Pernah jatuh cinta? Mesti pernahkan? Setiap orang pernah jatuh cinta dan ada cerita cintanya sendiri.Ini hanya cerita rekaan cinta untuk setiap perjalanan hidup kita...
Honeymoon suite yang disediakan khas buat pengantin baru yang mengadakan resepsi di hotel mewah Palace of The Golden Horses itu sepi. Sesepi dan sesunyi hati Dhamirah. Sudah lenyap segala kemeriahan majlis resepsi siang tadi. Sudah tiada mama dan papa yang dari tadi tersenyum bahagia. Sudah tiada Lily yang gigih menemaninya melalui saat – saat getir untuk berada dalam satu ruang dengan Haris. Yang tinggal hanya dia dan Haris kini. Haris yang leka menonton tv di ruang yang disediakan khas di bilik itu. Sedang dia, melayan rasa di bilik. Melayan angan di tingkap bilik itu sambil melepas pandang pada gelap malam dari tingkap bilik itu.
Terbayang wajah Haris, hatinya bergetar tiba – tiba. Gementar menjengah dan tubuhnya menggigil tanpa dapat di kawal. Berhadapan dengan lelaki itu setelah apa yang cuba dilakukannya memang amat sukar. Apa lagi bila terpaksa memaniskan muka di hadapan tetamu. Membenarkan Haris merangkul pinggangnya dan melakar senyum bahagia dihadapan tetamu sedang ketika itu kakinya sudah lemah. Setiap kali tangan lelaki itu menyentuh tubuhnya akan terbayang perbuatan lelaki itu di malam pertama dia bergelar isteri. Malam yang sepatutnya melakar saat indah antara sepasang suami isteri. Tidak terbayang bagaimana dia gigih melorek senyum dihadapan semua orang sedang hati menangis dan merintih pilu. Kini, terpaksa lagi berduaan bersama lelaki itu di bilik terasing ini. Menjemput gementar di hati, takut dan risau kalau Haris mengulang perbuatan malam semalam.
“Belum tidur?” teguran Haris membuat dia menoleh. Lelaki itu berdiri menyandar tubuh di pintu yang memisahkan bilik tidur dan ruang menonton. Matanya merenung Dhamirah tajam. Memerhati tubuh itu atas bawah. Menimbulkan rasa takut di hati Dhamirah.
“Be… be… belum. Abang dah nak tidur?” Dhamirah getar suaranya dalam setiap bicara. Semakin takut saat lelaki itu mengatur langkah menghampirinya. Berhenti di katil lalu melabuh punggung di situ.
“Tunggu aku?” Tanya Haris. Tegas dan garang.
“Err…. Err…” Dhamirah kehilangan kata. Tidak terfikir untuk menunggu lelaki itu untuk tidur sekali, tetapi akalnya buntu mencari alasan.
“Apa err…er…? Dah bisu?”
“Err…Tak…”
“Bukalah tudung kau tu. Rimas aku. Bukan aku tak pernah tengok rambut kau. Lagipun, tu bukan aurat lagi pada aku kan?” Garang Haris mengarah. Bukan dia rimas melihat Dhamirah masih bertudung litup. Kasihan pula melihat Dhamirah masih bertudung walaupun sudah tiada siapa di bilik itu. Selebihnya, dia teringin melihat lagi rambut ikal mayang itu. Lembut dan harum. Haris memejam mata seketika. Cuba membuang bayangan tubuh seksi yang cuba diperkosanya semalam.
Dhamirah tidak memperdulikan arahan itu. Bimbang Haris mengulang episod duka semalam. Tidak mahu melalui lagi saat – saat getir seperti semalam.
“Kau nak aku ulang apa yang aku buat semalam ke, Dhamirah?” Haris berbisik. Entah bila lelaki itu sudah berdiri terlalu rapat dengannya. Merenung dirinya dengan renungan jantan yang penuh nafsu. Spontan debaran dihatinya datang. Serentak itu dia menolak tubuh Haris dan dia menjauh sedikit. Kepalanya digeleng perlahan tanda tidak mahu.
“Then kenapa kau susah sangat nak buka tudung? Semua tu dah halal bagi aku. Kalau aku nak mintak lebih dari tu pun, kau kena bagi, kan?” Haris mengugut pula. Dalam diam gadis ini, ada degilnya rupanya, Haris merungut sendiri di dalam diri. Menguntum senyumnya saat Dhamirah laju membuka tudung yang melitupi kepalanya. Terurai rambut yang menwan itu. Haris telan liur, dengan rambut panjang mengurai begitu, Dhamirah kelihatan bertambah ayu, bertambah comel.
“Good… Dengar cakap aku. Ikut kehendak aku, kalau kau tak nak aku paksa kau… Macam semalam.” Bisik Haris di telinga Dhamirah. Jarinya mengelus lembut rambut Dhamirah. Membuat isterinya itu ketakutan. Dhamirah cuba menjauh tetapi Haris mencengkam kuat lengannya. Dia menyeringai. Sakit. Mata Haris yang tajam merenungnya tidak berani ditentangnya.
“Remember this, Dhamirah. Kalau tak nak aku kerjakan kau, baik kau ikut cakap dan kehendak aku. Aku boleh buat lebih dari semalam. Lebih lagi sampai kau tak rasa nak hidup lagi. So, belajar jadi isteri yang baik.” Gertak Haris sambil menepuk perlahan pipi mulus milik Dhamirah. Selamba dia berlalu ke katil dan membiarkan Dhamirah menangis sendu di tingkap bilik. Tidak sedikit pun perasaannya terusik dengan tangisan sendu isterinya itu.
Haris menghempas tubuh ke katil. Mujur juga dia telah menunaikan solat Isyak awal hari ini. Boleh juga merehatkan tubuh dan minda lebih awal. Dia keletihan mengharungi majlis perkahwinan selama dua hari ini. Lebih letih bila pengantin perempuan yang dinikahinya bukan gadis yang dicintai sepenuh hati sebelum ini.
“Oh… Find yourself a place to sleep.” Ujar Haris lalu mencampak bantal ke lantai. Tidak sudi berkongsi katil dengan Dhamirah. Tidak selera. Benarkah? Walhal, semalam dia yang berkasar, menginginkan tubuh kecil molek itu.
Hampir setengah jam Dhamirah menanti Haris benar – benar lena di katil bersaiz king itu. Bimbang untuk bergerak kerana takut Haris belum tidur dan mengugutnya dengan entah apa – apa lagi yang bisa buat dia kecut perut. Apa yang dikatakan oleh Haris setengah jam lalu benar – benar buat dia buntu. Itukah harga yang perlu dia bayar untuk kesalahan yang ditinggalkan oleh Dania? Dhamirah mengeluh perlahan. Cuba bertenang, cuba untuk tidak membayangkan sebarang perkara buruk seperti yang diugut Haris tadi. Dhamirah menarik nafas panjang. Dengan perlahan dan hati – hati, dia bergerak ke bilik air. Ingin menunaikan kewjipan terakhir untuk malam ini dan seterusnya mendirikan solat hajat dan istikharah. Ingin mengadu pada Yang Esa. Pada yang sudi mendengar pada setiap keluh kesahnya.
Inai yang sudah memerah di jari jemarinya direnung kosong. Baju kurung moden bertatah labuci juga sudah tersarung di badannya. Wajahnya sudah dioles oleh mak andam yang sepatutnya merias wajah Dania. Mengenang kakak yang sangat disayanginya itu, air matanya hampir menitis. Saat ini, dia tidak tahu ingin meletakkan kesalahan pada siapa. Barulah dia faham kenapa semalam Dania beriya – iya menyuruh dia mencuba pakaian nikah itu, bersungguh – sungguh Dania inginkan dia turut sama melumur inai penuh di jari. Rupanya, ini onar yang di buat Dania.
“Mira, jangan sedih sedih macam ni. Akak dah elok – elok make up Mira ni, nanti kena air mata tu, rosak pulak make up tu. Nanti dah tak cantik nak menikah.” Kak Liza yang bertugas menegur Dhamirah. Cuba untuk menceriakan pengantin yang bermurm sejak tadi. Bila dia sampai awal petang tadi, dia sendiri terkejut bila yang menantinya ialah Dhamirah, bukan Dania. Namun dia tidak bertanya apa – apa. Terasa tidak wajar dia masuk campur urusan keluarga itu. Tugasnya di sini hanya untuk menyolek pengantin dan menyiapkan segala – galanya tentang perkahwinan ini.
“Maaf, kak. Tak sedar..” Dhamirah mengukir senyum tawar. Air mata yang bergenang di tubir mata, di kesat dengan kertas tisu. Dia hanya membiarkan Kak Liza menyapu air mata yang tersisa dan kembali merias wajahnya. Rimas, memang rimas bila segala alat solek di coret dimukanya, namun dia hanya mendiamkan diri. Tiada rasa gembira di hatinya kini.
“Mira!!” Suara jeritan yang dikenalinya itu membuat dia pantas berpaling ke arah pintu. Segera bibirnya mengukir senyum dan membalas pelukan temannya itu yang meluru mendapatkannya.
“Apa cerita ni? Macam mana kau pulak yang nak menikah ni?” Tanya Lily sebaik pelukan dilepaskan. Sungguh dia terkejut apabila dia sampai dan bertanya kepada Puan Haryani dimana Dhamirah, Puan Haryani menyuruh dia menemani teman baiknya itu di bilik pengantin.
“Panjang ceritanya, Lily. Aku…. Aku..” Mati kata – kata Dhamirah di situ. Air mata sudah tidak dapat ditahan. Dibiarkan sahaja mengalir laju di pipinya. Lupa sudah pada pesanan Kak Liza sebentar tadi.
“Erm… Akak keluar dululah. Kau orang berdua berceritalah dulu tapi jangan lama sangat. Akak nak kena touch up balik muka Mira ni. Habis make up sebab asyik menangis je dari tadi.” Mengerti akan kehadirannya tidak diperlukan di sini, Kak Liza meminta diri. Dia Cuma tersenyum bila Dhamirah mengucapakan kata maaf sebelum dia keluar. Kini, hanya dia berdua di dalam bilik bersama Lily, teman baiknya.
“So, apa ceritanya ni. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba – tiba kau pulak yang kahwin ni? Kak Nia mana?” Tanya Lily tidak sabar.
“Kak Nia dah lari, Lily.”
“What?! So, apa pasal pulak yang kau pakai baju pengantin ni?”
“Mama minta aku gantikan tempat Kak Nia…” balas Dhamirah perlahan. Air matanya semakin laju turun membasahi pipi. Lily beristighfar perlahan. Kenapa ini pula yang harus ditempuhi oleh temannya itu? Takkan kerana Dania yang sepatutnya bernikah melarikan diri, Dhamirah pula yang harus menjadi galang ganti.
“Kenapa kau setuju? Ini masa depan kau, Mira. Bukan kau saja, abang ipar tak jadi kau tu jugak. Macam mana kau nak hidup dengan dia kalau kau tak cintakan dia?” Bertalu – talu soalan dari Lily. Hairan memikirkan bila Dhamirah begitu senang bersetuju dengan rancangan gila ini.
“Aku tak nak kecewakan mama dan papa aku, Lily. Mama dah cukup sedih dengan perbuatan Kak Nia… Aku… Aku…. Tak sanggup tengok mama menangis lagi, Lily.” Esakan terdengar dari bibir Dhamirah. Melihat air mata mama, hatinya terseksa. Melihat wajah duka papanya, jiwanya luka. Jadi, dia sanggup korbankan apa saja asalkan wajah mama dan papa gembira seperti sebelumnya. Dia sanggup waima masa depannya sekali pun.
Melihat air mata yang tidak henti – henti mengalir dari mata Dhamirah, Lily segera memeluk temannya itu. Dia sedar, Dhamirah perlu sokongan seseorang ketika ini. Lily faham dengan sifat Dhamirah, sangat mudah jatuh kasihan pada setiap insan di sekelilingnya. Kini, ibu dan bapanya pula yang menderita, tentu sahaja Dhamirah tidak sanggup melihat kedua – dua orang kesayangannya itu menangis dan bersedih. Dia tahu Dhamirah sanggup berkorban nyawa demi mereka berdua walaupun mereka bukan ibu bapanya kandungnya.
“Kalau itu keputusan kau, kau kena redha, Mira. Mohon pada Allah agar dimudahkan semuanya.” Pujuk Lily, masih tidak meleraikan pelukan. Membiarkan Dhamirah melepaskan rasa di bahunya. Dia ingin Dhamirah menangis puas – puas agar hilang segala kesedihan di hati.
“Tapi aku tak boleh terima abang Haris. Dia Cuma abang ipar aku, dia jugak tak pernah suka aku. Aku tak boleh, Lily. Aku tak boleh.” Ngongoi Dhamirah di dalam pelukannya. Hatinya semakin rawan mengenangkan kehidupannya bersama Haris. Di tambah lagi dengan sikap dingin Haris terhadapnya.
Lily meleraikan pelukan. Bahu Dhamirah dipegang dan dia mengangkat sedikit dagu Dhamirah agar gadis itu memandangnya.
“Berdoalah pada Allah, Mira. Lepas semua ni selesai, kau solat Istikharah, minta Allah bagi petunjuk. Minta pada Allah semoga ikatan kau berdua diberkati dan akan bahagia.”
“Tapi….”
“Jangan pernah curiga, Mira. Allah punya perancangan yang kita tak akan pernah duga. Mungkin dah memang jodoh kau dengan dia. Dan, mesti ada hikmah di sebalik semua ni kan…” Lily masih tidak jemu memujuk. Dia ingin jadi sumber kekuatan pada gadis itu.
“Dah ke? Cepatlah… pengantin lelaki dah nak sampai ni. Tengok muka kamu tu. Ya Allah…. Habis make up kamu, Mira. Cepat, akak kena touch up balik ni.” Kak Liza yang tiba – tiba menyampuk menghentikan drama air mata dua sahabat itu. Cepat Dhamirah mengesat air matanya dah menadah muka kepada Kak liza.
“Maaf, Kak Liza. Tak sedar tadi..” Kata Dhamirah. Memang tadi dia terlalu ikutkan perasaan hingga terlupa pada pesanan Kak Liza.
“Haish… Nak touch up balik ni, akak tak kisah. Tapi mata kamu ni, dah naik bengkak ni. Macam mana nak menikah nanti ni? Nanti time batal air sembahyang, laki kamu Nampak, tak seronok la. Mesti dia ingat kamu tk gembira menikah dengan dia.” Leter Kak Liza sambil tangannya lancar mencoret itu dan ini di wajah Dhamirah. Wajah Dhamirah putih mulus. Tiada sebarang kecacatan di wajah itu membuatkan tugas menyolek gadis itu agak senang. Tidak perlu make up yang tebal – tebal. Solekn nipis sahaja sudah cukup untuk menyerlahkan lagi wajah cantik Dhamirah.
“Dia tak kisah kot, kak.” Balas Dhamirah dalam ketawa kecil. Tentu sahaja Haris tidak akan peduli. Dia bukan insan kesayangan Haris. Mereka bersatu Cuma atas keinginan orang tua. Orang tua Dhamirah yang lebih tepat.
“Apa pulak tak kisahnya… orang menikah nak cantik cantik, kamu pulak menangis tak henti henti.”
“Ituorang lain, kak.” Dhamirah masih menjawab, namun tidak lama kerana di luar sudah kecoh tentang kehadiran pengantin lelaki. Kak Liza menyiapkan solekan terakhirnya sebelum mengarahkan Lily membawa Dhamirah turun ke pelamin mini untuk acara akad nikah dan seterusnya acara membatalkan air sembahyang. Dia pula cepat – cepaat turun untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.
“Jom. Sabarkan hati, ok. Istighfar dan zikir banyak banyak. Moga semuanya dimudahkan Allah.” Bisik Lily di telinga Dhamirah sebelum mereka sama – sama melangkah keluar dari bilik pengantin itu.
Dhamirah dibawa ke pelamin mini yang hanya disediakan pentas untuk dia duduk bersimpuh disitu. Menanti akad keramat yang akan menukar status dirinya sebentar lagi. Haris yang sudah duduk bersila di hadapannya dipandang sekilas, cuba mencari wajah itu. Namun tidak Berjaya kerana lelaki itu membelakanginya.
Acara akad nikah berjalan lancar. Dengan sekali lafaz, Dhamirah kini bergelar isteri. Bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah diimpikannya. Terdengar suara berbisik sebaik terdengar Haris menyebut nama pengantin perempuan. Tentu sahaja mereka yang mengenali Dania berasa keliru dengan nama yang disebut oleh Haris itu.
Usai berdoa, Haris bangun dari duduknya untuk acara pembatalan air sembahyang pula. Melihat langkah Haris, Dhamirah menundukkan muka. Tidak tahu bagaimana ingin menatap wajah itu. Ada keraguan tentang bagaimana dia ingin melalui kehidupan dengan lelaki yang baru beberapa minit menjadi suaminya itu.
“Hulur tangan kau..” Bisik Lily bila Haris sudah duduk dihadapannya. Bersedia untuk meyarungkan cincin tetapi Dhamirah tidak bereaksi, kaku di tempatnya. Bagai tersedar, cepat Dhamirah menghulur tangan. Pantas di capai Haris dan menyarungkan cincin bertatah berlian sebentuk itu di jari manisnya. Jarinya yang sedia sejuk dirasakan semakin sejuk saat kulitnya tersentuh kulit Haris.
“Salam dan cium tangan suami tu..” Kali ini, Kak Liza pula yang berbisik di teinganya. Sejak bila Kak Liza ada disebelahnya, dia sendiri tidak pasti. Bagai orang bodoh, Dhamirah hanya mengikut sahaja arahan Kak Liza. Tangan Haris dicapai dan dicium penuh hormat. Lama dia berkeadaan begitu bila terdengar suara – suara yang menyuruh dia kekal begitu untuk dirakam saat itu.
Belum hilang rasa kekok kerana ini kali pertama dia bersalam dan mencium tangan lelaki yang asing dengannya, dia kini dikejutkan pula dengan tingkah Haris yang memegang dagunya dan mengangkat wajahnya menghadap lelaki itu. Dia memejam mata, tidak berani bertentang mata dengan Haris. Namun hanya seketika kerana tiada tindakan dari suaminya itu. Dia lantas membuka mata dan benda pertama yang muncul dihadapanya adalah wajah Haris. Merenungnya asyik tanpa sebarang riak di wajah itu. Lama mereka bertentangan mata sehingga menimbulkan perasaan aneh di jiwa Dhamirah.
“Ciumlah dahi pengantin perempuan tu.” Terdengar suara seseorang yang meminta Haris mengucup dahi Dhamirah. Mungkin sudah bosan kerana terlalu lama menanti aksi itu dilakukan Haris. Tersentak dengan teguran itu, Haris segera mengucup dahi Dhamirah. Juga cukup lama untuk membenarkan jurugambar merakam aksi mereka.
Acara mengambil gambar kenang kenangan pengantin dengan tetamu dan ahli keluarga berlangsung selepas itu. Tetamu juga sudah ada yang menjamu selera tetapi pasangan pengantin masih sibuk mengambil gambar. Majlis malam itu berjalan lancar hingga lewat malam.
Usai majlis, Dhamirah naik ke biliknya untuk berehat. Itu pun, dia ditegur Puan Haryani kerana laju sahaja langkahnya menuju biliknya. Lupa yang dia kini terpaksa berkongsi bilik dengan Haris di bilik pengantin. Ingin memberontak, tetapi dia sedar, dia kini bukan bujang lagi. Dia sudah bergelar isteri. Keseluruhan hidupnya kini berpusar kepada Haris sahaja.
Ketika dia melangkah masuk, Haris sudah berada di bilik itu. Di saat terakhir solatnya. Mungkin menunaikan solat Isyak yang tertangguh kerana majlis yang berlangsung tadi. Panjang doanya selesai bersolat sementara Dhamirah hanya menanti lelaki itu selesai berdoa. Tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan Haris. Ingin menegur juga dia tidak tahu hendak berkata apa. Janggal terasa bila terpaksa berdua – duaan dengan lelaki asing di dalam satu bilik. Eh? Masih asingkah lelaki itu di dalam hidupnya kini? Sudahnya, dia hanya tunduk menanti Haris menegurnya dahulu. Persalinan pengantin pun masih tidak dibukanya. Tidak mahu Haris melihat auratnya. Malu jika semuanya terdedah didepan lelaki itu sedangkan lelaki itu kini sudah punya seratus peratus hak ke atas dirinya.
“Nak tidur dengan baju kurung tu ke?” Tegur Haris tegas sambil menyangkut sejadah di tempat sidaian. Sebaik selesai berdoa tadi, dia perasan kehadiran Dhamirah yang duduk di birai katil. Diam tidak berkutik. Segala – galanya rasa janggal sedangkan sepatutnya kini dia sedaang meraikan cinta bersama Dania. Bukan Dhamirah.
“Err…. Kejap lagi Mira tukar. Abang dah nak tidur? Mira boleh siapkan katil.” Dhamirah bangun dari katil. Segera dia mengalihkan segala perhiasan yang berada di atas katil. Dia sendiri hairan kenapa perlu segala perhiasan itu diletakkan di atas katil. Untuk tidur sahaja pun. Semak.
“Kalau iye pun, tukarlah baju tu dulu. Semak mata aku tengok.” Haris sinis. Dia melabuh punggung di sofa yang tersedia di sudut bilik itu. Terdengar ganti nama yang diguna Haris, terhenti kerja Dhamirah. Aku? Kenapa bertukar pula? Sebelum ini elok sahaja lelaki itu membahasakan dirinya abang. Kenapa sekarang ‘aku’ pula?
“Tak payah susah – susah nak kemaskan. Aku tak tidur sini.” Haris bangun dari tempat duduknya. Selamba membuka baju melayu ditubuhnya lalu mencapai T-shirt di dalam begnya. Malu melihat Haris membuat free show itu, Dhamirah segera berpaling. Mukanya terasa membahang tiba – tiba tetapi kata – kata Haris sebentar tadi cuba dicerna oleh mindanya.
“Tak tidur sini? Maksud abang?” Dhamirah menoleh, berharap Haris sudah selesai menukar baju namun lelaki itu masih belum mengenakan pakaian ke tubuh sasanya. Cepat – cepat Dhamirah berpaling semula.
“Kau ni bengap ke apa? Aku nak balik rumah aku. Tidur kat bilik aku. Ingat aku hadap sangat ke nak tidur kat sini dengan kau?” Suara Haris meninggi namun masih di kawal agar tidak kedengaran hingga ke luar bilik. Tidak mahu pertengkaran mereka didengari oleh ibu dan bapa mertuanya.
Hampir menangis Dhamirah mendengar kata – kata Haris. Dia tahu Haris terpaksa menikahi dia. Dia sedar tiada sekelumit perasaan Haris terhadapnya. Dia juga tidak mengharapkan apa – apa dari Haris, namun janganlah dilayan dia umpama sampah. Janganlah disakiti lagi perasaan mama dan papanya dengan tindakan tidak masuk akal suaminya ini.
“Mira tak mintak abang tidur dengan Mira. Mira tak boleh halang kalau abang nak balik tidur rumah abang, tapi tolong fikirkan mama dan papa. Apa yang dia orang akan cakap kalau abang balik lewat malam ni?” Dhamirah cuba menerangkan. Biarlah kalau Haris menyuruh dia tidur di lantai bilik ini sekalipun. Dia sanggup asal sahaja perasaan mama dan papanya tidak lagi sedih dan terdera.
“Memang kau tak boleh halang apa yang aku nak buat. Apa yang aku heran dengan mak bapak kau? Masa perempuan tu lari tinggalkan aku di hari nikah, masa bapak kau datang merayu mintak aku menikah dengan kau sebagai ganti sebab tak nak malu, ada kau fikir pasal aku? Apa dia orang tak fikir apa yang aku rasa?” Haris melepas rasa. Sebal di hati sudah di pendam sejak pagi. Sejak mengetahui Dania lari menginggalkan dia. Sekarang, dia ingin membalas dendam. Dia ingin Dhamirah dan seluruh keluarganya rasa apa yang dia rasa.
Menitis air mata Dhamirah saat mendengar kata – kata Haris. Tidak mampu lagi di tahan. Haris umpama tiada perasaan saat menuturkan semua itu. Lebih menghiris hati bila Haris selamba membabitkan orang tuanya. Orang yang terlalu banyak berjasa pada dirinya.
“Abang Haris… Tolonglah. Kalau abang dendam pada perbuatan Kak Nia, tolong jangan babitkan mama dengan papa. Kalau abang nak balas dendam, balas pada Mira. Jangan buat mama dan papa Mira sedih lagi.” Rayu Dhamirah dalam sendunya. Belum habis kesedihan kerana terpaksa berkahwin, kini Haris menambah derita dihatinya dengan kata – katanya sebentar tadi.
Haris berpaling menghadap Dhamirah. Air mata yang laju mengalir di pipi gadis itu langsung tidak menyejukkan hatinya. Geram dan marah bercampur baur.
“Memang aku nak balas dendam. Kakak kesayangan kau tu bukan aje malukan aku tapi seluruh keluarga aku! Dia lari dari rumah di hari nikah. Dia buat mummy dengan ayah aku bergaduh. Dia buat aku benci pada kau, pada semua keluarga kau. Tau tak?!” Haris membentak kuat. Kedua lengan Dhamirah di paut kuat dan digoncangnya tubuh kecil molek itu demi melepaskan amarah.
“Tolong jangan benci mama dan papa. Kalau abang nak balas dendam, buat pada Mira je. Jangan libatkan mama dan papa. Mira yang salah, bang. Mama dan papa tak salah. Kak Nia tak salah..” Tersedu – sedu Dhamirah merayu. Dia rela diperlakukan apa sahaja oleh Haris, asal jangan dibabitkan dengan Puan Haryani dan Encik Mazlan.
“Kau nak membela sangat perempuan tu kenapa?!” Haris menjerit. Tubuh Dhamirah dilepaskan kuat hingga gadis itu terdorong ke belakang. Esak tangis Dhamirah semakin sendu kedengaran, membuat Haris semakin tertekan. Amarahnya juga mendadak naik tanpa dapat di tahan lagi.
“Kau nak sangat bertanggungjawab, kan? Nak sangat? Balas pada kau seorang, kan?” tempelak Haris lagi lalu dia mencengkam lagi kedua belah lengan Dhamirah. Tubuh itu dihadapkan di hadapannya. Riak ketakutan jelas terpamer di wajah Dhamirah namun itu sedikit pun tidak Berjaya menyejukkan hati Haris.
“Nak sangat, kan?!” Haris menarik kasar tudung yang melitupi kepala Dhamirah. Terjerit gadis itu tetapi mulutnya segera ditekup Haris. Tidak mahu perbuatannya itu sampai di dengari oleh orang diluar sana. Rambut Dhamirah yang terurai panjang sebaik tudungnya terlepas membangkitkan nafsu Haris. Sepanjang mengenali Dhamirah, inilah kali pertama dia dapat melihat rambut gadis itu. Rambut ikal mayang itu lembut beralun ketika tubuhnya digoncang kuat.
Tubuh Dhamirah ditarik kuat ke katil. Di situ, dia menghempaskan tubuh kecil molek Dhamirah ke katil. Tanpa sempat bangun, tubuh Dhamirah sudah dihimpit Haris. Gementar Dhamirah ketika tubuh sasa itu melekap di tubuhnya. Tidak pernah seorang lelaki pun berani berbuat begitu terhadapnya. Menggigil tubuhnya saat bibir Haris galak mencari sasaran. Dari pipi, hidung, bibir sampai ke leher. Dhamirah meronta – ronta. Tidak rela diperlakukan begitu oleh lelaki yang bergelar suaminya.
“Jangan… Lepaskan Mira! Lepaskan!” Dhamirah minta dilepaskan. Antara jeritan dan rayuan, dia cuba meloloskan diri dari cengkaman Haris tetapi kudrat Haris terlalu kuat untuknya. Dia masih meronta tetapi, semain kuat dia meronta, semakin lemah dirasakan tubuhnya. Sedangkan Haris semakin rakus ingin menakluki sekeping tubuhnya.
“Lepaskan, Mira… Abang tolonglah lepaskan Mira. Jangan buat Mira macam ni..” rayu Dhamirah lemah. Tubuhnya semakin lesu. Rontaannya beransur perlahan. Dia tidak mampu melawan lagi, hanya rayuan yang mampu dia buat. Semoga lembut hati Haris mendengar rayuannya itu.
“Kau nak tanggung semua kesalahan perempuan tu kan? Kenapa sekarang merayu pulak?” Bisik Haris di telinga Dhamirah. Desah nafasnya jelas menunjukkan nafsu yang harus dipuaskan. Semakin gementar Dhamirah mendengar bicara Haris. Air mata tidak henti – henti mengalir dari tadi. Haris tiada tanda – tanda akan berhenti, sebaliknya semakin rakus mencium dan menjelajah seluruh tubuhnya.
“Ya Allah, Kau lindungilah aku.” Tutur Dhamirah perlahan sebelum dia merelakan dirinya diperlakukan sesuka hati oleh Haris. Namun ketika itu juga tindakan Haris mati. Lantas lelaki itu menjarakkan dirinya dan menjauh hingga ke tingkap. Dia meraup wajah lalu melurut rambut yang sudah kusut. Bagai tersedar dari tidur saat dia mendengar biacara Dhamirah sebentar tadi. Mendengar kalimah Allah, hatinya tiba – tiba tersedar. Tidak sangka dia tidak mampu mengawal marah hingga hampir meragut kesucian gadis itu. Gagal mengawal rasa hati hingga syaitan hampir – hampir Berjaya menggodanya untuk membuat dosa.
Haris mengerling Dhamirah di atas katil. Gadis itu sudah menyelubung diri dengan comforter di atas katil dengan esak tangis yang belum berhenti. Dia beristighfar panjang. Hampir sahaja dia memperkosa gadis itu tadi. Walau gadis itu kini sah bergelar isteri namun tidak seharusnya dia meragut kesucian gadis itu dengan kasar. Setiap hubungan jasmani harus dengan kerelaan dua belah pihak. Jika tidak, masih dikira memperkosa. Berasakan dia tidak boleh berada satu bilik dengan Dhamirah, pantas Haris mengambil begnya lalu melangkah keluar. Dhamirah tidak dihiraukan, malah isterinya juga sudah tidak menghalang.
Tangisan Puan Haryani masih tidak berhenti. Sejak tadi, tangisannya masih kedengaran, malah, kadang-kala semakin menjadi – jadi pula. Dia kelihatan semakin lemah kerana terlalu lama menangis.
Sudahlah, Yani. Kamu menangis macm ni pun, tak boleh selesai masalah. Cuba kamu bertenang, istighfar banyak-banyak. Ingat Allah.” Mak Long yang dari tadi menemani Puan Haryani cuba memujuk. Sejak tadi, dia hanya berdiam diri, namun semakin lama, semakin teruk pula keadaan adiknya itu.
“Macam mana Yani nak tenang, Kak Long. Majlis nak mula petang ni. Dania boleh buat hal pulak. Mana Yani nak letak muka dengan jemputan. Apa Yani nak jawab dengan Haris dan orang tuanya tu…” Puan Haryani mengongoi. Sebak dirasakan dengan perbuatan Dania. Segalanya telah siap sedia tetapi dia pula yang membuat hal.
Dhamirah yang mendengar, Cuma membisu. Dia memeluk bahu Puan Haryani, cuba menenangkan ibunya itu. Tidak menyampuk kerana rasanya dia tidak punya hak untuk bersuara dalam hal itu. Surat yang di dalam genggaman Puan Haryani, di tarikny lembut. Sekali lagi dia membaca tulisan Dania dalam surat itu. Dia memejam mata selesai membaca, teringat sinaran mata Dania yang kelam. Terbayang keresahan Dania dalam setiap senyumannya. Sungguh Dhamirah tidak menyangka. Sangkanya, semua itu kerana Dania gementar untuk bergelar isteri orang, namun rupanya ada hal yang lebih besar dari itu.
“Yani tak faham dengan Nia tu. Dulu beriya bercinta dengan Haris. Belum habis mengaji, dah dibawanya Haris jumpa kami, konon nak menikah cepat-cepat. Dah puas dipujuk tunggu sampai dia grad, sampai dia dapat kerja. Bila kita setuju nak nikahkan dia orang berdua, ini pulak yng dibuatnya.” Puan Haryani membebel dalam sendunya. Mak Long dan Dhamirah hanya mendengar, membiarkan Puan Haryani meluah rasa atas sikap anak sulungnya.
“Budak tu ada masalah agaknya, Yani. Tu yang dia lari tu. Tak sedia lagi nak kahwin agaknya.” Mak Long cuba menenangkan adiknya. Tahu dengan resah hati adiknya yang seorang.
“Tak sedia apanya, Kak Long? Beriya-iya dia suruh terima pinangan si Haris tu dulu. Sekarang bila semu orang dah ikut cakap dia, dia lari dari rumah pulak. Hari nikah dia pulak tu.” Mendengar kemarahan Puan Haryani, Dhamirah mengeratkan pelukannya di bahu Puan Haryani. Semoga dengan itu, ibunya itu boleh dapat sedikit ketenangan.
“Jadi apa kita nak buat ni? Semuanya dah siap, tunggu akad nikahnya aje.” Mak Long bingung. Kalau ingin dibatalkan majlis, semuanya sudah sedia. Hotel juga sudah ditempah untuk majlis keesokan hari, tentu membazir kalau majlis dibatalkan begitu sahaja.
Suasana jadi sunyi seketika. Semuanya terfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang ditinggalkan Dania. Dhamirah pula hanya memerhati. Menanti setiap patah dari kedua ibu dan ibu saudaranya itu. Papa dan Pak Long entah kemana. Sejak kecoh di tingkat atas dengan kehilangan Dania, Encik Mazlan, Pak Long dan Hakimi hilang entah kemana.
“Mira… Tolong mama. Jangan malukan mama macam Nia. Tolong mama ye, mira.” Tiba – tiba Puan Haryani menggenggam jemari Dhamirah. Wajah anak gadisnya itu direnung minta simpati membuat Dhamirah terkejut.
“Apa saja, ma. Mama nak Mira tolong apa?” Dhamirah bersetuju tanpa fikir panjang. Untuk mama dan papa, dia sangup buat apa sahaja.
“Mira gantikan tempat Nia ye. Mira kahwin dengan Haris ye.” Puan Haryni merayu. Buntang mata Mak Long mendengar permintaan adiknya sementara Dhamirah kaget. Genggaman Puan Haryani dilepaskan dek kerana terlalu terkejut.
“Mira…. Tolong mama. Jangan buat mama dengan papa malu.”
“Kamu ni dah kenapa, Yani? Takkan nak disuruh budak Mira ni jadi pengganti. Budak Haris tu pun mesti tak setuju.” Marah Mak Long. Dirasakan Puan Haryani sudah tidak boleh berfikir dengan waras kerana terlalu sedih. Kasihan juga melihat Dhamirah yang sudah serba tidak kena. Dia faham dengan hati Dhamirah. Hubungan gadis itu dengan Haris sangat renggang. Kalau berselisih bahu, jangankan nak bertegur sapa, nak berbalas senyum amat susah. Entah apa yang tidak kena dalam hubungan mereka berdua itu.
“Habis kita nak buat apa lagi, Kak Long? Takkan nak dibatalkan majlis ni. Semuanya dah siap. Hotel dah ditempah. Rugi kita. Malu tak usah cerita lah. Mana Yani nak letak muka ni, Kak Long?”
“Kita buat kenduri kesyukuran je. Majlis kat hotel tu, kita cancel aje la. Dah pengantinnya tak ada, apa yang kita nak buat lagi.” Mak Long member cadangan. Sayangnya pada Dhamirah lebih dari anak-anaknya sendiri. Gadis itu pandai membawa diri dan pandai bermanja dengan semua orang sampai dia jatuh sayang pada anak itu.
“Mira…. Please… Selama ni mama tak pernah mintak apa apa dari Mira. Mama Cuma minta sekali ni aje dengan Mira. Tolong jangan buat mama dam papa malu, sayang.” Puan Haryani tidak menghiraukan kata – kata Mak Long. Dia sudah tekad untuk memujuk Dhamirah agar setuju dengan kehendaknya. Walau apa terjadi, majlis ini akan tetap berlangsung.
“Ma…” Dhamirah kehilangan kata – kata. Hendak setuju dengan kehendak mama, dia belum bersedia. Apa lagi hubungan dia dengan Haris sangat dingin. Tambahan pula, Haris tentu tidak setuju. Tetapi, hendak dibangkang kehendak mama, wanita itu dengan papalah yang banyak berjasa dengan dirinya. Tanpa mereka berdua, dia mungkin tidak pernah kenal dunia ini. Matanya jatuh pada pandangan Mak Long. Nyata dari pandangan mata itu, Mak Long tidak mahu dia menerima, namun bila terkenangan kesedihan mama, dia jadi serba tidak kena.
“Tolonglah mama, Mira. Tolong jaga air muka mama dan papa.”
Dhamirah menelan liur. Sukarnya ingin membuat keputusan. Diluahkan mati mak, ditelan mati bapak. Dia punya cita – cita besar. Dia ingin jadi arkitek terkenal, dia ingin sambung pelajarannya hingga ke peringkat Phd dan perkahwinan tidak termasuk perancangannya.
“Mira…”
“Kalau Mira setuju pun, tentu abang Haris tak setuju, ma. Parents dia pun, mesti tak boleh terima. Takkan mereka senang senang nak terima Mira gantikan kak Nia.” Dhamirah cuba mengelak. Dia pasti, malah teramat pasti, Haris tidak akan setuju. Ibu bapa Haris juga tentu tidak akan setuju. Walau hubungan dia dengan ibu bapa lelaki itu baik, namun tidak semudah itu untuk mereka menerima dia sebagai menantu secara tiba – tiba.
“Itu biar papa yang uruskan. Sekarang mama Cuma nak dengar persetujuan dari Mira je.” Puan Haryani sedikit mendesak. Ingin dengar persetujuan segera dari Dhamirah. Perkara ini sudah dibincang dengan suaminya sejak mengetahui tentang kehilangan Dania. Walau suaminya itu tidak setuju, namun encik Mazlan mengikut juga kehendaknya. Mungkin lelaki itu sendiri sudh buntu memikirkan jalan penyelesaian.
“Kalau itu yang boleh buat mama dan papa senang hati, Mira ikut saja, ma.” Dhamirah akhirnya membuat keputusan. Dia tidak harus mementingkan diri. Kebahagiaan mama dan papa lebih penting dari kebahagiaannya sendiri. Dia rela berkorban nyawa sekali pun untuk membahagiakan kedua orang tua yang sudah menjaganya sejak kecil itu. Semoga keputusan ini ada rahmat disebaliknya, doa Dhamirah di dalam hati.
“Alhamdullilah… Terima kasih sayang. Mama tahu Mira tak akan kecewakan mama.” Puan Haryani mencium pipi Dhamirah bertalu – talu. Anak ini tidk pernah membantah keinginannya. Nampak kejam dengan permiintaannya itu, namun dia lakukan ini demi kebaikan semua. Air mata yang mengalir di pipi Dhamirah di seka perlahan.
“InsyaAllah, Mira akan bahagia. Doa mama selalu bersama Mira.” Puan Haryani memujuk pula. Dia tahu kesedihan anak itu, tetapi saat ini, dia amat perlukan pengobanan Dhamirah.
Dhamirah mengangguk perlahan. Itu yang sangat diharapkannya saat ini. Doa mama dan papa. Semoga dia tabah menghadapi ujian ini. Mak Long yang memerhati hanya menggelengg kepala. Jika Dhamirah sudah bersetuju, apa lagi yang boleh dikatakannya. Tuan punya badan sudah bersetuju, apa hak dia untuk menghalang.
“Saya tak setuju! Awak ingat anak saya tu ikn kat pasar ke? Senang – senang aje awak nak tukar pengantin perempuannya, kan?” Datin Marina menyinga. Sejak menerima berita kehilangan Dania, dia sudah panas hati. Namun, di tahan perasaannya, d sabarkannya hati. Tetapi bila bakal besannya itu sanggup menggantikan Dania dengan anak bongsu, dia sudah tidak sanggup.
“Sabar, Rina. Kita bawak berbincang dulu.” Datuk Hamdi yang lebih tenang, cuba menenangkan isterinya. Dia sudah masak dengan perangai isterinya itu. Baran tidak bertempat. Menerima berita dengan fikiran yang cetek.
“Nak berbincang apa lagi, bang? Dia dah malukan keluarga kita, malukan Haris, abang nak bincang lagi? Dania dah lari tinggalkan majlis, dia nak suruh kita terima Mira pulak?” Tengking Datin Marina. Benar – benar panas hati. Wajah muram anak lelakinya direnung. Sejak tadi, Haris hanya berdiam diri. Tidak sepatah pun bersuara.
“Saya mintak maaf, Rina. Memang salah kami tapi apa yang kami buat ni, untuk kita semua. Agar kita tk malu. Tak perlu kita batalkan majlis, bazirkan duit pada apa – apa yang kita dah tempah.”
“Memang salah kau anak beranak. Dulu beriya – iya, tak menyempat nyempat Dania nak kahwin. Sekarang nak bagi malu aku anak beranak pulak? Kau ingat dengan ganti Mira kat tempat Dania tu, boleh hilang malu. Tambah orang mengata lagi ada.”
“Rina!! Stop it! Bawak mengucap. Bukan ini caranya nak selesaikan masalah.” Kali ini, Datuk Hamdi pula yang menyinga. Tidak suka dengan kelakuan isterinya yang melampau, hanya cari itu yang boleh buat Datin Marina senyap.
Datiin Marina membentak dalam diam. Sedar bila suaminya sudah mengangkat suara seperti itu, dia perlu berdiam diri. Jika tidak, dia pula yang akan teruk dimarahi. Pantas dia memeluk tubuh dan menghempas punggung di sofa sebelah suaminya.
“Aku mintak maaf, Di. Papa mintak maaf Haris. Kami sendiri tak jangka Nia akan buat sejauh ni. Selama ni dia Nampak gembira nak berkahwin. Tak sangka pulak ini yang dibuatnya pada hari menikah kamu.” Encik Mazlan merenung Haris. Walau anak teruna itu senyap tanpa sebarang kata, tetapi dia faham perasaan anak itu. Haris terlalu menyayangi Dania. Sanggup buat apa sahaja demi Dania tetapi ini pula yang Dania balas. Melarikan diri di hari pernikahan mereka. Alasan Dania Cuma kerana dia telah bertemu cinta baru yang lebih hebat dari cinta Haris.
Haris masih membatu. Mendengar sahaja kemarahan mummynya, menelinga pertengkaran mummy, ayah dan papa namun tiada satu pun yang melekat dihatinya. Kini, dia sudah ada jawapan untuk setiap perubahan perangai Dania. Dia sudah tahu kenapa Dania sering mengelak untuk bertemu di saat – saat mereka menghitung hari bahagia. Sungguh dia marah dengan tiindakan Dania yang mempermainkannya. Kalau sudah tidak cinta, kenapa tidak diputuskan sebelum semula persiapan telah sedia. Kenapa perlu melarikan diri di hari pernikahan mereka? Diam – diam, ada dendam yang munculdi hatinya.
“Begini, Di. Kami yang pujuk Mira supaya setuju gantikan Nia. Aku tahu Mira terpaksa, tapi demi air muka kita semua, dia setuju jugak. Sekarang ni, terpulnglah kat kau, Rina dan Haris. Kalau setuju, kita teruskan. Kalau tak setuju, aku dan Yani tak boleh buat apa apa. Kami yang salah.” Terdengar suara Encik Mazlan di telinga Haris. Bukan salah papa dan mama, bukan jugak salah Mira. Semua ni salah Nia, bentak hati Haris. Tapi entah kenapa, tiada suara yang keluar dari kerongkongnya.
“Perkara ni berat, Lan. Kalau kami setuju pun, orang akan mengata jugak. Dalam jemputan, pengantin lain tapi yang kahwin orang lain. Kau tak terfikir ke perkara tu?” Datuk Hamdi bersuara. Dia seorang yang rasional. Semua perkara harus dilihat dari semua sudut. Bukan mengambil keputusan secara tergesa – gesa.
“Aku tau. Aku pun dah fikirkan hal itu. Tapi itu rasanya lebih ada manfaatnya daripada kita batalkan perkahwinan ni. Semuanya dah sedia, Di. Tinggal majlis akad dengan persandingan sahaja. Kami boleh btalkan kalau kau semua tak setuju tapi duit yang dah dilaburkan tu, hangus macam tu sahaja lah. Orang pun akan mengata nanti.”
“Aku lebih rela rugi dari menganggung malu di kata orang menantu aku bertukar.” Sampuk Datin Marina yang msih tida kberpuas hati.
“Rina…” Datuk Hamdi menegur secara halus. Kemarahan isterinya itu harus diredakan dahulu sebelum mereka boleh berbincang dengan tenang. Datin Marina merengus keras, faham dengan teguran suaminya itu.
“Kamu macam mana, Haris? Ayah nak dengar pendapat kamu.” Datuk Hamdi mengalih perhatian pada Haris yang berdiam diri sejak tadi. Dia tahu rasa hati anaknya itu. Sukarnya membuat keputusan di saat orang tercinta melarikan diri di hari penikahan.
Keluhan berat jelas di bibir Haris saat Datuk Hamdi meminta pendapatnya. Kalau diikutkan hati marah, memang dia ingin batalkan sahaja pernikahan ini. Dania sudah memalukan dia seisi keluarga. Tidak sepatutnya dia member peluang kepada keluarga gadis ini lagi. Namun, da sesuatu yang menghalangnya dari mengatakan semua itu. Kata – kata Encik Mazlan ada benarnya. Alasan penerimaan Dhamirah untuk menjdi galang ganti juga ada asasnya. Susahnya ingin membuat keputusan.
“Haris ikut keputusan ayah.” Akhirnya Haris mengalah. Kalau Datuk Hamdi ingin dia teruskn pernikahan ini, dia akan teruskan. Kalau ayahnya menolak, dia bersyukur yang amat sangat.
“Dah kamu bebankan dekat ayah pulak ye? Hrmm…” Datuk Hamdi menggaru dagu yang ditumbuhi janggut sejemput. Reaksinya setiap kali diaa harus membuat keputusan penting.
“Baiklah, aku setuju nak teruskan perkahwinan ini. Tapi ini semua untuk menjaga air muka kita semua. Jangan dihebahkan tentang pengantin perempuannya dah bertukar. “
“Abang… saya tak setuju!”
“Rina…. Dengar dulu apa abang nak cakap. kami jugak akan batalkan majlis yang dirancang dirumah ni. Dan Lan, jangan salahkan anak aku kalau dia tak boleh bahagiakan Dhamirah. Kita semua tahu kenapa dia orang berdua kahwin.” Tenang Datuk Hamdi memberi keputusan. Walau hatinya berat untuk bersetuju namun dia tiada pilihan. Dari menerima malu kerana pernikahan anaknya dibatalkan saat akhir, lebih baik diteruskan juga dengan rancangan Encik Mazlan.
“Abang..! Rina tak setuju.” Jerit Datin Marina. Hati yang panas tidak mampu nak disejukkan lagi. Lebih mendidih lagi bila suaminya turut bersetuju dengan rancangan bakal besannya itu. Datuk Hamdi hanya mengerling isterinya. Sudah malas ingin menegur. Anak teruna yang nak bernikah itu pun tidak kisah, dia pula yang berlebih – lebih.
“Terima kasih, Di. Terima kasih Haris, Rina kerana setuju. Aku balik dulu, nak uruskan semua hal kat rumah tu. Terima kasih Haris…” Encik Mazlan tidak putus – putus mengucapkan terima kasih. Berbesar hati kerana rancangannya dipersetujui Datuk Hamdi dan Haris. Selesai satu masalah walau di tahu hubungan Haris dan Dhamirah selepas bernikah masih kelam. Argh… itu boleh difikirkan kemudian, yang penting majlis berlangsung seperti biasa. Dia bersalaman dengan Datuk Hamdi dan Haris sebelum berlalu pergi. Masalah Datin Marina biar Datuk Hamdi yang uruskan.
“Kenapa abang setuju dengan idea mengarut Mazlan tu? Dia dah malukan kita, lepas tu senang – senang nak mintak anak kita kahwin dengan orang lain pulak?” Bentak Datin Marina, masih tidak berpuas hati.
“Awak ni tak fikir panjang ke, Rina. Tak ke malu nanti bila tetamu dah datang tapi majlis batal? Mana nak letak muka..”
“Habis, kalau Haris berkahwin dengan Mira tu, tak malu la?” Potong Datin Marina.
Datuk Hamdi melepas nafas panjang. Susah mahu buat Datin Marina faham yang walau apa pun tindakan mereka, pasti akan memalukan mereka. Cuma jalan penyelesaian yang lebih baik yang perlu di ambil kini.
“Kenapa yang susah sangat nak bagi Haris kahwin dengan Mira? Selama ni, abang tengok awak bukan main baik dengan budak tu. Ni kenapa pulak menyinga macam orang tak ada akal ni?”
“Memang saya suka budak Mira tu. Kalau dia orang nak kahwin bukan sebab Dania dah lari, memang saya berkenan sangat dengan Mira. Tapi masalahnya sekarang, Dania tu dah malukan keluarga kita. Saya tak boleh terima semua tu?” Datin Marina membentak lagi.
“Mummy… Ayah… Sudahlah tu. Haris sanggup menikah dengan Mira. Jangan bergaduh lagi, boleh tak? Haris tengah kusut ni.” Haris bersuara. Kepala yang kusut, terasa semakin kusut dengan pertengkaran ibu dan ayahnya. Dia bangkit dari sofa dan malangkah laju mendaki anak tangga. Ingin mencari sedikit kedamaian sebelum mala mini dia bergelar suami pada gadis yang tidak pernah diimpikannya.
Suasana di rumah semi-d dua tingkat itu sibuk tatkala Dhamirah melangkah keluar dari teksi. Khemah sudah sedia terpasang, beberapa buah meja sudah siap tersusun dengan alas berwarna merah bercampur putih. Cuma kerusi yang masih di susun bertingkat di tepi pintu pagar rumah, menunggu masa untuk di susun di meja bulat. Beberapa kanak – kanak yang riang berkejaran menandakan rumah itu sudah meriah dikunjungi tetamu.
Dhamirah tersenyum senang. Gembira bila memikirkan kakak yang paling disayanginya akan berkahwin esok. Gembira bila ada ahli keluarga baru walaupun….
“Mira!! Kenapa tercegat lagi kat luar tu? Kamu kira apa?” jeritan nyaring itu mematikan lamunan Dhamirah. Segera dia menoleh kea rah suara itu. Seorang wanita pertengahan 40-an berdiri bercekak pinggang memandang kearahnya garang. Senyuman di bibir Dhamirah semakin lebar. Tanpa menjawab soalan tadi, dia segera berlari mendapatkan wanita itu lalu memeluknya erat.
“Mama!” Jeritnya kuat. Pelukannya juga semakin dieratkan. Mengerti kemarahan wanita itu tidak kemana sebenarnya. Wajah yang semakin dim amah usia itu di cium sepuasnya buat melepas rindu.
“Amboi…. Pandai ambil hati mama ye? Dah balik lambat, tak tolong mama kat rumah ni… Bila balik nak peluk cium mama ye? Tak laku kat sini.” Bebel Puan Haryani namun dia turut sama memeluk dan mencium pipi gebu anak bongsunya itu. Mendengar bebelan itu, Dhamirah ketawa lepas. Mamanya memang kuat membebel. Kadang kala hingga sakit telinga, namun bebelan itulah yang dia rindui ketika di kampus.
“Alah… mama ni, kan Mira dah cakap, Mira sibuk dengan final year project. Kalau boleh memang Mira nak balik awal tapi projek Mira ada problem. Sorry mama…” Dhamirah mempamer sengih. Senyum manja yang sering mengundang senyum di bibir Puan Haryani. Habis berterbangan rasa marah yang juga sengaja dibuat – buat.
“Pandai menjawab!” Marah Puan Haryani lagi lalu mencubit hidung Dhamirah. Gadis itu ketawa lagi. Bahagia dilayan begitu oleh mamanya. Beg di tangan Dhamirah di capai lantas dia membimbing anak gadisnya itu masuk ke dalam rumah.
“Ni Mira dah balik, mama boleh suruh Mira buat apa aje. Ganti balik apa yang mama nak Mira buat sebelum ni.” Dhamirah memujuk Puan Haryani sambil kepalanya dilentukkan manja pada bahu mamanya. Begnya dicapai semula dari tangan Puan Haryani. Tidak mahu menyusahkan wanita yang terlalu banyak jasa pada dirinya.
“Betul?”
“Betul… Promise..” Dhamirah mengangkat jarinya, tanda berjanji dengan kata – katanya sebentar tadi.
“Okey, mama nak..”
“Mira… Baru sampai?” pertanyaan dari suara garau itu mematikan perbualan mesra dua beranak. Dhamirah segera berpaling lalu bibirnya mengorak senyum gembira. Dia segera menghulur tangan untuk bersalaman lantas mencium tangan tua itu penuh hormat dan kasih sayang.
“Ye, pa. Lambat sikit, susah nak dapat teksi tadi.” Jelas Dhamirah. Dia membiarkan bibir tua papanya mencium dahinya. Satu perbuatan wajib setiap kali mereka bertemu.
“Hrmm…. Mama bisingkan apa tu?” Encik Mazlan mengerling isterinya yang sudah memuncungkan mulut. Dia tahu isterinya itu sudah merajuk bila dia menyampuk perbualan mereka berdua tadi. Dhamirah ketawa melihat aksi mama dan kerlingan papanya. Jelas terpapar kebahagian mereka di usia begini.
“Mama nak denda Mira sebab balik lewat sangat.” Balas Dhamirah manja. Tangannya yang tadi memeluk bahu Puan Haryani kini berpindah merangkul tangan kekar milik Encik Mazlan. Melihat perilaku Dhamirah, Puan Haryani membuntangkan mata.
“Amboi… tadi bukan main berjanji dengan mama. Sekarang nak mintak tolong dengan papa pulak ye?” Marah Puan Haryani. Sedia maklum dengan kerenah suaminya yang sering memenangkan Dhamirah setiap kali mereka berguarau. Dhamirah tersengih lagi sambil Encik Mazlan tergelak besar.
“Sudahlah, Yani. Apa yang awak nak suruh Mira buat? Semuanya dah siap ni. Awak jugak yang beriya nak upah perunding. Sekarang nak suruh Mira buat itu ini pulak ke?” Encik Mazlan mengusik lagi.
“Dia yang janji nak buat apa aje…” Puan Haryani mencebik. Sedikit marah bila Encik Mazlan mengungkit tentang hari perkahwinan anak sulung mereka. Melihat mamanya sudah merajuk, Dhamirah kembali memaut bahu Puan Haryani.
“Okey, mama…. Mira buat apa aje yang mama suruh. Mama nak Mira buat apa?”
“Buatkan mama Nescafe. Mama rindu nak minum air buatan Mira tu. Takde orang boleh lawan.” Sempat Puan Haryani mencubit pipi Dhamirah lantas ketawa bila eksperesi wajah Dhamirah nyata terkejut. Sengaja dia mengusik anak manjanya itu, namun air Nescafe buatan Dhamirah memang tiada tandingan buatnya.
“Ha, elok tu. Papa pun dah rindu nak minum air Nescafe buatan Mira. Buat lebih sikit ye. Tu untuk keluarga Pak Long jugak.” Encik Mazlan menyampuk pula. Teringat keenakan air Nescafe dari tangan Dhamirah. Memang cukup serba serbi, tidak terlalu manis, tidak terlalu pekat nescafenya. Pokoknya, memang sedap..
“Aik.. Tadi menangkan anak. Sekarang ikut sama denda Mira ke?” Puan Haryani memulangkan paku buah keras. Encik Mazlan tersenyum sahaja lalu melangkah ke ruang depan rumah dimana Pak Long Dhamirah dan sepupunya sedang duduk berkumpul. Mungkin sedang melepaskan lelah dari mengerjakan kerja kahwin sebentar tadi. Sempat juga Encik Mazlan mengingatkan Dhamirah agar membawa air ke ruang depan tempat mereka berkumpul.
“Dah… Pergi buat air yang papa mintak tu. Beg ni biar mama bawa ke bilik Mira. Lambat nanti, mengamuk pula papa Mira tu.” Puan Haryani mengarah lembut. Beg besar Dhamirah di capai namun gadis itu tidak melepaskannya.
“Taka pa. Mama pergilah join papa dengan pak long. Biar Mira hantar, nanti baru Mira buat air ye.” Dhamirah segera mengorak langkah mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Segera ingin lari dari Puan Haryani kerana sedar jika dia berlamaan di situ, pasti Puan Haryani bertegas ingin menghantar begnya.
Selesai meletakkan beg di biliknya, Dhamirah segera turun semula. Ketika melintasi bilik pengantin, dia teruja untuk memasuki bilik itu dan menemui Dania. Rindu pada satu – satunya kakak yang dia ada. Namun memikirkan janjinya pada mama dan papanya, Dhamirah menangguhkan niatnya, apatah lagi bila melihat bilik pengantin itu tertutup rapat. Dia berlari anak menuruni anak tangga dan menuju dapur. Lincah tangannya membancuh seteko air Nescafe seperti permintaan mama dan papa. Usai kerjanya, segera dia menatang air dan cawan ke ruang depan di mana mama, papa dan keluarga pak longnya sedang berkumpul dan berbual kosong.
“Jemput minum semua..” Dhamirah menuang air ke dalam cawan. Usai kerjanya, dia meminta diri dan berlari anak menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Dia sudah tidak sabar untuk menemui Dania dan melihat bilik pengantin yang tentu sudah berhias cantik.
“Kak Nia!!” Jerit Dhamirah sebaik dia sampai di pintu bilik Dania. Nasib baik pintu bilik itu kini sudah terbuka luas. Dania yang sedang berbincang sesuatu dengan seorang wanita segera menoleh. Dia turut menjerit memanggil nama Dhamirah lalu mereka berpelukan erat. Melepas rindu selepas lebih sebulan tidak bertemu.
“Bila sampai? Kenapa lambat? Janji pagi sampai, ni dah tengahari baru Nampak muka ni.” Dania mula membebel, sama seperti Puan Haryani sambil dia menarik tangan Dhamirah ke katil dan melabuh punggung di situ.
“Banyaknya soalan akak ni… Memang Mira nak balik awal, tapi kawan kawan ajak jumpa dulu. Ni pun, Mira lari ni, kalau tak, mesti lagi lambat.” Dhamirah menerangkan satu persatu. Dia memang sudah bersiap sejak awal, namun teman sekuliahnya mengajak dia berkumpul dulu sebelum mereka pulang ke kampong masing masing sempena cuti semester ini. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk berkumpul dahulu sebelum masing masing beredar.
“Amboi… Amboi…. Ni jumpa kawan kawan ke, jumpa ‘kawan’ ni? Sampai lupa akak kat sini. Tu lah, akak nak ambil, Mira tak bagi. Rupanya ada janji dengan special ye?” Dania mengusik. Mak andam yang sedang sibuk menyusun atur sesuatu di meja solek sudah tdak diperdulikan lagi. Gembira bila dapat bertemu adik kesayangan dan bertukar cerita. Lebih gembira bila melihat wajah Dhamirah yang kelihatan tersipu – sipu bila Dania menyebut tentang teman istimewanya.
“Mana adalah, kak. Kawan biasa je. Mira tak nak susahkan akak. Lebih – lebih lagi akak nak kahwin esok, mana boleh keluar sesuka hati aje. Ni pun dah kena kurung dalam bilik. Tadi Mira tengok bilik ni tertutup je.” Dhamirah membalas perlahan sambil matanya melilau melihat sekeliling bilik yang berhias cantik dan berbau wangi dari haruman bunga rampai. Tatkala matanya singgah pada kurung moden yang tergantung di pintu almari, spontan dia bangun dari katil dan menuju ke situ. Matanya terpegun akan kecantikkan dan kehalusan jahitan pada baju kurung moden berwarna putih susu itu yang bertatah manic dan batu Swarovski. Dania yang membebel sudah tidak didengarinya lagi.
“Cantiknya… Baju nikah akak?” Dhamirah berpaling semula pada Dania. Jemari runcingnya menyentuh lembut baju yang tergantung. Melihat anggukan Dania, dia berpaling semula. Menikmati kehalusan kerja tangan pada baju kurung moden itu.
“Cantik, kan? Mira nak try?” Dania memberI cadangan, membuat Dhamirah pantas berpaling semula dengan seribu kerutan di dahi. Dia mencuba pakaian akad nikah itu? Adakah telinganya tersalah dengar?
“Try? Tak naklah…. Kalau Mira try, nanti hilang seri pengantin, sebab dah ada orang lain pakai dulu.” Dhamirah ketawa kecil. Ketawanya semakin kuat bila melihat Dania membuntang mata mendengar kata – katanya.
“Tak ada maknanya hilang seri. Lagipun try baju je, bukannya try abang Haris..” Usik Dania pula. Dhamirah mencebik.
“Euwww…. Try abang Haris? Tak naklah…. Try baju ni Mira tak nak, nak try abang Haris apa lagi..” Dhamriah mempamer wajah meluat hingga membuah tawa di bibir Dania. Dia sedar bagaimana hubungan adiknya itu dengan bakal suaminya. Entah kenapa, Haris Nampak begitu susah untuk berbaik dengan Dhamirah sedangkan dengan ahli keluarga lain, Haris mudah sahaja bergaul mesra. Mungkin juga kerana Dhamirah yang cukup dingin dengan Haris membuat hubungan mereka renggang sejak awal.
Dhamirah turut ketawa bila melihat Dania ketawa. Di wajah kakaknya terbayang wajah gembira kerana bakal bergelar isteri sedikit masa lagi, namun ada sesuatu di balik sinaran mata Dania yang tidak di fahami Dhamirah. Dania seolah – olah menyembunyi sesuatu di hatinya tetapi Dhamirah gagal menebak disebalik mata itu.
“Watch out your mouth, okey. Itu future husband kakak and automatically your brother-in-law, tau..” Dania bergurau, mengusik adik manjanya yang tidak suka dikaitkan dengan Haris. Sekali lagi Dhamirah mencebik hingga terburai lagi ketawa Dania. Baru sahaja Dhamirah ingin menjawab kata – kata Dania, telefon bimbit di atas meja solek Dania menjerit nyaring minta dijawab. Dania pantas menjawab panggilan itu. Pendek perbualan mereka apabila Dania segera membuka pintu almari dan mencapai sepasang baju melayu warna senada dengan baju kurung moden yang tergantung dari dlaam almari itu.
“Dik…. Tolong kakak. Tolong bagi baju ni kat abang Haris. Dia tunggu kat bawah.” Dania menghulur baju melayu itu kepada Dhamirah yang sudha berkerut – kerut tidak faham.
“Kenapa kakak tak bagi sendiri?” Tanya Dhamirah semula. Dia keberatan untuk berjumpa dengan Haris namun tangannya tetap menyambut huluran baju itu.
“Nope… Mana boleh. Petua orang tua – tua, pengantin tak boleh jumpa seminggu tarikh akad. Nanti hilang seri..” Dania membalas selamba. Dia tersengih bila Dhamirah membuntang mata mendengar bicaranya.
“Nonsense! Siapa yang buat petua tu… Kalau dah malas tu, cakap aje la…” Dhamirah menggigit bibr, geram dengan permintaan kakaknya itu. Dengan perlahan, dia melangkah menuju pintu.
“Thanks, sayang…” Jerit Dania sebelum dhamirah hilang di muka pintu. Dhamirah hanya tersenyum. Walaupun dia tidak selesa dengan bakal suami kakaknya itu, namun demi Dania, dia sanggup menolong apa sahaja.
Sebaik tiba di tingkat bawah, Dhamirah liar memerhati, mencari kelibat Haris. Dia ternampak lelaki itu di ruang tamu baru shaja selesai berbual dengan Hakimi yang sudah melangkah kea rah luar rumah. Dhamirah menarik nafas panjang lalu kakinya lambat – lambat melangkah kea rah Haris.
“Abang Haris…. Kak Nia bagi baju.” Dhamirah menghulur baju melayu itu sebaik Haris berpaling menghadapanya. Wajah Haris berkerut memandang Dhamirah. Baju yang dihulur Dhamirah masih tidak disambut.
“Kak Nia mana? Kenapa dia tak bagi sendiri?” Tegas suara Haris bertanya. Tidak faham dengan tingkah Dania yang seolah – olah cuba menjauhkan diri darinya sejak akhir – akhir ini.
“Err… Kat atas. Dia kata tak elok bakal pengantin jumpa dekat hari nak nikah, nanti hilang seri.” Dhamirah cuba mengukir senyum. Walaupun hubungan mereka berdua renggang, namun dua cuba untuk berbaik dengan lelaki itu hanya kerana lelaki itu bakal bergelar abang iparnya.
“Nonsense! Mana kakak kamu dapat idea mengarut tu?” Marah Haris sambil tangannya merentap sedikit kasar baju di tangan Dhamirah. Membuat gadis itu terkejut tetapi kemarahan Haris hanya dibalas dengan senyuman untuk menutup rasa takut yang tiba – tiba meraja di hatinya.
Semakin naik kemarahan Haris bila Dhamirah hanya berdiam diri. Entah kenapa, dia tidak boleh berbaik dengan gadis itu. Dia tidak faham kenapa dia tidak mampu untuk berbual mesra dengan Dhamirah sedangkan dengan ahli keluarga yang lain, dia senang sekali mesra.
“Tak apalah… Abang balik dulu. Kirim salam dengan kakak kamu tu.” Haris berpaling. Tidak mahu melayan rasa marah. Lebih – lebih lagi, tidak mahu Dhamirah yang tidak bersalah menjadi mangsa kemarahannya.
“Abang Haris…. Minum dulu sebelum balik.” Dhamirah mempelawa. Tidak elok rasanya membiar tetamu balik tanpa mempelawa minum terlebih dahulu. Haris menoleh kembali memandang Dhamirah. Tiada senyum di wajah itu.
“Tak apalah. Abang nak cepat. Kirim salam mama and papa.” Haris membalas lalu terus berlalu. Dhamirah hanya memandang langkah Haris dengan hati yang berbelah bahagi. Cuba membayangkan kehidupannya setelah lelaki itu sah menjadi abang iparnya. Bagaimana agaknya dia ingin berdepan Haris setelah esok? Walau tidak serumah, tetapi tentu dia akan kerap juga bersua muka dengan Haris. Bagaimana dia ingin berinteraksi dengan Haris jika hubungan mereka tetap renggang hingga ke saat ini.
Dhamirah menjongkit bahu, tidak mahu melayan angan yang dirasa sedikit berlebihan tentang lelaki itu. Pantas kakinya di atur semula ke tingkat atas. Tanpa dia sedar, ada sepasang mata yang asyik memerhati dia sejak tadi.
Pelamin yang tersergam indah di tengah ruang tamu itu direnung asyik. Tanpa henti, tangannya pantas menekan punat kamera untuk mengabadikan gambar pelamin berhias warna emas itu. Sesungguhnya, dia memang amat meminati hasil seni seperti ini. Namun menyedari yang dia tidak sekreatif seperti tukang andam ini, dia hanya mampu memandang dari jauh. Sebab itu, setiap pelamin di kenduri kahwin yang dihadirinya pasti akan di rakam di kamera digitalnya itu. Buat mengabdikan kenangan dan sebagai hobi dan minatnya kepada seni seperti itu.
“Mira memang minat dengan kerja hias hias ni, kan..” Tegur satu suara membuat Dhamirah berhenti mengambil gambar. Dia menoleh pada suara itu. Saat terpandang wajah yang berada disebelahnya, dia tersenyum lebar lantas mengangguk laju.
“Suka… tapi tangan Mira keras…” Dhamirah mengukir senyum manis. Terlepas rindu pada abang sepupu yang lapan tahun lebih tua dari dirinya itu. Hakimi ketawa kecil mendengar bicara itu. Manja dan lembut sekali. Sejuk hatinya setiap kali melihat wajah lembut itu.
“Kalau suka, belajarlah. Benda benda macam ni, boleh belajarlah, dik.” Hakimi memberi cadangan. Dhamirah pula yang ketawa. Dirasakan cadangan itu agak lucu.
“Tak mahulah. Mira pernah tolong kawan yang ambil upah menggubah hantaran. Hancur hantaran orang tu, bang. Sampai kawan Mira tu kena buat lain pulak.” Dhamirah masih galak ketawa, disambut dengan tawa Hakimi.
“Hrmm…. Kalau dah macam tu, memang tak bolehlah tu. Rosak majlis orang.” Hakimi mengusik pula. Mendengar itu, Dhamirah menjelir bibir. Disangkanya Hakimi akan terus memberi kata semangat. Rupanya, Hakimi mengusik pula.
Hakimi terpaku melihat aksi itu. Sudah lama tidak bertemu dengan gadis itu, Dhamirah semakin cantik dan sifat manjanya masih tidak berubah.
“Kak Nia dah nak kahwin. Abang bila lagi?” Dhamirah menukar topic perbualan. Tidak mahu Hakimi terus mengusiknya tentang hantaran kahwin yang dirosakkannya.
“Abang tunggu Mira.” Lancar Hakimi menjawab. Berkerut dahi Dhamirah mendengar jawapan itu. Tunggu dia? Alamatnya, sampai tua lah baru abang sepupunya akan bergelar suami. Dia punya perancangan yang cukup panjang tentang masa depannya sebelum memikirkan tentang berumah tangga.
“Mira lambat lagi kahwin, bang. Mungkin sepuluh tahun lagi. Kalau abang nak tunggu Mira kahwin, lepas tu bru abang kahwin, tualah abang.” Seloroh Dhamirah.
“Tak apalah, abang tunggu juga.”
“Kenapa abang nak tunggu Mira pulak? Kesian girlfriend abang, lama dia tunggu nak jadi isteri abang.” Dhamirah mula serius. Disangkanya Hakimi hanya bergurau tentang perkara itu, namun wajah serius Hakimi menyedarkannya. Hakimi mengukir senyum. Wajah tampan itu semakin menarik bila dia melakar senyum begitu.
“Siapalah yang sudi dengan abang ni, Mira. Orang yang abang suka pun, tak suka dengan abang.”
“Siapa yang tak suka abang tu? Rugi tau, abang dahlah handsome, baik pulak tu. Memang rugilah perempuan itu.” Dhamirah mula simpati. Itulah kelemahannya yang paling ketara. Mudah simpati dan kasihan pada sesiapa sahaja yang mengalami masalah.
Hakimi tertawa lepas. Dhamirah tidak pernah berubah. Terlalu mudah percaya dengan orang dan mudah pula jatuh simpati pada seseorang.
“Tak adalah, dik. Abang belum jumpa dengan orang yang abang nak habiskan hidup dengannya. So, abang belum terfikir nak kahwin lagi. Tapi kalau Mira sudi nak jadi isteri abang, esok pun kita boleh nikah.” Hakimi mengusik lagi. Dia mengusap kepala Dhamirah membuat rambut ikal mayang gadis itu kusut masai.
“Eee… Main- main tau. Mira betul betul ingat abang tengah frust. Tak baik tau abang ni.” Dhamirah membentak. Segera bahu lelaki itu ditumbuk perlahan. Meledak tawa Hakimi sambil membiarkan gadis itu terus memukul bahunya. Kemanjaan itulah yang sering dirinduinya.
“So, nak nikah dengan abang tak esok?” Hakimi masih belum jemu mengusik bila Dhamirah sudah mula merajuk. Dhamirah membuntangkan matanya mendengar kata-kata Hakimi. Tidak habis habis lagi lelaki itu mahu mengenakannya. Dhamirah mencebik bibir.
“Malas layan abang!” bentak Dhamirah lalu melangkah laju menaiki anak tangga ke tingkat atas. Niatnya ingin ke bilik Dania untuk melihat persiaan terakhir kakaknya itu sebelum bernikah petang esok.
Hakimi yang tinggal di ruang tamu itu hanya tertawa dengan aksi itu. Manja yang memikat hati. Manja yang membuat dia tertarik pada gadis itu. Tanpa Dhamirah sedar, dalam usikan itu, Hakimi sebenarnya menyimpan rasa untuk gadis manis itu.