerut. Mahu mencerna
kata-kata Idraki. Bicara itu lembut namun penuh dengan ugutan yang buat dia
kecut.
“Sudah,
pergi mandi. Subuh dah nak habis. I tunggu you. Kita solat sama.” Idraki
bergerak turun dari katil. Ingin ke bilik air untuk berwuduk semula. Wuduknya
batal gara- gara tangan gatal nak menyentuh Ayu tadi. Gatal sangat tangannya
sampai akal tak sempat nak menahan.
“Err… “
Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Mamai dan terkejut dengan perangai Idraki
di pagi pertama dia bergelar isteri kepada lelaki itu.
“Apa
lagi tu, sayang? Pergi mandi. Kalau lambat nanti, tak sempat nak solat pulak. Go, go.” Tegas Idraki. Dia menolak tubuh
Ayu yang masih terpinga – pinga. Kelam kabut Ayu turun dari katil. Tergesa –
gesa dia mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi.
Selesai
solat Subuh berjemaah, Ayu segera menyidai telekung dan sejadah yang mereka
gunakan. Setelah itu, dia menyikat rambut panjangnya di depan cermin. Sesekali,
matanya menjeling Idraki yang duduk di birai katil. Mata Idraki tidak lepas
dari memandangnya. Sesekali bertemu pandang, dia diserang debar. Mula terfikir
yang bukan bukan bila mata Idraki semakin tajam merenungnya. Dia melarikan anak
mata. Bergerak ke almari untuk mencari tudung yang sesuai digunakan untuk turun
ke bawah.
“Dah
siap?” Idraki bertanya lalu mendekati Ayu yang terkial – kial mengenakan
tudung. Dia sembunyi senyum melihat gerak geri Ayu yang serba tidak kena.
Malulah tu diperhatikan.
“Err..
sekejap. Tudung ni…” Ayu tidak menghabiskan ayatnya. Hati mula panas bila
tudung masih tidak betul letaknya. Apa yang tak kena? Tudung sarung aje pun.
Selalunya tak lah sesusah ni dia pakai tudung.
“Let me…” Idraki memegang kepala Ayu.
Segera dia membantu Ayu membetulkan tudung. Kaku Ayu bila Idraki tanpa segan menyentuhnya.
Lelaki ini tak tahukah yang dia dah sejuk kaki tangan bila berada dekat
dengannya?
“Okey, done. Hrmmm…. You look so sweet.
Jom.” Idraki mencapai tangan Ayu dan menarik Ayu agar mengikutnya. Terkial-kial
Ayu cuba menyaingi langkah panjang Idraki. Dia semakin pelik dengan Idraki ni.
Tak ada salam, tak cakap apa-apa, tiba-tiba aje jom?
“Err…
kita nak ke mana ni?” Dalam terkejar-kejar, Ayu bertanya.
“Turun
bawahlah, breakfast. I’m starving. You
tak lapar?” Idraki menghentikan langkah. Tajam matanya merenung Ayu yang masih
terkebil kebil. Jari naik menggaru kepala. Otaknya masih belum dapat menerima
sepenuhnya yang Idraki kini adalah sebahagian dari hidupnya. Bukan, bukan..
Idraki kini adalah hidupnya. Semua reaksi itu mengundang senyum di bibir
Idraki.
“Ada
apa ni, sayang? Dari tadi asyik blur aje. Mamai lagi ke?”
“Erm…
Erm… No, no.. Saya Cuma tak biasa dengan semua ni. Tiba-tiba awak ada dalam
hidup saya. Tidur, solat… err… nak breakfast pun sama.” Ayu kembali menggaru
kepala yang tidak gatal. Sukar untuknya menerangkan hal sebenar yang mengganggu
fikirannya. Takut Idraki tersalah faham pula.
“Memang
suami isteri akan sentiasa bersama, kan. Kalau tak bersama, apa fesyen pulak
suami isteri macam tu?” Idraki mula melayani resah hati Ayu. Dia dapat
menjangka yang Ayu sedang keliru. Perubahan hidup yang mendadak, tentu sahaja
Ayu tidak bersedia.
“Err…
macam nil ah. To be honest. Saya
belum bersedia sepenuhnya nak jadi isteri awak. Belum bersedia nak jadi isteri
sesiapa pun sebenarnya. So, saya harap awak maafkan saya kalau ada terkurang
kat mana-mana dalam layanan saya kat awak.” Ayu mencari mata Idraki. Ingin
pengertian dari lelaki itu. Biar Idraki tahu, yang dia masih terlalu mentah
untuk bergelar isteri dan memikul segala tanggungjawabnya.
“I’ve told you, sayang. Yang kita akan
belajar. We take it step by step, ok.
Don’t worry too much. Kalau ada yang
tak kena dengan you, I tegur. Kalau ada perangai I yang you tak suka, you boleh
tegur I.” Idraki memberi jaminan. Sejujurnya, dia juga belum bersedia
sepenuhnya tapi dicekalkan hati untuk menempuh perkahwinan ini dengan Ayu.
Terangguk – angguk kepala Ayu mendengar bicara itu. Lembut dan penuh keyakinan.
Dan, dia harap segala kata-kata itu akan ditunaikan oleh Idraki.
“Okey,
dah. Jom turun… I’m starving. Plus,
lagi lambat kita turun, nanti makin galak orang kat bawah tu mengusik. Macam I
tak tahu macam mana teruk you kena semalam.” Idraki kembali menarik tangan Ayu
menghampiri pintu. Namun, Ayu menarik tangan Idraki semula membuatkan langkah
Idraki terhenti lagi.
“Anything else, sayang?”
“Err…
satu je lagi. Saya tak pandai masak. Tak pandai macam mama, macam mak long.
Jadi, I’m sorry, saya tak boleh
masakkan awak sedap – sedap.”
Terlepas
tawa Idraki mendengar itu semua. Dia mendekatkan jarak dengan Ayu dan mencapai
tangan kiri Ayu dan menggenggam kedua-duanya. Senyuman mautnya segera
dihadiahkan kepada isterinya itu.
“Untuk
masa ni, I terima. But, not in long run.
Nanti, I hantar you pergi kelas memasak dengan mama.”
“Ha??”
“You’ve heard me. Dah, dah.. stop
talking. I dah lapar sangat ni, nanti pengsan masa bersanding, macam mana? Sapa
nak angkat I?” Seloroh Idraki sambil dia kembali menarik Ayu mengikut
langkahnya.
***********************************************************************************
Biasan
tubuh badannya di cermin dipandang tidak percaya. Sesekali, dia berpusing –
pusing di hadapan cermin. Dalam hati, dia memuji kecantikan dan kehalusan seni
pada baju yang tersarung di tubuhnya kini. Warna putih susu bersulam lace warna
hijau pekat menaikkan seri pada baju kurung moden yang dipakainya. Veil panjang
mencecah lantai pula menaikkan seri wajahnya yang sudah dirias oleh mak andam.
Sungguh Ayu sendiri terpegun dengan semua itu. Ketika dia menempah baju ini
bersama Idraki sebulan lalu, dia tidak menyangka secantik ini hasilnya. Dia
hanya diarah oleh Idraki untuk mencuba beberapa helai baju persalinan untuk
bersanding sebelum diambil ukuran tubuhnya oleh tukang jahit di butik mewah
itu. Dia sangkakan Idraki hanya akan menyewa salah satu baju di butik itu
tetapi rasanya baju ini dia tidak pernah lihat dan cuba.
Ketukan
di pintu bilik mengejutkan Ayu yang masih asyik memuji baju di hadapan cermin.
Segera dia berpaling sebelum dia memberi kebenaran masuk. Sejak selesai
disolek, mak andam meninggalkan dia sendirian di bilik suite mewah ini. Kata
mak andam, dia hanya perlu menanti sehingga dipanggil untuk turun ke majlis
resepsi. Ketika pintu bilik terbuka dan matanya terpandang susuk tubuh tegap
dan tinggi itu melangkah masuk, Ayu terkesima. Demi Allah, tidak pernah dia
melihat keindahan ciptaan Tuhan selain dari manusia yang sedang melangkah gagah
menghampirinya ini.
“Dah
siap sayang?” Tanya Idraki tanpa mengangkat muka. Dia masih sibuk membetulkan
kedudukan samping yang sudah dibentuk menjadi bunga. Rimas pula rasanya dengan
hiasan sebegitu. Belum lagi keris yang tersemat di pinggang. Bila Ayu tidak
menjawab pertanyaannya tadi, Idraki segera mengangkat muka. Dan, dia juga
terpegun melihat sesusuk tubuh menawan yang sedang berdiri kaku dengan bunga di
tangan digenggam erat.
Lama
mereka berada dalam dunia sendiri sehingga riuh suara Intan Shahila dan Intan
Shahima langsung tidak menyedarkan mereka yang sedang berbalas pandangan.
“Ehem!”
Intan Shahima berdehem sekali. Dia dan kakak kembarnya sudah tersenyum – senyum
di muka pintu. Entah bila berpakat, cepat Intan Shahila mengambil gambar tanpa flash
akan mereka yang sedang pegun merenung sesama sendiri. Kali kedua Intan Shahima
berdehem, masih kedua mempelai itu tidak sedar.
“Ayu!
Kau dah siap belum! Mak –“ suara petir Munirah yang tiba – tiba sahaja merempuh
masuk membuatkan Ayu tersedar. Dia segera mengalihkan pandangan pada Munirah
yang sedang berdiri bercekak pinggang tidak jauh dari mereka berdua.
“Ya
Allah… malam tadi tak puas ke renung muka husband kau? Abang Id ni pun, agak –
agaklah nak main mata dengan Ayu. Dah masanya lah nak bersanding. Malam ni
sambung balik.” Munirah masih membebel sambil tangan sibuk membetulkan pakaian
dan layah Ayu agar kelihatan kemas. Kawan baik itu tidk segan untuk membebel
dengan sesiapa, termasuklah dengan Idraki yang baru dikenalinya semalam. Kembar
berdua itu pula sudah terkekek-kekek ketawa di muka pintu.
“Mana
nak puas, Mun. Dah cantik sangat, rasa tak nak turun bersanding pulak. Boleh?”
jawab Idraki, selamba. Dia menyisir rambut ke belakang. Malu tertangkap
merenung isteri sendiri. Serentak Ayu membulat mata. Tidak percaya Idraki boleh
membalas begitu.
“Ish…
sabar – sabarlah, abang Id. Tak lari kemana dah wife abang ni. Korang berdua tu
pun, dari tadi mengekek ketawa kat situ buat apa? Korang tengok aje ye, apa tak
dipanggil?” Munirah masih membebel panjang. Puas hati dengan baju yang
tersarung di badan Ayu, dia bertindak membelek wajah Ayu pula. Dan, Ayu rasa
seperti dileter oleh orng tua pula bila Munirah masih menceceh entah apa – apa.
“Eh!
Kitaorng dah panggil, kak. Diaorang berdua tu yang tak sedar – sedar. Kitaorang
tengok aje la drama bisu ni. Best!!” Intan Shahila membalas pantas. Mengusik
Ayu yang masih tidak bersuara. Lebih seronok bila dapat mengusik Along mereka
yang turut tidak banyak cakap. selalunya, hanya mereka yang terkena, hari ini,
biarlah Idraki pula yang diusik habis – habisan.
“Sedap
korang mengata Along ye. Esok, siap korang!” Idraki sedikit marah. Tahu, sejak
bergelar suami semalam, kedua adk kembarnya tidak habis mengusik. Apa lagi,
kecoh juga mereka bergurau senda dengan adik-adiknya itu. Ayu pula tak banyak
membantu untuk membela dia. Ada tak ada pun, Cuma tersenyum sepanjang masa.
“Ha…
dah. Jangan nak bertekak pulak kat sini. Korang turun dulu. Belum cukup umur
dah pandai nak tengok drama. Dah, shuu…. Shuu… pergi turun.” Munirah memotong
bunga – bunga pertengkaran yang baru nak bercambah.
“Alah…
potoonglah Kak Mun ni. Kitaorang tengah sedap kenakan Along ni.”
“Takde,
takde, pergi turun. Pergi jadi bridesmaid
kat bawah tu.” Munirah menolak kedua kembar itu agar keluar dari bilik besa
itu. Sebelum mereka keluar, sempat lagi Idraki mengangkat ibu jari tanda bagus
kepada adik-adiknya. Dan, kembar itu menjelir lidah sebelum berlari keluar ke
pintu utama bilik suite mewah itu.
“Ok,
selesai dengan diaorang. Ayu, abang Id, jom turun. Sambung drama bisu korang
lepas majlis ye.” Munirah berpaling pada Ayu dan Idraki.
“Mun,
boleh tak kau jangan mulut murai sangat? Tak malu dengan Id?” Marah Ayu namun suaranya
agak perlahan. Tidak mahu Idraki yang agak jauh mendengar kata-katanya.
“Nak
malu apa? Abang Id okay je. Eh, cepatlah… diaorang dah menunggu tu.” Munirah menarik
tangan Ayu agar keluar dari bilik itu. Teragak- agak Ayu untuk mengikut bila
Idraki masih kaku ditempatnya memerhati tingkah mereka dari tadi.
“Mun, please wait for us at the lift. We’ll be
there in a minute.” Idraki mengarah perlahan. Matanya masih pegun di wajah
Ayu. Masih belum puas menikmati keindahan wajah yang sudah dirias nipis atas
permintaan Ayu sendiri.
“Tapi,
abang Id…”
“It won’t take long.. please…” Idraki
mengalih pandangan kea rah Munirah dan merenung lembut. Munirah mengangkat bahu
dan mengangguk perlahan sebelum melangkah keluar. Pintu bilik ditutup perlahan.
Sebaik Munirah hilang, Idraki melangkah menghampiri Ayu yang terkebil-kebil
memandangnya.
“Ready, sayang? Jom…” Idraki mengajak
lembut. Sengaja dilembutkan suara agar Ayu terpujuk. Tangan dihulur agar Ayu
menyambutnya namun isterinya itu masih kaku ditempatnya.
“Id…”
seru Ayu perlahan. Dan, mata Idraki menangkap pandangannya dengan lembut.
Berdegup kencang jantungnya saat berbalas pandangan begitu. Kelu lidah untuk
berkata-kata walau begitu banyak yang ingin dia katakan pada Idraki.
“Kenapa?”
Lembut Idraki bertanya.
“Saya….
ermm… I’m scared.”
Idraki
tarik senyumannya yang paling menggoda dan dia mencapai kedua belah tangan Ayu.
Pandangannya masih kaku di wajah cantik berias itu. Digenggam erat kedua tangan
Ayu dan dielus perlahan.
“Hold my hand, walk with me. I will never let
you go.” Sungguh lembut suara itu sampai ke telinga Ayu. Dia terpukau,
dengan ketampanan wajah dan gemersiknya suara yang sedang memujuknya itu.
Perlahan Ayu menganggukkan kepala dan kakinya mengikut sahaja bila Idraki
menariknya keluar dari suite mewah itu.
Pasangan
pengantin itu diraikan dengan penuh meriah. Mereka bersanding di pelamin mewah
sebelum makan beradab dan diakhiri dengan acara memotong kek. Sepanjang majlis,
Idraki tetap menunaikan janjinya untuk tidak melepaskan tangan Ayu. Seringkali
dia rasa tangan Ayu sejuk dan tubuh kecil itu sedikit menggigil ketika mereka
baru menaiki pelamin dan menjadi tumpuan ramai. Menyedari ketakutan itu, Idraki
akan mengeratkan genggamannya dan pandangan Ayu kepadanya selepa itu
benar-benar menyenangkannya. Agak lama majlis berlangsung tengahari itu kerana
terlalu ramai tetamu jemputan yang tidak mahu melepaskan peluang menepung tawar
pengantin. Hingga k akhir majlis, Idraki sudah dapat mengesan keletihan di
wajah Ayu kerana melayan tetamu yang tidak habis mengucapkan tahniah.
“Dah
penat ye?” Bisik Idraki perlahan di telinga Ayu ketika mereka bersalaman dengan
para tetamu yang mula meninggalkan majlis. Ayu yang baru selesai berbual dengan
tetamu yang dia tak kenal terus memandang Idraki. Senyuman manis diukir buat
suami yang setia disebelahnya sejak tadi.
“Sikit.
Tapi still okey. Awak dah penat?”
Tanyanya kembali dan anggukan kepala Idraki memberi jawapan. Mata yang sengaja
diredupkan menambah lebar dibibir Ayu.
“Sekejap
lagi majlis habis. Lepas tu, boleh rehat.” Pujuknya lembut. Idraki pula selamba
memeluk pinggang rampingnya.
“Kan
best kalau kita boleh baring atas katil sekarang ni.” Balas Idraki sambil
matanya masih asyik merenung Ayu. Kerutan di dahi Ayu sebaik mendengar jawapan
itu membuatkan dia tersenyum lucu.
“Ish…
majlis belum habis, dah nak baring atas katil. Sabarlah sikit.”
“Alah…”
“Ehem!”
suara berdehem di sisi mereka membantutkan hajat Idraki yng ingin mengusik
isterinya. Cepat-cepat mereka berpaling dan demi melihat wajah itu, Ayu pantas
menarik tangan Idraki yang masih membelit pinggangnya.
“Uncle!”
Idraki menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datuk Razif bersama
isterinya. Datuk Razif tersenyum lebar, gembira melihat pasangan pengantin itu
walau hatinya sedikit kecewa dengan pilihan Idraki.
“Dah
tak sabar ye? Tunggu sekejap lagi, tak lama lagi majlis habis.” Datuk Razif
mengusik. Membuat Ayu tertunduk malu dan Idraki tersenyum sambil tangannya
mengurut tengkuk. Tidak tahu bagaimana ingin membalas usikan yang begitu.
“Eh,
uncle dengan auntie dah makan? Ayra mana?” Idraki cuba mengalih perbualan.
Sengaja di bertanyakan Ayra agar kedua suami isteri itu tahu yang dia masih
menganggap Ayra sebagai kawan.
“Sudah.
Dah lama uncle dengan auntie kat sini. Nak berbual dengan Id tadi, you sibuk
atas pelamin tu. Ayra…”
“Macam
mana Ayra nak datang kalau boleh sakit hati tengok kamu bersanding!” Datin Rozy menyampuk tiba-tiba. Mendengar suara tidak puas hati wanita anggun itu,
Ayu yang dari tunduk, segera mengangkat wajah. Berkerut dahinya cuba memahami
maksud di setiap kata – kata itu. Dari memandang Datin Rozy, dia memandang
Idraki pula. Meminta pengertian. Dan Idraki hanya tersenyum membalas
pandangannya.
“Rozy…”
Datuk Razif menegur perlahan.
“Ayra
tak dapat datang. Outstation. Work comes
first, katanya. Tapi, dia ada kirimkan hadiah. Uncle dah letakkan kat
sana.” Datuk Razif masih berdiplomasi. Dia tahu dia kena terima yang Idraki tidak
menerima anak daranya itu walaupun sudah bertahun berpacaran.
“Oh…
saya faham. Say hi to her and thanks a
lot for the present.”
“InsyaAllah.
Uncle kena gerak sekarang. Selamat pengantin baru. Jaga isteri kamu baik –
baik. And you, young girl, jaga suami
baik – baik.” Datuk Razif sempat berpesan pada kedua mereka sambil bersalaman
dengan Idraki. Ayu yang menghulur tangan pada Datin Rozy hanya disambut acuh
tak acuh.
“InsyaAllah,
uncle. Terima kasih datang.” Ayu menjawab perlahan. Mereka berdua berlalu pergi
sebaik memberi salam.
“Ayra?”
Tanya Ayu sebaik Datuk Razif dan Datin Rozy hilang.
“Kenapa?”
“Looks like you got an explanation to do.”
“Jealous ke?’
“Nope. Why should I?”
Habis
tu kenapa tanya?” Idraki sembunyi senyum bila melihat Ayu yang tidak keruan.
Nak kata marah, tak juga. Nak kata cemburu tak juga. Tapi wajah itu punya
seribu makna tersirat.
Ayu
hanya mengjungkit bahu. Tidak ada jawapan untuk soalan Idraki. Cuma dia hairan,
Idarki dan Ayra macam punya hubungan istimewa.
“I’ve thought we gone trough with it.
Kita sedang belajar sayang. And
sepanjang masa itu, takkan ada orang lain except
you.” Pujuk Idraki lembut ditelinga Ayu sambil tangannya erat merangkul
pinggang Ayu.