Sunday, 21 October 2012

Tentang Kau Dan Aku (Sinopsis)


Ian Haizar... Dia lelaki yang punya segala. Rupa kacukan, harta, isteri dan pernah digelar Raja Playboy ketika di zaman universiti. Kehidupannya berjalan lancar sehinggalah kehadiran seorang anak kecil seolah - olah mengejutkan dia dari tidur yang lena. Dosa silam kembali di jejak. Dia lemas dalam pencarian, memohon kemaafan dan ingin menebus dosa. Tapi akhirnya, dia karam dalam lautan cinta yang tidak pernah diduganya.


Suri Laila.... Kehidupan remajanya dihabiskan dengan berlagak umpama tomboy. Kesana kemari dengan lagak kasar dan pakaian serupa lelaki. Kebolehannya menarik minat pelajar perempuan tanpa dia mengayat hingga ada yang rasa tercabar. Sehinggalah kehadiran si anak kecil menyedarkan dia. Menangisi kekhilafan hingga dia tekad berubah. Dia melarikan diri, ingin lesap dari semua kenangan. Namun, hatinya juga lemas dek huluran cinta yang tidak berpenghujung.


Fatimah Az-Zahra.... Namanya seindah nama Puteri Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga besar impian si ibu yang mahu pekertinya semulia puteri kesayangan. Keletahnya menghiburkan. Celotehnya menyejukkan hati semua yang mendengar. Hadirnya menceriakan walaupun tanpa dipinta. Dan, kerana si kecil Zahra, dua jiwa kembali berantakan. Mengejar dan dikejar... Mampukah seorang Fatimah Az-Zahra menyatukan cinta yang tercipta dek dosa semalam?

Tuesday, 25 September 2012

Bab 19 : Ingin Kulafazkan Cinta

19.
                Surah Yassin yang baru selesai dibaca ditutup. Dia mencium surah itu lalu dua pusara yang berdekatan itu direnung sayu. Agak lama juga dia tidak balik melawat pusara kedua ibu bapanya. Segala yang terjadi kebelakangan ini buat dia hampir terlupa untuk melawat kedua orang yang sangat disayanginya.
                “Ibu, abah… Ayu nak nikah lagi seminggu. Harap ibu dan abah restu pilihan Ayu. Ayu tak ada pilihan lain, ibu. Ayu tak boleh terima dan kecewakan abang Luth.” Ayu merintih hiba. Terasa sangat bersalah pada ibu dan bapanya kerana telah mengecewakan mereka. Dia telah diberikan pendidikan agama terbaik oleh ibu dan bapanya tetapi dia tergelincir. Hanya satu malam, semua pendidikan yang di terima musnah. Hancur dek dosa besar yang terpalit dalam dirinya sehingg kini.
                “Maafkan Ayu…. Ibu, abah. Ayu dah kecewakan ibu dan abah. Ayu cuba nak tebus semuanya. Ayu harap sangat ibu dan abah terima pilihan Ayu.” Sekali lagi Ayu berbicara sendirian pada pusara yang kaku. Batu nisan diusap lembut, seolah memohon pengertian dari kedua orang tuanya.
                “Ayu balik dulu, esok Ayu datang lagi. Lepas Ayu nikah, Ayu bawa suami Ayu melawat ibu dan abah ye.” Ayu segera bangun. Matahari hampir tegak di atas kepala. Badannya semakin berpeluh tersimbah dek cahaya matahari dan dia harus pulang ke rumah pusaka ibu dan abahnya untuk memasak makanan tengahari pula. Kak Lin yang diamanahkan untuk menjaga rumah itu juga tentu sudah hendak balik bila – bila masa. Tadi pagi, ketika Kak Lin baru tiba di rumahnya, dia sudah siap untuk tanah perkuburan ini, jadi tidak ada masa untuk bercerita panjang lebar dengan Kak Lin yang peramah itu. Munirah, teman baik sewaktu di university juga ditinggalkan berdua sahaja dengan Kak Lin di rumah. Kalau dia lambat, tentu Munirah akan marah. Temannya itu tidak suka menunggu lama walaupun dia ditinggalkan di dalam rumah besar itu.
                “Assalamualaikum, Kak Lin… Nak buat apa sampai penuh satu sinki ni?” Tegur Ayu sebaik dia masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Perkara pertama yang dia Nampak ialah segala macam benda yang terisi di dalam sinki. Kak Lin pula sedang sibuk memotong sayur kangkung di meja makan. Munirah? Entah kemana. Entah – entah masih enak berlingkar di atas katil.
                “Nak masaklah. Itu, akak dah keluarkan ayam tapi tak tahu nak masak apa. Ayu ada rasa nak makan apa – apa ke? Boleh akak masakkan.” Jawab Kak Lin sambil tangan lincah memotong sayur yang banyak. Mereka hanya bertiga tapi banyaknya sayur yang dipotong Kak Lin macam nak makan kenduri.
                “Lah…. Kenapa susah – susah ni, kak? Ayu boleh masak. Tadi akak kata nak balik awal, budak – budak balik sekolah nanti tak ada makanan. Sekarang akak masak pulak. Sempat ke nanti nak balik?” Ayu bertanya lagi. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan Kak Lin. Sambil itu, jarinya membelek – belek sayur kangkung yang sudah siap dipotong.
                “Dah alang – alang kamu balik ni, apa salahnya akak masak untuk kamu. Dah lama kamu tak balik. Budak – budak tu nanti abang Syakir kamu jemput dari sekolah terus bawak ke sini. Boleh kita makan ramai – ramai tengahari ni.” Balas Kak Lin bersahaja. Risau juga memikirkan tentang apa yang akan dimakan oleh Ayu dan Munirah. Kedua – dua gadis itu bukan pandai sangat memasak. Ayu, kalau nak goreng nasi bolehlah. Munirah pula, langsung tak kenal sudip dan senduk. Anak orang Bandar dan berada pula, mana nak tahu hal masak memasak ini semua. Kerana itulah, dia telah berbincang dengan suaminya agar dia boleh memasak di sini dan mereka makan beramai – ramai di rumah ini.
                “Wah…. Best tu. Ayu pun dah lama tak jumpa anak – anak akak. Dah besar dan handsome agaknya, kan. Ehrmm…. Akak nak masak apa?” Ayu teruja. Dia menggosok tangan berulang kali. Sudah terbayang akan keenakkan masakan Kak Lin yang memang pakar bab masak memasak. Dulu, kalau ada kenduri kendara di kampong ini, tentu Kak Lin lah yang jadi tukang masak bertauliah. Cuma, sejak khidmat catering popular di sini, sudah kurang orang kampong yang mahu memasak sendiri jika ada kenduri.
                “Itulah akak nak Tanya kamu. Nak makan apa?”
                “Ikan patin masak tempoyak, boleh?” Jawab Ayu teruja. Buntang mata Kak Lin mendengarnya. Ayu ni memang suka segala jenis ikan sungai. Yang paling dia suka, tentulah ikan patin masak tempoyak. Tapi, mana dia nak cari ikan patin di waktu begini? Sudahlah suaminya masih sibuk di kebun pisang tinggalan kedua ibu bapa Ayu. Bagaimana pula dia nak ke pekan? Ayu bukan ada sebarang kenderaan. Munirah pula entah kemana menghilang sejak pagi.
                “Mana akak nak carik ikan patin waktu sekarang ni, Ayu oii… Esok aje akak masakkan kamu gulai tu. Hari ni makan apa yang akak dah beli aje. Tak habis – habis dengan patin masak tempoyak dia.” Kak Lin membebel panjang dan Ayu Cuma tarik sengih. Tahu sangat dengan kerenah Kak Lin yang suka membebel jika ada perkara yang tidak disukainya. Sebijik macam ibunya dahulu. Agaknya Kak Lin ni menuntut dengan ibu dulu.
                “Iyalah… Janganlah membebel, kak. Tak letih ke mulut akak? Munirah mana, kak?” Ayu cuba alih topik perbualan. Kalau dibiarkan, Kak Lin boleh membebel sampai ke petang. Matanya meliar melihat ke ruang tengah rumah. Senyap sunyi dari suara Munirah yang sama becok macam Kak Lin.
                “Dah keluar dari tadi. Akak Tanya kemana, katanya nak ke pekan. Tak tahulah apa yang dicarinya. Ayu tak nak belajar masak ke? Minggu depan dah nak jadi isteri orang. Tak teringin ke nak masak untuk suami tu nanti?” Soalan dari Kak Lin buat Ayu termangu. Dia belajar masak hanya semata – mata untuk suami? Untuk Idraki? Oh, Idraki bukan lelaki pilihannya hingga dia sanggup belajar memasak demi lelaki itu. Tapi, cakap Kak Lin ada betulnya juga. Takkan dia langsung tidak mahu memasak untuk lelaki itu? Idraki sudah nyatakan dari awal yang mereka akan tinggal sendirian di kondominium milik lelaki itu sebaik bernikah. Ketika itu, tentu dia yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan rumah itu. Kalau untuk menjaga kebersihan dan mengemas rumah, memang dia tidak kisah, tapi untuk memasak? Takkan setiap hari Idraki nak bawa dia keluar makan atau tapau makanan sahaja. Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Sejak bersetuju menerima pinangan Idraki, dia langsung tidak terfikir akan hal itu. Dia lebih senang fikirkan hal sendiri dan menjalankan kehidupan seperti biasa. Persiapan perkahwinannya juga lebih banyak diuruskan oleh Mak Long dan Puan Sri Aisyah. Dia hanya mengikut sahaja. Malah, tema untuk acara nikah dan majlis resepsi ditentukan oleh mereka berdua itu. Dia dan Idraki hanya menurut. Hinggakan kadang – kadang Mak Long naik curiga dengan dia yang acuh tak acuh dengan perkahwinan ini.
                “Nantilah Ayu belajar, Kak Lin. Lagipun, Idraki tahu Ayu tak pandai masak. Dia tak kisah pun.” Ayu mencipta alasan. Sedangkan, dia dan Idraki langsung tidak tahu akan diri masing – masing. Mereka bertemu hanya bila ada keperluan. Berhubung melalui telefon dan sms juga sangat jarang. Boleh dikira dengan jari. Nasiblah Idraki dapat isteri tak pandai masak seperti dia.
                “Hiss…. Memanglah dia cakap tak kisah, tapi kamu tu, tergamak ke nak biarkan laki tak makan? Atau makan kat luar aje setiap hari? Sesekali, kita kena jugak sediakan makanan dari air tangan sendiri. Baru suami tu tambah sayang.” Kak Lin sudah memulakan sessi ceramahnya. Sama seperti arwah ibu Ayu yang akan berceramah panjang lebar setiap kali dia mengelat untuk belajar memasak. Entahlah, dia cukup tidak suka mengadap segala jenis ikan, daging, ayam dan sayur untuk dimasak. Tapi, kalau suruh dia buat kek dan manisan, sehari suntuk pun dia sanggup terperuk di dapur.
                “Err…. Nanti dah kahwin, Ayu belajarlah, kak.” Pendek jawapan Ayu, mengharapkan Kak Lin akan senyap dari berbicara lagi tentang bab masak memasak ni. Namun, leteran Kak Lin bagai tak ada penghujung, buat Ayu semakin galak menggaru kepala.
                “Assalamualaikum…. Apa yang bising – bising ni, Kak Lin? Dari luar rumah dah dengar suara Kak Lin berleter ni…” Munirah yang tiba – tiba muncul di pintu yang menghubungkan antara dapur dan ruang tamu membuatkan Ayu menarik nafas lega. Telinganya sudah tidak mampu untuk menadah setiap butir leteran Kak Lin. Spontan, dia meraup muka tanda syukur dengan kehadiran Munirah. Teman baiknya itu pula tersengih – sengih dengan reaksi Ayu itu. Sudah faham yang Ayu sudah bosan dengan leteran Kak Lin.
                “Ha…. Dari mana ni? Keluarnya senyap, baliknya pun senyap. Tak dengar pun bunyi kereta kamu?”
                “Mana nak dengarnya kalau akak asyik pot pet pot pet aje dari tadi. Mun keluar kereta je dah dengar tau suara akak berleter.” Munirah, yang dipanggil Mun oleh Ayu dan Kak Lin membalas setiap kata – kata Kak Lin. Begitulah jadinya bila dua orang yang bermulut becok bertemu. Ada sahaja jawapan dari mereka bedua itu.
                “Menjawab… menjawab. Akak cili mulut tu karang.” Marah Kak Lin. Dia sudah sibuk membasuh ayam di sinki. Dalam otak pula sibuk memikirkan juadah apa nak ingin disediakan untuk mereka semua. Ketawa kedua teman baik itu dengan kata – kata Kak Lin.
                “Alah, alah…. Kak Lin sayang marah ye? Sorry ye, Kak Lin.” Munirah merapati wanita itu lalu tubuh sedikit gempal itu dipeluk dari belakang. Terkejut Kak Lin, hampir sahaja pisau ditangannya terlepas. Munirah yang senyum meleret dijeling geram.
                Hish…. Apa peluk peluk ni? Busuklah kamu ni. Entah dari mana, main terjah je nak peluk orang. Dah, dah… Pergi mandi, melekat bau peluh kamu dekat akak.” Marah Kak Lin namun kedua gadis yang sudah dianggapnya adik itu hanya ketawa lepas. Munirah melepaskan pelukan lalu mencuim tubuhnya sendiri.
                “Mana ada busuk. Kak Lin kedekut betullah. Nak peluk pun tak boleh.” Seloroh Munirah dan disambut dengan ketawa lepas Ayu. Terhibur hati melihat Munirah mengusik Kak Lin.
                Oeylah, kakakku sayang… Mun pergi mandi dulu ye. Kak Lin masak sedap sedap tau. Mun dah lapar ni.” Munirah mengusik lagi. Sempat ditepuk tepuk perut kempisnya sebelum dia berlalu ke bilik tidur yang disediakan untuk membersihkan diri. Ayu yang melihat gelagat Munirah dan Kak Lin hanya ketawa. Gembira hatinya bila dikelilingi oleh orang – orang yang disayangi.
                “Kak Lin…” Panggil Ayu manja setelah suasana bisu sebentar. Kak Lin yang sudah sibuk memasak hanya memandang Ayu dengan wajah penuh pertanyaan. Keningnya diangkat tinggi tanda bertanya soalan.
                “Kenapa akak dan abang Syakir pindah keluar dari rumah ni?” Ayu bertanya perlahan. Sejak dia tiba semalam, benaknya dipenuhi dengan soalan itu. Entah sejak bila Abang syakir sekeluarga pindah keluar dari rumah pusaka ibu dan bapanya. Sedangkan sebelum dia berpindah ke rumah Pak Long, dia sudah berpesan pada abang Syakir agar tinggal sahaja dirumah ini. Tidak perlu bayar sewa. Apalagi, ia boleh memudahkan abang Syakir untuk ke kebunnya setiap hari. Lambat – lambat Kak Lin menjawab setelah dia mengeluh kecil.
                “Akak dah dapat kerja kat kantin sekolah kat pekan tu. Jauh sikit dari sini. Kalau tinggal disini, susah pulak abang Syakir kamu nak menghantar dan menjemput akak. Lagipun, along dah masuk tingkatan satu dekat sekolah tempat akak kerja tu, senang sekali jalan aje.” Perlahan Kak Lin menjelaskan.
                “Tapi, kan ke menambah belanja akak. Nak bayar duit sewa rumah sana tu lagi. Ayu bagi duduk sini free aje, kak.” Tingkah Ayu. Tidak berpuas hati dengan penjelasan Kak Lin. Bila ditanya pada abang Syakir, itu juga jawapan yang diberi. Entahlah, tapi hatinya berat mengatakan yang mereka suami isteri ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.
                “Sama aje, Ayu. Kalau akak tinggal disini, lepas tu abang Syakir kamu kena ulang alik, sama aje belanjanya. Bukan akak tak jenguk langsung rumah ni, tiap – tiap hujung minggu akak anak beranak datang bersihkan rumah ni.”
                “Akak ni, cakap macam Ayu suruh akak tinggal sini sebab nak jaga rumah pulak. Ayu bukan apa, kak. Ayu tak nak rumah ni tinggal kosong. Lepas tu, reput macam tu aje. Kalau boleh, Ayu nak rumah pusaka ni tetap ada. Tu sebab Ayu mintak abang dengan akak tinggal sini.” Ayu sedikit berjauh hati. Juga bimbang andai permintaannya disalah anggap oleh mereka berdua.
                “Aish… akak tak pernah fikir macam tu lah. Cuma, akak tak nak susahkan sapa – sapa. Tinggal dekat dengan pekan tu, senang abang Syakir tak payah nak ulang alik. Akak ni bukan tahu bawak kereta ke, motor ke. Semua nak harapkan abang Syakir. Ayu jangan bimbanglah, akak tetap jaga rumah ni walaupun akak tak tinggal sini.” Kak Lin mengelus lembut rambut Ayu yang terurai panjang. Dia faham, sejak kehilangan kedua ibu bapa, Ayu menjadi sedikit sensitive. Jadi, dia harus pandai bermain kata – kata agar Ayu tidak tersinggung. Dia membalas senyuman Ayu yang Nampak tawar. Ada garis tidak puas hati dalam sinaran mata Ayu. Namun, hanya itu yang mampu dia luahkan saat ini.
                “Beb…. Kenapa kau tinggalkan phone kau dalam bilik? Bisinglah, menjerit aje dari tadi. Aku mandi pun tak senang. Ni, berbunyi lagi. Jawablah.” Munirah tiba – tiba menjerit dari pintu dapur. Dia menunjukkan telefon bimbit ayu yang masih menjerit – jerit. Berhenti sebentar dan kemudian, menjerit semula.
                “Ni, bakal suami kau yang call kau ni. Cepatlah.” Munirah mendekati Ayu yang masih buat tidak tahu dengan panggilan yang masih belum berhenti. Ayu buat tidak endah. Dia mencebik bibir bila mendengar Munirah menyebut bakal suami. Idraki lah tu! Siapa lagi bakal suaminya? Malas mahu mendengar suara Idraki. Jarang benar lelaki itu menelefon dia, dah kenapa pula sekarang sibuk mencari dia.
                “La…. Kau ni dah kenapa? Punya banyak miscalled dari suami kau ni, tak nak jawab ke? Merajuk ke laki kau ni?” Munirah tetap membebel marahkan Ayu. Sakit kepala memikirkan perangai Ayu. Minggu lepas, tak pasal – pasal Ayu telefon dia ajak balik kampong. Dah lama Ayu tak telefon dia dan dah lama Ayu tak ajak dia ke kampong ini. Tiba – tiba, ajak balik kampong pula. Lepas itu, sejak dari bertolak dari Kuala Lumpur semalam, telefon Samsung Galaxy Mini milik Ayu ni tak berhenti mendendangkan lagu tanda ada panggilan masuk tapi Ayu buat tidak tahu. Bila dia jeling siapa yang buat panggilan, nama yang tertera tetap sama. Idraki!
                “Kalau dia call lagi, cakap aku tak ada.” Selamba Ayu memberi arahan. Memang tak kuasa nak dengar suara Idraki. Kepulangan dia ke kampong ini adalah secara senyap – senyap. Dia tak pernah memberitahu Idraki dan keluarganya. Hanya Pak Long dan Mak Long yang tahu. Itu pun sebab dia tak mahu kedua orang tua itu risaukan dia jika dia tak balik ke rumah berhari – hari.
                “Kau nak suruh aku tipu laki kau pulak? Dah kenapa pulak kau orang berdua ni? Ha… ni, ni…. Berbunyi lagi ni. Jawablah…” Munirah sempat melihat nama yang tertera sebelum telefon itu dihulurkan pada Ayu. Sekali lagi Ayu mencebik bibir, protes. Tidak mahu menjawab panggilan itu.
                “Ini bukan Idraki lah. Ni, mama. Mama mana pulaklah kau ni?”
                Pantas Ayu melihat telefonnya. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum lebar. Rindu pada pemilik nama itu. Cepat disambarnya telefon ditangan Munirah dan menjawab panggilan.
                “Assalamualaikum, mama…” Penuh manja Ayu memberi salam. Selepas Mak Long, pada mama lah dia menumpang manja kini. Wanita yang dipanggil mama ini tidak pernah kurang dalam memberinya kasih sayang. Malah, sejak kenal wanita itu sudah dirasakan seperti mamanya sendiri.
                “Waalaikumusalam…. Ayu kat mana ni?” Wanita itu bertanya terus ke perkara pokok. Bimbang dengan kehilangan Ayu sejak semalam.
                “Ayu kat kampong, ma. Dah lama tak ziarah kubur ibu dan abah. Kenapa? Mama rindu Ayu, ye?” Usik Ayu dan terus wanita di hujung talian ketawa lepas.
                “Rindu juga, tapi rasanya anak mama ni lagi rindukan Ayu. Sejak malam tadi muka monyok je. Macam ayam berak kapur.” Mama ketawa lagi selesai berbicara. Ayu hanya tersengih. Dalam pada dia nak kenakan mama, dia pula yang terkena. Tapi, kenapa pula anak mamanya itu rindukan dia? Bukan ke lelaki itu tak pernah sayang dan cintakan dia.
                “Pandai ajelah, mama. Betul ke anak mama rindu Ayu?”
                “Iyelah. Pergi kerja tadi, muka monyok. Belum pun tengahari dah balik rumah, muka monyok jugak. Bila mama Tanya, katanya Ayu hilang. Dia call tak jawab. Kenapa? Kamu berdua bergaduh ke?” Tanya mama, serius. Risau memikirkan anak dan bakal menantu. Nak kahwin tak menyempat tapi segala persiapan diserahkan kepada dia dan mak saudara Ayu. Kalau dipaksa ikut untuk membeli barangan dan mencuba pakaian pengantin, muka masing – masing tak pernah nak manis. Kadang – kadang curiga juga dengan mereka berdua ini. Entah apa yang buat mereka berdua nak bernikah sedangkan tak Nampak macam orang bercinta.
                “Idraki mengadu dengan mama ke ni?” Tebak Ayu. Kalau bukan Idraki yang mengadu, takkan mama selancar itu dalam berbicara. Tapi, kenapa pula Idraki nak monyok segala? Bukankah Idraki tidak pernah ambil kisah akan dia. Selalunya tidak langsung peduli untuk telefon dan bertanya di mana dia berada dan apa yang sedang dia buat. Kenapa pula bila dia ingin habiskan masa – masa bujangnya tanpa gangguan sesiapa, Idraki sibuk ingin menelefon dan tunjuk muka monyok pada mamanya?
                “Mulanya tak mengaku tapi kalau dah muka macam tu, kenalah mengadu jugak. Baru je Ayu hilang sehari, dia dah risau semacam. Sayang sungguh dia kat Ayu ye.” Usik Puan Sri Aisyah lagi sambil ketawa. Seronok mengenakan anak sendiri yang duduk tidak jauh darinya. Dari tadi mendesak dia agar menghubungi Ayu. Sungguh dia tak faham dengan kerenah mereka berdua ini. Bila berjumpa tak pernah nak mesra. Bila dah berjauhan begini, anak terunanya resah gelisah macam kucing hilang anak pula.
                Ayu mencebik bibir mendengar usikan mama Idraki. Sayang sungguhlah Idraki pada dia. Entah apa pula yang Idraki hendak dari dia. Tentu ada sesuatu, kalau tidak takkan Idraki beriya – iya nak telefon dia. Sampai sanggup gunakan mama dia untuk menghubungi dia.
                “Id ada dekat sebelah mama ni. Ayu cakap dengan dia, ye.” Terkejut Ayu dengan kata – kata Puan Sri Aisyah. Boleh pula wanita itu menawarkan dia untuk bercakap dengan Idraki.
                “Ma…. Tak perlulah. Nanti Ayu telefon Id sendiri ye.” Ayu cuba menolak lembut. Belum masanya untuk berbual dengan Idraki. Selain tidak ada mood untuk berbicara dengan lelaki itu, dia juga bimbang andai Idraki marahkan dia kerana balik ke kampong tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu. Tapi, Idraki tiada hak untuk marah. Belum berhak lagi kerana mereka masih belum bernikah. Jadi, dia masih bebas untuk ke mana – mana tanpa pengetahuan dan persetujuan lelaki itu.
                “Hrmm… Idraki dah beriya nak cakap dengan kamu ni. Ada hal penting agaknya. Cakaplah sekejap.” Puan Sri Aisyah berusaha memujuk. Idraki disebelah, walaupun Nampak tenang tapi dari air mukanya, dia tahu anaknya itu memang teringin benar nak bercakap dengan Ayu.
                “Tak apalah, ma. Kemudian aje. Lagipun, Ayu tengah sibuk ni. Tolong Kak Lin masak.” Dalih Ayu. Sempat dijeling Kak Lin yang sedang mengacau lauk di periuk. Tersengih lebar dia bila Kak Lin berpaling dan membuntangkan matanya tanda marah. Telinganya dapat menangkap Puan Sri Aisyah berkata sesuatu kepada Idraki namun tidak dapat dipastikan butir bicaranya.
                “Oh… rajin anak mama memasak. Ha, tak apalah. Id pun cakap, nanti dia call Ayu. Jangan tak jawab pula. Jangan bergaduh. Dah dekat nak nikah ni, tak elok nak masam, masam muka. Kamu berdua tu tengah darah manis.” Sempat juga Puan Sri Aisyah memberikan ceramah. Naik pedih juga telinga Ayu yang mendengar. Dia hanya membisu sebelum dapat peluang untuk mematikan talian. Sekaligus, mematikan ceramah percuma Puan Sri Aisyah. Dia menarik nafas lega sebaik talian putus. Kenapalah semua perempuan yang dia jumpa di Malaysia ini, suka sangat berleter dan beri dia ceramah percuma?
                “Hah! Termenung apa tu? Tadi kata tengah sibuk tolong akak masak. Ni, tolong akak masak ikan ni. Buat gulai.” Sergahan Kak Lin buat Ayu terkejut. Dipandangnya wajah Kak Lin dengan mata terkebil – kebil. Kak Lin suruh dia masak gulai? Biar benar… Dia takut gulai tu nanti bertukar jadi sup ikan pula.
                “Biar benar akak ni. Tak takut ke gulai ikan tu nanti hancur?” Tanya Ayu dalam senyum lebarnya. Dalam hati, dia berdoa agar Kak Lin tak mendesak dia untuk memasak lagi. Fobia sangat dia dengan kuali, sudip dan senduk. Walhal, dia sendiri tak pernah cuba nak memasak apa – apa.
                “Belum cuba, belum tahu kan. Kalau buat kek, pudding dan segala bagai manisan tu pandai, takkanlah nak masak gulai ni tak pandai.” Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Hari ni memang hari membebel sedunia ke apa? Mula – mula Kak Lin, lepas tu mama, sekarang Kak Lin semula. Sakit kepala kalau di bebel begini setiap hari. Belum ada idea nak menjawab, telefon Samsung Galaxy Mininya berbunyi lagi. Melihat nama yang terpapar di skrin, dia mengeluh. Lelaki ini memang tak kenal erti jemu agaknya. Dah diberitahu pada mamanya yang dia tidak ingin diganggu pun, Idraki masih tegar menghubunginya. Kalau diikutkan hati marah, memang mahu dibiarkan sahaja deringan itu tapi bila terkenangkan yang dia terpaksa mendengar bebelan Kak Lin, terus dia angkat kaki sebelum menjawab panggilan itu.
                “Assalamualaikum….” Perlahan dia menjawab panggilan. Punggung dilabuhkan di anak tangga di muka pintu. Menanti dengan sabar sebarang kemarahan yang bakal dihamburkan oleh Idraki kepadanya.
                “Waalaikumusalam…. Where are you?” Tanya Idraki terus ke perkara utama. Sejak semalam dia bimbangkan Ayu kerana langsung tidak mahu menjawab panggilannya. Rasanya sudah berpuluh panggilan yang dia buat sejak semalam. Tiada satu pun yang berjawab. SMS juga begitu. Begitu banyak SMS yang dikirim, juga langsung tiada balasan dari gadis yang akan dinikahi tidak lama lagi.
                “Kampung.” Ringkas jawapan itu. Ayu menarik nafas dalam. Kurang sedikit getar hatinya kerana tidak kedengaran langsung nada marah dalam kata – kata Idraki.
                “Bila you balik kampong? Kenapa I tak tahu? Kenapa tak inform I yang you nak balik kampong?” Bertubi – tubi soalan dari Idraki. Bimbang dan marah bercampur baur. Walau sedar, dia masih belum punya hak atas setiap gerak geri Ayu, namun dia juga bimbang akan keselamatan gadis itu. Belum pun bernikah, dia sudah rasa yang Ayu kini di bawah tanggungjawabnya.
                “Saya balik semalam. Saja nak habiskan masa kat sini sebelum bernikah. Saya pun dah lama tak ziarah kubur ibu dan abah. So, saya nak buat semua tu sebelum saya jadi isteri orang.” Tenang Ayu memberikan jawapan.
                “Okey…. Tapi kenapa tak inform I?”
                You are not my husband yet. Rasanya belum jadi kewajipan I untuk inform you nor your permission, right?” Masih tenang, namun Ayu sudah memulakan bunga pertengkaran. Sejak setuju bernikah, hubungan mereka bukan bertambah baik, sebaliknya Ayu sentiasa cari jalan untuk buat suasana jadi panas. Mujur juga Idraki bijak dalam mengawal emosi marahnya. Kemarahan Ayu sering dilenturkan dengan ketenangan Idraki dalam melayan kerenahnya.
                “Bukan tu maksud I. You boleh kemana saja tanpa inform atau kebenaran I tapi I jadi bimbang bila you tak jawab call I, sms I, you langsung tak reply. I tak tahu you kat mana, if anything happens, macam mana?” Idraki menyatakan kebimbangan. Entah sejak bila dia jadi begitu prihatin dengan Ayu. Kebajikan Ayu menjadi keutamaannya sekarang.
                Ayu mendengus perlahan. Hati disiram damai bila Idraki menangani kemarahannya dengan kata – kata yang begitu lembut. Itulah yang buat dia selalu kalah dalam berkata – kata dengan Idraki. Iye, Idraki seorang yang tegas, namun bila dengan dia, kata – kata Idraki selalu lembut kebelakangan ini. buat Ayu tak jadi nak marah.
                I’m doing fine, encik Idraki. Thanks for your concern tapi bagilah saya masa untuk sendirian sebelum kita jadi suami isteri.” Lembut juga Ayu membalas kata – kata Idraki. Tanpa dia sedar, Idraki mengulum senyum di hujung talian. Ayu Nampak keras kepala, namun jika pandai memujuk, Ayu senang menurut kata. Keras pada luarnya tapi hatinya sangat mudah terpujuk.
                “I bagi you sepenuh masa untuk sendirian, Ayu. But don’t ever do this to me, again. Just inform, supaya I tahu you dekat mana. I risau setengah mati bila you hilang tiba – tiba.”
                “Encik risaukan saya? Risau saya lari dan tak kahwin dengan encik ke?” Pantas Ayu memotong kata – kata Idraki. Masih ada curiga di hati tentang hajat sebenar Idraki ingin mengambil dia sebagai isteri. Dan, kerana itu, dia sering menguji lelaki itu dengan kata – kata sinis seperti tadi. Kedengaran Idraki melepas nafas panjang, mungkin menahan rasa marah yang mula meraja di hati.
                “Insyaallah, pilihan I adalah yang terbaik. I tak risau you lari dari majlis kahwin kita. I Cuma risau if anything bad happen to you. I bertanggungjawab pada you, so, I berhak untuk risau, kan?” Terdiam Ayu mendengar jawapan Idraki. Kenapalah kata – kata Idraki kadang kala menunjukkan yang lelaki itu amat ambil berat tentangnya, tetapi bila bersua muka, Idraki tidak pedulikan dia? Apa sebenarnya yang ingin Idraki tunjukkan pada dia?
                “You balik kampong dengan siapa? Tinggal dimana di kampong tu?” Idraki mengalih tajuk perbualan apabila Ayu senyap tanpa jawapan pada pertanyaannya tadi.
                “Dengan kawan saya. BFF sejak di university. Tinggal di rumah peninggalan ibu dan abah saya. Saya nak ziarah kubur ibu dan abah. Dah lama tak balik kampong dan ziarah mereka.” Lancar Ayu berbicara. Bagai terlupa langsung akan kemarahan dan rasa tidak senangnya pada Idraki. Tersenyum Idraki mendengar jawapan itu. Tiada lagi kata – kata sinis dan tidak puas hati kedengaran dalam nada suara Ayu. Senang benar hati gadis itu terpujuk.
                Then, waktu malam tinggal berdua je dengan BFF you. Tak takut?”
                “Nak takut apa? Hantu? Tak pernah pulak dengar ada orang kena kacau dengan hantu kat kampong ni.” Balas Ayu jujur. Terdengar Idraki ketawa kecil. Susah dia ingin menafsirkan perangai sebenar Ayu. Sekejap marah – marah, sekejap pula mesra bak kawan lama. Sekarang, dah macam budak lurus pula bertanya soalan seperti itu.
                “Kalau you kena kacau dengan hantu, I tak berapa nak kisah, sayang. At least, you boleh baca ayat – ayat yang you tahu. I Cuma risau kalau ada budak bujang kampong tu yang kacau you and your BFF. Awak berdua tu perempuan, kalau ada yang berniat tak baik, macam mana?” Ujar Idraki selepas ketawanya reda. Kedengaran serius membuat Ayu terdiam dan berfikir. Iye tak iye juga. Tak pernah pula dia terfikir tentang itu.
                “Takkanlah kot….” Gumam Ayu perlahan, namun masih boleh didengar Idraki. Menggeleng kepala Idraki mendengarnya. Lurus tak bertempat pula bakal isterinya ini.
                What were you thinking, Ayu? Balik sana senyap – senyap. And then, tak terfikir kemungkinan yang macam tu. That’s make me worry, you know.”
                “Tapi…. Orang kampong saya baik – baik semuanya, encik.” Masih mahu mempertahankan pendiriannya, Ayu menutur kata. Seingatnya, selama dia tinggal di kampong ini, tak pernah pula dia dengar ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Setakat kecurian kecil, biasalah.
                You are too naĂŻve, sayang.” Bidas Idraki, hati hampir tidak percaya dengan apa yang baru diucapkan oleh Ayu. Sungguh pun masih tiada cinta di hatinya, namun memikirkan segala kemungkinan buruk, hatinya bimbang. Dia jadi risau dan rasanya, ingin sahaja dia terbang untuk berada disisi Ayu. Tetapi, mengenangkan Ayu yang ingin bersendirian sebelum mereka sah bergelar suami isteri, dia akur. Cuma kata nasihat yang boleh dia titipkan buat gadis itu buat masa ini. Bila sudah bernikah nanti, tentu dia tidak akan benarkan Ayu balik ke kampong sendirian tanpa dia menemaninya.
                “Insyaallah, tak ada apa – apa, encik. Encik jangan risaulah. Nanti saya ajak abang Syakir temankan malam ni.” Lancar Ayu berkata – kata tanpa menyedari hati Idraki yang sakit mendengar sepotong nama lelaki. Syakir siapa pula? Idraki mula curiga.
                “Abang Syakir siapa?” Tanya Idraki dalam nada marah.
                “Err… Abang Syakir tu pekerja kat kebun pisang arwah abah dulu. Sekarang, dia yang uruskan kebun tu and….”
                “You nak mintak dia temankan you berdua? Takkan you bertiga aje dalam rumah tu. Bahaya tau.” Cepat Idraki memotong kata – kata Ayu. Berdebar hati bila memikirkan yang Ayu dan kawan baiknya bertemankan seorang lelaki di dalam rumah. Rasanya dia belum gila untuk benarkan Ayu berbuat demikian. Berkerut kening Ayu mendengar Idraki yang marah – marah dengan penjelasannya yang belum habis. Sudahlah suka suka aje potong cakapnya sebelum dia habiskan ayat.
                “Apa pulak bertiga? Abang Syakir tu dah ada anak 4 orang, encik. Ni, isterinya tengah sibuk masak kat dapur tu. Bila parents saya meninggal and saya pindah rumah Pak Long, saya minta dia orang tinggal di rumah saya ni. Kami dah macam keluarga pun. Sejak saya kecil lagi abang Syakir dah kerja dengan arwah abah. Apa yang encik kalut sangat?” Jelas Ayu panjang lebar. Idraki mengurut dada bila mendengar penjelasan Ayu. Surut debar di dada. Abang Syakir yang disebut Ayu sudah berkeluarga, sudah punya anak 4.
                “Kalau begitu, okey then. I ingatkan you bertiga aje dalam rumah. Bahaya, tahu?” Ujar Idraki, bimbang. Namun kata – katanya disambut dengan ketawa kecil Ayu.
                “Itulah, lain kali dengar apa orang nak cakap sampai habis. Jangan cepat sangat nak potong cakap orang.” Ejek Ayu dalam sisa tawanya. Terkedu Idraki mendengar tawa halus itu. Seingatnya, itu kali pertama dia mendengar tawa ikhlas Ayu sejak pertemuan mereka. Iyelah, kalau dah senyum pun Ayu susah sangat nak hadiahkan untuk dia, inikan pulak nak lihat Ayu ketawa.
                “Ayu…. Sayang….” Panggil Idraki setelah agak lama dia terdiam.
                “Siapa sayang?” Marah Ayu dan Idraki mengukir senyum. Sejak awal bibirnya ringan menutur perkataan itu untuk Ayu, dia sedar Ayu tidak suka. Berkali Ayu menegah dia untuk memanggil dengan panggilan sebegitu, namun dia berdegil. Kalau dia tak biasakan lidah dengan panggilan itu, bagaimana dia ingin belajar mencintai gadis itu?
                “Ayu… it sounds so nice to hear you laugh. You should often laugh, dear.” Puji Idraki, ikhlas walau dia tahu Ayu akan melenting. Biarlah, asalkan dia sudah meluahkan rasa hati. Kali ini, Ayu pula yang terkedu. Otak bekerja keras mengingati bila masa yang dia ketawa. Oh! Dia ketawakan Idraki yang salah sangka, yang suka potong cakap dia. Ayu tutup mulut tiba – tiba.
                “Err… okeylah. Saya nak tolong Kak Lin masak. Assalamualaikum… Bye.” Tanpa menunggu jawapan Idraki, Ayu segera mematikan talian. Tiba – tiba rasa malu dengan lelaki itu. Selama ini dia pamer wajah masam dan tidak suka dengan Idraki, tapi hari ini, tanpa sedar dia terlepas tawa. Aduh, malunya.
                Ayu bangkit dari duduk dan berlalu pantas ke dapur. Semakin di fikirkan tentang Idraki, hatinya semakin berdebar pula. Rasa apakah itu? Sedangkan selama ini, dia jadi tak ceria bila terkenangkan wajah tampan itu.

Wednesday, 1 August 2012

Bab 18 : Ingin Kulafazkan Cinta

18.
                “Abang cintakan Ayu dan abang nak jadikan Ayu sebagai isteri abang.”
                Ayu memejam mata sebaik kata – kata itu keluar dari bibir Luth. Hampir berderai air matanya mendengar ucapan kudus itu. Sesuatu yang sepatutnya membuat dia melompat gembira. Melompat kerana rasa hatinya sama dengan rasa hati Luth Hakimi. Namun, tegarkah dia untuk menerima cinta Luth sedangkan dirinya sudah tidak punya apa – apa lagi.
                “Ayu…. Abang betul – betul sayang dan cintakan Ayu. Dan abang sangat serius untuk jadikan Ayu sebagai isteri abang. Will you marry me?” Tiada jawapan dari Ayu buat Luth mengulang luahan perasaannya sebentar tadi. Takut jika Ayu menganggap dia hanya sekadar bergurau. Tetapi, sudah terlalu banyak petunjuk yang dia berikan tentang perasaannya pada gadis itu, takkan Ayu tak boleh baca apa isi hatinya.
                “Abang jangan bergurau bolah tak? Kita kan sepupu. Takkan nak kahwin pulak.” Ayu mengukir senyum. Palsu dan plastic sekali. Sedangkan dalam hati sudah menangis tak berlagu. Kenapa pula dugaan ini datang setelah dia Berjaya keluar dari kesedihan akibat ketelanjurannya dengan Idraki?
                “Abang tak bergurau, Ayu. I’m deadly serious. Apa, Ayu tak rasa apa yang hati abang rasa?” Luth melangkah mendepani Ayu. Wajah lembut itu direnungnya. Berkerut dahinya tatkala terlihat ada air mata yang bergenang di tubir mata gadis kesayangannya itu.
                “Kenapa menangis ni, sayang? Did I said something wrong?” Tanya Luth lembut. Jarinya naik ke pipi Ayu, ingin mengesat air mata itu tetapi cepat di tepis Ayu. Tidak, Ayu tak ingin di sentuh oleh Luth. Dirinya sudah tidak berharga, dia sudah tidak layak untuk Luth. Kepalanya ditundukkan lalu dia menggeleng perlahan.
                “Ayu tak boleh, abang. Tak boleh.” Ucap Ayu perlahan. Semakin berkerut dahi Luth. Semakin tidak faham. Kenapa tidak boleh sedangkan Ayu selama ini memberi respon positif kepadanya. Dia dapat rasa getar hati Ayu sama dengan getar hatinya. Walau dulu mereka selalu bergaduh dan bercanggah pendapat, namun melalui itulah, hubungan mereka menjadi rapat.
                “Kenapa? Ayu dah ada yang lain?”
                “Ayu tak layak untuk abang. Please, jangan Tanya Ayu kenapa.” Ayu ingin berlalu. Berada di kawasan terbuka di tepi tasik ini, tidak membuat hatinya lapang. Malah, semakin berserabut kepala otaknya. Di sini, Luth meluahkan rasa hati dan ingin mengajaknya berkahwin. Di sana pula, Idraki tidak pernah jemu memujuk untuk mengikat dirinya dalam ikatan perkahwinan demi menebus dosa.
                “Ayu…. Abang tahu rasa Ayu sama dengan rasa abang. Kenapa tak boleh, sayang? Abang ikhlas nak jadikan Ayu isteri abang.” Luth capai tangan Ayu dan diusap lembut. Ayu kembali pejam mata. Sungguh, kalau pun dia ada rasa terhadap Luth, dia memang tidak suka diperlakukan begini. Suka suka nak pegang tangan dia. Dah macam Idraki pula yang ambil kesempatan pegang tangan dia setiap kali bertemu. Ah, sudah! Kenapa nama Idraki pula yang muncul di benak ketika ini.
                “Tolonglah, abang. Walaupun kita sepupu, tapi kita tetap bukan mahram. Jangan buat Ayu macam ni. And, please….. I mean it when I say I can not marry you.” Ayu merintih. Mohon belas kasihan Luth agar pegangan dilepaskan. Wajah tampan Luth sudah tak sanggup dipandang. Takut hatinya jadi lemah kalau mereka bertemu pandang.
                “Ayu, ni makanan untuk kau.” Suara Deja mematikan lamunan Ayu. Sebelum berpaling pada Deja yang melangkah menghampirinya di pantry pejabat, dia mengesat air mata yang bergenang. Tidak mahu Deja tahu derita yang dia tanggung sekarang ini.
                “Thanks, sayang. Dapat apa yang aku pesan?” Tanya Ayu. Wajah dimimikkan ceria, senyum manisnya menghias bibir tapi Deja bagai dapat membaca sendu yang terpamer di mata bulat itu.
                “Ya.. Nasi goreng black pepper. Mimpi apa tiba – tiba pesan menu ni? Selalu bukan main alergik dengan balck pepper.” Giat Deja. Matanya masih merenung mata Ayu yang suram. Dia tahu, Ayu ada masalah tapi apa masalahnya?
                “Teringin.” Jawab Ayu pendek sambil tayang senyum comel. Bekas makanan polisterine yang diletakkan di atas meja, ditarik mendekatinya. Bekas makanan itu dibuka dan semerbaklah bau lada hitam menyengat hidungnya.
                “Kau okey ke? Termenung aje aku tengok dari tadi. Anything wrong?” Deja prihatin. Tidak pernah temannya itu semurung ini. asyik termenung sejak seminggu kebelakangan ini. Kalau mereka keluar beramai – ramai pun, Ayu akan jadi lebih pendiam dari biasa. Asyik dengan termenung dan mengelamun.
                “Aku okey aje. Kenapa?” Ayu berbasa basi. Sesudu nasi goreng sudah dijamah. Kuat rasa lada hitam tapi tidak sedikit pun dia megeluh tidak suka. Tidak seperti selalunya, asalkan ada bau lada hitam, pasti hidangan itu ditolak mentah – mentah. Agaknya, dengan masalah yang menghuni otaknya sekarang, semua rasanya dah jadi terbalik. Hormone inbalance agaknya.
                “Asyik termenung aje sekarang ni. Muka pun masam mencuka, tak happy langsung. Mata pun sembab dari pagi. Ada problem ke? Tak nak cerita dengan aku?” Deja tarik kerusi dan duduk dihadapan Ayu. Masih cuba jadi prihatin terhadap kawan baiknya ini.
                “Tak ada apa – apalah. Aku tak tidur malam tadi sebab nak habiskan baca novel Kak Ros tu. Aku lapar ni. Kau dah makan ke belum? Tengok aje aku makan.”
                “Dah. Dah selamat pun. Betul ke kau okey ni?” Deja pandang Ayu dengan pandangan tak puas hati. Tak pernah – pernah Ayu semuram ini. Mesti ada masalah, tapi mengenali Ayu, dia tahu, gadis itu takkan senang – senang bercerita tentang hatinya pada sesiapa pun.
                “Iye, aku okey. Berapa kali nak Tanya? Hilang selera aku nak makan.” Ayu menutup kembali bekas polisterine. Baru sedikit yang dijamahnya dan bekas itu sudah ditolak menjauhinya. Semakin berkerut dahi Deja. Dari nada suara itu, dia tahu Ayu marah. Dan, bila Ayu menolak makanan dihadapannya, dia seratus peratus pasti yang Ayu ada masalah. Sebab, walaupun Ayu boleh dikategorikan kurus, tapi selera makan dia memang besar.
                “Okey, okey. Sorry, kacau kau makan pulak. Makanlah, aku nak join Kak Ros dengan Rita kat surau.” Ujar Deja. Bekas polisterine itu ditolak mendekati Ayu semula. Tak apalah jika Ayu tak mahu bercerita. Jangan temannya itu sakit kerana tak makan pula.
                “Kat surau buat apa?” Tanya Ayu blur sedangkan, dia juga selalu ikut geng surau itu tidur di surau selepas menunaikan solat Zuhur sementara menanti waktu pejabat bermula kembali. Deja membuat isyarat tidur sebagai jawapan kepada soalan Ayu itu. Tanpa berkata apa – apa, dia keluar dari pantry meninggalkan Ayu keseorangan.
                Ayu melepas nafas panjang. Berseorangan di pantry buat fikirannya kembali terkenangkan Luth Hakimi yang menagih cintanya. Habis cerita luahan perasaan di tepi tasik itu, Luth masih tidak jemu menagih cintanya. Memberi janji kebahagiaan dan sebuah rumahtangga yang indah. Adakalanya, dia hampir terpujuk dengan segala ayat – ayat manis Luth, tapi dia cepat sedar diri. Maruahnya sudah tercemar, jadi dia sudah tidak layak untuk lelaki itu. Namun, bagaimana dia harus memberitahu Luth? Takkan nak berterus terang yang dia sudah tidak suci? Sanggupkah dia merendahkan maruah yang tinggal sisa dengan berterus terang begitu? Adakah dia akhirnya perlu akur dengan kehendak Idraki agar Luth tidak terus mendesak dia dengan sebuah perkahwinan?
                Perlahan Ayu mencapai telefon bimbit yang setia di atas meja. Berfikir seketika akan tindakannya sebelum dia menarik nafas dalam dan melepasnya perlahan. Jarinya menari di atas pad telefon, mencari nama orang yang ingin di panggil. Dia menekan butang ‘call’ dan menanti penuh debar panggilan dijawab oleh orang di hujung talian.
                “Assalamualaikum, encik Idraki..” Ujarnya sebaik panggilannya dijawab.
********************************************************

Ketenangan air tasik di Taman Tasik Shah Alam itu langsung tak memberi ketenangan dihatinya. Hatinya resah gelisah. Fikiran kacau bilau. Letih otaknya memikirkan sama ada betul atau tidak keputusan yang bakal diambilnya. Sudah berhari hari difikirkan dan sudah beberapa malam juga dia mendirikan solat Isthikarah, meminta petunjuk Allah. Namun, belum ada sebarang petunjuk yang dia terima. Akhirnya, dia hanya menurut kata hati sambil berdoa agar keputusan yang dia ambil adalah yang betul. Yang bisa memberi kebahagian kepada semua orang.
                “Assalamualaikum.” Suara garau itu membuatkan Ayu berpaling dari arah tasik. Bibirnya menguntum senyum nipis. Lantas kakinya diatur kea rah lelaki yang sedang menantinya di bangku kayu.
                “Maaf terlambat. Meeting I lambat habis, then I dah terlewat untuk solat. Dah lama tunggu?” Tanya Idraki sambil mempersilakan gadis yang manis berbaju kurung itu duduk. Tiada kata – kata yang lahir dari mulut mungil itu, Cuma gelengan sebagai jawapan.
                “Kita pergi minum dulu. Ada cafĂ© nearby. Jom?”
                “Tak perlu, encik. Saya nak balik cepat. Duduklah, I need to discuss something with you.” Ayu menolak lembut. Matanya mengikut langkah Idraki yang mengambil tempat disebelahnya. Pandangan lelaki itu jatuh pada air tasik yang beriak tenang. Sabar menanti Ayu membuka mulut. Selalunya, hanya dia yang beriya – iya menelefon Ayu, minta untuk berjumpa. Hairan juga dia bila mendapat panggilan dari gadis itu tengahari tadi. Di waktu dia sedang sibuk pula tu. Namun bila melihat nama yang tertera di skrin telefon, dia sanggup meninggalkan semua kerjanya ketika itu.
                “You kata benda nak bincang, what is it?” Tanya Idraki setelah agak lama Ayu mendiamkan diri. Hanya jarinya yng bermain sesama sendiri. Merenung Ayu yang cantik bertudung itu hanya menunduk, ingatan Idraki kembali berputar ke peristiwa hampir setahun lalu. Dia memejam mata, cuba membuang kenangan itu. Entahlah, susah benar dia ingin mengusir kenangan itu.
                “Encik masih mahu jadikan saya isteri?” Ayu bertanya terus selepas dia menarik nafas panjang. Mencari kekuatan untuk bertanya soalan seperti itu. Nampak seperti dia terdesak benar. Tapi, dia memang terdesak pun saat ini.
                Idraki mengalih pandang. Wajah mulus Ayu direnung tidak percaya. Benarkah apa yang dia dengar? Ayu sudi menjadi isteri dia? Terkebil – kebil matanya merenung sepasang mata bulat itu. Agak lama mereka bertentang mata sebelum Ayu menundukkan muka. Wajahnya terasa berbahang. Entah kenapa, renungan mata Idraki buat dia jadi malu tiba – tiba.
                “Kalau encik dah tak mahu, tak apa. Maafkan saya Tanya soalan macam tu.” Ayu bangun dari duduknya. Malunya bila Idraki seolah – olah menolak permintaannya. Namun, belum pun dia sempat melangkah, tangannya digenggam Idraki.
                Sit down, Ayu. I tak cakap pun I tak mahu.” Ujar Idraki tenang lalu menarik tangan itu agar kembali duduk. Ayu hanya menurut sambil tangannya cuba dileraikan dari genggaman Idraki. Namun, seperti biasa, genggaman itu terlalu utuh untuk dia leraikan.
                “Boleh I tahu, kenapa tiba – tiba you ubah fikiran?” Tanya Idraki. Matanya masih belum puas merenung wajah Ayu. Bertambah comel bila pipi putih gebu itu merona merah. Jarinya mengusap belakang tapak tangan Ayu yang digenggamnya.
                Ayu melepas keluh perlahan. Perlukah dia beritahu sebab sebenar kenapa dia bersetuju berkahwin dengan lelaki ini? Perlukah Idraki tahu yang dia tiada pilihan selain dari berkahwin dengan Idraki? Dia tidak mahu lelaki lain tahu yang maruahnya sudah hilang. Lebih – lebih lagi lelaki bernama Luth Hakimi. Dia sayangkan lelaki itu, tetapi dia tidak sanggup mengkhianati lelaki itu. Bagaimana jika dia menerima Luth sebagai suami dan di malam pertama, Luth tahu yang dia sudah tidak suci lagi?
                “Encik masih mahu bernikah dengan saya atau tidak? Saya hanya nak tahu jawapan encik.” Ayu mengambil keputusan untuk tidak menjawap soalan Idraki. Lelaki itu tidak perlu tahu apa – apa. Cukuplah jika Idraki sanggup bertanggungjawab dan juga bertanggungjawab sebagai suaminya bila mereka sah bernikah nanti.
                Yes, Ayu. I will definitely akan ambil you jadi isteri I. Kan I dah cakap yang I akan bertanggungjawab sepenuhnya pada you. I Cuma nak tahu, kenapa you ubah fikiran?”
                “Saya dah tak layak untuk mana – mana lelaki pun. Saya Cuma nak penuhkan kemahuan encik. Puas hati?” Jawap Ayu sedikit garang. Geram bila Idraki sedikit mendesak tentang keputusannya. Tetapi, dia nanar seketika bila Idraki mengukir senyum menggoda dan seterusnya ketawa kecil.
                You falling in love with someone, aren’t you?”
                “Encik tak ada hak nak tahu hal peribadi saya.”
                “You lupa ke sayang? You’re my future wife and I dah tahu you, in and out. Hal you, akan jadi hal I juga.” Bisik Idraki rapat di telinga Ayu. Buat Ayu sedikit kecut. Idraki seperti mengugut dia. Gaya Idraki buat dia gerun. Selama mengenali Idraki, tidak pernah lelaki ini seperti ini.
                Idraki melepaskan genggamannya dan dia bangkit dari kerusi. Melangkah beberapa tapak ke hadapan sebelum berhenti dan meraup muka. Dia beristighfar beberapa kali. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk mengatakan seperti itu tadi kepada Ayu. Tetapi bila Ayu seperti mengiyakan jangkaan dia tadi, hatinya jadi sakit tiba – tiba. Hatinya seperti tidak boleh menerima jika benar Ayu mencintai seseorang. Padanya, Ayu hanya miliknya. Dia pernah memiliki Ayu di malam itu dan padanya Ayu hanya miliknya seorang. Walau dia memilik Ayu secara haram malam itu, namun dia akan pastikan Ayu akan jadi miliknya yang sah secepat mungkin.
                I’m sorry, Ayu. I don’t mean what I said just now. Just forget about it, okey. I akan hantar rombongan meminang secepat mungkin. I’ll inform you soon.” Idraki kembali mengalih pandang pada Ayu yang sedang menunduk. Jari jemarinya masih melekat antara satu sama lain. Kalau tadi dia begitu yakin untuk menerima Idraki sebagai suami tetapi kini bila Idraki bersedia untuk menghantar rombongan meminang, dia jadi ragu – ragu. Mampukah dia menjadi seorang isteri yang sebenarnya sedangkan hati dan perasaannya tidak pada lelaki itu?
                “Sayang, kenapa? Nak ubah fikiran pula?” Soalan Idraki yang di telinganya membuat Ayu segera mengangkat wajah. Dah kenapa pula Idraki memanggil dia sayang? Kalau dulu, asyik memanggil dia dear, sekarang dah tukar sayang pula? Panggil nama saja tak boleh ke?
                “Bukan.. Its just…” Ayu mengeluh kecil. Perlukah dinyatakan yang dia sebenarnya belum bersedia menerima kehadiran Idraki sebagai suami? Yang dia belum boleh melupakan tentang kekhilafan mereka berdua di malam durjana itu?
                “Ayu… I know, perkenalan kita tak macam orang lain. Pernikahan kita pun bukan sebab kita mencintai satu sama lain. Kita bernikah sebab kejadian malam tu, tapi… I promise you, I akan belajar mencintai you and insyaAllah, kita akan jadi suami isteri di dunia dan akhirat. That’s my promise and you can keep it here.” Idraki memegang dadanya sendiri. Dia bagai mengerti kebimbangan Ayu. Dia juga begitu, masih samar akan perasaannya terhadap Ayu. Dia Cuma boleh mengatakan yang dia akan cuba untuk mencintai Ayu seorang.
                Ayu mengangguk kecil. Cuba menyematkan kata – kata Idraki sebentar tadi. Dia juga begitu, walau belum boleh mencintai Idraki namun sebaik lelaki itu sah menjadi suaminya nanti, dia akan menjadikan Idraki satu – satunya lelaki dalam hidupnya.
                “So, bila I boleh hantar rombongan ke rumah you?” Pertanyaan Idraki membuat Ayu mengangkat muka. Dia sendiri tidak pernah terfikir tentang itu. Niatnya ingin berjumpa Idraki hanya untuk menyatakan persetujuan untuk bernikah. Tak sangka pula begitu cepat Idraki bertanya soalan itu. Bertentang mata dengaan Idraki membuat lidah Ayu menjadi kelu. Sejak kali pertama bertemu, renungan Idraki memang tidak mampu ditentangnya. Renungan tajam Idraki buat dia tidak tentu arah.
                “Okey, kalau you tak boleh jawab, I buat keputusan sendiri. Next week boleh?”
                “Ha? Tak cepat sangat ke?” Terkejut dengan keputusan Idraki, Ayu segera mengangkat muka. Takkanlah begitu cepat Idraki hantar rombongan meminang. Rasanya masih banyak yang perlu mereka selesaikan sebelum keluarga Idraki datang meminang.
                “Lebih cepat, lebih baik sayang. Dah lama sangat perkara ni tertangguh. I tak mahu ada perkara lain pula yang jadi dan kita tak jadi nikah pula nanti.”
                “Kita tak perlu kenal hati budi masing – masing dulu ke sebelum encik datang meminang? Encik tak kenal saya dan saya pun tak kenal encik.” Ayu memberi alasan. Iye, dia setuju untuk berkahwin dengan Idraki, tetapi bukanlah secepat ini. Kalau dah datang meminang pun Idraki minta minggu depan, ada pula Idraki minta mereka bernikah bulan depan nantinya.
                “Kita boleh kenal hati budi masing – masing lepas kahwin, Ayu. Itu lebih afdal dan dah sah di sisi agama dari kita keluar berduaan macam ni. Kalau ikutkan hati I, esok jugak I nak datang meminang dan bulan depan kita menikah terus.” Kata – kata Idraki buat Ayu terlopong. Kan, dia dah boleh agak. Idraki memang tak sabar – sabar nak menikah dengan dia. Idraki ni sedar atau tidak yang mereka bukan pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta dan dah tak sabar nak hidup bersama. Mereka Cuma bernikah atas sebab keterlanjuran mereka berdua. Mujur juga tiada benih yang bercambah di rahim Ayu akibat dari malam durjana itu. Kalau tidak, tak tahulah dimana dia ingin letak muka. Tentu dia sudah lari tinggalkan Malaysia demi menjaga maruah keluarga Pak Longnya.
                “Merepek apa ntah.” Hanya itu yang keluar dari bibirnya. Dia segera menutup mulut bila Idraki merenungnya tajam. Tak sangka bolah terkeluar ayat seperti itu. Matanya terkebil – kebil minta simpati bila Idraki masih merenungnya seolah – olah marah.
                “Merepek?” Soal Idraki. Ada nada marah yang dapat dikesan oleh Ayu. Perlahan Ayu mengukir senyum, manis. Cuba memujuk lelaki itu dalam diam.
                “Maaf, bukan itu maksud saya. Saya Cuma terkejut sebab benda ni macam cepat sangat. Saya tak tahu samada saya dah bersedia atau belum.” Ujar Ayu perlahan. Sinar kemarahan dalam mata Idraki Nampak pudar sebaik mendengar ungkapan maaf itu. Sungguh lembut ungkapan itu buat marahnya reda dengan cepat.
                We’ll do it step by step, ya. Tapi, next week, I tetap akan datang meminang you. Make sure you dah inform Pak Long and Mak Long you. Or, you want me to tell your uncle?” Dalam memujuk, Idraki masih mempertahankan keinginannya untuk datang meminang Ayu minggu depan. Ayu menarik nafas panjang. Ketegasan lelaki ini sedikit menggetarkan dadanya. Nampak gayanya, lelaki ini seorang yang amat tegas dengan pendiriannya.
                “Tak perlu. Biar saya saja yang beritahu mereka semua. Tapi….” Masih ada tapi dalam bicara Ayu. Masih sangsi dengan keputusannya. Benarkah dia ingin serahkan seluruh kehidupannya pada Idraki? Bersediakah dia untuk menerima setiap kebaikan dan kekurangan yang ada pada Idraki? Sanggupkah dia? Bersediakah dia?
                “Ada tapi lagi? You masih sangsi dengan I, ye? I’ve make you a promise, sayang. And I’ll do anything to keep my promise.”
                It’s not about you. Saya Cuma risau yang saya tak bersedia.”
                “Kita akan sama – sama belajar dan bersedia, Ayu. Ini bukan untuk sehari dua, tapi InsyaAllah untuk selamanya. So, kita ada seumur hidup untuk belajar dan bersedia. Ok?” Lembut suara Idraki memujuk. Dia sendiri seperti Ayu, masih sangsi dan tidak tahu samada sudah bersedia atau belum. Namun, dia mahu memikul tanggungjawab itu. Bibirnya mengukir senyum sebaik Ayu mengangguk perlahan. Menjawab segala pujukannya tadi. Dengan anggukan itu, dia tahu, Ayu juga mahu belajar dan bersedia untuk menerima dia seadanya.
                Thanks, Ayu. Thanks, bagi I peluang untuk I tebus dosa I pada you.InsyaAllah, I tak akan sia – siakan you dan you akan jadi isteri I selamanya.” Ucap Idraki perlahan. Jemari Ayu dicapai dan dikucupnya. Tergamam Ayu dengan tindakan itu namun tidak pula dia menarik tangannya seperti kebiasaan. Mungkin dek kerana tergamam dengan tindakan itu hingga dia jadi blur dan tidak boleh berfikir. Hanya setelah beberapa minit jemarinya masih di dalam genggaman Idraki, barulah dia menarik tangannya.
                “Saya baru setuju nak jadi isteri encik, belum sah jadi isteri lagi. So, behave yourself.” Ujar Ayu buat Idraki ketawa kecil. Gembira hatinya kerana Ayu sudah setuju untuk menjadi isterinya dan Ayu tidak lagi mempamer wajah masam setiap kali mereka bertemu.
Dan dihatinya, seribu kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana semua doanya selama ini sudah termakbul.