Friday 17 May 2013

Bab 20 : Ingin Kulafazkan Cinta


20.
                Berjalan – jalan di kebun pisang milik bapanya petang itu memang menyamankan. Di tambah dengan angin yang bertiup agak kuat, menjadikan Ayu tidak kepanasan sepanjang berjalan di sekitar kebun. Sesekali, bibir mungilnya mengukir senyum bila Munirah rancak berbual dengan beberapa orang pekerja di kebun pisang itu. Dia pula hanya menyampuk bila perlu. Bukannya pekerja – pekerja di situ tak kenal dia dan Munirah. Cuma, teman baiknya itu yang memang selalu ramah terlebih. Kalau boleh, kucing yang dia jumpa di tengah jalan pun nak diajaknya berbual.
                Letih menanti Munirah yang sudah berlagak mandur di kalangan pekerja seramai 3 orang itu, Ayu meneruskan langkah kea rah pondok yang dibina untuk melepaskan lelah. Kedudukan pondok di pinggir jalan masuk ke kebun membolehkan mata Ayu menjamu pemandangan sekitar jalan besar memasuki kampungnya itu. Ada juga yang rajin menyapa, dan dia hanya tersenyum dan membalas seadanya.
                Hei… Ni Ayu, kan?” Seorang gadis bersolek tebal dengan berbaju kebaya ketat menyapa Ayu yang sedang melayan angan di pondok itu. Ayu memerhati gadis yang menyapa dari atas hingga ke bawah. Bergaya sakan walau hanya di dalam kampong. Tapi, wajah ini seakan pernah dia jumpa.
                “Err… Ya. Ni… Liza ye?” Jawab Ayu setelah dia dapat mengagak siapa gerangan yang menyapa. Separuh menjerit gadis dihadapannya sebelum dirinya dipeluk oleh gadis itu. Terlebih gembira pula gadis itu, namun mengenang sikap Liza, gadis itu memang selalu over excited dengan sesuatu.
                “Iye… Liza lah ni. Bila kau pakai tudung ni? Nampak lain sangat. Makin cun dari dulu.” Petah Liza berbicara sambil menghantar punggung untuk duduk di sebelah Ayu. Sedang Ayu hanya tersengih dengan soalan dari Liza. Tak pernah berubah temannya ini, sentiasa kepoh dan gembira.
                “Alhamdulillah, dah dapat hidayah kot. Sama ajelah macam dulu, mana ada cun. Kau apa khabar? Lama tak jumpa. Makin berseri – seri sekarang ni.” Kata – kata Ayu disambut dengan ketawa riang Liza. Ayu hanya tersenyum, tidak faham kenapa Liza begitu gembira dengan kata – kata dia.
                “Baik… Macam kau tengok sekarang inilah. Lama kau tak balik kampong. Balik seorang ke?”
                “Tak… Biasalah dengan Munirah. Kawan tu bila dah jumpa Jiman kat kebun pisang tu, memang tak ingat nak balik.” Usik Ayu. Melambak lagi tawa Liza. Siapa tak kenal Munirah, setiap kali ikut Ayu balik kampong, dia yang lebih teruja nak pusing kampong. Sudahnya, kawan – kawan sekolah Ayu jadi kawan Munirah juga.
                “Amboi… amboi.. sedap betul kau dua orang mengumpat aku ye. Cuba toleh kiri kanan kalau nak mengumpat pun.” Terdengar suara Munirah, keduanya berpaling. Tersengih Ayu melihat Munirah yang bercekak pinggang. Liza pula, terus meluru memeluk Munirah. Kedua mereka berpelukan seketika. Macam dah kawan baik sangat.
                “Kau memang duduk kampong ni ke, minah. Asal aku balik kampong je, mesti jumpa kau. Balik – balik muka kau.” Celoteh Munirah. Seperti biasa, bila bersama Liza, mereka tak perlu control mulut, cakap ikut sedap mulut. Sebab, Liza juga begitu dan yang seronoknya, Liza tak pernah ambil hati dengan kata – kata mereka yang agak kasar.
                “Eh, kau pun agak – agaklah. Aku kerja kat Putrajaya lah. Aku memang selalu balik, mak aku tak sihat sangat. Plus…. Hujung tahun ni, aku dah nak kahwin, jadi banyak kerja nak uruskan.”
                “Really?” Hampir serentak, Ayu dan Munirah bertanya. Sudah agak lama tidak balik ke kampong, Ayu ketinggalan berita begini. Cepat betul jodoh Liza. Baru setahun tinggalkan zaman university, sudah nak kahwin. Eh, tapi dia sendiri juga sudah mahu kahwin. Malah, lebih awal dari temannya ini.
                “Yup… Dah sampai seru. Nampaknya, antara kawan – kawan kita, aku dululah tukar status ye.” Liza ketawa lagi. Mungkin bangga dengan kata – katanya tadi. Bakal menamatkan zaman bujang lebih awal dari teman – teman yang lain. Munirah mencebik mendengar bicara itu. Ayu dipandang sekilas sebelum dia membalas.
                “Eh, hello…. Miss Liza. Bukan kau tau. Ni, kawan sorang ni. Lagi cepat dari kau tau.” Ujar Munirah sambil menepuk peha Ayu. Terkejut Ayu dengan penerangan Munirah. Sebolehnya, dia tidak mahu menghebahkan berita itu pada teman – teman sekolah. Kisah kahwin dia bukan seperti pasangan lain, bukan seperti Liza yang pasti melalui fasa percintaan dahulu. Saling mengenali hati budi. Sedangkan dia terlebih dulu kenal body dari budi. Bulat mata Liza memandang Ayu dan Munirah tidak percaya. Tidak sangka Ayu akan kahwin lebih awal sedangkan setahunya, Ayu memang liat nak ada teman lelaki. Sejak sekolah hinggalah university, Ayu tidak pernah ada teman lelaki. Bila ada lelaki yang menghulur cinta, Ayu menepis dengan bermacam alasan. Tak pernah langsung mempertimbangkan untuk mencuba. Alasan yang paling popular, Ayu ingin tumpukan pada pelajaran terlebih dahulu.
                “What?! Biar betul kau ni, Ayu. Sejak bila kau ada boyfriend? Dulu, bukan main susah nak couple. Sekarang, dia pulak yang dulu.” Tanya Liza, tidak percaya.
                “Dah jodoh aku, Liza. Benda baik kan tak elok ditangguh. Macam kau jugak.” Perlahan Ayu menjawab. Jawapan paling selamat. Takkan nak dicanang pada semua yang dia berkahwin kerana kekhilafannya. Kerana nafsu yang akhirnya membuat dia terjeruk dengan rasa.
                “Iye jugak, kan. Kalau dah sampai jodoh, kewangan pun dah cukup, nak tunggu apa lagi. Eh, bila majlis kau? Tak nak jemput aku ke? Kawan – kawan sekolah ada tak kau jemput?” Semakin becok mulut Liza bertanya itu dan ini. Hairan sebenarnya kenapa dia tidak tahu menahu tentang berita ini. Selalu juga dia berhubung dengan kawan – kawan sekolah, tapi tak ada seorang pun yang membuka cerita ini. Tapi, jika difikirkan, memang sudah agak lama Ayu menyepi. Sejak habis sekolah, Ayu memang jarang berhubung dengan teman – teman. Sejak kematian kedua ibu bapanya pula, langsung tiada khabar berita dari Ayu. Baru inilah mereka bertemu semula.
                “InsyaAllah, Sabtu ni akad nikah. Ahad pula resepsi di Hotel Pullman. Jemputlah datang. Kadnya ada kat rumah. Nanti kau datang rumah ambil kad ye. Tidur rumah Pak Long aku pun boleh. Temankan budak becok ni.” Ayu menjeling Munirah yang senyap sejak tadi. Takut dimarahi Ayu agaknya. Munirah hanya tersengih bila perasan dengan jelingan Ayu.
                “Wah… Resepsi di Hotel Pullman. Siapa bakal husband kau ni? Mesti orang kaya. Resepsi di hotel pulak.”
                “Tak adalah kaya. Rezeki dia. Resepsi tu combine dua belah. Akad nikah di rumah Pak Long, resepsi di hotel. Tak buat dah lah kat belah lelaki. Senang, kan. Jimat pun jimat. Boleh kongsi kos kat hotel tu.” Panjang lebar Ayu menerangkan. Kalau diikutkan, memang Mama dan Ayah Idraki ingin buat sekali lagi di hotel lain pula. Cuma dia dan Idraki yang tidak mahu adakan majlis resepsi sampai banyak kali. Dalam hal ini, memang mereka sependapat. Cuma dia yang jadi serba salah bila melihat wajah kecewa mama Idraki yang kini sudah dianggapnya macam ibu sendiri.
                “Untunglah kau, kan. Eh, aku nak kena balik. Dah petang ni, nanti mak aku bising. Oh ye, raya nanti kita nak buat reunion. Kau join eh. Bawak suami kau jugak. Ni, kad.. datang tau.” Liza mengambil kad dari dalam begnya dan menghulurkan kad itu kepada Ayu. Lambat – lambat Ayu mengambilnya. Sedikit berkira – kira ingin pergi atau tidak. Kali terakhir dia pergi pun, dua tahun selepas mereka tamat tingkatan lima. Itupun, sekejap sahaja kerana dia memang rimas berada di tempat orang ramai sebegitu.
                “Err… InsyaAllah. Berapa nak kena bayar ni?”
                “Nanti aku inform kau ye. No phone? Facebook? Twitter?” Liza sudah mengeluarkan telefon bimbit. Ayu memandang Munirah yang masih senyap sebelum menyebut satu persatu yang di minta Liza. Selepas menyimpan semua maklumat, mereka bersalaman dan Liza pergi meninggalkan mereka. Sebaik Liza hilang, Ayu memandang Munirah tajam.
                “What?” Tanya Munirah, pura – pura tidak faham walau dia tahu Ayu sedang marahkan dia.
                “Gatal sangat mulut tu, kenapa?” Marah Ayu, namun Munirah hanya pamer sengih. Bukan dia tidak tahu, marah Ayu tidak kemana. Paling tidak pun, dimarah waktu itu sahaja. Nak berleter panjang panjang macam dia? Memang bukan sifat Ayu.
                “Benda baik, kenalah kongsi kan.” Ringkas jawapan Munirah dalam sengih yang masih belum pudar.
                “Sengih, sengih. Ingat cantik sangatlah sengih macam tu?” Ayu sedikit membebel. Telefon yang bergetar di capai dari dalam poket. SMS dari Idraki. Terbit keluhan kecil dari bibir mungilnya. Kenapalah sejak dia di kampong ini, Idraki tidak henti – henti menganggunya? Kalau tidak menelefon, pasti ada sahaja SMS dari lelaki itu bertanyakan tentang keadaannya. Sedikit rimas dengan perhatian yang dirasakan berlebihan.
                Selepas menjawab SMS ala kadar, Ayu bangkit dari duduknya dan melangkah ingin pulang ke rumah. Langkah diekori Munirah yang terkial – kial turun dari pondok. Sesekali hairan melihat tingkah Ayu. Bukankah sepatutnya orang yang menanti hari bahagia akan tersenyum senang dengan perhatian yang diberikan oleh si jejaka pujaan hati? Tapi kenapa reaksi Ayu berlainan sekali?
                “Ayu..” Panggil Munirah sebaik dia dapat menyaingi langkah Ayu. Gadis disebelahnya Cuma menoleh dengan pandangan mata yang penuh tanda Tanya.
                “Kalau aku Tanya, kau jangan marah ye?” Munirah bertanya lagi. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya tapi untuk bertanyakan Ayu, dia gerun. Walaupun Ayu jarang marah, tapi kalau hatinya terluka, rajuknya susah nak dipujuk.
                “Apa?”
                “Err…. Err…”
                “Apanya, Mun? Kata nak Tanya, tapi tak Tanya pun.”
                “Kau jangan marah ye… Err… betul ke kau nak kahwin dengan Idraki sebab cinta ni?” Munirah bertanya lambat – lambat. Bimbang mengecilkan hati Ayu. Langkah Ayu terhenti dan dia tunak merenung Munirah. Membuatkan kawannya itu serba tidak kena.
                “Apa yang buat kau cakap macam tu?” Tanya Ayu serius. Hairan kenapa Munirah boleh bertanya soalan seperti itu. Adakah Munirah sudah mengesan kepincangan dalam hubungan dia dengan Idraki?
                “Err… Aku… Aku sebenarnya…” Munirah teragak – agak. Kepala yang tidak gatal di garu. Habis kusut rambut yang disisir cantik.
                “Cuba kau cakap betul – betul, Mun. Kenapa kau boleh Tanya aku soalan macam tu?” Tegas Ayu. Kegugupan Munirah membuat dadanya berdebar. Dia bagai dapat meneka maksud soalan Munirah.
                “Aku minta maaf, beb. Aku tak sengaja. Tak sengaja terdengar masa kau berbual dengan Idraki. Kenapa kau panggil dia encik? Dia bakal suami kau, kan. Takkan masih nak panggil encik?” Munirah menerangkan dalam takut – takut. Buntang mata Ayu mendengar bicara itu. Bila masanya yang Munirah mendengar perbualan dia dengan Idraki?
                “Sorry, beb. Aku memang tak nak campur urusan kau. Lebih – lebih lagi pasal Idraki. Tapi, bab kahwin ni bukan boleh buat main – main. Aku Cuma takut kau dengan Idraki – “
                “Kahwin kontrak? Macam dalam cerita – cerita novel sekarang ni? Please, Mun… “ Ayu mengeluh. Dia kembali meneruskan langkah, berharap Munirah tidak akan bertanya lebih lanjut.
                “Janganlah marah, Ayu. I’m being concern. Aku tak nak kau terjebak dalam benda – benda macam tu. Lagipun, aku tengok kau tak macam pasangan lain yang nak kahwin. Kau tau kan kalau kau ada problem, kau boleh cerita dengan aku.”
                “Pasangan lain tu macam mana? Aku dengan Id macam mana? This is more than you think, Mun. Tolong jangan sesakkan lagi kepala otak aku.” Ayu sedikit beremosi. Di asak dengan persoalan yang dia tidak mahu jawab, memang dia jadi cepat tension.
                “Aku Cuma nak tolong kau, Ayu. You know you can rely on me. Apa sebenarnya ni? Kalau kau bukan kahwin kontrak, kenapa? I don’t think you love him, isn’t it?” Munirah masih menduga. Liat benar Ayu ingin meluah rasa. Sedang dulu, Munirah lah orang pertama yang akan dicari jika Ayu ada sebarang masalah.
                “Cinta boleh dipupuk kemudian, kan? Everything is alright, Mun. Don’t worry, okey. Aku percaya, Idraki boleh jadi suami yang baik. Dia akan jaga aku.” Ayu memeluk bahu Munirah. Mengharapkan Munirah tidak bertanya lebih lanjut. Dia tidak mahu membuka pekung di dada. Dia malu andai ada orang lain tahu akan kekurangan dirinya. Kekurangan yang disebabkan oleh kealpaannya sendiri. Munirah melepas nafas panjang. Dia tahu, Ayu tidak akan buka mulut andai dia tidak mahu bercerita walau macam mana pun dia memujuk. Perlahan dia menganggukkan kepala.
                “Okey, aku percayakan. But, if anything happens, please jangan nak tanggung sorang. Okey?” Munirah menaikkan jari kelingking. Minta Ayu berjanji, sebagaimana biasa mereka dahulu jika berjanji sesuatu. Dengan senyum senang, Ayu mengaitkan jari kelingkingnya pada jari Munirah. Tanda janji sudah termeterai walau dalam hati, Ayu sendiri berjanji yang dia tidak akan memberitahu sesiapa tentang kekhilafan dirinya.
                “Err…. Beb. Kereta siapa kat depan rumah kau tu?” Munirah bertanya. Mereka sudah tidak jauh dari halaman rumah Ayu. Ayu turut memandang ke arah laman. Sebuah Honda Accord hitam matelik berhenti megah di tengah halaman. Melihat pada no plate dan seorang lelaki yang berdiri tegak disisi kereta, Ayu terasa ingin pengsan.
Bala apa pula yang dia kena hadapi kini?
*****************************************************************
                “Kenapa datang sini?” Marah nada suaranya. Wajah tampan itu dikerling sekilas sebelum dia membuang pandang. Sesak terasa nafas. Fikirnya, segala masalah akan selesai dengan keputusan dia, tapi ia masih mengekori walau kemana dia melarikan diri.
                “Abang nak jumpa Ayu.” Ringkas jawapan dari Luth Hakimi. Matanya masih merenung seraut wajah ayu itu. Rindunya dia pada empunya wajah itu hanya Tuhan yang tahu. Namun dia akur, kerana cintanya tidak bersambut. Walau dia dapat merasakan ada cinta di hati Ayu untuknya tetapi dia tidak faham kenapa Ayu menolaknya dan memilih Idraki.
                “Ada apa, bang? Sampai abang datang ke sini. Kan abang boleh jumpa Ayu di rumah.”
                “Ayu asyik larikan diri dari abang. Macam mana abang nak jumpa Ayu di sana?” Luth Hakimi bertegas. Rindunya pada Ayu sudah tidak tertahan. Dia sanggup buat kerja gila dengan datang ke mari semata – mata untuk bertemu Ayu. Ada sesuatu yang perlu dia beritahu Ayu sebelum hatinya dengan rela melepaskan Ayu ke tangan lelaki lain. Ayu mengeluh lalu mengurut dahi yang sakit tiba – tiba. Luth Hakimi tidak berhenti mengejarnya. Apa lagi yang ingin dia buat? Tidakkah dia sudah menghantar mesej yang jelas bahawa dia sudah menolak cinta lelaki itu?
                “Abang, please understand me. Ayu nak menikah lagi seminggu. Tak elok abang buat macam ni. Kalau Idraki tahu ni, macam mana?”
                “Don’t get me wrong, Ayu. Abang Cuma nak jumpa Ayu sebelum Ayu jadi isteri orang. Please, bagi abang peluang menghabiskan masa dengan Ayu sebelum Ayu menikah?” Terdengar lagi keluhan dari mulut Ayu sebaik Luth mengutarakan keinginannya. Pening dia dengan perangai lelaki di sekelilingnya. Idraki dengan sikap risaunya yang tak habis – habis. Luth pula dengan kehendak hatinya yang sukar untuk dia penuhi.
                Sedang letih memikirkan kehendak Luth, sebuah kereta Proton BML memasuki halaman rumah. Serentak keduanya berpaling. Munirah sudah lama hilang di dalam rumah, memberi peluang kepada Ayu dan Luth berbincang. Tersenyum lebar Ayu ketika Kak Lin keluar dari kereta sebaik enjin dimatikan. Anak – anak Kak Lin seramai 4 orang itu turut berlari keluar. Tanpa mempedulikan Luth, dia bergegas mendapatkan Kak Lin yang kelihatan hairan dengan kehadiran Luth. Renungan matanya pada Ayu jelas ingin tahu kenapa Luth turut berada di situ. Sedangakn selama ini, amat susah untuk sepupu – sepupu Ayu menjejakkan kaki ke sini. Memahami maksud renungan Kak Lin, Ayu hanya mengjongket bahu. Tidak mahu memanjangkan cerita.
                “Luth. Dah lama sampai?” Tegur Abang Syakir yang bertindak mendekati dan bersalaman dengan Luth. Huluran bersambut. Luth tersenyum kelat, terkilan kerana perbincangannya dengan Ayu terganggu dengan kehadiran abang Syakir sekeluarga.
                “Lama juga. Masa saya sampai, tak ada orang dekat rumah.” Jawab Luth bersahaja. Lenguh lutut juga berdiri lama. Melihat rumah yang tertutup rapat ketika dia sampai, dia tahu dia tiada pilihan selain menunggu di laman. Abang Syakir mengalih pandang pada Ayu sebaik mendengar penjelasan Luth. Kemana saja Ayu dan Munirah waktu petang begini? Bakal pengantin ni tak reti duduk diam agaknya.
                “Ayu dengan Mun pergi kebun. Dah lama tak jenguk sana. Lagipun Mun dah rindukan Jiman.” Selamba Ayu menjawab dengan sengih lebarnya. Mujur juga Munirah tiada bersama ketika ini, kalau tidak, mahu temannya itu berleter panjang.
                “Nak kemana – mana, kenapa tak beritahu abang dulu? Kamu tu dah nak bernikah, kalau jadi apa – apa, sapa yang susah?” abang Syakir menyatakan kebimbangan. Matanya kembali diarahkan pada Luth yang berwajah serius. Sepupu Ayu yang seorang ini memang jarang benar nak senyum. Serius 24 jam. Siapalah yang nak terpikat kalau wajah tu kelat setiap masa?
                “Jomlah naik dulu, Luth. Dah letih menunggu kat luar ni.” Abang Syakir menepuk perlahan bahu Luth Hakimi, kemudian mereka beriringan naik ke rumah kayu yang tersergam. Ayu hanya memerhati dan dia terkejut bila Kak Lin tiba- tiba menepuk bahunya.
                “Apa ke halnya abang kamu tu datang?” Tanya Kak Lin. Masih tidak berpuas hati. Mengenali Luth yang susah nak mesra dengan orang, tentu sahaja dia hairan kerana Luth sampai sanggup ke kampong. Ada hal pentingkah di Bandar sampai Luth ke sini?
                “Tak tahu… Ayu baru nak Tanya, Kak Lin dah sampai. Kacau daun.” Bohong Ayu, takkan nak diberitahu yang Luth Hakimi mencari dia hingga ke sini. Sanggup tinggalkan kerja semata – mata mahu menghabiskan masa dengannya sebelum dia bergelar isteri.
                “Iyelah kacau daun. Ingat sikit, kamu tu dah nak kahwin. Jangan nak menggatal dengan lelaki lain pulak.” Marah Kak Lin. Ayu tersenyum manja. Suka mengusik Kak Lin yang cepat benar naik angin bab ini. Bukannya dia tak sedar yang dirinya akan menjadi isteri orang. Cuma, dia suka melihat wajah Kak Lin bila berleter panjang.
                “Senyum macam tu, ingat comel sangat? Kamu ingat Kak Lin main – main ke? Jangan nak buat pasal dah dekat nak menikah ni. Laki kamu tu tak kurang sikit pun dari Luth.”
                “Iye, kak. Ayu ingatlah. Akak ni, Ayu gurau aje pun. Saja nak mengusik akak. Takkanlah Ayu nak skandal dengan sepupu sendiri.” Ayu ketawa dengan kata – katanya sendiri. Pipi tembam Kak Lin dicubit bila wanita itu menjeling geram.
                “Dah, jom naik. Kamu dah masak belum ni?” Kata Kak Lin sambil tangan mengusap pipi yang perit dicubit Ayu sebentar tadi. Tiga hari Ayu dan Munirah di kampong ini, macam – macam kerenah yang ditunjukkan budak berdua ni. kadang – kadang naik geram dengan perangai tak matang Ayu dan Munirah.
                “Belum. Nak tunggu akak masakkan ikan patin masak tempoyak.” Gurau Ayu lagi. Buntang mata Kak Lin mendengarnya. Sejak semalam, hanya itu yang disebut Ayu. Mujur, suaminya sempat membeli ikan patin tadi. Boleh juga dia penuhi keiningan Ayu.
                “Tak habis habis dengan ikan dia. Kalau nak makan, kena tolong akak masak. Jangan nak jadi pak pacak je tepi akak.” Marah Kak Lin. Letih mengajak Ayu belajar memasak, dia akhirnya mengeluarkan arahan. Ayu tersengih sambil menganggukkan kepala berkali – kali. Alah, kalau dia tak tolong pun, Kak Lin hanya boleh marah. Takkanlah Kak Lin nak rotan dia yang dah besar panjang ni.
                Namun, petang itu, memang Ayu dan Munirah benar – benar menolong Kak Lin di dapur. Sebab utamanya tentulah kerana Ayu mahu melarikan diri dari Luth Hakimi. Yang jadi mangsa adalah Munirah yang diseretnya supaya sama – sama memasak. Luth Hakimi dibiarkan di ruang depan rumah sambil ditemani Abang Syakir. Beberapa kali juga dia Nampak Luth Hakimi cuba menghampirinya tapi dia cepat mengelak.
                Ayu cuba seboleh mungkin untuk mengelak dari Luth, tetapi lelaki itu lebih panjang akal. Entah bila dia minta keizinan dari Abang Syakir dan Kak Lin untuk bawa Ayu keluar ke pekan malam itu. Itu pun bersyarat. Munirah dan anak – anak Abang Syakir kena ikut serta. Cuma, Munirah yang degil tak mahu ikut. Diberinya bermacam alasan. Sudahnya, penuh kereta Luth dengan anak – anak bujang Abang Syakir.
                “Kenapa nak jumpa Ayu sampai sanggup keluar malam ni?” Tanya Ayu tak puas hati. Ketika itu, mereka baru sahaja sampai di pasar malam pekan itu. Anak – anak Abang Syakir sudah hilang di telan orang ramai. Teruja barangkali ingin membeli barang kesukaan mereka setelah tadi Luth memberi mereka RM10 seorang.
                “Nak jumpa Ayu.” Tenang Luth menjawab. Dia bersandar di sisi kereta sambil mata masih tidak lepas dari merenung gadis kesayanganya itu. Sangat comel dalam T-shirt lengan panjang dan jeans hitam. Tudung bawal berwarna hitam tidak langsung mencacatkan seri wajah itu. Seri pengantin baru agaknya. Mengingati kenyataan itu, hati Luth terhiris pedih.
                “Nak jumpa kat rumah pun boleh. Apa yang sampai nak keluar pulak? Malu aje dengan Abang Syakir dan Kak Lin.” Protes Ayu lagi. Dia langsung tidak memandang Luth. Matanya masih liar memerhati orang ramai di pasar malam itu. Menjenguk anak – anak Abang Syakir yang entah kemana. Takut hilang. Nanti satu hal pula nak mencarinya.
                “I need to be alone with you. Tak nak ada gangguan sesiapa.” Jawab Luth. Spontan itu juga Ayu berpaling. Berkerut dahi mendengar jawapan itu.
                “Apa yang abang merepek ni? Nak berdua dengan Ayu. Sedar tak yang Ayu ni dah nak jadi isteri orang?” Sedikit tinggi suaranya. Geram dan marah. Bersusah payah dia untuk menjauhi Luth dan cintanya, namun Luth pula masih mengejar dia.
                “Please, Ayu. Give me a chance..”
                “No, abang. You, please understand. Ayu pilih Idraki, bukan abang.” Pantas Ayu mencelah. Menyangka Luth masih mahu menagih cintanya.
                “Ayu… abang redha jika Ayu pilih Idraki. Abang bahagia kalau Ayu bahagia. Tapi, maksud abang tadi, give me a chance to be with you, spend time with you sebelum Ayu jadi isteri.” Luth menerangkan dengan senyuman kecil. Terhibur hati melihat Ayu yang terkebil-kebil memandangnya sebelum mengalih pandangan kea rah lain. Semakin lebar senyumannya bila Ayu menutup muka, malulah tu.
                “Spend time sampai sanggup datang ke kampong ni? Funny..” Ejek Ayu dalam menutup malunya. Tapi, pelik juga. Lelaki gila kerja macam Luth, takkan sanggup tinggalkan kerja demi dia.
                “Apa yang lucunya?”
                Ayu mengangkat bahu. Dia kembali mencari wajah Luth. Tak pernah dia sangkal akan ketampanan wajah yng dimiliki oleh lelaki yang berada dihadapannya ini. Hingga sering kali juga dia leka dengan mata tajam milik Luth, namun dia segera sedar akan kekurangannya. Jadi, hatinya yang berlagu indah setiap kali dekat dengan Luth segera diusir pergi.
                “Apa yang lucunya, Ayu?” Luth mengulangi soalannya. Seketika, dia leka dengan renungan lembut dari mata bulat itu, tetapi dia tahu dia tidak pernah akan ada hak untuk terus menatap mata cantik itu.
                “Abang tu, gila kerja. Selagi embun tak turun, abang tak ingat nak balik rumah. Sekarang, tinggalkan kerja sebab nak spend time dengan Ayu?” Tanya Ayu, sinis. Namun kata-katanya disambut dengan gelak ketawa Luth.
                “Kenapa gelak?”
                “Now, my Ayu is back. Ayu yang asyik nak carik gaduh dengan abang.” Jelas Luth dalm sisa tawanya. Dan, jantungnya bagai luruh bila Ayu menjeling geram.
                “Hei, kat sana ada kedai makan. Kita pergi minum? Sementara budak- budak tu habis shopping.” Luth memberi cadangan.
                “Nanti dia orang carik kita, tak jumpa pulak.”
                “Tak apa. Tak jauh pun dari kereta. Kalau dia orang dah balik ke kereta, kita boleh nampak. Okey?”
                Ayu mengetap bibir. Bimbang dengan anak-anak Kak Lin yang dibiarkan bebas di tengah-tengah pasar malam yang sibuk. Sedangkan mereka berdua enak pula berborak di kedai makan. Pandangannya silih berganti antara Luth dan kedai makan.
                “Tak apa, Ayu. Lagipun, abang dah pesn dengan Along, kalau dah habis, balik ke kereta terus dan tunggu aje. Jangan kemana-mana lagi.” Luth msih memujuk. Ingin sangat meluangkan masa berdua dengan Ayu sebelum gadis itu bergelar isteri orang. Dia tahu, selepas minggu depan, hubungan mereka akan lebih terhad. Jadi, dia harus mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama.
                “Okeylah, tapi once dia orang balik, kita balik rumah.” Ayu memberi kata dua dan Luth mengangguk senang.

No comments:

Post a Comment