23.
Sepasang
mata bulat Ayu semakin bulat, sebaik pintu utama kondo itu dikuak lebar.
Tercengang dan kagum berbaur di dalam dada. Sungguh, citarasa Idraki
benar-benar tinggi. Melihat pada pilihan perabot dan susun atur di ruang tamu kondo
itu, dia sudah dapat mengagak.
“Selamat
datang ke kondo kita.” Idraki berbisik di telinga Ayu.
“Jom,
masuk.” Idraki menarik tangan Ayu memasuki rumah bila Ayu masih tegak di muka
pintu. Teragak-agak Ayu mengikut langkah Idraki. Besarnya rumah ni, puji Ayu di
dalam hatinya. Mata masih meliar ke sekeliling ruang tamu.
“Ini
rumah awak?” Tanyanya bagai orang bodoh. Dia megikut sahaja bila Idraki menarik
tangannya sehingga dia terduduk di sofa mewah serba putih itu.
“Yup…
you like it?” Idraki menjawab pantas. Tangannya dipanjangkan ke atas sofa lalu
memeluk bahu Ayu. Mata masih ralit merenung Ayu yang belum puas meneroka ruang
tamu itu dengan matanya.
“Cantik…”
Balasnya lalu matanya memandang Idraki. Sebaik tersedar yang Idraki asyik
merenungnya, Ayu mengerut dahi. Dalam renungan Idraki buat dia tak senang duduk.
Dada berdebar tiba-tiba.
“Cantik
macam you….” Puji Idraki perlahan. Separuh sedar. Bila melihat kerutan di dahi
Ayu semakin dalam, barulah dia tersedar yang dia sudah terlajak kata. Bibirnya
mengukir senyum, seminggu menjadi suami, hatinya entah kenapa berbunga indah.
“Err…
Awak design sendiri?” Ayu mengalih pandang. Tidak senang dengan renungan itu,
dia mengalih topik. Lagi dilayan kata-kata Idraki, lagi gatal suaminya itu
nanti.
“Upah
designer. I tak pandai dalam bab hias rumah.” Idraki ketawa kecil. Kalau tak
kerana dia mahu berkahwin dan ingin tinggal disini bersama Ayu, memang dia
takkan habiskan duit untuk mengupah designer. Tentu mama yang akan jadi
mangsanya seperti sebelum ini.
“Cantik
sangat. Err… boleh saya tengok satu rumah ni?” Pinta Ayu. Walaupun dia tahu
yang dia akan mendiami rumah ini dengan Idraki, tetapi tuan punya mutlak rumah
ini tetap Idraki.
“Of
course, sayang. Ini rumah you jugak kan.”
“Thanks.”
Ayu mengangkat punggung sebaik Idraki memberi kebenaran. Ruang pertama yang ditujuinya
tentu dapur. Walaupun ruang itu tidak menjadi kegemarannya, namun dia tetap
tertarik dengan hiasan dapur di setiap rumah. Selesai meneliti ruang dapur, Ayu
memasuki bilik satu persatu. Meneliti dan memerhati ruang rumah yang baru
menjadi rumahnya.
“Awak….
Bilik saya kat mana?” Tanya Ayu sebaik dia melabuh punggung semula di sebelah
Idraki. Puas menjelajah setiap bilik, dia tahu hanya ada tiga bilik. Dua bilik
ada katil, satu lagi, hanya ada meja kerja dan binaan rak penuh dinding. Jadi,
yang mana satu biliknya?
“Bilik?
Jom, I tunjukkan.” Idraki bangun lantas mencapai tangan Ayu dan memimpin Ayu ke
sebuah bilik yang berhias cantik. Bilik besar yang Ayu lihat mula-mula tadi.
Tentu master bedroom, sebab ini bilik yang paling besar. Hiasannya juga lebih
cantik berbanding sebuah lagi bilik.
“Ini
bilik saya? Bilik awak?”
Idraki
mengerut dahi. Bilik dia? Tentulah di bilik yang sama, takkan nak berasingan
bilik pula?
“Disini
jugalah. Dimana lagi?” Tanya Idraki kembali.
“Err…
kita… satu bilik?” Ayu bertanya semula. Jari telunjuknya menunjuk kea rah
Idarki sebelum menuding ke dirinya sendiri.
“Of
course, sayang. You nak duduk bilik berasingan ke?” Soalan Idraki buat Ayu garu
kepala. Macam mana dia ingin terangkan. Sungguh, dia cukup takut untuk sebilik
dengan Idraki. Entah apa yang dia takutkan, sedangkan di rumah agam milik
keluarga lelaki itu, mereka tetap sebilik.
“Oh,
god… sayang. What were you thinking? Kita tidur lain-lain bilik? Mana you dapat
idea mengarut ni?” Idraki sedikit marah. Macam mana isterinya itu boleh
terfikir untuk tidur berlainan bilik? Mereka sudah halal untuk tidur sekatil.
Apa lagi yang Ayu takutkan?
“Err…
sorry. Saya Cuma….”
“Takut
I ambil kesempatan pada you? You lupa yang kita dah halal?” Marah Idraki.
Genggaman tangan dilepaskan dan dia melabuh duduk di birai katil. Kepala penat
memikirkan, di mana silapnya sehingga Ayu boleh terfikir untuk berlainan bilik.
“Awak…
saya minta maaf. Bukan tu maksud saya… saya Cuma…” Dalam usaha memujuk Idraki,
dia kematian kata-kata. Alasan apa yang dia ingin bagi? Ya, dia memang takut
Idraki ambil kesempatan. Dia belum bersedia. Tapi, jika difikir-fikirkan
semula, kenapa dia harus takut? Sedangkan ketika mereka tiada ikatan, dia
begitu berani menyerah diri kepada lelaki itu.
“I
tahu you belum bersedia, Ayu. I’m not forcing you to make love to me. I boleh
tunggu. Tapi jangan guna alasan itu untuk tidur bilik lain. Di rumah mama, kita
tidur sebilik dan sekatil, kan? Ada I ambil kesempatan pada you?” Idraki meluah
rasa. Sedikit kecewa dengan Ayu. Adakah isterinya itu ingat dia lelaki rakus?
Adakah Ayu ingat dia akan gunakan kekerasan untuk meniduri Ayu atas nama hak?
“I’m
sorry, Id. I’m really really sorry. Saya… saya…” Ayu mencapai tangan Idraki
lalu di kucup lama. Rasa cukup bersalah kerana membuatkan suaminya itu terasa
hati. Dia langsung tidak berniat, Cuma entahlah… hatinya cukup takut untuk
berada terlalu dekat dengan lalaki itu.
“It’s
okay, Ayu. Sudahlah, I pergi ambil beg kita di luar.” Idraki mengusap perlahan
kepala Ayu yang masih tunduk mengucup tangannya. Dia cuba menarik tangannya
tetapi Ayu masih tidak melepaskan.
“Sayang,
sudahlah. I forgive you. I tahu you belum terima I sepenuhnya. But please,
jangan bagi idea mengarut macam ni. This is really not good for our marriage.”
Idraki memujuk lembut. Kepala Ayu diangkat memandangnya. Melihat ada air jernih
di mata bulat itu, dia terkejut dan rasa bersalah.
“Kenapa
menangis ni, Ayu? I said, I forgive you, kan?” Idraki masih memujuk. Pipi yang
sudah dibasahi air, disapu lembut. Kemudian, dielus lembut pipi gebu itu.
“Saya
minta maaf…”
“Dah…
I tak mahu dengar lagi pasal ni. I pergi ambil beg kita diluar. Then, you kemas
pakaian you dalam almari ye. You boleh pilih mana-mana compartment.” Idraki
melepaskan genggamannya dan berjalan keluar bilik. Beberapa minit kemudian, dia
kembali semula dengan dua buah beg di tangan.
“You
kemas barang you dulu ye. Nanti dah siap, kita pergi keluar makan.”
Ayu
mengangguk perlahan tetapi bila dia melihat Idraki kembali menapak menuju pintu
bilik, laju mulutnya bertanya.
“Awak
nak ke mana?”
“I
nak check kerja-kerja I kat dalam bilik kerja. Bila you dah siap, carik I kat
sana, okey? Don’t worry, I tak lari ke mana.” Idraki mengusik. Melihat jelingan
geram dari mata bulat itu, Idraki ketawa kecil.
Kerja
– kerja mengemas pakaiannya tidaklah mengambil masa yang lama kerana tidaklah
bnyak mana pakaian yang dia bawa. Lebih sepruh dari keperluannya masih berada
di rumah Encik Saiful. Jarak kondominium dan rumah Pak Long serta mertuanya
tidaklah terlalu jauh. Jadi, dia senang untuk berulang – alik mengambil segala
barang – barangnya bila – bila masa.
“Awak…”
Panggil Ayu di muka pintu. Pintu yang tidak tertutup rapat itu, hanya di tolak
sedikit oleh Ayu. Nak terus masuk, dia tak berani. Manalah tahu, Idraki tidak
suka dia main terjah masuk saja bilik kerjanya ini.
Mendengar
suara manja dari isterinya itu, Idraki lantas mengangkat muka. Hilang sekejap
rasa stress menghadap kerja yang ditinggalkan hampir dua minggu. Senyuman
menggoda di hadiahkan kepada Ayu yang masih tercegat di pintu bilik.
“Masuklah.
Kenapa berdiri kat situ? Dah siap kemas barang you?” tanya Idraki sambil mata
merenung Ayu yang perlahan masuk ke bilik itu dan melabuh duduk di sofa
berhampiran meja kerjanya.
“Sudah..”
Ayu mengangguk laju. Hajatnya, dia ingin kemaskan sekali rumah ini kerana tidak
mahu mengganggu Idraki yang sedang membuat kerja. Namun, melihat rumah itu yang
sudah bersih dan kemas tersusun, dia tiada pilihan selain datang menjengah
Idraki.
“So,
dah lapar?” soal Idraki. Matanya masih asyik merenung Ayu. Sejak menjadi
isterinya, dia semkin tidak jemu memandang wajah itu.
“Not
quite.” Pendek jawapan Ayu. Mata turut sama merenung Idraki tetapi kemudian dia
mealrikan mata bila Idraki semakin dalam merenungnya.
“In
that case, kita lunch after solat Zohor ye? I nak check a few things about my
work. Boleh?”
“Boleh…
saya keluar dululah. Tak nak kacau awak buat kerja.” Ayu lantas mengangkat
punggung. Namuun tegahan Idraki buat langkahnya terhenti. Pandangan penuh tanda
tanya dihadiahkan kepada suaminya itu.
“Duduk
sahaja lah kat sini. I tak kisah you duduk dekat dengan I. boleh jugak I cuci
mata.” Usik Idraki sambil mengenyit mata. Ayu mengerut dahi melihat aksi Idraki
itu.
“Euww..
gatal! Tak mahu lah, saya nak tengok TV kat luar.” Ayu menjawab lalu terus keluar.
Semakin di layan kerenah Idraki, semakin gatal jadinya lelaki itu nanti. Idraki
ketawa lepas. Sejak menjadi isteri, Ayu sudah tidak lagi menunjuk wajah masam.
Malah, Ayu sudah semakin berani membalas usikannya.