Pheww!! Dah setahun lebih tak post kat sini. Sorry, langsung xdak idea nak sambung cerita2 dlm ni. I noticed someone had asked in one of the comment. Sorry to you that i didn't answer either. But again, thanks a bunch kerana ikut cerita saya yang tak seberapa.
So, saya ada cerita baru ini minds. Since I'm so into Running Man right now, presenting the hero and heroine of my next e-novel (sapa ikut RM for sure kenal diaorg... ;p)
***********************************************
1.
Melangkah keluar dari pintu ketibaan dengan
troli penuh dengan beg, Dian termangu seketika. Pandangan ditabur ke seluruh
ruang yang masih sibuk dengan pelbagai ragam manusia. Fikirannya kosong buat
seketika. 3 tahun meninggalkan bumi Malaysia, dia tidak sangka dia akan buntu
sebegini untuk mengambil langkah seterusnya.
Perlahan dia menolak kembali troli, mencari
pintu keluar. Langkah kaki diatur mengikut langkah manusia lain yang masih
sibuk disekelilingnya. Otaknya masih sibuk berfikir, apa yang perlu dibuat
seterusnya. Sebaik keluar dari pintu lapangan terbang, dia menepuk kepala
sendiri.
“Aish… Dian. Baru 3 tahun, takkan kau dah
lupa?” marahnya pada diri sendiri. Dia keliru dengan tindakan apa yang perlu diambil.
Teksi sudah bersusun di depan mata, tapi dia masih tercegat disitu. Berfikir ke
mana dia ingin pergi. Hotel terdekat atau rumah Along?
“Itulah, Along nak datang ambil, kau degil.
Sekarang macam mana?” dia masih membebel sendirian. Spontan dia menarik telefon
bimbit dari kocek seluar. Mencari hotel terdekat yang boleh dia menginap
sementara belum pulang ke kampong.
“Assalamualaikum.”
Kepalanya lantas berpaling ke arah suara
yang memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Dahinya berkerut seribu
sebelum akhirnya bibirnya membalas senyuman lelaki yang berdiri tegak
dihadapannya.
“Macam mana kau boleh ada kat sini?”
tanyanya hairan. Setahunya, dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan
kepulangannya ke Malaysia. Melainkan keluarganya sendiri.
“Jemput kau.” Balas lelaki tadi ringkas
sambil tangannya mengambil troli di hadapan Dian. Tanpa menunggu sebarang
jawapan, dia menolak troli kembali masuk kedalam ruang lapangan terbang. Dian
menggaru kepala. Matanya terkebil-kebil melihat tindakan lelaki itu sebelum dia
berlari anak untuk menyaingi langkah besar lelaki itu.
“Mana kau tau aku balik hari ni?” Namun
soalannya hanya dibalas dengan senyuman. Senyuman maut yang boleh buat
mana-mana perempuan melutut untuk menagih cintanya.
“Kita nak pergi mana ni?” tanyanya lagi tetapi
kaki tetap melangkah mengikut lelaki itu.
“Aku hantar kau balik.”
Dian menggaru kepala. Di dalam lif, dia
hanya diam memerhati lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu akan kepulangannya.
“Nak balik straight ke JB?” Tanyanya
setelah selesai memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta dan kini bersedia untuk
memulakan pemanduan.
“Kau nak hantar ke?” Dian cuba berseloroh. Rajin sangat menjemput
dia di KLIA, mana tahu lelaki itu sanggup menghantar dia pulang ke Johor Bahru.
Lelaki itu menjeling jam di dashboard kereta, hampir jam 10 malam. Dia tidak
sangka selewat begini Dian akan sampai.
“Boleh. Tapi esok saja. Dah malam ni, lewat
sampai JB nanti.”
“Ani…. “
“Ani mana pulak ni?” cepat lelaki itu
memotong kata-kata Dian. Dan serentak itu, tawa Dian meletus.
“Ani tu maksudnya tidak. Tak payah. Dah
lewat malam ni. kau hantar saja aku kat hotel paling dekat. Aku ada-“
“Hotel? Kau nak tidur hotel? Seorang?”
“Aish… iyelah. Takkan dengan kau.” Dian
sedikit marah. Lelaki itu memang tidak berubah. Suka mengarah dan suka potong
cakap dia.
“3 tahun duduk Korea, kau dah macam orang
Korea.” Komen lelaki itu dengan ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Dian
mencebik bibir dan membuatkan lelaki itu ketawa lebih besar. Aksi comel begitu
memang tidak pernah lekang dari Dian.
“Tak payah tidur hotel. Balik rumah aku.”
“Apa? Kau gila ke, Karl? Aku tidur hotel
lagi selamatlah dari tidur rumah kau.”
“Lagi selamat kau tidur kat rumah aku.
Takkan aku nak biarkan kau sorang-sorang tidur kat hotel tu bahaya!”
“Ani!! Tidur rumah kau lagi bahaya. Nanti
tiba-tiba kena tangkap, macam mana?” kata –kata itu mengundang kerut seribu di
dahi Karl. Namun beberapa saat kemudian, ketawanya meletus. Kuat dan keras.
“Aku maksudkan tidur rumah mama lah. Takkan
aku nak bawak kau tidur kat kondo aku.” Karl akhirnya memberi penjelasan. Dian
melopong mendengar penjelasan itu. Bibirnya terbuka luas sebelum dia menepuk
kepalanya sendiri. Malu! Malu! Dia menggumam sendiri. Macam mana dia boleh
terfikir sejauh itu.
“Kalau kau nak sangat berdua dengan aku,
atau nak kahwin dengan aku, aku boleh saja. Nak balik kondo aku ye?” Karl
mengusik. Terhibur dengan aksi Dian yang tidak pernah berubah. Blur dan selalu
buat aksi spontan begitu.
“Karl Zafril!!” Meledak jeritan Dian dengan
usikan sebegitu. Dia sudah cukup malu dengan kata-katanya sebentar tadi,
sekarang Karl galak mengusik dia pula. Dan, Karl ketawa lepas dengan jeritan
Dian itu.
********************************************************************************
“Maaf, aunty. Dian susahkan aunty saja.”
Dian segera meminta maaf sebaik dia bertemu muka dengan Puan Zahrah. Ibu kepada
Karl Zafril yang kepala batu. Letih bertengkar dengan lelaki itu, akhirnya dia
tetap terpaksa tebalkan muka bertemu wanita anggun pertengahan umur itu.
“Tak ada susahkan pun, aunty suka ada tetamu
kat rumah ni. meriah sikit.” Puan Zahrah menarik Dian ke dalam pelukannya
selepas Dian mencium tangannya. Terkejut juga mulanya bila Karl beritahu Dian
akan bermalam di rumahnya buat sementara. Tetapi dia tetap menerima dengan
tangan terbuka. Bukan dia tidak kenal dengan Dian. Gadis itu dengan anak
lelakinya sudah berkawan rapat sejak dari university. Malah, rumah itu bagaikan
sudah menjadi rumah kedua Dian dan kawan mereka yang lain. Cuma, inilah kali
pertama Dian bermalam di rumahnya.
“Malu Dian. Baru balik, dah susahkan aunty
pula. Dian mintak Karl hantar ke hotel tapi dia bawak Dian ke sini.” Tanpa
sedar, Dian mengadu. Matanya mengekor langkah Karl yang membawa beberapa buah
begnya ke dalam rumah.
“Kan aunty dah cakap, tak susah. Aunty pun
risau kalau Dian tidur hotel seorang. Bahaya, anak dara tidur seorang.”
“Dia tak nak tidur sini, tapi nak pergi
kondo saya. tidur kat sana.” Karl menyampuk sebaik melabuh punggung di sofa
empuk berhampiran Dian dan ibunya. Dian membuntangkan mata, berani Karl berkata
sebegitu dihadapan orang tuanya.
“Ani… Ani… Dian tak maksudkan macam tu.”
Dian menggerakkan tangannya ke kiri dan kanan. Bersungguh-sungguh menafikan
kata-kata Karl, takut puan Zahrah salah faham. Puan Zahrah ketawa kecil.
“Boleh kalau Dian nak tidur kat kondo Karl,
tapi kena menikahlah dengan dia dulu.” Puan Zahrah turut mengusik dan kata-kata
itu disambut dengan ketawa lepas oleh Karl.
“Karl, shut up. Tak, aunty. Dian salah
faham. Dian tak sempat fikir.”Dian kembali mempertahankan diri. Dia tidak mahu
Puan Zahrah salah faham. Dia dan Karl hanya kawan baik.
“Dah… Dah… Aunty faham. Aunty dah kenal
Dian dah lama. Aunty faham perangai Dian.” Puan Zahrah mengelus lembut bahu
Dian. Kasihan pula melihat anak gadis itu kalut mempertahankan diri. Pipi yngg
sedikit tembam itu diusap perlahan sebelum dia megalih pandangan pada Karl.
“Dian dah makan? Aunty boleh suruh bibik
panaskan makanan. Lepas tu boleh berehat. Tentu penat duduk lama dalam plane.”
“Tak apa, aunty. Dian tak lapar.” Dian
beralasan. Walau perutnya memang sudah agak lapar, tapi dia segan untuk meminta
lebih. Sudahlah susahkan keluarga Karl, takkan dia nak minta makanan pula.
“Betul ni?” Puan Zahrah meminta kepastian.
Rasanya dia kenal dengan perangai Dian. Walaupun agak kasar macam lelaki,
tetapi sopannya sebagai perempuan tetap dijaga rapi. Dian mengangguk laju.
Kemudian, tanpa dapat dikawal, dia menguap besar. Mujur tangannya sudah
terbiasa untuk menutup mulut setiap kali dia menguap.
“Iyelah, memang dah mengantuk tu nampaknya.
Mari, aunty tunjukkan bilik. Karl, kamu tak balik kondo?” Puan Zahrah sempat
bertanya anak terunanya yang dari tadi diam memerhati. Sesekali, tangan sibuk
membelek telefon bimbit.
“Wah… mama dah dapat anak dara, mama halau
anak lelaki mama ye?” Karl masih suka mengusik. Dia ketawa kecil bila mata Puan
Zahrah terbeliak besar.
“Mama takut kamu tu salah masuk bilik
nanti.” Puan Zahrah membalas usikan anaknya namun tiada sebarang reaksi dari
Dian. Sama ada Dian sudah terlalu mengantuk atau dia menjadi dia. Blur….
Karl masih ketawa dengan usikan mamanya
ketika Puan Zahrah dan Dian berlalu naik ke tingkat atas. Masih berfikir sama
ada mahu balik ke kondonya atau bermalam di rumah mamanya sahaja. Selalunya,
tak kira jam berapa pun, dia tetap mahu balik ke kondo miliknya tetapi mala mini,
hatinya terasa berat untuk bergerak balik. Dan fikirannya masih tertumpu pada
Dian. Untuk seorang yang kuat makan mcam Dian, dia agak pelik bila Dian menolak
untuk makan. Atau, masakkan melayu sudah tidak kena dengan tekak Dian? 3 tahun
merantau ke Korea, manalah tahu, kimchi, kimbp dan bibimbap sudah menjadi
makanan ruji gadis itu. Karl menggelengkan kepala sebelum dia bangkit dri
kerusi. Langkahnya tegap menuju ke dapur. Lincah tangannya mengeluarkan lauk
dari peti ais dan memanaskan semula. Nasi juga turut dimasak semula. Walau apa
pun alasan Dian, dia tidak mahu gadis itu tidur tanpa makan terlebih dahulu.
Dian baru sahaja keluar dari bilik mandi
dengan tuala di kepala untuk mengringkan rambutnya ketika pintu biliknya
diketuk seseorang. Dadanya berdebar tiba-tiba. Takkan ada hantu dalam rumah
sebesar ini? Hatinya berbicara sendiri. Perlahan dia melangkah ke pintu.
Melekapkan telinga ke pintu, cuba mendengar kalau – kalau ada sebarang bunyi
yang mencurigakan. Tetapi, dia terkejut bila ketukan itu bergema semula,
betul-betul ditelinganya.
“S-Siapa?”
“It’s me, Dian. Dah tidur ke?” Dian
mengurut dada saat mendengar suara itu. Sungguh dia terkejut tadi, rupanya Karl
yang galak mengetuk pintu. Dia menutup kepala dengan tuala sebelum perlahan
membuka pintu. Walau apa pun, Karl bukan mahram dan dia wajib menutup aurat
sesempurna mungkin.
“Aish… kau buat aku terkejut. Wae?”
“Apa wae?” Karl bertanya kembali. Sejak
dari KLIA tadi, sudah bermacam – macam perkataan pelik yang keluar dari mulut
Dian. Dia tahu itu bahasa Korea, tapi tetap dia tidak puas hati kerana tidak
faham dengan perkataan itu. Dian mendesis.
“Kenapa?”
“Ohh… gunalah bahasa melayu. Jom, makan.”
Karl kecilkan matanya yang memang sedia kecil. Cuba beraksi comel, cuba
memancing minat Dian untuk menurut kemahuannya.
“Aku kenyang.” Dian cuba menutup pintu tapi
tangan kekar Karl cepat menahan pintu. Dian kembali mendesis. Karl yang degil!
Karl yang suka memerintah!
“Jom makan.”
“Aku kenyang, aku dah mengantuk. Aku nak
tidur!”
“Mama masak asam pedas ikan pari.” Karl
masih cuba memancing. Buntang mata Dian mendengar itu. Ikan pari masak asam
pedas? Sudah lama dia tidak makan asam pedas. Suka! Suka! Suka! Tapi…
“Aku mengantuk.” Dian buat buat menguap.
Malu dia nak makan. Tadi beriya-iya dia menolak, sekarang nak makan pula.
Walaupun dengan mendengar asam pedas ikan pari itu cukup untuk buat air liurnya
meleleh.
“Ulam, sambal tempoyak. Ohh, dan paling
best, petai.” Karl mengangkat kening. Dian menelan liur beberapa kali. Karl
memang cukup pandai memancing seleranya. Dan ironinya, Karl masih ingat segala
makanan kegemarannya.
“Ok! Five minutes!” Dian menunjukkan kelima
jarinya sebelum menutup daun pintu. Meninggalkan Karl terkebil-kebil di muka
pintu. Namun kemudian, dia mengukir senyum lebar. Dian dan makanan memang tidak
dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi masakan kampong.
Di meja makan, Dian bagai lupa dunia. Dia
makan dengan bersungguh-sungguh. Apa lagi dengan makanan kegemarannya terhidang
di depan mata. Tidak dihiraukan Karl yang hanya memerhati dia penuh minat. Nasi
di pinggannya masih tidak berusik sedangkan Dian menyuap bagai sudah sepuluh
hari tidak menjamah makanan.
“Karl….”Panggil Dian tiba-tiba dengan suara
perlahan. Mematikan keasyikan Karl yang merenungnya sejak tadi.
“Yup?” Karl pura-pura menjamah nasi
walaupun perutnya masih kenyang.
“Macam mana kau tahu aku balik hari ni?”
“You really want to know ya?” Karl bertanya
semula. Dan Dian mengangguk beberapa kali. Tangannya masih leka menyuap
makanan, membuat Karl menggelengkan kepala melihat tingkah Dian.
“I’ve checked.”
“Macam mana?”
“Kenapa kau tak balik terus ke JB?” Karl
menukar tajuk perbualan. Membuatkan suapan Dian terhenti. Dia kembungkan pipi,
marah dengan tindakan Karl cuba lari dari soalannya.
“Aku nak pergi lapor diri, carik rumah sewa
and settle a few things sebelum balik JB. Aku cuti seminggu sebelum mula
bertugas kat U. So, better to settle it first before I go back to JB.” Tanpa
selindung, Dian bercerita. Mengenali Karl, dia tahu walau bagaimana dia cuba
berahsia, lelaki itu akan berusaha menggali ceritanya. Jadi, senang untuk dia
berterus terang sahaja. Yang peliknya, dia pula sentiasa senang untuk bercerita
apa sahaja dengan lelaki itu.
“Cepatnya dah mula kerja?”
“Aku further study atas tiket U, kan. Bila
dah habis, kena pergi lapor diri teruslah.” Karl mengangguk setuju. Dia ada
kalanya cemburu dengan Dian, langkah Dian kelihatan sangat senang. Sejak
dilantik sebagai tutor di sebuah universiti, dia seterusnya ditawarkan untuk
menyambung pelajaran ke peringkat sarjana oleh universiti tersbut. Dengan
syarat, Dian mesti berkhidmat dengan universiti tersebut sebaik tamat
pelajaran.
“So, lama jugaklah dekat sini. Stay here,
ya?” Karl mengutarakan cadangan. Dian melopong melihat Karl. Itu bukan
cadangan, itu arahan.
“Ani…. Susahkan mama kau aje. Family kau
jugak. Aku carik rumah sewa lepas lapor diri and boleh terus pindah masuk.”
“No… stay here until everything is settle.
At least, sampai aku rasa rumah sewa kau tu selamat untuk kau duduk.”
“Sejak bila kau ada dalam rancangan aku ni?
Aku nak balik JB lepas semuanya selesai, kau nak ikut ke untuk pastikan aku
selamat?” Dian cuba memperli. Namun, anggukan laju Karl membuat dia mendengus.
“Yup. So, aku ambil cuti untuk hantar kau
bereskan uruskan kau. Lepas tu, aku hantar balik JB.”
“Karl Zafril…”
“Dian Shakirin.” Sorotan mata dan suara
dalam Karl itu, buatkan Dian kelu untuk berkata-kata lagi.
Karl Zafril memang tidak pernah berubah!!