Thursday 17 October 2013

Kalau Dah Jodoh 2

As salam...

I've decided untuk letak tajuk Kalau Dah Jodoh pada cerita tak ada tajuk in previous entry. Macam tak best kan, tapi bolehlah buat masa sekarang.

Now, presenting chapter 2 : Kalau Dah Jodoh

******************************************************************************




2.

                Seminggu bekerja di bawah ketua bernama Hakim Saifullah, memang menguji kesabaran Indah. Sejak dari hari kedua dia di pejabat itu, Hakim sering mencari kesalahannya. Setiap apa yang dia buat, pasti ada sahaja yang salah di mata Hakim. Sedangkan, sebelum dia menghantar sebarang kerja untuk diperiksa oleh bossnya itu, Indah sudah memeriksa beberapa kali untuk mencari kesalahan. Dia tidak jumpa tapi bagaimana Hakim boleh nampak? Sekecil-kecil kesalahan pun, pasti Hakim akan melenting marah bagaikan kesalahan yang dia lakukan itu boleh menyebabkan syarikat itu rugi berbillion-billion.
                Kesalahan pertama yang Hakim cakap dia lakukan adalah menyediakan Nescafe sejuk kepadanya. Walhal, Hakim yang tidak muncul-muncul ke pejabat sejak pagi. Dia masih ingat amaran Hakim, secawan Nescafe mesti ada diatas mejanya sebelum dia masuk pejabat. Awal-awal pagi Indah sudah sediakan air seperti yang diarahkan. Namun, bossnya itu hanya muncul sekitar jam 11.00 pagi, sudah tentulah Nescafe itu sudah sejuk. Hampir juga mukanya disiram dengan air Nescafe itu, Cuma dia yang pandai memberi alasan. Kesudahannya, dia dihalau keluar dari bilik dengan garang oleh Hakim. Rentetan itu, sepanjang hari dia kena menadah telinga mendengar jerit pekik Hakim. Buat itu salah, buat ini tak kena. Mujur juga Hakim tidak melenting dengan susunan jadual yang dia buat untuk Hakim kerana itu adalah kepakarannya. Menyusun jadual untuk sesuatu perkara yang dia ingin lakukan. Dan, hari itu, dia hanya perlu menghadap Hakim sehingga waktu makan tengahari kerana selepas itu, dia susun jadual Hakim agar tidak perlu lagi kembali ke pejabat. Atau sekurang-kurangnya, Hakim tidak kembali sehingga waktu kerjanya tamat.
                “Dee!!!”Jerit Hakim kuat. Mengejutkan Indah yang sedang merangka surat di pcnya sambil otak melayang entah kemana. Mendengar suara seperti singa lapar itu, Indah segera mencapai buku nota dan pen lalu berlari anak ke bilik Hakim. Tak perlu ketuk pintu kerana sejak dia bekeerja disini, Hakim memang tidak pernah tutup pintu biliknya sekiranya dia berada di pejabat.
                “Yes, boss?”
                “Explain!” Marah Hakim sambil melempar sebuah fail nipis ke hadapan Indah. Perlahan Indah mengambil fail itu lalu dibuka helaian pertama. Buntang matanya bila melihat kerja yang ditaipnya semalam penuh dengan lorekan merah. Dia tahu, itu pasti kesalahan yang ditanda Hakim. Aduh, Indah mula garu kepala. Rasanya dia sudah periksa betul-betul semalam, kenapa masih banyak yang dibulatkan oleh Hakim ni? nampaknya, dia memang perlu daftar masuk kelas Bahasa Inggeris lepas ni.
                “Ini invitation yang boss minta saya taip semalam..”
                “I know what is it, Dee. Yang aku nak tahu, kenapa banyak sangat spelling mistake? You failed B.I. ke masa sekolah dulu?”Hakim masih menyinga. Indah dipandang seakan mahu ditelan. Kesalahan ini sudah beberapa kali Indah lakukan. Nak kata Bahasa Inggerisnya tak bagus, tak juga. Tapi, kenapa asyik ulang kesalahan yang sama?
                “Sorry, boss. Maybe, saya…”
                “Apa? Kau tak belajar masa kat kolej ke macam mana spelling? Typing? Silly mistake ni and yet you still do it. Entah mana daddy jumpa kau and cakap kau boleh buat kerja. Dah jadi kerja aku pulak nak betulkan semua. Stupid!”
                Diam. Indah tidak menjawab. Dia akui kesalahannya tapi macam mana dia nak focus dengan kerja kalau Hakim terjerit terpekik marahkan dia? Itu belum lagi dengan semua perempuan yang menelefon ke mejanya untuk mencari Hakim. Ahh, kesalahan dia, dia tuding pada Hakim pula.
                “Apasal kau diam? Dah tak ada jawapan? Selalu mulut kau tu menjawab aje.” Hakim tidak berpuas hati. Selalunya, kalau dia marah-marah, ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut yang terbentuk cantik itu. Tapi kali ini, senyap sahaja pula.
                “Macam mana kerja saya nak betul kalau boss asyik menjerit aje dengan saya. Itu, girlfriends boss tu, semua call meja saya nak carik boss. Letihlah saya nak bagi alasan cover boss.” Indah menjawab tanpa sempat berfikir. Dijentik dengan kata-kata yang boleh menaikkan marahnya, memang mulutnya cepat menjawab tanpa sempat akal menghalang.
                Hakim membuntang mata. Setiausahanya itu semakin berani nampaknya menjawab kata-katanya. Salahnya juga, elok gadis itu diam, dia pula yang mengprovok agar mulut itu lancar membalas.
                “Excuse me? Itu kerja kau. Aku dah brief kau on the first day. Kenapa kau nak complaint sekarang? Dah tak larat?” Hakim ukir senyum senget. Senyum mengejek yang memang boleh buat Indah sakit hati. Indah tahu, Hakim sedang cuba menyingkirkan dia dari pejabat ini. Hakim tidak sudi dia menjadi setiausahanya. Dia tidak seksi dan dia tidak pandai menggod seperti PA Hakim yang dulu. jadi, tentu Hakim pun sakit mata sakit hati tengok dia. Apalagi, dia dilantik oleh ayah Hakim yang dia boleh lihat hubungan mereka tidak begitu baik.
                “Apa pulak tak larat. Silly mistake, kan. Saya betulkan sekarang ye bos.” Indah ukir senyum manis. Namun jelas menyindirnya. Tanpa perlu menunggu kebenaran Hakim, dia melangkah keluar dari bilik itu.
                “Jangan salah lagi! Jangan buat kerja bodoh.” Marah Hakim tanpa memandang Indah. Tumpuannya sudah pada laptop dan kerja-kerjanya yang tertangguh sejak tadi kerana asyik mencari kesalahan Indah sejak pagi. Geram melihat gadis itu tidak takutkan dirinya dan boleh menjawab dengan selamba setiap kata-katanya.
                Indah hanya jungkit bahu mendengar pesanan itu. Sejak seminggu disini, perkataan bodoh memang tak lekang dari mulut Hakim. Benda kecil pun Hakim nak besar-besarkan. Kalau lelaki itu cakap baik-baik dengan dia, bukan ke boleh buat semua orang senang hati? Dia pun tak adalah sakit jantung dengar jerit pekik lelaki itu setiap hari.
                Elok sahaja melabuh duduk di kerusi kerjanya, telefon di mejanya berdering nyaring. Tak perlu menunggu lama, Indah segera mengangkat gagang.
                “Hakim’s office. Good morning, boleh saya bantu?” Indah menjawab panggilan lembut. Mengikut etika kesetiausahaan yang dia pelajari.
                “Hello.. PA Hakim, kan?” Soalan bodoh. Indah hampir menepuk dahi sendiri. Kalau dah dia cakap Hakim’s office, tentulah PA Hakim. Takkan Hakim nak jawab panggilan sendiri dan buat suara perempuan.
                “Iye, cik. Boleh saya bantu?”
                “Put me to Hakim. Please.” Suara gedik manja itu meminta lembut. Indah mencebik bibir. Geli geleman rasanya mendengar suara begitu. Kenapalah bossnya itu suka benar dengan perempuan bersuara macam ini?
                “May I know whose on the line, please?” Maasih mengikut etika kerjanya, Indah bertanya lagi. Kalau diikutkan hati, memang dia sambungkan terus panggilan ke meja Hakim. Namun, dia terikat dengan etika kerja dan sikap menyinga Hakim yang tak menentu. Dia tidak mahu asyik dimarahi Hakim kerana perkara kecil.
                “Sapa kau nak tau aku siapa? Aku nak cakap dengan Hakim, can’t you just transfer the call?” Hilang suara gedik manja, gadis di sebelah talian sana sedikit garang. Indah menarik nafas dalam. Baru dia tanya nama, sudah begini responnya. Belum lagi dia bagi pelbagai alasan agar panggilan tidak disambungkan.
                “Maaf, cik. Ini polisi kami. Saya perlu tahu nama cik dan urusan cik dengan Encik Hakim.”
                “Hello, PA. Kau ni menyibuk ssangat kenapa? Kau transfer call aje lah. Hakim tau aku siapa.” Semakin garang suara disebelah sana kerana Indah masih tidak mahu menyambung talian. Kesabaran Indah pula sudah semakin nipis. Dia bercakap baik-baik, gadis itu pula marah-marah. Jawab sahaja soalan dia, kan senang.
                “If this is personal, I think you better call encik Hakim through his handset. Line ke meja dia, mainly for business, cik.”
                “Hei bodoh! Kalau aku dapat call handset dia, tak adalah aku berborak dengan kau sekarang. Kau transfer call sekarang, or else, I’ll report this to Hakim.” Indah hampir melenting bila gadis disana memanggil dia bodoh. Sudahlah Hakim disini suka memanggil dia begitu. Ditambah pula dengan teman wanita Hakim yang memang tidak tahu adab sopan. Memang secocok benarlah mereka berdua itu.
                “Kalau cik call handset dia, tak dapat, maknanya dia tak nak cakap dengan cik. What make you think yang dia akan layan cik bila saya transfer call ni? And, if you want to report this, please do it with all my pleasure.”
                “You..! You..! Kau jangan nak kurang ajar ye! Kau tunggu, aku report dekat Hakim dan kau tahulah nasib kau lepas tu!” Bagai orang gila, gadis disana menjerit-jerit sehingga Indah terpaksa menjauhkan gagang telefon dari telinganya. Belumpun sempat dia menjawab, talian sudah dimatikan. Indah tersenyum sumbing sambil melihat gagang yang sudah sepi. Perlahan dia meletakkan gagang dan matanya kembali menatap pc.
                “Dee!”
                Indah mengeluh lemah. Belum hilang sakit hati dimarahi sebentar tadi, kini Hakim ingin cari pasal lagi. Dalam rasa malas, Indah memandang juga ke bilik Hakim. Dan, matanya tidak berkelip bila melihat Hakim yang sudah bersandar di pintu bilik sambil berpeluk tubuh. Pandangan matanya yang tajam dan wajah seriusnya benar-benar mempersonakan. Tiada kemesraan pada wajah itu tetapi posisi begitu benar-benar buat Indah terpesona.
                “Dee!” Panggil Hakim lagi bila Indah tidak menjawab panggilannya dan hanya memandang dia tidak berkelip.
                “Err… ya.. ya.. boss. Ada apa bos panggil saya?” Kelam kabut Indah berdiri. Malu tertangkap begitu dengan boss sendiri. Tanpa sedar, pipinya merona merah. Untuk melindungi rasa malu, Indah berpur-pura mencari buku nota. Walhal, buku nota itu elok sahaja terletak disisinya.
                “Masuk bilik aku sekejap.” Tegas, tetapi tidak marah seperti tadi. Tanpa menunggu Indah, Hakim berjalan ke mejanya semula. Dia kembali menatap laptop sambil menanti Indah hadir dihadapannya.
                “Ye, boss?”
                “Meeting aku dengan Mr. Chan sepatutnya pukul 12.00 ni, kan?” Hakim bertanya tanpa memandang Indah yang sudah selesa duduk dihadapannya. Sekilas dia menjeling Indah yang hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan kepada soalannya tadi.
                “Rearangge it to 2.00p.m. Aku ada hal sekejap lagi and for sure cannot make it by 12.00. Kalau Mr. Chan tak boleh hari ni, try tomorrow same place, same time.” Arahnya datar. Otak masih ligat memikir idea untuk proposal terbarunya tapi mulut juga ligat memberi arahan kepada Indah.
                “I’ve arrange your meeting with encik Ghazali at 3.00. Betul boss nak saya arrange meeting Mr. Chan pukul 2.00?” Indah meminta kepastian. Melihat pada cara kerja Hakim, dia tahu pertemuan Hakim dengan klien tak akan berlangsung sebegitu singkat.
                Hakim mengeluh kecil. Dia meraut muka dan seterusnya melurut rambut ke belakang. Perhatian sudah tidak lagi pada kerja dan dia memusingkan kerusi menghadap Indah pula.
                “I’ve totally forget about that. But, Datuk Shahril akan join meeting aku dengan encik Ghazali, kan?” Sekali lagi, hanya anggukan yang dia terima sebagai jawapan.
                “Kau tanya Haliza, kalau Datuk boleh handle meeting without me, kau arrange macam aku suruh tadi. Kalau tak, then tomorrow.”
                “Baik, boss. Anything else?” Indah mengangkat muka. Dia mengukir senyum bila Hakim memandangnya serius. Bagai tiada rasa sakit hati dengan segala kemarahan Hakim tak sampai beberapa jam yang lalu.
                “Yes… make me another cup of Nescafe.” Hakim menghulur mug yang telah kosong. Indah menyambutnya dengan senyuman yang masih mekar terukir. Terselit juga rasa bangga kerana Hakim sukakan Nescafe yang dia buat setiap pagi. Setidak-tidaknya, itu yang dia rasa kerana Hakim pasti akan meminta lebih dari satu kali dalam sehari air Nescafe buatannya.
                “Yes, boss.” Indah melangkah untuk keluar dari bilik Hakim namun langkahnya terhenti bila Hakim kembali memanggil namanya.
                “It’s good what you had done just now. Don’t simply transfer line to me and make sure it is very, very, very important sebelum kau sambung call.” Perlahan suara Hakim. Mungkin sahaja tidak ikhlas pujiannya itu tetapi itu sudah cukup untuk menyenangkan hati Indah. Menjemput senyuman manis di bibir Indah sebelum dia berlalu keluar.
******************************************************************************


                Setengah jam berpusing-pusing mencari parkir, menyebabkan Hakim terlewat 15 minit dari masa yang dijanjikan. Dia merengus marah bila melihat jam di tangan lalu langkahnya semakin lebar menuju cafĂ© The Red Bean Bag seperti yang dijanjikan. Menginjak ke waktu makan tengahari, kawasan sekitar semakin dipenuhi orang yang mula berpusu-pusu. Mungkin ada yang sudah keluar makan tengahari awal atau mungkin sahaja ada yang bersiar-siar disekitar kawasan tumpuan itu.
                “Hakim!”
                Satu suara memanggilnya ketika matanya meliar mencari teman yang ingin ditemuinya. Terlihat sesusuk tubuh itu, Hakim mengukir senyum lalu langkahnya besar menuju ke meja yang diduduki temannya. Terkejut juga dia ketika sampai di meja kerana terdapat dua orang gadis turut berada di meja tersebut. Sangkanya, dia hanya akan bertemu dengan sahabat baiknya itu seorang sahaja.
                Hey… my man.” Teman yang ditemui berdiri menyambut kedatangannya. Mereka berlaga penumbuk dan bahu sebagai tanda persabahatan yang sudah lama terjalin. Senyuman gembir jelas terpapar di keduanya.
                “How are you, bro? Lama hilang this time.” Hakim bertanya setelah selesa duduk. Butang kot di buka satu persatu. Wajah dua orang gadis yang turut sama di meja mereka dipandang sekilas tanpa perasaan.
                “Lepas tugas aku ke Jordan, aku ambil cuti sebulan round Europe. Seronok, beb. Aku ajak kau dulu lagi, kau tak nak. Banyak sangat alasan.” Balas temannya diselangi dengan tawa kecil. Hakim turut tertawa kecil. Sejak mereka di alam university, temannya itu sudah menyatakan hasrat untuk mengelilingi Eropah. Cuma dia yang kebeeratan. Bukan dia tidak suka melancong, Cuma buat masa ini, hatinya masih belum mahu bercuti panjang dan bersiar-siar. Sangkanya, selepas Adi, temannya itu menjadi pilot dan sudah pergi ke seluruh pelosok dunia, hasrat itu sudah dilupakan. Nampaknya, Adi masih menyimpan hasrat itu kini telah merealisasikan hasratnya.
                “Good, man. Aku ingat kau dah lupakan hajat kau tu. Nampaknya masih ada dan dah pergi pun ye.”
                “Aku ajak Kid dan Paul. Call kau tak pernah dapat. By the way, meet my new friends, Elisa and Janice. Girls, this is Hakim.” Adi memperkenalkan kedua-dua gadis itu dengan Hakim. Seperti kebiasaan apabila dia memperkenalkan gadis kepada Hakim, hanya senyuman dan huluran tangan yang Hakim lakukan.
                “Jumpa dekat Europe ke, Jordan?” Usik Hakim, mengenakan Adi. Sikap playboy temannya itu memang tak pernah berubah. Dengan muka tampan dan kerjaya sebagai pilot, memang senang-senang sahaja Adi memerangkap gadis ke dalam pelukannya. Ketawa besar Adi mendengar soalan berbaur sindiran itu. Bukan pertama kali dia mendengar soalan begitu dari Hakim. Teman baiknya itu memang tak pernah senang dengan sikap palyboynya, tapi satu yang dia suka, Hakim tak pernah pula melarang dia berfoya-foya dengan gadis-gadis yang dia kenali. Malah Hakim kadang-kala turut sama sekaki berjoli sakan. Cuma bezanya, gadis yang dia kenal biaasanya akan berakhir di atas ranjang. Hakim pula, akan berakhir disitu sahaja. Tak pernah dibawa ke katil malah Hakim tidak akan pernah sebarang panggilan dari mereka. Sudah banyak anak gadis yang kecewa kerana tidak dapat memikat dan mengikat Hakim.
                “Jordan. Tapi, diaorang join sekali we all ke Europe.” Jelas Adi membuatkan kening Hakim terangkat tinggi. Dia yang baru sahaja ingin minum white coffe yang sudh dipesan awal-awal oleh Adi hampir sahaja tersembur mendengar penjelasan itu. Dari memandang Adi, matanya jatuh pada Elisa dan Janice yang sudah tersenyum dan buat gaya menggoda dari tadi. Kedua-dua gadia itu dipandang atas bawah. Dengan pakaian seksi sebegitu, hatinya mula menyangka sesuatu yang buruk walaupun akal keras melarang.
                “Don’t tell me…” Hakim tidak menghabiskan soalannya. Anggukan Adi membuatkan Hakim menggelengkan kepala. Tidak cukup Adi yang memang kaki perempuan, ditambah pula dengan Kid dan Paul yang lebih teruk dari Adi. Dia mengucap panjang. Entah bilalah teman-temannya itu mahu berubah.
                “Aku nak gents sekejap. Girls, you all layan encik Hakim kita ni ye.” Adi bangun dari tempatnya. Hakim mula bosan dengan taktik Adi setiap kali dia memperkenalkan gadis untuknya. Perlahan dia menyeluk IPhone 5 dari kocek seluarnya dan berpura-pura memeriksa emel.
                “So, encik Hakim, I tak sangka you macam ni.” Tegur Elisa yang dari tadi cuba mencuri peluang untuk berbual dengan Hakim yang telah menarik perhatiannya sejak kali pertama terpandangkannya.
                “Macam ni macam mana?” Tanya Hakim. Sekilas dia memandang Elisa dan kembali tunduk menatap IPhone5 nya.
                “Handsome, tinggi, bergaya. You got a Chinese look and arrogant. So self confidence.” Elisa bersuara manja sambil jarinya cuba mencapai jemari Hakim. Terkejut Hakim dengan tindakan berani itu namun perlahan dia menepis jari runcing yang cuba menggodanya itu.
                “Thanks. I’ll take that as a compliment.” Balas Hakim tidak berperasaan. Elisa mencebik bibir, pertama kali cubaannya untuk menggoda lelaki gagal. Selalunya, lelaki akan mudah cair bila dia meliuk lentok sebegitu. Benci pula melihat Hakim yang langsung tiada perasaan dan langsung tidak berminat untuk memandangnya.
                “Where do you work, Hakim?” Janice pula memainkan peranan. Lelaki ganteng sebegini tidak harus dilepaskan. Melihat gaya dan perwatakan Hakim, dia tahu, Hakim bukan dari golongan biasa-biasa.
                “Somewhere in KL. What you two do for living actually?” Tanya Hakim sinis. Tidak selesa dengan aksi manja dan menggoda keduanya.
                “Kami agen insurans. Kalau you nak beli insurans, boleh beli dengan kami. Kami boleh offer you a good price.” Terang Janice. Masih dengan suara dan gaya menggoda. Mendengar itu, Hakim mengangkat kening. Agen insurans pun sebegini seksi, tentu senang mendapat pelanggan.
                “Thanks, but no thanks, I had all covered.” Ringkas jawapan Hakim. Belum sempat kedua gadis itu bertanya lanjut, IPhone 5 Hakim berbunyi nyaring.
                “Excuse me.” Hakim bangun dan cuba menjauh dari kedua-dua gadis yang merimaskannya. Kalaulah dia tahu Adi akan bawa gadis, tentu sudah dia tolak awal-awal pelawaan Adi tadi. Sudahlah dia terpaksa tangguhkan temujanjinya dengan klien yang penting semata-mata demi Adi.
                “Yes, Dee.”
                “Sorry mengganggu boss. Saya dah arrange meeting boss dengan Mr. Chan by 2.30pm, same place. Datuk akan handle meeting dengan encik Ghazali.”
                “2.30pm? bukan ke aku suruh kau arrange pukul 2.00?” suara Hakim mula tinggi. Menjadi kepantangannya kalau Indah tidak mengikut arahannya. Yang dia pelik, macam mana dia marah pun, Indah tetap boleh pamer senyum dekat dia.
                “Iye, boss. I’ve tried tapi Mr. Chan minta pada jam 2.30. Dia ada hal diluar dan takut tak boleh sampai jam 2.00.” Terang Indah tenang. Tiada apa yang perlu dia takutkan kerana kerjanya berjalan lancar.
                “Hrmm… ok. Meet me there by 2.00.”
                “Ha?” Indah terkejut. Jumpa Hakim di Hotel Istana? Di kawasan yang selalu kesesakan lalu lintas itu. Spontan dia melihat jam di pergelangan tangan. Baru jam 12.30 tengahari. Pukul berapa dia nak keluar dari pejabat supaya dia tidak terlewat bertemu Hakim? Lagipun, ini adalah kali pertama dia perlu menemani Hakim keluar pejabat.
                “Apa ha? You’ve heard me. Jumpa aku dekat lobi Hotel Istana sebelum jam 2.30. Bawakan fail proposal Mr. Chan sekali. Aku lupa nak bawa tadi.” Arah Hakim tegas.
                “Mana saya tahu nak kesana macam mana, bos. Saya tak pandai jalan jalan kat KL ni. Nanti kalau saya sesat, macam mana? Bos jugak yang susah.” Indah cuba memberi alasan. Tapi, memang itulah kebenarannya. Dia tak arif dengan jalan di sekitar Kuala Lumpur. Kalau pun sebelum ini dia bersiar-siar di Kuala Lumpur, aida yang jadi pemandunya. Viva hitam kesayangannya itu sudah jadi hak milik bersama antara dia dan Aida.
                “Kau ni kenapa banyak sangat alasan? Kau hidup dekat hutan mana dulu? Nk pergi Hotel Istana pun kau tak tahu. Bodoh!” Hakim merengus marah. Sehari kalau Indah tidak menaikkan marahnya, memang bukan Iindahlah namanya. Ada sahaja perkara yang buat dia naik angin.
                “Apa bodohkan saya pulak? Kalau saya bodoh, boss baliklah office ambil fail tu. Saya boleh tunggu bos kat depan lobi tu.” Selamba Indah memberi cadangan. Sakit hati juga dikatakan bodoh hanya kerana dia tak tahu jalan untuk ke Hotel Istana.
                “Aku ada meetinglah sekarang. By the time abis meeting, aku dah tak sempat nak balik office and ambil fail tu. Kau tunggulah ajelah aku kat hotel tu.” Masih berkeras, Hakim tiak mahu kalah. Seronok juga mendera Indah jika benar setiausahanya itu tidak tahu jalan untuk ke Hotel Istana. Boleh dia bahankan Indah seberapa lama yang dia suka.
                “Aduh, boss ni. Nanti saya lambatlah sampai kalau boss paksa saya pergi jugak.”
                “Dah tahu lambat, kenapa kau tak gerak sekarang?” Potong Hakim keras. Dia sudah mengukir senyum mengejek. Pasti Indah sudah sakit kepala memikirkan macam mana ingin selesaikan masalah sekarang.
                “Ish, boss ni. Saya tak makan lagi ni. Nanti tak jumpa jalan, saya lewat makan pulak. Saya tak boleh lewat makan, nanti saya sakit perut. Saya ada gastric tau.” Indah masih memberi alasan. Bukannya dia mahu mengingkari perintah bossnya, Cuma dia tidak mahu bertemu muka lagi dengan Hakim buat hari ini.
                “Are you questioning me now, Indah Irdina? Aku cakap hantar fail tu dekat Hotel Istana, hantarlah! Kau degil sangat ni, kenapa? Like do I care kalau kau ada gastric pun? Find a solution la perempuan!” Hakim sudah tidak boleh menahan marah. Dari alasan tidak tahu jalan, kini Indah beri alasan tidak boleh makan lewat pula. Alasan tidak masuk dek akal langsung.
                Terdiam Indah mendengar suara petir Hakim. Terkesan juga dengan kata-kata Hakim yang langsung tidak peduli dengan kebajikannya. Begini ke sikap seorang ketua. Hatinya sakit bila terkenangkan setiap patah kata Hakim.
                “Iyelah, boss. Saya keluar sekarang.” Indah memberi persetujuan lalu mematikan talian. Hakim dapat mengesan kesedihan dalam nada suara Indah namun tidak dipedulikannya. Sesudah menyimpan telefon dalam kocek selur, dia kembali menyertai Adi, Elisa dan Janice yang sedang berbual. Hakim cuba untuk melupakan kata-kata Indah sebentar tadi, namun telinganya masih terngiang-ngiang akan nada sedih Indah diakhir bicaranya sebelum dia mematian talian. Sebuah keluhan dilepaskan sebelum telefonnya ditarik keluar semula.
                ‘Meet me at The Red Bean Bag in half an hour. Bring along the fail. I’ll take it from there’
                Satu sms dikirim kepada Indah sebelum dia kembali pada topic perbualan Adi. Tanpa sedar, hatinya tiba-tiba tersa lapang.

No comments:

Post a Comment