Thursday, 23 May 2013

Bab 21 : Ingin Ku Lafazkan Cinta



21.

                Segala – galanya telah selesai. Segala-galanya berjalan lancar. Majlis pernikahan yang berlangsung petang tadi telah memberi Ayu satu gelaran baru. Dia kini bergelar isteri. Hidupnya bukan lagi keseorangan tetapi kini seluruh kehidupannya harus diserahkan kepada Idraki yang kini bergelar suami. Sesekali keluar keluhan kecil dari bibir mungilnya. Nampak samar kehidupan masa hadapannya dengan lelaki itu walau Idraki melayannya begitu baik sekali. Tidak pernah meninggikan suara, apalagi menunjukkan rasa benci pada dia. Hanya kedinginan pada hubungan mereka. Dan hubungan yang dingin itulah yang membut dia rasa takut.
                “Dia dah selamat jadi suami kau, dik. Tak payahlah nak renung macam nak telan pulak.” Terkejut dengan teguran itu, Ayu menoleh. Kak Rianna berdiri di sebelahnya dengan sebuah senyuman mengusik. Pandangannya kembali pada Idraki yang leka beramah mesra dengan ahli keluarga barunya. Pak Long, Abang Luqman dan Abang Qays. Hanya Abang Luth yang tidak kelihatan. Dia mengukir senyuman hambar sebelum kembali menoleh pada Rianna.
                “Mana ada renung sampai macam tu, kak. Hairan jugak, cepat betul mesranya dengan dia orang semua tu.” Ayu beralasan, sedangkan dia sendiri tidak sedar dia sedang merenung suami sendiri dari kejauhan. Mana nak sedar kalau fikiran menerawang ke perkara lain.
                “Eleh…. Nak cover lah tu. Kau nak renung sampai tembus pun tak apa, Ayu. Dah sah jadi suami kau pun. Tapi, sabar-sabarlah kalau iye pun.” Rianna masih mengusik. Berkerut dahi Ayu. Sabar untuk apa? Kan semuanya sudah selesai.
                “Sabar kenapa?” Tanyanya lurus. Rianna ketawa, sepupu suaminya itu yang sudah dianggap seperti adik sendiri, memang agak lurus orangnya. Lebih – lebih lagi bila melibatkan hubungan suami isteri.
                “Hah! Ni dua beradik nak tolong kemas ke nak skodeng laki masing-masing. Amboi, bila akak cakap tak payah tolong, kamu degil. Sekarang, bila di bagi tugas, kamu duk tenung laki pulak ye. Bila nak siapnya kalau macam ni?” Suara lantang Kak Lin mematikan perbualan Rianna dan Ayu. Kak Lin memang di import khas dari kampong untuk memasak jamuan untuk majlis nikah hari ini. Mak Long yang berhajat benar untuk memasak sendiri jamuan pada hari pernikahan. Lagipun, majlis pernikahan hanya dibuat secara sederhana. Hanya ahli keluarga dan sanak saudara yang dijemput. Pada majlis resepsi esok, barulah ramai tetamu yang dijemput.
                Ayu dan Rianna tersengih malu. Tadi, bila Kak Lin melarang mereka untuk membantu mengemaskan perkakasan dapur yang digunakan, mereka galak memujuk. Sekarang, hanya sedikit pinggan mangkuk yang sudah di lap untuk di simpan. Sudahnya, dia asyik memikirkan perkara lain. Apa yang buat dia malu, Rianna dan Kak Lin menyangka dia sedang merenung Idraki pula.
                “Ayu yang skodeng laki dia, kak. Anna Cuma tengok aje apa yang Ayu dok asyik sangat renung laki dia. Nak kata handsome….. handsome lagi laki Anna kot.” Rianna bergurau. Pecah tawa Rianna dan Kak Lin bila Ayu membuntangkan mata. Wajahnya mula merona merah. Malu diusik begitu.
                “Alah, kamu pun samalah gatalnya jugak, Anna. Kalau tak gatal, tak adanyalah kamu tu jadi mak buyung sekarang. Dah Ayu, tinggalkan kerja tu. Pergi ajak laki kamu masuk bilik.”
                “Ha?” Terkebil-kebil mata Ayu melihat wajah Kak Lin. Masuk bilik? Matanya meliar mencari jam di dinding. Jarum jam menunjukkan angka sepuluh. Baru pukul sepuluh kot, takkan cepat sangat nak tidur? Aksi blur Ayu itu disambut dengan gelak tawa Rianna dan Kak Lin.
                “Cepatnya nak tidur? Baru pukul sepuluh tu, kan?” Ayu masih blur. Kak Lin tepuk dahi. Mata menjeling kearah taman dimana kaum lelaki masih rancak berbual. Pandangan jatuh pda Idraki. Lelaki yang baru beberapa jam menjadi suami Ayu itu, mesra melayan keluarga  Ayu. Sejak petang tadi, dia tidak Nampak bila masanya kedua mempelai ini berbual mesra. Ada tak ada pun, berbual sebentar Cuma sebelum Ayu melarikan diri ke ruang dapur membantu mengemas. Takkanlah Ayu takut dengan suami sendiri?
                “Dah… dah… tinggalkan semua ni. Pergi masuk bilik. Kesian laki kamu. Dari tadi tak rehat. Patutnya masa sekarang, kamu dah layan dia. Dah, pergi. Anna, kamu pun pergilah rehat. Dari pagi asyik sibuk aje, tak padan dengan mengandung.” Kak Lin menarik kain pengelap dari tangan keduanya. Dia mahukan Rianna berehat kerana kandungan yang berusia enam bulan itu meyebabkan Rianna cepat penat. Ayu pula, sebagai raja sehari tidak patut membantu. Tugasnya sekarang hanya untuk melayan suami.
                “Eh, nantilah kak. Idraki pun masih berbual tu. Nanti, dia nak tidur, Ayu masuk biliklah.” Ayu cuba menolak. Sekarang dia fahm maksud kata-kata Kak Lin. Namun, rasanya dia belum bersedia untuk menyerah pada Idraki.
                “Pergilah, Ayu. Idraki pun tunggu kamu agaknya tu. Pergi masuk dulu. Nanti Mak Long suruh dia berehat jugak.” Mak Long yang entah dari mana muncul, menyokong Kak Lin. Ayu kematian kata. Kalau dah Mak Long pun menyuruh dia masuk bilik, apa lagi yang dia nak jawab?
                “Sekejap lagilah, Mak long. Banyak lagi tak siap ni.”
                “Sudah. Tinggalkan aje. Ramai yang boleh tolong. Esok, kamu ada majlis lagi. Tak cantik pulak pengantin esok kalau muka Nampak letih. Pergi naik bilik. Anna, kamu pun naiklah rehat. Dah penat sangat ibu tengok tu.” Mak Long mengarah. Rianna yang mudah penat sejak mengandung Cuma mengangguk dan berlalu untuk naik ke biliknya. Cuma Ayu yang masih keberatan. Matanya memandang Idraki. Lelaki itu tidak pedulikannya langsung. Sejak tadi, tidak langsung menoleh kearah dia.
                “Pergilah, Ayu. Kamu dah masuk bilik nanti, cepatlah Idraki menyusul kamu tu.” Mak Long mengarah lagi. Melihat Ayu yang tekebil-kebil merenung Idraki, dia menggesa. Menyangka yang Ayu menanti Idraki untuk masuk bersama.
                “Err…. Er… iyelah, Mak Long. Ayu masuk dulu ye. Kak Lin, Ayu masuk bilik dulu ye. Sorry, tak siap pun kerja.” Ayu angkat punggung. Perlahan langkahnya menuju bilik. Otak sedang merangka idea untuk menolak jika Idraki tiba-tiba inginkan dia. Sehingga sampai ke dalam bilik, fikirannya masih buntu untuk menghasilkan idea. Dia mundar mandir di dalam bilik sehinggalah dia terdengar pintu biliknya di buka. Cepat –cepat pula dia duduk di birai katil. Menanti Idraki mendekatinya.
                “Kenapa belum tidur?” Soal Idraki sebaik dia melabuh duduk di sebelah Ayu. Wajah putih mulus itu direnung. Masih elok bertudung walau malam semakin larut. Bibirnya mengukir senyum bila Ayu malu –malu untuk memandangnya.
                “Err…. Err…. Tunggu encik kot.” Jawab Ayu gagap. Dia tiada jawapan sebenarnya. Matanya jadi tidak mengantuk bila memikirkan apa yang akan berlaku bila mereka berduaan sahaja di bilik ini.
                “Tak sabar nak tunaikan tanggungjawab?” Idraki mengusik. Lebar senyumannya bila Ayu spontan memandang dia. Jelas riak terkejut pada wajah itu. Namun kemudian, perlahan Ayu menundukkan muka.
                “Bukan macam tu. Mak Long cakap kena layan encik. Mana tahu, encik nak apa-apa sebelum tidur.”
                “Ada…. I nak you, boleh?” Ujar Idraki rapat di telinga Ayu. Semakin terkejut Ayu. Spontan dia menjarakkan diri.
                “Err…. Encik… err…. Saya….” Ayu kehabisan kata. Dia belum bersedia namun dia sedar, dia harus menyerah kalau Idraki inginkan dia. Cuma….
                Ayu berpaling melihat Idraki bila terdengar lelaki itu mengeluh. Perlahan jari Idraki menyentuh pipinya. Ayu cuba mengelak walau dia sedar, mereka berdua sudah tiada batas.
                “Please, Ayu. I’m your husband now. Tolong jangan panggil I encik lagi. This is not good for our marriage.
                “Sorry, saya dah biasa.” Pantas Ayu meminta maaf. Dikerling seketika Idraki yang masih merenungnya. Kalah dengan renungan tajam itu Ayu kembali menundukkan muka.
                “And one more thing. Kenapa masih bertudung ni? You dah sah jadi isteri I and I suami you. Kita dah halal, Ayu. Rambut you, bukan lagi aurat pada I, kan?”
                Tiada jawapan dari Ayu namun jari Ayu naik menyentuh tudung. Ingin membuka tudung seperti kehendak Idraki. Dia mengakui kebenaran kata – kata Idraki, Cuma hatinya masih kuat menolak. Masih belum biasa. Belum pun sempat jarinya mencapai kerongsang yang mengikat tudung, jarinya dipegang Idraki. Terkejut, dia membuang pandang pada wajah tampan itu. Berdebar hati tatkala jari mereka bertaut. Ayu sangat takut jika Idraki inginkan dia. Walau lelaki itu pernah menyentuhnya dulu, tapi kini dia tidak merasa selesa pula.
                “Jangan buat sesuatu kerana I yang suruh. I nak you ikhlas.” Idraki membawa jari Ayu yang dipegangnya ke bibir. Perlahan dia mencium jari halus itu. Semakin kuat jantung Ayu berdegup. Kucupan itu, mengingatkan dia pada kisah mereka. Kisah yang memaksa mereka berada dalam situasi sekarang.
                “You rehat dan tidurlah.” Idraki melepaskan pegangan dan di bangkit dari duduk. Berjalan menuju ke almari yang sudah dimuatkan dengan pakaiannya.
                “Encik nak kemana?” Tanya Ayu bila melihat Idraki menyarung sweater, kemudian mencapai wallet dan kunci kereta yang terletak elok di meja solek.
                “Siapa encik?” Idraki bertanya kembali. Tanpa memandang wajah Ayu, dia sibuk menelek wajah di cermin. Ingin memastikan wajahnya masih segar di waktu begini walau badan sudah diulit keletihan.
                “Err…. Maaf… Encik…. No, awak nak kemana?” Begitu susah Ayu cuba menukar panggilan. Sudah terbiasa dengan panggilan encik, agak janggal pula nak memanggil awak. Tersenyum Idraki dengan kekalutan Ayu. Setelah berpuaas hati dengan penampilan diri, Idraki melangkah ke pintu bilik pula. Wajah Ayu direnung sebelum dia membuka pintu.
                “I nak balik rumah parents sekejap. Nak tengok jika ada apa-apa yang I boleh tolong untuk majlis esok. You tidurlah dulu, jangan tunggu I, you pun mesti dah penat. Have a rest.” Ujar Idraki. Dia ingin membuka pintu ketika Ayu memanggilnya. Sekelip mata, Ayu sudah berdiri disebelahnya. Dipandangnya Ayu dengan tanda Tanya.
                “Saya teman en…. Awak ke bawah.”
                “No. Thanks….. I nak you rehat. Esok kita ada majlis yang lebih besar.”
                “Tapi….”
                “No tapi, tapi, sayang. Pergilah tidur. Kalau ada yang bertanya, pandai pandailah I menjawab.” Bagaikan faham dengan kerisauan Ayu, dia pantas membalas. Melihat wajah Ayu yang seakan tidak berpuas hati, Idraki meraih kepala Ayu. Dahi isterinya dikucup lembut.
                “Dah, pergi tidur. Jangan risau, I akan balik tidur sini jugak. Cuma, jangan tunggu I.”
                Ayu hanya memerhati Idraki yang hilang di balik pintu. Terkebil – kebil mata melihat bayang Idraki. Otak masih cuba mencerna perbuatan Idraki sebentar tadi. Agak janggal bila ada lelaki mencium dahinya. Janggal, namun anehnya, dia rasa tenang diperlakukan begitu. Dan, bagaikan terpukau dengan ciuman itu, Ayu hanya menurut kehendak Idraki.
*************************************************************************************
                Audi A7 milik Idraki menyusur perlahan membelah gelap pekat malam. Tiada apa yang perlu dikejar di rumah mewah yang baru menjadi mertuanya. Isterinya juga tentu sudah enak membuai mimpi. Memang itu kehendaknya sejak dia pulang ke rumah orang tuanya lebih 2 jam yang lalu. Dia ingin Ayu sudah lena ketika dia balik. Berada berduaan dengan Ayu di bilik berhias cantik dan serba wangi itu buat dia tidak keruan. Bilik khas untuk pengantin, tentu sahaja berhias cantik dan wangi, sesuai dengan mood pengantin yang ingin meraikan malam pertama. Cuma, bezanya, mereka berdua bukan seperti pasangan pengantin lain. Yang sudah tentu indah meraikan cinta. Mereka berdua sudah pun melalui malam pertama lebih setahun dulu. Sudah tiada istilah malam pertama untuk mereka berdua malam ini. Namun, dia tetap punya keinginan untuk membelai Ayu. Dia tetap ingin merasai kehangatan sentuhan Ayu seperti suatu waktu dahulu. Kerana peristiwa malam itu dan segala kenangannya masih kuat di ingatannya. Dan dia seribu kali sudi untuk mengulanginya lagi. Cuma dia sedar, Ayu mungkin tidak akan begitu mudah untuk menyerah seperti dahulu. Gadis itu menunjukkan sikap menolak sejak dari awal mereka bertemu semula. Walau setuju untuk bernikh akhirnya, tapi dia tahu, Ayu bersetuju hanya kerana ada sebab yang dia tidak pasti. Mungkin kerana Ayu menyayangi seseorang, namun kerana dirinya yang sudah tidak suci, maka Ayu sanggup bernikah dengan dia. Semata – mata tidak mahu lelaki yang Ayu cintai itu menaruh harapan pada dirinya.
                Bunyi deringan telefon blackberry mengejutkan Idraki dari lamunan. Pantas dia mencapai telefon dan sebaik melihat nama yang terpapar di skrin, Idraki mengeluh. Kenapalah gadis yang seorang ini tidak pernah jemu mengejarnya. Dia sudah bergelar suami. Dia sudah punya isteri, tapi kenapa Ayra masih tegar mengejarnya? Tadi juga, Ayra setia menanti dia di rumah mamanya. Ingin berbicara dan bila di layan, soalan Ayra hanya bertumpu pada pilihan dia. Kenapa Ayu yang dipilih menjadi isteri. Bukan Ayra. Kerana sudah pening dengan kerenah Ayra jugalah, Idraki ambil keputusan untuk balik awal. Sedangkan dia berkira – kira untuk menghabiskan masa di rumah orang tuanya agak lama sebelum balik. tidak mahu hatinya terseksa dengan gaya menggoda Ayu, dia pulang ke rumah orang tuanya. Tetapi, bila di rumah orng tuanya, Ayra pula yang asyik mengganggu. Sudahnya, dia terpaksa pulang awal. Deringan telefon dibiarkan tanpa dijawab. Ingin menyampai mesej yang dia sudah benar-benar tidak mahu melayan Ayra. Kalau dulu, boleh juga dilayan ala kadar. Tapi kini, dia suami orang. Hati dan jiwa raganya mesti diserahkan pada si isteri. Walau tiada rasa cinta buat waktu ini, namun dia percaya jika dipupuk, rasa cinta itu pasti hadir. Dan harapannya, biarlah rasa cinta itu untuk isterinya seorang.
                Sampai di perkarangan rumah mewah itu, idraki memakir kereta di antara deretan kereta yang bersusun. Dia matikan enjin, dan termenung seketika. Mata melirik ke tingkat atas, mencari yang mana satu bilik yang menempatkan Ayu sambil otak ligat berfikir. Bagaimana jika Ayu masih belum tidur? Bagaimana dia ingin berhadapan dengan Ayu tanpa ada rasa gelora di jiwa? Tarikan Ayu terlalu kuat walau isterinya itu lengkap bertudung. Meutup segala aurat dari di jamah oleh lelaki yang bukan mahram. Elok mengerling ke tingkat atas, matanya tertangkap susuk tubuh seseorang di balkoni tingkat dua. Puas diamati, akhirnya dia dapat mengecam yang itu adalah Luth Hakimi. Anak kedua encik Saiful yang kini menjadi mertuanya. Berkerut dahi melihat Luth berdiri termenung. Wajahnya bagai sarat dengan beban fikiran. Apa yang difikirkan oleh sepupu isterinya itu? Sejak awal berkenalan dengan keluarga Ayu, dia sedar Luth seorang yang amat dingin dengan dia. Ah, mana sempat nak berkenalan dekat kalau perkahwinan mereka dirancang dalam masa yang singkat. Seminggu selepas persetujuan Ayu, dia segera menghantar rombongan meminang. Terkejut beruk mama dan ayah ketika dia suarakan hasrat ingin meminang Ayu tapi ibu bapanya turutkan juga. Setelah persetujuan dicapai, mereka dinikahkan hari ini, genap tiga bulan selepas pinangan diterima. Makin terkejut ibu bapa dan ibu bapa saudara Ayu bila dia putuskan tidak mahu bertunang. Menikah terus dan majlis resepsi tiada pun dalam perancangannya. Bertengkar juga pada awalnya dengan mama kerana mama inginkan majlis resepsi besar-besaran. Alasannya, ini kali pertama dia menerima menantu. Dan, akhirnya dia mengalah. Mengalah kerana Ayu hanya mengangguk bila mama mendesak. Diikutkan juga kehendak mama bila Ayu kelihatan serba salah dengan desakan mama.
                “Baru balik, Id?” Teguran Encik Saiful mematikan lamunan Idraki yang jauh melayang. Dia mengukir senyum sambil kaki melangkah beriringan dengan Encik Saiful ke dalam rumah.
                “Ya. Maaf, Pak Long. Tak tolong kat rumah ni. Balik sana pula.” Idraki berbudi bahasa. Entah apalah fikiran orang tua itu. belum pun 24 jam dirumahnya, dia dah melarikan diri ke rumah mama. Nampak macam anak manja benar.
                “ Tak apa. Kat sana pun mesti banyak yang nak diuruskan. Kat sini ramai. Pak Long kerah semua staff datang tolong.” Encik Saiful menepuk perlahan bahu Idraki. Terlepas tawa kecil Idraki. Berlucu atau memerli Pak Long Ayu ni? Sekadar berbual ala kadar, Idraki segera minta diri untuk masuk ke bilik. Itupun sempat di usik oleh Encik Saiful. Terasa berbahang muka disuik begitu. Ah, kalau Ayu sudi, dia beribu kali sudi untuk menikmati malam pertama ini.
                Sebaik pintu bilik dibuka, matanya dijamu dengan suasana kelam bilik pengantin. Harum bunga rampai menyusuk hidung. Liar mata mencari kelibat Ayu. Dan, matanya terhenti di atas katil. Serentak itu juga kakinya terpaku di birai katil. Ayu, isterinya sedang enak tidur berselimutkan comforter tebal. Perlahan dadanya turun naik mengikut alunan nafas yang tenang. Perlahan juga Idraki memanjat katil. Mendekati Ayu yang tidur polos. Lena sungguh tidurnya. Mungkin juga kerana keletihan menghadapi pernikahan sejak pagi. Dia berbaring mengiring, menghadap Ayu. Tangan kanan menopang pipi. Ralit merenung Ayu yang ayu dalam tidurnya. Tiada lagi tudung yang menutup rambutnya. Dan harumnya rambut itu menarik perhatian Idraki. Rambut Ayu sudah panjang. Seingat Idraki, ketika kali pertama bertemu, rambut Ayu hanya melepasi bahu dan berombak besar. Memberi volume yang lebih pada rambutnya. Menyerlahkan wajah ayu bermata bulat dan berbibir mungil ini. Kali pertama bertemu? Kali pertama yang mencatit dosa antara mereka dan itu jugalah kali terkahir dia melihat Ayu tidak bertudung. Bila bertemu semula, Ayu sudah bertudung litup. Melindungi rambutnya yan cantik. Bukan setakat itu, Ayu tegar menutup keseluruhan auratnya. Pilihan pakaian Ayu setiap kali bertemu pasti yang longgar-longgar. Yang tidak menampakkan langsung susuk tubuhnya. Tapi, sebagai lelaki yang menceroboh hak privasi Ayu tanpa akad, tahu akan keindahan tubuh itu. dia masih ingat setiap lekuk tubuh itu yang menaikkan nafsu berahinya.
                “Astaghfirullahal azim….” Idraki mengucap panjang bila ingatannya jauh mengingati dosa semalam. Dosa yang membawa dia kepada pernikahan ini. namun entah kenapa, dia tidak menyesal langsung bila tekad mengambil Ayu sebagai isteri. Jarinya membelai rambut Ayu. Sungguh lembut dan harum. Kemudian beralih pula pada pipi Ayu. Sungguh mulus. Pipi yang pernah dikucup penuh dengan perasaan berahi. Dan akhirnya, jarinya membelai lembut bibir mungil itu. Bibir yang Berjaya buat dia hilang kawalan diri, hilang pertimbangan. Dan kini, bila Ayu sudah sah menjadi isteri, dia lebih tidak mampu mengawal diri. Wajah polos itu menarik minatnya. Wajah putih mulus itu membuat berahinya mula menguasai akal.
                “I’m sorry, sayang. For this.” Dia tunduk mencium pipi Ayu.
                “And this… I just can’t help it.” Idraki mencari sepasang bibir Ayu. Lama dia mengucup bibir yang basah. Serentak jantungnya berdegup kencang, inginkan lebih dari sekadar bibir yang kaku tidak memberi reaksi. Tanpa dapat dikawal, tangannya sudah membelit pinggang ramping milik Ayu. Namun, pergerakannya terhenti tiba – tiba. Idraki melepas nafas. Dia tidak patut mengambil kesempatan begitu. di saat Ayu sedang enak dalam tidurnya. Biarlah mereka sama – sama merasa nikmatnya. Ketika Ayu sedar dan bersedia sepenuhnya. Dan sehingga saat itu, dia rela menunggu.
                “Good night, sayang. Thanks, for being my wife.” Bisik Idraki, rapat di telinga Ayu. Isterinya bergerak sedikit. Umpama memberi reaksi pada kata – katanya. Namun, Ayu masih lena. Mungkin juga tadi sekadar membetulkan posisi tidur.
                Tersenyum Idraki bila Ayu kini mengiring menghadapi dia. Lama wajah mulus itu diamati sebelum dia brgerak ke bilik air. Ingin membersihkan diri sebelum menyertai Ayu di dalam mimpi yang indah.


No comments:

Post a Comment