8.
Suasana
pagi Isnin di pejabat itu memang sibuk. Maklum sahaja, Isnin. Permulaan minggu
baru, semuanya harus dimulakan sekali lagi. Di tambah pula dengan mood Black
Monday yang melanda hampir setiap orang. Sehingga jam 10 pagi, tiada siapa lagi
yang berbual kosong. Semua masih tekun dengan kerja – kerja yang semakin
banyak. Ayu yang sudah bekerja disitu sejak lima bulan dulu, mula faham dengan
rentak kerja di syarikat Pak Longnya ini.
Hari
ini, Ayu menjadi lebih sibuk dari hari hari lain kerana akan ada perjumpaan
penting dengan Meruda Holdings, antara syarikat yang berpengaruh di Malaysia
ini dalam bidang hartanah. Dahulu, ketika syarikat ini ingin mendapatkan tender
dengan Meruda Holding, mereka sanggup bersengkang semata – mata untuk
menyiapkan kertas kerja yang terbaik. Jadi, pagi ini, dia sudah bertungkus
lumus menyiapkan bilik mesyuarat. Kertas kerja untuk pembentangan sudah di
agihkan di atas meja mengikut jumlah kerusi. Slaid juga sudah di periksa akan
keadaannya. Sekarang dia Cuma perlu mengingatkan Kak Mona agar bersedia dengan
air dan sedikit juadah apabila mesyuarat bermula lebih kurang setengah jam
lagi. Memang kelam kabut dia hari ini. Lebih – lebih lagi bila Luqman
mengarahkan dia untuk masuk sama dalam mesyuarat itu nanti.
Ayu
kembali ke meja setelah segala keperluan untuk mesyuarat itu disiapkan. Dia
kini Cuma menunggu tetamu dari syarikat korporat itu sementara Luqman masih
berbincang saat akhir dengan Encik Saiful. Mungkin masih mencari mana – mana
kesilapan agar boleh diperbetulkan sebelum mesyuarat bermula. Dia sendiri sudah
berkali – kali membelek fail yang akan digunakan walau kebanyakan isi kandungan
dia tak berapa nak faham. Deringan intercom mengejutkan Ayu yang sedang leka
dengan fail ditangannya.
“Yes, Rita?”
“Cik
Ayu, guest from Meruda Holdings dah
sampai.” Jelas suara Rita, penyambut tetamu di bahagian pengurusan tertinggi
ini di intercom.
“Okey,
bawa mereka jumpa saya dulu. Thanks,
Rita.” Ayu melepas butang intercom. Nafas ditarik dan dihela panjang. Tiba –
tiba rasa berdebar pula ingin berjumpa wakil syarikat berpengaruh itu.
Selalunya, hatinya tidak sebegini teruk debarannya. Mungkin kerana, ini adalah
pelanggan mereka yang terbesar.
“Morning, we all from Meruda Holdings.
Here for appointment with Encik Luqman and Encik Saiful.” Suara seorang lelaki
membawa pergi debaran Ayu. Dia yang sudah sedia berdiri di sisi meja mengukir
senyum paling manis. Satu keperluan jika bertemu pelanggan. Tangan yang di
hulur oleh lelaki itu tidak di sambut. Bukan ingin berkurang ajar, tetapi dia
cuba untuk menjaga batas agama. Walau dia tidak sebaik mana, namun, dia masih
berusaha untuk menjadi lebih baik sejak memakai tudung.
“Welcome to Chanteque Design & Lanskap.
Encik….”
“Rizqin. This is Cik Meyra and our CEO,
Encik Idraki Zuhayr.” Terang lelaki itu sambil memperkenalkan seorang demi
seorang tamu yang datang bersamanya. Ayu bersalaman dengan gadis yang
diperkenalkan sebagai Meyra dan ketika matanya bertembung dengan mata Idraki,
dia terkaku sebentar. Pandangan mereka bertaut, agak lama. Saat itu, jantung
Ayu terasa berhenti berdegup. Debaran yang kian surut sebentar tadi, kembali
menghentam dada malah kali ini lebih hebat. Bibirnya terasa kelu dan kakinya
terasa lemah untuk berdiri.
“Err…
Cik. Are you okey?” Tanya Rizqin
apabila dilihatnya Ayu kaku bak patung cendana sambil mata tidak lepas dari
memandang bossnya. Idraki juga kelihatan tergamam dengan Ayu dan saling
berpandangan. Takkan jatuh cinta pandang pertama kot? Duga hatinya. Tapi,
dengan wajah tampan iras Henry Golding itu dan dilengkapi pakej lengkap, memang
seorang perempuan mudah jatuh cinta pandang pertama dengan Idraki.
“Err….
Ya.. Ya.. Sorry. Come, saya bawa
encik semua ke meeting room. Encik
Luqman and Encik Saiful will attend to
you shortly.” Ayu mula mengorak langkah. Ingin membawa tetamu ke bilik
mesyuarat. Langkah yang goyah dan jantung yang tidak betul ritmanya cuba untuk
tidak diperdulikan. Dia jadi semakin janggal bila terasa pandangan Idraki masih
lekat di wajahnya. Dia cuba bereaksi selamba dan memberi senyuman paksa setiap
kali matanya bertembung dengan Idraki.
Laju
langkah Ayu untuk mendapatkan Luqman Dan Encik Saiful. Dalam kepalanya mula
merangka – rangka alasan untuk tidak sama menyertai mesyuarat itu. Lelaki
bernama Idraki itu benar – benar mengganggu ketentaramannya pagi ini, malah
mungkin sehingga ke petang jiwanya tidak akan aman dan tenang.
“Abang,
Pak Long. Wakil dari Meruda dah sampai.” Jelas Ayu sebaik dia membuka pintu
bilik Encik Saiful. Kedua lelaki itu mengangguk lalu bergerak untuk ke bilik
mesyuarat. Ayu yang beriringan dengan Luqman, masih ragu – ragu untuk
menyatakan keengganannya untuk turut serta dalam mesyuarat.
“Err…
Abang. Kalau Ayu tak masuk meeting
tu, boleh ke?” tanyanya perlahan. Takut dan bimbang.
“Kenapa?”
Luqman bertanya semula. Selalunya Ayu tidak pernah menolak jika diajak turut
serta dalam mesyuarat dengan pelanggan.
“Ayu…
Ayu… sakit kepala.” Ayu memberi alasan. Kepala yang tidak gatal di garu. Jelas
garis serba salah diwajahnya. Pandangan Luqman juga tidak berani ditentang.
Maklum, orang berbohong.
“Tiba
– tiba aje sakit kepala? Actually,
abang perlukan Ayu dalam meeting ni.
Ayu tahukan, Ayu terlibat hampir 90% dalam projek ni. Apa salahnya kalau masuk
sekejap?” Luqman tidak memberi kebenaran. Memang dia perlukan Ayu dalam
mesyuarat ini, lebih – lebih lagi Ayu lebih arif tentang penyusunan kertas
kerja yang telah mereka buat.
“Err…
Tapi…” Ayu serba salah. Memang dia ingin turut serta, namun bila memikirkan
wajah yang ada dalam bilik itu, hatinya berdebar. Takut dia tidak boleh
menghadapi lelaki itu.
“Sekejap
aje. Kalau dah tak tahan sakit nanti, Ayu boleh keluar. Boleh ye?” Luqman
seakan merayu. Pandangan minta simpati dilemparkan pada Ayu. Lambat – lambat
Ayu mengangguk.
Mesyuarat
berjalan lancar pagi itu. Ayu cuba untuk tidak memperdulikan lelaki yang duduk
setentang dengannya. Dia yang duduk di antara Encik Saiful dan Luqman,
sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengan Idraki. Manakala, setiausaha Encik
Saiful yang duduk di antara Encik Saiful dan Idraki kelihatan sering kali
mengerling lelaki disebelahnya. Kadang – kadang Jamie seperti cuba menggoda
Idraki pula di mata Ayu. Tetapi, dia tidak perduli semua itu. yang dia perduli
ialah mata Idraki yang selalu singgah di wajahnya. Kemudian, merenungnya lama pula.
Lelaki itu seolah – olah tidak memberi perhatian pula pada pembentangan yang
dibuat oleh Khaidir yang menjadi Pengurus Projek mereka kali ini.
Sehingga
mesyuarat tamat, Ayu tidak dapat menumpukan perhatiannya pada isi penting
mesyuarat. Matanya sibuk mengerling Idraki, hatinya tidak reti duduk diam dan
jantungnya semakin berlagu rancak.
****************************************************
“He is soooo handsome!!” Sekali lagi kata
– kata pujian itu hinggap di telinganya. Ayu mencebik bibir, masuk kali ini
rasanya sudah berpuluh – puluh kali Jamie memuji Mr. CEO yang datang bertandang ke pejabat mereka pagi tadi. Nasi
berlauk yang cuba di suap ke mulut, terasa payau. Kata – kata Jamie betul –
betul buat seleranya mati.
“Really? Handsome sangat?” Tanya Kak
Rosnah, yang dari tadi setia mendengar cerita Jamie. Kak Rosnah, Rita dan Deeja
yang menjadi rakan baik Ayu di syarikat ini sudah banyak kali ternganga
mendengar satu persatu pujian Jamie terhadap Idraki, yang dikatanya soooo handsome. Oh, Ayu dah naik meluat.
Kenapa asyik memperkatakan tentang lelaki itu?
“Handsome terlampau. You know Henry Golding? Saling tak tumpah. Entah – entah sedara
kot?” Jamie tergelak sambil buat aksi tutup mulut. Konon gaya perempuan
sopanlah tu. Sekali lagi Ayu mencebik bibir. Pelik pun iye juga kenapa Jamie
tiba – tiba beriya – iya mahu ikut serta mereka berempat pergi makan tengahari
di kedai mamak ini. Selalunya, Jamie tak pandang kedai mamak berhampiran
pejabat mereka. Tarafnya hanya restoran dan hotel lima bintang.
“Merepeklah.
Henry Golding tu bukan Islam, macam mana pulak boleh jadi sedara. Eh Ayu, betul
ke mamat tu handsome terlampau?”
Deeja mengalih pandang pada Ayu yang senyap sejak tadi. Tekun menghadap nasi di
pinggan walau masih belum luak. Terkejut dengan soalan itu, Ayu mengangkat
muka. Empat pasang mata yang merenungnya buat dia serba tak kena. Senyum tawar
diukir perlahan.
“Entah.
Biasa aje aku tengok.” Ayu jungkit bahu. Siapa kata Idraki tidak tampan? Memang
tampan, malah terlebih tampan dan paling tampan antara banyak – banyak lelaki
yang pernah dia jumpa. Sudahlah tampan, tinggi, bergaya dan penuh karisma pula.
Menambah markah pada asset yang sedia tinggi. Cuma, kenangan dengan lelaki itu
yang buat markah Idraki jatuh di pandangan matanya.
Jamie
pula yang mencebik, sakit hati dan cemburu pada Ayu. Bukan dia tidak perasan
akan mereka berdua di dalam bilik mesyuarat itu tadi. Saling main mata dan yang
paling buat dia sakit hati, Idraki sentiasa sahaja merenung lama ke wajah Ayu.
Puas dia cuba mengambil perhatian Idraki, namun lelaki itu hanya melayan
seadanya.
“Eh,
taklah, kak. Rita rasa dia memang handsome.
Kali ni, Rita setujulah dengan Jamie.” Rita menyampuk. Dua pasang mata Kak
Rosnah dan Deeja tertumpu pula pada Rita yang menyampuk. Kalau tadi, Rita sama
– sama melopong dengar cerita Jamie, kali ini buka mulut pula.
“Bila
masa pulak kau jumpa dia, Rita?” Kak Rosnah bertanya penuh teruja. Walaupun dia
sudah berkahwin dan punya tiga anak, tapi kalau berbicara tentang lelaki
tampan, Kak Rosnah pun turut sama naik.
“Tadilah.
Kalau ada guest di office pengarah kan kena jumpa Rita
dulu. Memang handsome gila, kak. Rita
sendiri rasa nak pengsan first time
tengok dia tadi. Memang sebijik sejibik Henry Golding. Anak sapalah tu, kan?”
Rita berlawak di akhir bicaranya. Dia tergelak – gelak bila Kak Rosnah mencubit
lengannya.
“Amboi,
siap Tanya anak sapa. Kau nak pergi meminang pulak ke?” Sindir Deeja.
“Boleh,
boleh..” Jawab Rita selamba dan tanpa perasaan. Ayu tergeleng – geleng dengan
perangai Rita yang masih kebudak – budakkan.
“Kau
nak pinangkan untuk sapa? Diri sendiri?” Deeja melayan kepala Rita yang senget.
Terburai lagi ketawa Rita.
“Haish…
Rita dah ada orang tempah. Untuk Kak Deeja pun tak boleh sebab dah tunang. Kak
Ros lagilah, siap dah ada produk. Hrmmm….” Rita seakan berfikir. Matanya
memerhati Ayu dan Jamie silih berganti. Lebih teruja bila Jamie juga seakan
terikut dengan kepala merengnya ketika ini.
“Untuk
Kak Ayu, lah.” Rita sedikit terjerit. Ayu yang sedang menyisip air suam ke
bibir, tersedak. Tiba – tiba sahaja namanya di petik dek budak tak cukup umur
ni. Baru 20 tahun tapi sudah ada teman lelaki. Mengalahkan dia yang tua 4 tahun
darinya ini.
“Apsal
Ayu pulak? I tak okey?” Jamie bertanya pantas. Semua mata beralih pada Jamie.
Tidak sangka Jamie ambil serius dengan kata – kata Rita pula. Takkan pula Rita
yang nak pergi meminang Idraki. Tak pernah dibuat dek orang!
“Sebab
Kak Ayu belum ada cowok. You lainlah, cowoknya aja udah keliling pinggang.”
Rita mengusik, sengaja mempraktikkan loghat Indonesia dan disambut dengan gelak
tawa dari Kak Rosnah dan Deeja. Ayu menggeleng kepala lagi. Betul – betul
senget budak Rita ni, marah hatinya. Namun, lain pula reaksi Jamie. Marah dan
panas berapi di dalam dada.
“Senget
kau!” Marah Ayu lalu tangannya selamba mengetuk kepala Rita. Terjerit gadis itu
kesakitan. Jarinya menggosok kepala yang sakit tetapi Rita tidak marah. Kak
Rosnah dan Deeja yang menyambung tawa membuatkan Rita tidak jadi marah.
“Huh!
I mana ada boyfriend, okey! Yang
semua tu Cuma kawan – kawan je.” Marah Jamie, sungguh – sungguh tapi kata –
katanya disambut juga dengan tawa dari empat sahabat itu. Baru sahaja Deeja
ingin membalas kata – kata Jamie, telefon bimbit Ayu menjerit nyaring tanda ada
panggilan masuk.
“Assalamualaikum…
Saya, Encik Luqman.” Ayu sengaja menguatkan nada suaranya. Sebagai isyarat
teman – temannya agar diam dan dia boleh mendengar arahan Luqman dengan lebih
jelas.
“Iye,
tengah makan. Anything?” Serius Ayu
bertanya. Jarang sekali Luqman menelefonnya di waktu makan tengahari begini.
Kerja – kerja di pejabat juga rasanya sudah dibereskan sebelum dia keluar makan
jam satu tadi.
“Hrmm…
In 10 minutes? Saya nak bayar dah
ni.” Ayu berkata lagi, mengundang kerutan di dahi semua yang ada di situ. Lebih
terkejut bila Ayu segera bangun sebaik mematikan talian dengan Luqman.
“Sorry, girls. Korang makanlah ye. Aku
kena balik office, urgent.” Selesai
berkata, Ayu terus berpaling pergi. Meninggalkan semua yang ada disitu terpinga
– pinga.
Langkah
Ayu segera kembali ke pejabat. Risau bila Luqman mengatakan yang Encik Saiful
tiba – tiba sahaja sakit. Tadinya, elok saja sihatnya Pak Longnya itu. Lebih –
lebih sihat bila projek dengan Meruda Holdings itu berjalan lancar, sampai Mr.
CEO itu sanggup belanja semua orang makan. Cuma dia yang keberatan, tidak mahu
berada dalam satu ruang dengan lelaki itu lebih lama. Akibat penolakannya itu,
Jamie turut dilarang ikut serta oleh Pak Long walau dia berkali – kali
mengatakan Jamie boleh saja ikut mereka yang lain. Agaknya, itu yang buat Jamie
makan tengahari bersama dia dan teman – temannya dan tak sudah – sudah cuba
menyakitkan hatinya sejak tadi.
“Abang
Luq, Pak Long macam mana?” Tanya Ayu sebaik dia meluru masuk ke dalam bilik
Luqman. Di sofa, Encik Saiful duduk bersandar dengan mata terpejam. Ayu
langsung tidak memperdulikan Luqman yang sedang sibuk menilik fail di meja
kerjanya. Pantas Ayu merasa dahi Pak Longnya. Tidak panas tetapi kerut di dahi
Encik Saiful buat dia bertambah bimbang.
“Ayah
okey, Cuma sakit kepala sebab kena panas tadi. Ayah kan tak boleh berpanas
sangat.” Luqman menjawab. Kepalanya di angkat sedikit, mencari wajah Ayu
sebelum kembali menatap fail.
“Macam
mana pulak boleh kena panas? Bukan ke pergi makan dekat restoran mahal tu tadi?
Ni Abang Luq dah bagi Pak Long makan ubat belum ni?” Tidak henti – henti bibir
mungil Ayu bertanya soalan. Bimbang bukan kepalang. Sejak kepergian abah, hanya
Pak Long tempat dia bermanja. Tempat dia menumpang kasih. Jarinya lincah
melonggarkan lagi tali leher Encik Saiful yang sudah sedia longgar dan
menanggalkannya dari leher Encik Saiful. Biar Pak Longnya itu lebih selesa.
“Memang
makan kat restoran ada aircond tapi
lepas tu, kami singgah nursery kita
tu. Idraki nak tengok contoh pokok yang kita nak gunakan. Lama jugak kat sana,
itu yang ayah sakit kepala agaknya tu. And,
yes dear, abang dah bagi ayah makan ubat.” Panjang lebar penerangan Luqman.
Ayu memandang seketika Luqman sebelum kembali memandang Encik Saiful penuh
risau. Hatinya mula memarahi Idraki. Kenapa di waktu tengahari begini juga
lelaki itu perlu mengheret Pak Longnya ke tengah panas. Haish!! Eh, sekejap.
Adakah Luqman memanggil Idraki dengan nama sahaja tadi tanpa gelaran encik di
depannya?
“Idraki?”
“Idraki.
CEO Meruda Holdings.” Balas Luqman. Fail di tangan di tutup dan matanya menatap
mata Ayu. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan pada sepupunya itu. Tentang Idraki
yang asyik merenung Ayu sepanjang tempoh mesyuarat tadi tetapi rasanya waktu
ini masih belum sesuai untuk dia bertanya.
“Ikut
sangat kerenah orang tu kenapa? Kan dah sakit – sakit ni.” Ayu menjeling
Luqman. Tanpa sedar, rasa marah pada Idraki dilontarkan pada Luqman pula.
“Pak
Long tak apa – apa, Ayu. Sikit aje ni. Rehat sekejap, baiklah. Abang Luqman
kamu ni yang sibuk nak beritahu kamu. Bukan sakit kronik pun.” Encik Saiful
yang sejak tadi membisu, membuka mulut. Makin tidak tahan dengan leteran Ayu.
Dah macam leteran Puan Rashidah pula ditelinganya.
“Pak
Long pun sama. Dah tahu tak boleh berpanas, kenapa ikut diaorang? Kan boleh
balik dulu.” Marah Ayu pada Encik Saiful. Memang sakit Encik Saiful tidak
serius tapi dia tetap bimbang. Di usia begini, seseorang memang senang penyakit
nak dekat.
“Tak
ada apa, Ayu. Client kita tu,
untungya berkali ganda. Kenalah layan dengan baik.” Jawab Encik Saiful. Ayu
mencebik bibir. Semakin geram dengan Idraki. Kenapa lelaki itu harus muncul
lagi di depan matanya?
“Bila
orang cakap, ada aje jawapan dia.” Dengus Ayu. Posisi duduknya dialih. Merajuk.
Menjemput senyum di bibir Encik Saiful dan Luqman. Sebiji perangai macam arwah
maknya juga. Kuat merajuk tapi senang dipujuk.
“Iyelah,
Ayu sayang oi… Pak Long dengar. Ni, Ayu meluru masuk bilik Luqman ni, tak ada
orang Nampak ke? Tak takut orang mengata?” Tanya Encik Saiful, sedikit
menyindir. Ayu yang beriya – iya mahu merahsiakan pertalian antara mereka. Takut
orang mengata, takut orang tidak mahu berkawan dengannya. Entah apa – apa aje
alasan Ayu sebelum setuju nak ke pejabat. Disebabkan dia tidak mahu Ayu terus –
terusan menjeruk rasa di rumahnya, dia setuju sahaja. Asalkan Ayu kembali ceria
dan bersemangat untuk hidup.
Ayu
mencebik lagi. Geram dengan kata – kata Encik Saiful dan tawa yang meletus dari
bibir Luqman. Semua orang pun suka mengenakan dia. Bukan dia tidak tahu, Encik
Saiful sengaja mengejek dia kerana syarat yang dikenakannya untuk bekerja di
syarikat ini.
“Semua
orang pergi makanlah. Dah, Ayu nak Pak Long balik, rehat dekat rumah.” Ayu mengubah
topic, tidak mahu terus dikenakan dek Pak Longnya itu.
“Sikit
aje, Ayu. Kerja Pak Long banyak lagi. Lepas rehat ni, baiklah ni.” Dalih Encik
Saiful. Tidak mahu mengalah, tidak mahu balik. Nanti di rumah, sessi leteran di
sambung oleh isterinya pula.
“No! Balik jugak.”
“Abang
dah cuba pujuk dari tadi, Ayu. Ayah tak nak balik jugak. Itu yang abang call Ayu, minta tolong pujuk ayah ni. Degil.”
Luqman menyampuk. Dia sudah berdiri di sebelah Ayu. Entah bila lelaki itu
bangun dari kerusi dan menghampirinya, Ayu tidak perasan.
“Apa
Pak Long ni? Sakit – sakit macam ni macam macam mana nak buat kerja. Balik jugak.”
Tegas Ayu sekali lagi. Patutlah Luqman kalut sahaja sewaktu menelefonnya tadi. Rupanya
Encik Saiful tayang perangai degil di dalam biliknya itu.
“Ayu..Luqman..”
“No excuses, Pak Long. Pak Long mesti
balik. Kalau tak nanti, Ayu call Mak Long, mengadu dengan dia. Pak Long nak
kena leter dengan Mak Long ke?” ugut Ayu. Bulat mata Luqman mendengarnya. Berani
sungguh gadis ini, namun dia tahu, hanya cara itu yang akan buat ayahnya setuju
untuk pulang berehat di rumah.
Encik
Saiful mengeluh. Semakin hari, perangai Ayu semakin banyak mengikut perangai
isterinya pula pada amatannya. Tegas tak bertempat. Sakit sikit pun, bimbangnya
macam dia dah nak mati. Perlahan dia bangun dari duduk. Melayan keras kepala
Ayu, sampai bila – bila tak akan sudah. Akhirnya nanti, dia juga yang perlu
mengalah. Sama sahaja situasinya ketika menghadapi keras kepala Puan Rashidah.
“Iyelah,
Pak Long balik. Luqman, call Hamid to
fetch me up. Pak Long nak ke bilik, ambil barang.” Encik Saiful melangkah
lemah. Di hati, bersiap sedia pula untuk mendengar sessi ceramah isterinya. Hailah,
kalau begini, memang sakit kepalanya tidak akan elok. Makin sakit dibuatnya
adalah.
“Good job, Ayu. How do you do it?” Puji
Luqman sebaik Encik Saiful hilang di balik pintu. Ayu tersengih memandang
Luqman. Tunjuk keras kepala sikit, mesti lelaki akan ikut cakapnya. Itu yang
dia belajar dari arwah ibu. Ops, ibu tak pernah ajar secara terus namun dia
yang suka memerhati cara ibu melayan abah. Memang Nampak kurang ajar, namun
selalunya berkesan. Dan lepas sessi leteran, ibu pasti akan menjaga abah sehingga
sembuh. Ibu sanggup tidak tidur semata – mata untuk pastikan abah selesa dan
sentiasa dipenuhi keperluannya. Agaknya, itu yang buat kasih sayang abah pada
ibu sentiasa membuak – buak dari hari ke hari. Berbaloi dileteri kalau hasilnya
dapat layanan first class.
“Rahsia.
Hanya orang perempuan boleh tahu. Nanti Ayu ajar kat Kak Anna ye.” Ayu
mengusik. Dia berlalu ke pintu. Reaksi Luqman yang membuntang mata tidak
percaya membuah tawa di bibirnya.
“No way! Tak sanggup kena leter macam tu.”
Jerit Luqman bila Ayu sudah di muka pintu. Tangan sudah memulas tombol pintu. Sebelum
berlalu keluar, dia berpaling dan sempat mengenyit mata pada Luqman.