Friday, 6 May 2016

Bab 3.....

3.
Lebih sebulan pulang ke Malaysia, Dian sibuk dengan urusannya. Dia sudah mula bertugas sebagai pensyarah di univerisiti setelah seminggu bercuti. Sebulan bertugas, sebulan juga dia tidak pulang ke kampong. Hari harinya semakin sibuk dengan pekerjaan, namun dia tidak lupa untuk menghubungi ummi dan abahnya setiap hari.
Dian melabuhkan punggung ke kerusi kerja sebaik sampai ke dalam biliknya. Dia menghela nafas, menghilangkan keletihan kerana kuliahnya hari ini padat sejak pagi. Kelasnya berturutan, jadi menginjak tengahari, barulah dia boleh berehat. Agak lama memejamkan mata, barulah dia terasa bertenaga sedikit. Perlahan dia menarik telefon bimbit dri dalam beg tangannya. Sudah jadi kebiasaannya, ketika kuliah, telefon bimbitnya akan diletak ke dalam silent mode. Tidak mahu pengajaran dan pembelajarannya terganggu. Dia memeriksa telefon dan ada 2 panggilan tidak berjawab daripada orng yang sama. Bibirnya mengukir senyum, sejak mula bekerja, memang jarang mereka dapat berhubung. Selalu sahaja panggilan yang dibuat tidak berjawab. Hanya pesana WhatsApp yang mnjadi perhubungan mereka.
Butang call ditekan. Dia ingin membalas panggilan tersebut. Namun kali ini, panggilan dia pula yang tidak berjawab. Agak lama menunggu, akhirnya Dian mematikan panggilan. Mungkin dia pun busy, jawab hatinya. Telefono bimbit diletak di atas meja sebelum dia menghidupkan laptop, kembali ingin menelaah kerja yang ditinggalkan kerana kuliahnya tadi.
“Dian, tak makan?” Dian mengangkat muka dengan teguran itu. Puan Amni, pensyarah yang berkongsi bilik dengannya menegur. Ditangannya terjinjing sebekas makanan. Dian tersenyum lagi.
“Belum lagi. Petang ni kelas Dian start pukul 4, jadi boleh makan lambat sikit.” Jelasnya tanpa perlu ditanya.
“Tak elok makan lambat, nanti perut masuk angin, kena gastrik pulak.”  Balas Puan Amni buatkan Dian ketawa kecil. Puan Amni memang sangat menitikberatkan kesihatan, sebab itu di usia hampir mencecah 40-an, badannya masih mengancam macam anak dara.
“Bukan selalu, kak. Eh, akak tak keluar ke hari ni? Prof. Zaim tak ada ye?”
“Conference kat Bali sampai minggu depan. Eh, jemput makan, Dian.” Puan Amni menjawab sambil mula menyuap. Dian senyum lagi dan mengangguk kepala. Puan Amni dan Prof. Zaim, suami isteri yang bekerja di satu tempat. Cuma berbeza bidang kepakaran. Puan Amni di bidang sains computer seperti dia dan Prof. Zaim pula di bidang Kejuruteraan. Dian sangat suka melihat pasangan ini. Sudah lama bernikah, namun kemesraan mereka seperti baru semalam berkahwin.
“Silakan, kak.” Kata – kata Dian mati di situ apabila telefon bimbitnya berbunyi, tanda ada pesanan WhatsApp yang masuk.
-          Hi beautiful. Sorry, can’t answer your call just now. Whats up?
Tersenyum lebar Dian dengan pesanan itu. Perkataan beautiful itu memang tidak lekang dalam setiap permulaan pesanan mereka. Dan kadang-kadang, Karl turut memanggil dia begitu ketika menghubunginya.
-          Hi handsome. Nothing really. Just returning your call.
-          Oh, ya.. Kau free malam ni?
-          Wae? Nak ajak aku dating?
Agak lama Dian menunggu tetapi tiada balasan dari karl. Dia mengerut dahi namun kemudian, ketawa kecil. Karl mungin kawan baiknya tetapi bila diasak dengan soalan yang sebegitu, Karl boleh jadi sangat pasif. Karl yang sangat pemalu dengan perempuan. Baru sahaja dia ingin menyambung berbual dengan Puan Amni, telefon bimbitnya menjerit nyaring. Panggilan dari Karl.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hi, beautiful.”
“Hi, handsome. Whats up?”
“Boleh ye aku ajak kau dating?” tanya Karl tiba-tiba. Dian tergamam. Ini bukan Karl yang dia kenal. Karl tidak pernah akan berani untuk mengajak dia atau mana-mana perempuan untuk berjanji temu walau mereka telah kenal lebih dari tujuh tahun.
“Mwo?”
Terdengar Karl ketawa lepas dihujung talian. Dian mendengus. Karl mainkan dia!
“Shut up, Karl!”
“Okey, sorry.. Tapi aku memang nak ajak kau dinner malam ni.” Karl terus ke tujuan asalnya. Dian mengetap bibir. Keliru sama ada Karl bercakap benar atau hanya mempermainkan dia.
“Dian, I’m serious. Jom dinner malam ni.”
“Err..”
“Okey, okey. It’s not a date. Come on.. Kita dah lama tak jumpa kan. Nak call kau pun susah sangat.”
“Speak of the devil. Kau tu apa kurangnya?” Dian membalas geram. Dan kata-katanya dijawab dengan tawa lepas Karl.
“So, malam ni on ya?”
“Ok… pukul berapa?”
“8.30.. sharp. I’ll fetch you.”
“Tak payah. Kau cakap aje kat mana, nanti aku pergi sendiri.”
“Bye, beautiful. 8.30 sharp ye… Assalamualaikum.” Karl terus mematikan talian tanpa menunggu balasan Dian. Dian menggenggam penumbuk. Geram dengan Karl. Geram!!
**********************************************************************************
Suasana di restoran makanan berat agak sibuk malam ini. Maklumlah, esok adalah hari cuti hujung minggu. Jadi, memang ramai yang ambil peluang untuk makan di luar. Di satu sudut yang agak terasing, beberapa orang sedang berbual santai sambil menunggu makanan dan beberapa lagi teman tiba.
“Mana budak bertiga ni? Janji pukul berapa?” Tanya Aiman sambil meletakkan gelas berisi minuman satu persatu. Idea untuk berkumpul beramai-ramai di restoran miliknya ini juga adalah idea tuan punya restoran sendiri.
“Syammil dengan Emma kan memang kaki lambat. Tapi aku hairan, kenapa Karl ni pun lambat.” Nazman membalas. Jam di pergelangan tangan dibelek lagi. Hampir jam 9 malam. Selalunya Karl tidak pernah lewat jika mereka berjanji untuk bertemu.
“Itulah.. pelik kalau dia lambat ni. Kau tak cuba call dia?”
“Dah, tak jawab pulak.”
Ha… baru cakap, dah muncul. Panjang umur..” Aiman menunjuk ke arah pintu masuk restorannya. Serentak mereka menoleh kea rah yang sama. Dan, masing-masing terlopong bila nampak Karl berjalan dengan seorang perempuan yang mereka tidak nampak dengan jelas mukanya. Semua jadi hairan dengan scenario itu kerana Karl bukanlah seorang yang senang membawa perempuan untuk makan malam atau lepak dengan mereka.
“Karl dah ada girlfriend?” Tanya Norlin, isteri Nazman yang turut serta dengan perjumpaan mereka itu. Nazman mengangkat bahu tanda tidak tahu. Semakin dekat Karl menghampiri mereka, semakin berdebar pula dada masing-masing.
“Sorry, guys! Aku lambat sikit.” Karl terus meminta maaf sebaik sampai ke meja mereka. Semua tidak memperdulikan Karl sebaliknya semua terus terbeliak melihat perempuan di sebelah Karl.
“Dian!!!” Norlin menjerit lalu meluru untuk memeluk Dian. Mereka berpelukan erat, melepas rindu selepas 3 tahun tidak bertemu. Nazman, Aiman dan Khairul pula menepuk bahu Karl, tanda tidak sangka siapa yang di bawa oleh Karl. Sementara, Dini dan Aina, isteri Aiman dan Khairul sedang erat berpelukan dengan Dian.
“Damn it! Aku ingatkan kau bawak girlfriend. Dian rupanya.” Aiman, yang terkenal dengan sikap suka bermainnya mengeluh.
“Girlfriend la tu. Kawan perempuan.” Balas Karl lalu mengambil tempat duduk. Mata memerhati Dian dan kawan-kawannya saling bertegur sapa.
“Anneyangsahaeyo….” Dian tunduk hormat. Masih belum dapat membuang kebiasaannya ketika di Korea.
“Hah? Apek jual sayur?” Khairul bertanya selamba. Tidak faham dengan sapaan Dian sebentar tadi. Pertanyaan itu disambut dengan ketawa oleh semua orang.
“Aniya…. Selamat bertemu. Assalamualaikum..” Dian membetulkan sangkaan Khairul. Dia mengambil tempat disebelah Karl, kerana hanya itu sahaja tempat yng kosong ketika ini.
“Oh…. Kan elok bagi salam macam tu. Bahasa apa tu? Bunyi macam apek jual sayur je.” Khairul masih belum puas hati. Seumur hidup, itulah pertama kali perkataan itu. Dian ketawa lagi. Sejak balik, memang dia sudh biasa dengan soalan seperti itu.
“Kalau kau biarkan, macam macam lagi perkataan pelik kau dengar dari mulut dia.” Karl menyampuk. Serentak itu, semua mata tertumpu padanya. Aiman memandang curiga.
“What?” Karl bertanya selamba, cuba menutup malu dengan ketelanjuran kata-katanya. Selama lebih sebulan ini, tiada seorang pun dari mereka tahu yang Dian sudah pulang ke Malaysia.
“Macam dah biasa dengar je ni?” Nazman mengusik pula. Karl hanya senyum sambil menggosok tengkuk. Terlajak cakapa pulak….
“Bila balik, Dian? Senyap aje sejak pergi Korea..” Norlin bertanya. Dia boleh dikatakan rapat jug dengan Dian, sementelah gadis itulah yang berusaha keras agar dia dan Nazman sehingga menjadi pasangan suatu ketika dahulu.
“Dah sebulan lebih, kak.”
“Dah sebulan? Baru sekarang kau jumpa kitaorang?” Nazman sedikit marah. Sudahlah ketika di Korea, Dian jarang menghubungi mereka. Kini, setelah balik pun, Dian ambil masa lebih sebulan untuk datang berjumpa mereka.
“Aku dah penat ajak dia keluar makan dengan kita. baru malam ni dia setuju..” Sekali lagi, kata-kata itu mendapat pandangaan curiga dari teman-teman mereka.
“Aniya…. Balik aje, aku sibuk uruskan lapor diri kat U. Lepas tu balik kampong lagi. Cuti seminggu aje, tak sempat nak beritahu kau orang semua. Mianhe…” Dian menjelaskan. Sesekali, mata memandang Karl. Takkan Karl tak beritahu mereka semua?
“Tapi Karl tahu?” Tanya Dini. Dari tadi, dia memang curiga. Kalau tiada sesiapa yang tahu, kenapa Dian boleh datang dengan Karl? Dian ketawa kecil. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Karl boleh tahu dengan kepulangan dia ke Malaysia sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa.
“Aku tak bagi tahu sesiapa. Dia yang jumpa aku.” Polos Dian menjawab.
“Karl?” tanya Nazman, minta kepastian.
Karl melarik senyum. Dia mencapai gelas berisi fresh orange juice dan meminumnya tanpa ada niat nak membalas pertanyaan kawan-kawannya.
“Biarkanlah dia. Kalau dah macam tu gayanya, memang kita tak akan dapat jawapan. So, Dian. Cepat bagi nombor kau. Aku nak masukkan dalam WhatsApp group kita. Oh, kali ni, kau tak boleh nak hilang lagi.” Norlin kembali sibuk kepada Dian.
“Korang borak-borak dulu ye. Aku nak tengok dapur.” Aiman berlalu ke dapur. Cuba melihat keadaan di dapur yang telah lama ditinggalkan kepada pembantunya.
“Ini restoran Aiman?” Dian bertanya kepada Karl. Anggukan kepala Karl membuat mulut Dian terbuka luas. Tidak sangka, Aiman akhirnya Berjaya juga membuka sebuah resotran seperti impiannya.
“Aiman dan Dini, sama-sama usahakan restoran ni. Nazman kerja gomen, big boss. Norlin dah berhenti kerja, sekarang buat business online. Khairul ambil alih company ayah dia, Aina pulak jadi secretary dia.” Karl menjelaskan. Dian terangguk-angguk. Aksi itu buat Karl ketawa kecil.
“Wae?” Tanya Dian tetapi Karl hanya menggelengkan kepala. Entah kenapa, aksi Dian sentiasa nampak comel di matanya.
“Oh, ya… Mana Kauthar?” Tanya Dian lagi. Semenjak tadi, dia tidak nampak lelaki yang muda setahun dari dia. Lelaki yang sering jadi mangsa buli dia dan kawan-kawannya kerana dia yang paling muda antara mereka semua.
“Kauthar tak dapat join kita. Outstation, dia dah jadi consultant Berjaya sekarang.” Karl setia menerangkan dan Dian terangguk-angguk lagi. Bangga dengan kawan-kawannya, semua telah Berjaya kini walau semasa di university dulu, mereka antara kumpulan yang sering ponteng kuliah.
“Syammil dan Emma?” Dian bertanya lagi. Mendengar nama itu, tawa Karl terhenti. Mendengar Dian menyebut nama Syammil, ada rasa tidak senang dihatinya.
“Syammil-“
“Assalamualaikum… guys!! Sorry, aku lambat.” Bilik terasing itu bergema dengan jeritan seseorang. Semua mata tertumpu ke arah suara itu. Dian turut mengalih pandangan. Dan ketika pandangannya bertemu dengan lelaki yang baru tiba itu, bibirnya mengukir senyum lebar sedangkan lelaki itu terkaku di tempatnya.
“Tak payah nak mintak maaf, memang setiap kali pun, kau orng berdua yang lambat.” Nazman beri komen. Tetapi, tidak lagi didengar oleh Syammil. Dia segera mendapatkan Dian.
“Bila kau balik?” Syammil tertanya. Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan Dian. Dian membiarkan soalan itu tergantung sementara dia berpelukan dengan Emma yang turut tiba bersama Syammil.
“Dah lebih sebulan.”
“Dah sebulan, baru kau nak jumpa kita orang?” Emma bertanya pula. Tidak seperti Syammil, dia pula mengambil tempat di sebelah kiri Karl.
“I’ve been busy. So, kau orang apa khabar? Kau nampak makin cantik, Emma.” Dian berbahasa. teman-temannya memang ramai yang lelaki. Dan di dalam kumpulan mereka itu, hanya dia dan Emma yang perempuan. Bilangan mereka semakin banyak bila Nazman, Aiman dan Khairul berkahwin. Sekaligus, isteri mereka menjadi teman-teman dia juga.
“Dia part time model, mestilah kena melawa sentiasa.” Syammil menyampuk. Matanya masih tidak lepas dari menyapu wajah Dian. Sejak balik dari Korea, wajah cantik itu bertambah cantik. Pipi mulus Dian nampak semakin gebu dan tiada sebarang kecacatan di wajahnya.
“Wow… good for you.. kau macam mana? Kerja apa sekarang?”
Syammil menggaru kepala dengan soalan itu.
“Dia lawyer..” Karl pula yng menyampuk. Sejak ketibaan Syammil tadi, dia hanya senyap di tempatnya. Memerhati setiap perbualan Dian dan Syammil. Dan rasa tidak senangnya semakin bercambah dihati.
“Korang duduk dulu. Aku nak ke toilet.” Karl bingkas bangun. Kenyataan didepan matanya bukan hatinya sakit, buat hatinya panas. Kenyataan di depan mata yang Dian boleh begitu mesra dengan Syammil dalam sekelip mata. Dan, kelakuan Karl sedang diperhatikan oleh seseorang dengan curiga di hati.
3 jam mereka berkumpul dan bertukar-tukar cerita, mereka ambil keputusna untuk pulang ke rumah masing-masing dengan janji akan mengatur pertemuan yang lain pula. Ketika ingin pulang, Dian di dalam dilemma bila Syammil beriya-iya ingin menghantar dia pulang. Karl juga bertegas ingin menghantar dia pulang dengan alasan, dia yang membawa Dian ke restoran ini awalnya tadi. Bingung juga dia ingin mmbuat keputusan. Akhirnya dia putuskan untuk mengikut Karl kerana Karl yang membawa dia, dan Syammil pula membawa Emma sebentar tadi. Walaupun Emma juga tidak kisah untuk balik bersama Karl, Dian pula yang rasa bersalah dengan Karl. Apatah lagi, dia nampak perubahan mood Karl sebaik Syammil dan Emma tiba. Di dalam perjalanan pulang juga, Karl lebih banyak senyap. Tidak seperti ketika mereka dalam perjalanan ke restoran. Karl banyak mengusik dia.
“Emma tu… seems to like you, a lot?” Dian membuka bicara. Lemas dia bila kereta itu sunyi tanpa suara Karl.
“Pardon me?” Karl bertanya semula. Dia banyak melayan perasaan sendiri sehingga kata-kata Dian tidak jelas di telinganya.
“Aku cakap… Emma tu macam suka dekat kau.” Ulang Dian. Bukan dia tidak nampak macam mana Emma sentiasa cuba untuk berada dekat dengan Karl. Melayan Karl seolah-olah lelaki itu teman lelakinya. Dan Karl pula? Seperti biasa, lelaki yang tidak punya perasaan itu hanya melayan Emman acuh tak acuh.
“So?” Karl dingin. Dia tidak suka dikaitkan dengan Emma. Hatinya tengah sakit melihat kemesraan Dian dan Syammil. Dan kini Dian bercerita tentang Emma pula. Dian mengangkat bahu.
“Kalau betul dia sukakan kau, why not go for it? Mana tau, itu jodoh kau?”
“Then, can I go for it with you. I mean, mana tau kau jodoh aku?” Karl sarcastic. Cuba buat Dian faham yang dia tidak berminat. Dian disebelah, dikerling sekali. Dian buat wajah blur dan eksperesi itu buat Karl menggelengkan kepala.
“Biarlah dia nak minat aku. Aku tak berminat, okey?” Karl menjelaskan bila tiada jawapan dari Dian. Entah Dian masih bingung atau gadis itu buat buat tidak faham dengan ayat sarcastic dia awal tadi.
“Okey, drop the subject. By the way, it’s good to met them again. All of them, I mean.” Dian menukar cerita. Tidak mahu memanjangkan cerita Emma lagi. Dari ayat karl, dia tahu jika dia terus bersuara tentang itu, Karl akan meledak marah.
“Kau tu yang susah sangat nak jumpa diaorang. Aku dah cuba ajak kau since… last month? Tapi kau asyik bagi alasan.” Dian ketawa dengan kata-kata itu. Sekarang baru dia tahu kenapa Karl asyik ajak dia makan malam. Rupanya, itu agenda Karl. Dia pula begitu naïf, ingatkan Karl ajak dia bertemu janji.
“Mianhe… aku ingat… aku ingat… kau nak ajak aku dating.. Lagipun kau tak cakap yang kita nak jumpa dia orang semua.” Kata-kata Dian berselang dengan tawa yang belum reda. Mendengar itu, Karl turut ketawa. Hai lah Dian, kenapalah kau sangat comel? Hati Karl berdetak laju.
“Sekarang ini, aku rasa kau yang beriya nak dating dengan aku.” Karl ikut mengusik. Tawa Dian kembali meletus. Bunyi tawa yang sangat indah di telinga Karl.
“Aniya… Aniya… anggap aje aku on mood perasaan.” Dian mengerakkan tangannya ke kiri dan kanan. Karl mengelengkan kepala. Dengan Dian, cepat betul moodnya bertukar. Kalau tadi, dia dingin dan beku kerana kemesraan Dian dan Syammil. Kini, hatinya dipenuhi bunga-bunga indah hanya dengan mendengar tawa indah itu.
“And… aku tak bagitahu sebab it’s a surprise. Kalau aku bagitahu, tak surprise lah…”
“Surprise lah sangat.” Balas Dian setelah dia berhenti ketawa.
“Next time, jangan tolak kalau aku ajak keluar.” Karl menambah lagi.
“Next time jangan nak berahsia sangat dengan aku..” Tidak mahu kalah, Dian turut membalas.

Karl memandang Dian bila mendengar itu dan ketika itu juga Dian turut memandangnya. Mereka berbalas pandangan buat seketika sebelum akhirnya bibir mereka saling mengukir senyuman.

***************************

I know.... I know.... Still tak ada tajuk.... hehe

Bab 2....

2.
Mata dibuka dengan malas. Dia terkebil-kebil dan kemudian menggosok mata beberapa kali. Kantuk masih bergayut di matanya tetapi rasanya sudah terlalu lama dia tidur. Dian termenung di atas katil, cuba membuang mamai.
“Dah pukul berapa?” Dian menggeliat lemah sebelum berkalih untuk melihat jam di meja sisi katil. Buntang matanya melihat jarum jam.
“Mwo?!!” Dia menjerit kecil. Jam loceng dilempar ke katil sebelum dia melompat turun dari katil. Tangannya pantas mencapai tuala dan berlari ke bilik air. Sebaik sahaja pancuran air kena di kepalanya, segala rasa mengantuknya hilang dan dia terasa segar.
Usai mandi dan bersiap ala kadar, Dian berlari kecil untuk turun ke tingkat bawah dan langkahnya laju ke dapur. Kosong. Tiada sesiapa di situ, namun di meja makan, ada tudung saji yang tentu ada makanan di bawahnya. Dia tersenyum lebar, perut yang berbunyi sejak tadi segera di gosok.
“Wah! Lontong. Yum… yum…” Tanpa berlengah, Dian segera mencapai pinggan dan mecedok segala yang terhidang. Tanpa menghiraukan sekeliling, dia segera meyuap.
“Amboi, anak dara. Dah tengahari baru bangun. Lepas tu terus carik makan ye?” Mendengar teguran begitu, suapan Dian terhenti. Dia memerhati Puan Dahlia yang baru masuk ke dapur dengan segenggam serai di tangannya. Tentu umminya kutip serai di kebun mini di balakang rumah mereka.
“Sorry, ummi. Dian terlajak tidur. Dah bangun, terus lapar. Masuk dapur, Dian nampak lontong yang ummi masak. Sedap macam dulu. Daebak!!” Dian sengetkan kepala. Cuba memujuk ummi yang akan mula berleter jika dia tidak segera patahkan hujah Puan Dahlia.
“Itulah kerja kamu bila balik sini. Tidur, makan. Makan, tidur. Bila berat badan naik, kamu bising kat telinga ummi.” Puan Dahlia menyertai Dian di meja makan. Serai yang dibawa tadi, dipotong pendek untuk di masak lauk tengahari nanti.
Dian tersengih, namun tangan masih menyuap lontong ke mulut. Tidak dihiraukan bebelan Puan Dahlia. Sungguh, 3 tahun di Korea, dia tidak sangka dia akan rindukan bebelan umminya itu.
“Bangun pukul 10… kamu solat Subuh ke tidak?” Dian tersedak. Dalam banyak-banyak soalan, itu yang ditanyakan oleh Puan Dahlia.
“Solatlah, ummi. Lepas solat tadi, Dian Cuma nak baring kejap je sebelum tolong ummi masak, tapi tak sedar pulak terlelap. Terlajak sampai pukul 10 pulak tu.” Dian ketawa sendirian. Cuba menutup kesalahan sendiri.
“Kamu tu… Bab makan, tidur… memang kamu nombor satu. Letak aje makan depan kamu, memang kamu tak tolak. Hulur je bantal kat kepala kamu, sesaat je kamu dah berdengkur.”
“Apa ummi ni?” Dian pura-pura merajuk. Tetapi, itulah kebenaran. Dia suka makan, dia suka tidur. Puan Dahlia mengukir senyum. Mulutnya memang membebel, tetapi dia cukup rindukan anak dara sulongnya itu. 3 tahun merantau, hanya sekali Dian balik berhari raya. Bukan dia tidak mampu untuk membelikan tiket pergi dan balik untuk Dian, namun anak gadisnya itu yang berkeras tidak mahu balik. katanya, pendam sahaja rasa rindu itu sehingga dia habis belajar dan balik ke Malaysia untuk selamanya.
“Ummi tak berapa suka kamu tumpang lama – lama kat rumah Karl tu.” Puan Dahlia memulakan ceramah. Dian yang masih asyik dengan lontong, terhenti suapannya. Umminya memang tahu mcam mana nak matikan seleranya.
“Wae?”
“Kamu tu perempuan, Karl tu lelaki. Tak elok dipandang orang.”
“Kami kawan dah lama kan, ummi. Mama Karl pun dah kenal Dian. Ummi pun kenal Karl tu. Macam tak pernah Karl dan yang lain-lain datang rumah ni.” Dian cuba membantah. Memang dia juga agak janggal menumpang di rumah orang tua Karl beberapa hari. Tetapi dia jadi serba salah bila semua orang di dalam rumah besar Karl itu beriya-iya mahu dia tinggal di sana sehingga urusannya selesai.
“Ummi tahu. Tapi tetap tak elok dipandang orang. Kamu tu perempuan, kalau apa-apa jadi, orng salahkan orang perempuan dulu. Lagipun, macam kamu tu tak biasa pulak dengan KL sampai nak menumpang rumah orang. Along ada, Shaf ada. Yang kamu susahkan Karl dan familinya tu kenapa?” Puan Dahlia masih meluahkan kebimbangan. Kali pertama dia tahu Dian menumpang di rumah orng tua Karl, dia mengucap panjang. Bimbangnya memenuhi dada. Selain kenyataan yang kawan anaknya itu berlainan jantina, dia risaukan pandangan keluarga Karl pada Dian.
“Ummi, kan Dian dah cakap. Dian tak bagitau sesiapa pun yang Dian balik hari tu. Cuma family kita aje yang tahu. Dian taknak susahkan Along. Kak long kan dalam pantang, tak sedap pulak nak susahkan diaorang. Shaf mana ada kereta nak ambil Dian kat KLIA. Jauh kan dari Shah Alam nak ke KLIA, Dian sampai malam pulak tu.” Dian menerangkan untuk kali yang entah ke berapa. Sejak dia beritahu puan Dahlia yang dia akan pulang ke Malaysia, umminya tidak pernah lekang dari kerisauan tentang dia.
“Jadi kamu susahkan Karl?”
“Aniya…. Dian pun terkejut dia tiba-tiba muncul. Belum sempat tolak, dia dah tolak troli Dian pergi kereta dia. Dian dah mintak dia hantar ke hotel, tapi dia insist nak bawak Dian ke rumah parents dia. Katanya bahaya Dian duduk seorang kat hotel.”
Puan Dahlia merenung anak gadisnya. Hatinya ingin percaya, namun dia bimbang dengan keprihatinan Karl terhadap Dian. Bukan hanya sekarang, sejak dia tahu Karl dan Dian berkawan baik, hatinya sudah terdetik sesuatu.
“And kamu tak call ummi pun, kata kamu dah sampai?” Puan Dahlia buntangkan mata, marah. Tetapi disambut dengan ketawa lepas Dian. Sungguh dia terlupa untuk terus menghubungi Puan Dahlia sebaik menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Dan terus terlupa dengan kejutan demi kejutan dari Karl Zafril dari KLIA sehingga dia kembali ke Johor Bahru.
“I’m so sorry, ummi. Terkejut dengan Karl punya pasal, Dian lupa terus.”
“Dah jumpa best friend dia, lupa terus kat ummi.” Puan Dahlia merajuk dan Dian ketawa lagi.
“Aniya, ummi. Mana boleh Dian lupakan ummi. Dian kan sayang ummi.” Dian bangun dan segera mendapatkan Puan Dahlia. Tubuh yang semakin di mamah usia itu terus didakap erat.
“Saranghae, ummi.” Dian mencium kedua belah pipi puan Dahlia. Umminya tersenyum bahagia. Lengan Dian diusap penuh kasih sayang. Anaknya yang seorang ini memang cukup pandai mengambil hati tuanya.
“Bahasa apa yang kamu guna ni? Dah balik Malaysia, gunalah Bahasa melayu.” Dian ketawa lagi dengan kata – kata itu. Sama sahaja dengan kata-kata Karl. Dia sudah terbiasa dengan bahasa Korea bila di sana, jadi terbawa-bawa hingga dia balik ke Malaysia.
“Mianhe.. Dian dah biasa.”
Puan Dahlia menggeleng kepala. Sudah ditegur, Dian begitu juga. Degilnya memang tak pernah hilang.
“Dah settle semua urusan kat sana?”
Dian mengangguk laju. Syukur, urusan kerja dan pencarian rumah sewanya berjalan lancar. Jadi, dia tidak perlu berlama-lamaan di rumah Karl. Dan lebih seronok, dia Berjaya pulng ke Johor Bharu sendirian. Tidak perlu Karl menghantarnya. Kalau tidak, tentu lebih panjang bebelan Puan Dahlia.
Mengingati kejadian semalam, Dian tersenyum sendiri. Jenuh dia melarikan diri dari Karl, agar lelaki itu tidak menghantarnya pergi melapor diri di university juga menemaninya mencari rumah sewa. Tetapi, Karl Zafril tetap Karl Zafril. Awal pagi lelaki itu sudah menunggu di ruang tamu rumah besar itu. Letih bertekak dengan Karl, dia akhirnya akur bila Puan Zahrah turut berkeras inginkan dia ikut sahaja Karl untuk menjadi supirnya. Seharian dia tersekat dengan Karl. Seharian juga dia menyaksikan telefon bimbit Karl tidak berhenti berbunyi. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Dia cuba untuk meminta lelaki itu pergi sahaja ke pejabatnya dan bekerja namun Karl tetap degil. Melihat kedegilan itu, dia senyap senyap menempah tiket penerbangan untuk balik ke Johor tanpa pengetahuan Karl. Jika dia tahu yang Dian telah pulang semalam, tentu letih telinga dia mendengar bebelan Karl pula.
“Sengih sorang sorang kenapa? Dah rindu best friend ke?” terdengar suara Puan Dahlia meeperlinya di tepi telinga. Dian kembali ke dunia nyata. Ekprerasi wajahnya kosong. Blur… keliru dengan kata-kata Puan Dahlia sebentar tadi.
“Apa ummi?” Tanyanya tanpa rasa bersalah. Puan Dahlia menggeleng perlahan. Bilalah perangai anak gadisnya yang seorang ini akan berubah?
“Tak ada apa. Jom, tolong ummi masak.” Puan Dahlia bangkit dari kerusi. Hati masih berkata-kata sendiri. Sejak dia tahu kawan-kawan Dian lebih ramai lelaki daripada perempuan, dia sangat bimbang. Dia bimbang kerana batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apa lagi, anak gadisnya itu memang lasak dan sedikit kasar macam lelaki. Namun, bila Dian bertindak membawa semua kawan-kawan lelakinya balik ke rumah ini dan diperkenalkan kepada dia dan ayahnya, bimbangnya sedikit reda. Melihat bagaimana setip seorang dari mereka melayan dan masih hormat Dian sebagai seorang perempuan, dia senang membiarkan Dian dengan mereka. Sekurang-kurangnya dia tahu, mereka boleh menjaga Dian.
“Alah… dia ni..” Keluhan panjang Dian membuat Puan Dahlia berpaling. Sudah diajak masak bersama, Dian masih leka di meja makan. Kini, leka membelek telefon pula.
“Kenapa tu, Dian?”
“Hmm? Tak ada apa, ummi.” Dian mengangkat muka. Dia tersenyum manis, emudian kembali menatap skrin telefon. Bibir bawah digigit. Melihat pesanan di aplikasi WhatsApp, hatinya menggerutu. Dia memeriksa pula panggilan tidak berjawab. Ada 13 semuanya. Dan, semuanya hanya tertera satu nama. Kali ini, dia mengeluh lebih dalam. Menyesal pula pergi beli simkad baru dan berikan nombor telefonnya kepada Karl. Sekarang, lelaki itu tidak habis-habis menelefon dan menghantar pesanan.
-          Where are you?
Dan pesanan itulah adalah pada jam 8.00 pagi tadi. Dian mengerling jam, sudah pukul 11.00 pagi. Bermakna sudah tiga jam sejak Karl mencarinya. Rentetan pesanan selepas itu membuat Dian semakiin rimas.
-          Aku kat JB
-          Bila kau balik?
-          Malam tadi, flight pukul 11
-          Kan aku dah cakap, aku akan hantar kau?
Dian tersenyum sendiri. Karl tengah marah. Dan dia hanya membalas dengan emoticon senyum. Selepas itu, semakin banyak pesanan yang masuk. Ukh, Karl dan ummi memang sama. Suka membebel.
-          Stop nagging! Aku dah selamat sampai rumah ni. Risau sangat ni kenapa? Dah rindukan aku ke?
Dan kemudian, Karl terus berhenti dari menghantar pesanan.
“Dah habis tersenyum sorang? Kata nak tolong ummi masak. Dah nak siap ni, kamu leka jugak dengan telefon tu..” Puan Dahlia tiba-tiba berkata. Dian tersentak tetapi kemudian cepat dia bergerak mendapatkan Puan Dahlia.
“Okey… Jom masak!!” Jeritnya lalu mengambil senduk dari tangan Puan Dahlia dan mengacau lauk yang sedang mendidih di atas dapur.


Friday, 29 April 2016

Greetingss.....

Salam....

Pheww!! Dah setahun lebih tak post kat sini. Sorry, langsung xdak idea nak sambung cerita2 dlm ni. I noticed someone had asked in one of the comment. Sorry to you that i didn't answer either. But again, thanks a bunch kerana ikut cerita saya yang tak seberapa.

So, saya ada cerita baru ini minds. Since I'm so into Running Man right now, presenting the hero and heroine of my next e-novel (sapa ikut RM for sure kenal diaorg... ;p)

***********************************************

1.

Melangkah keluar dari pintu ketibaan dengan troli penuh dengan beg, Dian termangu seketika. Pandangan ditabur ke seluruh ruang yang masih sibuk dengan pelbagai ragam manusia. Fikirannya kosong buat seketika. 3 tahun meninggalkan bumi Malaysia, dia tidak sangka dia akan buntu sebegini untuk mengambil langkah seterusnya.
Perlahan dia menolak kembali troli, mencari pintu keluar. Langkah kaki diatur mengikut langkah manusia lain yang masih sibuk disekelilingnya. Otaknya masih sibuk berfikir, apa yang perlu dibuat seterusnya. Sebaik keluar dari pintu lapangan terbang, dia menepuk kepala sendiri.
“Aish… Dian. Baru 3 tahun, takkan kau dah lupa?” marahnya pada diri sendiri. Dia keliru dengan tindakan apa yang perlu diambil. Teksi sudah bersusun di depan mata, tapi dia masih tercegat disitu. Berfikir ke mana dia ingin pergi. Hotel terdekat atau rumah Along?
“Itulah, Along nak datang ambil, kau degil. Sekarang macam mana?” dia masih membebel sendirian. Spontan dia menarik telefon bimbit dari kocek seluar. Mencari hotel terdekat yang boleh dia menginap sementara belum pulang ke kampong.
“Assalamualaikum.”
Kepalanya lantas berpaling ke arah suara yang memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Dahinya berkerut seribu sebelum akhirnya bibirnya membalas senyuman lelaki yang berdiri tegak dihadapannya.
“Macam mana kau boleh ada kat sini?” tanyanya hairan. Setahunya, dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan kepulangannya ke Malaysia. Melainkan keluarganya sendiri.
“Jemput kau.” Balas lelaki tadi ringkas sambil tangannya mengambil troli di hadapan Dian. Tanpa menunggu sebarang jawapan, dia menolak troli kembali masuk kedalam ruang lapangan terbang. Dian menggaru kepala. Matanya terkebil-kebil melihat tindakan lelaki itu sebelum dia berlari anak untuk menyaingi langkah besar lelaki itu.
“Mana kau tau aku balik hari ni?” Namun soalannya hanya dibalas dengan senyuman. Senyuman maut yang boleh buat mana-mana perempuan melutut untuk menagih cintanya.
“Kita nak pergi mana ni?” tanyanya lagi tetapi kaki tetap melangkah mengikut lelaki itu.
“Aku hantar kau balik.”
Dian menggaru kepala. Di dalam lif, dia hanya diam memerhati lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu akan kepulangannya.
“Nak balik straight ke JB?” Tanyanya setelah selesai memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta dan kini bersedia untuk memulakan pemanduan.
“Kau nak hantar ke?”  Dian cuba berseloroh. Rajin sangat menjemput dia di KLIA, mana tahu lelaki itu sanggup menghantar dia pulang ke Johor Bahru. Lelaki itu menjeling jam di dashboard kereta, hampir jam 10 malam. Dia tidak sangka selewat begini Dian akan sampai.
“Boleh. Tapi esok saja. Dah malam ni, lewat sampai JB nanti.”
“Ani…. “
“Ani mana pulak ni?” cepat lelaki itu memotong kata-kata Dian. Dan serentak itu, tawa Dian meletus.
“Ani tu maksudnya tidak. Tak payah. Dah lewat malam ni. kau hantar saja aku kat hotel paling dekat. Aku ada-“
“Hotel? Kau nak tidur hotel? Seorang?”
“Aish… iyelah. Takkan dengan kau.” Dian sedikit marah. Lelaki itu memang tidak berubah. Suka mengarah dan suka potong cakap dia.
“3 tahun duduk Korea, kau dah macam orang Korea.” Komen lelaki itu dengan ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Dian mencebik bibir dan membuatkan lelaki itu ketawa lebih besar. Aksi comel begitu memang tidak pernah lekang dari Dian.
“Tak payah tidur hotel. Balik rumah aku.”
“Apa? Kau gila ke, Karl? Aku tidur hotel lagi selamatlah dari tidur rumah kau.”
“Lagi selamat kau tidur kat rumah aku. Takkan aku nak biarkan kau sorang-sorang tidur kat hotel tu bahaya!”
“Ani!! Tidur rumah kau lagi bahaya. Nanti tiba-tiba kena tangkap, macam mana?” kata –kata itu mengundang kerut seribu di dahi Karl. Namun beberapa saat kemudian, ketawanya meletus. Kuat dan  keras.
“Aku maksudkan tidur rumah mama lah. Takkan aku nak bawak kau tidur kat kondo aku.” Karl akhirnya memberi penjelasan. Dian melopong mendengar penjelasan itu. Bibirnya terbuka luas sebelum dia menepuk kepalanya sendiri. Malu! Malu! Dia menggumam sendiri. Macam mana dia boleh terfikir sejauh itu.
“Kalau kau nak sangat berdua dengan aku, atau nak kahwin dengan aku, aku boleh saja. Nak balik kondo aku ye?” Karl mengusik. Terhibur dengan aksi Dian yang tidak pernah berubah. Blur dan selalu buat aksi spontan begitu.
“Karl Zafril!!” Meledak jeritan Dian dengan usikan sebegitu. Dia sudah cukup malu dengan kata-katanya sebentar tadi, sekarang Karl galak mengusik dia pula. Dan, Karl ketawa lepas dengan jeritan Dian itu.

********************************************************************************

“Maaf, aunty. Dian susahkan aunty saja.” Dian segera meminta maaf sebaik dia bertemu muka dengan Puan Zahrah. Ibu kepada Karl Zafril yang kepala batu. Letih bertengkar dengan lelaki itu, akhirnya dia tetap terpaksa tebalkan muka bertemu wanita anggun pertengahan umur itu.
“Tak ada susahkan pun, aunty suka ada tetamu kat rumah ni. meriah sikit.” Puan Zahrah menarik Dian ke dalam pelukannya selepas Dian mencium tangannya. Terkejut juga mulanya bila Karl beritahu Dian akan bermalam di rumahnya buat sementara. Tetapi dia tetap menerima dengan tangan terbuka. Bukan dia tidak kenal dengan Dian. Gadis itu dengan anak lelakinya sudah berkawan rapat sejak dari university. Malah, rumah itu bagaikan sudah menjadi rumah kedua Dian dan kawan mereka yang lain. Cuma, inilah kali pertama Dian bermalam di rumahnya.
“Malu Dian. Baru balik, dah susahkan aunty pula. Dian mintak Karl hantar ke hotel tapi dia bawak Dian ke sini.” Tanpa sedar, Dian mengadu. Matanya mengekor langkah Karl yang membawa beberapa buah begnya ke dalam rumah.
“Kan aunty dah cakap, tak susah. Aunty pun risau kalau Dian tidur hotel seorang. Bahaya, anak dara tidur seorang.”
“Dia tak nak tidur sini, tapi nak pergi kondo saya. tidur kat sana.” Karl menyampuk sebaik melabuh punggung di sofa empuk berhampiran Dian dan ibunya. Dian membuntangkan mata, berani Karl berkata sebegitu dihadapan orang tuanya.
“Ani… Ani… Dian tak maksudkan macam tu.” Dian menggerakkan tangannya ke kiri dan kanan. Bersungguh-sungguh menafikan kata-kata Karl, takut puan Zahrah salah faham. Puan Zahrah ketawa kecil.
“Boleh kalau Dian nak tidur kat kondo Karl, tapi kena menikahlah dengan dia dulu.” Puan Zahrah turut mengusik dan kata-kata itu disambut dengan ketawa lepas oleh Karl.
“Karl, shut up. Tak, aunty. Dian salah faham. Dian tak sempat fikir.”Dian kembali mempertahankan diri. Dia tidak mahu Puan Zahrah salah faham. Dia dan Karl hanya kawan baik.
“Dah… Dah… Aunty faham. Aunty dah kenal Dian dah lama. Aunty faham perangai Dian.” Puan Zahrah mengelus lembut bahu Dian. Kasihan pula melihat anak gadis itu kalut mempertahankan diri. Pipi yngg sedikit tembam itu diusap perlahan sebelum dia megalih pandangan pada Karl.
“Dian dah makan? Aunty boleh suruh bibik panaskan makanan. Lepas tu boleh berehat. Tentu penat duduk lama dalam plane.”
“Tak apa, aunty. Dian tak lapar.” Dian beralasan. Walau perutnya memang sudah agak lapar, tapi dia segan untuk meminta lebih. Sudahlah susahkan keluarga Karl, takkan dia nak minta makanan pula.
“Betul ni?” Puan Zahrah meminta kepastian. Rasanya dia kenal dengan perangai Dian. Walaupun agak kasar macam lelaki, tetapi sopannya sebagai perempuan tetap dijaga rapi. Dian mengangguk laju. Kemudian, tanpa dapat dikawal, dia menguap besar. Mujur tangannya sudah terbiasa untuk menutup mulut setiap kali dia menguap.
“Iyelah, memang dah mengantuk tu nampaknya. Mari, aunty tunjukkan bilik. Karl, kamu tak balik kondo?” Puan Zahrah sempat bertanya anak terunanya yang dari tadi diam memerhati. Sesekali, tangan sibuk membelek telefon bimbit.
“Wah… mama dah dapat anak dara, mama halau anak lelaki mama ye?” Karl masih suka mengusik. Dia ketawa kecil bila mata Puan Zahrah terbeliak besar.
“Mama takut kamu tu salah masuk bilik nanti.” Puan Zahrah membalas usikan anaknya namun tiada sebarang reaksi dari Dian. Sama ada Dian sudah terlalu mengantuk atau dia menjadi dia. Blur….
Karl masih ketawa dengan usikan mamanya ketika Puan Zahrah dan Dian berlalu naik ke tingkat atas. Masih berfikir sama ada mahu balik ke kondonya atau bermalam di rumah mamanya sahaja. Selalunya, tak kira jam berapa pun, dia tetap mahu balik ke kondo miliknya tetapi mala mini, hatinya terasa berat untuk bergerak balik. Dan fikirannya masih tertumpu pada Dian. Untuk seorang yang kuat makan mcam Dian, dia agak pelik bila Dian menolak untuk makan. Atau, masakkan melayu sudah tidak kena dengan tekak Dian? 3 tahun merantau ke Korea, manalah tahu, kimchi, kimbp dan bibimbap sudah menjadi makanan ruji gadis itu. Karl menggelengkan kepala sebelum dia bangkit dri kerusi. Langkahnya tegap menuju ke dapur. Lincah tangannya mengeluarkan lauk dari peti ais dan memanaskan semula. Nasi juga turut dimasak semula. Walau apa pun alasan Dian, dia tidak mahu gadis itu tidur tanpa makan terlebih dahulu.
Dian baru sahaja keluar dari bilik mandi dengan tuala di kepala untuk mengringkan rambutnya ketika pintu biliknya diketuk seseorang. Dadanya berdebar tiba-tiba. Takkan ada hantu dalam rumah sebesar ini? Hatinya berbicara sendiri. Perlahan dia melangkah ke pintu. Melekapkan telinga ke pintu, cuba mendengar kalau – kalau ada sebarang bunyi yang mencurigakan. Tetapi, dia terkejut bila ketukan itu bergema semula, betul-betul ditelinganya.
“S-Siapa?”
“It’s me, Dian. Dah tidur ke?” Dian mengurut dada saat mendengar suara itu. Sungguh dia terkejut tadi, rupanya Karl yang galak mengetuk pintu. Dia menutup kepala dengan tuala sebelum perlahan membuka pintu. Walau apa pun, Karl bukan mahram dan dia wajib menutup aurat sesempurna mungkin.
“Aish… kau buat aku terkejut. Wae?”
“Apa wae?” Karl bertanya kembali. Sejak dari KLIA tadi, sudah bermacam – macam perkataan pelik yang keluar dari mulut Dian. Dia tahu itu bahasa Korea, tapi tetap dia tidak puas hati kerana tidak faham dengan perkataan itu. Dian mendesis.
“Kenapa?”
“Ohh… gunalah bahasa melayu. Jom, makan.” Karl kecilkan matanya yang memang sedia kecil. Cuba beraksi comel, cuba memancing minat Dian untuk menurut kemahuannya.
“Aku kenyang.” Dian cuba menutup pintu tapi tangan kekar Karl cepat menahan pintu. Dian kembali mendesis. Karl yang degil! Karl yang suka memerintah!
“Jom makan.”
“Aku kenyang, aku dah mengantuk. Aku nak tidur!”
“Mama masak asam pedas ikan pari.” Karl masih cuba memancing. Buntang mata Dian mendengar itu. Ikan pari masak asam pedas? Sudah lama dia tidak makan asam pedas. Suka! Suka! Suka! Tapi…
“Aku mengantuk.” Dian buat buat menguap. Malu dia nak makan. Tadi beriya-iya dia menolak, sekarang nak makan pula. Walaupun dengan mendengar asam pedas ikan pari itu cukup untuk buat air liurnya meleleh.
“Ulam, sambal tempoyak. Ohh, dan paling best, petai.” Karl mengangkat kening. Dian menelan liur beberapa kali. Karl memang cukup pandai memancing seleranya. Dan ironinya, Karl masih ingat segala makanan kegemarannya.
“Ok! Five minutes!” Dian menunjukkan kelima jarinya sebelum menutup daun pintu. Meninggalkan Karl terkebil-kebil di muka pintu. Namun kemudian, dia mengukir senyum lebar. Dian dan makanan memang tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi masakan kampong.
Di meja makan, Dian bagai lupa dunia. Dia makan dengan bersungguh-sungguh. Apa lagi dengan makanan kegemarannya terhidang di depan mata. Tidak dihiraukan Karl yang hanya memerhati dia penuh minat. Nasi di pinggannya masih tidak berusik sedangkan Dian menyuap bagai sudah sepuluh hari tidak menjamah makanan.
“Karl….”Panggil Dian tiba-tiba dengan suara perlahan. Mematikan keasyikan Karl yang merenungnya sejak tadi.
“Yup?” Karl pura-pura menjamah nasi walaupun perutnya masih kenyang.
“Macam mana kau tahu aku balik hari ni?”
“You really want to know ya?” Karl bertanya semula. Dan Dian mengangguk beberapa kali. Tangannya masih leka menyuap makanan, membuat Karl menggelengkan kepala melihat tingkah Dian.
“I’ve checked.”
“Macam mana?”
“Kenapa kau tak balik terus ke JB?” Karl menukar tajuk perbualan. Membuatkan suapan Dian terhenti. Dia kembungkan pipi, marah dengan tindakan Karl cuba lari dari soalannya.
“Aku nak pergi lapor diri, carik rumah sewa and settle a few things sebelum balik JB. Aku cuti seminggu sebelum mula bertugas kat U. So, better to settle it first before I go back to JB.” Tanpa selindung, Dian bercerita. Mengenali Karl, dia tahu walau bagaimana dia cuba berahsia, lelaki itu akan berusaha menggali ceritanya. Jadi, senang untuk dia berterus terang sahaja. Yang peliknya, dia pula sentiasa senang untuk bercerita apa sahaja dengan lelaki itu.
“Cepatnya dah mula kerja?”
“Aku further study atas tiket U, kan. Bila dah habis, kena pergi lapor diri teruslah.” Karl mengangguk setuju. Dia ada kalanya cemburu dengan Dian, langkah Dian kelihatan sangat senang. Sejak dilantik sebagai tutor di sebuah universiti, dia seterusnya ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana oleh universiti tersbut. Dengan syarat, Dian mesti berkhidmat dengan universiti tersebut sebaik tamat pelajaran.
“So, lama jugaklah dekat sini. Stay here, ya?” Karl mengutarakan cadangan. Dian melopong melihat Karl. Itu bukan cadangan, itu arahan.
“Ani…. Susahkan mama kau aje. Family kau jugak. Aku carik rumah sewa lepas lapor diri and boleh terus pindah masuk.”
“No… stay here until everything is settle. At least, sampai aku rasa rumah sewa kau tu selamat untuk kau duduk.”
“Sejak bila kau ada dalam rancangan aku ni? Aku nak balik JB lepas semuanya selesai, kau nak ikut ke untuk pastikan aku selamat?” Dian cuba memperli. Namun, anggukan laju Karl membuat dia mendengus.
“Yup. So, aku ambil cuti untuk hantar kau bereskan uruskan kau. Lepas tu, aku hantar balik JB.”
“Karl Zafril…”
“Dian Shakirin.” Sorotan mata dan suara dalam Karl itu, buatkan Dian kelu untuk berkata-kata lagi.
Karl Zafril memang tidak pernah berubah!!



Tuesday, 27 January 2015

Kerana Kamu 12


12.
                Dhamirah menghempas tubuh kecilnya ke tilam empuk. Terasa selesa dapat berbaring di tilam empuk setelah berbulan dia terpaksa tidur di sofa. Memang sofa di bilik Haris itu besar dan empuk juga tapi tidaklah seempuk tilam ini. Dari melentang, Dhamirah tukar posisi. Dia mengiring ke kiri sebelum beralih mengiring ke kanan pula. Menikmati katil queen size miliknya kini. Bila difikirkan semula, elok juga mereka pindah tinggal berasingan dari orang tua Haris. Dia dapat kebebasan sepenuhnya di rumah ini. Haris sudah awal-awal mengarah dia duduk di bilik ini sedang lelaki itu mengambil bilik master bedroom. Tidak kisahlah di bilik mana pun dia duduk, asalkan tidak sebilik dengan Haris. Renungan tajam Haris sejak akhhir-akhir ini memang buat dia kecut perut.
                Bangun dari pembaringan, Dhamirah terus ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri setelah letih mngemas tadi sebelum turun untuk memasak pula. Sikap memerintah Haris memang tidak pernah hilang. Yang lelaki itu tahu sejak pindah masuk tadi adalah memerintah dan mengarah. Sedangkan lelaki itu hilang ke dalam biliknya sebaik selesai mengeluarkan arahan ala-ala Hitler dia tu.
                “Dah siap kemas rumah ni, kau pergi masak. Bahan masak ada banyak kat dapur tu. Jangan nak jadi pemalas kat rumah aku ni.” Dhamirah mengajuk semula kata-kata Haris sebentar tadi. Sesedap rasa sahaja suami kesayangannya itu mengarah. Mentang –mentang rumah ini, dia yang punya, senang sahaja dia berlagak. Dhamirah masih membebel sendirian. Letih bila dia dibiarkan sendirian mengemaskan rumah sebesar ini. Banglo dua tingkat di Gita Bayu ini memang luas. Sedangkan Haris seronok mengulit mimpi di dalam bilik. Agaknyalah, sebab dari tadi, lelaki itu memang tidak muncul langsung.
                Usai mandi dan membersihkan diri, Dhamirah segera ke dapur. Peti ais di buka untuk melihat barang yang boleh dimasak untuk makan tengahari mereka. Kosong… yang ada hanya beberapa kotak Peel Fresh dan susu Dutch Lady berperisa coklat. Sekotak kurma dan buah-buahan yang bermacam jenis. Beralih ke beku sejuk, hanya ada ayam goreng segera dan beberapa jenis coklat. Dhamirah mengerut kening, tadi Haris kata ada bermacam jenis lauk yang dia boleh masak. Tetapi, jika hanya ini, apa yang dia mahu masak? Tidak berputus asa, Dhamirah menyelongkar pula cabinet dapur yang panjang. Habis dibuka satu persatu dari atas ke bawah. Yang dia jumpa hanya Maggie perisa kari dan asam laksa. Mujur juga ada minyak dan bawang serta beberapa keperluan lain.
                “Nak masak apa kalau macam ni?” Dhamirah garu kepala sendiri. Kalau di tak masak, tentu singa jantan itu mengamuk. Tetapi dengan bahan yang terhad begini, apa yang boleh dia masak. Akhirnya, dia mencapai paket maggie perisa kari. Apron yang tersangkut di tepi pintu dicapai lalu disarung ke tubuhnya. Dengan lafaz Bismillah seperti yang selalu di pesan mama, Dhamirah mula lincah memasak Maggie kari ciptaannya sendiri.
                Setengah jam kemudian, Maggie kari yang berasap nipis sudah terhidang di meja makan. Dia tersenyum puas. Sudah agak lama dia tidak memasak dan makan mee segera itu. Sejak berkahwin dan tinggal di rugam agam mertuanya, dia jarang sekali dapat memasak. Mak Ton sering menegah dia untuk memasak. Dia Cuma dibenarkan membantu Mak Ton di dapur, itupun selepas penat dia buat muka comel ala-ala minta simpati depan Mak Ton. Sibuk membancuh air dan menghidangkan makanan di meja makan, dia tidak sedar Haris yang sudah menuruni tangga. Dia kelaparan kerana sejak pagi, dia hanya menjamah sedikit nasi goreng di rumah sebelum sibuk mengangkat barang untuk berpindah. Sampai di sini pula, dia langsung mengurung diri di dalam bilik. Tidak mahu berdepan dengan isterinya itu dan membiarkan Dhamirah mengemas apa yang patut di rumah ini.
                Dari tangga, Haris sudah terbau enak mee segera yang disedia Dhamirah. Dia senyum senang, perut sudah berkeroncong, Dhamirah pula sudah siapkan makanan. Tapi…. Takkan Maggie? Kakinya segera diatur ke ruangan makan. Di meja makan berkerusi enam itu, dia nampak satu mangkuk yang masih berasap di tengah meja. Isterinya entah di mana, mungkin masih sibuk di dapur. Dia menjenguk ke dalam mangkuk, mee segera nampak begitu menarik di pandangannya. Sekali lagi, bibirnya mengukir senyum.
                “Abang dah turun? Jom, kita makan..” Dhamirah yang baru keluar dari dapur menegur Haris. Terus hilang senyuman di bibir Haris dan dia menjeling Dhamirah. Namun, dia tetap menarik kerusi dan melabuh duduk di kepala meja. Dia hanya memerhati Dhamirah yang meletakkan sepinggan ayam goreng bersebelahan mangkuk mee segera. Kemudian, dia menghidangkan Haris dengan mee segera sebelum menuang air peelfresh ke dalam gelas.
                “Banyak barang makan dekat dapur tu, ini aje yang kau masak? Kau ni tahu masak ke tidak?” keras suara Haris menegur. Sepinggan mee segeraa di depannya masih belum disentuh walau dia sudah menelan liur berkali-kali. Dia mesti menegakkan ego di hadapan Dhamirah.
                Dhamirah menjeling geram sambil duduk di kerusi berhampiran Haris. Suaminya itu tahu atau tidak dengan keadaan dapur di rumah itu. Kalau banyak bahan masakan, tidaklah dia masak mee segera sahaja. Namun, jelingan Dhamirah itu buat jantung Haris berdetak keras.
                “Abang dah lama tak jenguk dapur ye? Mira jumpa barang ni aje. Jadi, ini sajalah yang Mira boleh masak.” Balas Dhamirah perlahan. Dia mengerling Haris. Lelaki itu membuntangkan mata melihatnya, tidak percaya. Takkanlah… sebelum pindah masuk, dia sudah minta Remy dan Johan beli beberapa barang dapur agar senang Dhamirah nak masak. Tidak perlu dia membawa Dhamirah ke pasaraya. Kawan-kawannya ini, tahu ke tidak membeli barang dapur.
                “Takkan ini je?” Tanya Haris, lebih kepada dirinya sendiri. Tetapi, Dhamirah laju mengangguk. Haris melepas keluh. Dia kena telefon Remy dan Johan dan maki kawannya itu cukup-cukup. Sengaja sabotaj dia ke apa ni?
                “Abang makan yang ini aje dulu ye… Nanti petang Mira keluar beli barang dapur. Takkan malam ni, nak makan ini jugak.”
                “Kau nak pergi dengan sapa?”
                “Lily..” Balas Dhamirah pendek. Sudah lama tidak lepak-lepak dengan Lily. Sekarang, dia hanya jumpa Lily di universiti. Lepas kelas, dia bergegas balik, takut Haris marahkan dia. Beberapa kali juga Lily merajuk kerana dia sering menolak bilaa teman baiknya itu mengajak jalan-jalan atau window shopping.
                “Berdua?” Haris masih belum jemu bertanya. Dhamirah mengangguk laju. Siapa lagi yang dia mahu ajak. Oh.. kalau dia ajak mama, tentu seronok juga. Tapi, tak ke nanti mama tanya dia soalan yang dia susah nak jawab?
                “Abang nak makan ke tidak? Mira dah lapar ni.. Lagipun nanti, Maggie ni kembang, dah tak sedap.” Dhamirah senyum comel, minta simpati lagi. Taktik biasa dia depan Mak Ton. Tapi, bila Haris jegilkan mata, terus hilang senyuman di bibirnya. Lupa, dia bukan cuba pujuk Mak Ton, tapi Haris.
                Haris merengus tetapi dia menadah tangan, membaca doa makan. Suatu kebiasaan di meja makan di rumah keluarga Haris. Dhamirah juga sudah terikut-ikut. Sebab itu, dia tidak akan makan selagi Haris tidak membaca doa makan. Usai berdoa, Haris tidak tunggu lagi. Perut sudah lapar, makan saja apa yang sudah sedia di depan mata. Pertam kali maggei mencecah tekak, Haris akui, masakan Dhamirah memang sedap walaupun sekadar mee segera.
                “Nanti kau bagi aku no akaun bank kau.” Bicara pertama Haris selepas sepinggan mee segera telah selamat di dalam perutnya. Kini, tangan sibuk mencapai ayam goreng segera yang turut di goreng Dhamirah sebentar tadi.
                “Hah?”
                “You’ve heard me. Bagi aku no akaun bank kau.”
                “Nak buat apa?” Dhamirah bertanya keliru. Nak buat apa Haris minta nombor akaun banknya? Nak semak jumlah wang dalam akaunnya kah?
                “Kenapa kau banyak bunyi sangat ni? buat ajelah apa yang aku suruh.” Malas mahu melayan, suara Haris sudah meninggi. Geram kerana sejak tadi, Dhamirah semakin berani mempersoalkan dia. Jiin mana pulak yang menyampuk isterinya ini? Kalau di rumah sana, bukan main Dhamirah takutkan dia.
                “Tapi….”
                “Dhamirah…” Suara Haris sudah tegas. Dia merenung tajam Dhamirah yang terkebil-kebil memandangnya. Suara sebegitu sudah dimengerti Dhamirah. Itu tandanya Haris sudah tidak mahu memanjangkan lagi perbincangan mereka. Dan, itu juga tanda yang Dhamirah mesti mengikut kehendaknya dan masanya untuk dia senyap.
                “Ok..” Balas Dhamirah lemah. Suasana menjadi sunyi semula. Masing-masing leka melayan perasaan sendiri dan tidak mahu berbual lagi.
                “I’m full. Lepas kau dah habis, kemas semua ni.” Haris menolak pinggan kosong ke hadapan Dhamirah. Dia meneguk lagi segelas air peelfresh dan bangkit berdiri.
                “Oh ya, kau nak keluar nanti, panggil aku.” Arah Haris lalu kakinya melangkah laju memanjat anak tangga. Dhamirah yang melihat hanya terlopong. Begitu sahaja Haris tinggalkan dia?
*****************************************************************************
                Suasana di dalam pasaraya Aeon Big Alamanda itu sesak dengan orang. Hujung minggu, masing-masing ambil peluang untuk membeli belah. Apa lagi, pelbagai keperluan boleh di cari di sini. Dhamirah menolak perlahan troli yang masih belum penuh. Dia masih membelek satu persatu barang keperluan yang dia ingiin beli. Sebelum keluar rumah tadi, dia sudah siapkan senarai barangan yang ingin dibeli. Cukup panjang senarai yang dia tulis memandangkan dapr rumah itu memang kosong.
                “Aku macam tak percaya.” Lily menegur sambil dia turut membelek tin sardine yang dari tadi di belek Dhamirah.
                “Apa?” Dhamirah membalas acuh tak acuh. Perhatian masih pada deretan tin sardine di hadapannya.
                “Kau shopping barang dapur.” Lily ketawa lepas. Apa tidaknya, sebelum ini mereka berdua kalau keluar lebih teruja untuk masuk ke kedai kasut, kedai pakaian, atau paling tidak cuci mata di Parkson dalam bangunan yang sama. Tapi, bila Dhamirah menelefonnya dan mengajak dia membeli belah barangan dapur, memang dia ketawa panjang sehingga Dhamirah merajuk. Dhamirah menjeling geram, dari tadi, Lily tidak habis mentertawakannya.
                “Aku kan dah pindah rumah, jadi kena siapkan barang dapurla. Dulu, duduk rumah mertua, tak payah nak fikir dapur berasap ke tidak. Semua dah siap, sekarang semua kena pandai-pandai sendiri.” Dhamirah mengulang jawapan yang sama untuk kali yang keberapa. Lily terangguk-angguk tapi bibir masih menguntum senyum lucu.
                “Macm ni hidup orang dah kahwin ye… Lepas ni kau kena masak and kemas rumah lah ye… hrmm.. lagi susahlah nak ajak kau lepaak lepas ni.”
                “Nak buat macam mana? Dah laki aku tu kalut sangat nak pindah rumah.”
                Lily ketawa lagi. Sejak dua minggu lepas, Dhamirah tak habis-habis merungut perihal Haris yang mahu berpindah keluar. Tapi, yang dia hairan, Dhamirah ikut sahaja kehendak Haris.
                “Dia dah tak sabar nak berduaan dengan kau tu.”
                Dhamirah menjeling lagi. Berduaan apanya kalau bilik pun berlainan. Tapi, takkan dia nak cerita pada Lily pula. Walaupun Lily tahu banyak tentang masalah dia dan Haris, namun dia tetap menyimpan rahsia rumahtangga yang dia rasa terlalu peribadi.
                “Eh, kenapa abang Haris tak teman kau aje? Selalu orang dah kahwin ni teruja lebih dapat pergi shopping barang dapur bersama. Apa lagi, yang baru first time mcam kau ni.”
                Dhamirah angkat bahu. Teringat ketika dia mengetuk pintu bilik Haris untuk memberitahu yang dia akan keluar. Lelaki itu hanya mengangguk dan tiba-tiba menghulur beberapa helai wang kertas bernilai RM50. Tanpa suara, Haris menutup semula pintu bilik. Terkebil-kebil Dhmirah di pintu bilik. Mata pegun memandang wang kertas di dalam genggamannya dan juga pintu yang memisahkan dia dan Haris.
                “Abang Haris tak boleh terima kau lagi ke, beb?” Makin ramah mulut Lily bertanya. Dhamirah menaikkan anak mata ke atas, meluat. Balik – balik, itu juga yang ditanya Lily.
                “Apa lagi kau ni, Lily?” Balas Dhamirah malas. Semakin dilayan, semakin banyak soalan Lily nanti.
                “Tak adalah, macam pelik. Boleh pulak abang Haris izinkan kau keluar dengan aku. Kan lagi elok kalau dia aje yang temankan kau. Boleh jugak dia pilih sendiri apa yang dia nak.” Lily berhujh lagi sementara Dhamirah semakin malas nak melayan.
                “Dah, kau jugak yang merajuk berhari-hari dengan aku bila aku kata tak boleh nak keluar dengan kau.”
                Lily tersengih. Sengaja dia merajuk bila ajakan dia untuk lepak-lepak sering di tolak Dhamirah. Sekarang, bila Dhamirah sendiri yang mengajak, dia tanya soalan luar alam pula.
                “Lauk-lauk kat sini macam tak fresh aje, Lily. Nak pilih pun tak best.” Dhamirah mengalih topic ketika mereka melewati bahagian barangan basah. Banyak pilihan lauk tetapi kurang segar pada pandangan Dhamirah.
                “Waktu macam ni, memang susahlah nak dapat yang fresh. Kalau kau nak yang fresh, kita pergi pasar borong, nak?” Giat Lily. Walaupun berada di tempat basah dan tidak selesa begitu memang tidak mnjadi tempat kegemaran Lily, namun ia sanggup redah apa sahaja asalkan Dhamirah gembira.
                Dhamirah melihat jam di tangan. Sudah agak lama juga dia keluar. Dia bimbang, jika mereka ke pasar borong, tentu akan ambil masa lagi. Kalau dia pulang lewat, tentu Haris marahkan dia.
                “Tak sempatlah, Ly. Aku pilih yang ni ajelah dulu, nanti aku ajak abang Haris ke sana.” Balas Dhamirah. Tangan lincah membelek beberapa jenis ikan, mahu mencari yang segar. Habis sahaja berkata begitu, telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.
Balik pukul berapa?
“Kan, aku dah cakap.” Dhamirah menayangkan telefon bimbitnya kepada Lily. Tertera Whatsapp dari Haris. Terkekek-kekek Lily ketawa setelah membacanya. Sungguh dia tidak faham dengan Haris. Garangnya bukan main, tapi baru sekejap isteri hilang dari mata, sudah menggelabah mencari.
“Dia rindu kau tu.” Lily berkata dalam sisa tawanya. Dhamirah mencebik bibir sambil jarinya lincah membalas Whatsapp Haris.
Dalam setengah jam lagi. Kenapa?
Call aku bila nak balik. I’ll fetch you.
Dhamirah mengeluh perlahan. Tiba-tiba sahaja Haris begitu rajin menjemputnya. Sedangkan tadi dia sudah beritahu yang Lily akan hantar dia pulang setelah selesai membeli belah.
Tak payahlah. Nanti Lily hantar Mira balik.
Nope. Aku ambik kau. Jangan degil!!
Dhamirah rasa nak baling telefonnya ke dinding bila terima balasan begitu dari Haris. Dah kenapa dengan suaminya itu? Tadi, bertanyakan tentang nombor akaunnya. Lepas tu, hulurkan pula duit untuk dia belanja barang dapur. Bukannya sedikit, setelah dia kira-kira, jumlah wang di beri oleh Haris adalah RM500. Dan sekarang, Haris mahu menjemput dia balik pula! Baru dia berkira-kira nak menjawab apa, satu lagi pesanan dari suami kesayangannya itu masuk.
No excuses and no questions ask, Dhamirah!
“Eee… sakit hati!” Dhamirah sedikit menjerit dengan kaki dihentak ke lantai beberapa kali. Beberapa orang yang berada berdekatan berpaling memandangnya dengan pandangan pelik. Lily hanya menangkat tangan dengan senyuman yang terasa sumbang. Boleh pula Dhamirah buat drama di tengah orang ramai ni.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba menjerit. Kau budget artis ke apa ni?” Lily bertanya keras. Laju dia menolak troli agar jauh dari tempat Dhamirah menjerit tadi. Malu!!
“Haris ni! Suka-suka nak paksa aku. Benci!” Dhamirah membentak lagi. Hilang sudah panggilan abang kepada Haris. Sungguh di rasa sangat geram ketika ini. Haris seolah tidak mempercayai dia walaupun dia keluar dengan Lily.
“Eh, chillax. Eloklah dia nak jemput kau tu. Maknanya, dalam marah-marah dia tu, ada rasa sayang la tu… kau nak benci dia kenapa pulak?”
“Tak ada maknanya!” Dhamirah mendengus geram. Kali ini, dia pula yang menolak laju troli hingga ke kaunter bayaran. Sementara menanti giliran untuk membayar, sempat dia whatsapp Haris mengatakan yang  dia hampir siap membeli belah.
Lebih kurang empat puluh minit kemudian, Dhamirah sudah berada di dalam kereta Range Rover Haris. Letih juga dia menunggu Haris tiba ke tempat yang dijanjikan tadi. Mujur Lily mahu menenaminya sehingga Haris tiba. Di dalam kereta, dia senyap seribu bahasa. Selain penat membeli belah, dia juga tidak tahu bagaimana mahu berbual santai dengan lelaki disebelahnya. Selalunya, setiap ayat yng keluar dari mulutnya, Haris akan beri jawapan yang bakal buat dia sakit hati dan sakit jiwa.
“Apa yang kau beli?” Haris memecah kesunyian dalam kereta. Sesekali, dia menjeling Dhamirah disebelah. Terbit senyum kecil di bibirnya bila Dhamirah leka memandang keluar dan langsung senyap tanpa suara. Agaknya Dhamirah marah dengan sikapnya yang bertegas ingin menjemput isterinya itu pulang.
“Barang dapur.” Ringkas jawapan Dhamirah tanpa sedikit pun memandang Haris. Hati masih sakit tetapi dia tidak pula berniat untuk tidak mempedulikan Haris.
“Cukup duit yang aku bagi tadi?” Masih belum jemu, Haris bertanya lagi. Melihat sikap acuh tak acuh Dhamirah, hatinya pula yang tiba-tiba sakit.
“Hrmm…”
“Can’t you look here when I’m talking to you?” Suara Haris sudah mula tegas. Sudahlah soalannya dijawab sambil lewa, Dhamirah pula langsung tidak memandang dia. Tanpa jawapan, Dhamirah berpaling memandangnya. Sekali dengan pakej senyuman yang Haris tahu Dhamirah tidak ikhlas. Hati yang berniat ingin bertanya dengan baik tadi, mula panas. Dhamirah dirasakan sudah berani melawan dan mempermainkannya.
“What is wrong with you?” Marah Haris. Dia sudah terkejar-kejar dari Shah Alam untuk menjemput Dhmairah, sekarang begini pula Dhamirah melayannya?
“Nothing is wrong. Everything going fine.”
Haris mendengus keras. Dia sudah boleh agak kenapa Dhamirah bersikap begitu. Tentu isterinya tidak suka dia bertegas ingin menjemput. Tapi, dia punya alasan sendiri. Dia tidak mahu teman baik Dhamirah itu tahu di mana rumah mereka. Sekurang-kurangnya tidak buat masa ini. Sebab itulah dia sanggup bersusah payah meredah kesesakan lalu lintas semata-mata untuk menjemput Dhamirah. Sampai dia sanggup biarkan Remy dan Johan mengusik dia kerana memendekkan waktu mereka bersama- sama semata-mata demi Dhamirah. Ah, biarkan. Mereka berdua tidak tahu apa-apa. Niatnya untuk berjumpa mereka berdua, hanya untuk memarahi kedua-duanya kerana hal barang dapur yang tidak cukup itu.
“Apa yang kau tidak puas hati dengan aku ni?” Haris masih belum jemu untuk memulakan pertengkaran. Dhamirah menarik nafas dalam. Letih menghadapi sikap Haris yang asyik berkeras dengannya.
“Please, abang… Mira penat. I’m sorry, tapi Mira memang penat. Boleh tak kita tak bergaduh untuk hari ni?” Dhamirah akhirnya mengalah. Dia kelelahan sepanjang hari ini. Dari pagi, dia sibuk mengemas rumah baru mereka, kemudian memasak dan akhirnya membeli belah untuk barangan dapur. Dan sehingga waktu ini, Haris masih ada mood untuk bertekak dengan dia.
Terdiam Haris mendengar permintaan Dhamirah. Baru dia sedar akan sesuatu. Hari ini memang hari yang panjang untuk Dhamirah. Seharian tenaganya dikerah. Dia pula langsung tidak membantu. Ketika Dhamirah mengemas rumah dan memasak, dia seronok mengulit mimpi di dalam bilik. Dan ketika, Dhamirah menolak troli yang penuh dengan barang keperluan rumah mereka, dia pula seronok bergelak tawa dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba rasa kasihan terbit di dalam hatinya. Dia menjeling Dhamirah disebelah. Mata bundar sudh terpejam rapat. Senyuman terukir di bibir Haris, lalu dia membelok kereta untuk membungkus makanan.