11.
Idraki
mundar mandir di dalam bilik pejabatnya. Resah dan gelisah. Fikirannya buntu
dan hatinya resah. Tumpuannya bukan pada kerja – kerja yang menimbun minta
perhatian. Tetapi hatinya menggesa untuk terus – terusan berfikir tentang satu
nama dan satu wajah. Ayu Qharidah. Sejak pertemuan di Pavillion seminggu lalu,
hidupnya menjadi tidak tenang. Lebih – lebih lagi bila dia perasan tentang
perhatian lebih yang diberikan oleh sepupunya yang bernama Luth itu. Mungkin
mereka berempat tidak sedar, tapi sepanjang petang itu, beberapa kali juga dia
Nampak Ayu dan sepupu – sepupunya itu. Kemesraan Ayu dan Luth lah yang buat
hidupnya tidak tenteram, tidurnya tidak lena. Dia sendiri tidak pasti kenapa
dia harus ada perasaan begitu. Namun, kerana kenangan antara mereka membuat dia
merasa Ayu sudah jadi miliknya. Hanya dia dan tidak boleh ada seorang lelaki
lain yang mendekati gadis itu. Penangan gadis itu terlalu hebat, hingga dia
masih boleh terasa kehangatan sentuhan gadis itu sehingga hari ini.
Deringan
intercom mengganggu lamunannya. Pantas langkahnya diatur ke meja kerjanya.
Butang intercom lantas ditekan.
“Yes!” Jawabnya lantang. Tidak sabar
untuk mendengar kata – kata Cheryl tentang arahannya sejam lalu.
“I
dah hubungi Encik Luqman, tapi tak dapat. I’ve
try call his PA, tapi no positive
respons. Cik Ayu tak beri sebarang feed
back, Encik Idraki.” Balas Cheryl terus kepada perkara pokok. Melihat
kepada wajah tegang Idraki sejak masuk pejabat tadi, dia tahu Idraki tidak
boleh dibawa bergurau hari ini.
“Damn! Takkan satu pun dia tak boleh
beritahu? Kan dia juga terlibat dalam projek ni?” Marah Idraki. Aduh, Ayu benar
– benar membangkitkan kemarahannya. Geram dan marah bercampur menjadi satu.
“I’m sorry, boss. I’ve tried, tapi Cik
Ayu insist you wait for Encik Luqman to come back day after tomorrow.” Terang Cheryl lagi. Idraki
merengus keras. Susah betul dengan PA Luqman ni. By the book sangat.
“Okey, you give me direct line Cik Ayu. I’ll
call her myself.”
“Right away, boss.”
Sejam
selepas Cheryl memberikan nombor telefon Ayu, barulah Idraki mengangkat gagang
telefon untuk menelefon gadis itu. Dia berfikir – fikir tentang kewajarannya
untuk menghubungi Ayu. Ingin mengetahui butiran mengenai kerjasama syarikat
mereka hanyalah alasan. Sebetulnya, dia ingin berjumpa Ayu dan cuba berbincang
masalah mereka.
“Good Mornig. Chanteque Design &
Landskap. Luqman’s Office. May I help you?” satu suara gemersik menyapa
telinganya sebaik talian berjawab. Gamam sebentar Idraki mendengar suara
selembut itu, tak ubah suaranya seperti malam itu.
“Good morning. Cik Ayu, please.” Jawab
Idraki yakin. Walau apa pun, dia tidak harus menunjukkan rasa gugupnya pada
sesiapa termasuk Ayu.
“Yes, speaking. May I know, whose on the
line?”
“It’s me, Ayu. Idraki.” Balas Idraki.
Dan, talian terus senyap selepas itu. Hanya sesekali kedengaran hembusan nafas
di sebelah sana talian.
“Ayu!
Hello… Are you still there?” Tanya
Idraki setelah beberapa minit tiada sebarang respon dari Ayu.
“Ya! Sorry.. Ada apa yang saya boleh bantu
Encik?” Bagai tersedar dari lamunan, Ayu bertanya. Jantungnya yang berdegup
laju cuba diredakan dengan mengurut dada sendiri. Mungkin Idraki Cuma ingin
bertanya tentang kerja, jadi tiada apa yang harus dia takutkan.
“I need to clarify a few things about our
project. Can you give me some details?” Idraki terus ke perkara pokok. Fail
ditangannya diselak. Mencari sesuatu yang ingin ditanyanya kepada Ayu.
“Minta
maaf, encik. Saya tak boleh untuk clarify
the details with you. Mungkin encik boleh call cellphone encik Luqman directly?” Penuh sopan, Ayu mengelak. Memang
dia tidak boleh memberi apa – apa penjelasan kerana dia tidak begitu memahami
perjalanan projek usahasama antara dua syarikat ini. Walaupun dia juga terlibat
namun perkara penting masih menjadi rahsia pihak atasan.
“Takkan
you tak tahu? Bukan ke you juga terlibat dalam projek ni? This is urgent, Ayu” Idraki tidak berpuas hati. Bagaimana Ayu tidak
boleh memberi penjelasan tentang apa yang diingininya sedangkan setiap
perjumpaan, Ayu pasti mengiringi bos merangkap sepupunya itu.
“Saya
minta maaf, encik Idraki. Memang saya terlibat, tapi untuk beritahu details pada encik, I’m unauthorized. Furthermore, it’s our company policy. Perhaps, saya boleh sambungkan encik
dengan encik Saiful? He knows the details.”
Ayu memberi cadangan. Kalau sudah perkara yang Idraki ingin tanyakan benar –
benar penting, encik Saiful juga boleh membantu. Kedengaran Idraki mengeluh di
hujung talian. Ayu tidak memberi respon, hanya sabar menanti Idraki memberi
persetujuan.
“Okay, pass me to him.”
“Hold the line, please. I’ll transfer-“
“Ayu, wait!” Idraki separuh menjerit,
menghalang Ayu dari terus menyambung talian.
“Yes, encik Idraki. Anything else?”
“Ayu…. I need to see you.” Lembut dan
perlahan suara Idraki menjengah telinga Idraki. Terdiam Ayu dibuatnya. Tidak
menyangka Idraki boleh melencong ke perkara lain pula. Dadanya diserang debar.
Untuk apa Idraki ingin berjumpa dengannya? Perlahan dia menarik nafas dan
menghelanya lemah.
“Saya
tak boleh clarify the details, encik.
Perhaps PA encik Saiful boleh set appointment encik dengan dia, today?” Ayu menolak lembut. Yakin Idraki
ingin berjumpa kerana projek usahasama syarikat mereka.
“This is not about the project, Ayu. This is
about us. We need to talk.” Semakin tegas suara Idraki. Merasakan Ayu cuba
berpura – pura tidak mengerti dengan tujuannya untuk berjumpa. Berkerut dahi
Ayu mendengar balasan Idraki. Rupanya lelaki itu masih mahu memperkatakan
tentang mereka. Tentu sahaja tentang malam penuh noda itu.
“Us? There is no us, here. Tak ada apa
yang kita nak cakapkan.” Tolak Ayu lembut namun tegas disetiap butir bicaranya.
Biarlah kenangan itu pergi dibawa masa. Dia tidak mahu mengingati itu semua dan
mahu melupakan segala – galanya. Dia mahu mulakan hidup baru tanpa kenangan
itu.
“Ada,
Ayu. Kita perlu berbincang. Tentang kita, tentang you. Tentang malam tu.”
“Malam
tu dah lama berlaku, encik. Please,
saya nak lupakan semua. It’s nothing,
really. Just go on dengan hidup
encik.” Cepat Ayu memotong kata – kata Idraki. Takut Idraki akan bercerita
tentang malam yang paling ingin dia lupakan itu.
“Nothing? Pada you, semua tu nothing? It’s a big thing, Ayu. I tak
pernah buat perkara itu selama hidup I. Or…
you dah biasa dengan semua tu?”
“Encik
Idraki!” Jerit Ayu, geram. Sanggup Idraki berkata begitu sedangkan rasanya
Idraki tahu yang itu pengalaman pertama dia. Belum pernah selama ini dia
benarkan seorang lelaki pun menyentuh tangannya, apalagi menyentuh dan
menjelajah seluruh tubuhnya seperti mana yang Idraki lakukan.
“I’m sorry. I know, its your first time also.
Sebab itu, kita perlu jumpa dan berbincang. I bukan lelaki yang lari dari
tanggungjawab, Ayu. I rasa sangat bersalah buat you macam tu.” Lembut suara
Idraki memujuk. Mengharap Ayu akan termakan pujuk dan bersetuju untuk bertemu
dan berbincang. Tapi, yang dia dengar hanya keluhan dihujung corong. Susahnya
ingin memujuk seorang Ayu.
“Saya
tak salahkan encik. Kita berdua salah malam itu. Saya juga tak perlu encik
untuk bertanggungjawab. Cukuplah kita kenal sebagaimana kita sekarang. I just want to forget all about it.”
Ayu berdalih lagi. Bagaimana dia ingin melupakan kalau Idraki sentiasa ada
didalam ingatannya?
“Can you ever forget that night? Forget me?”
Soalan Idraki mampu buat Ayu terkedu. Iya, tidak pernah sehari pun dia lupakan
tentang malam itu. Tentang satu – satunya lelaki yang dia benarkan berada
terlalu rapat dengannya. Ayu mengetap bibir, sungguh dia tiada jawapan untuk
itu. Dia sedang berusaha namun makin hari, makin payah untuk dia melupakan.
Lebih – lebih lagi untuk melupakan wajah tampan Idraki.
“I’ll pick up di office petang nanti.
Pukul berapa you habis kerja?” Tanpa menunggu jawapan Ayu, Idraki membuat
keputusan sendiri. Rasanya, hanya itu cara agar dia dapat bersemuka dengan
gadis itu. Nak menunggu Ayu bersetuju? Tinggal harapan sajalah.
“Eh!
Saya tak cakap saya nak jumpa encik.”
“Do I give you an option?” tegas Idraki.
Ayu tergamam. Erk, nak ajak orang jumpa tapi main paksa – paksa pulak? Kutuk
Ayu dalam hatinya.
“Encik,
just forget it, okay. Lupakan saja
semua tu-“
“I’ll be there at 5. Sharp. Harap waktu
kerja you dah habis.”
“No! Encik tak boleh buat macam ni. Tak
manis kalau orang Nampak nanti. Lagipun saya rasa, tak perlu kot. Kan saya dah
cakap, saya tak salahkan encik.” Ayu masih mencuba nasib. Mengharap Idraki akan
berubah fikiran walau mendengar dari suara Idraki, dia tahu lelaki itu sangat
serius.
“5
p.m. Ayu. Jangan nak lari pulak. Now,
transfer me to Encik Saiful.”
“Pleaselah, encik. Jangan buat macam ni.
Kalau encik datang sini, semua orang kat sini dah kenal encik kot. Saya takut
–“
“Transfer me to Encik Saiful, now. And, make sure 5 p.m you dah get ready. Kalau you tak ada, mungkin
esok you dah tak mahu tunjuk muka kat office tu lagi.” Makin tegas suara
Idraki. Hanya itu cara untuk dia berjumpa Ayu. Bercakap lemah lembut tak jalan,
jadi hanya dengan cara paksaan yang boleh buat Ayu setuju.
“Encik…”
“Encik Saiful, now. Or, you want me to report pasal ni kat bos you?” Ugut Idraki. Bibirnya terukir senyum ketika terdengar Ayu mengeluh. Walau apa pun, dia akan pastikan dia dan Ayu berjumpa petang ini.
“Encik Saiful, now. Or, you want me to report pasal ni kat bos you?” Ugut Idraki. Bibirnya terukir senyum ketika terdengar Ayu mengeluh. Walau apa pun, dia akan pastikan dia dan Ayu berjumpa petang ini.
“Okay. Hold the line, please.” Lemah
suara Ayu. Dia segera menyambung ke talian Jamie. Sesudah itu, dia termenung
panjang. Memikirkan cara terbaik untuk melarikan diri dari bertemu Idraki petang
ini.
***********************************
Ayu
membuang pandang keluar tingkap. Sakit hatinya pada Idraki masih belum luak dan
makin bertambah sejak masuk ke dalam kereta mewah lelaki itu tadi. Janjinya
untuk datang pukul 5 petang hanya omong kosong. Baru dia berkira – kira ingin
balik awal petang ini, sudahnya seawal jam 3 petang Idraki sudah tercongok
depan mejanya. Helahnya ingin berjumpa dengan Encik Saiful tapi dalam
perbincangan itu, dia diheret sama. Lelaki itulah yang beriya – iya mahu dia
turut serta. Memang sejak dalam bilik perbincangan tadi hatinya tidak henti –
henti mengutuk lelaki disebelahnya ini.
“Dah
puas kutuk I?” terdengar suara sinis Idraki. Tanpa memandang lelaki itu, Ayu
menjeling tajam. Begini rupanya perangai lelaki yang telah diserahkan seluruh
tubuhnya. Argh! Kenapalah malam itu dia tewas dengan bisikan syaitan?
“Kalau
ada benda yang you tak puas hati, kan better
if you cakap dengan I. I ada depan you ni, kan.” Idraki memancing kemarahan
Ayu lagi. Tidak selesa dengan suasana bisu begitu. Muzik intrusmental yang
dipasang dirasakan makin membuat dia tidak selesa.
“Kata
ada benda nak bincang. Apanya?” Tanya Ayu. Sedikit tidak sopan namun dia tidak
mahu memikirkan bagaimana sikapnya terhadap lelaki itu. Idraki lebih tidak
sopan bila datang ke pejabat dan tanpa segan silu menarik dia masuk ke dalam
kereta. Mujur Pak Long sudah masuk ke biliknya ketika adegan itu terjadi.
“Nanti
sampai, kita bincang okay. I tak selesa berbincang perkara penting bila tengah drive.” Idraki memaktubkan keputusan.
Selepas itu dia hanya membisu seribu bahasa. Keretanya dipandu kearah Restoran On
The Table. Selamat dia memarkir kereta, dia mempelawa Ayu keluar. Walau gadis
itu kelihatan sangat keberatan untuk keluar, namun dia tetap sabar menunggu.
Beriringan
masuk ke dalam restoran yang berhias mewah itu, masih tiada bicara antara
mereka. Namun, Ayu cukup kagum dengan hiasan dalaman restoran itu. Cozy dan
selesa. Teragak – agak juga dia kerana inilah kali pertama kakinya melangkah
masuk ke dalam restoran sebegitu. Selalunya dia lebih gemar berkunjung ke kedai
– kedai makan bertaraf biasa. Melihat pada menu yang diberi pelayan, dia
terkulat – kulat sendirian. Tidak pasti apa jenis makanan yang ingin dipesan.
Semuanya ala barat. Kalau ada pun masakan ala melayu, seleranya berubah – ubah
tiap kali melihat gambar makanan yang menarik dan berwarna – warni itu. Sudahnya,
dia hanya menyerahkan pada Idraki untuk membuat pesanan. Sebaik pelayan
berlalu, suasana kembali bisu antara mereka. Ayu leka memerhati sekitar
restoran manakala Idraki leka membelek Blackberry di tangannya. Mungkin masih
ada urusan pejabat yang belum selesai kerana dari tadi bunyi mesej masuk tidak
henti – henti kedengaran.
“Ada
apa encik nak jumpa saya?” Ayu membuka mulut bertanya setelah penat menanti
Idraki yang membisu. Lelaki itu mengangkat muka, merenungnya lama sebelum dia
mencapai air di atas meja dan menyisipnya dibibir.
“First of all, you tak perlu panggil I
encik. Panggil saja Idraki, or Id. Much more better that way.” Perlahan
suara Idraki. Dalam suasana cozy begitu, dia masih dapat melihat dahi Ayu yang
berkerut seribu. Tentu sahaja gadis itu tidak setuju dengan kata – katanya
tadi. Sejak bertemu semula ini, terlalu banyak penolakan dari Ayu.
“At least, panggil I by name diluar waktu kerja. Tak perlu formal sangat. I’m not your boss.” Sambung Idraki bila
wajah putih mulus Ayu mempamer pelbagai aksi. Sekejap berkerut sekejap mencebik
sekejap buat muka blur. Dia tahu, Ayu tidak selesa dengannya dan dia pula cuba
mencipta ruang selesa itu.
“Okay. Second?” Balas Ayu pantas. Kali
ini, dahi Idraki pula yang berkerut. Semudah itu Ayu bersetuju? Tentu ada
muslihat ni. Idraki membetul posisi duduk. Cuba mencari keselesaan untuk memula
bicara yang serius.
“Second, I nak bincang pasal kita. Pasal
malam tu. Pasal-“
“Encik.
Tak ada kita kat sini and saya tak nak cerita lagi pasal malam tu. So, anything else?” potong Ayu pantas.
Perkataan ‘kita’ sengaja ditekan agar Idraki tahu yang mereka tiada kaitan
antara satu sama lain. Idraki menarik nafas panjang. Banyak cakap pula Ayu malam
ini. Selalunya reaksi Ayu hanya nak lari dari dia tiap kali mereka bertembung.
“You
jangan potong cakap I, boleh tak? Let me
finish first?” Marah Idraki. Perbualan yang mula dibungai pertengkaran itu
terbantut apabila pelayan datang menghantar makanan yang dipesan. Sekali lagi
Ayu terkulat – kulat apabila melihat makanan dihadapannya. Banyak sangat
hiasannya. Bagaimana dia nak makan?
“Ayu,
I rasa bersalah. Sangat – sangat bersalah dengan apa yang I dah buat pada you malam
tu. I’ve shouldn’t done that. I’m really
really sorry.” Idraki memulakan semula perbualan dengan bicara yang lebih
lembut. Hidangan dihadapan masih belum disentuhnya. Matanya ralit merenung Ayu
yang kelihatan kekok menguis makanan dihadapannya. Terukir senyum lucu
dibibirnya melihat gelagat Ayu yang serba tidak kena.
“Tak
perlu minta maaf dengan saya. Kita sama – sama salah. Kalau saya tak….”
Terhenti kata – kata Ayu. Mengingati peristiwa malam itu, hatinya sangat
menyesal. Dan setiap kali itulah, jiwanya jadi sebak. Tanpa sedar, air matanya
bergenang di tubir mata. Dia menunduk wajah, takut mata yang berair dapat
dikesan oleh Idraki. Bibirnya diketap, mahu menahan air mata dari mengalir ke
pipi.
“Ya,
memang salah kita berdua, tapi I’ve
shouldn’t done that. I sebagai lelaki sepatutnya melindungi you, bukan…”
“Sudahlah,
encik. Benda dah jadi. Kita tak boleh nak patah balik. Sekarang, kita just move on dengan hidup masing –
masing. Okay?” Ayu memberi cadangan. Dia sebolehnya tidak mahu bertemu lagi dengan
lelaki ini. Bersua muka dan berada dalam satu ruang dengan Idraki membuat
keadaan semakin sukar. Buat dia semakin payah untuk melupakan lelaki itu.
“Kita
memang tak boleh patah balik tapi kita boleh perbaiki keadaan, kan. I tak boleh
biarkan you macam ni.” Rendah sahaja suara Idraki. Wajah Ayu dipandang tidak
putus. Meminta perngertian dari gadis itu. dan sekali lagi, Ayu mengerut dahi.
Tidak faham.
“Kita
kahwin.” Usul Idraki. Tersedak Ayu. Dia mengurut dada yang terasa sakit.
Dikerling sekilas Idraki. Lelaki itu masih berwajah selamba. Tenang menanti dia
membuka mulut, memberi respon agaknya.
“What?” Tanya Ayu sedikit kuat. Jarinya
menggaru kepala yang tidak gatal. Semakin tidak senang bila Idraki menganggauk
kepala dengan senyum penuh makna dibibir. Walang hatinya menerima cadangan baru
dari Idraki. Ini bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah!
“Kita
kahwin.” Tegas Idraki sekali lagi. Kali ini, penuh yakin dia mengutarakannya.
Rancangan itu memang sudah difikirkannya sejak dia memohon petunjuk dari Allah.
Dan setiap kali Allah memberi petunjuk, hanya itu jalan terbaik buat mereka.
“Encik
dah gila ke? Kahwin? Untuk apa?” Bertalu – talu soalan Ayu. Kalau tidak kerana
Idraki meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri, isyarat supaya Ayu diam,
tentu makin banyak soalan yang ingin ditanyanya. Lelaki ini sudah gila!
“I
dah cakap, jangan panggil I encik. Just
Id. And yes, kita kahwin but no, I’m not crazy.” Idraki membalas
lembut. Renungan lunak dilemparkan pada seraut wajah itu. Cuba memancing hati
Ayu. Walaupun dari reaksi Ayu itu dia sudah dapat menjangka keputusan gadis
itu. Jari Ayu naik mengurut pelipis. Dia sakit kepala tiba – tiba. Sudah reda
isu mereka di Pulau Tioman, lelaki ini buat masalah baru pula. sekarang, dia
benar – benar menyesal tidak beriya – iya menolak permintaan Idraki untuk
keluar tadi. Lebih menyesal kerana tidak pandai melarikan diri sebelum lelaki
itu muncul di pejabatnya petang tadi.
“Ini
bukan caranya, encik. Please, jangan
bagi idea mengarut macam ni.” Ayu tergeleng – geleng. Kepala semakin serabut
dengan Idraki. Mudah benar lelaki ini memikirkan cara penyelesaian.
“This is the only way, Ayu. I nak
bertanggungjawab pada you. I tak boleh biarkan you aje lepas apa yang I dah
buat. I betul – betul menyesal dan inilah caranya untuk I tebus dosa I pada
you.”
“No… no… Encik patut minta maaf pada
Allah. Bukan pada saya. Ini kesalahan kita berdua dan saya tak perlukan encik
untuk bertanggungjawab pada saya.” Ayu semakin resah. Semakin ditolak, semakin
beriya pula Idraki ingin mempertahankan keinginannya. Sudah kenapa dengan
lelaki ini? Bukankah Idraki sepatutnya rasa bersyukur kerana dia tidak mahu
Idraki bertanggungjawab?
“Itu
urusan I dengan Allah. Taubat yang patut I minta dari Allah. Tapi dengan you. I
patut minta maaf juga. Malah lebih dari itu, I mesti bertanggungjawab. I tak
boleh lepas tangan lepas apa yang dah jadi.” Idraki berusaha meyakinkan. Reaksi
Ayu yang berubah – ubah menarik minatnya. Dalam pada menolak itu, sudah banyak
kali jari runcing gadis itu naik menyentuh wajah sendiri. Sekejap mengurut
pelipis, sekejap garu kepala, sekejap membetulkan tudung. Tentu Ayu tidak
senang duduk dengan keinginannya sekarang ini.
“Argh!
Encik ni memang degil!” Marah Ayu. Sedikit terjerit. Mujur juga kedudukan meja
mereka agak tersorok jadi tidaklah pelanggan lain boleh dengar dia yang
menjerit kegeraman. Musykil betul. Idraki seorang lelaki yang cukup serba
serbi. Pakej sudah lengkap. Tengok sahaja ketika mereka beriringan masuk ke
dalam restoran ini tadi, semua gadis menoleh ke arah Idraki. Bukan sekali,
malah berkali – kali. Ada juga yang berani tersenyum menggoda kepada lelaki
itu. Mujurlah dia tidak punya perasaan pada lelaki itu, kalau tidak tentu makan
hati terpaksa melalui scenario ini setiap kali keluar bersama.
“Nope. You yang degil. Susah sangat ke
nak kahwin dengan I?”
“Encik
ingat kahwin ni perkara main – main ke?” balas Ayu garang. Benci bila diasak
dengan perkara yang sama tak sudah – sudah. Idraki menggeleng perlahan. Dia
juga tahu kahwin bukan perkara main – main tetapi buat masa ini, hanya itu
jalan penyelesaian terbaik untuk dia menebus dosa.
“Ia
perkara serius, I know. InsyaAllah, I
dah bersedia untuk pikul tanggungjawab I sebagai suami. And a father, someday maybe.”
Terlopong
Ayu mendengar bicara Idraki. Sudah bersedia jadi suami itu satu hal. Nak jadi
bapa pula? Argh! Dia boleh migraine kalau berlama dengan Idraki.
“Saya
nak balik.”
“Dah
habis hujah? Then, it’s a yes?”
Pancing Idraki. Suka pula melihat wajah itu dengan pelbagai reaksi. Nampak
comel benar. Lain sungguh dengan eksperasi wajah masam yang sering dipamerkan
sebelum ini. Ayu kembali mengurut pelipis. Penat otaknya berfikir bagaiamana
ingin menolak cadangan Idraki dan lelaki itu setuju. Dari gaya mereka
bertelagah, memang Idraki beriya – iya ingin mengahwininya. Apa, dah tak ada
perempuan lain dalam dunia ni yang lelaki ini mahu buat jadi isteri?
“My answer is still no. Now, boleh kita
balik? Dah lewat sangat ni.” Ayu mengerling jam ditangan. Belum lagi pukul 8
malam, masih awal sebenarnya. Tapi, dia ingin segera lari dari Idraki. Wajah tenang
Idraki yang masih tidak bergerak dari kerusi buat Ayu hampa. Tahulah dia,
Idraki masih belum mahu beredar. Apa lagi, lelaki itu sedang enak pula menjamu
selera dengan hidangan barat yang dia sendiri tak tahu nak sebut namanya.
“Encik,
boleh kita gerak sekarang? Dah dekat pukul 8 ni. Kita berdua belum solat lagi. Ke,
encik uzur?” Bidas Ayu lembut. Namun sindirannya tajam. Terhenti suapan Idraki,
wajah selamba Ayu direnung dan akhirnya bibirnya mengukir senyum. Sempat juga
dia melihat jam di tangan.
“Sempat
lagi. Tak jauh dari sini ada masjid. Nanti kita singgah solat sebelum I hantar
you balik.” Balas Idraki lalu kembali menyambung suapan. Tidak dipedulikan Ayu
yang terkelip – kelip mata menatap dia makan.
“Makanlah.
You tak lapar ke? Or, diet?”
Ayu
mencebik bibir mendengar kata – kata berbaur sindiran itu. Susahnya ingin
berbicara dengan Idraki. Selalu sahaja nak menang! Kenapalah dia dipertemukan
dengan lelaki ini? Lebih parah, kenapalah dia punya sejarah hitam dengan lelaki
bernama Idraki ini?
“Encik
boleh makan sendiri. Saya nak balik.” Ayu segera bangun sebaik habis berkata –
kata. Belum sempat melangkah, pergelangan tangannya dicengkam Idraki. Tersentak
Ayu. Berani sungguh lelaki itu memegangnya.
“Lepaslah.
Apa pegang – pegang orang ni?” Marah Ayu. Dia berusaha menarik tangannya dari pegangan
Idraki. Namun semakin dia cuba untuk meleraikan, semakin kuat pula pegangan
lelaki itu. Mata Idraki tidak lepas dari merenungnya tajam.
“Sit down, Ayu. I akan hantar you balik
lepas ni. Don’t worry.” Tegas suara
Idraki. Tidak suka Ayu meninggalkan dia sendirian disini. Lebih tidak suka
untuk membiarkan Ayu balik sendirian. Dia yang membawa Ayu keluar, dia juga
yang harus menghantar Ayu pulang ke rumah dengan selamat.
“Saya
boleh balik sendiri. Encik tak perlu susah – susah hantar saya. Let go of my hand.” Ayu juga bertegas. Dia
tidak mahu dihantar balik oleh Idraki. Kalau seisi rumah itu Nampak dia balik
dihantar oleh seorang lelaki, bagaimana? Apa kata mereka? Lebih teruk,
bagaimana kalau Pak Long dan Abang Luqman tahu yang lelaki itu adalah Idraki? Pelanggan
terbesar mereka di ketika ini.
“Kenapa
you ni degil sangat? I yang bawa you keluar, so, I yang akan hantar you balik. Now, duduk!”
“No! Saya nak – “
“Duduk,
Ayu! Or, you want me to hug you here?”
Marah Idraki. Matanya mencerlung marah. Kecut perut juga melihat Idraki tayang
muka garang begitu. lebih takut bila Idraki mengugut untuk memeluk pula. Ah!
Idraki hanya nak menakutkan dia. Tanpa fikir panjang, Ayu menarik tangannya
lebih kuat.
“Jangan
paksa I, Ayu. Can’t you just listen to me
and sit down?!”
Ayu
merengus kuat sebelum dia kembali ke tempat duduknya. Lelaki yang suka memaksa
begini yang ingin jadi suaminya? Mungkin tidak.
“Good girl. Now, makan. Lepas ni kita
pergi solat and then I hantar you
balik. Jangan risau, I takkan buat apa – apa pada you. You akan selamat sampai
rumah.” Idraki menyambung makan. Sudah tidak dipedulikan Ayu yang mencebik
bibir dan pamer wajah bengang dan bosan.