Wednesday, 26 September 2018

Kerana Kamu 16

Greetingss....

Setelah lama tidak bersiaran.... presenting to you Bab 16.

Abaikan segala typo ye...

*************************************


16.

Melangkah keluar dari bilik mandi, Dhamirah dikejutkan dengan kehadiran susuk tubuh sasa di hadapannya. Duduk tenang di sofa sambil mata merenungnya. Mereka berbalas pandangan agak lama sebelum bibir Dhamirah mengukir senyum. Namun, senyumannya mati bila bibir sensual Haris mengukir senyuman nipis dan pandangan matanya meleret turun ke tubuhnya. Dhamirah turut mengikut arah pandangan mata Haris. Dia terjerit kecil sebelum kedua tangannya menutup dada dan berlari pantas ke bilik mandi semula. Cepat tangannya mengunci pintu dan dia mundar-mandir di dalam bilik mandi itu.

Haris tersenyum lebar. Pertama kali melihat Dhamirah sebegitu seksi. Tubuh kecil itu hanya berbalut tuala. Mujur juga tuala itu labuh hingga ke buku lalinya, jika tidak… tentu matanya dijamu dengan lebih banyak tubuh yang terdedah yang sebelum ini berbalut kemas. Pantas dia bangun dan menuju ke bilik mandi. Melihat gelagat Dhamirah tadi, dia geli hati. Walaupun terkejut dengan keseksian Dhamirah sebentar tadi, namun dia terhibur.

“Dhamirah! Buka pintu ni…” Haris mengetuk pintu selepas cubaannya untuk membuka pintu tidak Berjaya.

“No!!” Dhamirah menjerit lantang. Malu! Dia menekup muka. Wajahnya sudah terasa panas. Kenapa Haris tiba-tiba boleh berada di sini? Bukankah Haris cakap akan balik esok?

“What? Say that again?”

“Mira tak nak buka…” Dhamirah menjerit lagi, tapi kali ini lebih perlahan dari tadi. Dia semakin malu bila memikirkan tentang insiden sebentar tadi. Haris sudah nampak dia Cuma berkemban!!

“Hei!! Buka pintu ni. Aku nak guna tandas!” Haris turut menjerit. Separuh betul, yang selebihnya, dia Cuma ingin mengusik Dhamirah.

“Tak nak!!” Dhamirah masih berdegil. Suaranya sedikit bergetar. Malu dan takut. Dan, bibir matanya sudah digenangi air.

“Kau nak suruh membuang kat sini ke? Cepat buka pintu ni!!” Haris menggesa lagi. Sedikit geram dengan keengganan Dhamirah.

“Abang gunalah bilik air kat luar.” Dalam ketakutan, Dhamirah masih menjawab.

“Aku nak guna dalam bilik aku. Buka cepat! Aku bilang sampai 3….. Satu…. Dua…”

“Abang jangan tengok Mira!”

“What?!!”

“Mira buka, tapi abang jangan tengok Mira. Pusing belakang!”

“What the….?” Haris mengeluh. Permainan apa pula Dhamirah cuba mainkan. Dia cuma minta Dhamirah keluar dari bilik mandi. Dia bukan ingin apa-apakan gadis itu pun.

“Kau jangan main-mainlah!” Marah Haris.

“Abang janji dulu yang abang akan pusing belakang.”

“Dhamirah…. Baik kau buka pintu ni sebelum aku pecahkan!” Ugut Haris, namun tiada respon. Pintu masih tertutup rapat.

“Dhamirah!” suara Haris naik satu oktaf. Dari cuba mengusik, kini hatinya mula panas.

“Dhamirah!!” Haris benar-benar menyinga bila panggilannya tiada sambutan. Hampir sahaja dia menendang pintu bilik mandi sebelum pintu terkuak sedikit. Muncul kepala Dhamirah dengan anak mata minta simpati. Melihat itu, hati Haris terasa disimbah ais tiba-tiba.

“Keluarlah!” Masih cuba menegakkan ego, Haris bersuara garang. Bibirnya hampir mengukir senyum bila Dhamirah garu kepala. Comel sungguh aksi itu di mata Haris.

“Tolonglah pusing…” Rayu Dhamirah dengan suara manjanya.

“Apa yang kau minta bukan bukan ni?” Sungguh Haris hampir cair mendengar suara itu, namun dia tidak mahu mengalah di hadapan isterinya itu.

“Please…!!!!” Dhamirah merayu manja. Haris mengeluh keras. Entah sejak bila, suara manja begitu bisa buat hatinya sejuk, bisa buat dia akur dengan kehendak Dhamirah. Dia memusingkan badan, membelakangkan Dhamirah tapi gerak geri Dhamirah masih dia boleh rasakan. Dia dengar bunyi pintu dikuak perlahan dan dari ekor mata, dia nampak Dhamirah berlari anak keluar dari bilik mandi.
Hris ketawa kecil bila Dhamirah seolah-olah cuba menyorok di tepi sofa tempat dia duduk sebentar tadi. Tubuh itu kini berbalut dengan tuala dari kepala ke kaki. Entah apa motif Dhamirah minta dia pusing sebentar tadi sedangkan kini matanya masih dijamu dengan tubuh itu. Kemana sahaja gadis itu ingin lari dan dia seratur peratus yakin yang Dhamirah tak akan keluar dari bilik dengan keadaan begitu.

“What’s the point you asked me to turn? Sekarang aku nampak kau jugak kan?” Haris mengusik lagi. Senyuman di bibir melebar bila Dhamirah tertunduk malu. Langsung tidak mahu memandangnya.

“Cepatlah masuk bilik air tu…” balas Dhamirah. Matanya masih tertunduk sambil tangam menggenggam erat tuala yang menutup kepalanya. Dan ketawa mengusik Haris buat mukanya semakin merah menahan malu.

Itu cerita dua hari lalu. Ketika Haris balik sehari lebih awal dari tarikh yang diberitahunya. Sejak hari itu, dia bagaikan tidak mahu menunjukkan mukanya kepada Haris. Malu bertimpa-timpa. Tidak pernah ada seorang lelaki pun pernah melihat dia sebegitu terdedah. Walau kebanyakkan tubuhnya masih dibalut tuala namun malunya tidak terhingga.

Malam ini, kakinya terhenti di tengah anak tangga. Dia yang laju menuruni anak tangga, terhenti di tengah-tengah ketika ternampak susuk tubuh Haris di depan TV. Siaran TV masih terpasang, tetapi seperti biasa, tumpuan Haris tetap pada laptop dihadapannya. Mungkin masih menyiapkan kerja yang tertangguh. Dhamirah memeluk erat laptopnya. Hati masih berkira-kira samada ingin terus ke ruang tamu atau kembali ke biliknya. Asalnya tadi, dia ingin menyambung assigmentnya di ruang tamu kerana sudah bosan di bilik sendiri. Kini, bila ternampak Haris di ruang tamu, hatinya berbelah bahagi. Dia mengerling jam di dinding, 10.50 malam. Kebiasaannya waktu begini, Haris sudah mengurung diri di dalam bilik. Kenapa malam ini Haris masih disini? Beberapa saat berfikir, Dhamirah berpusing semula. Mengambil jalan selamat untuk tidak bertembung dengan Haris saat ini.

“Nak pergi mana tu?” Teguran Haris buat langkah Dhamirah terhenti. Dia yang baru memanjat dua anak tangga tergamam. Sangkanya Haris tidak nampak dia di tangga. Kaku dia berdiri disitu bagaikan patung.

“Aku tanya nak pergi mana?”Soal Haris sekali lagi. Dhamirah berpaling, mata Haris masih tetap pada laptopnya. Bagaimana Haris boleh nampak di situ?!

“I’m asking you, Dhamirah…”

“Err…. Saya nak masuk bilik..”

“Tak nak duduk sini?” Dalam suara seriusnya, Haris sempat mengusik. Walaupun masih tidak berpaling memandang Dhamirah namun dia tahu Dhamirah tentu sedang menahan malu.

“Err…. Tak jadilah..” Dhamirah menjawab laju sambil kembali berpusing untuk kembali ke biliknya.

“Buatkan aku hot chocolate.” Arahan Haris buat langkah Dhamirah terhenti.

“Ha?!”

“Hot chocolate… Cepat!!” Arah Haris. Dhamirah ketap bibir. Di waktu begini, Haris masih berniat untuk mengarah dia. Lupakan malu dan segannya pada lelaki itu, Dhamirah kembali menuruni tangga. Langkahnya laju menuju dapur. Laptopnya diletak di atas meja makan sebelum dia bergerak untuk membuat air seperti diminta Haris.

“Kenapa tak buat assignment kat depan?” Soalan Haris yang dekat ditelinganya buat Dhamirah terkejut. Mujur tidak tumpah air yang sedang dikacaunya. Perlahan dia berpaling. Haris tunduk memandangnya dengan wajah serius.

“Err…. Mira taknak kacau abang buat kerja.” Perlahan Dhamirah menjawab. Haris mencebik. Dia lantas mengambil mug yang berisi hot chocolate seperti yang dimintanya. Langkahnya laju menuju meja makan.

“Duduk sini..” Arah Haris ketika dia menghantar punggung ke kerusi makan. Dhamirah yang baru dua langkah mahu melarikan diri ke bilik terhenti.

“Ha?”

“Duduk sini.” Tegas suara Haris membuat Dhamirah melangkah perlahan dan mengambil tempat di depan Haris. Matanya meliar melihat sekeliling asalkan bukan ke wajah Haris. Sesekali dia menjeling Haris, lelaki itu merenungnya tajam sambil menghirup minuman yang dibuatnya sebentar tadi.

“Bila kau habis study?” Soalan Haris memecah kesunyian mereka. Dhamirah kerut dahi, cuba mencerna soalan tiba-tiba itu.

“Kau pekak ke? Aku tanya bila kau habis study?” Haris mengeluh perlahan. Kadang-kala letih bila di terpaksa mengulang soalan yang sama dua kali.

“Dalam sebulan lagi Mira habis sem. Lepas tu cuti semester break. Buka sem baru nanti, Mira kena internship.” Panjang lebar Dhamirah menerangkan.

“Dah dapat tempat?” Dan soalan itu dijawab dengan gelengan kepala oleh Dhamirah.

“Mira dah apply beberapa tempat, tapi belum ada yang jawab.”

“Nak intern kat tempat aku? Tapi kau kena jadi PA aku..” Haris bertanya. Separuh serius dan separuh bergurau.

Semakin berkerut dahi Dhamirah. Apakah selama ini Haris tidak tahu dia mengambil jurusan apa? Bidang arkitek dan kesetiausahaan tentu sangat berbeza.

“Mira bukan ambil course secretarial.” Bidas Dhamirah. Kalaupun Haris tawarkan dia membuat latihan praktikal di syarikatnya sebagai arkitek sekalipun, dia akan tolak mentah-mentah. Tidak sanggup berhadapan dengan Haris sepanjang masa.

Haris angkat bahu. Hot chocolate dihirup perlahan sambil mata masih merenung isterinya. Semakin direnung, hatinya semakin berdetak kencang. Dhamirah pula semakin menundukkan kepala, menyedari renungan Haris semakin dalam.

Senyuman terbit dari bibir Haris sebelum dia melarikan pandangan. Kepala digelengkan perlahan, tidak mengerti dengan rasa di hati dan getaran di dada. Di matanya, Dhamirah kelihatan semakin menarik. Setiap perlakuan isterinya itu mula mencuri tumpuannya. Jemari naik menyisir rambut, cuba membuang rasa yang tiba-tiba menyesak dada.

“Err… kalau dah taada apa-apa, Mira naik dulu?” Dhamirah meminta keizinan. Melihat reaksi pelik Haris sebentar tadi juga buat dia berebar-debar. Dalam tegas Haris, kini bahasanya mula lembut. Dalam garang Haris, ada nada yang tidak pernah dia dengar sebelum ini. Itu buatkan Dhamirah semakin takut. Takut andainya reaksi itu mencambah perasaan pada hati Dhamirah.

Haris mengangguk kecil. Dia terpaksa lepaskan Dhamirah kerana rentak hatinya sudah sangat berbeza saat ini. Dan, jika dia masih berkeras mahu Dhamirah terus dihadapannya, dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia ketawa kecil bila Dhamirah bingkas bangun dan memeluk laptopnya lalu berlari anak menaiki anak tangga untuk ke biliknya.

“You’re asking for trouble, Haris.” Gumamnya sendiri lalu bangun membawa mugnya ke sinki dan membasuhnya sebelum dia juga turut kembali meyambung kerja.