Thursday, 16 February 2012

Bab 3 : Ingin Ku Lafazkan Cinta

3.
                “Cuba kamu tengokkan adik kamu tu, Luqman. Ibu dah naik risau ni.” Suara Puan Rashidah mengganggu konsentrasi Luqman yang sedang menonton Nat Geo di saluran Astro. Dia berpaling memandang Puan Rashidah yang kini sudah melabuh punggung di sofa bersebelahan dengannya.
                “Siapa? Luth atau Qays?” Tanya Luqman tanpa dia memahami cerita sebenar. Rasanya, adik – adiknya yang dua orang itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada mereka. Berkerut dahinya memikirkan masalah apa yang melanda adik – adiknya. Sebagai abang yang sulung, memang dia sentiasa risaukan mereka walaupun Luth dan Qays sudah dewasa.
                “Bukan budak berdua tu. Ayu yang patut kamu risaukan. Tak Nampak ke, budak tu tak habis habis dengan termenung. Sekarang ni pulak, ibu tengok bila turun dari bilik dia, mata mesti bengkak. Menangis agaknya. Risau ibu ni.” Panjang lebar Puan Rashidah menerangkan. Ayu yang sudah dianggap seperti anak sendiri masih tidak berubah. Masih suka termenung dan mungkin juga banyak menangis kerana matanya asyik bengkak setiap kali keluar bilik.
Luqman mengeluh perlahan. Adik yang itu rupanya yang dirisaukan oleh Puan Rashidah. Mengingati Ayu, memang dia juga jadi risau. Keadaan Ayu makin bertambah buruk dari hari ke hari. Nak kata Ayu rindukan ibu dan ayahnya, mungkin juga, tapi kenapa begitu teruk sekali keadaan. Memang Ayu anak kesayangan Pak Ngah dan Mak Ngahnya, Iyelah, hanya Ayu anak mereka seorang. Namun, tak sepatutnya Ayu menangisi pemergian kedua orang tuanya sampai begitu sekali.
                “Luqman dah try cakap dengan dia, ibu. Rasanya, jawapan dia sama aje macam bila ibu dan ayah Tanya. Tak ada apa – apa. Luqman nak buat macam mana lagi, bu?” Sanggah Luqman. Siaran TV sudah tidak menarik minatnya. Keadaan Ayu buat semua orang dalam rumah bertambah runsing.
                “Cuba – cubalah cakap lagi. Pujuk mana yang patut. Tak boleh dibiarkan tu, makin teruk jadinya nanti. Arwah Pak Ngah dan Mak Ngah pun tak tenang kat sana.” Puan Rashidah mendesah lagi. Dahinya di urut. Sakit kepala tiba – tiba menyerang bila hal Ayu dikenangkan.
                “Iyelah, bu. Nanti Luqman cuba lagi. Ibu pergilah tidur dulu. Dah lewat ni.” Luqman mengerling jam di dinding. Sudah hampir 11 malam. Selalunya di waktu begini Puan Rashidah sudah masuk ke bilik. Kenapa malam ini masih berjaga pula?
                “Ibu tunggu ayah. Tak balik lagi dari jumpa client. Lewat sangat pula dia hari ni.” Balas Puan Rashidah. Pintu utama sudah berkali – kali di kerling, namun kelibat suami masih belum muncul. Hati yang risau bertambah risau memikirkan suami.
                “Ada hal penting dengan client lah tu. Ibu risau ayah pergi jumpa awek ke?” Giat Luqman sambil tersengih. Spontan Puan Rashidah mencubit paha anak sulongnya itu. Mengaduh lelaki itu kesakitan.
                “Mulut takde insuran! Jangan nak mendoakan yang bukan – bukan.” Marah Puan Rashidah namun di sambut dengan tawa lepas Luqman. Cemburu juga ibunya ini walau sudah berpuluh tahun hidup bersama Encik Saiful.
                “Taklah, bu. Luqman gurau aje. Tak adanya ayah tu nak carik awek lain. Ada problem sikit dengan projek baru tu. Luqman nak handle, ayah tak bagi. Dah, ibu pergilah tidur. Biar Luqman tunggu ayah. Pasal Ayu tu, kejap lagi Luqman jenguk dia.” Kata – kata Luqman dibalas dengan renungan tajam dari Puan Rashidah. Tidak percaya dengan kata – kata itu. Betulkah Luqman sanggup menunggu Encik Saiful? Selalunya, kalau dah letih, Luqman akan masuk tidur tanpa ambil peduli hal sekeliling. Satu lagi, biar benar Luqman nak menjenguk Ayu. Takkan dia nak benarkan Luqman masuk ke bilik anak dara sendirian.
                “Iye, bu. Luqman tunggu ayah. Ada benda nak bincang. Pasal Ayu tu, Luqman jenguk kat balkoni atas tu je. Dia selalu berangan kat situ sampai hari dah nak Subuh. Ibu jangan susah hatilah. Dah, pergi naik tidur.” Luqman yang seakan mengerti dengan kebimbangan Puan Rashidah menerangkan satu per satu. Memang dia menunggu kepulangan Encik Saiful kerana ayahnya sendiri yang mengarahkan dia supaya tunggu kerana masalah yang dihadapi perlu tindakan segera.
                “Iyelah. Apa apa hal kamu kejut ibu ye. Assalamualaikum..” Puan Rashidah menapak naik setelah Luqman menjawab salam. Ketika dia ingin masuk ke bilik, dia ternampak susuk tubuh Ayu sedang termenung di balkoni. Dia menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu. Risau di hati semakin bertambah.
                “Ibu bincang apa dengan kau, Long?” Luth yang baru keluar dari dapur dengan satu mug air di tangannya bertanya. Selamba dia melabuh punggung di sebelah Luqman lalu sama – sama menonton rancangan yang sedang disiarkan di Astro itu.
                “Pasal Ayu.” Pendek jawapan Luqman tanpa menoleh sedikit kepada adiknya. Dari ekor mata, dia tahu Luth sedang menikmati hot chocolate yang dibawanya tadi. Pelik dia dengan Luth, setiap malam, sebelum tidur mesti akan minum hot chocolate. Entah apa yang sedap, dia tidak tahu. Qays pula, lebih suka minum minuman bergas. Tapi tidaklah setiap malam. Selalunya sebelum tidur, Qays lebih suka minum jus oren dari jenama Peel Fresh. Stok air dari jenama itu memang tidak pernah kurang di dalam simpanan.
                “Kenapa dengan Ayu?” Luth bertanya bodoh. Sekali lagi dia menghirup hot chocolate. Enak, dia memejam mata. Menikmati minuman kesukaannya itu. Dikerlingnya abang sulong yang sudah beralih posisi duduk menghadapanya. Sebelah kaki berlipat di atas sofa, sebelah lagi terjuntai di sofa empuk lagi mewah milik ibu dan ayah.
                “Itulah, asyik dengan kerja. Kepala asyik ingat duit. Sampai hal dalam rumah ni kau tak tahu apa – apa.” Luqman sedikit marah. Kepala Luth di tunjal dari tepi. Namun adiknya masih tayang muka selamba. Tahu sangat perangai Luth, selalu buat bodoh dengan hal sekeliling.
                “Sakitlah. Main kepala pulak.” Balas Luth sambil jari telunjuknya turut sama menunjal kepala si abang. Dua – dua lelaki, memang cara bergurau agak kasar. Luqman mengusap dahi yang ditunjal oleh Luth namun bibirnya tersengih.
                “Kau ingat aku kerja sampai malam, aku tak tahulah apa yang berlaku kat rumah ni? Aku tahulah, Long. Cuma, manalah tahukan, ibu nak jodohkan kau dengan Ayu ke. Tu yang aku Tanya.” Luth ketawa dengan kata – katanya sendiri. Lebih besar dia menghambur tawa bila Luqman membuntang bijik mata. Allah, bergurau sikit pun tak boleh, marah hatinya.
                “Choy!! Gila kau. Kak Anna kau tu nak letak mana? Mahu menangis tak berlagu dia nanti. Apa yang kau tahu? Pergi kerja Subuh gelap, balik dah nak pagi. Kau pakai spy ke apa?” Luqman tidak puas hati. Macam mana Luth boleh tahu sedangkan tugas Luth sebagai pengurus bank memang menuntut dia berteleku di meja kerja seharian. Tak cukup dengan waktu kerja yang diperuntukkan, Luth terpaksa menghabiskan sepanjang malam pula untuk menyiapkan akaun sepanjang hari. Nasib badanlah. Dulu bila Encik Saiful suruh kerja dengan sebagai Pengarah Kewangan di syarikat mereka, Luth mati – mati menolak. Sekarang, hadap sajalah kerja yang tak pernah habis tu.
                “Ha’ah. Spy baik punya.” Ejek Luth sambil ibu jari dinaikkan. Sempat lagi dia buat gaya Dafi dari Akademi Fantasia dulu. Musim ke berapa dia tak ingat. Tak berminat dengan program yang sebegitu.
                By the way. I notice Ayu tu makin teruk dari hari ke hari. Anything wrong?” Sambung Luth. Wajah Luqman dipandang tajam. Cuba mengorek rahsia. Mana tahu Luqman tahu apa – apa. Abang Longnya ini memang pandai dalam bab mengorek rahsia orang.
                “Entah. Itu yang ibu dan ayah risaukan sangat. Takkan rindu pada arwah Pak Ngah dan Mak Ngah sampai macam tu sekali. Lagi pula, takkan Ayu selemah itu. Dari dia duk menangis, termenung macam tu, baik dia sedekah Fatihah, Yasiin pada arwah. Kan?” Panjang Luqman menceceh. Luth hanya diam sambil menikmati minuman kegemarannya.
                “Kau ni Long, kalau dapat membebel, kalah mak nenek. Yang kau membebel dengan aku  ni apsal? Pergilah cakap dengan Ayu.” Sindir Luth. Luqman kalau dapat berleter, memang kalah Puan Rashidah. Entah perangai sapalah yang diikut dek Luqman ni.
                “Huh… Asal aku bercakap, kau dengan Qays cakap aku membebel. Betullah apa aku cakap ni. And… dah berbuih mulut aku bebelkan si Ayu, macam tu jugak dia. Makin teruk dia, aku tengok.”
                “Patut punlah budak tu makin teruk. Kau punya bebel tu, boleh cair taik telinga.” Luth menyindir lagi lalu dia bangun dari sofa. Mug yang sudah tinggal kosong, dibiarkan atas meja. Pantas kakinya di atur ke arah tangga.
                “Hoi! Nak kemana pulak tu? Aku belum habis cakap ni.” Marah Luqman. Bengang dengan fiil Luth yang meninggalkan dia tiba – tiba.
                “Naik ataslah. Tengokkan Ayu.”
                “Habis, mug kau ni? Tinggal kat sini aje?” Luqman separuh menjerit. Langkah Luth semakin hilang di anak tangga.
                “Kau tolong bawak ke dapur ye. Thanks!” Jerit Luth pula. Luqman ketap bibir, geram.
                Sampai di tingkat atas, Luth terus mencari kelibat Ayu. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh Ayu yang sedang termenung di balkoni. Dia melepas nafas dan menggeleng kepala sebelum bergerak menghampiri adik sepupunya itu.
                “Apa masalah kau ni, hah?” Tegur Luth kasar. Tanpa salam, dia terus menempelak Ayu. Terkejut gadis itu dengan suara Luth. Dia menoleh ke arah suara itu. Luth berdiri berpeluk tubuh sambil sisi tubuhnya disandar ke pintu gelangsar.
                “Apa Abang Luth ni?” Tanya Ayu perlahan. Dahinya berkerut seribu. Memang sejak kecil, dia dan Luth tak berapa ngam dibandingkan dengan Luqman dan Qays. Luth lebih tegas dan suka marah marah dia setiap kali mereka bersua muka.
                “Aku Tanya, apa masalah kau? Termenung sana, termenung sini. Sikit – sikit menangis. Tak bosan ke buat perangai macam tu?” suara Luth makin keras. Sakit hati, sakit mata melihat Ayu. Kalau iye pun berkabung, janganlah teruk sangat. Orang lain pun kehilangan ibu bapa jugak. Tapi taklah sampai teruk macam ni.
                “Abang jangan masuk campur. Ini urusan Ayu.” Ayu turut berkeras. Dengan Luth, dia tak perlu berlembut. Lelaki itu tak pernah sukakannya. Bila bertegur sapa, suara tak pernahnya nak berlembut.
                “Urusan kau? Hei! Urusan kau tu dah memeningkan semua orang dalam rumah ni, tau tak? Semua orang pun sedih dengan kehilangan Pak Ngah dan Mak Ngah, tapi takdelah melayan perasaan sampai macam ni. Cengeng tak habis habis.“
                “Kenapa Abang Luth suka sangat cari pasal dengan orang ni?” Marah kedengaran suara Ayu. Lelaki itu tidak tahu apa – apa, namun tegar menuduhnya sesuka hati. Dia tidak suka Luth Hakimi!
                “Aku bukan suka – suka nak carik pasal dengan kau. Cubalah jadi matang sikit! Kau ingat dengan buat perangai macam ni, arwah Pak Ngah dan Mak Ngah akan hidup baliklah? Grown up, Ayu!” Jerkah Luth. Tersentak Ayu yang tadinya buat tidak peduli. Dia memandang Luth, marah dan geram.
                You know nothing, Abang! Jangan sibuk dan jangan jerit – jerit kat telinga Ayu. Arwah ibu dan abah memang takkan hidup balik tapi Ayu ada sebab.” Lantang Ayu mempertahankan diri.
                “Sebab apa? Sebab kau nak ikut arwah masuk kubur?”
                Shut up! Abang buat Ayu makin serabut.” Ayu menjerit lagi. Dia melangkah ingin pergi dari balkoni dan pergi dari Luth yang menyakitkan hati. Tetapi ketika dia melintasi Luth, lengannya dipegang kejap. Pantas dia menoleh ke arah Luth yang tidak bergerak. Memegang lengannya tapi pandangan lelaki itu masih pada gelap malam di luar sana.
                “Kau, sebagai anak, patutnya sedekahkan Al-Fatihah dan Yasiin pada arwah. Bukan menangis, mengongoi macam ni. Kita dah banyak susahkan parents kita sejak lahir, jangan sampai diaorang dah tak ada pun kau masih nak susahkan diaorang. Istighfar banyak – banyak dan ingat Allah. Jangan ikutkan perasaan. Plus, I’m always here for you if you need me.” Perlahan Luth berbisik ditelinganya lalu pegangan dilepaskan. Tanpa menunggu jawapan, Luth melangkah masuk. Langsung tidak berpaling ke arahnya hingga lelaki itu hilang di balik pintu biliknya.
                Tergamam Ayu mendengar bisikan itu. Kata – kata yang selalu dimomokkan semua orang dirumah ini, juga turut dituturkan oleh Luth. Namun entah kenapa, bicara Luth meresap jauh ke dalam jiwanya sedangkan kata – kata orang lain bagaikan angin lalu. Lebih membuatkan dia kaku, kata – kata akhir dari Luth. ‘I’m always here for you if you need me.’ Apa maksudnya itu? Adakah itu maknanya Luth sedia menemaninya andai dia melalui saat – saat sukar? Seperti sekarang?
                Ayu meraup muka. Cuba menghilangkan kata – kata Luth yang masih terngiang – ngiang di minda. Ah, dia belum sedia untuk menceritakan semua walau Luth sedia mendengar.
                ‘I’m always here for you if you need me’. Kata – kata it uterus menghantui Ayu sehingga dia melelaplkan mata malam itu.

Monday, 13 February 2012

Bab 2 : Ingin Ku Lafazkan Cinta


2.
                Ketukan di pintu mengganggu anganan yang semakin bergerak jauh. Segera dia membetulkan duduk sebelum memberi keizinan masuk. Pintu bilik di pulas, terjengul wajah Puan Sri AIsyah di muka pintu.
                “Boleh mama masuk?” Lembut bicara itu memohon keizinan.
                “Masuklah, ma.” Izinnya sambil menghampiri pintu. Segelas air di tangan Puan Sri Aisyah diambil lalu diletakkan di meja kerja yang bertaburan dengan fail pelbagai warna. Tebal dan nipis berselerakkan, membuat mata tua Puan Sri Aisyah sakit. Tanpa berkata apa, tangannya lincah mengemaskan meja yang bersepah.
                “Tak payah kemaslah, ma. Nanti Id nak guna, bersepah juga balik. Biar aje kat situ.” Kata lelaki yang membahasakan dirinya Id itu. Tidak mahu Puan Sri Aisyah bersusah payah mengemaskan mejanya sedangkan bila dia sudah mula bekerja, meja itu tetap akan bersepah juga.
                “Dah guna tu, cubalah kemaskan Id. Tak sakit ke mata kamu tengok meja bersepah – sepah macam ni?” Puan Sri Aisyah sudah memulakan sesi berleternya. Anak lelaki sulungnya ini memang tidak pandai berkemas langsung. Semuanya nak diharapkan pembantu rumah yang buatkan.
                “Kalau kemas sangat nanti, Id tak tahu mana nak cari fail yang Id nak guna. Biar ajelah, ma. Bik Suti boleh buat semua tu.” Balas Id sambil tangannya memegang tangan mamanya yang masih lincah mengemas. Terhenti perbuatan Puan Sri Aisyah, mencerlun matanya merenung mata anak lelakinya itu. dia melepas nafas bila Id hanya mempamer senyum menggodanya dengan pandangan mata itu. Dia tahu, Puan Sri Aisyah marah dengan apa yang dibuatnya itu. Lantas, tangan Puan Sri Aisyah ditarik ke sofa dan dia menyuruh mamanya duduk.
                “Banyak kerja sekarang?” Tanya Puan Sri Aisyah lembut. Selembut perwatakannya. Matanya masih tidak puas merenung anak teruna yang kini menginjak usia 30 tahun. Kacak, segak, bergaya dan penuh karisma. Satu pakej lengkap yang buat ramai anak gadis di luar sana tergila – gilakan anak lelakinya itu.
                “Biasalah, ma. Banyak projek yang kita rancang sekarang. Banyak tender yang masuk untuk projek hotel kita kat Johor tu.” Bicara Id, juga lembut. Renungan mamanya di balas lembut. Jelas terbayang rasa kasih dan sayang dalam renungan itu.
                “Anak mama Nampak letih sangat. Jangan paksa diri, Id. Your holiday didn’t help that much ye?” Usik Puan Sri Aisyah. Terpaku Id mendengar usikan itu, pantas dia melarikan anak mata. Tidak mampu lagi menentang anak mata yang sarat dengan rasa sayang itu.
                “Idraki Zuhayr, kamu larikan mata setiap kali mama sebut tentang holiday kamu. Apa yang berlaku sebenarnya? You’re hiding something, isn’t it?” Tanya Puan Sri Aisyah. Dia sudah masak dengan fiil setiap anaknya. Dan anak yang seorang ini, setiap kali melakukan kesalahan, tidak akan pernah mampu untuk bertentang mata dengan dia dan juga ayahnya.
                Idraki Zuhayr menarik nafas dalam. Bila mama sudah menyebut nama penuhnya, maknanya mama sudah boleh menghidu sesuatu yang tidak betul. Idraki tunduk merenung lantai sebelum meraup muka. Kemudian, dia kembali memandang Puan Sri Aisyah dengan senyuman manis.
                “Nothing to hide from you, mama. Everything’s ok. Tak ada apa yang istimewa dengan holiday tu. You know exactly kenapa Id pergi sana, kan?” Dalih Idraki. Belum masanya untuk mama tahu tentang keresahannya. Dia perlu selesaikan sendiri masalah yang mengganggu sebelum diceritakan semua pada mama dan ayah.
                Puan Sri Aisyah melepas keluh, namun bibirnya masih menguntum senyum. Idraki Zuhayr, anak yang sentiasa cuba menyenangkan dia dan suaminya. Sentiasa cuba menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan sesiapa. Tetapi kadang kala, sikap begitulah yang buat hati tuanya risau. Dia tidak boleh menjangkau lebih dalam ke hati anaknya itu. Idarki akan sentiasa mempamer wajah tenang walau dadanya sarat dengan masalah.
                “Mama tahu, sayang. Dan mama rasa, Id tak pulang dengan dada yang lapang, kan. Tak apalah kalau Id rasa belum masa nak kongsi dengan mama. I’ll be here whenever you need me. Cuma, mama harap, anak – anak mama tak buat sesuatu yang boleh malukan mama dan ayah. Can you promise that?” Pertanyaan itu buat Idraki terkedu. Ye, mama dan ayah sudah beri dia dan adik – adik cukup pendidikan agama dengan harapan dia tidak tergelincir dari ajaran agama yang unggul. Tapi kini, rasanya dia sudah mengkhianati mama dan ayahnya. Dia jadi malu pada mama, pada ayah. Lebih malu pada adik – adik yang sering menjadikan dia contoh terbaik.
                “Id, boleh janji itu dengan mama?” Tanya Puan Sri Aisyah lagi bila tiada jawapan dari Idraki. Kebisuan Idraki buat dia rungsing. Dia mahu Idraki jadi lelaki mulia.
                “InsyaAllah, ma. Even if I break that promise, Id akan pastikan Id tebus balik semua kesalahan Id.” Idarki membalas dengan senyuman. Tangan tua mamanya dielus lembut. Mohon pengertian dari Puan Sri Aisyah. Jelas kerutan di dahi Puan Sri Aisyah, cuba menafsir kata – kata Idraki. Namun seketika kemudian, bibirnya kembali lebar dengan senyuman.
                “Kita manusia memang selalu buat kesilapan. Baguslah kalau Id sedar salah dan silap Id. Ni, tentang Ayra. Have you settled?” Puan Sri Aisyah menukar topic, namun masih belum membuat jiwa lelaki Idraki tenang. Dia menarik nafas dalam sebelum menghelanya perlahan. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Lantas bangun dari sofa dan melangkah ke tingkap yang menghadap taman mamanya yang dijaga cantik.
                “Mama masih harapkan Ayra jadi menantu mama ke?” Soalan dijawab dengan soalan. Entah bagaimana dia ingin menerangkan rasa hatinya kepada Puan Sri Aisyah. Bukan sedikit khianat yang dibuat Ayra. Sehingga dia jadi kecewa begini, hingga dia hampir – hampir tidak percaya lagi kepada makhluk bergelar perempuan.
                “Mama tak kisah siapa pun yang jadi menantu mama. Cuma mama harap dia gadis yang baik – baik. Pasal Ayra ni, kalau betul kamu berdua tak boleh bersama, selesaikan dengan cara baik. Jangan biarkan tergantung macam ni. Dah lama sangat rasanya. Tak baik, Id. Parents Ayra jugak dah mula bertanya mama ni.” Puan Sri Aisyah memberitahu. Perihal Idraki dan Ayra tidak pernah selesai. Sejak berpacaran di zaman university, ada sahaja perkara yang berlaku. Bergaduh dan baik semula sudah jadi asam garam dalam percintaan anaknya ini dengan gadis pilihan hati. Namun. Jodoh antara mereka kuat agaknya. Walau macam mana bergaduh pun, akhirnya Idraki akan memujuk Ayra semula. Cuma kali ini, Idraki kelihatan keberatan benar ingin bersama semula dengan Ayra. Entah apa masalahnya, Idraki tidak pernah bercerita secara terperinci.
                “Id tak rasa ada jodoh antara kami, ma.” Pendek jawapan Idraki. Sudah tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada Puan Sri Aisyah tentang keadaan dia dan Ayra. Walau apa pun yang berlaku, maruah Ayra mesti dia jaga. Ayra seorang perempuan, maruah adalah segalanya pada seorang perempuan, walau Ayra mungkin tidak ambil berat.
                “Jodoh dan pertemuan memang ketentuan Allah, Id. Tapi, kita juga kena berusaha. Tak boleh serahkan semuanya pada takdir. Id betul – betul dah tak sayangkan Ayra?” Tanya Puan Sri Aisyah lagi. Idraki mengeluh perlahan. Mama tak tahu cerita sebenar, jawab hatinya namun tidak terluah. Dia beralih dari tingkap dan berdiri menghadap Puan Sri Aisyah. Dia mengukir senyuman tetapi mamanya pasti tahu yang senyuman itu tidak lahir dari hati.
                “Bunyi macam mama dah tak sabar nak ada menantu.” Usik Idraki. Meletus tawa dari bibir Puan Sri Aisyah. Dia menepuk perlahan bahu anak terunanya yang lebih tinggi. Menyeringai Idraki kesakitan walau sakit itu tidak seberapa.
                “Bukan setakat menantu, mama teringin nak ada cucu. Dah lama benar rumah ni sunyi dari nangis baby.” Puan Sri Aisyah turut sama mengusik. Dia memang sudah teringin benar ada cucu. Biar bertambah meriah rumah besar ini. Sejak anak – anak sudah besar, dia sering ditinggalkan keseorangan. Apa lagi bila Idraki mengambil keputusan untuk hidup sendirian di kondominium mewah di pinggir kota metropolitan ini.
                “Huish… Advance sungguh mama ni. Calonnya belum ada, dah terfikir nak bercucu pulak ni.” Balas Idraki lalu memeluk bahu Puan Sri Aisyah. Usik mengusik memang selalu menghiasi mereka anak beranak. Kalau ayah dan adik – adiknya ada, tentu lebih meriah.
                “Calonnya dah lari. Nampaknya lambat lagi lah mama nak timang cucu ni.” Bicaranya Puan Sri Aisyah buat Idraki meleret senyum lebar. Tiba – tiba bayangan wajah itu melintasi ruang mata. Mengingati itu, mamanya di pandang tunak. Mungkinkah boleh?, Tanya hatinya.
                “Anak mama ni pujaan ramai. Seorang lari, sepuluh yang datang tau.”
                Puan Sri Aisyah ketawa lagi. Dalam kegusaran hati Idraki, anaknya itu masih mampu untuk berjenaka. Dalam senang hatinya melihatkan perwatakan Idraki, dia masih bimbang. Bimbang Idraki terseksa akibat terlampau berahsia dengan semua orang.
                “Kalau satu hari Id bawa calon menantu, mama terima tak?” Soal Idraki setelah agak lama mereka berdiam diri melayan perasaan sendiri.
                “Kan mama dah cakap, mama tak kisah siapa pun jadi menantu mama. Asalkan dia gadis baik – baik. Pandai hormat orang tua, pandai hormat Id sebagai suami suatu hari nanti. Boleh jaga maruah dan yang paling penting, boleh lahirkan cucu yang ramai untuk mama dan ayah.”
                “Eh?.... Tadi syaratnya Cuma gadis yang baik – baik. Sekarang, dah panjang lebar pulak syaratnya ye?” Idraki kembali mengusik. Puan Sri Aisyah membuntangkan mata, dia terkena lagi. Sekali lagi dia menepuk bahu Idraki dan anaknya itu hanya membalas dengan memeluk bahu ibu kesayangannya.
                “Pandai menjawab!” Marah Puan Sri Aisyah namun Idraki hanya ketawa dengan kata – kata itu.
                “Jom kita turun minum petang. Ayah mesti dah balik sekarang ni.” Idraki memeluk kembali bahu Puan Sri Aisyah dan sedikit mendorong wanita itu berjalan beriringan untuk turun ke bawah.
                “Nak lari dari soalan mama lah tu. Tak apa, nanti esok – esok, mama Tanya juga.”
                “Okey. Esok – esok, Id jawab ye mama.” Balas Idraki. Dia mengaduh kesakitan bila Puan Sri Aisyah mencubit pinggangnya.
                Sampai di ruang makan di tingkat bawah, Tan Sri Khalid sudah menanti di meja makan. Dia yang baru pulang dari bermain golf dengan teman – teman seperniagaan, agak pelik melihat isteri dan anaknya berbual santai. Bila Puan Sri Aisyah dan Idraki menghulur tangan untuk bersalaman, dia masih keliru dengan apa yang dibualkan oleh dua beranak itu.
                “Apa yang dibualakan tadi tu? Gembira semacam aje?” Tanya Tan Sri Khalid. Dia menanti Puan Sri Aisyah menuangkan teh ‘o’ yang menjadi kesukaannya. Satu demi satu wajah dihadapannya di pandang silih ganti.
                “Anak teruna abang ni, nak bawakan Aisyah menantu.” Jawab Puan Sri Aisyah. Serentak itu, Idraki yang baru menghirup air tersedak. Merah mukanya bila Tan Sri Khalid memandang dia penuh teruja.
                “Betul? Kamu dah okey ke dengan Ayra? Eloklah tu, bila ayah dan mama boleh pergi meminang ni?” Soal Tan Sri Khalid teruja. Dia juga seperti isterinya, sudah tidak sabar mahu menerima menantu, seterusnya menimang cucu. Idraki pula yang terkedu dan bagai tidak dapat bersuara.
                “Erk… Id cakap suatu hari nanti. Bukan sekarang, ayah. And most probably, not Ayra.” Jawapan Idraki buat Tan Sri Khalid memandang isterinya dengan tanda Tanya. Puan Sri Aisyah pula hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Pandangannya kembali kea rah Idraki. Anak itu leka dengan kuih seri muka di tangan tetapi jelas air mukanya menerawang jauh.
                “Kalau bukan Ayra, siapa? Kamu dah ada girlfriend baru?” Tan Sri Khalid masih tidak jemu mengorek rahsia. Setahunya, Idraki hanya setia pada Ayra seorang. Tetapi kini, Idraki bermain teka teki pula.
                “InsyaAllah, satu hari Id bawa dia jumpa ayah dan mama ye.” Hanya itu jawapan Idraki. Buat ayah dan mamanya semakin tertanya – Tanya. Bagi Idraki pula, wajah mulus yang sentiasa menghantui fikirannya itu bagai dipatri di dalam hati. Hatinya sudah tekad untuk mencari gadis itu dan menebus kembali kekhilafan yang pernah dilakukannya.

Saturday, 11 February 2012

Bab 1 : Ingin Ku Lafazkan Cinta


1.
                Kereta Mercedes Benz E Class meluncur masuk ke perkarangan banglo dua tingkat yang tersergam indah. Usai kereta di parkir di garaj, seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an keluar dari ruang tempat duduk belakang. Briefcase di tangan diserahkan kepada pemandu yang setia berdiri di pintu kereta.
                Pandangan lelaki tua itu terarah ke taman mini yang dicipta lengkap dengan gazebo sebagai tempat seisi keluarga beristirehat. Jelas kelihatan kerut di dahinya ketika terpandang susuk tubuh yang sedang termenung di taman itu. Perlahan kakinya mengatur langkah kea rah taman mini.
                “Assalamualaikum… Ayu” panggilnya lembut. Perlahan gadis yang ditegur menoleh. Terukir senyum di wajah lesu itu sambil dia bangun menghulur tangan. Tangan tua itu disalami lalu di cium penuh hormat. Bibir si gadis bergerak – gerak, menjawab salam perlahan. Kemudian mereka sama – sama melabuh punggung di gazebo. Angin yang agak kuat petang itu sesekali membuai rambut panjang gadis yang dipanggil Ayu itu.
                “Kenapa ni, Ayu?” Tanya lelaki tadi setelah agak lama mereka berdiam diri. Risau melihatkan gadis yang tidak habis – habis dengan termenung. Sejak kedatangan gadis itu lebih sebulan dulu, tiada senyuman manis yang menghiasi bibir mungil itu. Ada tak ada pun, Cuma untuk senyuman hambar bila mereka sesekali bersembang.
                “Tak ada apa – apa, Pak Long.” Balas Ayu lambat dan perlahan. Matanya memandang wajah tua itu sebelum kembali menatap kolam ikan yang sentiasa memancurkan air di celah batuan. Sesekali, tangannya menyisir rambut yang ditiup angin. Hati semakin resah dan gelisah, bagai tiada penghujung kepada setiap perkara yang menghantui fikirannya.
                “Kalau tak ada apa – apa, kenapa tiap tiap petang Pak Long tengok Ayu di sini? Apa yang Ayu fikirkan ni?” Lelaki yang dipanggil Pak Long masih cuba merisik. Hati jadi risau namun kadang kala jadi bosan dengan kerenah anak saudaranya ini. Gadis ceria itu, kini bertukar murung dan pendiam. Entah apa yang menganggu fikiran. Bila dia cuba merisik, hanya jawapan seperti tadi yang dia dapat.
                “Pak Long tak usah bimbang. Ayu okey, Cuma… perlu masa.” Bicara Ayu hanya untuk menenangkan hati bapa saudaranya. Lelaki itu sudah banyak berjasa sejak ketiadaan ibu bapanya, tidak elok rasanya membiarkan hati lelaki itu runsing kerananya.
                Pak Long disebelahnya mengeluh perlahan. Bagaimanalah hatinya tidak bimbang. Anak saudaranya itu telah berubah seratus peratus. Dia telalu bimbang andai sesuatu yang tidak diingini terjadi.
                “Macam manalah Pak Long tak bimbang. Dah lebih sebulan sejak parents Ayu meninggal, tapi Ayu masih macam ni. Termenung dan termenung. Life’s must go on, Ayu. Bukan asyik termenung aje.” Nasihat Pak Long perlahan, tetapi hanya disambut dengan keluhan yang terbit dari bibir mungil itu. matanya yang dari tadi merenung kolam, kini beralih ke wajah tua itu sebelum sekali lagi dia mengalih pandangan ke arah pintu pagar utama di banglo itu.
                “Atau ada benda lain yang ganggu fikiran Ayu?” Tanya Pak Long lagi setelah nasihatnya tadi tidak mendapat sebarang balasan dari Ayu. Jenuh menanti gadis itu membuka mulut. Kalau dulu, bibir mungil itu memang tidak boleh berhenti bercakap. Ada saja yang ingin dikatakan. Sampai dia naik penat melayan. Sekarang? Nak dengar Ayu bagi salam pun sangat susah.
                “Maksud Pak Long?”
                “I thought, lepas balik dari holiday, Ayu akan okey. Or at least, kurang sikit beban fikiran Ayu. Tapi nampaknya Ayu makin parah. Why? Ada apa – apa yang jadi ke masa kat sana?” Tebak Pak Long buat Ayu terkedu. Kembali kenangan di Pulau Tioman melintasi ingatan. Dia memejam mata bila bayangan itu menerjah. Kepalanya digelengkan perlahan. Dia tunduk merenung lantai gazebo. Air mata mula mengisi tubir mata. Ada kesakitan bila diingatkan tentang percutian itu, namun dia tidak akan memberitahu sesiapa tentang itu.
                “Tak ada apalah, Pak Long. Semua okey. I had fun, there.” Lesu bicara itu buat Pak Long tidak percaya. Tetapi dia tidak mahu memaksa. Ayu tidak akan bercerita andai dia tidak mahu. Sudahnya, dia mengangguk kepala tanda faham.
                “Ayu dah fikirkan bila nak mula kerja dengan Pak Long?” Pak Long memesong cerita. Mungkin dengan mengajak Ayu berbual tentang hal lain, kurang sedikit fikiran anak saudaranya itu. Mata Ayu yang menangkap anak matanya dib alas penuh kasih. Seluruh kasih sayangnya tertumpah pada Ayu yang kehilangan kedua orang tua secara tiba – tiba.
                “Entah.” Sepatah sahaja jawapan dari Ayu. Malas mahu memikirkan tentang tawaran kerja di syarikat Pak Longnya. Dia ingin membina kerjaya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa. Lagipun, arwah ayah selalu mengingatkan supaya dia berdikari sendiri. Kejayaan hasil dari titik peluh sendiri adalah lebih bermakna daripada bantuan orang lain.
                “Fikirkanlah. Kebetulan, secretary abang Luqman nak berhenti hujung bulan ni. Ikut husband dia posting ke Switzerland. Ayu boleh gantikan tempat dia.” Cadang Pak Long, namun tiada reaksi dari Ayu. Gadis itu masih seronok memusatkan pandangan pada kolam ikan.
                “Ayu dengar tak apa Pak Long cakap ni?” Suara Pak Long sudah sedikit tegas. Geram bila kata – katanya tidak diendahkan Ayu.
                “Dengar Pak Long, tapi Ayu rasa tak payahlah. Biar Ayu kerja kat tempat lain. Bagi peluang aje dengan fresh graduate kat luar sana.” Sangkal Ayu perlahan. Bukan dia tak sudi kerja di syarikat Pak Long tapi rasanya sudah banyak benar budi yang ditabur Pak Long sekeluarga sejak dia pindah masuk ke rumah ini.
                “Kerja sementara je. Sementara ada calon lebih sesuai. Lagipun, bila Ayu sibuk dengan kerja, tak adalah Ayu nak habiskan masa dengan termenung macam ni. Ada juga kerja berfaedah yang Ayu boleh buat. Bila Ayu macam ni, Pak Long dengan Mak Long risau, tahu?”
                “Nantilah, Ayu fikirkan ye. Pak Long masuklah. Mak Long dah panggil tu.” Jawab Ayu sambil matanya dilarikan ke arah pintu masuk utama banglo. Kelihatan Mak Long tercegat sambil bercekak pinggang. Riak wajahnya marah, mungkin sudah jemu menanti Pak Long masuk untuk minum petang bersama.
                “Ayu tak nak masuk?” Tanya Pak Long lalu dia bangkit dari duduk. Jemarinya melurut rambut kasarnya ke belakang.
                “Kejap lagi Ayu masuk. Pak Long masuklah dulu, nanti sejuk pula teh ‘o’ kegemaran Pak Long tu.” Usik Ayu dengan senyuman hambar di bibir. Pak Long hanya mengangguk lalu mula mengatur langkah. Baru beberapa langkah meninggalkan Ayu, dia berhenti dan berpaling semula.
                “Jangan lama sangat kat luar ni. Dah nak senja, tak elok senja senja kita kat luar.” Pesan Pak Long lalu dia kembali melangkah tanpa menunggu jawapan Ayu. Gadis itu hanya mengangguk kemudian kembali menyambung menung.
                “Bualkan apa dengan Ayu sampai lembat benar masuknya?” Tanya Puan Rashidah ketika suaminya sudah duduk di meja makan menikmati minum petang. Hari sudah melewati jam 6.30 petang ketika itu. Agak lewat untuk minum petang, tapi itulah harian mereka suami isteri sejak dahulu.
                “Entahlah, Shida. Risau abang dibuatnya. Budak tu sejak Khairul dengan Imah pergi, tak habis – habis termenung. Abang ingatkan, bila kita hantar dia pergi holiday, dia akan okey semula. Tapi nampaknya makin teruk pulak.” Luah Encik Saiful. Dengan isterinya, tak ada apa yang perlu disembunyikan. Risau yang selalu bergayut dihati, diluahkan pada isteri tercinta.
                “Hrmm… Shida pun dah tak tahu nak buat macam mana, bang. Dari pagi sampai petang, itu ajelah kerja dia. Makan kemana, kerja kemana. Dah puas Shida nasihatkan, dia buat tak perduli aje. Kadang – kadang naik marah jugak tengok perangai dia tu.” Panjang leteran Puan Rashidah. Kasih sayang yang tertumpah pada anak saudara perempuan yang seorang itu turut sama menimbulkan risau. Satu – satunya anak saudara perempuan yang dia ada sehingga dia sudah menganggap Ayu seperti anaknya kerana dia hanya punya 3 orang anak lelaki.
                “Abang pun tak tahu apa nak buat. Di ajak kerja di company tu, dia tak nak, disuruh cerita apa yang buat dia termenung tak habis – habis, katanya tak ada apa – apa. Kalau pun rindu sangat dengan Kahirul dengan Imah, bukan itu caranya.” Encik Saiful melepas keluh. Masalah yang sering di syarikatnya pun rasanya tidak seberat masalah yang dihadapi kini. Pening dengan kerenah Ayu.
                “Nantilah, kita cuba cakap dengan dia perlahan – lahan. Luqman pun ada cuba nasihatkan dia, Shida tengok. InsyaAllah, tak lama lagi, eloklah tu. Dia kan rapat sangat dengan orang tuanya. Lagi pulak, orang tuanya pergi lepas balik dari konvonya, itu yang dia terasa sangat kot.” Puan Rashidah cuba menenangkan suaminya. Kesakitan suaminya adalah kesakitannya juga. Kesedihan Encik Saiful turut sama dirasainya.
                “Iyelah. Kita tak boleh berhenti mencuba. Abang nak naik bilik, nak mandi. Dah melekit badan rasanya. Shida nak mandi sama?” Usik Encik Saiful pula. Sejak awal perkahwinan, gurau senda tidak pernah lekang dari menghiasi rumahtangga mereka. Buntang mata Puan Rashidah melihat suaminya. Sudah mula dengan usikannya.
                “Apa abang ni? Tak malu ke, anak – anak dah besar. Nak menggatal lagi.” Sedikit marah Puan Rashidah. Namun, senyuman nakal yang terhias di bibir Encik Saiful dibalas mesra. Gurauan seperti itulah yang sentiasa mengeratkan kasih sayang mereka.
                “Gatal dengan isteri abang, apa salahnya. Abang naik dulu.” Usik Encik Saiful lagi sambil tangannya mencubit hidung Puan Rashidah. Dia bangkit dari duduk lalu mengatur langkah memanjat anak tangga ke tingkat atas. Puan Rashidah yang memerhati, hanya menggeleangkan kepala.

                                                *****************************************
                Pandangannya jauh. Jauh melepasi kepekatan malam. Cahaya dari lampu jalan yang terbias dari tingkap biliknya langsung tidak mengganggu anganannya. Sejauh pandangan matanya, begitu juga anganannya. Dia berpeluk tubuh ketika terasa dingin menyapa tubuh dek angin penghawa dingin di bilik itu. Angannya membawa dirinya jauh.
                Ayu Qharidah memejam mata. Sepasang tangan kekar terasa memeluk tubuhnya dari belakang. Serentak, sebuah ciuman hinggap di leher. Kemudian, ciuman itu semakin liar ke pipi dan seluruh wajahnya. Ayu semakin hanyut, menikmati belaian yang semakin hangat.
                Namun seketika kemudian, Ayu Qharidah membuka mata. Tersentak dengan anganannya yang sentiasa mengganggu fikiran. Hatinya mula bergetar, takut. Gementar dengan anganan yang tidak berhenti menyesak otak. Spontan badannya menggigil, dan air mata mula laju menuruni pipi. Dia beristigfhar berulang kali. Sesal dan sedih dengan keadaan diri, air mata juga sudah tidak dapt dibendung lagi. Dari berdiri, tubuhnya melorot jatuh. Sungguh sungguh dia kesal. Satu dosa yang terpalit yang tak mungkin dapat di padam lagi.
                Lama dia menangisi kekhilafan diri di tepi tingkap itu. Sebelum dia sedar akan sesuatu. Pantas air mata yang masih setia menemani diri diseka. Dia bingkas bangun lalu berjalan ke bilik air. Dia mesti memohon ampun, dia mesti menebus kembali kesilapan. Ayu Qharidah mengambil wuduk, seterusnya memakai telekung. Niatnya ingin menunaikan solat Taubat, solat Hajat dan solat Isthikarah. Dia ingin memohon ampun.
                Khusyuk dirinya menyerah diri kepada Yang Esa. Tunduk dan berserah kepada satu – satuNya yang sentiasa  mengerti akan kekusutan diri. Usai mengerjakan solat sunat, dia terasa tenang. Namun, fikirannya masih menerawang. Sejak peristiwa itu, solat Taubatnya tidak pernah tinggal. Setiap malam, tiga solat sunat itu sentiasa ikhlas dikerjakannya, namun kenapa bayangan itu sentiasa menghantui? Kenapa sentuhan itu masih terasa – rasa sehingga ke saat ini? Adakah solat tidak diterima? Adakah taubatnya tidak diterima? Ayu Qharidah buntu. Saat hati mula mempersoalkan yang bukan – bukan tentang takdir Allah, bibirnya lancar beristighfar. Tidak mahu lagi tergelincir dengan godaan syaitan. Dia berzikir dengan rendah diri. Hingga basah bibirnya dengan kalimah memuji Allah. Hingga matanya terpejam, hatinya masih memuji kebesaran Allah yang sentiasa disisi.

Friday, 10 February 2012

Kerana Kamu 10


10.
                Haris menutup fail di tangan. Dia cuba untuk focus pada kerja – kerjanya tetapi dia tidak mampu. Sering kali, wajah dan susuk tubuh Dhamirah muncul bila dia cuba memahami isi kandungan tender untuk projek baru yang akan dilaksanakan. Dia mengeluh perlahan. Sakit kepala dan sakit jiwa bila memikirkan kenapa wajah itu sering kali melintasi ingatan tak kira waktu dan tempat kini.
                Haris bangkit dari kerusi empuk yang didudukinya lalu kakinya diatur ke cermin tingkap di bilik pejabatnya yang luas itu. Pandangannya ditebar keluar tingkap. Menikmati pemandangan sekitar Shah Alam yang sentiasa sibuk 24 jam. Dia mengeluh lagi sambil tangannya mengurut tengkuk yang terasa tegang. Seketika, bayangan Dhamirah yang sedang menyisir rambut di hadapan meja solek terlayar di ruang mata. Haris memejam mata, ingin mengusir bayangan itu pergi. Selalu sahaja dia diganggu dengan bayangan seperti itu akhir – akhir ini.
                “Malam ni Mak Ton nak masak apa pulak?” Terdengar suara lembut itu bertanyakan Mak Ton sambil tangannya lincah menyanggul tinggi rambutnya. Ketika tangan terangkat itu, terbias susuk tubuh Dhamirah dek pancaran lampu menembusi pakaian Dhamirah yang agak jarang. Dia yang ketika itu ingin ke dapur untuk minum air, terkaku sebentar. Dan seperti sebelumnya, aksi itu buat jantungnya bagai berhenti berdegup.
                Ada ketikanya pula, dia hampir tewas bila Dhamirah dengan lembut meletakkan segelas air di meja sisi katil sebelum gadis itu memanjat sofa untuk tidur. Alunan rambut lembut itu yang mengikut gerakannya buat Haris telan liur. Dhamirah memang mampu menggoncang iman didadanya tanpa perlu gadis itu menggodanya. Setiap gerak geri Dhamirah menambah ghairah Haris dan jika diturutkan nafsu jantannya, memang sudah lama Dhamirah dijamah semahunya. Cuma, entahlah. Ego masih tinggi. Rasa marah pada perbuatan Dania masih terkesan di hati. Itu yang membuatkan dia menahan diri dan menelan liur sahaja dengan setiap godaan yang datang dari gerak gaya Dhamirah.
                Itu belum ditambah lagi bila mendengar suara Dhamirah. Gadis itu kini sudah tidak takut – takut untuk menjawab kata – katanya tetapi setiap jawapan Dhamirah tidak pernah meninggikan suara. Lembut dan syahdu sampai ke telinganya. Aduh, Mira. Apa yang kau dah buat pada aku? Haris meraup muka. Semakin tertekan dengan keadaan yang terpaksa dihadapinya kini. Tidak tahu bagaimana ingin mencari jalan keluar.
                “Ris! Lunch!” Jerit satu suara buat lamunan Haris mengenai Dhamirah berterbangan. Haris menoleh kearah suara itu. Buntang matanya bila Remy sudah tersengih di tepi mejanya. Bila pula Remy masuk kebiliknya?
                “Dah tak reti nak ketuk dulu ke?” Marah Haris sambil kakinya melangkah laju ke mejanya semula. Fail yang bertimbun, disusun agar kemas. Memang menjadi kepantangannya kalau sesiapa masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu walaupun Remy itu seorang daripada sahabat baiknya di pejabat besar itu.
                “Aku dah ketuk banyak kali, kau tak jawab. Reyna kata kau ada kat dalam. Aku masuk ajelah, takut pulak kot kot kau pengsan kat dalam ni. Mana tahu berangan jauh sangat sampai tak dengar aku ketuk.” Remy pamer sengih. Dah banyak kali juga dia merempuh masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum ini dan dia tahu marah Haris hanya sekejap sahaja.
                Haris senyum sinis. Remy memang tak makan saman, mentang – mentanglah mereka bersahabat baik, ada sahaja jawapan dari mulut lelaki itu.
                “Nak makan kat mana ni? Kau takde appointment hari ni?” Haris bertanya ketika mereka beriringan ke pintu lift. Waktu sudah 1.15 petang. Pejabat itu memang lenggang kerana rata – rata sudah keluar makan.
                “Cancelled. Client ada urgent case pulak kat site. Hrmm… aku free sampai petang, kalau nak lunch jauh – jauh sikit pun, aku okey je. Yang penting, kau belanja.” Remy tersengih lagi bila siku Haris sampai ke perutnya. Sengaja mengusik teman yang bagaikan sedang menanggung masalah besar.
                “Kedekut. Taik hidung masin. Johan mana?” Selar Haris garang. Remy memang begitu, kalau boleh nak jimat saja selalu. Mengekek ketawa Remy melihat baran Haris.
                “Eleh, baru mintak belanja sikit, dah bising. Tak sportinglah. Johan kat sitelah. Kau pergi approve banyak sangat projek kat Selangor, dah tak menang tangan member tu. Hari – hari kena melawat kawasan.”
                “Huh! Kalau untung nanti kau orang jugak yang naik gaji. Bila time buat kerja, merungut tak berhenti. Dah, nak makan kat mana ni?” Haris meloloskan diri ke dalam kereta BMW 7 series yang berwarna hitam miliknya itu. Menanti Remy mengambil tempat di sebelah penumpang sebelum dia menukar gear ke D dan membelok keluar dari kawasan parking yang dikhaskan untuknya.
                “Saba.” Ringkas jawapan Remy membuat Haris berpaling dengan kerutan di dahi.
                “Cyberjaya?” Tanya Haris tidak percaya. Dia harus memandu sejauh itu hanya untuk makan tengahari?
                “Yup. Dah lama tak pekena nasi arab. Sesekali, apa salahnya. Aku pun free petang ni.” Jawab Remy yakin.
                “Kau memanglah free. Aku ni yang bertimbun kerja. Banyak tender aku belum go through lagi ni.” Bidas Haris namun keretanya sudah di belok menghala Cyberjaya.
                “Banyak kerja? Tadi pun aku tengok kau termenung aje. Kenapa? Ada masalah dengan bini?” Duga Remy buat Haris merengus. Kawan – kawannya memang tak sayang mulut. Kalau nak mengata, sesedap mulut aje mengata orang. Tak ada tapis – tapis langsung, Haris merungut dalam hati.
                Tiada jawapan dari Haris, buat Remy terdiam juga. Dia memang tidak suka memaksa Haris juga kawan – kawan lain untuk bercerita jika ada masalah. Tiba waktunya, Haris akan membuka mulut juga. Sama juga seperti ketika Haris tertekan kerana terpaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hati. Agak lama memendam rasa, akhirnya Haris sendiri datang mencarinya meluahkan segala kesakitan di hati.
                Sepanjang perjalanan ke Cyberjaya, mereka leka melayan angan masing – masing. Melihat wajah tegang Haris, Remy tidak jadi membuka mulut. Ingin membiarkan dahulu mood Haris berubah baik, baru dia akan bercerita semula. Sudah lama wajah tegang sebegitu tidak dipamer Haris. Terakhir ketika Haris baru berkahwin. Tetapi wajah itu kembali tenang sejak sebulan dia bergelar suami. Kini, Haris kembali mempamer wajah tegang, entah apa pula masalah yang dihadapi oleh temannya itu.
                “Suzy apa khabar?” Haris membuka mulut. Bosan bila kesunyian menenami sepanjang perjalanan mereka. Remy disebelah dikerling sekilas.
                “Okey. Sihat aje.”
                “Bila pulak korang nak menikah ni? Rasanya dah lama kau berdua bertunang.”
                “InsyaAllah hujung tahun ni. Kalau tak ada aral. Eh, kau jadi pengapit aku, nak?” Tanya Remy bersungguh – sungguh. Menjemput kerut di dahi Haris. Dia menjadi pengapit? Oh, no!
                “Pengapit? Kau gila? Tak nak aku. Aku dah kahwinlah. Tak sesuai.” Haris pantas menolak. Tak sanggup berdiri terpacak di samping pengantin. Duduk bersanding pun dia rasa semacam, inikan pula jadi tukang kipas.
                “Eh, okey what? Masa kau bersanding, aku yang jadi pengapit. Sekarang turn kau lah pulak. Wife kau pulak jadi pengapit Suzy. Dah sesuai sangat tu.” Remy berusaha memujuk. Sebenarnya tidak bersungguh, hanya ingin menghangatkan suasana.
                “Hello, masa aku bersanding, kau tu single lagi. Takkan kau nak suruh aku yang dah kahwin ni jadi pengapit. Plus, Mira nak jadi pengapit perempuan? No.. no.. no.. Tanya Johan lah. Dia kan single and available lagi. Time tu, mesti berebut awek nak kat kenal dengan dia.” Bantah Haris diikuti dengan tawa kecilnya. Remy turut ketawa mendengar itu. Johan, teman yang seorang itu liat benar dalam mencari teman hidup. Sudah berpuluh perempuan dikenalkan pada dia, namun semuanya ditolak mentah – mentah. Entah perempuan macam mana yang diinginkan Johan.
                “Kedekut sangat nak tayang bini depan orang.” Usik Remy. Serentak itu kepalanya ditunjal dengan jari Haris. temannya itu tidak pernah bertapis bila bercakap. Sejak bila dia kedekut nak tayang bini?
                “Allah, cakap pasal bini, bukan main kau marah ye. Dah sayang sangat lah tu?” Remy belum jemu mengusik dengan tawanya. Haris yang membuntang mata makin membuat dia ketawanya.
                “Okey, drop the subject. Kita dah sampai ni. Kau pergi cari tempat dulu, aku nak park kereta.” Haris mengarah. Sudah bosan diajukan dengan persoalan mengenai Dhamirah yang dia sendiri belum punya jawapan. Dia sayangkan Mira? Fikir seribu kali pun belum tentu jawapannya ya.
                Mereka berdua menikmati nasi arab tengahari itu dengan selera. Sudah lama tidak menikmati makanan dari Timur Tengah itu buat selera mereka terbuka. Bukan senang ingin mencari menu sebegitu yang cukup lazat di sekitar Selangor ini.
                “Kau boleh tolong carikan aku rumah sewa?” Tanya Haris ketika masing – masing asyik dengan nasi di pinggan. Pertanyaan Haris itu buat suapan Remy terhenti. Dahinya berkerut memandang Haris. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba – tiba sahaja Haris ingin mencari rumah sewa.
                “Rumah sewa? Kau nak pindah ke?”
                “Hrmm…”
                “Kenapa? Tak okey duduk dengan parents kau?” Berkerut lagi dahi Remy bila Haris mengurut pelipis matanya dengan soalannya sebentar tadi. Nampak macam berat benar masalah yang dihadapi Haris.
                “Rumah kau dekat Putrajaya tu?” Remy bertanya lagi bila Haris tidak menjawap soalannya sebentar tadi. Rumah yang dibeli Haris di Putrajaya sudah lama siap, Cuma entah bila Haris ingin berpindah. Dibiarkan kosong tanpa penghuni.
                “Aku nak renovate dulu rumah tu. Boleh ke tidak ni?” Sedikit tinggi suara Haris. Malas mahu bercerita panjang dengan Remy.
                “Boleh. Tapi sebab apa yang kau nak pindah? Selama ni okey je duduk dengan parents kau.”
                Haris menghela nafas panjang. Masih berfikir wajar atau tidak dia menceritakan kepada Remy tentang kegusarannya ketika ini. Takut Remy mentertawakannya. Takut semakin panjang ceramah Remy tentang masalahnya ini.
                “Aku tak boleh….” Hanya setakat itu Haris mampu menuturkan bicara. Masih keliru untuk membuka cerita. Masih berfikir kewajaran dia membuka pekung di dada. Tetapi, dia perlu seseorang untuk berkongsi rasa yang menyesak di dada.
                “Apa yang kau tak boleh?” Remy tidak sabar. Mata Haris ditenung tanda tidak sabar. Pasti ada sesuatu yang disembunyi Haris.
                “Aku tak boleh sebilik dengan Mira. Tak boleh.” Haris akhirnya meluah rasa. Seketika, tubuh menggoda Dhamirah melintas di ruang mata.
                “Tak boleh? Kenapa? Cuba kau cerita betul betul. Aku tak faham.” Remy melihat sahaja wajah gelisah Haris. berkali kali temannya itu mengeluh namun bibirnya masih berat ingin becerita.
                “Aku takut lagi lama aku sebilik dengan dia, aku akan tarik dia ke katil.” Haris melepas nafas. Lega bila dapat meluah rasa resah dihati. Namun gelak tawa Remy buat dia mengerut dahi. Tidak faham gelak itu untuk apa.
                “Apsal yang kau gelak pulak? Apa yang lucu sangat?” Bidas Haris tidak puas hati. Sisa tawa Remy masih kedengaran sambil kepala kawannya itu tergeleng – geleng.
                “Dia kan isteri kau, apa yang kau nak takut pulak? Dah memang halal untuk kau, kan?” Tanya Remy. Matanya menatap wajah resah Haris. Apa lagi yang tidak kena. Nasi di hadapan Haris sudah tidak lagi disentuh. Melihat gelisah Haris, Remy bagai sudah membaca sesuatu.
                “Don’t tell me, kau dengan dia… tak pernah…” Mati ayat Remy, mengharapkan Haris faham dengan maksud kata – katanya. Dan, melihat anggukan Haris, dia mengucap panjang. Tidak disangka, Haris tegar membiarkan Dhamirah kesepian. Betapa berdosanya Haris kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.
                “Kau tahu tak kau dah berdosa? Kau tahukan, kewajipan kau beri nafkah batin pada dia?” Remy bertanya lagi. Sakit hatinya bila Haris hanya diam sambil meraup muka berkali – kali. Kemudian mengurut tengkuk namun bibirnya masih bisu untuk membalas kata – kata Remy sebentar tahu.
                “Aku tahu. Masa aku setuju kahwin dengan dia, niat aku Cuma nak balas dendam. Aku nekad nak seksa dia. Biar dia rasa macam mana aku rasa sakitnya hati dengan perbuatan perempuan tu…” Haris mengeluh perlahan. Segala yang dirancang Nampak sudah tunggang terbalik. Sejak di malam pertama pernikahan, dia sudah dilanda nafsu hanya kerana melihat Dhamirah tanpa tudung. Sedangkan sebelum pernikahan, dia bermati – matian bertekad untuk menyeksa gadis itu sebagai membalas dendam. Kini, dia pula yang terseksa.
                Sekali lagi Remy mengucap mendengar kata – kata Haris. Sungguh dia tidak pernah terfikir sampai begini sekali Haris menghukum Dhamirah kerana kesalahan Dania. Di mana kewarasan fikiran Haris? Kenapa temannya itu sanggup menanggung dosa hanya kerana ingin membalas dendam?
                “Kenapa cetek sangat fikiran kau ni? Mira tu dah sah jadi isteri kau, Ris. Kau kena beri dia nafkah. Nafkah zahir dia macam mana? Kau abaikan jugak?” Remy berusaha mengorek rahsia. Sudah lebih sebulan bernikah, baru kini dia tahu betapa pincangnya bentuk rumahtangga Haris.
                “Entah. Aku tak pernah ambil tahu.”
                “Macam mana kau jadi suami ni? Dahlah nafkah batin kau tak pernah bagi, nafkah zahir pun kau culas. Okey, yang batin tu mungkin aku boleh faham tapi yang zahir ni, kau bukannya tak berkemampuan. Kau tu Pengarah Projek, takkan nak bagi seribu dua kat isteri pun kau nak berkira. Mira tu masih study, Ris. Kau fikir cukup ke keperluan dia dengan duit pinjaman dia tu?” Panjang syarahan Remy buat Haris terdiam. Ya, kenapa dia tak pernah terfikir pun sebelum ini. Asyik mengikutkan rasa hati yang marah, dia terlupa langsung dengan tanggungjawab dia memberi nafkah kepada Dhamirah. Walaupun dia marah pada Dania, tak sepatutnya dia mengabaikan Dhamirah.
                “Aku marah sangat, can’t think straight. Nanti aku fikirkan pasal tu.” Haris menjawab acuh tak acuh. Tidak mahu Remy memanjangkan cerita tentang perihal nafkah zahir dan batin yang dibangkitkan. Tujuannya Cuma ingin Remy carikan dia rumah sewa. Bukannya meleret hingga ke soal nafkah.
                “Jadi kau suruh aku cari rumah ni, kenapa?” Remy masih tidak berpuas hati. Sampai bila agaknya Haris ingin menyeksa Dhamirah dengan tidak memberikan makna perkahwinan sebenar pada isterinya itu.
                “Kan aku dah cakap. Aku tak boleh sebilik dengan Mira. Aku takut, aku tarik dia ke katil.”
                “Apa salahnya? Dia halal untuk kau.” Remy menggiat. Bukan niatnya ingin mengorek perihal rumahtangga Haris. Tetapi, alang alang Haris sudah membuka mulut, baik dia bertanya terus. Paling tidak, Haris boleh diterangkan dengan kesalahan yang dia buat.
                “Entahlah, Remy. Aku tak cintakan dia. Aku tak mahu sentuh dia hanya sebab nafsu. Aku nak lakukannya dengan rasa cinta.” Luah Haris perlahan. Pandangan dilepaskan ke luar tingkap. Terasa berat masalah yang ditanggung kini.
                “Then, learn to love her.” Cadang Remy. Bulat mata Haris memandang Remy. Tidak percaya cadangan gila itu yang diberi Remy. Dia mencintai Mira? Not in a million times! Jeritnya di dalam hati.
                “Merepek!”
                “Merepek apanya, Ris? She’s your wife. Dah sepatutnya kau cintakan dia, kan. Love only her. Ke kau masih sayangkan Dania?”
                “Can’t you just drop that bitch name?” Marah Haris. Sesungguhnya, marahnya pada Dania tak pernah padam. Kerana perempuan yang pernah dicintai separuh mati itu, dia kini menanggung perasaan yang bukan sedikit.
                “Jangan sebab dia lari dari kau, kau beri dia gelaran tu, Ris. Tak baik. Anyway, kita tak bincang pasal Dania sekarang. Its Dhamirah you should concern. Kenapa susah sangat yang kau nak belajar mencintai dia? Dia dah sah jadi isteri kau. Belajar cintai dia and aku rasa, the rest will go by the flow.” Remy belum jemu memberi nasihat. Dia sayangkan Haris seperti adik sendiri dan kebahagian Haris merupakan kebahagian dia juga.
                Haris kembali meraup muka. Rambut disisir kasar ke belakang. Belajar mencintai Dhamirah? Bagaimana dia ingin belajar? Sedangkan ketika cintanya berputik buat Dania, dia tidak pernah belajar. Yang dia tahu, dia cintai Dania sejak kali pertama melihat gadis itu.
                “Macam mana aku nak cintakan dia kalau kakak dia sendiri yang buat hal? Dahlah perempuan tu lari masa hari nikah, dia satu family senang senang je nak gantikan Mira jadi isteri aku.” Marah Haris. Masih tidak boleh melupakan peristiwa yang buat hatinya sakit. Buat dendamnya membara. Tergeleng – geleng kepala Remy mendengar amarah Haris. Dia akui, memang berat dugaan yang dilalui Haris, tetapi temannya itu seolah mempersoalkan qada dan qadar Allah pula.
                “Every cloud has a silver lining, Haris. Belajarlah terima hakikat dan takdir Allah. Mungkin memang Mira jodoh kau. Dia yang terbaik untuk kau. Kau dah buat solat Isthikarah?”
                “Untuk apa? Aku dah kahwin pun kan?”
                “Haris, Haris. Solat Isthikarah bukan hanya untuk minta petunjuk siapa isteri kita. Kau dah kahwin, tapi kau masih boleh mintak petunjuk Allah tentang bagaimana arah rumahtangga kau kan? Minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kau settle problem kau ni.” Nasihat Remy lembut. Membuat Haris terdiam dan berfikir. Perlahan bibirnya beristighfar, rasanya tadi dia cuba memperlekehkan sesuatu yang telah ditentukan Yang Maha Esa.
                “Sudahlah. Aku rasa kau dah boleh fikir baik buruk setiap perkara. Cuba kembali kepada Allah, insyaAllah, kau akan jumpa jawapannya. Pasal rumah sewa yang kau nak cari tu, nanti aku usahakan. Dahlah, jom. Dah lewat ni. Aku belanja hari ni.” Remy bangun dari kerusi. Sudah malas mahu memanjangkan ceramah percumanya.