Friday 6 May 2016

Bab 2....

2.
Mata dibuka dengan malas. Dia terkebil-kebil dan kemudian menggosok mata beberapa kali. Kantuk masih bergayut di matanya tetapi rasanya sudah terlalu lama dia tidur. Dian termenung di atas katil, cuba membuang mamai.
“Dah pukul berapa?” Dian menggeliat lemah sebelum berkalih untuk melihat jam di meja sisi katil. Buntang matanya melihat jarum jam.
“Mwo?!!” Dia menjerit kecil. Jam loceng dilempar ke katil sebelum dia melompat turun dari katil. Tangannya pantas mencapai tuala dan berlari ke bilik air. Sebaik sahaja pancuran air kena di kepalanya, segala rasa mengantuknya hilang dan dia terasa segar.
Usai mandi dan bersiap ala kadar, Dian berlari kecil untuk turun ke tingkat bawah dan langkahnya laju ke dapur. Kosong. Tiada sesiapa di situ, namun di meja makan, ada tudung saji yang tentu ada makanan di bawahnya. Dia tersenyum lebar, perut yang berbunyi sejak tadi segera di gosok.
“Wah! Lontong. Yum… yum…” Tanpa berlengah, Dian segera mencapai pinggan dan mecedok segala yang terhidang. Tanpa menghiraukan sekeliling, dia segera meyuap.
“Amboi, anak dara. Dah tengahari baru bangun. Lepas tu terus carik makan ye?” Mendengar teguran begitu, suapan Dian terhenti. Dia memerhati Puan Dahlia yang baru masuk ke dapur dengan segenggam serai di tangannya. Tentu umminya kutip serai di kebun mini di balakang rumah mereka.
“Sorry, ummi. Dian terlajak tidur. Dah bangun, terus lapar. Masuk dapur, Dian nampak lontong yang ummi masak. Sedap macam dulu. Daebak!!” Dian sengetkan kepala. Cuba memujuk ummi yang akan mula berleter jika dia tidak segera patahkan hujah Puan Dahlia.
“Itulah kerja kamu bila balik sini. Tidur, makan. Makan, tidur. Bila berat badan naik, kamu bising kat telinga ummi.” Puan Dahlia menyertai Dian di meja makan. Serai yang dibawa tadi, dipotong pendek untuk di masak lauk tengahari nanti.
Dian tersengih, namun tangan masih menyuap lontong ke mulut. Tidak dihiraukan bebelan Puan Dahlia. Sungguh, 3 tahun di Korea, dia tidak sangka dia akan rindukan bebelan umminya itu.
“Bangun pukul 10… kamu solat Subuh ke tidak?” Dian tersedak. Dalam banyak-banyak soalan, itu yang ditanyakan oleh Puan Dahlia.
“Solatlah, ummi. Lepas solat tadi, Dian Cuma nak baring kejap je sebelum tolong ummi masak, tapi tak sedar pulak terlelap. Terlajak sampai pukul 10 pulak tu.” Dian ketawa sendirian. Cuba menutup kesalahan sendiri.
“Kamu tu… Bab makan, tidur… memang kamu nombor satu. Letak aje makan depan kamu, memang kamu tak tolak. Hulur je bantal kat kepala kamu, sesaat je kamu dah berdengkur.”
“Apa ummi ni?” Dian pura-pura merajuk. Tetapi, itulah kebenaran. Dia suka makan, dia suka tidur. Puan Dahlia mengukir senyum. Mulutnya memang membebel, tetapi dia cukup rindukan anak dara sulongnya itu. 3 tahun merantau, hanya sekali Dian balik berhari raya. Bukan dia tidak mampu untuk membelikan tiket pergi dan balik untuk Dian, namun anak gadisnya itu yang berkeras tidak mahu balik. katanya, pendam sahaja rasa rindu itu sehingga dia habis belajar dan balik ke Malaysia untuk selamanya.
“Ummi tak berapa suka kamu tumpang lama – lama kat rumah Karl tu.” Puan Dahlia memulakan ceramah. Dian yang masih asyik dengan lontong, terhenti suapannya. Umminya memang tahu mcam mana nak matikan seleranya.
“Wae?”
“Kamu tu perempuan, Karl tu lelaki. Tak elok dipandang orang.”
“Kami kawan dah lama kan, ummi. Mama Karl pun dah kenal Dian. Ummi pun kenal Karl tu. Macam tak pernah Karl dan yang lain-lain datang rumah ni.” Dian cuba membantah. Memang dia juga agak janggal menumpang di rumah orang tua Karl beberapa hari. Tetapi dia jadi serba salah bila semua orang di dalam rumah besar Karl itu beriya-iya mahu dia tinggal di sana sehingga urusannya selesai.
“Ummi tahu. Tapi tetap tak elok dipandang orang. Kamu tu perempuan, kalau apa-apa jadi, orng salahkan orang perempuan dulu. Lagipun, macam kamu tu tak biasa pulak dengan KL sampai nak menumpang rumah orang. Along ada, Shaf ada. Yang kamu susahkan Karl dan familinya tu kenapa?” Puan Dahlia masih meluahkan kebimbangan. Kali pertama dia tahu Dian menumpang di rumah orng tua Karl, dia mengucap panjang. Bimbangnya memenuhi dada. Selain kenyataan yang kawan anaknya itu berlainan jantina, dia risaukan pandangan keluarga Karl pada Dian.
“Ummi, kan Dian dah cakap. Dian tak bagitau sesiapa pun yang Dian balik hari tu. Cuma family kita aje yang tahu. Dian taknak susahkan Along. Kak long kan dalam pantang, tak sedap pulak nak susahkan diaorang. Shaf mana ada kereta nak ambil Dian kat KLIA. Jauh kan dari Shah Alam nak ke KLIA, Dian sampai malam pulak tu.” Dian menerangkan untuk kali yang entah ke berapa. Sejak dia beritahu puan Dahlia yang dia akan pulang ke Malaysia, umminya tidak pernah lekang dari kerisauan tentang dia.
“Jadi kamu susahkan Karl?”
“Aniya…. Dian pun terkejut dia tiba-tiba muncul. Belum sempat tolak, dia dah tolak troli Dian pergi kereta dia. Dian dah mintak dia hantar ke hotel, tapi dia insist nak bawak Dian ke rumah parents dia. Katanya bahaya Dian duduk seorang kat hotel.”
Puan Dahlia merenung anak gadisnya. Hatinya ingin percaya, namun dia bimbang dengan keprihatinan Karl terhadap Dian. Bukan hanya sekarang, sejak dia tahu Karl dan Dian berkawan baik, hatinya sudah terdetik sesuatu.
“And kamu tak call ummi pun, kata kamu dah sampai?” Puan Dahlia buntangkan mata, marah. Tetapi disambut dengan ketawa lepas Dian. Sungguh dia terlupa untuk terus menghubungi Puan Dahlia sebaik menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Dan terus terlupa dengan kejutan demi kejutan dari Karl Zafril dari KLIA sehingga dia kembali ke Johor Bahru.
“I’m so sorry, ummi. Terkejut dengan Karl punya pasal, Dian lupa terus.”
“Dah jumpa best friend dia, lupa terus kat ummi.” Puan Dahlia merajuk dan Dian ketawa lagi.
“Aniya, ummi. Mana boleh Dian lupakan ummi. Dian kan sayang ummi.” Dian bangun dan segera mendapatkan Puan Dahlia. Tubuh yang semakin di mamah usia itu terus didakap erat.
“Saranghae, ummi.” Dian mencium kedua belah pipi puan Dahlia. Umminya tersenyum bahagia. Lengan Dian diusap penuh kasih sayang. Anaknya yang seorang ini memang cukup pandai mengambil hati tuanya.
“Bahasa apa yang kamu guna ni? Dah balik Malaysia, gunalah Bahasa melayu.” Dian ketawa lagi dengan kata – kata itu. Sama sahaja dengan kata-kata Karl. Dia sudah terbiasa dengan bahasa Korea bila di sana, jadi terbawa-bawa hingga dia balik ke Malaysia.
“Mianhe.. Dian dah biasa.”
Puan Dahlia menggeleng kepala. Sudah ditegur, Dian begitu juga. Degilnya memang tak pernah hilang.
“Dah settle semua urusan kat sana?”
Dian mengangguk laju. Syukur, urusan kerja dan pencarian rumah sewanya berjalan lancar. Jadi, dia tidak perlu berlama-lamaan di rumah Karl. Dan lebih seronok, dia Berjaya pulng ke Johor Bharu sendirian. Tidak perlu Karl menghantarnya. Kalau tidak, tentu lebih panjang bebelan Puan Dahlia.
Mengingati kejadian semalam, Dian tersenyum sendiri. Jenuh dia melarikan diri dari Karl, agar lelaki itu tidak menghantarnya pergi melapor diri di university juga menemaninya mencari rumah sewa. Tetapi, Karl Zafril tetap Karl Zafril. Awal pagi lelaki itu sudah menunggu di ruang tamu rumah besar itu. Letih bertekak dengan Karl, dia akhirnya akur bila Puan Zahrah turut berkeras inginkan dia ikut sahaja Karl untuk menjadi supirnya. Seharian dia tersekat dengan Karl. Seharian juga dia menyaksikan telefon bimbit Karl tidak berhenti berbunyi. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Dia cuba untuk meminta lelaki itu pergi sahaja ke pejabatnya dan bekerja namun Karl tetap degil. Melihat kedegilan itu, dia senyap senyap menempah tiket penerbangan untuk balik ke Johor tanpa pengetahuan Karl. Jika dia tahu yang Dian telah pulang semalam, tentu letih telinga dia mendengar bebelan Karl pula.
“Sengih sorang sorang kenapa? Dah rindu best friend ke?” terdengar suara Puan Dahlia meeperlinya di tepi telinga. Dian kembali ke dunia nyata. Ekprerasi wajahnya kosong. Blur… keliru dengan kata-kata Puan Dahlia sebentar tadi.
“Apa ummi?” Tanyanya tanpa rasa bersalah. Puan Dahlia menggeleng perlahan. Bilalah perangai anak gadisnya yang seorang ini akan berubah?
“Tak ada apa. Jom, tolong ummi masak.” Puan Dahlia bangkit dari kerusi. Hati masih berkata-kata sendiri. Sejak dia tahu kawan-kawan Dian lebih ramai lelaki daripada perempuan, dia sangat bimbang. Dia bimbang kerana batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apa lagi, anak gadisnya itu memang lasak dan sedikit kasar macam lelaki. Namun, bila Dian bertindak membawa semua kawan-kawan lelakinya balik ke rumah ini dan diperkenalkan kepada dia dan ayahnya, bimbangnya sedikit reda. Melihat bagaimana setip seorang dari mereka melayan dan masih hormat Dian sebagai seorang perempuan, dia senang membiarkan Dian dengan mereka. Sekurang-kurangnya dia tahu, mereka boleh menjaga Dian.
“Alah… dia ni..” Keluhan panjang Dian membuat Puan Dahlia berpaling. Sudah diajak masak bersama, Dian masih leka di meja makan. Kini, leka membelek telefon pula.
“Kenapa tu, Dian?”
“Hmm? Tak ada apa, ummi.” Dian mengangkat muka. Dia tersenyum manis, emudian kembali menatap skrin telefon. Bibir bawah digigit. Melihat pesanan di aplikasi WhatsApp, hatinya menggerutu. Dia memeriksa pula panggilan tidak berjawab. Ada 13 semuanya. Dan, semuanya hanya tertera satu nama. Kali ini, dia mengeluh lebih dalam. Menyesal pula pergi beli simkad baru dan berikan nombor telefonnya kepada Karl. Sekarang, lelaki itu tidak habis-habis menelefon dan menghantar pesanan.
-          Where are you?
Dan pesanan itulah adalah pada jam 8.00 pagi tadi. Dian mengerling jam, sudah pukul 11.00 pagi. Bermakna sudah tiga jam sejak Karl mencarinya. Rentetan pesanan selepas itu membuat Dian semakiin rimas.
-          Aku kat JB
-          Bila kau balik?
-          Malam tadi, flight pukul 11
-          Kan aku dah cakap, aku akan hantar kau?
Dian tersenyum sendiri. Karl tengah marah. Dan dia hanya membalas dengan emoticon senyum. Selepas itu, semakin banyak pesanan yang masuk. Ukh, Karl dan ummi memang sama. Suka membebel.
-          Stop nagging! Aku dah selamat sampai rumah ni. Risau sangat ni kenapa? Dah rindukan aku ke?
Dan kemudian, Karl terus berhenti dari menghantar pesanan.
“Dah habis tersenyum sorang? Kata nak tolong ummi masak. Dah nak siap ni, kamu leka jugak dengan telefon tu..” Puan Dahlia tiba-tiba berkata. Dian tersentak tetapi kemudian cepat dia bergerak mendapatkan Puan Dahlia.
“Okey… Jom masak!!” Jeritnya lalu mengambil senduk dari tangan Puan Dahlia dan mengacau lauk yang sedang mendidih di atas dapur.


No comments:

Post a Comment