Setelah lama tidak bersiaran.... presenting to you Bab 16.
Abaikan segala typo ye...
*************************************
16.
Melangkah keluar
dari bilik mandi, Dhamirah dikejutkan dengan kehadiran susuk tubuh sasa di
hadapannya. Duduk tenang di sofa sambil mata merenungnya. Mereka berbalas
pandangan agak lama sebelum bibir Dhamirah mengukir senyum. Namun, senyumannya
mati bila bibir sensual Haris mengukir senyuman nipis dan pandangan matanya
meleret turun ke tubuhnya. Dhamirah turut mengikut arah pandangan mata Haris.
Dia terjerit kecil sebelum kedua tangannya menutup dada dan berlari pantas ke
bilik mandi semula. Cepat tangannya mengunci pintu dan dia mundar-mandir di
dalam bilik mandi itu.
Haris tersenyum
lebar. Pertama kali melihat Dhamirah sebegitu seksi. Tubuh kecil itu hanya
berbalut tuala. Mujur juga tuala itu labuh hingga ke buku lalinya, jika tidak…
tentu matanya dijamu dengan lebih banyak tubuh yang terdedah yang sebelum ini
berbalut kemas. Pantas dia bangun dan menuju ke bilik mandi. Melihat gelagat
Dhamirah tadi, dia geli hati. Walaupun terkejut dengan keseksian Dhamirah
sebentar tadi, namun dia terhibur.
“Dhamirah! Buka
pintu ni…” Haris mengetuk pintu selepas cubaannya untuk membuka pintu tidak
Berjaya.
“No!!” Dhamirah
menjerit lantang. Malu! Dia menekup muka. Wajahnya sudah terasa panas. Kenapa
Haris tiba-tiba boleh berada di sini? Bukankah Haris cakap akan balik esok?
“What? Say that
again?”
“Mira tak nak
buka…” Dhamirah menjerit lagi, tapi kali ini lebih perlahan dari tadi. Dia
semakin malu bila memikirkan tentang insiden sebentar tadi. Haris sudah nampak
dia Cuma berkemban!!
“Hei!! Buka pintu
ni. Aku nak guna tandas!” Haris turut menjerit. Separuh betul, yang selebihnya,
dia Cuma ingin mengusik Dhamirah.
“Tak nak!!”
Dhamirah masih berdegil. Suaranya sedikit bergetar. Malu dan takut. Dan, bibir
matanya sudah digenangi air.
“Kau nak suruh
membuang kat sini ke? Cepat buka pintu ni!!” Haris menggesa lagi. Sedikit geram
dengan keengganan Dhamirah.
“Abang gunalah
bilik air kat luar.” Dalam ketakutan, Dhamirah masih menjawab.
“Aku nak guna dalam
bilik aku. Buka cepat! Aku bilang sampai 3….. Satu…. Dua…”
“Abang jangan
tengok Mira!”
“What?!!”
“Mira buka, tapi
abang jangan tengok Mira. Pusing belakang!”
“What the….?” Haris
mengeluh. Permainan apa pula Dhamirah cuba mainkan. Dia cuma minta Dhamirah keluar
dari bilik mandi. Dia bukan ingin apa-apakan gadis itu pun.
“Kau jangan
main-mainlah!” Marah Haris.
“Abang janji dulu
yang abang akan pusing belakang.”
“Dhamirah…. Baik
kau buka pintu ni sebelum aku pecahkan!” Ugut Haris, namun tiada respon. Pintu
masih tertutup rapat.
“Dhamirah!” suara
Haris naik satu oktaf. Dari cuba mengusik, kini hatinya mula panas.
“Dhamirah!!” Haris
benar-benar menyinga bila panggilannya tiada sambutan. Hampir sahaja dia
menendang pintu bilik mandi sebelum pintu terkuak sedikit. Muncul kepala
Dhamirah dengan anak mata minta simpati. Melihat itu, hati Haris terasa
disimbah ais tiba-tiba.
“Keluarlah!” Masih
cuba menegakkan ego, Haris bersuara garang. Bibirnya hampir mengukir senyum
bila Dhamirah garu kepala. Comel sungguh aksi itu di mata Haris.
“Tolonglah pusing…”
Rayu Dhamirah dengan suara manjanya.
“Apa yang kau minta
bukan bukan ni?” Sungguh Haris hampir cair mendengar suara itu, namun dia tidak
mahu mengalah di hadapan isterinya itu.
“Please…!!!!”
Dhamirah merayu manja. Haris mengeluh keras. Entah sejak bila, suara manja
begitu bisa buat hatinya sejuk, bisa buat dia akur dengan kehendak Dhamirah.
Dia memusingkan badan, membelakangkan Dhamirah tapi gerak geri Dhamirah masih
dia boleh rasakan. Dia dengar bunyi pintu dikuak perlahan dan dari ekor mata,
dia nampak Dhamirah berlari anak keluar dari bilik mandi.
Hris ketawa kecil
bila Dhamirah seolah-olah cuba menyorok di tepi sofa tempat dia duduk sebentar
tadi. Tubuh itu kini berbalut dengan tuala dari kepala ke kaki. Entah apa motif
Dhamirah minta dia pusing sebentar tadi sedangkan kini matanya masih dijamu
dengan tubuh itu. Kemana sahaja gadis itu ingin lari dan dia seratur peratus
yakin yang Dhamirah tak akan keluar dari bilik dengan keadaan begitu.
“What’s the point
you asked me to turn? Sekarang aku nampak kau jugak kan?” Haris mengusik lagi.
Senyuman di bibir melebar bila Dhamirah tertunduk malu. Langsung tidak mahu
memandangnya.
“Cepatlah masuk
bilik air tu…” balas Dhamirah. Matanya masih tertunduk sambil tangam
menggenggam erat tuala yang menutup kepalanya. Dan ketawa mengusik Haris buat
mukanya semakin merah menahan malu.
Itu cerita dua hari
lalu. Ketika Haris balik sehari lebih awal dari tarikh yang diberitahunya. Sejak
hari itu, dia bagaikan tidak mahu menunjukkan mukanya kepada Haris. Malu
bertimpa-timpa. Tidak pernah ada seorang lelaki pun pernah melihat dia sebegitu
terdedah. Walau kebanyakkan tubuhnya masih dibalut tuala namun malunya tidak
terhingga.
Malam ini, kakinya
terhenti di tengah anak tangga. Dia yang laju menuruni anak tangga, terhenti di
tengah-tengah ketika ternampak susuk tubuh Haris di depan TV. Siaran TV masih
terpasang, tetapi seperti biasa, tumpuan Haris tetap pada laptop dihadapannya.
Mungkin masih menyiapkan kerja yang tertangguh. Dhamirah memeluk erat laptopnya.
Hati masih berkira-kira samada ingin terus ke ruang tamu atau kembali ke
biliknya. Asalnya tadi, dia ingin menyambung assigmentnya di ruang tamu kerana
sudah bosan di bilik sendiri. Kini, bila ternampak Haris di ruang tamu, hatinya
berbelah bahagi. Dia mengerling jam di dinding, 10.50 malam. Kebiasaannya waktu
begini, Haris sudah mengurung diri di dalam bilik. Kenapa malam ini Haris masih
disini? Beberapa saat berfikir, Dhamirah berpusing semula. Mengambil jalan
selamat untuk tidak bertembung dengan Haris saat ini.
“Nak pergi mana
tu?” Teguran Haris buat langkah Dhamirah terhenti. Dia yang baru memanjat dua
anak tangga tergamam. Sangkanya Haris tidak nampak dia di tangga. Kaku dia
berdiri disitu bagaikan patung.
“Aku tanya nak
pergi mana?”Soal Haris sekali lagi. Dhamirah berpaling, mata Haris masih tetap
pada laptopnya. Bagaimana Haris boleh nampak di situ?!
“I’m asking you,
Dhamirah…”
“Err…. Saya nak
masuk bilik..”
“Tak nak duduk
sini?” Dalam suara seriusnya, Haris sempat mengusik. Walaupun masih tidak
berpaling memandang Dhamirah namun dia tahu Dhamirah tentu sedang menahan malu.
“Err…. Tak
jadilah..” Dhamirah menjawab laju sambil kembali berpusing untuk kembali ke
biliknya.
“Buatkan aku hot
chocolate.” Arahan Haris buat langkah Dhamirah terhenti.
“Ha?!”
“Hot chocolate…
Cepat!!” Arah Haris. Dhamirah ketap bibir. Di waktu begini, Haris masih berniat
untuk mengarah dia. Lupakan malu dan segannya pada lelaki itu, Dhamirah kembali
menuruni tangga. Langkahnya laju menuju dapur. Laptopnya diletak di atas meja
makan sebelum dia bergerak untuk membuat air seperti diminta Haris.
“Kenapa tak buat
assignment kat depan?” Soalan Haris yang dekat ditelinganya buat Dhamirah
terkejut. Mujur tidak tumpah air yang sedang dikacaunya. Perlahan dia
berpaling. Haris tunduk memandangnya dengan wajah serius.
“Err…. Mira taknak
kacau abang buat kerja.” Perlahan Dhamirah menjawab. Haris mencebik. Dia lantas
mengambil mug yang berisi hot chocolate seperti yang dimintanya. Langkahnya
laju menuju meja makan.
“Duduk sini..” Arah
Haris ketika dia menghantar punggung ke kerusi makan. Dhamirah yang baru dua
langkah mahu melarikan diri ke bilik terhenti.
“Ha?”
“Duduk sini.” Tegas
suara Haris membuat Dhamirah melangkah perlahan dan mengambil tempat di depan
Haris. Matanya meliar melihat sekeliling asalkan bukan ke wajah Haris. Sesekali
dia menjeling Haris, lelaki itu merenungnya tajam sambil menghirup minuman yang
dibuatnya sebentar tadi.
“Bila kau habis
study?” Soalan Haris memecah kesunyian mereka. Dhamirah kerut dahi, cuba mencerna
soalan tiba-tiba itu.
“Kau pekak ke? Aku
tanya bila kau habis study?” Haris mengeluh perlahan. Kadang-kala letih bila di
terpaksa mengulang soalan yang sama dua kali.
“Dalam sebulan lagi
Mira habis sem. Lepas tu cuti semester break. Buka sem baru nanti, Mira kena
internship.” Panjang lebar Dhamirah menerangkan.
“Dah dapat tempat?”
Dan soalan itu dijawab dengan gelengan kepala oleh Dhamirah.
“Mira dah apply
beberapa tempat, tapi belum ada yang jawab.”
“Nak intern kat
tempat aku? Tapi kau kena jadi PA aku..” Haris bertanya. Separuh serius dan
separuh bergurau.
Semakin berkerut
dahi Dhamirah. Apakah selama ini Haris tidak tahu dia mengambil jurusan apa?
Bidang arkitek dan kesetiausahaan tentu sangat berbeza.
“Mira bukan ambil
course secretarial.” Bidas Dhamirah. Kalaupun Haris tawarkan dia membuat
latihan praktikal di syarikatnya sebagai arkitek sekalipun, dia akan tolak
mentah-mentah. Tidak sanggup berhadapan dengan Haris sepanjang masa.
Haris angkat bahu. Hot
chocolate dihirup perlahan sambil mata masih merenung isterinya. Semakin
direnung, hatinya semakin berdetak kencang. Dhamirah pula semakin menundukkan
kepala, menyedari renungan Haris semakin dalam.
Senyuman terbit
dari bibir Haris sebelum dia melarikan pandangan. Kepala digelengkan perlahan,
tidak mengerti dengan rasa di hati dan getaran di dada. Di matanya, Dhamirah
kelihatan semakin menarik. Setiap perlakuan isterinya itu mula mencuri
tumpuannya. Jemari naik menyisir rambut, cuba membuang rasa yang tiba-tiba
menyesak dada.
“Err… kalau dah
taada apa-apa, Mira naik dulu?” Dhamirah meminta keizinan. Melihat reaksi
pelik Haris sebentar tadi juga buat dia berebar-debar. Dalam tegas Haris, kini
bahasanya mula lembut. Dalam garang Haris, ada nada yang tidak pernah dia
dengar sebelum ini. Itu buatkan Dhamirah semakin takut. Takut andainya reaksi
itu mencambah perasaan pada hati Dhamirah.
Haris mengangguk
kecil. Dia terpaksa lepaskan Dhamirah kerana rentak hatinya sudah sangat
berbeza saat ini. Dan, jika dia masih berkeras mahu Dhamirah terus
dihadapannya, dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia ketawa kecil bila Dhamirah
bingkas bangun dan memeluk laptopnya lalu berlari anak menaiki anak tangga
untuk ke biliknya.
“You’re asking for
trouble, Haris.” Gumamnya sendiri lalu bangun membawa mugnya ke sinki dan
membasuhnya sebelum dia juga turut kembali meyambung kerja.