3.
Langkah
kaki Hakim baru sahaja mencecah anak tangga terakhir ketika dia terdengar
namanya di panggil. Segera dia mengalih pandangan ke ruang tamu besar rumah
agam itu. Datin Maryam sudah tersenyum memandangnya sambil tangan menggamit
anak terunanya itu datang menghampirinya. Hakim melihat jam di tangan, masih
ada lagi satu jam sebelum temujanjinya dengan Adi. Kakinya melangkah laju ke
ruang tamu tersebut.
“Ada
apa,mummy?” Tanyanya sebaik melabuh duduk di sofa. Beg sandang berisi pakaian
ganti di letakkan di atas lantai bersebelahan sofa. Wajah putih bersih mummynya
di renung lama, tanpa sebarang perasaan.
“Hakim
nak pergi mana?” Tanya Datin Mariam lembut. Mata merenung penuh kasih anak
tunggalnya itu. Jenuh berusaha untuk mendapatkan anak yang seorang itu. kini,
Hakimlah racun dan penawar dalam hidupnya.
“Swimming.
Dengan Adi and the gang. What’s up, mummy?” Hakim kembali bertanya. Malas mahu
berlama-lamaan dengan Datin Maryam. Sejak kebelakangan ini, topic mummynya
ketika mereka berbual lebih terarah ke soal jodohnya dan pilihan mummy serta
daddy.
“Tak
ajak Risyha sekali?”
“Kim
nak pergi swimming, mummy. Takkan Risyha nak ikut?” Balas Hakim. Sejak
kebelakangan ini, kerap benar telinganya diasak dengan nama Risyha.
“Cubalah
ajak. Who knows.. dia nak ikut.” Masih belum berputus asa, Datin Maryam
berusaha memujuk. Hakim merengus kasar. Asyik-asyik nama Risyha. Sedangkan dia
sudah muak dengan nama itu. Entah apa motif mummynya kali ini.
“Kim
nak keluar dengan geng lelaki aje, mummy. Takkan nak ajak Risyha. It’s not
appropriate kan?” Hakim beralasan. Malas mahu berlama-lamaan dengan Datin
Maryam kalau inilah topik perbualan mereka.
“Sejak
Risyha balik sini, jarang sangat Kim nak layan dia. Dah terasa hati agaknya
Risyha, kasihan dia, Kim. Apa salahnya sesekali Kim bawak dia jalan-jalan.”
Hakim
melurut kasar rambutnya. Bosan sungguh. Bukannya Risyha tu tak biasa dengan
Kuala Lumpur ni. Belum lama pun Risyha meninggalkan Malaysia. Cuma dua tahun,
takkanlah gadis itu sudah lupa jalan-jalan sekitar KL ni. Telefon bimbit dalam
genggaman tiba-tiba bergetar. Dia pantas melihat telefon. Lebar senyumnya bila
sms dari Adi diterima.
Bro,
tolong ambik aku. Kereta aku breakdown.
Ringkas
pesanan dari Adi. Semakin lebar senyuman di bibir Hakim. Biarpun jauh
simpangnya antara rumah dia dan rumah Adi, namun dia berbesar hati untuk
mnjemput temannya itu. Sekurang-kurangnya, dia punya alasan untuk melarikan
diri dari Datin Maryam.
Ok…
tunggu aku kat rumah kau.
Selesai
membalas sms, Hakim angkat punggung dan mencapai beg sandang dan disangkut ke
bahunya.
“Got
to go, mummy. Nak fetch Adi.” Terangnya ringkas. Wajah tidak puas hati Datin
Maryam dipandang sepintas lalu. Tak mahu memujuk, kalau dipujuk tentu dia yang
akan lembut hati dan terpaksa mendengar bebelan Datin Maryam tentang Risyha
lagi. Dia mendekati Datin Maryam dan mencium dahi mummynya sebelum berlalu ke
pintu utama.
Datin
Maryam hanya memerhati dengan keluhan di bibir. Susah benar nak ajak anak
terunanya itu berbincang sekarang ini. Lebih-lebih lagi bila nama Risyha
disebut. Cepat sahaja Hakim melarikan diri. Seperti sekarang ini. Mengenangkan
usia Hakim dan kerenah anak itu yang gemar melayan perempuan keliling pinggang,
hati tuanya menjadi risau. Teman perempuannya silih berganti, tapi tiada satu
pun yang Berjaya melembutkan hati Hakim. Elok dilayan sehari dua, kemudian
Hakim sudah mengusung perempuan lain pula.
Arisyha,
anak teman baiknya yang cantik manis itu sudah dia berkenan benar. Baik tutur
kata dan manja. Walau pakaian agak menjolok mata, namun dia yakin, selepas
berkahwin, dia yakin Arisyha boleh berubah. Dia juga dulu begitu, sebelum
berkahwin, pilihan pakaian dia agak berani. Skirt pendek dan yang melekap di
badan sentiasa menjadi pilihan. Tetapi sejak berkahwin dengan Datuk Shahril,
dia mengubah penampilan. Dan dia yakin, Arisyha juga boleh begitu.
“Menung
apa tu, sayang?” Suara Datuk Shahril menjengah telinganya lalu sebuah kucupan
hinggap di pipinya. Dia tersenyum bahagia, di usia begini, Datuk Shahril tidak
pernah meninggalkan kebiasaan itu.
“Anak
bujang you.” Ringkas jawapannya.
“Kenapa
dengan dia?” Ringkas juga soalan Datuk Shahril. Dia mengambil tempat di sebelah
isterinya. Remote TV dicapai, lalu dia butang ‘on’ ditekan. Skrin yang gelap,
pantas bercahaya.
“Bila
I bukak mulut pasal Risyha, cepat saja dia angkat kaki. Belum sempat nak cakap
apa-apa, dia dah keluar.” Datin Maryam meluah rasa. Datuk Shahril menjeling
sekilas dan senyum senget. Isterinya itu memang dah beriya-iya nak
bermenantukan Arisyha, sedang Hakim belum puas enjoy.
“Dia
belum puas enjoy, sayang. Let him be. Bila dah puas esok, barulah you pujuk dia
terima Risyha tu.”
Datin
Maryam mencebik. Dah tiga puluh tahun, belum puas enjoy apanya?
“Macam
mana PA baru dia tu?” Datin Maryam mengubah topik. Sejak dikenalkan oleh Datuk
Shahril beberapa bulan lalu, dia sudah tidak bertemu lagi dengan gadis itu.
Gadis yang dipilih oleh suaminya untuk memantau gerak geri Hakim.
“So
far, I tengok ok aje. Selalu jugak kena marah dengan anak bujang you tu, tapi
budak tu memang hati keras agaknya. Mukanya tk berubah langsung. Elok pulak dia
senyum dekat Hakim lepas kena marah.” Kata-kata Datuk Shahril buat Datin Maryam
mengukir senyum. Pertama kali melihat Indah, memang tiada apa-apa yang pelik
tentang gadis itu. Namun, bila setelah agak lama berbual, dia perasan yang
Indah berbeza dari gadis-gadis yang pernah dia ketemu.
“Eloklah
tu, bukan senang nak handle Hakim tu. Baran dia bukan tentu masa, asal ada yang
tak kena, mulalah dia nak menyinga.”
Datuk
Shahril turut tersenyum. Kerana pans baran Hakim itulah, dia dan anaknya sering
tak sebulu. Apa tidaknya, baran Hakim itu menurun dari dia juga. Dia juga dulu
panas baran. Pantang salah sikit, mesti satu pejabat dia amukkan. Tetapi sejak
usia semakin meningkat, barannya juga berkurangan. Cuma sesekali dia menunjuk baran.
“Entah
perangai siapalah yang diikutnya.” Usik Datuk Shahril sambil menjeling
isterinya. Datin Maryam mencebik, siapa lagi yang panas baran dirumah selain
Hakim?
“Menurun
you lah tu. Gen panas baran you tu kuat sangat.” Balas Datin Maryam lalu disambut
dengan ketawa kecil Datuk Shahril. Perlahan dia memeluk bahu isteri tersayang.
“Tapi,
you tetap sayang I, kan. Sampai sanggup mogok lapar kalau I tak kahwin dengan
you.” Semakin galak Datuk Shahril mengusik. Sekali lagi Datin Maryam mencebik.
Kalau dia sanggup mogok lapar, apa kurangnya Datuk Shahril yang sanggup
berhari-hari berkunjung ke rumah orang tuanya semata-mata untuk memujuk ibu dan
bapanya walau ketika itu mereka berlainan agama.
************************************************************************
Tuala
kecil yang tersangkut di jaring, ditarik kasar sebaik dia melangkah keluar dari
gelanggan futsal. Badan berlengas dengan peluh setelah letih mengejar bola.
Mujur juga pasukannya menang. Rasa tidak sia-sia dia mengorbankan masa cuti
dengan menghabiskan hari disini.
“Wah…
masih berbisa.” Puji Aida sebaik dia melabuh punggung di sisi gadis itu. Masih
sibuk mengelap muka yang berjejeran dengan peluh, Indah tidak mempedulikan
kata-kata Aida. Temannya itu, sejak bertunang dengan jejaka pilihan, terus
bersara dari bermain futsal. Kalau tak dulu, Aida lah partner dia yng terbaik.
Gabungan mereka sering sahaja menjanjikan kemenangan jika pasukan mereka
memasuki mana-mana pertandingan.
“Kau
tak nak join, kalau tak mesti lagi power.” Balasnya ringkas. Mata leka
memerhati ketengh gelanggang. Selesai perlawanan suka-suka antara team yang
gemar bermain futsal disini, kedua-dua team masih sibuk bermain. Tak letih
masih belum puas.
“Well…”
Aida tiada jawapan. Bukan dia tak berminat tetapi tunangny melarang. Katanya
tidak manis seorang gadis terkejar-kejarkan bola di tengah padang. Walhal,
tunangnya itupun kaki futsal. Malah disinilah mereka berkenalan dan akhirnya
jatuh cinta.
“Cinta
sangat dengan tunang.” Ejek Indah. Sungguh dia tidak faham dengan ragam orang
bercinta. Sanggup melupakan apa sahaja demi orang tercinta walaupun perkara
itulah yang menjadi minatnya nombor satu. Zafril, tunang Aida itu bukannya
tidak pernah bermain futsal. Malah, Zafril antara star di dalam pasukan lelaki
itu. Lelaki itu juga tidak pernah ketinggalan menonton setiap perlawanan yang
disertai Aida suatu ketika dahulu. Tetapi, kenapa bila dah mengikat tali
pertunangan, Zafril melarang keras Aida terlibat dalam sukan ini?
“Kau
dah bertunang nanti, kau fahamlah, Dee.” Balas Aida perlahan. Dia faham maksud
kata-kata itu. Sebelum ini, ada juga Indah berkias-kias begitu, namun dia Cuma
senyapkan. Syukur juga Indah tidak pernah komen lebih daripada itu.
“Eh,
jom minum. Dahagalah.” Indah menukar topic. Tahu dia terlajak kata. Tidak
sepatutnya dia masuk campur urusan peribadi Aida dan tunangnya. Asalkan mereka
bahagia, sudahlah. Dia juga tumpang gembira.
“Jom.”
Ketika
mahu mengangkat punggung, telefon bimbit Indah berlagu nyaring. Cepat dia
menyeluk beg sandang. Melihat nama yang terpapar di skrin telefon, bibirnya
mengukir senyum paling manis.
“Assalamualaikum,
nek..” sapa Indah sebaik dia menjawab panggilan.
“Waalaikumussalm…
Indah apa khabar?” suara tua nenek kedengaran di hujung sana. Sungguh, dia
begitu rindu untuk mendengar suara itu. Apa lagi untuk menatap seraut wajah
yang semakin dimamah usia itu.
“Sakit..”
rengek Indah manja.
“Sakit?
Demam? Selsema? In dah pergi klinik? Dah makan ubat?” terdengar suara nenek
yang terlebih risau, Indah menahan tawa. Nenek memang begitu, risau sangat bila
dia kata dia tak sihat.
“Tak…
In sakit rindu… rindukan nenek…” Rengek Indah lagi lalu dia ketawa lepas.
Terdengar suara nenek yang merengus geram, semakin galak dia ketawa.
“Budak
ni buat nenek risau aje tau. Nenek tanya betul-betul ni.” Geram suara nenek
menuturkan namun membuahkan tawa yang semakin kuat di bibir Indah.
“Alolo….
Nenek Indah sayang ni dah marah. In sihat, nenek. Baru je lepas main futsal ni.
Nenek apa khabar? Sihat?” Indah segera memujuk. Sejak kebelakangan ini,
neneknya agak sensitif. Bergurau sedikit pun, neneknya sudah pandai merajuk
berhari-hari kalau tidak dipujuk.
“Nenek
sihat… Alhamdulillah. Indah main bola sepak tu lagi ye? Kan nenek cakap budak
perempuan tak elok main benda-benda lasak macam tu. Kenapa degil sangat cucu
nenek ni?” Nenek sudah mula membuka celotehnya. Sudah banyak kali diingatkan,
permainan seakan bola sepak itutidak sesuai dengan orang perempuan, tetapi
Indah tetap berdegil. Asal ada peluang, mesti Indah akan pergi bermain.
“Alah,
nenek ni… bukan bola sepak la. Futsal. Ramai budak perempuan yang mainlah,
nek.” Seperti biasa, bila dileteri, Indah cepat menjawab. Aida disebelah yang
mendengar, hanya menggelengkan kepala. Degil dan keras kepala, itulah Indah.
Bergaduh dengan neneknya adalah kegemaran nombor satu Indah. Namun, yang
peliknya, nenek itu jugalah orang yang pertama dicarinya setiap hari.
“Ada
aje jawapan kamu ni kan, Indah. Cakap nenek langsung kamu taknak dengar. Kalau
dah macam ni lasaknya, sapa yang nak meminang kamu ni?” Tambah neneknya. Indah
menepuk dahi. Balik-balik isu itu juga yang neneknya timbulkan. Risau sangat
tiada orang yang akan meminang Indah. Sedangkan dia, masih belum puas enjoy.
Umurnya pun baru aje dua puluh lima tahun ini. Banyak masa lagi.
“In
muda lagi la, nek. Tak mahulah kahwin. Kalau In kahwin nanti, sapa pulak nak
jaga nenek?”
“Tak
pernah kering idea kamu ni,kan.” Kata-kata itu membuatkan ketawa Indah terburai
lagi.
“Ok…ok…
sorry, nek. Tak mau merajuk ye… tak cantik lah nenek In bila merajuk.” Sekali
lagi, Indah memujuk. Seronok mengenakan neneknya, sekarang terpaksa pujuk bila
nenek dah merajuk.
“Manisnya
mulut. Ni, bila kamu nak balik? Dah lebih sebulan tak balik ni. Dah tak rindu
nenek ke?” Topik sudah berubah, namun masih ada nada merajuk dalam soalan
neneknya yang dapat dikesan oleh Indah. Dia mengukir senyum, siapa yang tak
rindukan insan yang terlalu besar jasa dalam hidupnya itu? Insan itulah yang
bersusah payah menjaganya sejak dia dibuang oleh ayah sendiri.
“Sorry,
nek. Sebulan ni memang In sibuk sangat. Nenek pun tahu kan, In baru aje dapat
kerja. Banyak sangat yang In kena belajar. Nanti bila In dah free sikit, In
balik ye..” Indah cuba memujuk. Hati turut raasa bersalah. Dulu, sebelum dia
bergelar PA kepada bapak singa tu, dia boleh sahaja balik ke kampong hampir
setiap minggu. Namun, sejak bekerja, dia kena korbankan kebiasaannya itu demi
untuk memahami selok belok tugasnya. Telinganya sudah sakit kerana asyik
dimarahi dan ditengking Hakim setiap hari. Jadi, dia harus cepat mahir dalam
tugasnya agar Hakim tiada ruang lagi untuk mencari kesalahannya.
“Sekarang,
kerja kamu lebih penting ye?” Masih terdengar nada merajuk itu ditelinga Indah.
Semakin lebar senyuman di bibir Indah. Rajuk itu harus segera di pujuk.
“Nenek
tetap yang nombor satu kat hati In, tau. Cuma sekarang ni, In kena kerja
betul-betul. In baru kerja, jadi kena cepat pandai. Kalau tak pandai nanti, bos
In marah In. Kesian In, hari-hari kena marah dengan bos.” Indah pula buat nada
merajuk. Sengaja memancing simpati neneknya.
“Eh,
cucu nenek kena marah? Sapa yang marah kamu, Indah. Biar nenek marahkan dia. Senang-senang pulak nak marahkan cucu
aku ni.” Sudah bertukar nada nenek. Dari merajuk ke marah yang tidak bertepi.
Memang jadi kepantangannya jika ada yang mengusik cucu kesayangannya itu.
Tertawa Indah dengan kata-kata neneknya. Reaksi nenek memang agak terlebih bila
melibatkan dirinya.
“Taklah,
nek. In cakap, kalau In tak pandai buat kerja, asyik salah je, mestilah bos In
marah. Jadi, sebelum bos marah, lebih baik In buat kerja dengan betul,kan.”
Pujuk Indah lagi.
“Hrmm…
iyelah. Betullah tu. Kamu tu pun bukan boleh kena marah, mulalah nak melenting.
Kalau dah marah tu, bukan kamu kira sapa.”
“Neekkkk…”
Indah merengek. Dalam pada dia cuba memujuk nenek, kesayangannya itu mengenakan
dia pula.
“Iye…
sudahlah. Dah nak Asar ni. Nenek nak bersiap, nak ke surau. Kamu tu, kerja
elok-elok. Jangan jadi macam yang dulu-dulu tu. Asyik kerja, berhenti. Kerja,
berhenti. Kawal sikit baran kamu tu.”
“Iye,
nek. In ingat.”
“Jangan
iye, iye je. Ingat dan buat apa yang nenek pesan ni. Jaga diri kamu elok-elok
dekat sana tu. Pesan dengan Aida tu sekali.”
“Iye,
nek. Insyaallah. In dengan Aida tak lupa. Insyaallah, hujung bulan ni, In balik
ye.”
“Iye.
Nenek letak dulu ye. Assalamualaikum.”
Indah
menjawab salam sebelum talian dimatikan. Dia menarik nafas panjang. Bercerita
dengan nenekny memang seronok tetapi setiap kali itu juga berjela-jela pesanan
dari nenek sebelum dia mematikan talian.
“Gaduh
apa pulak dengan nenek kali ni?” Tanya Aida yang dari tadi membisu. Sesekali
menelinga perbualan Indah dengan neneknya.
“Nenek,
biasalah. Futsal tu hanya untuk orang lelaki. Jangan garang sangat, kawal baran
tu… bla…bla…bla… macam biasa.” Terang Indah sambil menyedut minuman yang sudah
sedikit tawar kerana ais di dalamnya sudah mencair. Ketawa Aida mendengarnya.
Pesanan biasa dari orang tua yang risau anak-anak bersendirian di Bandar besar
seperti ini. Namun, dia tahu, Indah cukup
pandai menjaga diri.