Monday, 23 July 2012

Bab 17 : Ingin Kulafazkan Cinta





17.
                Idraki memandang langkah sopan Ayu yang makin menghilang ke ruang tamu rumah mewah ibu bapanya itu. bibirnya tersungging senyum, sejuk hati dan nyaman perasaan bila hari ini, Ayu mudah mengikut katanya. Tiada lagi penolakan seperti sebelumnya. Ayu amat lembut dalam bicaranya dan setiap keinginannya juga mudah dituruti oleh Ayu. Kadang – kala, pelik juga melihat tingkah Ayu hari ini sepanjang berada di rumah orang tuanya ini. Gadis itu amat mudah mesra dengan mama, ayah dan adik – adiknya. Tutur katanya juga lemah lembut dan tidak langsung marah – marah sebagaimana dia berbual dengan gadis itu selalunya. Sudah tersampuk apa? Atau segala penilaian Ayu terhadap dirinya berubah bila melihat rumah mewah ini? Adakah Ayu jenis gadis yang memandang kebendaan? Ah, tak mungkin, kerana perangai Ayu selama dia mengenali gadis itu langsung tidak menampakkan yang Ayu seorang yang materialistik. Mungkin juga Ayu bersikap demikian kerana menjaga adab dihadapan keluarganya.
                Pandangan Idraki masih tidak lepas dari pintu yang menghubungkan taman dan ruang tamu rumah mewah itu walaupun Ayu telah lama hilang di balik pintu. Masih terngiang – ngiang setiap bicara Ayu di meja makan tadi. Segalanya bagaikan terbongkar bila mama banyak bertanya tentang keluarga Ayu. Barulah dia tahu yang Ayu sudah kehilangan kedua orang tuanya dalam kemalangan tidak lama sebelum pertemuan mereka di Pulau Tioman. Tragedi itulah yang membawa Ayu ke Pulau Tioman, seterusnya pertemuan mereka dan diakhiri dengan peristiwa hitam yang sehingga kini menghantui mereka berdua. Sungguh, setelah mendengar kisah itu, dia jadi semakin kesal kerana meragut kesucian Ayu dan semakin tebal keinginannya untuk menjadikan Ayu sebagai isterinya yang sah. Dia juga baru tahu yang rumah yang Ayu diami sekarang, rumah dimana dia pernah hantar Ayu sedikit masa dahulu adalah rumah Encik Saiful, iaitu Pak Long Ayu.
                “Cepat betul dia ngam dengan family you.” Suara gemersik itu membawa pergi lamunan Idraki tentang Ayu. Dia menarik nafas, cuba mencari ketenangan dalam menghadapi gadis yang sudah tidak dipedulikan sejak berbulan dulu.
                “Ada apa, Ayra?” Tanyanya tanpa berpaling pada gadis yang sudah berdiri bersebelahan dengannya. Hari ini, gadis yang pernah dipujanya cantik berbaju blaus sendat warna pink corak polka dot dengan skirt paras buku lali berwarna pink pekat. Ayra memang cantik dan pandai bergaya. Dengan susuk tubuh menggiurkan dan mengenakan padanan pakaian yang menampakkan susuk tubuh, tentu sahaja ramai jejaka yang akan tergoda dengan penampilannya itu. Dia dulu juga begitu, namun sejak hadir Ayu dalam hidupnya, dia lebih berkenan dengan penampilan Ayu yang sentiasa sopan dan menutup aurat. Walaupun Ayra tidaklah sebegitu seksi seperti gadis – gadis diluar sana, tetapi dengan Ayra yang pandai bergaya memang akan mencuri tumpuan sesiapa sahaja dimana sahaja dia berada.
                “I Cuma nak berbual dengan you. It’s been a while. You pun susah sangat nak jawab call I sekarang. Kenapa?” Tanya Ayra dengan lenggok suaranya yang manja. Dia menghampiri Idraki yang duduk santai di kerusi besi menghadap taman mini di laman rumah itu. Kalau tadi dia hanya mampu menahan rasa melihat setiap kemesraan Idraki dengan gadis yang dibawa oleh lelaki itu, kali ini, dia tidak mahu melepaskan peluang.
                Idraki mengeluh perlahan. Ayra tidak faham atau buat buat tidak faham? Rasanya dia sudah terangkan dengan sejelas – jelasnya. Kenapa Ayra masih bertanya?
                “I rasa you sendiri tahu kenapa I tak jawab phone call you, kan.” Jawabnya perlahan dan malas. Dari ekor mata, dia memandang Ayra yang mengambil tempat di sebelahnya. Kerusi besi ditarik rapat ke sisinya. Namun dia hanya membiarkan setiap tingkah Ayra yang cuba menarik perhatinnya.
                “I miss you, honey. Dah lama tak keluar dengan you, bercerita dengan you.” Ayra cuba bermanja. Tangan sasa Idraki cuba diraih tetapi Idraki cepat menarik tangannya. Tidak mahu punya sebarang hubungan lagi dengan Ayra. Di hatinya sudah nekad untuk menjadikan Ayu satu – satunya wanita istimewa di hati. Hanya Ayu yang akan punya hak sepenuhnya untuk memegang setiap inci tubuhnya secara sah dan dia sedang berusaha ke arah itu. Jadi, dia tidak mahu Ayra atau mana – mana perempuan mendekatinya. Dia mahu jadi istimewa di hati Ayu juga.
                “Dah tak ada apa yang nak dicerita. I harap you faham, Ayra. We’re not together anymore. So, please jangan buat tak senonoh kat sini. My future wife is here.” Idraki menjeling geram lantas berdiri. Dia berjalan menghampiri air terjun buatan dan meneliti ikan koi yang seronok berenang di dalam kolam.
                “Future wife? That girl? So…. Sebab itu you dah tak layan I? Dah ada yang baru, you tolak I ke tepi?” Ayra hampir menjerit. Sangkanya, Idraki masih belum ada pengganti kerana sepanjang berpacaran, lelaki itu sangat setia pada cinta mereka. Hanya dia yang sedikit liar, mudah mengikut kawan – kawan lelaki keluar. Tetapi dia tidak pernah berniat apa – apa, hanya ingin berseronok sementelah berada di Negara orang. Nak harapkan Idraki? Lelaki itu terlalu menjaga tatasusila dan adab pergaulan. Sepanjang berkasihan, Idraki hanya berani memegang tangannya. Tak lebih dan tak kurang daripada itu.
                “Siapa yang tolak siapa? You yang dulu dah ada pengganti I, kan? So, tak salah untuk I ada yang baru jugak.” Perli Idraki. Wajah Ayra masih tidak sudi di pandang. Jika dipandang wajah cantik itu, pasti dia akan teringat segala khianat Ayra.
                “Darling…. Kan I dah beritahu yang sebenarnya. I Cuma tolong that guy..” Rayu Ayra pula. dia menapak mendekati Idraki. Sekali lagi, tangan sasa itu cuba diraih. Minta perhatian, namun secepat itu juga Idraki menarik tangannya. Segala pujuk rayu Ayra sudah tidak termakan dek hatinya.
                “Apa tujuan you datang sini and bawak parents you sekali ni?” Masih dalam nada marah, Idraki bertanya. Ketika Puan Sri Aisyah memberitahu yang keluarga Ayra akan datang berkunjung, Idraki diserang sakit kepala. Jika sudah Ayra ingin ke rumah, bagaimana dia ingin mengelakkan gadis itu sedangkan dia tidak mahu memandang pun wajah Ayra. Letih memikirkan jalan, akhirnya, dia menggunakan Ayu. Lagipun, dia memang ingin memperkenalkan Ayu kepada seluruh ahli keluarganya sebagai calon isteri. Walaupun, Ayu berkeras tidak bersetuju, tapi itu boleh difikirkan kemudian. Yang penting, dia mahu Ayra dan keluarganya faham yang dia tidak akan mengambil Ayra sebagai isteri lagi. Hatinya sudah tertutup untuk gadis itu.
                “My mum… dia rindu nak jumpa dengan mama. Katanya dah lama tak bersembang, macam dulu – dulu. So, I bawalah ke rumah you. Tak salah,kan?”
                “Memang tak salah kalau betul niat you sekadar nak bawa auntie Rozy sembang – sembang dengan mama I. Cuma I harap tak ada perkara tersembunyi di sebalik tu.” Sinis Idraki menjawab. Mummy Ayra, Datin Rozy, juga seperti Ayra. Licik dan pandai bermain kata – kata untuk buatkan orang lain terpujuk dengan kehendaknya. Dan, mamanya pula, seorang yang lembut hati. Mudah sangat kasihan. Dia takut andai kedatangan keluarga itu membawa hajat untuk menyatukan mereka berdua.
                “Apa maksud you?”
                “Err…. Idraki?” Suara Ayu menjengah bila Idraki ingin menjawab soalan itu tadi. Segera dia berpaling pada Ayu yang sedang berdiri di kerusi besi tidak jauh dari kolam itu. Sedulang minuman telah tersedia di atas meja. Entah sejak bila Ayu tercegat di situ.  Dia Cuma berharap, Ayu tidak mendengar apa –apa tentang perbualan dia dengan Ayra sebentar tadi.
                Idraki mengukir senyum manis. Laju langkahnya mendapatkan Ayu yang masih setia menanti di situ. Perlahan, Ayu membalas senyuman itu. Mengenali sisi lain Idraki bila bersama keluarganya, hatinya bagai terpujuk sendiri.
                “Airnya dah siap. Jom, minum..” Ayu mempersilakan Idraki minum. Dia menuang air kopi pekat seperti yang diminta oleh lelaki itu tadi ke dalam cawan. Sesekali, matanya mengerling kea rah Ayra yang masih tercegat di kolam ikan itu, dan pandangannya beralih pada pula Idraki yang selamba menanti airnya dihidangkan.
                “Lamanya… You ambil air ke, buat air ni?” Gurau Idraki, sedikit menyindir. Menjeling Ayu mendengar gurauan itu. Kalau tak kerana mama Idraki yang bersungguh – sungguh mengajar dia cara membuat air kopi pekat itu tadi, tentu dah lama kopi itu terhidang. Entah apa pula agenda Puan Sri Aisyah itu sehingga dia kena belajar pula cara – cara nak buat kopi. Kan sama saja macam nak buat air yang lain – lain? Yang lebih pelik, Puan Sri Aisyah langsung tak benarkan Bibik Suti menolong dia membuat air itu.
                “Duduklah, minum sama. Kenapa tercegat aje?” Idraki menyoal bila dilihatnya Ayu setia tercegat disisinya. Dah macam orang gaji pula berdiri disitu melihat dia minum. Rasa tak selesa pun iya. Macam dia tuan besar pula.
                “Err… encik tak ajak Cik Ayra minum sekali ke?” Masih berdiri, Ayu bertanya. Matanya sesekali mengerling kea rah gadis cantik yang sedang leka membelek telefon bimbit. Berbalas SMS agaknya. Matanya kembali terarah pada Idraki bila terdengar lelaki itu mengeluh kecil. Cawan yang tadi disisip di bibir, diletakkan semula.
                “Dah kenapa pula panggil I, encik ni? Kan sedap you panggil I Idraki dari tadi.” Balas Idraki. Soalan Ayu tadi dibiarkan tidak berjawab. Ayra juga langsung tidak dipeduli. Tak perlu ambil peduli akan gadis itu, Ayra sudah kenal baik dengan seluruh ahli keluarganya. Tak payah susah – susah ajak minum, gadis itu akan pandai menyelitkan diri.
                Tunak mata bulat Ayu memandang Idraki. Geram pun iye. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab Idraki. Kenapa soal panggilan itu pun jadi isu pada lelaki ini? Suka hati dialah nak panggil apa pun. Tapi, dia Cuma berani cakap dalam hati saja. Selain takut Idraki naik marah, dia juga tak mahu nak memanjangkan isu panggilan itu. Lama – lama nanti, Idraki senyaplah tu.
                “Saya pergi panggil Cik Ayra sekejap.” Ayu ingin berlalu tetapi sebaik dia melintasi Idraki, lelaki itu memegang tangannya. Bulat mata Ayu melihat betapa beraninya Idraki pegang tangan dia di rumah lelaki itu. Nak cuba tarik tangannya pun tak guna sebab memang tak akan Berjaya. Lagi dia cuba tarik nanti, lagi kuat lelaki itu genggam tangan dia. Matanya berbalas renungan dengan mata Idraki. Renungan lembut dari lelaki itu buat hati Ayu berdebar tiba – tiba.
                “Duduklah. Temankan I minum. Dia dah biasa di sini. She knows where to put herself.” Lembut bicara Idraki menusuk hingga ke jantung. Leka seketika mendengar suara selembut itu dari lelaki setampan Idraki. Bagai terpukau, Ayu menurut sahaja kehendak Idraki. Dia lantas mengambil duduk di hadapan Idraki, dihalangi oleh meja bulat yang diletakkan tengah – tengah antara empat kerusi. Aduh, Ayu hampir menepuk dahi sendiri bila tersedar dia bagai orang bodoh kerana mengikut sahaja kehendak lelaki itu. Senyuman kemenangan yang dipamer Idraki buat Ayu sedar. Argh, kenapa Idraki punya aura yang sangat kuat dalam mempengaruhi setiap tindak tanduknya?
                “You ke yang buat kopi ni?” Idraki bertanya setelah merasa air kopi yang tersedia. Mata memandang Ayu yang asyik tunduk. Tak minum dan tak bercakap dari tadi. Resah jadinya Idraki dengan kebisuan itu. Ketika Ayu mengangkat muka, Idraki masih memandangnya lembut. Ada kedamaian di hatinya setiap kali dia menatap mata bulat itu.
                “Tak sedap ye? Sorry, saya tak pandai buat air.” Cepat Ayu meminta maaf. Masak memasak memang bukan bidang kepakarannya. Setakat goreng telur atau buat nasi goreng tu, bolehlah. Tapi, kalau nak harapkan dia masak yang lebih – lebih, memang fail teruklah jawabnya. Bab buat air lagilah. Setakat air milo instant 3 in 1 tu memang dia pakar, tapi kalau bancuh sendiri, entah apalah rasanya.
                “Not bad. I suka kopi pekat. Black. Yang ni macam kurang pekat. Next time, improve ya.” Idraki mengenyit mata. Berkerut dahi Ayu. Next time? Bila masa pula lagi dia akan buatkan air untuk lelaki ini? Yang ini pun, kalau tak digesa oleh Puan Sri Aisyah, memang dia tak akan buat. Dia Cuma akan tunggu aje Bibik Suti siapkan semuanya. Ah, bercakap tentang Puan Sri Aisyah…..
                “Kenapa encik tak beritahu yang parents encik ada title Tuan Sri and Puan Sri? Buat malu aje saya panggil mereka uncle and auntie..” Rungut Ayu. Terkejut bila dia dengar Bibik Suti panggil mama Idraki, Puan Sri. Panas hati juga pada Idraki yang tidak beritahu awal – awal. Sudahnya, dia malu sendiri sebab dengan yakin panggil orang tua Idraki dengan uncle dan auntie sejak mula tiba di rumah ini. Terdengar tawa kecil Idraki, Ayu mengecilkan anak mata memandang lelaki itu. Dia serius, Idraki boleh pula tertawa senang.
                “Nak malu apa? Mama sendiri yang bahasakan diri dia mama dengan you kan? FYI, mama dan ayah tak kisahlah dengan title tu semua. Mereka pun manusia macam orang lain jugak.”
                “Iyelah, tapi sepatutnya encik kena beritahu saya. Malulah saya panggil macam tu. Macam saya ni nak jadi menantu dia orang pulak.” Ayu masih merungut tanpa sedar kata – katanya itu menjemput senyum di bibir Idraki. Mendengar perkataan ‘menantu’, dia bagai terhibur. Ayu juga kelihatan tidak bermasalah untuk menjadi menantu di rumah ini dan tidak kekok untuk bermesra dengan ibu bapa dan adik – adiknya.
                “What?” Tanya Ayu kehairanan bila melihat senyuman nakal di bibir Idraki.
                “Sudi jadi menantu rumah ni? Mama and ayah Nampak dah suka benar dengan you.” Usik Idraki, namun dia serius. Memang sudah jadi tekadnya untuk mengambil Ayu sebagai isteri. Dia akan pastikan, walau dengan apa cara sekali pun, Ayu tetap akan menjadi isterinya. Ayu menutup bibir dengan tangannya sebaik tersedar apa yang baru dikatakannya tadi. Hati menyumpah marah. Kenapa mulut tak beragak – agak nak berkata – kata. Dengar ayat yang menjurus kepada persetujuan dia, tentu sahaja Idraki gembira. Aduh, dari menutup bibir, Ayu menepuk dahi pula. Reaksinya itu buat Idraki ketawa senang.
                “You’re so cute. Macam budak – budak.” Ujar Idraki lalu tangannya menupang pipi. Mata masih ralit merenung Ayu yang membuntangkan anak mata. Jarang dia jumpa gadis yang selamba begitu. Dulu, dengan Ayra, gadis itu sentiasa nak maintain cantik 24 jam. Tapi, berbeza dengan Ayu yang akan buat ikut suka hatinya. Rasa nak tutup bibir ke, tepuk dahi ke, buntangkan mata ke, dia buat ikut sedap rasa dia sendiri. Tak perlu susah – susah nak control ayu. Argh, dah kenapa pula dia nak bezakan Ayra dengan Ayu? Tentu sahaja dua gadis ini punya personality berbeza. Makin bertambah lebar senyuman di bibir Idraki bila Ayu menunduk dan mula tak senang duduk. Dia tahu, Ayu serba tak kena bila direnung begitu.
                “Bila saya boleh balik?” Ayu bertanya setelah suasana sunyi sebentar tadi. Sunyi, namun mata Idraki memang tak lepas dari merenungnya. Buat dia tak senang duduk, rasa nak lari menyorok dalam rumah agam itu pun ada tapi tak ke keterlaluan sangat kalau dia buat begitu?
                “Dah tak seronok di sini?” Idraki bertanya juga. Tangan yang tadi menopang pipi, kini mencapai cawan berisi air kopi. Mendengar soalan Ayu tadi, hilang seronoknya mengusik Ayu. Baru sahaja Nampak Ayu mula serasi dengannya, kini Ayu buat perangai menolak dia lagi.
                Ayu garu kepala yang tidak gatal. Bukanlah dia tak seronok berada di rumah besar ini, tapi takkan nak tunggu hingga malam pula? Dia orang asing, tentu kehadirannya sedikit sebanyak mengganggu tuan rumah.
                “Habis, encik nak suruh saya tidur kat sini ke malam ni?” Ayu memprovok. Sengaja nak wujudkan pertengkaran pada hubungan yang baru nak Nampak baik. Wajah serius Idraki tadi terus bertukar manis sebaik mendengar soalan itu tadi.
                “Boleh juga. Boleh family I kenal you dengan lebih rapat lagi. Jadi ye tidur sini?” Cepat pula Idraki membalas. Mengusik, tapi Ayu sudi, dia tidak menghalang. Mama tentu sahaja suka. Dari pertama kali jumpa Ayu lagi, mama dah Nampak berkenan benar dengan Ayu. Lagipun, rumah ini masih banyak bilik kosong, tentu tak jadi masalah kalau Ayu ingin bermalam.
                “Gila!” Marah Ayu. Dia menjeling geram. Hajatnya tadi nak kenakan Idraki namun kini, dia pula yang terkena. Dia sepatutnya sedar yang Idraki tentu sahaja akan gembira dengan kata – kata dia tadi. Lelaki itu kan sudah tidak sabar nak ambil dia jadi isteri! Ketawa Idraki dengan jawapan dari bibir mungil itu. Nak kenakan orang sangat, sekarang dia yang terdiam sendiri. Hati Idraki meloncat gembira, hari ini, Ayu sudah semakin dekat dengan dia. Dan, dia akan cuba untuk lebih dekatkan diri dengan gadis itu sehingga gadis itu setuju jadi isterinya.

******************************************
                “Cik Ayra?”
                Kelu lidah Idraki yang lancar bercerita tentang perancangan kahwin mereka. Dari mula masuk kereta tadi, Ayu tak habis – habis nak menolak keinginan dia yang mahu mengahwini Ayu. Sangkanya, bila Ayu sudah mula berbaik dengan dia dan kenal mesra dengan keluarganya, gadis itu akan setuju. Namun, hingga saat ini, Ayu masih terus – terusan menolak. Alasan yang digunakan masih sama, Ayu tak mahu dia bertanggungjawab atas segala yang pernah terjadi. Idraki menjeling sekilas Ayu yang duduk di sebelah penumpang. Degil sangat – sangat rupanya gadis ini.
                “Kenapa dengan dia?” Soalan dijawab dengan soalan juga. Geram dengan Ayu yang tiba – tiba membangkitkan nama Ayra.
                “Dia Nampak begitu sukakan encik. Kan encik boleh ambil dia jadi isteri.” Tenang Ayu menjawab walau dia dapat mengesan nada marah dalam soalan Idraki itu tadi. Mendengar keluhan kecil Idraki, Ayu memandang ke kanan. Merenung wajah tampan itu dari sisi. Serius wajah Idraki memandang jalan raya. Cuba menumpukan perhatian pada pemanduan walau hati panas dengan sikap Ayu yang berubah – ubah.
                “Kenapa I nak kahwin dengan orang lain sedangkan I ada tanggungjawab pada you?” Masih tidak berpuas hati, Idraki bertanya lagi.
                “Berapa kali saya nak cakap? Saya tak nak encik bertanggungjawab. Kenapa masih nak kahwin dengan saya?”
                “Kenapa you tak nak kahwin dengan I? I tak cukup handsome ke?” Idraki tayang senyum comel kepada Ayu. Menjeling gadis itu melihat perbuatan itu sambil kepala menggeleng perlahan. Ada – ada sahaja Idraki nak kenakan dia. Tadi serius sangat wajahnya, sekarang dah tayang senyum macam kera pula. Eh, senyum macam kera pun, wajah itu tetap tampan.
                “Ingat cukup ke dengan handsome tu bila nak kahwin dengan anak dara orang?” Marah Ayu. Idraki ketawa lepas. Kata – kata Ayu sering buat dia terhibur walau sedar kata – kata itu tadi sedang menyindirnya.
                Then, you nak apa dari seorang suami?” Tanya Idraki, cuba menyelami hati seorang Ayu. Namun, reaksi Ayu hanya menjungkit bahu, kemudian melepaskan pandangan ke luar tingkap. Sudah kehabisan idea untuk menjawab setiap pertanyaan Idraki.
                “Salah ke kalau I nak kahwin dengan you, Ayu? Salah ke kalau I nak ambil tanggungjawab I pada you?” Idraki bertanya lagi. Tidak puas hati dengan kebisuan Ayu pada soalan awalnya tadi. Ayu mengeluh, masih tidak habis dengan persoalan kahwin ini rupanya. Apa mereka tak ada benda lainkah yang boleh dibicarakan?
                “Okey, kenapa encik nak sangat kahwin dengan saya ni?” Ayu memusing sedikit tubuhnya. Wajah tampan itu direnung dengan penuh harapan agar soalannya terjawab.
                “I pernah beritahu kan, I nak bertanggungjawab pada you. I nak tebus dosa I pada you.” Jawab Idraki, tenang. Sesekali, mata melirik kea rah Ayu yang masih merenungnya. Nampak canti pula bila mata bulat itu terkelip – kelip memandangnya.
                “Encik nak kahwin dengan saya sebab encik nak bertanggungjawab. Lets say, saya setuju kahwin dengan encik sebab saya nak encik bertanggungjawab pada apa yang pernah berlaku antara kita. Then, bila rasa tanggungjawab tu dah habis, bagaimana? Encik nak ceraikan saya?” Panjang lebar Ayu menerangkan. Tentang ketakutannya jika mereka diikat hanya jika atas dasar tanggungjawab terhadap kekhilafan mereka.
                Then, we learn to love each other. I’ll learn to love you and you learn to love me.” Ringkas jawapan Idraki. Buntang mata Ayu mendengar jawapan dari bibir seksi itu. Semudah itu? Apa Idraki fikir mudah untuk mencintai seseorang?
                You make it sounds so simple, kan?”
                I know this is not simple, Ayu. But, we can give it a try, kan?” Idraki cuba memujuk. Jemari Ayu yang berlabuh di peha, cuba diraih tapi cepat Ayu menarik tangannya. Tidak mahu menambah dosa dengan membenarkan Idraki menyentuh dia yang bukan mahram.
                “Encik ingat nikah kahwin ni perkara main – main ye? Boleh cuba, cuba. Kalau tak serasi, berpisah, macam tu?” Masih marah, Ayu meluah perasaan. Dia memeluk tubuh sendiri. Senang benar Idraki cari penyelesaian dalam masalah ini. Masalah yang lelaki itu ciptakan sendiri. Sudah berkali dia menolak, patutnya Idraki bersyukur kerana dia tidak perlu bertanggungjawab, tetapi sebaliknya pula dengan Idraki. Bertegas hendak bertanggungjawab dan menebus dosa.
                “Ayu…. I tak pernah nak main – main dalam soal kita ni. Just give me a chance untuk bertanggungjawab pada you. InsyaAllah, I tak akan sia – siakan amanah Allah pada I. Why don’t you try to do the same?”
                Ayu mengeluh perlahan. Beri peluang? Peluang apa? Peluang kepada perkahwinan mereka atau peluang pada Idraki? Memikirkan bentuk rumahtangga yang terbina andai dia bersetuju, Ayu melenguh lagi. Jarinya menyentuh tudung yang dirasakan sudah mula senget.
                “Macam mana saya nak hidup dengan encik kalau tak ada cinta dalam rumahtangga kita?” Soal Ayu setelah lama terdiam tanpa memandang wajah Idraki. Pemandangan di luar tingkap lebih menarik perhatian walaupun jalan raya tengah sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Agak lama suasana bisu tanpa sebarang jawapan dari Idraki, Ayu menoleh. Memandang Idraki yang sedang tersenyum senang.
                “Kenapa pulak senyum? Dah habis jawapan untuk soalan saya?” Provok Ayu. Semakin lebar senyuman Idraki sambil matanya mengerling Ayu nakal. Terbit rasa di hati nak mengusik gadis ini. Dia sudah tahu yang marah Ayu tak akan kemana akhirnya, Cuma degilnya itu yang sukar dia lembutkan sehingga sekarang.
                “Sejuk hati I dengar you sebut rumahtangga kita. Sounds so nice..” Usik Idraki. Sekali dia menoleh melihat Ayu, gadis itu sedang membuntangkan mata. Mungkin tidak percaya dengan kata – kata yang beru keluar dari mulutnya tadi.
                “Eee!!.... Kita cakap betul – betul, dia boleh main – main pulak. I’m dead serious, encik Idraki.” Marah Ayu, penumbuk di kepal. Kalaulah Idraki ni satu spesies dengan dia, memang dah lama Idraki makan penumbuk dia. Ketawa besar Idraki dengan jawapan Ayu. Mata bulat yang semakin bulat dengan wajah memerah menahan merah itu buat dia geram. Kalaulah Ayu sudah sah menjadi isterinya……
                Listen, dear. Kan I dah cakap, we learn to love each other. InsyaAllah, kalau kita ikhlas, kita akan saling mencintai one fine day. Until that day, why not we give it a chance?
                “Susahnya bercakap dengan orang bijak pandai ni. You always have answer for all questions, kan?”
                Berderai ketawa Idraki dengan kata – kata itu. Suka benar hatinya dapat mengusik gadis disebelahnya. Makin Ayu marah, makin cute pula wajah itu di matanya. Garang, tapi cute. Itu yang dia suka.
                Oh dear, you’re so cute….” Puji Idraki lepas tawanya reda.
                Dan Ayu, hanya mampu menahan rasa marah dan geram dengan sikap Idraki yang seolah tidak ambil serius dengan kata – katanya.

Thursday, 21 June 2012

Bab 16 : Ingin Kulafazkan Cinta


16.
                Jam tangan berjenama Solvi Titus dibelek lagi. Kemudian, Ayu mengeluh lagi. Dia mula bosan dan matanya meliar memerhati ke sekeliling. Sudah hampir setengah jam dia berdiri di sini bagai tunggul kayu tapi insan yang ditunggu tak kunjung tiba. Batang hidung pun tak Nampak! Ikutkan hati yang sedang membara, memang dia angkat kaki tetapi mengenali orang yang ingin bertemu dengannya itu bagaimana sikapnya, dia menyabarkan hati. Ayu mundar mandir di hadapan pintu masuk Mid Valley yang gah. Sambil hati merungut geram, bibirnya diketap kuat. Geram sangat dengan lelaki yang ditunggu.
                Teringatkan perbualan semalam, makin membara hatinya. Sudahlah entah dari mana lelaki itu mendapat nombor telefon bimbitnya, kemudian memaksa dia untuk berjumpa pula. Bukan, bukan memaksa, sebaliknya lelaki itu tegar mengugut untuk menjemput dia di rumah kalau dia menolak untuk berjumpa. Sakit hati bila memikirkan perangai lelaki yang seorang itu. Dan, dia pula, entah kenapa akhirnya akan menurut sahaja kehendak lelaki itu walaupun letih bertengkar pada awalnya.
                “Sorry, sorry… I lambat. Parking penuh, berpusing – pusing carik parking tadi.” Suara garau itu menerjah telinganya ketika dia asyik mengutuk di dalam hati. Segera berpaling pada tuan empunya suara dengan wajah marah. Sudahlah lambat, tanpa salam terus menyerbu dia begitu.
                “Waalaikumusalam…” Perlinya perlahan. Lelaki tegap yang berdiri dihadapannya pamer senyum yang menggoda. Dia tahu Ayu marah dan berharap dengan senyuman itu mampu meredakan kemarahan Ayu. Jarinya melurut rambut ke belakang. Tubuh Ayu yang tersarung baju kurung Pahang dipandang atas bawah.
                “Assalamualaikum… Sorry, I terlambat. Dah lama you tunggu?” Idraki masih pamer senyum. Matanya juga masih melekat pada wajah jernih yang cantik dengan sepersalinan baju kurung Pahang itu. Warna hitam berbunga merah hati memang menyerlahkan wajah yang sedia ayu. Nampak berseri – seri seraut wajah lembut itu.
                “Encik tetapkan pukul sepuluh, kan? Sekarang dah pukul berapa?” Ujar Ayu marah. Lewat setengah jam dan biarkan dia tercegat sendirian di depan pintu masuk ini, memang mencabar kesabarannya. Menyedari mata Idraki yang liar memerhati tubuhnya, Ayu turut tunduk memeriksa tubuh, takut ada yang tak kena dengan pakaiannya.
                “Tengok apa? Tak pernah tengok orang pakai baju kurung ke?” Marah Ayu lagi bila Idraki tidak menjawab soalannya tadi. Sedikit terperanjat Idraki namun cepat diselindungi dengan senyuman menggodanya.
                “Cantik…. Kenapa pakai baju kurung ni?” Usik Idraki. Tapi, pujiannya ikhlas. Memang Ayu benar – benar cantik dengan pakaian itu. Ayu merengus geram. Memang sengaja dia pakai baju kurung. Tanda protes, berkali – kali dia menolak keinginan Idraki untuk berjumpa tapi lelaki itu mengugut dia macam – macam. Sudahnya, dia pilih untuk berbaju kurung agar Idraki tidak selesa bertemunya. Lelaki metroseksual seperti Idraki tentu sahaja tidak suka berjalan beriringan dengan wanita berbaju kurung seperti dia sekarang ini.
                “Tak boleh?” Sinis Ayu bertanya. Dia menjeling Idraki yang masih tersenyum. Budget handsome sangat dengan senyuman begitu. Tetapi, dia memang handsome pun. Bertambah handsome bila senyum begitu.
                “Boleh… it suits you. In fact, sesuai sangat. Dah, jom. Kita dah lambat ni.” Idraki cuba mencapai tangan Ayu namun cepat ditepis Ayu. Hish, mamat ni, asyik nak pegang tangan dia je.
                “Nak pergi mana? Semalam kata nak jumpa kat sini?” Tanya Ayu tetapi kakinya tetap melangkah mengikuti langkah Idraki.
                “I tak kata nak jumpa kat sini. You yang tetapkan, kan? Jom, dah lambat ni. You ni, pakai macam ni, macam tau tau aje kan.” Idraki sambung mengusik. Bila melihat kerut di dahi Ayu, semakin lebar senyuman Idraki. Hai Ayu, makin banyak eksperesi muka yang dibuat Ayu, makin dia tertarik melihatnya.
                “Tau apa?” Ayu semakin bingung. Idraki penuh dengan tanda Tanya. Namun sehingga mereka tiba di kereta Idraki dan sehingga mereka menuju destinasi, Idraki masih tidak menjawab soalannya. Ayu bingung dan risau. Bimbang juga sekiranya Idraki membawa dia ke tempat yang tidak sepatutnya.
                “Encik nak bawa saya ke mana ni?” Tanya Ayu apabila kereta Audi A7 Idraki semakin jauh dipandu Idraki. Dari Mid Valley, kini mereka sudah berada di tengah Bandar Kuala Lumpur. Kalau Idraki ingin membawa dia bersiar – siar di sekitar KL ini, kenapa tidak diberitahu sahaja semalam agar senang dia terus ke KL.
                “Some place, but not to worry. I bawa you ke tempat yang selamat.”
                “Boleh percaya ke?” Sindir Ayu. Idraki ketawa kecil. Prejudis sungguh gadis itu dengan dirinya. Tetapi dia tidak salahkan Ayu dengan sikapnya itu.
                “You tak percaya dengan I?”
                “Dengan apa yang dah jadi… nope, I don’t trust you.”
                “Tapi, you still keluar dengan I, kan?”
                “Itu sebab encik paksa saya.” Marah nada suara Ayu. Geram dengan Idraki. Ada sahaja modal lelaki itu nak kenakan dia. Idraki ketawa lagi. Walaupun Ayu sering marah marah bila bersamanya namun aksi Ayu memang manja dan bagai keanak – anakkan.
                “Kita nak kemana sebenarnya ni?” Tegas Ayu lagi bila mereka mula memasuki kawasan perumahan mewah di Damansara. Kemana pula Idraki ingin bawa dia? Takkan pula bawa ke rumah?
                “Be patient, dear. And, please do trust me. I takkan ulang lagi apa yang pernah I buat dekat you.” Idraki mengerling sekilas Ayu disebelahnya. Takut benar Ayu dengan dia. Ayu mengeluh dan memeluk tubuh. Sudah malas ingin bertengkar dengan Idraki. Akhiran nanti, dia juga yang sakit hati. Sudahnya, dia hanya senyap dan menikmati pemandangan luar dari tingkap. Biarkan sahaja Idraki memandu.
******************************************
                “Okey, kita dah sampai. Jom…” Idraki mematikan enjin kereta. Dia menanggalkan tali pinggang keledar dan memerhati Ayu yang terkebil – kebil memandang sekeliling rumah mewah itu. Bibirnya mengukir senyum nipis. Aksi Ayu bagai tidak pernah Nampak rumah sebesar itu pula sedangkan Ayu sendiri tinggal di rumah yang mewah juga.
                “Dear, jom. You nak I dukung you masuk dalam ke?” Laju Ayu menoleh kearah Idraki. Lelaki itu sekarang ini suka sangat memanggil dia ‘dear’. Apa ingat dia ini kekasih lelaki itu kah?
                “Ini rumah siapa?” Tanya Ayu, masih tidak bergerak. Tali pinggang keledar juga masih tidak dibuka. Takut Idraki punya niat jahat terhadapnya dengan membawa dia ke rumah mewah ini.
                “I’ve told you not to worry, kan. Cepat, everyone is waiting.” Idraki masih berteka – teki. Dia sabar menanti Ayu yang perlahan membuka tali pinggang keledar dan akhirnya membuka pintu kereta. Idraki menggeleng perlahan. Susah benar nak buat Ayu percaya dengan dia. Dah sampai di rumah orang tuanya pun, Ayu masih ragu dengan dia. Tapi, tak boleh salahkan gadis ini juga, dia yang beriya – iya menyambunyikan tentang tujuan mereka berjumpa hari ini.
                “Everyone? Ramai orang ke kat dalam?” Tanya Ayu, masih blur dan keliru. Matanya liar memerhati sekeliling. Dari kawasan parkir kereta, bersusun – susun kereta mewah di dalam garaj. Sahlah yang Idraki ni memang kaya raya. Kereta semua yang berjenama mewah, motosikal berkuasa besar juga bersusun gah di tempatnya. Rumah agam itu dah macam istana. Banglo Pak Longnya juga tidaklah sebesar ini.
                “Kita masuk dulu. Nanti I kenalkan you dengan semua orang.” Balas Idraki perlahan. Dia berjalan beriringan dengan Ayu, tidak mahu Ayu berasa kekok berada di kalangan ahli keluarganya nanti. Sampai di pintu masuk utama yang sedia terdedah, langkah Ayu mati.
                “Saya nak kena buat apa?” Bagai dapat menduga sesuatu, Ayu bertanya. Berkerut dahinya bila soalannya hanya dibalas dengan senyuman Idraki. Sejak pagi, lelaki itu tidak pernah jemu menghadiahkan dia dengan senyuman cantik begitu.
                “Just duduk, okey. And, one more thing, please don’t call me encik bila kita kat dalam. Call me by my name. Okey?” Pinta Idraki sungguh sungguh. Dia pamer wajah mengharap. Berharap Ayu akan beri kerjasama padanya hari ini. Lama mereka bertentangan mata sebelum Ayu mengangguk perlahan.
                “Thanks. Okey, jom masuk.” Idraki tersenyum senang. Gembira bila Ayu senang memberikan kerjasama. Dia mendahului langkah Ayu, membawa gadis itu ke tengah ruang. Tergamam Ayu sebentar melihat hiasan di dalam rumah yang melambangkan kemewahan sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran orang lain di ruang tamu.
                “Ini ke kawan yang cakap tu?” Suara merdu itu membuatkan Ayu segera menoleh kea rah datangnya suara itu. Seorang wanita dalam lingkungan lewat 40-an berdiri berhampiran dia. Sungguh anggun wanita dihadapannya dengan sepasang baju kurung dari kain jenis opel bertatahkan batu. Idraki pula segera bersalaman dan tunduk mencium tangan wanita itu.
                “Ya, ma. Ini kawan Id, Ayu. Ayu, this is my mum.” Idraki pantas membalas. Diperhatinya Ayu yang teragak – agak bersalaman dengan Puan Sri Aisyah. Dengan penuh santun, Ayu tunduk mencium tangan ibu Idraki.
                “Assalamualaikum, auntie. Err… maaf, saya tak bawa buah tangan untuk auntie. Encik… err… Idraki tak cakap nak ke sini.” Ayu cuba berbahasa. Sesekali dia menjeling Idraki yang Cuma tersengih melihat dia dan Puan Sri Aisyah. Wanita anggun dihadapannya tersenyum senang. Sejuk hati melihat perilaku Ayu yang penuh sopan.
                “Id? Kamu kata dah beritahu Ayu. Tipu mama ye?” Puan Sri Aisyah pura – pura marah. Idraki tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum sambil menyebak rambut yang terjuntai di dahi ke belakang. Pandangan Puan Sri Aisyah kembali kepada Ayu yang masih malu – malu.
                “Tak apa, Ayu. Auntie Cuma nak kenal dengan Ayu. Bila auntie cakap ada tamu nak datang rumah ni, terus dia cakap nak bawa Ayu sekali ke rumah. Jom, auntie kenalkan dengan ayah dan adik – adik Id.” Puan Sri Aisyah menarik perlahan tangan Ayu. Teragak – agak Ayu mengikut wanita itu. sesekali, dia menoleh ke belakang, memandang Idraki dan cuba mendapatkan penjelasan. Idraki pula hanya tersenyum sambil matanya mengisyaratkan agar Ayu mengikut sahaja kehendak ibunya.
                “Kenalkan, ini ayah Id. Uncle Khalid. Ini semua adik – adik Id. Idzhar, Idzham, Shahila dan Shahima.” Puan Sri Aisyah memperkenalkan semua ahli keluarganya. Ayu senyum paksa dan bersalaman dengan kedua adik perempuan Idraki. Yang lelaki, dia hanya tunduk tanda hormat. Kemudian, Puan Sri Aisyah memperkenalkan pula dia dengan tetamu yang disebutnya sebentar tadi. Terkesan juga Ayu bila tetamu yang dikenalkan kepadanya tidak mempamer wajah gembira seperti ahli keluarga Idraki. Walaupun, hati was – was, namun Ayu tetap mengorak senyum. Wajah gadis yang diperkenalkan sebagai Ayra Nampak begitu masam ketika Idraki datang dan mengambil duduk bersebelahan dengan Ayu. Perbualan santai mereka semua membuat Ayu semakin janggal. Dia yang sememangnya agak pendiam jika baru berkenalan mula tidak senang duduk. Sesekali, dia memandang Idraki yang juga rancak berbual.
                “Semua duduk dulu ye, saya pergi tengok bibik kat dapur tu. Dah siap ke belum.” Puan Sri Aisyah meminta diri. Ayu terasa lapang dada. Sejak tadi, dia sememangnya cuba untuk lari dari berada dikalangan mereka. Melihat dari cara dan mendengar percakapan mereka, dia tahu semua yang ada disitu memang orang – orang berada. Tanpa sedar, dia berdiri untuk mengikut Puan Sri Aisyah. Namun belumpun melangkah, Idraki sudah memegang tangannya.
                “Nak kemana?” Tanya Idraki perlahan.
                “Tolong auntie di dapur.” Jawab Ayu yakin. Tetapi, Idraki ketawa kecil. Lucu bila mendengar kata – kata Ayu.
                “Tak perlu. Bibik ada buat semua. Mama nak tengok aje dah siap ke belum. Duduk aje.” Balas Idraki. Dia menarik tangan Ayu supaya duduk semula. Walau sedar semua mata memandang perlakuannya tetapi dia tidak peduli. Dia tidak mahu Ayu pergi kemana – mana. Dia hanya mahu Ayu duduk menemaninya disisi.
                “Err… tapi…”
                “Ehem! Id…” Suara garau Tan Sri Khalid buat keduanya serentak berpaling. Melihat sorotan mata Tan Sri Khalid di jarinya yang erat memegang tangan Ayu, Idraki tersenyum kelat. Perlahan dilepaskan tangan Ayu.
                “Duduk…” Arah Idraki. Ayu menurut dalam paksa. Terpaksalah dia menghadapi semua yang ada disitu. Yang paling dia resah bila mata tajam Ayra asyik merenungnya penuh syak wasangka.
                “Kak Ayu kerja kat mana?” Intan Shahila yang sedar dengan kejanggalan Ayu mengambil langkah untuk berbual dengan gadis itu. Intan Shahima turut sama menempek disebelahnya. Semakin serba salah Ayu dibuatnya. Perlukah dia berbaik dengan ahli keluarga Idraki ini? Dipandangnya Idraki namun lelaki itu sudah leka berbual hal lelaki dengan mereka yang lain.
                “Di Chanteque Landskap & Designs. Kerja sementara aje.”
                “Oh… Sebagai apa?”
                “Secretary. Saya nak panggil apa ye?” Ayu cuba menghidupkan suasana walau masih terasa janggal. Melihat kemesraan yang dipamer kedua beradik itu, dia mula selesa.
                “Panggil aje Ila. Ini, Ima. Tapi jangan nak saya – saya. Kita orang muda lagi tau.” Shahila mula rancak bercerita. Shahima pula mengangguk untuk mengiyakan kata – kata Shahila. Ayu mengukir senyum, petah betul kedua beradik ini bercerita.
                “Akak okey je kalau nak panggil nama. Akak pun muda lagi. Err… tapi, muka sama je, macam mana akak nak bezakan kau orang berdua?” Tanya Ayu, blur. Ketawa kedua kembar itu. memang itulah masalah utama mereka, orang lain tidak mudah untuk membezakan mereka berdua. Begitu juga dengan Idzhar dan Idzham yang memang serupa habis.
                “Kita orang kembar seiraslah, kak. Memang orang susah nak kenal mana satu Ila, mana Ima. Senang je, akak tengok ni.” Shahima memjawab lalu jarinya ditunjukkan pada keningnya. Betul – betul diatas bulu keniing itu terdapat tahi lalat bersaiz kecil. Hampir tidak Nampak dek kerana bulu kening itu yang hitam pekat.
                “Ima ada tahi lalat kat sini. Kak Ila tak ada. Kalau abang Idzhar dan Idzham plak, seorang becok macam mak nenek, seorang plak pendiam sangat. Tu, yang pegang Tab, abang Idzhar. Kalau akak Nampak yang asyik kelek Tab tu, abang Idzhar lah tu.” Panjang lebar Shahima bercerita. Mata Ayu turut menyorot kearah yang dirunjuk Shahima. Memang disitu, seorang lelaki sedang leka dengan Samsung Galaxy Tab. Tidak mempedulikan orang sekeliling yang sedang bercerita. Kemudian pandangannya beralih pula pada seorang lagi tidak jauh dari lelaki yang dikenalkan oleh Shahima tadi. Saling tak tumpah, tiada perbezaan langsung. Berkerut dahinya memerhati kedua lelaki seiras itu.
                “Dia orang kembar jugak ke?” Tanya Ayu. Ok, soalan bodoh. Sudah terang – terangan mereka berdua seiras, tentu sahaja mereka itu kembar. Ayu hampir menepuk dahinya sendiri dengan soalan itu. Kedua gadis dihadapannya yang mengangguk serentak pula membuat Ayu terlopong. Ada berapa adik beradik kembar dalam keluarga Idraki ini?
                “Ada berapa orang kembar dalam family kau orang ni?” Soalan itu membuatkan Shahila dan Shahima ketawa mengekek. Agak lucu dengan pertanyaan Ayu. Takkan pula Idraki tidak pernah beritahu tentang keluarga mereka.
                “Dua. Kami dan abang Idzhar dan Idzham. Along tak bagitau akak ke?” Shahila mengangkat dua jari.
                “Along? Ha… Err… Ada, ada. Akak lupa kot.” Ayu tersengih. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Adik – adik Idraki ini ingat dia kekasih along mereka, kah? Reaksi itu mengundang tawa lagi di bibir dua beradik kembar itu. Gadis yang baru dikenalkan oleh Idraki kepada keluarga mereka Nampak lebih mudah mesra. Berbanding Ayra yang mudah mesra tetapi banyak mengikut kata hati sendiri.
                “Akak lupa ke segan nak cerita dengan kita orang? Macam mana akak kenal dengan Along ye?” Shahila mula merisik. Dia mengerling Shahima yang sudah tersenyum simpul. Menanti jawapan dari Ayu. Cuba bersabar bila Ayu hanya diam sambil mata membulat mendengar soalan dari adik – adik Idraki itu.
                “Soalan apa tu?” Akhirnya Ayu bertanya soalan juga sebagai jawapan kepada soalan Shahila. Semakin bulat matanya bila kedua beradik itu ketawa lepas. Ceria sungguh dua beradik ini. Rasanya dia tidak mengatakan sesuatu yang lucu, kenapa kerap benar kedua beradik ini ketawa?
                Satu deheman kecil menghentikan ketawa lepas Shahila dan Shahima. Serentak mereka bertiga menoleh kepada suara itu. Entah kenapa, Ayu menarik nafas lega bila Idraki berdiri dihadapannya dengan lagak macho. Kedua tangannya diseluk kedalam poket seluar jeans bernada lusuh. Amat indah pandangan itu sehingga Ayu terpukau seketika. Tatkala pandangan mata Idraki bertaut dengan pandangannya, Ayu melarikan pandangan. Resah gelisah jadinya dia dengan renungan tajam itu.
                “Kau orang berdua buli Kak Ayu ke?” Idraki bertanya kepada Shahila dan Shahima sambil matanya tajam merenung kedua beradik itu. Dia menahan senyum yang mahu menguntum dibibir dengan aksi malu – malu kucing Ayu sebentar tadi.
                “Mana ada! Kita orang Cuma interview je. Nanti dah jadi kak long senang. Boleh jadi geng. Kan, dik.” Shahila pantas menjawab. Sebagaimana biasa, dia pantas mendapatkan sokongan dari kembarnya. Shahima pula pantas menganggukkan kepala. Bulat mata Ayu mendengar bicara lancar Shahila. Bila masa pula dia akan menjadi kakak ipar kepada dua beradik ini?
                “Mulut kau orang berdua ni… lancar aje, kan. Along cili baru tahu. Tak reti ke nak pergi tolong mama kat dapur tu?” Idraki bercekak pinggang pula. Pura – pura marah dengan tingkah kembar itu. Namun, dia senang melihat Ayu yang mula mesra dengan adik – adiknya. Shahila dan Shahima serentak mencebik. Itu mesti taktik nak berduaan dengan Ayu.
                “Mama kata tak payah tolong. Mama suruh kita orang temankan Kak Ayu, lah. Nak harap Along? Bila jumpa ayah dengan uncle Razif, memang lupalah benda lain.” Shahima menjawab. Ayu ketawa kecil melihat pertelingkahan dua beradik itu. Walaupun sedang bertikam lidah namun jelas kemesraan yang terpapar dari wajah mereka bertiga.
                “Alasan! Kau orang berdua memang pemalas. Nak tolong mama pun tak mahu. Guna Kak Ayu sebagai alasan ye?” Marah Idraki sambil dia melabuh duduk di sebelah Ayu. Pandangannya tajam pada kedua adik perempuannya. Marah, namun dia sebenarnya hanya bergurau. Melihat Shahila dan Shahima bermasam muka, dia rasa gembira.
                “Eleh… dia yang sebenarnya nak dating dengan Kak Ayu, nak salahkan orang pulak.”
                “Entah… kat rumah pun nak dating. Tunggulah kahwin dulu kalau nak lovey dovey pun kat rumah ni.” Lancar Shahila dan Shahima menjawab kata – kata Idraki. Ayu yang senyap dari tadi semakin tidak percaya dengan bicara itu. Adakah Idraki mencanangkan yang dia adalah kekasih lelaki itu dan bakal berkahwin?
                “Eh, budak dua orang ni! Pandai betul kau orang, kan. Esok Along dah kahwin, tahulah kau orang. Tak ada masa kau orang nak manja – manja dengan Along. Along layan Kak Ayu je.” Balas Idraki, tidak mahu kalah dengan adik – adiknya itu. Tercekik Ayu mendengar bicara itu. Bila masa dia cakap nak kahwin dengan Idraki?
                “Idraki!” Marah Ayu, hampir menjerit. Idraki hanya merenung dia dengan senyuman menggodanya.
                “Betullah. Jangan layan sangat budak – budak bertuah ni. Nanti dia pijak kepala.” Masih dalam mood bergurau, Idraki mengusik Ayu pula. Pipi gebu yang mula kemerah – merahan itu menarik minatnya. Entah marah atau malu, Ayu semakin menarik begitu pada pandangannya. Shahila dan Shahima pula ketawa melihat adegan abang dan bakal kakak iparnya mereka. Sungguh berbeza antara Ayu dan Ayra.
                “Padan muka Along. Belum apa – apa Kak Ayu dah back up kita orang.” Ejek Shahima sambil dia menaikkan ibu jarinya isyarat bagus. Geram dengan usikan Shahima, Idraki memukul kepala adiknya dengan kusyen kecil. Terjerit Ayu melihat tindakan Idraki itu namun kemudian bila Idraki dan adik – adiknya ketawa, Ayu turut ketawa kecil. Suasana yang dia tidak pernah rasa ketika ibu bapanya masih ada. Hingga kini, walaupun dia rapat dengan anak – anak Encik Saiful, namun mustahil untuk dia bergurau sebegitu dengan mereka kerana batasan mahram antara mereka.
                “Seronoknya berbual. Boleh mama tahu apa ceritanya yang seronok sangat tu?” Puan Sri Aisyah menyampuk tiba – tiba. Dia melabuh punggung di sofa berhadapan dengan Ayu dan ketiga anaknya. Kembang hatinya melihat Idraki yang gembira di samping Ayu. Sejak putus cinta dengan Ayra, baru kali inilah dia Nampak wajah gembira Idraki. Namun, terkesan juga dia dengan tingkah Idraki yang tidak mempedulikan langsung kehadiran Ayra di ruma mereka itu. Walaupun dia faham keadaan Idraki, tetapi rasanya tidak wajar anak sulungnya itu membiarkan sahaja Ayra seolah – olah gadis itu tidak wujud di rumah ini.
                “Along ni, nak kenakan kami. Tapi Kak Ayu back up kita orang. Padan muka!.” Shahima pantas menjawab. Dia menjelir lidah pada Idraki yang sudah membuntang mata. Hai lah Ima, tak agak – agak kau nak bercerita dengan mama, marah hati Idraki. Namun, tiada marah yang bergayut di hati, hanya rasa senang melihatkan keadaan Ayu yang senang mesra dengan keluarganya.
                “Ha… Eloklah buat kelakuan tak senonoh kamu semua depan Ayu. Maaf ye Ayu, anak – anak mama ni memang macam ni kalau dah berjumpa. Asyik nak bertekak. Idraki ni pulak, kalau tak mengusik adik – adik, memang tak aman hidup dia.” Puan Sri Aisyah segera meminta maaf. Malu pada Ayu tentang perangai anak – anak yang bermacam ragam.
                “Tak apa, auntie. Saya seronok tengok. Saya tak berpeluang pun nak usik – usik, gurau gurau macam ni.” Lancar Ayu menjawab tanpa dia sedar yang Idraki jadi cukup berminat dengan kata – katanya. Matanya tajam merenung Ayu, inginkan penjelasan namun dia menahan hati yang meronta ingin tahu. Tidak mahu mama dan adik – adiknya tahu yang dia sebenarnya tidak kenal Ayu selain dari gadis yang sudah dia cemari maruahnya.
                “Kenapa? Ayu tak ada adik beradik?”
                “Err…. Maaf. Tak patut saya cakap macam tu tadi. Maafkan saya, auntie.” Tidak mahu bercerita lebih lanjut tentang dirinya, Ayu segera meminta maaf. Apa lagi Idraki ada disebelahnya dengan renungan yang macam nak makan orang.
                “Eh, nak minta maaf kenapa pula? Mama suka nak kenal Ayu lebih lagi. Kalau tak keberatan, Ayu boleh cerita lebih lagi. Lagipun, tak lama lagi Ayu nak jadi menantu rumah ni jugak.” Kata – kata Puan Sri Aisyah buat Ayu telan air liur. Kelat dan kesat. Apa maksud kata – kata itu tadi? Dia tersalah dengar atau mama Idraki yang tersalah anggap?
                “Amboi mama… Tak sabar – sabar nampaknya ye. Dah siap panggil mama. Tak menyempat nak tahu pasal Kak Ayu ni.” Shahila menyampuk. Tidak disangka, senang sekali Puan Sri Aisyah menerima teman baru abang sulungnya itu. Tapi, mama memang senang mesra dengan sesiapa pun. Apa lagi yang berpotensi jadi menantunya. Dengan Ayra juga dulu begitu. Baru kenal, sudah bahasakan diri mama. Kini, bila Idraki bawa Ayu pula, Puan Sri Aisyah turut guna ganti nama yang serupa.
                “Iyelah, mama memang teringin benar nak tengok Along kamu naik pelamin. Lepas tu timang cucu. Along kamu bukan makin muda, makin hari makin tua.” Jawab Puan Sri Aisyah buat Ayu spontan mengalih pandangan pada Idraki yang ketika itu turut memandangnya. Mereka berlawan pandang seketika sebelum Ayu menundukkan muka. Pandangan tajam itu tak bisa dibalasnya.
                “Mama…. You’ve made her shy. She’s blushing.” Bisik Idraki. Puan Sri Aisyah melirik ke arah Ayu. Gadis itu tertunduk malu. Puan Sri Aisyah mengukir senyum. Sejuk mata melihat tingkah Ayu.
                “Jangan nak malu – malu, Ayu. Semua orang akan kahwin, lepas tu dapat anak. Cuma cepat dengan lambat je. Cuma, dalam kes kamu berdua ni, mama harap cepatlah. Tak kuasa dah nak tengok anak mama ni duk tenung kamu dari tadi. Tak sabar benar nampaknya dah tu.” Usik Puan Sri Aisyah. Sekali lagi Idraki terjerit memanggil mamanya.
                Perbualan mereka terganggu ketika Bibik Suti datang dan memanggil mereka makan. Ayu yang rasa terseksa jiwa dengan usikan demi usikan dari keluarga Idraki menarik nafas lega. Perlahan dia menurut langkah Idraki walau dia sedar sejak dari tadi ada mata yang memandang tidak puas hati dengan kemesraan mereka.

Monday, 14 May 2012

Bab 15 : Ingin Kulafazkan Cinta


15.
                She’s gorgeous, bro! Sekarang aku faham kenapa kau tetap nak kahwin dengan dia.” Daniel buka bicara sebaik kereta Audi A7 Idraki menyusuri jalan meninggalkan parking lot Hotel Pullman itu. Idraki menjeling temannya itu. Terasa sakit di hati bila Daniel memuji Ayu begitu. Lebih sakit hati bila Daniel seolah – olah mempermainkan dia tentang hasratnya untuk mengahwini Ayu.
                “Aku bukan nak kahwin dengan dia sebab dia gorgeous. Aku nak kahwin sebab aku nak bertanggungjawab.” Balas Idraki. Daniel yang tergelak – gelak menambah sakit di hati. Dia serius, Daniel gelakkan dia pula.
                Really? Tak ada rasa apa – apa pada dia? Pakej dia dah lengkap, takkan kau tak terpikat?” Giat Daniel. Pelik juga kalau Idraki tidak tertarik pada Ayu. Dia yang baru pertama kali bertentang mata dengan gadis itu sudah terpikat, inikan pula Idraki yang sudah tahu gadis itu luar dan dalam.
                Terdengar keluhan dari mulut Idraki. Adakah dia terpikat pada Ayu? Entah, dia tak pernah terfikir. Apa yang jadi keutamaannya sekarang, Ayu mesti jadi isterinya. Dia mesti bertanggungjawab, dia mesti menebus dosa pada Ayu. Tapi, selepas beberapa perjumpaan dengan Ayu, dia akui, dia gemar benar melihat wajah Ayu dengan pelbagai reaksi. Walau sering kali mempamerkan wajah masam ketika berhadapan dengan dia, tapi wajah Ayu tetap menarik. Tetap memikat hati. Yang paling dia suka dan geram, bila pipi mulus itu merona merah. Sangat comel.
                “Kalau kau serius nak kahwin dengan dia, aku rasa better kau pikat dia dulu. Dari cara dia tadi, aku berani jamin dia  memang serius tak nakkan kau.” Cadang Daniel. Melihat kedegilan Ayu tadi, memang tiada harapan langsung Idraki menjadi suami pada gadis itu. Lembut tapi degil. Tegas dalam keayuannya.
                “Kau pun tengok macam mana dia tadi, kan. Gaya macam tu kau nak suruh aku mengurat dia?” Idraki tergeleng – geleng. Nak memikat Ayu? Sampai dunia kiamat pun belum tentu hati Ayu akan cair pada dia. Apa lagi dengan kesalahan dia pada Ayu yang tak tertebus lagi.
                “Belum cuba belum tahu, bro! Takkan muka handsome macam kau, tak boleh pikat dia? Kan aweks semua boleh cair bila tengok senyum maut kau tu.” Daniel menggiat lagi. Memberi perangsang. Seronok juga kalau boleh tengok Idraki naik pelamin, menjadi suami. Selama ini, walau sudah berteman dengan Ayra, susah benar lelaki itu mahu melamar Ayra jadi isteri. Sekarang, dah tak sabar – sabar pula.
                “Itu perempuan lain, bukan Ayu. I’ve made a big mistake towards her. What makes you think dia akan terpikat dengan aku?”
                “Susahlah kau ni. Pesimis! Mana pergi Idraki yang tegas dan penuh yakin tu? Hei, kalau kau bersungguh – sungguh, tak mustahil hati Ayu jadi lembut. Perempuan, Id. Hati dia orang macam kerak nasi je. Kau rajin – rajin pujuk, lama – lama mesti cair punya.”
                “Entahlah, bro. Aku dah putus idea sekarang. Tapi, aku tetap akan pastikan Ayu jadi isteri aku. Tak boleh tidak, aku kena bertanggungjawab dengan dia.” Tegas Idraki. Daniel terangguk – angguk sambil tangannya menepuk bahu Idraki.
                “I’ll support you. Kalau kau perlu bantuan, kau roger je aku.” Kata – kata Daniel buat Idraki semakin bersemangat. Sekilas dia mengerling Daniel sebelum masing – masing ketawa kecil.
*************************************
                “Kau dengan Encik Idraki tu ada apa – apa ke?” Tanya Deja. Ayu yang sedang menemankan teman – temannya itu makan tercengang. Soalan jenis apa itu?
                “Apa yang kau merepek ni?” Soalan dibalas soalan. Tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu. Deja, Kak Ros, Rita dan Jamie yang duduk semeja sudah berhenti menyuap dan semua mata tertumpu padanya. Minta penjelasan tentunya.
                “Merepek apa pulak? Ingat we all semua tak Nampak kau orang main tarik – tarik tangan kejap tadi?” Kak Ros pula menyampuk. Berdebar dada Ayu tapi hati sudah menyumpah Idraki. Sesedap hati nak tarik tangannya di tengah majlis. Di majlis ini bukan sahaja ada saudara mara dia, malah teman sekerja yang memang suka bergosip. Apa lagi cerita panas melibatkan jejaka setampan Idraki. Kena pula dengan dia yang terang – terang single berbanding teman – teman lain yang sudah berpacaran.
                “Ada benda Encik Idraki tu nak bincang dengan aku. Kat dalam ni bising sangat tadi. Tu yang kita orang keluar.” Dalih Ayu. Jarinya sudah memainkan manisan di dalam bekas plastic yang disediakan untuk para tetamu di setiap meja. Bimbang reaksi wajahnya yang tak pandai berbohong itu dapat dikesan oleh teman – teman.
                “Berbincang sampai tarik tarik tangan? Apa yang kau berdua bincangkan?” Duga Jamie penuh curiga. Dia yang menyaksikan adegan itu tadi rasa sakit hati. Makin bertambah rasa tidak sukanya pada Ayu. Sejak dari awal, dia sedar tumpuan Idraki memang pada Ayu setiap kali mereka mengadakan perbincangan. Sering kali dalam setiap perbincangan, mata Idraki akan merenung lama ke wajah Ayu. Sudah puas dia cuba menggoda Idraki, namun lelaki itu tidak pernah ambil peduli.
                “Itu antara aku dengan dia, Jamie. Kau tak perlulah nak ambil tahu. Anyway, kau orang semua dah bergambar dengan Encik Luqman?” Ayu cuba mengalih topic perbualan. Tidak mahu memanjangkan cerita tentang Idraki. Takut nanti, terlepas cerita pula tentang dia dan Idraki.
                “Sudah…. Ha, ini lagi satu hal. Kenapa kau tak bagitau kita orang yang kau ni sepupu Encik Luqman? Yang Encik Saiful tu Pak Long kau?” Kak Rosnah terus menyembur sebaik teringatkan tentang kejutan yang mereka terima sebaik melangkah kaki ke ball room hotel mewah ini. Terkejut mereka semua bila pertama kali melihat Ayu dalam persalinan yang senada dengan keluarga pengantin lelaki. Lebih terkejut bila Ayu sibuk kesana sini membantu menguruskan majlis sehingga tiada masa untuk menemankan mereka.
                “Err…” Ayu tersengih sambil jarinya mengurut tengkuk. Malu dan tidak tahu ayat terbaik untuk menjawab soalan Kak Rosnah. Bukan niat dia untuk merahsiakan, tetapi dia tidak mahu ambil kesempatan atas ikatan darah antara dia dan keluarga Encik Saiful.
                “Apa err…. Err? Jawablah… Jahat tau Kak Ayu ni. Main sembunyi sembunyi pulak.” Rita menyampuk pula. Geram sangat bila dapat tahu pasal hal itu. Di hati mula mencongak ada atau tidak dia terlepas kata, termengumpat tentang Encik Luqman dan Encik Saiful selama Ayu menjadi kawan mereka.
                “Bukan akak sengaja nak sembunyikanlah. Akak sama je macam korang semua. Carik makan, makan gaji kat office tu. Bukannya Encik Saiful tu ayah aku, jadi tak payahlah nak kecohkan kat semua orang.” Terang Ayu.
                “Tapi kau ada hubungan jugak dengan dia orang kan. Ha… Kau jadi spy dia orang ye. Nak tengok siapa yang selalu tuang kerja, siapa selalu kutuk, mengumpat dia orang.” Deja pula yang menyampuk. Serkap jarang. Manalah tahu, memang itu tujuan mereka anak beranak merahsiakan perkara ini.
                “Gila kau! Mana ada. FIY, Encik Luqman dan Encik Saiful tak pernah suruh aku intip kau orang tau. Aku aje yang nak sorokkan dari semua orang. Susah aku nak rapat dengan kau orang semua macam sekarang ni.” Jawab Ayu dengan nada sedikit marah. Tak bolehkah jika kedua lelaki yang disayanginya itu tidak dilibatkan? Bukan mereka yang beriya suruh disorokkan hubungan mereka, Cuma dia yang mengada – ngada.
                “Okey, okey. Janganlah marah. Aku gurau ajelah. Aku tahu boss memang percaya dengan semua staff. Janganlah sentap.” Deja mengangkat tangan. Seram juga bila sesekali Ayu naik marah. Selama ini, Ayu hanya tenang sahaja. Kalau marah pun, lebih senang diam. Bibir mengukir senyum untuk Ayu, cuba memujuk. Namun, jelingan Ayu buat Deja resah. Risau marah Ayu belum surut.
                “Lain kali, jangan nak merepek benda – benda macam ni. Aku tak suka.” Ujar Ayu lalu bibirnya turut menguntum senyum. Deja melepas nafas lega.
                Sorry, boss.” Deja buat tapik pada Ayu. Ayu dan yang lain – lain tertawa senang. Begitulah teman – teman yang selalu menemani Ayu di pejabat. Bergurau, bertikam lidah, berselisih pendapat dan akhirnya berbaik semula. Membuahkan ceria dalam hati Ayu.
                Keceriaan berada bersama teman – teman tidak lama bila mana Ayu dipanggil oleh Luth dengan wajah serius. Melihat wajah tegang tanpa secalit senyuman itu, Ayu mula tidak senang hati. Sepanjang hari dan sepanjang majlis, Luth kelihatan gembira di sampingnya. Cuma sekarang, Luth buat muka ketat. Tentu ada sahaja yang tidak kena pada lelaki itu.
                “Ada apa, abang?” Tanya Ayu sebaik mereka tiba di satu sudut tersorok. Sengaja Luth membawanya ke sudut itu agar senang mereka berbincang.
                “Siapa tadi tu?” Luth bertanya. Serius. Tiada langsung senyuman pada wajah kacak itu. Ayu merenung Luth dengan kerutan di dahi.
                Officemate Ayu. Kenapa?”
                Not them. Siapa lelaki tadi tu? Yang suka suka tarik tangan Ayu tadi?” Luth sedikit marah. Bukan dia tidak Nampak adegan tarik menarik antara Ayu dengan lelaki itu tadi. Wajah tampan itu seakan dia pernah Nampak, tapi dia sendiri tidak ingat dimana. Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh, semua orang sudah Nampak dia ditarik Idraki tadi. Lelaki itu sedaplah, lepas buat drama di tengah majlis, dia pulang dengan senang hati. Ayu pula yang harus menjawab segala soalan dari semua orang.
                “Kawan Ayu. Customer syarikat Pak Long jugak.” Balas Ayu lambat. Tidak mahu memanjangkan cerita dengan Luth yang punya sikap berbeza – beza. Emosinya boleh berubah dalam sekelip mata.
                Customer? Since when Ayu pandai berkawan dengan customer syarikat? And kenapa dia senang – senang tarik tangan Ayu?” Soal Luth tidak puas hati. Sakit hatinya bila melihat drama sebabak itu tadi. Ayu pula dilihatnya sekadar mengikut tanpa berusaha melepaskan diri.
                “Kenapa pulak Ayu tak boleh berkawan dengan customer? Salah ke?”
                “Ayu tahukan dia ada kepentingan pada company? Tak boleh nak bezakan ke? And kenapa Ayu tak melawan bila dia pegang tangan Ayu?” Bertubi – tubi soalan dari Luth buat kepala Ayu sakit tiba – tiba. Ayu mengurut dahi. Dalam satu hari, bermacam macam yang harus dihadapinya. Awal tadi, Sharina dengan Mak Lang. kemudian Idraki, teman – temannya dan kini Luth pula. Kenapa bila ia melibatkan lelaki bernama Idraki, hidupnya menjadi kacau bilau?
                “Ayu berkawan dengan dia tanpa kepentingan pada company. Ayu boleh bezakan. And abang tak perlu tahu kenapa dia tarik tangan Ayu.” Marah Ayu. Sikap melindungi yang ditunjukkan Luth kadang – kala buat dia rimas. Semuanya salah pada pandangan mata Luth.
                “Oh, dia pegang tangan Ayu tak apa. Bila abang pegang, Ayu marah. Apa ni?” Luth masih belum puas melepaskan marah. Dia masih ingat bagaimana marahnya Ayu bila dia memegang tangannya. Sekarang, bila lelaki lain pegang tangannya, Ayu boleh buat tak kisah pula.
                Kata – kata Luth buat Ayu tersinggung. Lama dia merenung mata Luth yang masih penuh kemarahan. Tidak dia sangka Luth boleh mempersoalkan tentang hal itu.
                You don’t know everything, abang. Not a single thing. So please, jangan tuduh macam Ayu ni murah sangat.” Marah Ayu lalu dia melangkah pergi. Tangan Luth yang cuba mencapai tangannya ditepis dan langkahnya semakin panjang keluar dari dewan itu. Sebak dihati cuba disembunyikan dan air mata yang berlinang cuba dihalang dari jatuh membasahi pipi.