Monday, 20 February 2012

Bab 5 : Ingin Ku Lafazkan Cinta

5.
                Encik Saiful yang sedang menyisip cawan berisi air the ‘o’ tercengang ketika matanya menangkap sesusuk tubuh yang berdiri di sebelahnya. Wajah itu dihiasi senyum. Indah dan manis. Puan Rashidah, Luqman dan Qays yang turut berada di meja makan turut terkejut melihat gadis di depan mereka. Luth pula sudah awal – awal keluar untuk ke tempat kerja.
                “Assalamualaikum semua.” Lembut suara itu memberi salam. Semua yang berada di situ di pandang satu per satu. Bibirnya masih setia menguntum senyum. Kumat kamit bibir semua yang ada di situ menjawab salam.
                “Ayu, mari duduk sini. Ayu dah okey?” Puan Rashidah bangun menarik Ayu agar duduk di sebelahnya. Berhadapan dengan Luqman yang memandang tidak lepas. Terkejut dan tertarik dengan perubahan Ayu.
                “Ayu, what happened to you?” Lambat Luqman bertanya. Mengundang kerut di dahi Ayu. Kenapa semua orang terkejut dengan dirinya sekarang. Encik Saiful pula tidak berkata apa dari tadi.
                “Kenapa semua tengok Ayu macam nak telan? Ada yang tak kena dengan Ayu ke?” Ayu meneliti tubuhnya sendiri. Bajunya koyakkah? Ada sesuatu di wajahnya? Apa yang tak kena?
                “Sayang, you look so sweet. Sejak bila macam ni?” Puan Rashidah menyentuh pipinya yang kemerahan. Menahan malu di perhati tidak lepas oleh semua orang.
                “Mak Long suka? Ayu rasa dah sampai masanya Ayu tutup aurat.” Ayu menerangkan. Sesekali jemarinya naik membetulkan tudung di kepala. Bimbang letak tudungnya tidak betul.
                “Tentu Mak Long suka. Alhamdulillah, Ayu dah terbuka hati. Nampak sweet dan comel sangat. Kan, abang?” Puan Rashidah beralih pandang ke arah suaminya. Encik Saiful mengangguk perlahan sambil bibirnya menguntum senyum mekar.
                “Alhamdulillah. Apa yang buat Ayu berubah ni?” Tanya Encik Saiful setelah tadi kaku melihat perubahan anak saudaranya.
                “Hijrah kearah kebaikan. Abang Luq dan Abang Qays suka?” Ayu memandang kedua abang sepupunya itu pula. Qays yang memang agak pendiam mempamer senyum mahalnya. Mengangguk lantas mengangkat ibu jari tanda bagus.
                “Abang ingat bidadari manalah yang turun tadi. Cantik sangat.” Luqman memuji. Lelaki itu memang sentiasa bermulut manis dengan sesiapa sahaja. Ayu menjelir lidah.
                Sweet talk! Seriously, okey tak? Suka?”
                “Betullah, Ayu. Kan elok pakai tudung macam ni. Much much more pretty than before.” Puji Luqman melambung. Gembiranya bukan setakat penampilan Ayu kini berubah, malah Ayu juga kelihatan sudah kembali kepada Ayu yang dahulu. Yang ceria dan banyak mulut.
                “Ayu dah okey, kan?” Encik Saiful menyampuk setelah tadi membiarkan anak – anaknya berbicara sesama sendiri. Pantas Ayu menoleh kearah Pak Longnya itu. Senyuman paling manis dihadiahkan untuk lelaki itu. Perlahan dia mengangguk kepala.
                “Maaf, selama ni Ayu susahkan semua orang. Ayu tak patut ikut perasaan sangat.” Sayu Ayu menuturkan semua itu. Rasa bersalah menggigit hati. Sungguh dia tidak pernah berniat untuk buat semua orang risau, namun apa yang terjadi benar – benar buat dia nanar. Buat dia lupa pada qada dan qadar juga pada kekuasaan Allah.
                Encik Saiful mengangguk juga. Dia tahu, dia bolehkan percayakan kata – kata yang keluar dari bibir mungil itu. Puan Rashidah pula pantas memeluk bahu Ayu, terharu dengan berita terbaru ini. Sudah lama dia rindukan Ayu yang ceria. Ayu yang bagaikan tidak pernah ada masalah di dalam hidupnya.
                “Alhamdulillah. Pak Long tahu, susah Ayu nak terima kehilangan tiba – tiba tu. Tapi kita patut jadi kuat, kan. Eloklah kalau Ayu dah boleh terima hakikat. Life must go on, right?” Encik Saiful memberi nasihat lagi. Juga dijawab dengan anggukan oleh Ayu.
                “Hrmm… Dah okey ni, bolehlah mula kerja dengan Pak Long, kan? Secretary Abang Luqman tinggal seminggu aje lagi tu.” Encik Saiful menambah bicara. Ayu yang baru ingin menyuap kuih karipap ke mulut, terkejut. Aduh, fikirnya Pak Long sudah lupa akan perkara itu. Fikirnya Pak Long tidak akan membangkitkan perkara itu berikutan penolakannya sejak berminggu dulu.
                “Err…” Ayu menggaru kepala yang tidak gatal. Matanya liar memandang Luqman. Minta pertolongan. Entah apa pula yang ingin dikatakan untuk menolak secara baik kali ini.
                “Betul. Lebih baik Ayu mula sekarang sementara Zahra masih ada. Boleh belajar sikit – sikit. Nanti tidaklah kekok sangat.” Kata – kata Luqman menyentap harapan Ayu. Dia mengharapkan Luqman membantah kehendak ayahnya, namun nampaknya, Luqman turut beriya ingin dia bekerja di syarikat itu.
                “Err…. Mak Long?” Ayu ubah perhatian pada Puan Rashidah pula. Mungkin Mak Longnya akan membantu dia. Sudah kehabisan idea kini.
                “Elok juga tu, Ayu. Tak adalah asyik terperap je kat rumah ni. Mak Long pun bukan selalu ada dekat rumah.” Puan Rashidah turut memberi reaksi yang buat Ayu melepas nafas panjang. Pandangan dihalakan pada Qays yang tidak bereaksi dari tadi. Nak diharapakan pada anak lelaki bongsu Pak Long itu? Sudah tentu Qays tidak akan membantu sedikit pun. Qays lebih suka berdiam diri dan memerhati segalanya.
                “Kan Ayu dah beritahu Pak Long. Lebih baik ambil yang sesuai. Ayu tak ada kelulusan dalam secretarial. Nanti, menyusahkan Pak Long dan Abang Luqman pulak. Ayu plan nak cari kerja sendiri.” Terang Ayu perlahan. Dia tunduk menekur meja, takut Pak Longnya melenting dengan penolakkannya itu.
                “Sementara aje, Ayu. Apa salahnya cari pengalaman,kan. Lagipun dah tak sempat ni nak cari orang baru. Pak Long memang harapkan Ayu.”
                Terkejut dengan kata – kata itu, Ayu memandang Encik Saiful lama. Kemudian matanya liar memerhati semua yang ada di meja makan itu. Bagaiamana lagi boleh ditolaknya tawaran itu?
                “Abang Luqman okey ke?” Tanyanya pada Luqman pula. Dia tidak mahu perkara itu mengganggu hubungan baik yang terjalin antara mereka jadi retak. Pengalaman lalu sudah cukup mengajarnya.
                “Abang tak kisah. Elok juga tu, sementara Ayu masih belum ada kerja ni, carilah pengalaman kat office dulu. Memang tak ada kena mengena dengan apa yang Ayu belajar dulu, tapi abang yakin Ayu boleh buat.”
                “Mak Long?” Ayu beralih pandang pada Puan Rashidah. Walau tadi Puan Rashidah sudah menyatakan keizinan, tapi dia ingin benar – benar pasti.
                “Kan Mak Long dah kata okey tadi. Pergilah, itu company keluarga kita juga.” Tenang Puan Rashidah memberi keizinan. Buat Ayu semakin tertekan. Qays yang sedap menikmati sarapan pula diperhati.
                “Abang Qays?”
                “Abang ok je, Ayu. Apa salahnya, cari pengalaman. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Dah ada offer ni, kerja sajalah.” Kata – kata itu, hampir serupa dengan Luqman. Ayu telan liur, nampaknya memang dia tidak boleh mengelak lagi.
                “Abang Luth?” Kali ini, dia dapat idea. Tentu sahaja Luth tidak akan setuju. Luth Hakimi memang tidak pernah setuju dengan apa sahaja yang dia buat.
                “Luth tentu setuju jugak. Dia sendiri yang bagi idea ajak Ayu kerja di company kita tu.” Jawapan Encik Saiful buat Ayu ternganga. Luth Hakimi yang beri cadangan? Bukankah lelaki itu sangat benci pada dia? Benci pada keberadaan dia di rumah itu?
                “Err… Kalau semua dah setuju, Ayu ikut ajelah. Tapi, bagi Ayu sikit masa lagi.”
                “Alhamdulillah. Senang hati Pak Long dengar Ayu cakap macam ni. Esok boleh? Ayu belajar dulu dengan Zahra?” Encik Saiful kelihatan gembira dan terlalu berharap. Ayu kehilangan kata – kata. Secepat itu dia harus mula bekerja?
                “InsyaAllah, Pak Long.” Hanya itu yang mampu dijawab oleh Ayu.

Saturday, 18 February 2012

Bab 4 : Ingin Ku Lafazkan Cinta

4.
                “Encik Idarki. There’s someone wants to see you.” Suara Cheryl kedengaran sebaik dia menekan butang intercom yang menjerit dari tadi. Berkerut dahinya, seingatnya, dia tiada temujanji di waktu begini. Siapa pula yang ingin bertemunya?
                “I have no appointment at this hour, right?”
                Err… Yes. But she insist to see you.” Cheryl kedengaran takut – takut. Suara Idraki serius, maksudnya ketuanya itu tidak suka diganggu namun wanita di hadapannya ini bertegas juga ingin bertemu boss nya itu.
                “Name?” Suara Idraki tegas. Kalau boleh dia tidak ingin menemui sesiapa ketika ini. Masih banyak kertas kerja yang perlu dia teliti, apalagi petang ini dia ada temujanji dengan Region Group Holdings. Satu usahasama yang mesti dimeterai.
“Err… She refuse to say but she said she’s an old friend of you.” Perlahan Cheryl menjawab. Takut kena marah. Terdengar dengusan kuat bossnya buat Cheryl semakin kecut perut.
“Ask her in.” Arahnya dalam suara yang masih tegas. Lepas tetamunya ini balik, tahulah dia nak brainwash Cheryl cukup – cukup. Dah hampir 3 tahun bekerja di bawah dia pun, kes sebegini masih belum dapat diatasi dengan jaya.
“Certainly.”
“Come in.” Idraki memberi kebenaran masuk ketika pintu biliknya diketuk. Tanpa mengangkat muka dari memeriksa fail di tangan, dia mengarahkan tetamunya duduk. Seminit dua berlalu, tetamunya masih bisu tidak berkata apa – apa. Buat panas hati Idraki.
“Anything I can do for you, miss….” Mati bicara Idraki ketika matanya menyapu wajah cantik di hadapan. Cantiknya wajah itu dengan senyuman paling manis menghias bibir. Berkerut lagi dahi Idraki saat minda berputar mengingati sesuatu.
“Marissa.” Wanita dihadapannya menghulur tangan. Senyuman masih belum lekang dari bibir. Lambat – lambat Idraki menyambut huluran tangan itu. Mata galaknya masih melekap ke wajah bujur sirih itu. Siapa gadis ini? Rasanya pernah kenal. Hatinya berteka teki sendiri.
“Id –“
“Idraki Zuhayr. Class of ’98. University Adelaide. BBA, MBA.” Potong wanita di hadapan itu pantas. Tercengang seketika Idraki namun kemudian senyuman mahalnya terukir dibibir.
“Marissa Edryna Binti Imran Isaac Abdullah. How are you?” Ceria wajah Idraki. Marissa di hadapannya sudah ketawa senang. Idraki masih ingat dia, lebih gembira, Idraki masih ingat nama penuhnya.
“As you see. You pula apa khabar? Makin mengancam nampaknya.” Puji Marissa. Idraki menjungkit kening, Marissa memang tidak pernah lekang dari memujinya.
“Of course. Kalau tidak, jatuh pula saham I sebagai most wanted man.” Ketawa Marissa mendengar itu. Idraki tidak berubah, masih suka masuk bakul dan angkat sendiri. Idraki turut ketawa lepas. Wajah Marissa terus – terusan di tatap. Lebih lima tahun tidak bersua, Marissa semakin cantik dan bergaya.
“So, what bring you here? I thought you dah bermaustatin di Aussie.” Idraki membuka mulut setelah tadi mereka membisu. Hanya saling berbalas pandang. Ada rindu yang cuba dileraikan. Cuba menjejak kembali cerita yang mereka tinggalkan sejak Idraki selesai majlis konvo untuk Ijazah Perniagaannya. Sejak itu mereka terpisah. Marissa mengejar impian untuk bergelar model setelah dilamar sebuah agensi model yang boleh tahan terkenal. Idraki pula terus menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti yang sama dan bidang yang sama. Akibat kesibukan masing – masing, mereka akhirnya terputus hubungan secara senyap.
“I ada show di sini. And maybe stay lebih lama, nak intai peluang business di sini.” Jelas Marissa buat Idraki teruja. Teman baiknya akan berada lama di tanah kelahiran sendiri.
You dah famous sekarang. Tentu kaya juga, nak buka business pula. Business apa dalam plan you?” Idraki membalas. Berbual dengan Marissa memang tidak akan pernah bosan.
Modelling Agency. Sambil tu nak luaskan butik I. Apa lagi yang I boleh buatkan? Itu aje yang I pandai.” Penerangan Marissa buat Idraki terangguk – angguk. Modeling agency, good one, fikirnya. Eh? Butik?
“Butik? Meaning, you memang dah ada business kat sini? How come I didn’t know?”
Marissa tarik senyum. Jemarinya naik membetulkan rambut panjang mengurai yang sudah diwarnakan perang. Sekali pandang, memang macam minah salleh tulen. Apa lagi Marissa memang ada darah campuran dari sebelah bapanya.
“Dalam 3 ke 4 tahun juga. I dah lama intai peluang nak buka butik, jadi bila balik sini sesekali, I usahakanlah. Alhamdulillah, setakat ni, pulangan dia boleh bagi I makan.”
“Geliga jugak otak you ye. Dah ada butik, sekarang nak buka modeling agency pula. Tak lama lagi, bolehlah belanja I. Dah jadi orang kaya raya.” Gurau Idraki. Meletus lagi tawa Marissa.
“Ada – ada aje you. Mulut manis tak habis – habis. Apa nak buat, Id. Kerja macam I ni bukan tahan lama. Dah masuk usia macam ni, job pun kurang. Kena carik back up, kalau tidak, merempat pula. Hendak atau tak, kena usahakan juga.” Marissa berterus terang. Iye, kerjaya sebagai model memang singkat jangka hayatnya. Hanya ketika umur masih muda dan bergetah, job datang sampai dia tak menang tangan. Terkejar – kejar ke sana ke mari. Bila sudah dimamah usia, job pun mula kurang. Model baru tumbuh macam cendawan untuk bersaing dengan dia yang sudah berusia.
Idraki ketawa kecil. Dia tabik pada pendirian Marissa. Wanita itu memilih kerjaya sebagai model bukan kerana untuk masyhur tapi lebih kepada minat dan kegemarannya menjelajah ke pelusuk dunia. Setiap apa yang dilakukan oleh Marissa pasti ada tanggungjawab yang digalasnya. Sebab itu, Marissa sudah merancang masa depan dengan baik. Tidak lupa diri dan sedar bila masa untuk mengundur diri.
I’m glad to hear that, Rissa. You berusaha untuk Berjaya. Bukan ambil jalan mudah seperti kebanyakan model buat. Skandal sana sini hanya untuk hidup mewah.” Balas Idraki dengan senyum yang masih menghias bibir. Marissa terdiam mendengar bicara Idraki. Suatu kenyataan yang tidak boleh dia nafikan kerana dia juga pernah ke zon itu suatu masa dulu. Sudahnya dia hanya tunduk menekur lantai, sudah tiada kata untuk membalas kata – kata itu.
“Hrmm… Dah lama kita berborak ni. I lupa nak Tanya, sudah berapa orang anak you?” Tanya Marissa tiba – tiba. Jelas dimatanya perubahan dalam sinar mata Idraki. Dia salah bertanya soalankah? Wajah tegang Idraki terpamer.
“I belum kahwin, macam mana nak ada anak?” Perlahan suara Idraki. Fail yang sudah ditutup, dibuka semula. Mengharap Marissa tidak lagi bertanya soalan begitu.
“Belum kahwin? I thought you dengan Ayra….”
“Kita hanya merancang, Rissa. Allah yang menentukan.” Pendek sahaja balasan Idraki namun Marissa sudah mula faham. Alah, bukan dia tidak tahu. Perhubungan teman baiknya itu dengan Ayra memang tak pernah tenang. Asyik bergaduh dan tak lama kemudian, berbaik pula. Kemudian bergaduh lagi dan berbaik lagi. Orang sekeliling tengok pun naik pening.
“I’m sorry tapi kalau you tak keberatan, I nak dengar cerita you dengan Ayra.” Permintaan itu buat Idraki mempamer senyum hambar. Apa lagi yang hendak diceritakan. Bertahun menyulam cinta, namun akhirnya begini pula kesudahannya.
You pun tahu, sejak mula hubungan I dengan dia selalu panas je. Asyik bergaduh aje.”
“Ha’ah… Macam anjing dengan kucing. Bergaduh aje, tapi lepas tu, baik semula. So, what happen?” Marissa kelihatan tidak sabar. Idraki tarik bibir, mengukir senyum. Marissa selalu sahaja terlebih teruja bila mendengar cerita.
“Mungkin kami tak berjodoh. Buat macam mana pun, tetap tak boleh disatukan.” Idraki tidak mahu memanjangkan cerita. Cukuplah dengan apa yang telah terjadi. Dia tidak mahu memburukkan Ayra pula. Dan secara tiba – tiba, wajah itu melintas di depan mata. Dia terkaku. Kenapa wajah itu muncul lagi?
“Hrmm… nak berahsialah tu. Jadi, I ada chance lah ni?” Gurau Marissa. Idraki membuntangkan mata namun dia ketawa kecil bila Marissa sudah melepas tawa. Terkena Idraki, takut sungguh jika terjatuh cinta dengan teman baik sendiri.
“Asyik cerita pasal I. You pula? Dah kahwin, dah berapa orang anak?”
“I tunggu you. Jadi I tak boleh kahwin lagi sebelum you hantar pinangan.” Marissa giat mengusik lagi. Idraki menggelengkan kepala melihat Marissa yang sudah mengekek ketawa ketika dia buat muka dengan kata – kata Marissa sebentar tadi.
“Sikap merepek you ni tak pernah hilang, kan.” Tegur Idraki sambil dia melihat jam ditangan. Sudah hampir 12.30 tengahari. Sudah agak lama juga mereka berbual di pejabatnya ini. Kalau diketahui ayah, masak dia kena leter dengan ayah. Lelaki itu bukan suka jika hal peribadi dibincangkan di pejabat. Padanya, waktu kerja harus digunakan sepenuhnya untuk bekerja, bukan bersuka ria.
“Dah dekat waktu lunch. Kita lunch sama?” Idraki bangun dari kerusinya. Dia menghampiri Marissa yang seperti sudah melekat di kerusi tetamu dihadapannya. Matanya pula sibuk melihat jam di pergelangan tangan.
“Okey. Tapi I tak boleh lama. Petang I ada appointment dengan organizer show tu.” Marissa juga bangun. Menanti Idraki berjalan beriringan keluar dari bilik pejabatnya. Idraki mengangguk faham. Dia juga tidak boleh lama. Petang ini, tepat jam dua, dia harus memecut ke Region Group Holdings untuk perbincangan mengenai projek mereka pula.
“Ya, me too. Jom.”

Thursday, 16 February 2012

Bab 3 : Ingin Ku Lafazkan Cinta

3.
                “Cuba kamu tengokkan adik kamu tu, Luqman. Ibu dah naik risau ni.” Suara Puan Rashidah mengganggu konsentrasi Luqman yang sedang menonton Nat Geo di saluran Astro. Dia berpaling memandang Puan Rashidah yang kini sudah melabuh punggung di sofa bersebelahan dengannya.
                “Siapa? Luth atau Qays?” Tanya Luqman tanpa dia memahami cerita sebenar. Rasanya, adik – adiknya yang dua orang itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada mereka. Berkerut dahinya memikirkan masalah apa yang melanda adik – adiknya. Sebagai abang yang sulung, memang dia sentiasa risaukan mereka walaupun Luth dan Qays sudah dewasa.
                “Bukan budak berdua tu. Ayu yang patut kamu risaukan. Tak Nampak ke, budak tu tak habis habis dengan termenung. Sekarang ni pulak, ibu tengok bila turun dari bilik dia, mata mesti bengkak. Menangis agaknya. Risau ibu ni.” Panjang lebar Puan Rashidah menerangkan. Ayu yang sudah dianggap seperti anak sendiri masih tidak berubah. Masih suka termenung dan mungkin juga banyak menangis kerana matanya asyik bengkak setiap kali keluar bilik.
Luqman mengeluh perlahan. Adik yang itu rupanya yang dirisaukan oleh Puan Rashidah. Mengingati Ayu, memang dia juga jadi risau. Keadaan Ayu makin bertambah buruk dari hari ke hari. Nak kata Ayu rindukan ibu dan ayahnya, mungkin juga, tapi kenapa begitu teruk sekali keadaan. Memang Ayu anak kesayangan Pak Ngah dan Mak Ngahnya, Iyelah, hanya Ayu anak mereka seorang. Namun, tak sepatutnya Ayu menangisi pemergian kedua orang tuanya sampai begitu sekali.
                “Luqman dah try cakap dengan dia, ibu. Rasanya, jawapan dia sama aje macam bila ibu dan ayah Tanya. Tak ada apa – apa. Luqman nak buat macam mana lagi, bu?” Sanggah Luqman. Siaran TV sudah tidak menarik minatnya. Keadaan Ayu buat semua orang dalam rumah bertambah runsing.
                “Cuba – cubalah cakap lagi. Pujuk mana yang patut. Tak boleh dibiarkan tu, makin teruk jadinya nanti. Arwah Pak Ngah dan Mak Ngah pun tak tenang kat sana.” Puan Rashidah mendesah lagi. Dahinya di urut. Sakit kepala tiba – tiba menyerang bila hal Ayu dikenangkan.
                “Iyelah, bu. Nanti Luqman cuba lagi. Ibu pergilah tidur dulu. Dah lewat ni.” Luqman mengerling jam di dinding. Sudah hampir 11 malam. Selalunya di waktu begini Puan Rashidah sudah masuk ke bilik. Kenapa malam ini masih berjaga pula?
                “Ibu tunggu ayah. Tak balik lagi dari jumpa client. Lewat sangat pula dia hari ni.” Balas Puan Rashidah. Pintu utama sudah berkali – kali di kerling, namun kelibat suami masih belum muncul. Hati yang risau bertambah risau memikirkan suami.
                “Ada hal penting dengan client lah tu. Ibu risau ayah pergi jumpa awek ke?” Giat Luqman sambil tersengih. Spontan Puan Rashidah mencubit paha anak sulongnya itu. Mengaduh lelaki itu kesakitan.
                “Mulut takde insuran! Jangan nak mendoakan yang bukan – bukan.” Marah Puan Rashidah namun di sambut dengan tawa lepas Luqman. Cemburu juga ibunya ini walau sudah berpuluh tahun hidup bersama Encik Saiful.
                “Taklah, bu. Luqman gurau aje. Tak adanya ayah tu nak carik awek lain. Ada problem sikit dengan projek baru tu. Luqman nak handle, ayah tak bagi. Dah, ibu pergilah tidur. Biar Luqman tunggu ayah. Pasal Ayu tu, kejap lagi Luqman jenguk dia.” Kata – kata Luqman dibalas dengan renungan tajam dari Puan Rashidah. Tidak percaya dengan kata – kata itu. Betulkah Luqman sanggup menunggu Encik Saiful? Selalunya, kalau dah letih, Luqman akan masuk tidur tanpa ambil peduli hal sekeliling. Satu lagi, biar benar Luqman nak menjenguk Ayu. Takkan dia nak benarkan Luqman masuk ke bilik anak dara sendirian.
                “Iye, bu. Luqman tunggu ayah. Ada benda nak bincang. Pasal Ayu tu, Luqman jenguk kat balkoni atas tu je. Dia selalu berangan kat situ sampai hari dah nak Subuh. Ibu jangan susah hatilah. Dah, pergi naik tidur.” Luqman yang seakan mengerti dengan kebimbangan Puan Rashidah menerangkan satu per satu. Memang dia menunggu kepulangan Encik Saiful kerana ayahnya sendiri yang mengarahkan dia supaya tunggu kerana masalah yang dihadapi perlu tindakan segera.
                “Iyelah. Apa apa hal kamu kejut ibu ye. Assalamualaikum..” Puan Rashidah menapak naik setelah Luqman menjawab salam. Ketika dia ingin masuk ke bilik, dia ternampak susuk tubuh Ayu sedang termenung di balkoni. Dia menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu. Risau di hati semakin bertambah.
                “Ibu bincang apa dengan kau, Long?” Luth yang baru keluar dari dapur dengan satu mug air di tangannya bertanya. Selamba dia melabuh punggung di sebelah Luqman lalu sama – sama menonton rancangan yang sedang disiarkan di Astro itu.
                “Pasal Ayu.” Pendek jawapan Luqman tanpa menoleh sedikit kepada adiknya. Dari ekor mata, dia tahu Luth sedang menikmati hot chocolate yang dibawanya tadi. Pelik dia dengan Luth, setiap malam, sebelum tidur mesti akan minum hot chocolate. Entah apa yang sedap, dia tidak tahu. Qays pula, lebih suka minum minuman bergas. Tapi tidaklah setiap malam. Selalunya sebelum tidur, Qays lebih suka minum jus oren dari jenama Peel Fresh. Stok air dari jenama itu memang tidak pernah kurang di dalam simpanan.
                “Kenapa dengan Ayu?” Luth bertanya bodoh. Sekali lagi dia menghirup hot chocolate. Enak, dia memejam mata. Menikmati minuman kesukaannya itu. Dikerlingnya abang sulong yang sudah beralih posisi duduk menghadapanya. Sebelah kaki berlipat di atas sofa, sebelah lagi terjuntai di sofa empuk lagi mewah milik ibu dan ayah.
                “Itulah, asyik dengan kerja. Kepala asyik ingat duit. Sampai hal dalam rumah ni kau tak tahu apa – apa.” Luqman sedikit marah. Kepala Luth di tunjal dari tepi. Namun adiknya masih tayang muka selamba. Tahu sangat perangai Luth, selalu buat bodoh dengan hal sekeliling.
                “Sakitlah. Main kepala pulak.” Balas Luth sambil jari telunjuknya turut sama menunjal kepala si abang. Dua – dua lelaki, memang cara bergurau agak kasar. Luqman mengusap dahi yang ditunjal oleh Luth namun bibirnya tersengih.
                “Kau ingat aku kerja sampai malam, aku tak tahulah apa yang berlaku kat rumah ni? Aku tahulah, Long. Cuma, manalah tahukan, ibu nak jodohkan kau dengan Ayu ke. Tu yang aku Tanya.” Luth ketawa dengan kata – katanya sendiri. Lebih besar dia menghambur tawa bila Luqman membuntang bijik mata. Allah, bergurau sikit pun tak boleh, marah hatinya.
                “Choy!! Gila kau. Kak Anna kau tu nak letak mana? Mahu menangis tak berlagu dia nanti. Apa yang kau tahu? Pergi kerja Subuh gelap, balik dah nak pagi. Kau pakai spy ke apa?” Luqman tidak puas hati. Macam mana Luth boleh tahu sedangkan tugas Luth sebagai pengurus bank memang menuntut dia berteleku di meja kerja seharian. Tak cukup dengan waktu kerja yang diperuntukkan, Luth terpaksa menghabiskan sepanjang malam pula untuk menyiapkan akaun sepanjang hari. Nasib badanlah. Dulu bila Encik Saiful suruh kerja dengan sebagai Pengarah Kewangan di syarikat mereka, Luth mati – mati menolak. Sekarang, hadap sajalah kerja yang tak pernah habis tu.
                “Ha’ah. Spy baik punya.” Ejek Luth sambil ibu jari dinaikkan. Sempat lagi dia buat gaya Dafi dari Akademi Fantasia dulu. Musim ke berapa dia tak ingat. Tak berminat dengan program yang sebegitu.
                By the way. I notice Ayu tu makin teruk dari hari ke hari. Anything wrong?” Sambung Luth. Wajah Luqman dipandang tajam. Cuba mengorek rahsia. Mana tahu Luqman tahu apa – apa. Abang Longnya ini memang pandai dalam bab mengorek rahsia orang.
                “Entah. Itu yang ibu dan ayah risaukan sangat. Takkan rindu pada arwah Pak Ngah dan Mak Ngah sampai macam tu sekali. Lagi pula, takkan Ayu selemah itu. Dari dia duk menangis, termenung macam tu, baik dia sedekah Fatihah, Yasiin pada arwah. Kan?” Panjang Luqman menceceh. Luth hanya diam sambil menikmati minuman kegemarannya.
                “Kau ni Long, kalau dapat membebel, kalah mak nenek. Yang kau membebel dengan aku  ni apsal? Pergilah cakap dengan Ayu.” Sindir Luth. Luqman kalau dapat berleter, memang kalah Puan Rashidah. Entah perangai sapalah yang diikut dek Luqman ni.
                “Huh… Asal aku bercakap, kau dengan Qays cakap aku membebel. Betullah apa aku cakap ni. And… dah berbuih mulut aku bebelkan si Ayu, macam tu jugak dia. Makin teruk dia, aku tengok.”
                “Patut punlah budak tu makin teruk. Kau punya bebel tu, boleh cair taik telinga.” Luth menyindir lagi lalu dia bangun dari sofa. Mug yang sudah tinggal kosong, dibiarkan atas meja. Pantas kakinya di atur ke arah tangga.
                “Hoi! Nak kemana pulak tu? Aku belum habis cakap ni.” Marah Luqman. Bengang dengan fiil Luth yang meninggalkan dia tiba – tiba.
                “Naik ataslah. Tengokkan Ayu.”
                “Habis, mug kau ni? Tinggal kat sini aje?” Luqman separuh menjerit. Langkah Luth semakin hilang di anak tangga.
                “Kau tolong bawak ke dapur ye. Thanks!” Jerit Luth pula. Luqman ketap bibir, geram.
                Sampai di tingkat atas, Luth terus mencari kelibat Ayu. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh Ayu yang sedang termenung di balkoni. Dia melepas nafas dan menggeleng kepala sebelum bergerak menghampiri adik sepupunya itu.
                “Apa masalah kau ni, hah?” Tegur Luth kasar. Tanpa salam, dia terus menempelak Ayu. Terkejut gadis itu dengan suara Luth. Dia menoleh ke arah suara itu. Luth berdiri berpeluk tubuh sambil sisi tubuhnya disandar ke pintu gelangsar.
                “Apa Abang Luth ni?” Tanya Ayu perlahan. Dahinya berkerut seribu. Memang sejak kecil, dia dan Luth tak berapa ngam dibandingkan dengan Luqman dan Qays. Luth lebih tegas dan suka marah marah dia setiap kali mereka bersua muka.
                “Aku Tanya, apa masalah kau? Termenung sana, termenung sini. Sikit – sikit menangis. Tak bosan ke buat perangai macam tu?” suara Luth makin keras. Sakit hati, sakit mata melihat Ayu. Kalau iye pun berkabung, janganlah teruk sangat. Orang lain pun kehilangan ibu bapa jugak. Tapi taklah sampai teruk macam ni.
                “Abang jangan masuk campur. Ini urusan Ayu.” Ayu turut berkeras. Dengan Luth, dia tak perlu berlembut. Lelaki itu tak pernah sukakannya. Bila bertegur sapa, suara tak pernahnya nak berlembut.
                “Urusan kau? Hei! Urusan kau tu dah memeningkan semua orang dalam rumah ni, tau tak? Semua orang pun sedih dengan kehilangan Pak Ngah dan Mak Ngah, tapi takdelah melayan perasaan sampai macam ni. Cengeng tak habis habis.“
                “Kenapa Abang Luth suka sangat cari pasal dengan orang ni?” Marah kedengaran suara Ayu. Lelaki itu tidak tahu apa – apa, namun tegar menuduhnya sesuka hati. Dia tidak suka Luth Hakimi!
                “Aku bukan suka – suka nak carik pasal dengan kau. Cubalah jadi matang sikit! Kau ingat dengan buat perangai macam ni, arwah Pak Ngah dan Mak Ngah akan hidup baliklah? Grown up, Ayu!” Jerkah Luth. Tersentak Ayu yang tadinya buat tidak peduli. Dia memandang Luth, marah dan geram.
                You know nothing, Abang! Jangan sibuk dan jangan jerit – jerit kat telinga Ayu. Arwah ibu dan abah memang takkan hidup balik tapi Ayu ada sebab.” Lantang Ayu mempertahankan diri.
                “Sebab apa? Sebab kau nak ikut arwah masuk kubur?”
                Shut up! Abang buat Ayu makin serabut.” Ayu menjerit lagi. Dia melangkah ingin pergi dari balkoni dan pergi dari Luth yang menyakitkan hati. Tetapi ketika dia melintasi Luth, lengannya dipegang kejap. Pantas dia menoleh ke arah Luth yang tidak bergerak. Memegang lengannya tapi pandangan lelaki itu masih pada gelap malam di luar sana.
                “Kau, sebagai anak, patutnya sedekahkan Al-Fatihah dan Yasiin pada arwah. Bukan menangis, mengongoi macam ni. Kita dah banyak susahkan parents kita sejak lahir, jangan sampai diaorang dah tak ada pun kau masih nak susahkan diaorang. Istighfar banyak – banyak dan ingat Allah. Jangan ikutkan perasaan. Plus, I’m always here for you if you need me.” Perlahan Luth berbisik ditelinganya lalu pegangan dilepaskan. Tanpa menunggu jawapan, Luth melangkah masuk. Langsung tidak berpaling ke arahnya hingga lelaki itu hilang di balik pintu biliknya.
                Tergamam Ayu mendengar bisikan itu. Kata – kata yang selalu dimomokkan semua orang dirumah ini, juga turut dituturkan oleh Luth. Namun entah kenapa, bicara Luth meresap jauh ke dalam jiwanya sedangkan kata – kata orang lain bagaikan angin lalu. Lebih membuatkan dia kaku, kata – kata akhir dari Luth. ‘I’m always here for you if you need me.’ Apa maksudnya itu? Adakah itu maknanya Luth sedia menemaninya andai dia melalui saat – saat sukar? Seperti sekarang?
                Ayu meraup muka. Cuba menghilangkan kata – kata Luth yang masih terngiang – ngiang di minda. Ah, dia belum sedia untuk menceritakan semua walau Luth sedia mendengar.
                ‘I’m always here for you if you need me’. Kata – kata it uterus menghantui Ayu sehingga dia melelaplkan mata malam itu.