Friday 11 October 2013

Cerita Belum Ada Tajuk

Salam....

Glad knowing that ada yang follow cite saya. Thanks a lot. As I said, saya hanya berkongsi hobi dalam bidang penulisan. Sebarang kekurangan harap dimaafkan. Kerana Kamu, Ingin Kulafazkan Cinta dan Tentang Kau Dan Aku mungkin dihentikan buat sementara sebab kekeringan idea... haha... Tapi, saya akan tetap update bila idea datang mencurah.

Meanwhile, presenting my new idea. Konsep sama aje kot... cerita cinta cuma belum ada tajuk...

*******************************************************************************




1.
                “Encik Hakim!”
                Panggilan itu menghentikan langkah Hakim. Dia berpaling memandang Haliza yang duduk di meja setiausahanya itu. Kening dijungkit sebelah tanda bertanya.
                “Datuk Shahril panggil ke biliknya, sekarang.” Haliza memberitahu lembut dengan senyuman di bibir. Wajah tanpa perasaan Hakim dipandang tepat. Menikmati ketampanan wajah kacukan melayu cina itu.
                “Anything important? I’m busy.” Balas Hakim, malas. Kalau dah Datuk Shahril panggil, tentu telinganya sakit kena mendengar bebelan dari lelaki itu.
                “I guess so. Sampai dia mintak I tunggu you di sini.”
                Hakim mengeluh perlahan. Tanpa memberi jawapan, dia meneruskan langkah ke biliknya. Elok meletakkan briefcase di tempat biasa, dia kembali keluar. Ingin berjumpa Datuk Shahril yang mengetuai syarikat. Dan, Haliza, setiausaha Datuk itu masih setia menunggunya di meja tadi.
                “You berdiri macam tunggul kat sini, buat apa? Jadi spy Datuk Shahril?” Sinis Hakim bertanya bila dilihatnya Haliza masih disitu. Elok pula mengekornya ke bilik Datuk Shahril.
                “Datuk Shahril suruh pastikan you ke biliknya segera. Dia mintak I bawak you.”
                “Typical Datuk Shahril… huh.” Sindirnya sebelum dia menolak pintu bilik Datuk Shahril yang tidak berkunci. Sebaik pintu terbuka luas, matanya dijamu dengan wajah Datuk Shahril yang kelihatan ceria dan seorang gadis berambut tocang sedang duduk berhadapan dengan lelaki pertengahan abad itu. Tanpa salam, kakinya laju melangkah menghampiri meja Datuk Shahril.
                “What can I do for you, Datuk?” Tanya Hakim selamba. Gadis tadi langsung tidak dipedulikannya. Dia malas mahu berlama-lamaan di bilik besar ini.
                “Hah! Finally you came. Terlajak lagi hari ni?” Datuk Shahril menyindir pula. Jam sudah hampir pukul sebelas, baru anak muda ini muncul.
                “Oh please, daddy. At least I came! Ada apa yang penting sangat sampai suruh Liza tunggu Kim kat luar bilik?” Tegas Hakim. Berkali-kali mendengar leteran Datuk Shahril tentang kelewatan dia ke pejabat buatkan dia jadi muak. Dia lewat, itu masalah peribadi dia. Tetapi, dia sentiasa pastikan urusan pejabat teratur dan selesai.
                “Daddy dah dapatkan kamu a PA. Kali ini, jangan kamu suka-suka hati nak pecat dia. She’s hired on my recommendation. So, hanya daddy yang boleh pecat dia.” Datuk Shahril terus ke perkara pokok. Kalau di layan kepala angin Hakim, memang mereka akan bertengkar lagi jawabnya.
                “What!! Daddy tak boleh buat macam ni. My PA, I’m the one who supposed to hire. Apa ni, daddy?” Bentak Hakim. Dia menjeling sekilas wajah gadis yang membisu di kerusi di hadapan Datuk Shahril. Biasa – biasa saja. Tak seksi seperti setiausahanya yang sebelum ini.
                “Semua PA yang kamu hire tu tak boleh harap. Pakai seksi tapi kerja tak jalan. Hanya tahu nak menggoda kamu. Itu tak masuk lagi girlfriends kamu yang buat office ni macam rumah diaorang. Keluar masuk ikut suka hati.” Datuk Shahril sudah meninggikan suara. Benci bila difikirkan yang semua setiausaha Hakim sebelum ini hanya pandai melawa dan ingin menggoda anak terunanya itu.
                “And this one boleh buat kerja?” Sinis Hakim. Jari telunjuk mengarah ke gadis itu tapi anak matanya tepat ke wajah ayahnya.
                “Why don’t you try?” Datuk Shahril seolah mencabar Hakim. Mendengar itu, Hakim merengus kuat. Matanya beralih ke wajah si gadis yang dari tadi mendiamkan diri. Langsung tak beriak walau dia dan daddnya sedang bertengkar tentang gadis itu.
                “What’s your name?” Tanya Hakim tegas. Tiada langsung senyuman dan kemesraan yang dipamerkan kepada gadis yang menjadi setiausahanya itu.
                “Saya Indah Irdina. Tapi encik boleh panggil saya Dee.” Tenang gadis itu menjawab dengan seulas senyuman dibibir. Nampak sweet tapi entah kenapa, Hakim jadi meluat memandang senyuman itu.
                “Aku panggil kau, Din. Sanggup?”
        “Dee would be nice, Encik Hakim.” Lembut Indah membalas namun ada ketegasan disebaliknya.
                “Can you work?”
                “InsyaAllah. Itu tujuan saya ke sini.”
                “We’ll see.” Pendek jawapan Hakim dan dia kembali memandang Datuk Shahril.
            “Now, will you excuse us? Kim nak kena tengok PA yang daddy hire ni boleh kerja ke tidak… Move, Dee!”
                “Excuse me, Datuk. Thanks a lot.” Indah bangun dari kerusinya. Dia mengukir senyum buat Datuk Shahril. Lelaki itu membalas senyumannya dan mengangguk kecil. Indah mengekori Hakim yang laju meninggalkannya. Melihat pada ketegasan Hakim dan cara dia bertengkar dengan ayahnya sendiri tadi, Indah tahu bekerja di bawah lelaki ini bukan mudah. Kalau tidak, takkanlah setiausaha Hakim asyik bertukar ganti sahaja. Asyik berfikir tenteng bos barunya itu, Indah tidak seddar yang Hakim sudah berhenti melangkah.
                “Opss!!” Jerit Indah sebaik dia terlanggar belakang Hakim. Lelaki itu merenungnya marah.
                “Baru start kerja, dah berangan. Ini yang kau cakap boleh buat kerja?” Hakim memetir. Marah dan geram dihati dilepaskan pada gadis yang belum pun sehari menjadi setiausahanya itu. Padahal, salahnya juga sebab berhenti tiba – tiba.
                “Sorry, encik. Tak perasan encik berhenti.” Indah mengukir senyum walau jelas dimatanya wajah mencuka Hakim. Ah, pedulikan. Dia datang ke sini untuk mencari nafkah. Dimarahi bos adalah perkara biasa. Indah memujuk hati sendiri.
                “Berangan! Ini, meja kau. Letak barang- barang kau and masuk bilik aku, sekarang!” Arah Hakim lantas meninggalkan Indah terkebil-kebil di meja sederhana besar di luar bilik berpintu kayu jati itu. Hakim menghempas pintu bilik dengan kuat sehingga Indah terkejut. Jelas terpapar di pintu kayu itu nama dan jawatan yang di sandang Hakim di situ.
                “Hakim Saifullah Bin Datuk Shahril. Project Manager.” Indah membaca satu persatu perkataan yang tertera di situ.
                “Nama bukan main sedap tapi perangai macam singa.” Rungut Indah sambil tangannya lincah meletakkan beg sandang dan mencapai buku nota juga pen yang tersedia di situ. Dia perlu segera berjumpa dengan Hakim sebelum lelaki itu mengamuk lagi.
                “Selamat pagi Encik Hakim. Ada apa encik panggil saya?” Indah beramah mesra sebaik dia diberi kebenaran masuk oleh Hakim sebentar tadi.
                “Just cut the crap, Dee. Duduk!” Hakim memetir lagi. Matanya meneliti setiap inci tubuh langsing itu. Cantik bersalut sepasang blazer dan seluar slack warna hitam dengan blaus putih di dalamnya. Rambut panjangnya pula diikat tocang. Namun, pemandangan itu langsung tidak Berjaya menyejukkan hatinya yang tengah mendidih.
                “Aku nak brief kau tentang kerja-kerja kau kat sini. But first, jangan panggil aku encik. Geli aku dengar. Panggil aku bos. Kedua, rutin kau setiap hari adalah sediakan aku Nescafe. Bila aku masuk office, aku tahu secawan dah tersedia kat atas meja aku. Aku nak yang panas berasap lagi. Kalau aku dapat yang dah sejuk, aku siram aje kat muka kau.” Hakim menerangkan dengan tegas. Dilihatnya Indah terangguk-angguk sambil ralit menulis sesuatu di buku nota yang dibawanya tadi.
                “Rutin kau seterusnya, pastikan jadual aku teratur. Aku tak nak clash kat mana-mana yang buatkan aku terkejar- kejar sebab jadual yang kau buat. Make sure setiap hari aku ada kat bilik ini at least 3 jam untuk aku selesaikan kerja-kerja aku. Setiap pagi, update aku dengan jadual aku and alert me every time. Rekod aku baik dengan client setakat ni and I’m intent to keep it that way. You got me?” Tanya Hakim diakhir bicaranya bila Indah hanya membisu dan leka mencatit entah apa – apa didalam bku nota itu sejak tadi.
                “Yes, encik..”
                “Pardon me?”
                “Ops… sorry. Yes boss. Lagi?”
                “You’ll receive numerous called from all my girlfriends. Make sure kau pandai bagi alasan and kalau  aku suruh kau aturkan beberapa date dengan girlfriends aku dalam satu hari, pastikan aku tak kantoi with one and each one of them.”
                “Ha? Itu pun masuk dalam scope kerja saya ke? Kan ke itu hal personal boss?” Indah tercengang. Takkan hal girlfriend boss dia ni pun, dia yang kena uruskan.
                “Hei… you’re my PA and kau kena buat apa aje yang aku arahkan.” Pintas Hakim. Matanya dijegilkan pada Indah. Dan dia sembunyi senyum bila dia lihat Indah terkebil –kebil menerima arahannya. Padan muka kau! Aku akan pastikan kau hantar surat berhenti kerja dalam masa tiga bulan, hati Hakim berbisik jahat.
                “Okeylah, boss. Saya cuba.” Indah berkata yakin membuatkan Hakim yang ingin ketawa terus terbantut. Tak apa, kita tengok esok lusa macam mana kau nak handle semua, bisik Hakim lagi.
                “Anything else, boss?”
               “Last one, as my PA, kau kena ikut kemana aku pergi kalau aku arahkan. Kalau aku arahkan kau ikut aku site visits, then you go. Kalau aku arahkan kau teman aku any dinner dengan client, aku tak nak dengar any excuses. And this include weekend ye. Working with me, bermaksud kau kena standby 24/7. I will call you anytime I need you. Boleh?”
                Indah menggaru kepala yang tiba – tiba terasa gatal. Masa Datuk Shahril terangkan kepadanya tentang kerja-kerjanya, rasanya dia tak dengar pula yang dia perlu mengekor anak teruna Datuk itu 24 jam. Susah juga kalau macam ni. kalau so-called boss dia ni ada niat tak baik kat dia, macam mana?
                “Please stop thinking what you’re thinking right now. Aku tak sekeji tu nak rosakkan anak dara orang. Plus, you are not my type. Aku Cuma perlukan PA yang boleh buat kerja setiap masa. Kalau kau rasa kau tak mampu, resign!” Bagai dapat membaca kerisauan Indah, Hakim terlebih dulu menerangkan. Tujuannya Cuma satu, dia mahukan Indah segera berhenti kerja agar dia pilih seoang setiausaha yang menepati citarasanya.
                “Saya fikir apa? Saya tak cakap apa-apa pun. Baiklah boss, saya akan bekerja bersungguh-sungguh dan boss akan senang hati dengan kerja saya.” Berkobar-kobar semangat Indah ingin bekerja. Hakim senyum sinis. Ini baru permulaan. Banyak lagi yang sedang dia rancang untuk kenakan PA barunya ini.
                “Dah, kau boleh keluar. Jangan kacau aku kalau nothing important. Make sure kau saring semua calls and get me my Nescafe, now!”
                “Ok. Thank you boss.” Indah bangun dari kerusi dan terus menapak keluar. Dalam hati, sudah berbagai sumpah seranah yang dia bagi pada Hakim. Garangnya mengalahkan singa betina. Ops! Yang didalam itu lelaki, jadi tak sesuai gunakan singa betina. Singa jantan yang betulnya. Tapi, singa jantan pun tak segarang ini kot. Dalam pada kepala asyik merungut-rungut tentng Hakim, tangannya lincah juga membuat air Nescafe panas berasap yang di minta Hakim. Otak pula asyik terfikir- fikir bagaimana dia ingin mengatasi sikap baran bos barunya itu. Agar senang dia bekerja dengan Hakim.
                “Aku jampi air dia ni, bagus juga. Biar dia tunduk, dengar cakap aku.” Bebel Indah sendirian.
                “Eh, tapi tak baik buat macam tu.” Indah beristighfar di dalam hati. Mujurlah tiada siapa di dalam pantry itu sekarang. Kalau tidak tentu dia di cop gila. Baru sehari bekerja, sudah bercakap sendirian.
                Tidak mahu berfikir panjang tentang perangai bosnya itu, Indah segera membawa satu mug Nescafe ke dalam bilik Hakim. Biar Hakim siapkan kerjanya di situ, sementara dia pula perlu banyak belajar tentang tugasan barunya dan perjalanan syarikat tempat dia bekerja sekarang ini.

                ************************************************************


                Seharian bekerja dan menghadap kerenah Hakim sepanjang hari, buatkan Indah benar-benar kelelahan malam itu. Hobinya yang suka menonton televisyen sehingga tamat siaran tidak lagi mampu menarik minatnya. Mata memandang kaca televisyen tetapi hati dan perasaannya melayang entah kemana. Yang pasti, jerit pekik dan suara memetir Hakim sentiasa kedengaran di telinganya.
                “Hoii!!”
                “Hoii!! Apa hoi?!” Indah melatah kuat saat pahanya ditepuk perlahan. Sungguh dia terkejut dengan sergahan itu. Perlahan dia mengurut dada lalu sebuah jelingan tajam dihadiahkan buat Aida yang sudah ketawa mengekek.
                “Seronok sangatlah tu dapat kenakan aku.” Marah Indah. Sebiji mug berisi air oren diatas meja, di capai lalu dia minum rakus.
                “Kau tu asyik berangan aje. Aku pangggil, tak jawab. Tak habis-habis lagi dengan perangai suka berangan kau ni kan. Kali ni, berangankan sapa pulak? Boss handsome kau tu ke?” Aida mengusik. Sejak dari balik kerja tadi, dia cuba mengorek cerita tentang kerja baru Indah. Namun teman karibnya sejak kecil itu lebih senang mengunci mulut. Sepatah ditanya, langsung Indah tak jawab. Ada tak ada pun, Cuma cebikan bibir yang dia dapat.
                “Mana kau tahu boss aku handsome ke tak? Kau kenal ke singa tu?” Marah Indah. Terasa darah naik ke kepala setiap kali nama boss itu disebut-sebut didepannya. Aida mengjungkit bahu lalu menyisip mug berisi air Nescafe ke bibirnya. Air Nescafe diteguk perlahan.
                “Manalah aku tahu. Boss kau kan. Tapi selalunya, big boss memang handsome kan? Macam dalam novel-novel semua tu. Macam dalam cerita Korea tu.” Aida membebel pula. Kepala asyik membayangkan wajah ketua Indah. Tentu kacak dan bergaya. Bukan ke orang kaya semua macam tu?
                “Ha! Itulah, banyak sangat baca novel. Suka sangat tengok drama Korea. Sampai kau terbawa-bawa dalam reality. Kalau muka handsome pun, tapi perangai macam haram…” Indah menggelengkan kepala. Rasanya, tiada perkataan yang sesuai untuk dia gambarkan tentang lelaki bernama Hakim Saifullah itu. Namanya cukup sedap didengar tapi perangai….
                “Jadi, kau mengakulah boss kau tu handsome? Eh, ceritalah sikit pasal bos kau tu. Ok ke tak. Dah kahwin ke belum? Dah ada girlfriend ke belum. Dia bawak kereta apa?”
                “Stop! Stop! Berapa banyak soalan yang kau nak tanya ni? satu-satulah weii.”
                “Ok… aku tak payah tanya. Kau cerita aje. Aku rela dengar.” Aida tarik senyum comel. Indah mencebik bibir lalu mengetuk kepala sahabatnya itu. Sengal dari kecil sampai besar.
                “Handsome tu… oklah. Macam artis Korea kau tu jugak tapi versi macho and gagah lah.”
             “Hoii… Hero Korea aku semua macho dan gagah tau. Kau jangan nak cakap diaorang macam gay pulak.” Potong Aida cepat. Pantang betul bila Indah sering kali mengatakan yang hero Korea pujaannya macam gay.
                “Iyelah, iyelah… kau nak dengar cerita ke tak ni?” Indah menaikkan suara. Tadi sibuk sangat suruh dia bercerita. Sekarang potong cerita dia pula.
                “Hehe… sorry. Ok, teruskan.”
                “Muka handsome, badan though, tinggi semua cukup tapi perangai… mengalahkan singa kau tau. Dalam satu hari ni, entah berapa kali aku kena marah. Itu belum dia menjerit memekik lagi. Aku yang duk belajar pasal kerja-kerja kat situ pun, terus hilang mood.” Indah bercerita penuh perasaan. Melahirkan rasa tidak puas hati tentang Hakim. Memang dia akui wajah itu memang tampan. Tapi semuany hilang bila Hakim menjerit memekik memarahi dia.
                “Kau buat kerja tak betul agaknya..” Aida cuba berdiplomasi. Adatlah dimarahi ketua kalau ada buat kesalahan.
                “Memanglah tak betul semua lagi. Ini first day aku kot. Takkan tiba-tiba aku nak jadi expert dalam semua benda. Perlahan-lahan aku belajar lah. Dia boleh jerit jerit kat aku sampai satu floor tu dengar. Tak ke malu aku ni?” Indah tuding  jari ke muka sendiri. Terlepas tawa Aida melihat aksi dan kata-kata itu.
                “Kau tak balas balik ke? Selalunya kau tu pantang orang jerit jerit. Kau yang bertukar jadi singa pulak.” Aida mengenakan kawannya itu. Indah bukan boleh bila orang berkasar dengannya. Apa lagi jika kesalahan itu bukan dilakukan oleh Indah. Memang Indah akan menyinga satu hari. Entah panas baran siapa yang Indah ikut, dia sendiri pun tak tahu.
                Indah senyum senget. Tangan naik menggaru kepala. Memang kalau diikutkan baran dihatinya, sudah lama dia ikut menjerit. Membalas setiap kata-kata Hakim yang menyakitkan telinga dan hati. Namun, kerana dia sangat perlukan kerja ini, jadi disabarkan hatinya sendiri.
                “Dia boss aku, beb. Lagipun memang salah aku. Cuma janganlah terjerit terpekik macam tu. Aku masih belajar kan.” Suara indah yang berkobr-kobar tadi kembali perlahan. Sedar akan kedudukannya di pejabat itu. Dia Cuma seorng kuli dan Hakim adalah ketuanya, malangnya.
                “Nasib baiklah kau sedar. Kalau tidak, entah berapa lama pulak kau tanam anggur lagi. Kau tak tanya kawan-kawan office ke pasal boss kau tu?”
                “Ada juga aku tanya. Especially pada Kak Liza. Dia tu PA Datuk and pernah jugalah jadi PA boss aku tu bila PA dia semua resign. Kak Liza cakap, dia tu memang macam tu. Tak ada perasaan. Dingin, macam ais. Jarang sangat nak senyum dengan staff sampai semua staff takut nak dekat dengan dia.”
                “Mintaklah tips dekat Kak Liza tu. Dia dah pernah jadi PA boss kau, mesti tau macam maana nak handle boss kau.”
                “Aku ada jugak mintak. Kak Liza Cuma suruh aku sabar. Ikutkan aje kehendak boss tu. Lama-lama nanti, dia akan ok. Tak mesra, tapi boleh tolak ansur dengan kita.”
                “Hah… oklah tu. Kata kunci dia dekat sini adalah sabar. So, kau sabar je. Ikutkan aje peel dia tu. Lama-lama nanti, dia oklah dengan kau.” Aida memberi semangat walau dia tidak berapa faham dengan kerenah boss Indah.
                “Heh… entah dia yang ok, ataupun Kak liza tu yang lali dengan perangai singa liar tu. Orang kata, alah bisa tegal biasa. Marah ke, terjerit ke terpekik ke, dah jadi macam lagu lullaby pulak kat telinga Kak Liza.” Duga Indah buatkan Aida ketwa terbahak-bahak. Ada benarnya juga kata-kata Indah. Sudah biasa sangat dimarah dan dijerit, lama-lama telinga pun jadi lali.
                “Betul jugak cakap kau tu. Telinga pun jadi kebal bila hari-hari kena jerit kan. Dahlah, aku dah mengantuk. Pening pulak kepala aku fikir hal boss kau ni. Kau sabor aje ye. Esok-esok, lalilah telinga kau tu. Aku nak tido. Nanite laling..” Aida bingkas dari sofa bed itu. Mug di meja kopi, dibiarkan sahaja.
                “Wei… mug kau ni?”
                “Tolong basuh ye darling… Mak dah mengantuk sangat ni..” Aida buat muka mengantuk namun ketawanya lepas bila Indah mengjegilkan mata. Sempat dia bagi flying kiss sebelum masuk ke bilik tidurnya di bahagian hdapan.
                “Thanks darling!!” Jerit Aida pula sebelum dia menutup pintu bilik.
                “Thanks darling.. Ingat aku ni makwe dia kea pa?” Indah merungut sendiri sebelum dia mengambil mug dan berjalan ke dapur. Dia juga ingin tidur awal. Ingin merehatkan badan dan minda sebelum menghadapi esok yang getir.

1 comment: