Tuesday, 27 January 2015

Kerana Kamu 12


12.
                Dhamirah menghempas tubuh kecilnya ke tilam empuk. Terasa selesa dapat berbaring di tilam empuk setelah berbulan dia terpaksa tidur di sofa. Memang sofa di bilik Haris itu besar dan empuk juga tapi tidaklah seempuk tilam ini. Dari melentang, Dhamirah tukar posisi. Dia mengiring ke kiri sebelum beralih mengiring ke kanan pula. Menikmati katil queen size miliknya kini. Bila difikirkan semula, elok juga mereka pindah tinggal berasingan dari orang tua Haris. Dia dapat kebebasan sepenuhnya di rumah ini. Haris sudah awal-awal mengarah dia duduk di bilik ini sedang lelaki itu mengambil bilik master bedroom. Tidak kisahlah di bilik mana pun dia duduk, asalkan tidak sebilik dengan Haris. Renungan tajam Haris sejak akhhir-akhir ini memang buat dia kecut perut.
                Bangun dari pembaringan, Dhamirah terus ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri setelah letih mngemas tadi sebelum turun untuk memasak pula. Sikap memerintah Haris memang tidak pernah hilang. Yang lelaki itu tahu sejak pindah masuk tadi adalah memerintah dan mengarah. Sedangkan lelaki itu hilang ke dalam biliknya sebaik selesai mengeluarkan arahan ala-ala Hitler dia tu.
                “Dah siap kemas rumah ni, kau pergi masak. Bahan masak ada banyak kat dapur tu. Jangan nak jadi pemalas kat rumah aku ni.” Dhamirah mengajuk semula kata-kata Haris sebentar tadi. Sesedap rasa sahaja suami kesayangannya itu mengarah. Mentang –mentang rumah ini, dia yang punya, senang sahaja dia berlagak. Dhamirah masih membebel sendirian. Letih bila dia dibiarkan sendirian mengemaskan rumah sebesar ini. Banglo dua tingkat di Gita Bayu ini memang luas. Sedangkan Haris seronok mengulit mimpi di dalam bilik. Agaknyalah, sebab dari tadi, lelaki itu memang tidak muncul langsung.
                Usai mandi dan membersihkan diri, Dhamirah segera ke dapur. Peti ais di buka untuk melihat barang yang boleh dimasak untuk makan tengahari mereka. Kosong… yang ada hanya beberapa kotak Peel Fresh dan susu Dutch Lady berperisa coklat. Sekotak kurma dan buah-buahan yang bermacam jenis. Beralih ke beku sejuk, hanya ada ayam goreng segera dan beberapa jenis coklat. Dhamirah mengerut kening, tadi Haris kata ada bermacam jenis lauk yang dia boleh masak. Tetapi, jika hanya ini, apa yang dia mahu masak? Tidak berputus asa, Dhamirah menyelongkar pula cabinet dapur yang panjang. Habis dibuka satu persatu dari atas ke bawah. Yang dia jumpa hanya Maggie perisa kari dan asam laksa. Mujur juga ada minyak dan bawang serta beberapa keperluan lain.
                “Nak masak apa kalau macam ni?” Dhamirah garu kepala sendiri. Kalau di tak masak, tentu singa jantan itu mengamuk. Tetapi dengan bahan yang terhad begini, apa yang boleh dia masak. Akhirnya, dia mencapai paket maggie perisa kari. Apron yang tersangkut di tepi pintu dicapai lalu disarung ke tubuhnya. Dengan lafaz Bismillah seperti yang selalu di pesan mama, Dhamirah mula lincah memasak Maggie kari ciptaannya sendiri.
                Setengah jam kemudian, Maggie kari yang berasap nipis sudah terhidang di meja makan. Dia tersenyum puas. Sudah agak lama dia tidak memasak dan makan mee segera itu. Sejak berkahwin dan tinggal di rugam agam mertuanya, dia jarang sekali dapat memasak. Mak Ton sering menegah dia untuk memasak. Dia Cuma dibenarkan membantu Mak Ton di dapur, itupun selepas penat dia buat muka comel ala-ala minta simpati depan Mak Ton. Sibuk membancuh air dan menghidangkan makanan di meja makan, dia tidak sedar Haris yang sudah menuruni tangga. Dia kelaparan kerana sejak pagi, dia hanya menjamah sedikit nasi goreng di rumah sebelum sibuk mengangkat barang untuk berpindah. Sampai di sini pula, dia langsung mengurung diri di dalam bilik. Tidak mahu berdepan dengan isterinya itu dan membiarkan Dhamirah mengemas apa yang patut di rumah ini.
                Dari tangga, Haris sudah terbau enak mee segera yang disedia Dhamirah. Dia senyum senang, perut sudah berkeroncong, Dhamirah pula sudah siapkan makanan. Tapi…. Takkan Maggie? Kakinya segera diatur ke ruangan makan. Di meja makan berkerusi enam itu, dia nampak satu mangkuk yang masih berasap di tengah meja. Isterinya entah di mana, mungkin masih sibuk di dapur. Dia menjenguk ke dalam mangkuk, mee segera nampak begitu menarik di pandangannya. Sekali lagi, bibirnya mengukir senyum.
                “Abang dah turun? Jom, kita makan..” Dhamirah yang baru keluar dari dapur menegur Haris. Terus hilang senyuman di bibir Haris dan dia menjeling Dhamirah. Namun, dia tetap menarik kerusi dan melabuh duduk di kepala meja. Dia hanya memerhati Dhamirah yang meletakkan sepinggan ayam goreng bersebelahan mangkuk mee segera. Kemudian, dia menghidangkan Haris dengan mee segera sebelum menuang air peelfresh ke dalam gelas.
                “Banyak barang makan dekat dapur tu, ini aje yang kau masak? Kau ni tahu masak ke tidak?” keras suara Haris menegur. Sepinggan mee segeraa di depannya masih belum disentuh walau dia sudah menelan liur berkali-kali. Dia mesti menegakkan ego di hadapan Dhamirah.
                Dhamirah menjeling geram sambil duduk di kerusi berhampiran Haris. Suaminya itu tahu atau tidak dengan keadaan dapur di rumah itu. Kalau banyak bahan masakan, tidaklah dia masak mee segera sahaja. Namun, jelingan Dhamirah itu buat jantung Haris berdetak keras.
                “Abang dah lama tak jenguk dapur ye? Mira jumpa barang ni aje. Jadi, ini sajalah yang Mira boleh masak.” Balas Dhamirah perlahan. Dia mengerling Haris. Lelaki itu membuntangkan mata melihatnya, tidak percaya. Takkanlah… sebelum pindah masuk, dia sudah minta Remy dan Johan beli beberapa barang dapur agar senang Dhamirah nak masak. Tidak perlu dia membawa Dhamirah ke pasaraya. Kawan-kawannya ini, tahu ke tidak membeli barang dapur.
                “Takkan ini je?” Tanya Haris, lebih kepada dirinya sendiri. Tetapi, Dhamirah laju mengangguk. Haris melepas keluh. Dia kena telefon Remy dan Johan dan maki kawannya itu cukup-cukup. Sengaja sabotaj dia ke apa ni?
                “Abang makan yang ini aje dulu ye… Nanti petang Mira keluar beli barang dapur. Takkan malam ni, nak makan ini jugak.”
                “Kau nak pergi dengan sapa?”
                “Lily..” Balas Dhamirah pendek. Sudah lama tidak lepak-lepak dengan Lily. Sekarang, dia hanya jumpa Lily di universiti. Lepas kelas, dia bergegas balik, takut Haris marahkan dia. Beberapa kali juga Lily merajuk kerana dia sering menolak bilaa teman baiknya itu mengajak jalan-jalan atau window shopping.
                “Berdua?” Haris masih belum jemu bertanya. Dhamirah mengangguk laju. Siapa lagi yang dia mahu ajak. Oh.. kalau dia ajak mama, tentu seronok juga. Tapi, tak ke nanti mama tanya dia soalan yang dia susah nak jawab?
                “Abang nak makan ke tidak? Mira dah lapar ni.. Lagipun nanti, Maggie ni kembang, dah tak sedap.” Dhamirah senyum comel, minta simpati lagi. Taktik biasa dia depan Mak Ton. Tapi, bila Haris jegilkan mata, terus hilang senyuman di bibirnya. Lupa, dia bukan cuba pujuk Mak Ton, tapi Haris.
                Haris merengus tetapi dia menadah tangan, membaca doa makan. Suatu kebiasaan di meja makan di rumah keluarga Haris. Dhamirah juga sudah terikut-ikut. Sebab itu, dia tidak akan makan selagi Haris tidak membaca doa makan. Usai berdoa, Haris tidak tunggu lagi. Perut sudah lapar, makan saja apa yang sudah sedia di depan mata. Pertam kali maggei mencecah tekak, Haris akui, masakan Dhamirah memang sedap walaupun sekadar mee segera.
                “Nanti kau bagi aku no akaun bank kau.” Bicara pertama Haris selepas sepinggan mee segera telah selamat di dalam perutnya. Kini, tangan sibuk mencapai ayam goreng segera yang turut di goreng Dhamirah sebentar tadi.
                “Hah?”
                “You’ve heard me. Bagi aku no akaun bank kau.”
                “Nak buat apa?” Dhamirah bertanya keliru. Nak buat apa Haris minta nombor akaun banknya? Nak semak jumlah wang dalam akaunnya kah?
                “Kenapa kau banyak bunyi sangat ni? buat ajelah apa yang aku suruh.” Malas mahu melayan, suara Haris sudah meninggi. Geram kerana sejak tadi, Dhamirah semakin berani mempersoalkan dia. Jiin mana pulak yang menyampuk isterinya ini? Kalau di rumah sana, bukan main Dhamirah takutkan dia.
                “Tapi….”
                “Dhamirah…” Suara Haris sudah tegas. Dia merenung tajam Dhamirah yang terkebil-kebil memandangnya. Suara sebegitu sudah dimengerti Dhamirah. Itu tandanya Haris sudah tidak mahu memanjangkan lagi perbincangan mereka. Dan, itu juga tanda yang Dhamirah mesti mengikut kehendaknya dan masanya untuk dia senyap.
                “Ok..” Balas Dhamirah lemah. Suasana menjadi sunyi semula. Masing-masing leka melayan perasaan sendiri dan tidak mahu berbual lagi.
                “I’m full. Lepas kau dah habis, kemas semua ni.” Haris menolak pinggan kosong ke hadapan Dhamirah. Dia meneguk lagi segelas air peelfresh dan bangkit berdiri.
                “Oh ya, kau nak keluar nanti, panggil aku.” Arah Haris lalu kakinya melangkah laju memanjat anak tangga. Dhamirah yang melihat hanya terlopong. Begitu sahaja Haris tinggalkan dia?
*****************************************************************************
                Suasana di dalam pasaraya Aeon Big Alamanda itu sesak dengan orang. Hujung minggu, masing-masing ambil peluang untuk membeli belah. Apa lagi, pelbagai keperluan boleh di cari di sini. Dhamirah menolak perlahan troli yang masih belum penuh. Dia masih membelek satu persatu barang keperluan yang dia ingiin beli. Sebelum keluar rumah tadi, dia sudah siapkan senarai barangan yang ingin dibeli. Cukup panjang senarai yang dia tulis memandangkan dapr rumah itu memang kosong.
                “Aku macam tak percaya.” Lily menegur sambil dia turut membelek tin sardine yang dari tadi di belek Dhamirah.
                “Apa?” Dhamirah membalas acuh tak acuh. Perhatian masih pada deretan tin sardine di hadapannya.
                “Kau shopping barang dapur.” Lily ketawa lepas. Apa tidaknya, sebelum ini mereka berdua kalau keluar lebih teruja untuk masuk ke kedai kasut, kedai pakaian, atau paling tidak cuci mata di Parkson dalam bangunan yang sama. Tapi, bila Dhamirah menelefonnya dan mengajak dia membeli belah barangan dapur, memang dia ketawa panjang sehingga Dhamirah merajuk. Dhamirah menjeling geram, dari tadi, Lily tidak habis mentertawakannya.
                “Aku kan dah pindah rumah, jadi kena siapkan barang dapurla. Dulu, duduk rumah mertua, tak payah nak fikir dapur berasap ke tidak. Semua dah siap, sekarang semua kena pandai-pandai sendiri.” Dhamirah mengulang jawapan yang sama untuk kali yang keberapa. Lily terangguk-angguk tapi bibir masih menguntum senyum lucu.
                “Macm ni hidup orang dah kahwin ye… Lepas ni kau kena masak and kemas rumah lah ye… hrmm.. lagi susahlah nak ajak kau lepaak lepas ni.”
                “Nak buat macam mana? Dah laki aku tu kalut sangat nak pindah rumah.”
                Lily ketawa lagi. Sejak dua minggu lepas, Dhamirah tak habis-habis merungut perihal Haris yang mahu berpindah keluar. Tapi, yang dia hairan, Dhamirah ikut sahaja kehendak Haris.
                “Dia dah tak sabar nak berduaan dengan kau tu.”
                Dhamirah menjeling lagi. Berduaan apanya kalau bilik pun berlainan. Tapi, takkan dia nak cerita pada Lily pula. Walaupun Lily tahu banyak tentang masalah dia dan Haris, namun dia tetap menyimpan rahsia rumahtangga yang dia rasa terlalu peribadi.
                “Eh, kenapa abang Haris tak teman kau aje? Selalu orang dah kahwin ni teruja lebih dapat pergi shopping barang dapur bersama. Apa lagi, yang baru first time mcam kau ni.”
                Dhamirah angkat bahu. Teringat ketika dia mengetuk pintu bilik Haris untuk memberitahu yang dia akan keluar. Lelaki itu hanya mengangguk dan tiba-tiba menghulur beberapa helai wang kertas bernilai RM50. Tanpa suara, Haris menutup semula pintu bilik. Terkebil-kebil Dhmirah di pintu bilik. Mata pegun memandang wang kertas di dalam genggamannya dan juga pintu yang memisahkan dia dan Haris.
                “Abang Haris tak boleh terima kau lagi ke, beb?” Makin ramah mulut Lily bertanya. Dhamirah menaikkan anak mata ke atas, meluat. Balik – balik, itu juga yang ditanya Lily.
                “Apa lagi kau ni, Lily?” Balas Dhamirah malas. Semakin dilayan, semakin banyak soalan Lily nanti.
                “Tak adalah, macam pelik. Boleh pulak abang Haris izinkan kau keluar dengan aku. Kan lagi elok kalau dia aje yang temankan kau. Boleh jugak dia pilih sendiri apa yang dia nak.” Lily berhujh lagi sementara Dhamirah semakin malas nak melayan.
                “Dah, kau jugak yang merajuk berhari-hari dengan aku bila aku kata tak boleh nak keluar dengan kau.”
                Lily tersengih. Sengaja dia merajuk bila ajakan dia untuk lepak-lepak sering di tolak Dhamirah. Sekarang, bila Dhamirah sendiri yang mengajak, dia tanya soalan luar alam pula.
                “Lauk-lauk kat sini macam tak fresh aje, Lily. Nak pilih pun tak best.” Dhamirah mengalih topic ketika mereka melewati bahagian barangan basah. Banyak pilihan lauk tetapi kurang segar pada pandangan Dhamirah.
                “Waktu macam ni, memang susahlah nak dapat yang fresh. Kalau kau nak yang fresh, kita pergi pasar borong, nak?” Giat Lily. Walaupun berada di tempat basah dan tidak selesa begitu memang tidak mnjadi tempat kegemaran Lily, namun ia sanggup redah apa sahaja asalkan Dhamirah gembira.
                Dhamirah melihat jam di tangan. Sudah agak lama juga dia keluar. Dia bimbang, jika mereka ke pasar borong, tentu akan ambil masa lagi. Kalau dia pulang lewat, tentu Haris marahkan dia.
                “Tak sempatlah, Ly. Aku pilih yang ni ajelah dulu, nanti aku ajak abang Haris ke sana.” Balas Dhamirah. Tangan lincah membelek beberapa jenis ikan, mahu mencari yang segar. Habis sahaja berkata begitu, telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.
Balik pukul berapa?
“Kan, aku dah cakap.” Dhamirah menayangkan telefon bimbitnya kepada Lily. Tertera Whatsapp dari Haris. Terkekek-kekek Lily ketawa setelah membacanya. Sungguh dia tidak faham dengan Haris. Garangnya bukan main, tapi baru sekejap isteri hilang dari mata, sudah menggelabah mencari.
“Dia rindu kau tu.” Lily berkata dalam sisa tawanya. Dhamirah mencebik bibir sambil jarinya lincah membalas Whatsapp Haris.
Dalam setengah jam lagi. Kenapa?
Call aku bila nak balik. I’ll fetch you.
Dhamirah mengeluh perlahan. Tiba-tiba sahaja Haris begitu rajin menjemputnya. Sedangkan tadi dia sudah beritahu yang Lily akan hantar dia pulang setelah selesai membeli belah.
Tak payahlah. Nanti Lily hantar Mira balik.
Nope. Aku ambik kau. Jangan degil!!
Dhamirah rasa nak baling telefonnya ke dinding bila terima balasan begitu dari Haris. Dah kenapa dengan suaminya itu? Tadi, bertanyakan tentang nombor akaunnya. Lepas tu, hulurkan pula duit untuk dia belanja barang dapur. Bukannya sedikit, setelah dia kira-kira, jumlah wang di beri oleh Haris adalah RM500. Dan sekarang, Haris mahu menjemput dia balik pula! Baru dia berkira-kira nak menjawab apa, satu lagi pesanan dari suami kesayangannya itu masuk.
No excuses and no questions ask, Dhamirah!
“Eee… sakit hati!” Dhamirah sedikit menjerit dengan kaki dihentak ke lantai beberapa kali. Beberapa orang yang berada berdekatan berpaling memandangnya dengan pandangan pelik. Lily hanya menangkat tangan dengan senyuman yang terasa sumbang. Boleh pula Dhamirah buat drama di tengah orang ramai ni.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba menjerit. Kau budget artis ke apa ni?” Lily bertanya keras. Laju dia menolak troli agar jauh dari tempat Dhamirah menjerit tadi. Malu!!
“Haris ni! Suka-suka nak paksa aku. Benci!” Dhamirah membentak lagi. Hilang sudah panggilan abang kepada Haris. Sungguh di rasa sangat geram ketika ini. Haris seolah tidak mempercayai dia walaupun dia keluar dengan Lily.
“Eh, chillax. Eloklah dia nak jemput kau tu. Maknanya, dalam marah-marah dia tu, ada rasa sayang la tu… kau nak benci dia kenapa pulak?”
“Tak ada maknanya!” Dhamirah mendengus geram. Kali ini, dia pula yang menolak laju troli hingga ke kaunter bayaran. Sementara menanti giliran untuk membayar, sempat dia whatsapp Haris mengatakan yang  dia hampir siap membeli belah.
Lebih kurang empat puluh minit kemudian, Dhamirah sudah berada di dalam kereta Range Rover Haris. Letih juga dia menunggu Haris tiba ke tempat yang dijanjikan tadi. Mujur Lily mahu menenaminya sehingga Haris tiba. Di dalam kereta, dia senyap seribu bahasa. Selain penat membeli belah, dia juga tidak tahu bagaimana mahu berbual santai dengan lelaki disebelahnya. Selalunya, setiap ayat yng keluar dari mulutnya, Haris akan beri jawapan yang bakal buat dia sakit hati dan sakit jiwa.
“Apa yang kau beli?” Haris memecah kesunyian dalam kereta. Sesekali, dia menjeling Dhamirah disebelah. Terbit senyum kecil di bibirnya bila Dhamirah leka memandang keluar dan langsung senyap tanpa suara. Agaknya Dhamirah marah dengan sikapnya yang bertegas ingin menjemput isterinya itu pulang.
“Barang dapur.” Ringkas jawapan Dhamirah tanpa sedikit pun memandang Haris. Hati masih sakit tetapi dia tidak pula berniat untuk tidak mempedulikan Haris.
“Cukup duit yang aku bagi tadi?” Masih belum jemu, Haris bertanya lagi. Melihat sikap acuh tak acuh Dhamirah, hatinya pula yang tiba-tiba sakit.
“Hrmm…”
“Can’t you look here when I’m talking to you?” Suara Haris sudah mula tegas. Sudahlah soalannya dijawab sambil lewa, Dhamirah pula langsung tidak memandang dia. Tanpa jawapan, Dhamirah berpaling memandangnya. Sekali dengan pakej senyuman yang Haris tahu Dhamirah tidak ikhlas. Hati yang berniat ingin bertanya dengan baik tadi, mula panas. Dhamirah dirasakan sudah berani melawan dan mempermainkannya.
“What is wrong with you?” Marah Haris. Dia sudah terkejar-kejar dari Shah Alam untuk menjemput Dhmairah, sekarang begini pula Dhamirah melayannya?
“Nothing is wrong. Everything going fine.”
Haris mendengus keras. Dia sudah boleh agak kenapa Dhamirah bersikap begitu. Tentu isterinya tidak suka dia bertegas ingin menjemput. Tapi, dia punya alasan sendiri. Dia tidak mahu teman baik Dhamirah itu tahu di mana rumah mereka. Sekurang-kurangnya tidak buat masa ini. Sebab itulah dia sanggup bersusah payah meredah kesesakan lalu lintas semata-mata untuk menjemput Dhamirah. Sampai dia sanggup biarkan Remy dan Johan mengusik dia kerana memendekkan waktu mereka bersama- sama semata-mata demi Dhamirah. Ah, biarkan. Mereka berdua tidak tahu apa-apa. Niatnya untuk berjumpa mereka berdua, hanya untuk memarahi kedua-duanya kerana hal barang dapur yang tidak cukup itu.
“Apa yang kau tidak puas hati dengan aku ni?” Haris masih belum jemu untuk memulakan pertengkaran. Dhamirah menarik nafas dalam. Letih menghadapi sikap Haris yang asyik berkeras dengannya.
“Please, abang… Mira penat. I’m sorry, tapi Mira memang penat. Boleh tak kita tak bergaduh untuk hari ni?” Dhamirah akhirnya mengalah. Dia kelelahan sepanjang hari ini. Dari pagi, dia sibuk mengemas rumah baru mereka, kemudian memasak dan akhirnya membeli belah untuk barangan dapur. Dan sehingga waktu ini, Haris masih ada mood untuk bertekak dengan dia.
Terdiam Haris mendengar permintaan Dhamirah. Baru dia sedar akan sesuatu. Hari ini memang hari yang panjang untuk Dhamirah. Seharian tenaganya dikerah. Dia pula langsung tidak membantu. Ketika Dhamirah mengemas rumah dan memasak, dia seronok mengulit mimpi di dalam bilik. Dan ketika, Dhamirah menolak troli yang penuh dengan barang keperluan rumah mereka, dia pula seronok bergelak tawa dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba rasa kasihan terbit di dalam hatinya. Dia menjeling Dhamirah disebelah. Mata bundar sudh terpejam rapat. Senyuman terukir di bibir Haris, lalu dia membelok kereta untuk membungkus makanan.